Friday 23 March 2012

ILMU IFTIQAR

ILMU IFTIQAR

TUMPUKAN FIKIRAN ANDA PADA BAB ILMU INI SEPENUHNYA JIKA ANDA MAHU MENGENAL DIRI ANDA!

Mengenal diri pada kali ini kita paparkan pula ilmu IFTIQAR, ilmu ini tersangat luas kefahamannya sehingga ia melibatkan keilmuan sains jika kita huraikan dengan luas dan ia boleh di jadikan bahan untuk kajian ilmiah, istilah IFTIQAR ini telah di perkenalkan oleh ulama ilmu ketuhanan pada zaman dahulu untuk kita mengetahui tentang diri kita (mengenal diri) dan perhubungan diri kita dengan Tuhan

IFTIQAR bermaksud berkehendak sekalian makhluk kepada Tuhan, yang di maksudkan makhluk itu ialah apa juga yang hidup bernyawa atau tidak mempunyai fitrah nyawa kepada Tuhan, dan makhluk itu bermaksud alam yang baharu, ertinya apa juga yang di cipta oleh Tuhan termasuklah manusia, adapun alam itu ialah:

1. Alam Ulwi, iaitu alam yang tinggi seumpama Qalam, Kursyi, Arsy Lauh Mahfuz dan lain-lain alam yang belum lagi manusia mampu sampai dan menyelidikinya dan banyak lagi alam yang tidak di ketahui oleh manusia

2. Alam Sufli, iaitu alam peringkat bawah termasuklah planet bumi ini dan planet yang di bawah peraturan Al Quran, alam Sufli ini kita bahagikan kepada empat bahagian yang perlu kita kaji seboleh mungkin yang termampu, alam itu ialah :

a. Alam Jamaat, iaitu alam (makhluk) yang membeku dan cair serta boleh berkembang seperti benda cecair, batu, benda-benda padat, air, gas dan lain-lainnya

2. Alam Nami, iaitu alam (makhluk) yang berupa tumbuhan yang dapat berkembang biak seperti tumbuhan dan tanaman

3. Alam Haiwan, iaitu alam (makhluk) haiwan di darat dan lautan serta udara yang hidup bernafas dan bernafsu tapi tidak boleh berfikir.

4. Alam insan, iaitu alam (makhluk) yang bernyawa dan bernafas serta berakal, boleh berikhtiar dan berfikir serta boleh bergerak.


Semua alam-alam yang tersebut di atas berkehendakkan kepada Tuhan dan beribadat kepada Tuhan dengan cara yang telah di fitrahkan oleh Allah s.w.t kepada mereka, kita tidak akan membincangkan alam haiwan, Nami dan alam Jamaat dalam bab ilmu IFTIQAR ini secara menyeluruh akan tetapi kita akan mempelajari alam Insan secara menyeluruh supaya kita dapat mengenal diri kita dan perhubungannya dengan Tuhan.

Perlu di ingat bahawa alam yang nyata ini terbahagi kepda dua bahagian pula iaitu alam yang nyata dan alam yang ghaib yang kedua-dua ini bersatu untuk alam ini hidup bermakna dan berfungsi, tanpa alam yang ghaib maka alam yang nyata tidak bermakna apa-apa, seumpama manusia yang mengandungi yang zahir dan yang batin.

Telah di tetapkan bahawa ilmu IFTIQAR itu mengandungi sejumlah 9 sifat, kesembilan sifat-sifat ini menunjukkan fungsi kehidupan manusia sehingga dapat melakukan pengabdian diri manusia kepada Allah s.w.t sifat-sifat itu ialah:

1. Qudrat bermaksud berkuasa
2. Iradat bermaksud berkehendak
3. Ilmu bermaksud mengetahui
4. Hayat bermaksud hidup
5. Qadirun bermaksud Yang Maha Berkuasa
6. Maridun bermaksud Yang Maha Berkehendak
7. 'Alimun bermaksud Yang Maha Mengetahui
8. Hayyun bermaksud Yang Maha Hidup
9. WAHDANIYAH bermaksud Ke Esaan Tuhan.

Pada senarai 9 sifat di atas kita dapati 4 sifat yang terdiri dari sifat maani, 4 sifat maanawiyah dan satu sifat Salbiyah, ertinya 4 sifat makhluk (maani) 4 sifat Kebesaran Tuhan (Maanawiyah) dan satu sifat Keagungan Tuhan, kesemuanya 9 sifat, ini bererti sifat hamba ialah dari senarai1 hingga 4, sifat Kebesaran Tuhan ialah dari senarai 5 hingga 8 dan sifat Keagungan Tuhan pada senarai nombor 9Pada senarai sifat IFTIQAR di atas terdapat 4 sifat makhluk iaitu sifat 1 hingga 4 dan sifat Tuhan sebanyak 5 iaitu sifat pada senarai 5 hingga 9, ini bererti bahawa sifat IFTIQAR itu adalah sifat yang mengandungi sifat-sifat yang beserta di antara hamba dengan Tuhannya dengan maksud LAZIM MELAZIMI (bererti tidak bercerai akan tetapi tidak bersekutu)ertinya sifat IFTIQAR ini terbahagi kepada 2 bahagian dengan nama yang berlainan iaitu:

Sifat makhluk yang terdiri dari senarai 1 hingga 4 itu di namakan sifat QAHAR (sifat memaksa makhluk atau sifat kekerasan) sementara sifat pada senarai 5 hingga 9 itu di namakan sifatKAMAL (sifat kesempurnaan atau sempurna) ini juga bererti bahawa sifat QAHAR itu adalah sifat makhluk yang di paksa atau dikuasai oleh Allah sementara sifat KAMAL yang menguasai atau menakluk, dengan demikian barulah sifat QAHAR itu menjadi sempurna atau berfungsi, ertinya INSAN KAMIL (Sifat Qahar adalah Insan dan sifat Kamal adalah Kamil)

Sambungan ilmu iftiqar dalam bentuk soal dan jawab

Soalan:
Dalam senarai sifat Iftiqar yang 9 itu terdapat sifat Makhluk dan sifat Allah Apakah sifat makhluk dan apakah sifat Allah ?

Jawapan:
Yang di maksudkan sifat makhluk ialah sifat QAHAR dan yang di maksudkan sifat Allah ialah sifat KAMAL

Soalan:
Boleh atau tidak kita katakan bahawa sifat QAHAR itu berkehendakkan kepada sifat KAMAL, dan sifat QAHAR dan sifat KAMAL daripada jenis apa ?

Jawapan:
Benar, sifat QAHAR berkehendakkan kepada sifat KAMAL dan sifat QAHAR itu dari jenis sifat Maani (berdiri sifat pada Zat) dan sifat KAMAL itu dari jenis sifat Maanawiyah dan Salbiyah (Zat yang di ujudkan oleh Allah dan Zat yang ujud tiada oleh satu sebab)

Soalan:
Apakah bentuk sifat QAHAR tersebut ?

Jawapan:
Adapun bentuk sifat QAHAR itu ialah berbentuk ROH atau Kerohanian, dari sifat Qudrat menjadi Roh, dari sifat Iradat menjadi Nafsu, dari sifat Ilmu menjadi Akal dan dari sifat Hayat menjadi Nyawa atau Nafas, dan apabila ke empat jenis Roh ini bersatu maka ia di namakan ROHANI iaitu manusia batin

Soalan:
Daripada apakah ROHANI itu di jadikan oleh Allah ?

Jawapan:
Rohani di jadikan oleh Allah daripada cahayaNya (Nurullah) sebab itu secara jamaknya kita katakan bahawa Rohani itu daripada Allah (kamu daripada Allah dan akan di kembalikan kepada Allah)

Soalan:
Adakah ROHANI itu di jadikan oleh Allah terdahulu daripada jasad manusia dan adakah ia di katakan awal makhluk ?

Jawapan:
ROHANI memang di jadikan oleh Allah terdahulu daripada jasad manusia, dan tentang awal makhluk ini ada pandangan ulamak ilmu Ketuhanan yang mengatakan bahawa awal makhluk yang di jadikan Tuhan ialah NurNya, ada pula yang mengatakan RohNya, ada pula yang mengatakan QalamNya, ada pula yang mengatakan Akal, namun walau apapun ke empat empat makhluk itu pada dasarnya di katakan Hakikatul Muhammadiyah

Soalan:
Apakah yang di maksudkan Hakikatul Muhammadiyah itu ?

Jawapan:
Yang di maksudkan Hakikatul Muhammadiyah itu ialah manusia batin iaitu Rohani manusia yang di lengkapkan oleh Allah besertanya Qarin dan Malaikat, Qarin dari jenis Jin dan Malaikat dari jenis Hafazo yang menjadi kembar manusia batin itu, mungkin untuk menguji dan menjaga manusia, ertinya ada yang menguji (mengacau) manusia dan ada yang menjadi memelihara manusia

Soalan:
Selepas Rohani di jadika Tuhan, Di manakah Rohani itu di tempatkan ?

Jawapan:
Rohani di tempatkan oleh Allah di suatu tempat yang di namakan alam ROH di alam Ulwi, iaitu alam di planet atas, yang mana planet ini tidak termasuk planet keluarga bumi, ketika zaman ini asal jasmani manusia belum lagi di jadikan oleh Tuhan, ertinya Adam belum lagi di cipta Tuhan sila rujuk zaman yang di sebut oleh Al Insan ayat 1
76.Surah Al-'Insān (Verse 1)
هَلْ أَتَىٰ عَلَى الْإِنسَانِ حِينٌ مِّنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُن شَيْئًا مَّذْكُورًا

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar),
sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang
disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?.

Setelah sekalian Rohani di tempatkan di alam ROH maka Allah jadikan makhluk dari jenis Malaikat dan Jin yang anasirnya daripada cahaya dan pucuk api, ertinya Allah jadikan makhluk dari jenis yang ghaib dahulu, demikian juga dengan makhluk ghaib kepada haiwan yang Allah jadikan daripada Nur haiwani, selepas itu barulah Allah jadikan pula makhluk yang dapat di lihat yang Allah jadikan pula daripada anasir tanah Nurani, Air Nurani, Angin Nurani dan Api Nurul Adhom, ertinya makhluk yang nyata juga Allah jadikan daripada Nur juga sebagai asasnya

Adapun istilah yang sangat mashur yang menjadi kajian oleh para kajian keilmuan sekarang seperti Atom, Molikul, Elektron, proton, Neutron, ion, zarah-zarah, Hidrogen, Nitrogen, Oksigen Fluorin dan sebagainya adalah berasal daripada empat anasir tersebut di atas, demikian juga dengan warna-warna yang dapat di lihat dengan nyata

Soalan:
Apabila Rohani di tempatkan di alam ROH , Adakah ia beribadat ?

Jawab:
Rohani di alam Roh belum lagi di tugaskan beribadat

Soalan:
Adakah Rohani di alam ROH itu adalah Rohani yang ada di dalam jasad kita sekarang ?

Jawab:
Benar, Rohani yang berada di alam ROH itu adalah di antara Rohani yang terdapat di dalam jasmani kita sekarang

Soalan:
Jika demikian Rohani kita itu sudah berusia beribu tahun ?

Jawapan:
Benar Rohani yang berada di dalam jasad kita sudah beribu tahun umurnya dan kita sebenarnya sudah hidup beribu tahun

Soalan:
Jika demikian kita sudah beribadat kepada Tuhan sudah beribu Tahun ?

Jawapan:
Tidak, semasa kita berada di alam ROH kita tidak beribadat kerana kita belum lagi mempunyai jasad

Soalan:
Apakah tanpa jasad kita tidak boleh beribadat ?

Jawapan:
Benar , tanpa jasad kita tidak boleh beribadat kerana jasad adalah makhluk yang akan menjadi saksi atas perbuatan ibadat kita, dan manusia tidak boleh beribadat tanpa penyaksian.

Soalan:
Apakah dalilnya jasad kita menjadi saksi atas perbuatan kita ?

Jawapan:
Dalilnya ialah seperti yang telah di nyatakan oleh Allah di dalam Al Quran pada surah Al Qiyamah ayat 14
بَلِ الْإِنسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ
yang bermaksud " Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri".

Soalan :
Dengan ayat dari surah tersebut adakah Rohani itu menjadi diri sebenar manusia tersebut ?

Jawapan:
Benar, Rohani itu menjadi diri sebenar manusia tersebut malah ada lagi istilah diri yang sebenar yang terdapat pada Rohani tersebut, demikian juga pandangan Saidina Ali r,a yang di paparkan oleh ulamak mutakhirin Yusuf Al Qardawi

Soalan:
Apakah lagi dalil yang mengatakan bahawa Rohani itu sebagai manusia yang sebenar ?

Jawapan:
Dalilnya adalah seperti yang terdapat pada muka surat 1465 pada bab Tauhid yang menyatakan bahawa "Ikrar manusia ber Tuhankan Allah di alam ROH," penjelasan di dalam tafsiran Al Quran Pimpinan Ar Rahman ini adalah keluaran negara Malaysia.

Soalan:
Jika demikian mengapa tidak ramai ulamak yang menyatakan ilmu Rohani ini adalah diri manusia sebenar ?

Jawapan:
Ilmu ini adalah ilmu khusus dalam bab akidah, ilmu ini bukan ilmu orang awam, lagipun ulamak agama ramai yang tidak sekata dalam masalah akidah islam, lagipun kebanyakkan ulamak faquha memandang bahawa Rohani itu tidak boleh di bincangkan kerana ia adalah URUSAN ALLAH, atau JANGAN tanya kerana ia adalah urusan Allah

Soalan:
Jika tidak boleh tanya mengapa Al Quran itu dikatakan HUDAN atau petunjuk bagi orang islam ?

Jawapan:
Sebabnya mereka tersangat takut hendak mengkaji maksud Ammar Rabbi itu kerana mereka hanya mengaji bukan mengkaji, kerana takut tersalah tafsir atau mereka memang tidak pernah mempelajari aliran ilmu tersebut, akan tetapi cuba menyempitkan isi kandungan Al Quran itu dan cara kebetulam mereka adalah orang awam saja.

Apabila ramai di kalangan manusia yang tidak mengenal diri mereka sendiri maka ia membuatkan kebanyakkan manusia berperangai bermacam-macam sehinggakan ramai di kalangan mereka merasa hairan tentang sikap diri sendiri yang mereka sendiri merasakan tidak selesa dengan sikap mereka ini kerana kebanyakkan mereka tidak mengetahui punca-puncanya.

Soalan:
Setelah kita mengetahui bahawa Allah telah menjadikan sumber alam yang nyata dari anasir tanah Nurani, air Nurani, Angin Nurani dan api Nurul Adhom, apa berlaku selepas itu ?.

Jawapan:
Oleh kerana Allah telah menjdikan makhluk yang ghaib untuk beribadat kepadaNya maka Allah jadikan pula tujuh petala langit dan tujuh petala bumi untuk tempat makhluknya beribadat, sila lihat di dalam Al Quran pada surah FUSILAT ayat yang ke 9 hingga ayat yang ke 12 yang mana Allah menyatakan proses Dia menjadikan tujuh petala langit dan juga tujuh petala bumi.

41.Surah Fuşşilat (Verse 9)
قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَندَادًاۚ ذَٰلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam,

41.Surah Fuşşilat (Verse 10)
وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِن فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِّلسَّائِلِينَ

Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya, dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.

41.Surah Fuşşilat (Verse 11)
ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ ائْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ

Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi:
"Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela"

41.Surah Fuşşilat (Verse 12)
فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَىٰ فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَاۚ وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًاۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu
kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan
Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu
dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

Soalan:
Setelah tujuh petala langit dan bumi di jadikan, Apakah yang terjadi dengan langit dan bumi tersebut ?

Jawapan:
Setelah Allah siap menjadikannya maka planet bumi menjadi pilihan bagi Allah memuatkan makhluk untuk di tadbir, makhluk itu ialah makhluk jenis JIN sebagai percubaan sama ada ia dapat memelihara planet bumi tersebut dengan sebaiknya, akan tetapi ternyata dia gagal berbuat demikian kerana mereka membuat kerosakkan di bumi, lagipun jika lojik akal memang JIN tidak boleh menjadi khalifah di bumi kerana anasir kejadiannya tidak sesuai dengan planet bumi namun Allah lebih mengetahui tentang rahsianya, lalu Allah kirimkan Azazil mengetuai segala malaikat memerangi mereka, apabila JIN di kalahkan maka mereka hilang kuasa, kemudian mereka bertempiaran lari ke lautan, Gunung, Bukit dan Gua, di tepian pantai, di pulau dan sebagainya sehinggalah sekarang ini

Soalan:
Selepas bumi tiada khalifah, Apakah yang terjadi selepas itu ?

Jawapan:
Selepas itu Allah s.w.t memanggil Azazil (JIN) dan para Malaikat serta berfirman " Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah di bumi. lalu Malaikat bertanya Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahan darah dan berbunuh-bunuhan ? Pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? lalu Allah berfirman " Sesungguhnya Aku lebih mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahui, demikian kenyataan Allah di dalam surah Al-Baqarah (Verse 30)

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةًۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ


Soalan:
Mengapakah Allah s.w.t memberitahu kepada para Malaikat apabila Dia hendak menjadikan seorang manusia yang bertaraf Khalifah ?

Jawapan:
Kerana Malaikat akan terlibat secara langsung mengendalikan kejadian awal manusia tersebut dan akan menjadi pegawai Allah mengendalikan manusia semasa manusia menjadi khalifah kelak

Soalan:
Mengapakah Malaikat begitu berani bertanyakan kepada Allah tentang penciptaan manusia awal sehingga mereka seolah-olah membantah Allah hendak menjadikan manusia ?

Jawapan:
Sebenarnya pertanyaan Malaikat ini adalah pertanyaan fitrah yang menunjukkan bahawa di bumi sudah ada yang mentadbir bumi dan telahpun membuat kerosakkan, sedangkan para Malaikat sebenarnya tidak mengetahui apa kelebihan manusia yang Allah hendak jadikan khalifah itu dan berperangai yang macam mana, Malaikat seolah-olah khuatir jika manusia kelak berperangai seperti JIN yang telah membuat kerosakkan.

Soalan:
Apakah maksud Tuhan menyatakan kepada para Malaikat "Sesungguhnya Aku mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui ?.

Jawapan:
Maksudnya ialah para Malaikat tidak mengetahui rahsia ROHANI yang di tempatkan oleh Allah di alam ROH dan sesungguhnya ROHANI adalah di antara makhluk Allah yang di asingkan daripada makhluk Allah yang ghaib lain kerana taraf ROHANI itu adalah Ammar Rabbi, ianya tentu lebih baik daripada taraf Malaikat

Soalan:
Kemudian daripada itu, Apakah yang telah terjadi ?

Jawapan:
Selepas Allah berjumpa dengan para Malaikat termasuklah JIN pada ketika itu, maka Allah pergi pula berjumpa dengan ROHANI di alam ROH seperti yang telah di nyatakan oleh Allah di dalam
7.Surah Al-'A`rāf (Verse 172)
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُوا بَلَىٰۛ شَهِدْنَاۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan
(ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak
Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan
mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan
firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar
(Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu
tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai
(tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Soalan:
Apakah maksud ROHANI itu menyatakan kami naik saksi ?

Jawapan:
Maksudnya ialah kalimah LA ILLAHA ILLALLAH iaitu kalimah syahadah yang kita ucapkan sekarang ini, ia juga bermaksud bahawa kita telah naik saksi di hadapan Tuhan dengan kalimah tersebut di alam ROH, dengan ini ia bermaksud juga bahawa kalimah naik saksi tersebut telah kita ucapkan daripada mulut kita sendiri di hadapan Allah di alam ROH, itulah pertama kalinya kalimah tersebut kita ucapkan sebelum Allah jadikan jasmani manusia (Adam) dan itulah pertama kalinya sejarah kalimah LA ILLAHA ILLALLAH itu di dengar, iaitu di alam ROH

Soalan:
Bagaimanakah ROHANI itu mengenali Tuhan mereka di alam ROH ? Sedangkan kita sekarang ramai yang tidak mengenali Allah, cuma mampu menyebut sahaja ?.

Jawapan:
Inilah suatu keajaiban yang ada pada manusia, pada hal jika mereka mengaji dan mengkaji sebutan kepada orang yang telah mati maka kita katakan bahawa " Inna lillahi wainna ilaihi roji'un ! (Sesungguhnya kamu daripada Allah dan akan di kembalikan kepadaNya) oleh yang demikian apabila ROHANI itu memahami bahawa dia daripada Allah maka tiada masalah dia mengenal Tuhannya, sebab itu lah kalimah azan itu sentiasa di ingatkan kepada bayi yang baru lahir dan seterusnya di laungkan setiap waktu masuk solat supaya setiap manusia memahami akan maksud dan tujuannya bukan sekadar mendengarnya sahaja.

Pada pelajaran yang lepas kita telah membuat pengakuan naik saksi di hadapan Allah s.w.t di alam ROH yang kita bersetuju berTuhankan Allah, demikian nas yang kita perolehi daripada Al Quran dari surah Al A'araf ayat 172, dalam surah ini juga Allah s.w.t mengingatkan manusia supaya manusia jangan fikir bahawa Tuhan itu lalai dengan janji yang telah kita lakukan di alam ROH tersebut, dan Allah juga ada memberikan amaranNya kepada manusia supaya apa yang kita ikrarkan di alam ROH itu nanti jika kamu tersesat juga maka jangan kamu salahkan kepada kedua ibu dan bapa kamu pula.

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 173)
أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِن قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِّن بَعْدِهِمْۖ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ

Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang
melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang
kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami)
hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat
itu?"


Soalan:
Setelah ROHANI melafazkan ikrar dan janji mahu berTuhankan kepada Allah , Apakah terjadi selepas itu ?.

Jawapan:
Allah telah memerintahkan kepada Malaikat yang empat supaya mengambil tanah bumi untuk mencipta manusia yang awal iaitu Adam a.s , Malaikat itu ialah Jibril,Mikail, Israfil dan 'Izrail, tiga Malaikat ini gagal mengambil tanah iaitu Jibrail,Mikail,Israfil, yang berjaya mengambil tanah ialah Malaikat 'Izrail, yang kemudiannya bertugas sebagai mengambil nyawa makhluk Allah

Soalan:
Mengapakah ketiga-tiga Malaikat itu gagal mengambil tanah bumi ?

Jawapan:
Ketiga-tiga Malaikat itu gagal kerana tanah bumi berkata kepada Malaikat tersebut bahawa kamu jangan membuat kerosakkan di bumi dengan berkata "A'uzubillahi minka (Jangan engkau merosakkan aku) akan tetapi apabila Malaikat Izrail yang mengambil maka bumi tidak boleh berkata apa-apa kerana ia di perintah oleh Allah berbuat demikian

Soalan:
Apakah jenis tanah yang di ambil oleh Malaikat 'Izrail tersebut ?

Jawapan:
Jenis tanah yang di ambil oleh Malaikat 'Izrail itu adalah dari unsur zat tanah yang akan melahirkan zuriat manusia yang berketurunan di antaranya berkulit putih, hitam, sawo matang, kuning dan berkulit halus dan kasar dan sebagainya serta berkelakuan mengikut warna kulit mereka, semuanya ini adalah daripada zuriat daripada Adam dan Hawa

Soalan:
Kemudian apa yang terjadi ?

Jawapan:
Kemudian Allah membentuk jasad Adam dengan kedua tanganNya (Tangan di sini adalah menunjukkan ayat mutasabihat) dan tangan itu bermaksud Qudrat dan Iradat Tuhan dan mengikut ilmuNya, sebagaimana firman Allah ayat 11 surah Al A'araf

وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ

yang bermaksud " Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud."
ayat ini menunjukkan bukan saja penciptaan Adam akan tetapi semua manusia

Soalan:
Apabila Allah mencipta Adam, apa yang berlaku ?

Jawapan
Apabila Adam di cipta oleh Allah dan cukup jangka matangnya maka Allah meniupkan ROH daripadaNya sebagaimana firmanNya yang bermaksud " Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan ROH kepadanya dariKU, maka hendaklah kamu (Malaikat dan Jin) sujud kepadanya, maka sujudlah semua Malaikat semuanya sekali melainkan Iblis yang tidak mahu sujud bersama mereka yang sujud Al Hijr ayat 29,30

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 29)
فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 30)
فَسَجَدَ الْمَلَائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ

(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -

Soalan:
Mengapa Allah suruh sujud Malaikat dan Jin kepada manusia setelah ROH di tiupkan kedalam jasad Adam ?.

Jawapan:
Allah suruh Malaikat dan Jin sujud kepada Adam ialah kerana nilai ROH yang menjadi Ammar Tuhan itu tersangat tinggi nilainya selain ia adalah sebagai awal makhluk yang Allah jadikan, dan ia juga di kenali sebagai sebaik-baik kejadian, ertinya di antara makhluk yang terbaik ialah manusia, itulah fitrah awalnya dan yang menyebabkan Allah memerintahkan Malaikat sujud ialah rahsia yang terdapat pada ROH tersebut, itu sebab kita kena mengenal ROH (Rohani) kita sendiri, maksudnya mengenal diri, inilah secara kasarnya

Soalan:
Jadi ini bererti ROHANI itu adalah diri kita yang sebenarnya ?

Jawapan:
Benar, ROHANI kita yang berada dalam jasad kita itulah diri kita yang sebenarnya, inipun secara kasar sahaja kerana ada lagi istilah diri Terperi dan diri sebenar diri selain dari diri Terdiri semua ini ada di sebut oleh Allah di dalam Al Quran dengan berbagai-bagai nama


Soalan:
Apakah yang terkandung pada ROHANI tersebut ?

Jawapan:
Sebagai manusia biasa kita kena mengenali akan Diri kita yang berada di dalam jasad kita ini, ia terdiri dari ROH dan sifatnya, Nafsu dan sifatnya, Akal dan sifatnya, Nyawa atau Nafas dan sifatnya serta istilahnya, dan Rohani itu pula di lengkapkan pula oleh Allah dengan Malaikat penjaga dan Jin sebagai fitrah ujian kepada manusia kerana itu setiap muslim kena faham ANATOMI ROHANI tersebut baru boleh menjadi muslim yang baik, akan tetapi jangan dayus.

Soalan:
Adakah sebab lain maka Allah memerintahkan Malaikat dan Jin sujud pada Adam ?

Jawapan:
Sebenarnya jika mengikut ilmu IFTIQAR dalam konsef sifat 20 maka QAHAR itu beserta ALLAH ertinya beserta sifat KAMAL nanti akan menyusul tentangnya, dan yang terbaik apabila kita mengikuti pelajaran ini maka yang lepas kita kena rujuk balik bagi memahamkannya kerana ilmu ini bersangkut di antara satu bab dengan bab yang lain.

Soalan:
Saya masih tidak faham, mengapa ada yang bergelar ustaz tidak membenarkan bertanya tentang ROHANI (ROH) apakah masalahnya ?

Jawab:
Memang terlalu ramai yang beranggapan demikian, mungkin bukan jurusannya untuk menjawab soalan ini, atau mungkin mereka beranggapan bahawa istilah Ammar Rabbi itu di serahkan saja kepada Allah, pada saya biarkanlah mereka bersikap demikian, jangan marah kepada mereka kerana ia bukan jurusan mereka dan bukan semua orang yang bernama ustaz faham, ilmu ini buleh di katakan sebagai ilmu yang khusus dan bagi orang yang mahu menefaatkan akalnya

Kita sebenarnya ada hujah yang perlu di fikirkan atau perlu di jawab mengikut pertanyaan Allah kepada manusia, jika kita lihat di dalam Al Quran pada ayat 5 dari surah At Thoriq maksud firman Allah "Maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia di jadikan (di ciptakan) ayat ini merupakan pertanyaan Allah kepada manusia, iaitu kita sendiri, jadi apa manusia hendak jawab ? Bukankah ayat ini merupakan pertanyaan daripada Allah !

Soalan:
Akan tetapi ayat di atas ia menunjukkan kejadian pada ayat berikutnya iaitu ayat nombor 6 dari surah ini yang bermaksud " Ia di ciptakan daripada air (mani) yang memancut (kedalam rahim) ?

Jawapan:
Ayat ini jika mengikut pandangan orang awam memanglah demikian akan tetapi tidak pada orang khusus sebab perkataan manusia di atas jika tidak di sertakan dengan ROHANI bolehkah kita katakan manusia ? Sedangkan apa yang kita fahami ialah maksud firman Allah kamu daripada Allah dan akan di kembalikan kepadanya ! jika kembali kepada Allah yang bernama kamu adakah kamu itu yang di tanam , jika jawabnya ia maka siapa pula yang mendapat rezeki di sisi Tuhan setelah mereka yang telah berpulang ! kerana itu kita hendaklah ingat bahawa ayat 5 dari surah At Thoriq ia adalah bermaksud kamu jasmani dan juga ROHANI.

Soalan:
Adakah lagi dalil yang meyakinkan bahawa diri ROHANI itu adalah juga manusia sebenar ?

Jawapan:
Dalilnya kita boleh perolehi daripada ayat 7 dari surah Al Infitar yang bermaksud "Tuhan telah mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya di adakan anggota itu) serta menjadikan ( benaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya, ini menunjukkan bahawa jasmani atau tubuh badan mengikut kekuatan ROHANI.

Soalan:
Adakah maksud ayat mengatur kejadianmu itu bermaksud ROHANI ?

Jawapan:
Benar ia adalah di maksudkan kepada ROHANI tersebut sebab ayat sambungan dari perkataan tersebut dengan sambungan perkataan LALU MENJADIKAN ANGGOTAMU SESUAI, ini bermaksud sesuai dengan ROHANI tersebut.

ILMU IFTIQAR INI PENTING DI FIKIRKAN DENGAN TELITI KERANA IA TERSANGAT SENSITIF KEPADA SESETENGAH PEHAK, ILMU INI MERANGKUMI SOAL MENGENAL MANUSIA ZAHIR DAN BATIN DAN PERHUBUNGANNYA DENGAN TUHAN DAN ALAM YANG LAIN

Soalan:
Jika tidak silap pada pelajaran yang lepas ada di nyatakan bahawa diri manusia itu ada bahagian-bahagian dan istilahnya yang tersendiri ?


Jawapan:
Benar ! bahagian tersebut ialah bahagian yang zahir dan bahagian yang batin, yang zahir di namakan jasmani dan bahagian yang batin di nanamakan ROHANI, sementara istilahnya pula di berikan nama Diri terdiri, Diri terperi dan Diri sebenar diri


Soalan:
Apakah maksud diri terdiri,Diri terperi dan Diri sebenar diri tersebut ?

Jawapan:
Maksud diri terdiri itu ialah Jasmani, maksud diri terperi itu ialah Ruhul Yaqazah, maksud diri sebenar diri itu ialah Ruhul Hayat, adapun jasmani itu ialah himpunan anggota jasmani yang terdiri dari kulit,daging,tulang,bulu dan roma, lendir, semua jenis lemak,urat dan saraf dan lainnya, sementara Ruhul Yaqazah (Roh menjagakan) terdiri daripada Roh,Akal dan nafsu serta kelengkapannya, sementara Ruhul hayat ialah nyawa atau Nafas dan komponennya, apabila bersatu semuanya itu maka lengkaplah menjadi seorang manusia

Soalan:
Apakah fungsi Ruhul Yaqazah dan dia di letakkan dimana ?

Jawapan:
Adapun fungsi Ruhul Yaqazah itu ialah menjagakan manusia daripada tidur sebagaimana firman Allah menyatakan bahawa " Allah telah menerima jiwa ketika matinya dan jiwa yang tidak mati di dalam tidurnya...... (Az Zumar 42) dan maksud firman Allah " Allahlah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan Dia mengerti apa yang kamu kerjakan pada siang hari .....(Al An'am 60)

Soalan:
Bagaimanakah perjalanan Ruhul Yaqazah di dalam batang tubuh manusia yang sebenarnya ?

Jawapan:
Secara rengkasnya apabila Roh,Akal,Nafsu (Ruhul Yaqazah) itu keluar daripada batang tubuh atas izin Allah maka manusia itu di katakan tidur lena, maka berlakulah mimpi atau tidak mimpi, dan apabila ia masuk kembali kedalam batang tubuh atas izin Allah maka manusia itu terjaga, istilah ini juga di namakan menidurkan dan menjagakan, semua ini atas izin Tuhan, sila rujuk kepada kedua surah tersebut pada kitab suci Al Quran dari surah Az Zumar ayat 42 dan Al An'am ayat 60

39.Surah Az-Zumar (Verse 42)
اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَاۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّىۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan
jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan
jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain
(ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah
bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

6.Surah Al-'An`ām (Verse 60)
وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُم بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُم بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَىٰ أَجَلٌ مُّسَمًّىۖ ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan
Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang
kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur)
padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah
ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia
menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.



Soalan:
Bagaimanakah tentang fungsi Ruhul Hayat ?

Jawapan:
Ruhul Hayat ataupun nyawa dia tidak boleh keluar daripada batang tubuh manusia, sifatnya sekali masuk dan sekali keluar daripada batang tubuh manusia, jika ia keluar maka tamatlah riwayat manusia itu dan putuslah hubungannya dengan dunia ini, masa pertama masuk pada peringkat jasad bayi di dalam kandungan ibu sekira berusia i20 hingga 125 hari setelah jasad bayi itu menjalani masa tiga kegelapan, dan masa dia keluar adalah apabila ia sampai tempuh untuk menjadi khalifah di bumi

Soalan:
Apakah benar bahawa pernah Ruhul Yaqazah itu tidak masuk-masuk kedalam jasad manusia sekalipun Ruhul Hayatnya belum lagi keluar daripada jasad ?

Jawapan:
Apakah maksudnya KOMA? Pada dasarnya ia sangat jarang berlaku, akan tetapi jika maksudnya KOMA maka kita akan ceritakan nanti pada bab Jasmani dan jika Allah berkehendak maka ia tidak mustahil merlaku, kerana itu islam menggalakkan kita berdo'a supaya Ruhul Yaqazahnya kembali mendiami tubuhnya

Al hamdulillahillazi rodda 'ala ruuhi wa 'afani fi jasadi (maksudnya : Segala pujian bagi Allah yang telah mengembalikan Rohku kepadaku (jasad) dan yang telah menyegarkan pada tubuhku) Ibus Sunniy

Soalan:
Adakah lagi dalil mengatakan bahawa Rohani itu sebagai makhluk diri yang sebenarnya ?

Jawapan:
Jika kita teliti ayat 2 dari surah Al A'ala yang bermaksud : Tuhan yang telah menciptakan (sekalian makhluk) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya".
Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa Allah telah menciptakan makhluknya (Rohani) serta menyempurnakan kejadiannya (lengkap zahir dan batin) dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya (jasmani dan Rohani) Ini menunjukkan bahawa bentuk jasmani itu di cipta mengikut kesesuaian Rohani, dan ulamak berpandangan ia berbentuk Muhammad (manusia yang sempurna (Aku jadikan insan itu sesempurna-sempurna kejadian ! )


KITA MASIH LAGI DALAM BAB IFTIQAR DALAM MEMPERKATAKAN SOAL ROHANI DARI ASAL SIFAT QAHAR PADA ILMU IFTIQAR



Pada pelajaran yang ke 22 yang lalu kita telah bercakap tentang ROHANI pada bab Ruhul Yaqazah dan Ruhul Hayat dan dalil-dalilnya, pada bab ini pula kita menyambung pelajaran kita dengan lebih dekat lagi dalam soal Ruhul Yaqazah dan Ruhul Hayat dalam bentuk soal dan jawab, sebelum itu kita hendak ingatkan kembali tentang Ruhul Yaqazah yang terdiri dari Roh,Akal dan Nafsu yang mana ia di istilahkan juga sebagai HATI, Hati di sini bukanlah yang di maksudkan seketul daging yang bakal hancur di makan ulat dan cacing akan tetapi Hati yang berbentuk asal yang di jadikan Allah daripada Nur bukan daripada tanah

Soalan:
Banyak ayat di dalam Al Quran menyebut tentang Hati, terutama Hati yang berpenyakit, Di manakah letaknya penyakit Hati tersebut ?

Jawapan:
Dalam ilmu kedoktoran yang di maksudkan hati itu ialah berupa daging yang terletak pada sebelah kanan di bawah susu kanan kira-kira empat jari akan tetapi pada ilmu ini ia di tujukan kepada sifat nafsu sama ada nafsu Amarah atau Al Lawamah, Sawallah atau Natiqah dan cabang dari sikap nafsu tersebut seperti nafsu Bahimiyah,Fardiyah,Subuiyah, Syaitaniyah dan sebagainya

Soalan:
Mengapakah terlalu banyak nafsu yang di kurniakan oleh Allah kepada manusia ?

Jawapan:
Allah hanya mengurniakan hanya satu nafsu kepada setiap manusia, yang banyak itu hanya Hawanya atau sikap kepada nafsu tersebut, sebab itu ada orang menyebut sebagai HAWA NAFSU, ertinya Hawa itu adalah menunjukkan sikap atau perangai, sementara Nafsu itu adalah diri nafsu tersebut.

Soalan:
Jika ada yang menyebut Hati si anu itu busuk, Apakah ia di tujukan kepada Ruhul Yaqazah ?

Jawapan:
Walaupun ia di tujukan kepada Ruhul Yaqazah atau Hati akan tetapi maqamnya adalah pada nafsu dan sifatnya, ia tidak wajar di kaitkan dengan Roh dan Akal kerana fungsi makhluk ini berlainan dan setiap makhluk yang ghaib itu ada sifat masing-masing, umpamanya ayat 10 dari surah Al Baqarah yang bermaksud "Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambah penyakit tersebut, demikian juga dengan ayat 22 dari surah Al Mujaddalah yang bermaksud "Allah telah menetapkan keimanan di dalam hati mereka dan ayat-ayat yang lain, ertinya penyakit itu adalah pada Hawa kepada nafsu tersebut.

Soalan:
Apakah fungsi Roh, Akal dan nafsu di dalam tubuh manusia ?

Jawapan:
Adapoun fungsi Roh di dalam jasad manusia ialah untuk memberikan daya tenaga kepada seluruh jasmani, adapun fungsi Akal ialah untuk berfikir dan fungsi nafsu ialah untuk mendorong atau meransang keinginan, itulah secara rengkasnya, oleh itu kita tidak boleh katakan bahawa Roh itu meransang atau berfikir atau kita tidak boleh katakan bahawa Akal itu bertenaga atau meransang atau kita tidak boleh katakan bahawa Nafsu itu berfikir atau bertenaga, walau apapun di antara satu sama lain ada fungsi bekerjasama

Soalan:
Berapa jenis Hawa kepada nafsu yang ada di dalam batang tubuh manusia ?

Jawapan:
Di dalam batang tubuh manusia ada empat Hawa kepada nafsu baik dan ada empat pula Hawa kepada nafsu yang tidak baik, Hawa nafsu yang baik itu di namakan Muthmainnah, Radhiyah, Mardhiyah dan Kamaliah, sementara Hawa nafsu yang tidak baik itu di namakan Amarah, Al Lawamah, Sawalah (Sawiyah) dan Natiqah, dan setiap Hawa Nafsu itu ada cabang-cabangnya dengan istilah yang berlainan di panggil orang

Soalan:
Adakah Hawa nafsu itu yang membolehkan manusia menjadi khalifah ?

Jawapan:
Benar ! dengan adanya Hawa Nafsu maka ia di tugaskan oleh Allah untuk menjadi khalifah, jika manusia tidak mempunyai Hawa dan Nafsu maka ia di namakan Malaikat itulah sebabnya Malaikat tidak di tugaskan sebagai Khalifah kerana ia tiada inisiatif untuk mendorong dan berkeinginan bagi melakukan kecenderungan melaksanakan amanah Allah dan ia hanya menurut perintah Allah apa yang di tugaskan sahaja

Soalan :
Adakah Hawa nafsu ini terikat dengan wama utitum minal 'Ilmi illa qolilla ?


Jawapan:
Di sebabkan masalah ROH ini ada kaitannya dengan Nafsu maka nafsu juga terikat dengan Wama utitum minal 'Ilmi illa qolilla (Kamu tidak di beri ilmu melainkan sedikit) Bani Israil ayat 85, perlu di ingatkan bahawa kedudukan Hawa nafsu ini ataupun ROHANI ia hanya mampu tinggal di dalam batang tubuh manusia selepas sahaja jasmani di lengkapkan oleh Allah dengan anasir daripada tanah,air api dan angin, iaitu empat anasir yang dapat menampung ketahanan jasmani apabila ROHANI di tempatkan kedalam jasad manusia, ertinya dengan adanya empat anasir itu bagaikan ada ketahanan cooling sistem pada jasad manusia itu jika tidak maka jasad mungkin akan terbakar atau berkecai hancur luluh, demikian fitrah sistem yang di tetapkan bagi orang yang berfikir.

Soalan:
Adakah pada nafsu itu tempat Syaitan menggoda manusia ?

Jawapan:
Sebenarnya Nafsu yang ada pada manusia itu adalah tempat yang telah di kenal pasti oleh Syaitan bagi mereka menyesatkan manusia, Syaitan mengelilingi hawa nafsu kerana ia sesuai dengan fitrah asal kejadian nafsu itu ialah untuk melakukan kecenderungan, minat, meransang, dan berkeinginan. dengan sifat ini maka sudah tentu Syaitan memerlukannya untuk di tunggangginya

Soalan:
Adakah kerana nafsu maka Adam dan Hawa serta orang lain menjadi musnah ?

Jawapan:
Pada dasarnya memang kerana hawa Nafsu akan tetapi dalam soal Adam dan Hawa Allah telah memperingatkan mereka terlebih dahulu tentang bahaya godaan iblis yang sentiasa mahu menyesatkan Adam dan anak cucunya

Soalan:
Bolehkah Nafsu itu di persalahkan ?

Jawapan:
Nafsu itu adalah fitrah yang semula jadi yang Allah kurniakan kepada manusia, dia asalnya suci, dan dia tidak boleh di persalahkan seratus peratus, mana mungkin dia di salahkan demikian pada hal jika dia tidak di goda oleh iblis maka dia adalah bersih cuma nasibnya sahaja menjadi tempat yang di sukai oleh iblis, ertinya kerana iblis, bukan kerana nafsu

Soalan:
Jika demikian mengapa ia di letakkan oleh Allah di dalam jasad manusia ?

Jawapan:
Sebenarnya hawa Nafsu itu adalah punca manusia di tugaskan oleh Allah menjadi Khalifah di bumi, jika tidak kerana nafsu maka manusia tidak di katakan manusia dan tidak kita menjadi Khalifah dan sebagai makhluk yang semprna.

Soalan:
Jika demikian secara total maka iblislah yang salah ?

Jawapan:
Memang iblis yang salah dan manusia hanya menerima takdir, walau apapun manusia boleh berikhtiar untuk menjauhkan bahaya dari serangan daripada iblis tersebut, selain dari amaran Allah kepada manusia tentang bahaya iblis tersebut Allah juga telah membekalkan Al Quran kepada manusia untuk panduan berbagai-bagai panduan selain daripada untuk melawannya

Soalan:
Adakah Adam telah di goda oleh iblis atau kerana nafsunya?

Jawapan;
Masalah Adam adalah kerana iblis yang menghasutnya supaya memakan pohon khuldi, walaupun pada peringkat awalnya Adam telah di peringatkan Allah supaya jangan hampiri pohon itu (khuldi) ertinya Adam telah di peringatkan oleh Allah dan akhirnya Adam terjerumus dengan hasutan iblis dan dia tidak mengindahkan amarah Allah, pada dasarnya jika Adam ingat akan larangan Allah maka ada kemungkinan dia tidak dapat di pengaruhi oleh iblis.

Soalan:
Pada hawa nafsu Adam yang manakah telah di sentuh oleh iblis?

Jawapan:
Pada hawa Nafsu Amarah, Al Lawamah, Sawallah dan Natiqah

Soalan:
Adakah nas yang menunjukkan bahawa Allah telah memberi Amaran kepada Adam ?

Jawapan:
Amaran Allah itu seperti yang terdapat pada ayat 6 dari surah Al Fathir yang bermaksud " Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh bagimu,maka anggaplah ia musuhmu,kerana sesungguhnya Syaitan-syaitan itu hanya mengajak supaya menjadi penghunu Neraka Jahim

Soalan:
Apakah Nafsu yang ada pada manusia itu semuanya tidak baik?

Jawapan:
Sebenarnya bukan Nafsu itu yang tidak baik akan tetapi Hawa kepada nafsu itu yang tidak baik, samalah dengan Jin yang mengacau manusia itu, Nafsu dan Jin itu adalah baik akan tetapi sikap mereka yang tidak baik, dalil yang kita boleh guna pakai ialah beranikah manusia mengatakan bahawa segala makhluk yang Allah ciptakan itu sebagai jahat dan tidak baik ? termasuklah Nafsu dan Jin

Soalan:
Mengapakah terlalu ramai orang berkata bahawa Nafsu dan Jin itu jahat ?

Jawapan:
Sebenarnya jika kita kata bahawa Nafsu dan Jin itu tidak baik maka kita menyanggah ciptaan Tuhan, apa yang tidak baik pada dua jenis makhluk itu ialah sikap mereka yang tidak mahu mengikut perintah Tuhan, samalah dengan manusia, bukan semua manusia yang jahat atau bukan semua manusia yang baik, baik dan jahat itu adalah sikap dan perangai mereka, maka perangai merekalah yang perlu di cuci

Soalan:
Jika demikian Nafsu itu ada yang bersikap baik dan jahat ?

Jawapan:
Pada Nafsu itu ada yang bersikap baik dan ada yang bersikap jahat, Nafsu yang bersikapkan Hawa Amarah,Al Lawamah, Sawalah dan Natiqah adalah sikap Nafsu yang tidak baik, sementara Nafsu yang berhawakan baik ialah Nafsu Muthmainnah, Radhiyah, Mardhiyah dan Kamaliyah, oleh yang demikian Nafsu itu wajib mencuci Hawanya

Soalan:
Berapa banyakkah Hawa Nafsu yang baik dan yang tidak baik ?

Jawapan:
Nafsu yang berhawakan tidak baik ada empat iaitu Amarah,Al Lawamah, Sawalah danNatiqah.sementara hawa Nafsu yang baik ialah Muthmainnah, Radhiyah Mardhiyah dan Kamaliyah , hawa Nafsu yang tidak baik adalah tempat yang sering di ganggu gugat oleh jin sementara hawa nafsu yang baik di jaga oleh malakat, andai tiada malaikat yang menjaga hawa Nafsu yang baik itu maka semua hawa Nafsu itu akan di sesatkan oleh jin

Soalan:
Apakah nama Jin dan Malaikat yang menjaga dan seteru bagi manusia?

Jawapan:
Nama Jin tersebut ialah Qarin dan nama Malaikat ialah Hafazah

Soalan:
Apakah setiap manusia itu ada memiliki Qarin dari Jin dan Hafazah dari malaikat?

Jawapan:
Benar ! Setiap manusia di temankan oleh Allah dengan Jin dan malaikat sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w Ma minkum illa waqod wu killa bih Qoriinuhu minal jinna wa qoriinuhu minal mala ikatihi, maksudnya: Tiadalah salah seorang daripada kamu melainkan dia telah di pertemankan dengan seorang kawan daripada jin dan seorang malaikat

Soalan:
Adakah Syaitan mengenali kelemahan Nafsu ?

Jawapan:
Sebenarnya Syaitan mengenali kelemahan hawa Nafsu setiap manusia itu kecuali hawa Nafsu itu di siram dengan keimanan yang datang daripada Allah, di dalam Al Quran Allah berfirman yang bermaksud " Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya ke atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya ( An Nahl 99)

16.Surah An-Naĥl (Verse 99)
إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang
beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.


Soalan:
Apakah konsef bertawakkal kepada Allah dan adakah ilmu bertawakkal tersebut ?

Jawapan:
Ilmu bertawakkal itu seseorang perlu mengenal dirinya dan perlu mengetahui perhubungannya dengan Allah (ini perlu di pelajari) Jika semua ini tidak di ketahui maka tawakkal itu adalah sia-sia kerana hasil tawakkal itu adalah kosong ! Twakkal adalah membolehkan seseorang itu memilikki kekuatan dan keupayaan yang luar biasa kerana segalanya adalah menjadi kerja Tuhan, ertinya menyerahkan diri zahir dan batin ke atas kuasa Tuhan.

ILMU INI SEBAHAGIAN DARIPADA ILMU IFTIQAR

AKAL SANGAT MENAWAN HATI

MENGIKUTI ILMU INI PERLU BERTENANG SAMBIL MENGIKUTINYA SATU PERSATU

Kita mulakan dengan asas-asas ilmu Akal

Akal adalah sebahagian daripada komponen ROHANI dan juga sebahagian daripada komponen RUHUL YAQAZAH, Akal di tempatkan oleh Allah pada tempat yang paling selamat iaitu di dalam otak, dan otak di letakkan di dalam tempurung tengkorak, tengkorak di salut oleh kulit kepala, dan kulit kepala di lindungi oleh rambut, tempatnya di letakkan pada tempat yang paling tinggi dan selamat iaitu pada tingkat atas pada tubuh manusia

Akal sangat menawan hati yang tugasnya menjalankan amanah Tuhan yang berasaskan kalimah tauhid LA ILLAHA ILLALLAH dan MUHAMMADARRASULLULLAH, pada otak manusia terdapat beribu urat dan saraf, jika salah satu daripada ribuan saraf ataupun urat itu putus maka fungsi gerakkan Akal itu terencat dan keupayaan untuk berfikir menjadi lemah dan kaku

Akal mempunyai lembaganya tersendiri bagi menilai suasana berbagai-bagai peristiwa di muka bumi ini, lembaga Akal itu di kenali sebagai Manik, Fikir, Sukma, Budi dan Rasa, setiap lembaga Akal masing-masing dengan peranannya, kerana itu manusia perlu faham bahawa setiap lembaga Akal itu adalah punca memahami segala ilmu yang datang bagi membena ketamadunan manusia dalam perkara keinsanan dan ketakwaan

LEMBAGA AKAL DAN PERANANNYA

1. MANIK Adalah nur lembaga akal yang tugasnya menangkap dan memahami sesuatu berita yang tersurat dan juga tersirat dengan cepat dan tepat, ia bermula daripada panca indra yang di lihat dan di dengar dan akan segera di sampaikan dan di simpan pada manik saban waktu di sepanjang hayat manusia serta dapat di ingat kembali apabila peti simpanan di buka dan di kenang akan sesuatu peristiwa walaupun pada masa yang telah lama berlalu

2. FIKIR Fungsinya ialah untuk menilai sesuatu berita yang datang ataupun berita yang telah di rakam dan di simpan pada manik, fikir juga dapat menilai serta membuat keputusan sama ada berita itu benar atau sebaliknya mengikut panduan

3. SUKMA Fungsinya untuk melahirkan sesuatu perasaan belas kasihan serta menanggung suatu sikap berkesedaran dan kehibaan atas sesuatu tekanan yang dapat mengubah sesuatu alam

4. BUDI Fungsinya melahirkan sikap bertimbangrasa mengikut ilmu yang tersimpan pada lembaga Akal (manik dan sukma) yang melahirkan sikap bertanggungjawab atas perkara yang bukan lahir dari di paksa-paksa dan ia terbit dari sikap dan akhlak

5. RASA Fungsinya adalah melahirkan sikap bertanggungjawab apabila di amanahkan sesuatu tanggungjawab ataupun perintah, dan ia membawa sikap yakin, sabar, tegas dan nekad, ia tertakluk kepada peranan nafsu yang baik dan keimanan yang luhur

Pada keseluruhannya lembaga Akal ini berhubung rapat di antara pengaruh nafsu dan juga Roh, ini di sebabkan ia berada di dalam kumpulan Ruhul Yaqazah, ilmu yang di perolehinya adalah datang daripada alam yang nyata dan juga dari alam yang ghaib ataupun datang dari alam keliling atau melalui mimpi-mimpi mahupun perkhabaran

MEMBICARAKAN MASALAH AKAL MANUSIA DAN LEMBAGANYA

Akal adalah makhluk Tuhan yang tersangat tinggi nilainya ia mampu membawa manusia ke Syurga ataupun ke Neraka, Akal dan lembaganya adalah membezakan di antara kemanusiaan dan kehaiwanan, Akal jika di isikan di dalamnya dengan ilmu yang hak serta mengamalkannya maka manusia akan menjadi selamat, sebaliknya jika ia di isikan dengan ilmu yang batil atas godaan Syaitan walau tidak di amalkan sekalipun maka ia akan merosakkan manusia

Manusia hendaklah sedar bahawa lembaga akal yang ada pada setiap manusia itu di antara satu dengan yang lainnya adalah bekerjasama dengan rapat di antara satu dengan yang lainnya, sebagai contoh jika manik menerima isyarat daripada panca indera sama ada secara melihat, merasa, penciuman (bau) , percakapan, sentuhan, atau mendengar maka ia secara langsung akan melahirkan ilmu sama ada ilmu yang batil ataupun hak, demikianlah luasnya sumber ilmu yang di perolehi oleh akal tersebut sehinggakan daripada desiran angin dari pokok dan sebagainyapun akan melahirkan ilmu

Soalan:
Adakah Akal itu makhluk ?

Jawapan:
Akal adalah makhluk yang tinggi nilai kejadiannya, ia di ibaratkan sebagai makhluk yang tersangat mustahak di dalam kehidupan manusia, dia juga di katakan sebahagian makhluk yang awal Allah jadikan

Soalan:
Bagaimanakah ia memperoleh ilmu ?

Jawapan:
Ia memperolehi ilmu melalui penglihatan, pendengaran, penciuman (bau), sentuhan dan sebagainya

Soalan:
Berapa jenis ilmu yang tersimpan di dalam akal ?

Jawapan:
Ada empat jenis ilmu yang terdapat di dalam akal, Ilmu yang hak dari sumber yang hak, ilmu yang batil dari sumber yang batil, ilmu yang ragu kesahihannya dan ilmu dari ilham dan laduni sama ada di perolehi secara laduni,taufik dan hidayah atau mimpi yang benar

Soalan:
Adakah ilmu yang hak dan yang batil itu di tempatkan pada satu tempat ?

Jawapan:
Setiap ilmu di simpan mengikut perjenisan ilmu, ia tidak di simpan di satu tempat secara bercampur gaul

Soalan:
Adakah ilmu yang hak dan yang batil itu sentiasa aktif ?

Jawapan:
Ilmu yang tersimpan pada lembaga akal Manik adalah mengikut katagori yang terdahulu dan terkemudian, ada kalanya ilmu yang terdahulu ada berkait dengan ilmu yang terkemudian, apabila ini berlaku maka ilmu tersebut menjadi aktif berganda jika tiada berkait maka ilmu yang terkini saja yang aktif, demikianlah keadaannya sama ada ilmu yang hak atau yang batil dan ini bergantung pada dorongan hawa nafsu sama ada hawa nafsu yang baik ataupun hawa nafsu yang tidak baik

Soalan:
Adakah ilmu yang hak dan batil itu akan melahirkan tindakkan ?

Jawapan:
Tidak semestinya ilmu yang hak dan yang batil itu akan melahirkan tindakkan yang di ikuti dengan perbuatan kerana setiap ilmu ada dengan keperluan dan ilmu penangguhan serta ilmu yang tidak perlu di laksanakan kerana tiada keutamaan, ia bergantung kepada kebebasan atau halangan yang mungkin membawa resiko, dan ada ilmu yang telah terlalu lama tidak di laksanakan kerana menghadapi sebab-sebab namun ia tetap mengikut jangka masa ia di lakukan atau tetap di simpan di dalam manik dan ia menjadi sentiasa di ingati, ilmu ini termasuk dalam katagori azam yang tergendala.

Soalan:
Siapakah yang menggerakkan ilmu yang tersimpan di dalam manik ?

Jawapan:
Segala ilmu yang tersimpan di dalam lembaga Akal yang bernama manik akan di gerakkan oleh hawa nafsu, sudah tentu hawa nafsu yang berperanagi kurang baik akan menggoda ilmu yang tidak hak yang ada di dalam lembaga akal untuk di laksanakan dengan tujuan supaya manusia itu melakukan yang mungkar sementara nafsu yang baik akan menggerakkan ilmu yang baik, akan tetapi jika sekiranya ilmu yang baik itu dapat di laksanakan maka ketika mana ia di praktikkan maka nafsu yang kurang baik itu akan menghubungi syaitan supaya ianya di ganggu gugat, ertinya musuh ilmu yang baik itu tersangat banyak keculai manusia itu tahu cara yang sempurna beribadat

Soalan:
Adakah Roh akan terlibat apabila berlaku tindakkan dari keputusan akal untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan?

Jawapan:
Apabila hawa nafsu berjaya menggoda lembaga akal maka lembaga akal yang bernama fikir akan membuat keputusan melakukan sesuatu perbuatan maka sudah tentu Roh akan turut serta terlibat kerana setiap perbuatan itu memerlukan tenaga, sementara tenaga itu datang daripada wujudnya Roh di dalam badan manusia.

Soalan:
Boleh atau tidak berlaku segala gerak yang di lakukan oleh manusia tanpa dorongan nafsu ?

Jawapan:
Tidak boleh, kerana segala punca segala pekerjaan adalah memerlukan dorongan dan kecenderungan, tanpanya ia tidak akan berlaku, sedangkan dorongan tersebut datang kerana adanya nafsu

Soalan:
Apakah yang di maksudkan akal yang kotor dan akal yang bersih ?


Jawapan:
Akal yang bersih itu datang daripada ilmu yang benar dan sentiasa ia memikirkan kebesaran Tuhan dan kebenarannya, ini di namakan akal yang bersih sementara akal yang kotor datang daripada ilmu yang kotor dan sentiasa ia memikirkan perkara yang maksiat

Soalan:
Berapa banyakkah cerita yang di reka oleh Akal ?

Jawapan:
Akal mampu menghasilkan berbagai cerita yang bercampur baur di dalam akal malah ia mampu melahirkan 7 x 24,000 perkataan dalam masa satu hari atau lebih daripada itu

Soalan:
Adakah akal mampu mengubah sesuatu objek ?

Jawapan:
Akal mampu mengubah sesuatu objek sekiranya manusia itu duduk pada kedudukan INSAN KAMIL dan tahu ilmu yang di sebut sebagai TAWAKKAL, ia melibatkan ilmu sifat QAHAR dan sifat KAMAL

Soalan:
Adakah akal mampu melahirkan sesuatu tindakkan dengan sendirinya ?


Jawapan:
Akal tidak berkemampuan bertindak dengan sendirinya tanpa dorongan daripada nafsu

Soalan:
Apakah kerja akal semasa di dalam ibadat ?

Jawapan:
Kerja akal di dalam ibadat ialah merangkumi hukum qalbi qauli dan fi'li, ia menjalankan tugasnya mengingat maksud yang di baca serta tujuannya, di samping itu ia perlu juga memikirkan kerja nyawa dan Roh yang menggerakkan tubuh dan bacaan di dalam masa beribadat.


DARJAT AKAL

Akal semua manusia tetap sama akan tetapi darjatnya yang tidak sama, ketidaksamaan ini adalah kerana kandungan ilmu yang ada pada akal tersebut tidak sama, ini kerana adanya ilmu yang hak dan ada ilmu yang batil, setiap ilmu yang tersimpan pada manik (lembaga akal) ada malaikat yang menjaganya dan Malaikat mengenal pasti mana ilmu yang hak dan ilmu yang batil

Jika ilmu yang hak di isi ke dalam akal hanya sedikit kadangkala ia boleh menjadi malap (kelam) berbanding ilmu yang batil di isi dengan banyaknya, manik yang di isi dengan ilmu yang kotor itu sentiasa memikirkan perkara yang mungkar, ini di kenali darjat akal itu sebagai akal yang kotor sementara ilmu yang baik itu selalu memikirkan perkara yang baik

Darjat akal yang tidak sama juga adalah kerana penerangan ilmu yang di terima tidak selaras di antara seorang pendakwah dengan pendakwah yang lain ini mungkim kerana kefahaman mereka tidak selari, selain daripada itu mungkin wujud serangan pemikiran oleh penyampai penyampai ilmu yang berkepentingan untuk menabur kefahaman aliran mereka

KEKELIRUAN MEMAHAMKAN AYAT

Faktor memahamkan ayat juga boleh menyebabkan seseorang itu berlainan darjat akal, sebagai contoh apabila nabi Musa gagal menamatkan ilmu yang di tuntutnya dengan Nabi Allah Khidhir kerana Nabi Musa semata-mata ilmu zahir tanpa batin, berbanding dengan Nabi Khidhir yang melihat perkara yang akan berlaku akan tetapi belum terjadi sebagai ilmu yang di anggap terbaik bagi manusia mengharung kehidupan

Demikian juga yang berlaku kepada bangsa Yahudi yang terkeliru untuk memahami ayat daripada Allah dalam surah Al Maidah ayat 21 yang menyatakan bahawa " Wahai bangsaku (kata nabi Musa) masuklah ke bumi Palastin yang telah di perintahkan oleh Allah kepada kamu, jangan kamu berundur kebelakang, nanti kamu akan menjadi rugi (dunia dan akhirat).

RAHSIA LEMBAGA AKAL BERFUNGSI

Pada pelajaran yang lepas kita telah terangkan serba rengkas tentang Nur Muhammad dan sebelumnya kita telah sentuh tentang akal dan lembaga akal, yang mana lembaga akal tersebut memainkan peranan yang sangat luas dan fungsinya yang sangat mengkagumkan kesan daripadanya

Pada pelajaran ini kita sentuh pula tentang gelombang yang terdapat pada lembaga akal tersebut mengikut pandangan agama yang rasanya tidak jauh berbeza dari pandangan sain atau yang mana lebih dapat difahami oleh orang yang mengkajinya atau orang yang mempraktikkannya dengan penuh bersemangat

Lembaga akal yang mempunyai tugas masing-masing mengikut fitrah semula jadi daripada Allah s.w.t mempunyai kaitannya dengan otak manusia yang mengandungi berbilion-bilion sel yang di kenali segagai jauhal fardhi (neutron) iaitu kombinasi dari sel-sel yang dapat mencetuskan aliran elektrik di dalam otak manusia yang dapat di kesan dengan rasa atau dengan alat yang di kenali sebagai electroencephalograph (EEG)

Kesan daripada gerak atau aktiviti sel-sel inilah yang menghasilkan gelombang minda atau brainwave, aktiviti ini tidak saja diam pada satu tempat malah ia akan sentiasa berubah-ubah mengikut tekanan lembaga akal atas bantuan nafsu dan juga roh yang mana ia akan tertakluk kepada di mana seseorang itu berada pada masa tersebut mengikut suasana alam kelilingnya

Pada dasarnya gelombang ini dapat kita bagikan kepada 4 peringkat

Peringkat gerak (Beta)
Peringkat ini di mana manusia aktif bergerak ketika sedar atau jaga seperti melakukan kerja yang rutin seharian, kebiasaannya gerak minda akan cepat berubah-ubah sebab setiap gerak atau perbincangan atau berfikir seseorang itu adalah tidak tetap pada sesuatu tekanan nilai tujuan pada tujuan atau hala tuju, gelombang ini juga di kenali sebagai beta
Gelombang gerak ini (beta) ada pula pada masa-masa tertentu ia menjadi lemah dan ada pula pada kalanya ia menjadi tinggi, kebiasaannya apabila gerak terlalu tinggi ia akan menjadikan diri seseorang itu sukar untuk mengawal perasaan atau orang ini sukar untuk tidur malam namun kesan daripadanya ia mempunyai kebaikan pada menghilangkan masalah yang lain

Peringkat diam (Alpha)
Pada peringkat ini besar kemungkinan manusia itu sedang berehat atau bersedia untuk tidur yang mana kekacauan alam di sekelilingnya kurang mengganggu fikirangnnya, peringkat ini juga di kenali sebagai alfa, demikianlah pada kebiasaannya namun tahap diam ini tidak semestinya kekal sekiranya seseorang itu banyak menghadapi masalah kehidupan ataupun masalah-masalah yang di hadapinya, yang paling nyata maka kanak-kanaklah yang sesuai di jadikan contoh gelombang alfha ini kerana mereka tidak banyak tekanan kehidupan atau orang yang zuhud

Peringkat tenang (Theta)
Pada peringkat tenang ini manusia berada pada tahap hendak terlayang untuk tidur yang mana gelombang pemikiannya sudah lemah ataupun hampir lemah, gelombang minda ini juga di kenali sebagai theta

Peringkat fana (Delta)
Pada peringkat ini juga di katakan peringkat tidur mati atau sebahagian daripada mati yang mana roh,akal dan nafsu sudah mula tidak lagi memainkan peranannya dan sel-sel otak berjalan dengan tenang, ini bererti Ruhul Yaqazah sudah tidak lagi memaksa jasad untuk aktif maka berehatlah jasad tersebut dan berehat pulalah otak dan sarafnya, (berehat hanya sekadar fungsi nyawa tanpa cergas) maka disinilah terletaknya rahsia kerja Tuhan yang tidak mampu di kaji oleh ahli sain, peringkat ini juga di kenali sebagai delta

Pada pandangan agama islam (kerohanian) rasanya agak lengkap sedikit dari pandangan sain kerana pada pandangan agama ia ada lima lembaga akal yang menghasilkan gelombang dalam diri manusia yang di kaitkan pula dengan kerohanian yang berpusat pada akal umpamanya lembaga akal yang lima itu di kaitkan dengan fungsi nyawa,akal,roh dan nafsu yang berkaitan di antara satu dengan yang lainnya dan setiap satu akan mengeluarkan gelombang yang mengandungi jauhal fardhi yang mengandungi fungsi yang berlainan yang sangat terkawal mengikut fitrahnya

Kajian sain tentang mind ini di kira hanya tertumpu kepada peranan saraf dan otak sahaja tanpa di kaitkan dengan kerohanian umpamanya mereka memberikan fokus kepada gelombang Beta (12 Hz-38 Hz) Alpha (8 Hz-12 Hz) Theta (3 Hz-8 Hz) dan Delta (0.2 Hz-3 Hz) yang besar kemungkinan atas kajian mereka tentang tenaga atom, thermal, electromative, kinetic dan potential atas kehadiran molikul-molikul yang mampu membentuk kutub positif (+) dan kutub (-) nagative (-) dan positive (+) poles , jika inilah atas kajian mereka maka rasanya ia di fokuskan hanya kepada fungsi hawa kepada nafsu sahaja

Golongan umat islam yang bijak pandai sepatutnya mengkaji lebih dalam lagi dalam soal akal ini kerana mereka berhadapan dengan amal ibadat yang di kaitkan dengan istilah khusyu" kepada Tuhannya. Ilmu ini di ambil asal asalnya daripada sifat 20 pada bab sifat ilmu pada sifat maani dan di kaitkan pula pada sifat maanawiyah iaitu sifat alimun, sebab itu satu kajian sifat 20 ini wajib di ketengahkan oleh orang muslim.

Wednesday 14 March 2012

Hakikat Diri Dan Kelahiran KeDua

Hakikat Diri dan "Kelahiran Ke Dua"

Bersabda Nabi Isa (a.s) :
“Manusia tidak akan boleh masuk ke alam (malakutnya) langit, kecuali telah dilahirkan dua kali seperti burung.” (Kitab Sirrul Asrar Syaikh Abdul Qadir al-Jailani)

Burung dilahirkan dua kali, pertama keluar telur dari ibunya, kedua menetas ia dari telurnya. Beberapa aliran dari agama lain seperti Buddha atau Hindu mempercayai kelahiran kedua yang dinamakan “inkarnasi”. Fahaman ini amat tua dan hanya berdasarkan lingkungan alam dunia yang sempit.

Fahaman inilah yang dinyatakan oleh Allah dalam surah At-Jathiyah ayat 24-26 :
“Mereka berkata kehidupan ini tidak ada selain kehidupan kita didunia ini sahaja, disinilah kita mati dan disinilah kita hidup. Tidak ada yang merosakkan kita ini kecuali masa. Tetapi sebenarnya mereka tiadalah pengetahuan tentang yang ghaib melainkan hanyalah sangka-sangkaan sahaja. Apabila dibacakan kepada mereka keterangan-keterangan kami yang jelas, mereka tiada bantahan kecuali mereka hanya berkata, ‘Datangkan kehidupan kembali bapa-bapa kita, jika apa yang kamu katakan itu benar.’ Katakanlah Allah itulah yang menghidupkan kamu semua, kemudian mematikan kamu semua pula, akhirnya kamu semua dikumpulkan pada hari Qiamat. Hal ini tidak perlu diragukan lagi tetapi ramai manusia memang tidak mengetahuinya.”

Dalam Islam ia dipanggil tanasukh. Ada juga aliran dari Syiah yang menerimanya sebagai pegangan. Namun mereka percaya berlakunya tanasukh hanya pada Imam-Imam Duabelas sahaja, bukan pada semua manusia.

Kepercayaan perpindahan ruh ke dalam badan manusia yang lain atau dalam badan haiwan mengikut amalan mereka di dunia dahulu adalah menyalahi sifat ruh sendiri. Ini disebabkan Qalbi mereka tidak tersingkap untuk melihat ruh di alam Jabarut dan alam Lahut walaupun mereka melakukan meditasi berpuluh-puluh tahun. Dunia ini amat kecil sahaja jika dibandingkan dengan beberapa alam yang terdinding dari pandangan manusia. Namun syaitan atau jin amat bijak dalam menyesatkan manusia.

Kadangkala jin yang bersama tuannya dahulu ketika hidup menyusup masuk ke dalam badan manusia seperti kanak-kanak untuk membuktikan bahawa ruh hidup kembali dalam badan yang lain adalah benar. Ini juga yang berlaku pada kaum Nabi Musa (a.s) apabila syaitan menyusup ke dalam patung lembu dan berkata-kata sehingga ramai pengikut Nabi Musa percaya bahawa itu adalah jelmaan Allah. Mereka melihat ia adalah nyata, sedangkan Tuhan yang disebut oleh Nabi Musa (a.s) tidak dapat dilihat.

Begitu juga tersesatnya kaum Quraisy dengan patung Latta dan Uzza, kerana kedua-dua patung tersebut boleh berbicara. Apabila Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam menyuruh Khalid al-Walid a.s menghancurkannya, Saidina Khalid melihat syaitan wanita berterbangan lari dari patung tersebut. Begitu juga apabila berlakunya patung menangis atau ruh simati hidup kembali. Segala itu adalah jelmaan syaitan atau jin kerana ruh yang telah keluar dari alam ini tidak kembali ke sini lagi. Ruh yang baik akan ke ‘Illiyin dan ruh yang jahat akan ke Sijjin. Ia adalah alam ruh bukannya alam nyata.

Untuk melihat alam ruh yang tidak dipermainkan syaitan, manusia perlu menyingkap Qalbinya berdasarkan kaedah-kaedah yang diambil dari Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Segala pintu alam langit, alam rahsia tertutup ketika lahirnya Nabi Muhamad sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Mereka tidak dapat menembusinya melainkan dengan jalan Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Nabi telah membukanya kembali pada malam Israk dan Mikraj, sesiapa yang mahu pergi ke langit perlu melalui pintunya. Nabi adalah pemegang rahsia langit, rahsia alam ghaib, rahsia alam keTuhanan. Tiada ruh yang boleh terbang ke alam keTuhanan melainkan dengan izinnya, dengan mengikuti ajaran dan mencintainya.

Kerana itulah Saidina Umar al-Khattab menangis apabila melihat seorang rahib yang tekun bermeditasi di dalam lubang yang kecil sehingga Umar mengatakan : “Aku menangis kerana ketekunan kamu untuk mencapai Tuhan, sedangkan pintunya tidak engkau lalui iaitu Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam”. Mereka tidak akan mencapainya melainkan dimainkan oleh khayalan dan syaitan.

Berlakunya pembukaan yang ghaib seperti melihat ruh, melihat Tuhan adalah sebenarnya masih di alam ini lagi. Para ahli sufi termasuk Syaikh Abdul Qadir al-Jailani juga mengalami peristiwa terbuka rahsia keTuhanan ketika khalwatnya, namun dengan rahmat Allah ia selamat dari tipu dayanya. Dalam pembukaan ini, ramai para ahli sufi terkeliru sehingga menyangka mereka telah mencapainya. Ini kerana ia berlaku dalam bentuk yang begitu hebat dan tersilau segala rohani kala menatapnya. Ia datang dengan beberapa kalimat pengajaran, namun hakikatnya tersembunyi tipu daya yang halus.

Justeru itu manusia memerlukan Nabi yang memiliki kelebihan ruhnya yang berkemampuan melihat dan menerima wahyu. Nabi mengesahkan apa yang tersingkap pada Qalbi para sahabat adalah benar-benar Tuhan. Ilmu penyaksian yang haq atau tersingkap Qalbi secara haq terhadap alam keTuhanan ini diturunkan kepada beberapa orang sahabat. Sahabat mengajar pula kepada beberapa orang para tabi’i, para tabi’i mengajar pula kepada beberapa orang di kalangan tabi’i-tabi’i dan seterusnya sehingga sampai ilmu itu pada hari ini kepada orang yang tertentu pula. Justeru itu, pembukaan mereka yang tidak melalui jalan kenabian hanyalah sekitar di alam dunia ini dan alam mithal, iaitu alam ghaib yang masih tidak terkeluar daripada kongkongan alam jasad.

Manusia itu perlu dilahirkan kali kedua. Bayi jasad lahir dari gabungan dua nutfah iaitu lelaki dan perempuan. Bayi maknawi lahir gabungan dari ilmu zahir dan batin. Amal zahir ialah ibadah syariat dan amal batin ialah ikhlas. Ruh Al-Qudsi yang datang dari alam Lahut telah dikandung dalam Qalbi manusia. Ia telah terkurung dalam kegelapan. Apabila manusia beramal soleh dan meninggalkan segala kejahatan, zikir lisan berpindah kepada zikir hati dan zikir hati berpindah ke dalam lidah hati. Ketika itu Ruh Al-Qudsi akan lahir kembali dari Qalbinya dalam bentuk permulaan dan dinamakan Bayi Maknawi “Tiflul Maani”.

Pada peringkat ini, jiwa seseorang itu cenderung melakukan kebaikan, amat menyesal apabila melakukan kejahatan. Inilah kebanyakan peringkat jiwa yang ada pada manusia yang bermujahadah terhadap sifat jahat dalam diri mereka walaupun dari pelbagai agama. Sebagaimana bayi jasad yang membesar dengan keperluan makanan, minuman dan penjagaan, begitu jugalah dengan bayi maknawi.

Seseorang itu janganlah hanya berpuashati dengan keadaan bayi maknawinya. Ia perlu dibesarkan sehingga melalui beberapa kelahiran kembali (peringkat) sehingga akhirnya ia kembali kepada asal keadaannya di alam Lahut. Mereka perlu memberi makanan, minuman dan didikan kepada bayi maknawi itu kerana ianya mengandungi pelbagai rahsia. Justeru itu, guru yang sebenar ada dalam diri manusia sendiri, ia adalah hakikat kehidupan, ia adalah pemegang ilmu rahsia alam ghaib.

Dengan penjagaan dan didikan yang betul, bayi maknawi ini akan melewati dari alam bayi kepada kanak-kanak (alam Malakut) kemudian berpindah ke alam remaja (alam Jabarut) dan dari remaja menjadi seorang dewasa yang matang (alam Lahut). Ketika itu Ruh Al-Qudsi telah sempurna kembali kepada hakikatnya. Ia kembali makrifat pada Allah SWT dengan pandangan yang haq. Ia tidak lagi menjadi tua dan tiada mati.

Pernah satu ketika Rasullullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam bersabda pada seorang wanita tua “Tiada orang tua sepertimu di dalam syurga”, wanita tua itu begitu sedih hati apabila mendengar sabda baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam, kemudian Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam bersabda lagi “Usah bersedih, maksudku ialah di syurga nanti tiada orang tua sepertimu kerana orang tua sepertimu akan menjadi muda belaka”.

Seorang Muslim mencari rahsia dirinya di alam ruh sedangkan “inkarnasi” mencari siapa dirinya pada kehidupannya pada kelahiran yang lalu. Kehidupan semula di alam ini menyebabkan ruh akan terus terkongkong dan tidak meningkat atau maju. Mereka bermujahadah di alam dunia yang penuh ujian dan fitnah sehingga mereka mati, kemudian ruh dikembalikan pula ke alam ini pada kelahiran yang lain. Ruhnya kembali pada proses pertama iaitu kembali kotor, gelap kemudian menghadapi pelbagai ujian hidup kembali. Alangkah menderitanya ruh kerana tiada erti kerehatan. Ruh tiada kemajuan, hanya hidup mengalami proses yang sama cuma badan yang berlainan dan ujian yang berlainan. Ini adalah penyiksaan pada ruh yang berkekalan.

Ruh adalah kehidupan; adanya rasanya, pandangan, pendengaran, ilmu, kudrat dan iradat. Ruh tidak memerlukan badan, ia sudah mempunyai badannya sendiri mengikut alam. Sarungnya lebih cantik pada setiap alam. Apabila berlakunya peningkatan kesucian ruh, tersingkap baginya beberapa ilmu dan pandangan. Pandangan terhadap perkara yang haq tidak akan hilang. Apabila ruh kembali ke alam Lahut, tersingkap padanya rahsia keTuhanan yang haq. Inilah yang disabda oleh Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam: “Sesiapa yang masuk ke syurga tidak akan keluar lagi”, bermakna ruh yang sudah masuk ke alam Lahut tidak akan kembali kepada kegelapan.

Amat salah bagi mereka yang berfahaman “inkarnasi” kerana percaya bahawa ruh akan kembali gelap dan hilang segala ilmunya apabila masuk kembali ke dalam tubuh yang baru. Perkara yang binasa itu adalah makhluk dan dari syaitan sedangkan Wajah Allah itu kekal, ilmu itu terus terpancar pada cemin Qalbinya sehingga meleburkan segala kebatilan, syirik, mazmumah pada dirinya.

Firman Allah :
“Katakanlah, apabila datangnya yang haq (kebenaran) maka akan hilanglah yang batil.” (al-Israa’ : 81)

“Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat.” (al-Qiyaamah : 22-23)
Sesungguhnya manusia tidak boleh menyucikan dirinya, Allahlah yang menyucikan dirinya dengan berlakunya beberapa tajalli pada cermin Qalbinya. Bukit Tursina hancur dan Nabi Allah Musa (a.s) pengsan ketika Allah mentajallikan dirinya. Bukit Tursina dikiaskan kepada segala mazmumah dan pengsannya Nabi Musa dikiaskan berlakunya fana’ iaitu keleburan seorang hamba dengan Tuhannya, bukannya hamba menjadi Tuhan. Ia umpama cahaya lampu yang hilang di dalam terang cahaya matahari. Cahaya lampu tetap wujud tetapi tiada kelihatan. Cahaya lampu akan kelihatan apabila cahaya matahari menghilang.
Kasyaf terhadap Tuhan ada tiga dan ia hampir sama. Pertama dari syaitan, ia menyesatkan dan menyebabkan manusia itu terkeliru. Justeru itu, seseorang pengembara rohani perlu mempunyai ilmu asas keTuhanan seperti wajib memahami sifat yang wajib,mustahil dan harus bagi Allah. Tanpa memahaminya ia akan terkeliru dan boleh tersesat.

Kedua kasyaf pada rohani. Ia kelihatan sama seperti saudara kembar yang tidak dapat dikenali dengan sepintas lalu, namun pembukaan itu tidak meleburkan sifat mazmumah dalam diri, malah kadangkala menjadikan manusia itu sombong sehingga menyangka mereka mencapai darjat yang tinggi. Ada yang meninggalkan syariat, ada yang meringankan ibadah, ada yang sudah mula merendahkan orang lain, ada yang mendakwa ilmunya yang haq dan orang lain belum sampai.

Ketiga ialah kasyaf Rahmani dimana berlakunya peleburan mazmumah. Mereka menjadi manusia baru seperti ular yang keluar dari kulitnya, diberi kulit (perangai) yang baru. Tiada padanya kesombongan dan dakwaan, malah mereka tenggelam dalam lautan dosa dan kehambaan. Mereka mencintai ibadah, amat cinta dan takut pada Allah. Banyak menilik kelemahan diri dan menjauhi segala bentuk pujian. Jiwa mereka sentiasa dalam keadaan takut dan harap pada Allah SWT.

Tipu daya nafsu bagi permulan penuntut ialah perlawanan dengan nafsu kebaikan dan sentiasa jatuh maksiat zahir. Tipu daya nafsu bagi pertengahan penuntut ialah dorongan kepada ibadah dan kebaikan tetapi didalamnya terkandung tipu daya, seperti pengakuan menjadi Nabi, Wali dan sebagainya. Sedangkan pada daerah makrifat, tipu daya nafsu dengan syirik khafi (penyekutuan yang samar) berupa jenis cahaya seperti pengakuan menjadi tuhan, bersatu dengan tuhan dan sebagainya yang melibatkan kesalahan akidah. Peringkat ini amat bahaya kerana mudah tergelincir akidahnya.

Seorang penuntut perlu mendalami Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan mendapat bimbingan Guru yang mantap kefahaman akidah, syariat dan tasawufnya kerana tanpa asas ini amatlah bahaya. Bagaikan mendaki bukit yang tinggi dan curam, potensi untuk tergelincir amatlah mudah.

Firman Allah SWT :
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya...” (al-Jatsiyah : 23)

Wallahu ‘alam.

Sebenar Benar Makrifat

SEBENAR-BENAR MAKRIFAT
Dalam Kitab Risalah Al Qusyairiah, mengenai makrifat Imam Abi Qasim berkata:


” Erti makrifat menurut pendapat ulama (bukan ahli tasawwuf) ialah pengetahuan. Maka tiap-tiap ilmu itu adalah makrifat dan tiap-tiap makrifat adalah ilmu. Dan tiap-tiap orang alim tentang Allah, adalah orang arif dan tiap-tiap orang arif adalah alim”


Dalam kitab ini juga dinyatakan:


” Barangsiapa yang mengenal Allah dengan jalan pertolongan Allah maka orang itu adalah ”Arif” tentang Allah secara hakikat (Ahli tasawwuf), Orang yang Arif tentang Allah dengan cara dalil sahaja maka itu adalah orang Mutakallimin taklid (menuruti perkataan orang tanpa mencari dalil) maka orang itu adalah orang awam/orang bodoh”


Menurut Zunnun al Misri (W 860 M) yang dianggap sebagai bapa fahaman “makrifah”. Menurutnya terdapat 3 jenis pengetahuan tentang Tuhan, iaitu:
1 Pengetahuan awam : Tuhan satu dengan perantaraan ucapan kalimah syahadat
2 Pengetahuan ulama : Tuhan satu menurut akal fikiran
3 Pengetahuan sufi/Tsawwuf : Tuhan satu dengan pandangan Hati Sanubari


Pengetahuan menurut pengertian pertama dan kedua, belum merupakan pengethuan hakiki tentang Tuhan. Kedua-duanya disebut ilmu, bukan makrifat. Pengetahuan menurut pengertian yang ketigalah merupakan pengetahuan hakiki tentang Tuhan dan pengetahuan ini disebut ”makrifat”.


Makrifat hanya terdapat pada kaum sufi, yang sanggup melihat Tuhan dengan Hati Sanubarinya. Pengetahuan serupa ini hanya diberikan Tuhan kepada kaum sufi yang sangat berhasrat untuk bertemu dengan Allah kerana sangat cintanya kepada Allah. Makrifat dimasukkan oleh Allah ke dalam hati orang sufi, sehingga hatinya penuh dengan cahaya.
Ketika Zunnun al Misri ditanya: ”Bagaimana ia memperolehi makrifat tentang Allah, ia menjawab:
” Aku mengenal Allah dengan pertolongan Tuhanku dan sekiranya tidak kerana Tuhanku aku tidak akan kenal Nya”


Ini menggambarkan bahawa makrifat tidak diperolehi begitu sahaja, tetapi adalah pemberian dari Allah. Kerana itu maka makrifat bukanlah hasil pemikiran manusia, tetapi bergantung kepada kehendak dan rahmat Allah, dengan kata lain bahawa makrifat adalah pemberian Allah kepada kaum sufi yang sanggup menerimanya.


Alat untuk mendapat makrifat oleh kaum Sufi disebut Sirr.


Dalam Ar Risalah Al Qusyairiah disebutkan, ada 3 alat dalam jasad manusia yang digunakan oleh orang Sufi untuk makrifat Allah:


1 Qalb - untuk mengetahui sifat-sifat Allah
2 Ruh - untuk mencintai Allah
3 Sirr - untuk melihat Allah


Sirr adalah lebih halus dari Ruh dan Ruh lebih halus dari Qalb. Qalbu tidak sama dengan jantung, kerana qalbu ialah alat untuk merasa dan juga untuk berfikir. Perbezaan antara qalbu dan akal ialah bahawa akal tidak boleh memperolehi pengetahuan yang sebenar tentang Allah, sedangkan qalbu boleh mengetahui hakikat dari segala yang ada dan jika Allah melimpahkan cahayanya kepada qalbu, ia boleh mengetahui segala apa yang diketahui Allah.


Nampaknya ”Sirr” bertempat di Ruh dan Ruh bertempat di Qalbu dan Sirr timbul dan dapat menerima limpahan rahmat dari Allah, jika qalbu dan ruh itu telah suci secucinya, kosong tidak berisi apa pun.. Pada ketika itulah Allah menurunkan cahayaNya kepada ahli sufi dan yang dilihat oleh ahli sufi tadi hanyalah Allha semata-mata. Ketika itulah ia telah sampai ke tingkat makrifat.


Makrifat serupa ini , telah diakui oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Ahli Muhaqqiqin berkata tentang makrifat:


” Makrifat itu adalah ketetapan hati , mempercayai akan wujudnya Zat yang wajib wujud yang bersifat dengan segala kesempurnaan , jauh dari sifat kekurangan”


” Makrifat itu terlihatnya di dalam keadaan kita tercengang dan leburnya kita dalam keadaan pengsan”


Keadaan seperti ini telah terjadi ketika Nabi Musa as berkata-kata dengan Allah, ia memhon agar ia dapat melihat Allah.


Seperti dalam FirmaNya:


” Maka berkatalah Musa: Ya Tuhanku nampakkanlah (Zat kesempurnaan) kepada ku agar aku dapat melihat Engkau. Tuhan berfirman: Kamu sekali-kali tidak dapat melihat Aku, tetapi lihatlah ke bukit itu, maka jika bukit itu tetap di tempatnya, niscaya kamu dapat melihat Aku. Tatkala Allah menampkan kepada bukit itu, kejadian itu menjadikan bukit itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan”


Pedoman yang dapat diambil dari ayat tersebut diatas ialah:


1 Melihat Tuhan dengan mata kepala, adalah mustahil.


Firman Allah SWT:


” Bahawa Allah itu tidak mungkin didapat dengan penglihatan mata”


2 Bahawa makrifat itu sesungguhnya adalah tembus pandangan batinnya kepada Allah.


Firman Allah SWT:


” Lihatlah apa yang sebenarnya yang ada di langit dan di bumi”


Walaubagaimanapun, penglihatan atau pandangan mata hati kadang-kadang terbalik menjadi pandangan mata zahir. Dikiranya ia telah melihat dengan mata zahir, tetapi apa yang ternyata ialah dengan pandangan mata hatinya, padahal sebenarnya ia melihat dengan mata hatinya.


Kejadian seperti ini terjadi pada suatu ketika apabila Syeikh Abdul Qadir Al Jailani ditanya seorang laki-laki, apakah boleh melihat Allah dengan mata, lalu beliau menjawab: ”Ya boleh”


Pernah Ali bin Abi Talib berkata:


” Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan aku pun berkata: Tiada syak lagi yang Engkau itu adalah Engkau Tuhan”


3 Bahawa sesungguhnya Ruh itu sentiasa terhijab dengan rasa keinsanan. Bahawa pandangan yang nampak ini, tidak ada yang dilihat kecuali apa yang nampak juga. Apabila sifat kerohanian lebih berkuasa ke atas sifat keinsanan. Maka terbaliklah pandangan mata zahir menjadi pandangan mata hati. Dalam pada ini. Pandangan mata yang bersifat baharu akan lebur ke dalam pandangan hati yang bersifat qadim, ertinya mustahil baharu dapat bercampur qadim


4 Selanjutnya dalam Kitab Tafsir Mahsinut Takwil ada menerangkan:


Adapun Firma Allah SWT yang mengatakan:


” Akan tetapi lihatlah ke bukit itu, maka jika bukit itu tetap di tempatnya, niscaya kamu (Musa) dapat melihat Aku”


Dalam pengertian ini, maka Tuhan menggantungkan bolehnya melihat atas tinggal tetapnya bukit itu pada tempatnya. Ertinya Allah itu mungkin terlihat pada diriNya, maka yang tergantung atas kemungkinan, maka ia mungkim hukumnya.


Dalam Kitab Kawsyiful Jilliyah, memberikan penafsiran berikut:
Adapun Firman Allah SWT yang mengatakan:”Tatkala Tuhan nampak bagi bukit itu, kejadian itu menjadikan bukit itu hancur luluh”.
Maka apabila ada kemungkinan bahawa Tuhan boleh nampak bagi bukit benda tegap itu, bagaimana tidak mungkin nampak bagi rasul-rasulnya dan wali-walinya,
Bahawa sesungguhnya Allah berkata-kata dengan Nabi Musa as. Apabila mungkin berkata dengan Nabi Musa dan Musa mendengar kata-kata Allah itu tanpa hijab antaranya, maka kemungkinan untuk melihatnya Allah itu adalah lebih mungkin lagi.


Dalam pada itu, barangsiapa yang sudah mencapai makrifat, maka lenyaplah diri keinsannya lebur ke dalam kebaqaan Allah.


Allah berfirman:


” Tiap orang atasnya kebinasaan (fana) dan Zat Tuhan tetap dalam kebaqaan yang mempunyai sifat sempurna dan Maha Agung”


Ahli Taswwuf ada berkata (dalam Kitab Iqazdul Himan):


”Barang saiapa yang melihat Tuhan niscaya lenyaplah ia dari dirinya, dan barangsiapa masih melihat dirinya, niscaya terhijab ia daripada Allah”


Jadi pengertian makrifat tidak cukup dengan jalan dalil-dalil atau dengan jalan akal fikiran semata-mata, tetapi makrifat dapat dicapai dengan pertolongan dan rahmat Allah SWT sebagaimana dijelaskan oleh Zunnun Al Misri tersebut di atas.

Ahmad Muhammad Alhamdu

Ahmad Muhamad Al-Hamdu

dalam setiap tarikan nafas kehidupan ..
dalam setiap detak nadi dan jantung ..
dalam setiap gelombang suara yang tersentuh telinga ..
dalam setiap pancaran cahaya yang membiaskan objek bagi mata ..
dan juga .. dalam setiap alunan getar lidah dan bibir dalam menyulam kalimat ..

AL FATIHAH ...

Memahami alam semesta cukup dengan memahami Kitab kebenaran,
dan memahami kitab kebenaran cukuplah dengan memahami Al-Qur'an,
dan memahami Al-Qur'an cukuplah dengan memahami Al-Fatihah,
dan memahami Al-Fatihah di mulai dengan memahami Baitullah yang tempatnya adalah di Qalbu yang ada dalam diri ..

Awalnya engkau tidak memahami apa-apa dengan kata Biss, lalu disana ada Huruf Mim yang menyambung pada kata Allah dan jadilah :

بِسْمِ اللَّهِ

Awalnya adalah engkau terpisah seperti terpisahnya titik yang di bawa huruf BA',namun di penghujung ketika engkau memahami kebenaran dan melebur menjadi kebenaran,engkau berada di dalam cawan huruf BA' dan BA' telah menjadi NUN pada penghujung ayat ini yakni :

وَلَا الضَّالِّينَ

Tujuh ayat di dalam Surah Al-Fatihah adalah menggambarkan tujuh lapis langit,tujuh lapis bumi,tujuh kali tawaf,dan yang utama adalah tujuh hijab yang ada dalam diri yang menghalangi jiwamu untuk menemukan Zat Allah atau Nur Ilahi .. Apakah itu Nur ? .. Inilah kandungan utama Kebenaran yang dijelaskan ayat demi ayat dalam Surah Al Fatihah ...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Ketika engkau telah memahami dengan kesadaran yang hakiki tentang Baitullah yang ada di dalam dirimu maka itu adalah hakikat huruf pertama pada ayat pertama (BA'),sehingga engkau disambungkan dengan huruf MIM yang bermakna ma'rifat (mengenal) Allah Hurrahman Nirrahim .. Dia lah yang ada di dalam dirimu yang kedekatanNya melebihi dekatnya urat lehermu,Dia lah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ...

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Jika engkau telah sedar,maka pujilah Dia dengan kesadaranmu,Dia lah yang meliputi sekaligus menguasai alam semesta .. makna puji adalah bukan semata ungkapan kalimat asma' ulhusnah,tapi lebih dari itu iaitu engkau terbangun jiwamu dalam kesadaran ber Tuhan .. olehnya engkau mengerti kerana mengalami .. apa pun lakon hidupmu semuanya bermakna pujian kepada Tuhan ...

الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Jiwa yang telah terbangun kesadaran,kini memasuki kesadaran lebih dalam lagi iaitu kesadaran RASA .. kesadaran rasa adalah mekar dari esensi cinta yang sesungguhnya,cinta adalah refleksi dari energi Kasih dan Sayang dari Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,semuanya mengalir dari dalam dirimu ...

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Akhirnya engkau menyerahkan segala urusan hidupmu kepada-Nya lantaran sadar jika Dia lah yang menguasai keseluruhan kehidupanmu,termasuk hari-harimu yang kini dan yang akan datang juga pada hari penentuan akan segala amal perbuatan (hari pembalasan) ..

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Rasa yang mengalir dalam cinta darimu kepada-Nya begitu juga sebaliknya adalah tahap yang engkau capai ketika engkau telah memasrahkan segala kepada-Nya .. engkau menyembah Nya kerana cinta bukan lantaran ketakutan akan gambaran neraka dan siksa kubur .. sembahmu mengalir dalam setiap irama nafas juga detak nadimu .. engkau sadar dalam kesadaran .. apapun yang engkau lakukan engkau merasa bukanlah engkau yang melakukan,tetapi semuanya adalah Dia adanya ..segala kerana pertolongan-Nya ....

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Dalam setiap irama hidup,engkau selalu memohon kepada-Nya agar sentiasa terbimbing dan menuju ke jalan yang benar .. pertolongan di sini akan mengalir dalam segala ilmu dari semua pengetahuan yang ada .. sehingga engkau menatap disetiap tapak pengetahuan dan menuju kepada pengetahuan tentang keabadian .. dan engkau juga mengerti tentang jalan yang benar iaitu ke FANA an yang sejati di mana dirimu telah hilang dari segala perhubungan selain Dia ... selanjutnya menuju Dia dan melebur dalam Dia .. itulah Tauhid yang sesungguhnya ....

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Tauhid yang engkau harapkan adalah sebuah kurnia yang telah Dia berikan kepada para kekasih-Nya yang terdahulu .. dan engkau juga telah menjadi kekasih-Nya .. engkau telah menemukan sebuah titik sejati dari makna kebenaran ... dan itulah makna huruf NUN (Nur) di penghujung ayat terakhir surah Al-Fatihah ...

AMALAN SURAH AL-FATIHAH
:::::::::::::::::::::::::::::::::

(1) MAKRIFATKAN AYAT DIBAWAH PADA TITIK MAQAM YG TERLETAK PADA 2 JARI DIBAWAH PUTING PAYUDARA SEBELAH KIRI:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(2) MAKRIFATKAN AYAT DIBAWAH PADA TITIK MAQAM YG TERLETAK 2 JARI DIBAWAH PUTING PAYUDARA SEBELAH KANAN:
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam

(3) MAKRIFATKAN AYAT DIBAWAH PADA TITIK MAQAM YG TERLETAK 2 JARI DIATAS PUTING PAYUDARA SEBELAH KIRI:
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

.(4) MAKRIFATKAN AYAT DIBAWAH PADA TITIK MAQAM YG TERLETAK 2JARI DIATAS PUTING PAYUDARA SEBELAH KANAN:
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan

(5) MAKRIFATKAN AYAT DIBAWAH PADA TITIK MAQAM YG TERLETAK PADA TENGAH DADA:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan

(6) MAKRIFATKAN AYAT DIBAWAH PADA TITIK MAQAM YANG TERLETAK PADA TENGAH DAHI DIANTARA DUA KENING:.
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus

(7) MAKRIFATKAN AYAT DIBAWAH PADA TITIK MAQAM YANG TERLETAK PADA BAWAH PUSAT & APABILA SAMPAI PADA AYAT DHOOLIIN, HENDAKLAH DIMAKRIFATKAN KE SELURUH ANGGOTA KITA BERMULA IKUT LAWAN JAM NAIK KEATAS DAN TURUN SEMULA KEBAWAH MELIPUTI SELURUH ANGGOTA.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni`mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Suratul Fatihah.
Al-Fatihah dibaca untuk mendapat barakah Allah di awal majlis, Al-Fatihah juga disedeqahkan kepada orang yang pergi meninggalkan kita. Namun, terdapat banyak fadhilat dan rahsia sunnatullah dalam ummul kitab itu.
antaranya yang akan dibincangkan di bawah.
Rahsia SURAH AL-FATIHAH.
1. Untuk membuat seseorang (suami/isteri, anak-anak) agar senantiasa mengingati kita.
* Bacalah Surah Al-Fatihah 14 kali sebelum tidur malam.
2. Untuk penyakit yang agak tenat.
* Baca Surah Al-Fatihah 41 kali dan tiup ke dalam air. Minum dan buat mandi dengan menggunakan air tersebut.
3. Untuk penyakit mental.
* Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala orang tersebut
pada waktu pagi dan pada waktu malam, setiap hari tanpa jemu.
4. Bila di dalam kesakitan yang amat sangat,
* Baca Surah Al-Fatihah 3 kali dan tiup ke dalam gelas berisi air dan minum.
Kemudian baca Surah Al-Fatihah sambil menggosok di bahagian yang
sakit itu.
5. Untuk bayi yang selalu menangis terutama pada waktu malam.
* Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala bayi itu.
6. Untuk kecederaan seperti luka, disengat lebah, berdarah, jari tersepit pintu.
* Baca Surah Al-Fatihah 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan ambil air liur dari
“langit-langit” dan sapu pada bahagian yang cedera itu.
INSYA’ ALLAH perkara-perkara yang disebutkan di atas berkesan dengan
beberapa syarat:
* Percaya dan yakin bahawa Surah Al-Fatihah adalah “penawar” yang terbaik
untuk segala-segalanya.
* Baca Surah Al-Fatihah dengan khusyuk.
* Tawakal kepada Allah.
* Guna Surah ini hanya untuk niat yang baik.
Fatihah Seribu Faedah
Sesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:
i) Meminta pangkat melainkan ia dapat
ii)Ia miskin melainkan jadi kaya
iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.
v) Ia lemah melainkan dikuatkan.
vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.
Fatihah Mengembalikan Pangkat
Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula:
Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN.
Fatihah Mendapat Zuriat
Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.
Fatihah Sakit Mata
Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Fatihah dengan niat meminta:
i) Sembuh penyakit matanya
ii) Pulih pandangannya.
iii) Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan sembuh penyakit mata itu.
Fatihah Di atas Kapas
Sesiapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin
Allah.
Wirid Fatihah
Sesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia:
i) Dimurahkan rezekinya
ii) Diperbaiki hal ehwalnya
iii) Dibersihkan hatinya
iv) Diangkat darjatnya
v) Dimudahkan pekerjaannya
vi) Dilepaskan ia dari dukacita
vii) Dijauhkan dari mudharat
viii) Diberi ia kerajinan dan semangat
ix) Tidak kecewa
tak) Jauh dari hasutan syaitan
xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan
Dinding Dimasa Tidur
Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:
Qul Huwallah Hu Ahad - 3 kali
Qul A’uzubirabbil falaq - 1 kali
Qul A’uzubirabbin Nas - 1 kali
Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur.
sebaik-baik penawar ialah ayat alquran.Namun, berhati-hatilah membaca Al-Fatihah kerana sekiranya salah membacanya maka rosaklah Al-Fatihah itu.
Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)
sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu)
sepatutnya Iyya. Iya bermaksud
‘matahari’
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya
akan bermaksud “kepada
mataharilah yang kami sembah dan
kepada matahari kami meminta
pertolongan”!!!!
7) SIROTHOLLAZI…………. sehingga
habis hendaklah dibaca
tanpa
henti.
AMIN .hendaklah mengaminkan Al- Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat InsyaAllah.
semoga kita menjadiorang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Al Fatihah juga boleh dibaca semerta untuk hal-hal seperti meredakan kemarahan seseorang. Niatkan dalam hati untuk sedeqahkan surah itu kepada orang tersebut dan berdoa dengan Allah agar menghilangkan kemarahannya. bacalah Al Fatihah dengan ikhlas, insyaallah orang tersebut tidak marah lagi.
Begitu juga jika mahu suami atau anak ingat dan rindukan kita, sedeqahkanlah surah al-fatihah itu dengan ikhlas atas namanya dan pohon dengan Allah agar dimasukkan rindu dalam ingatan mereka kepada kita.
mudah-mudahan hubungan anak dan ibu serta suami dan isteri semakin kukuh, walaupun begitu, ayatul quran bukanlah digunakan untuk tujuan yang bertentangan dengan syarak .

Saturday 10 March 2012

Pemulihan Rohani

Pemulihan Ruhani

Banyak orang yang bertanya-tanya atau ingin tahu, tentang sebenarnya apa kah yang diajarkan dan dilakukan oleh Rasulullah Muhammad Saw ketika Beliau mengenalkan Islam kepada para sahabat Beliau. Sehingga begitu Beliau
menyampaikan Risalah Islam, seakan-akan para sahabat utama seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, istri Beliau Khadijah, seketika itu juga langsung beriman kepada Rasulullah setelah mereka bertemu dengan Rasulullah.

Sebenarnya tidak ada yang aneh yang Beliau lakukan kalau ditinjau dari sudut
ilmu komunikasi, psikologi, para psikologi, dan ilmu-ilmu lain yang sangat banyak berkembang dizaman sekarang ini. Pada dasarnya Beliau hanya melakukan pemulihan ulang (memulihkan kembali) ruhani para sahabat itu agar mereka boleh
kembali berada dalam suasana semula jadi. Para sahabat itu boleh kembali
merasakan suasana azali. Sehingga akhirnya mereka merasa tidak punya alasan lagi untuk menolak kerasulan Muhammad Saw. Ada buktinya…, ada proses berubahnya, ada proses menjadinya.

Risalah Islam itu pada hakekatnya hanyalah ingin memulihkan kembali suasana hati, suasana jiwa, suasana batin, suasana ruhani umat manusia, sehingga kegembiraan syurgawi yang dulu pernah dirasakan oleh Adam dan Hawa mampu kita pulih ulang dan kita rasakan kembali disaat sekarang ini.

Saat ini, jauh diruang batin terdalam kita, yang menurut istilah ilmu zaman
sekarang disebut sebagai alam bawah sadar, sebenarnya sudah tertanam dua macam memori yang saling bersilih ganti. Yaitu memori tentang nikmatnya kehidupan di alam syurgawi, disatu sisi, dan memori tentang kepedihan panjang Adam dan Hawa ketika suasasa alam syurgawi itu lenyap tak berbekas dari kehidupan mereka, disisi lainnya.

Dengan sebuah proses panjang yang sangat rumit dan cerdas, yang sekarang dikenal orang sebagai proses herediti, proses genetik, suasana ruang batin itu seperti diturunkan dari Adam dan Hawa sampai kepada kita saat ini, dan juga kepada anak cucu kita kelak. Sehingga kita sekarang tidak pernah belajar sedikitpun untuk boleh merasakan tentang bagaimana rasanya bahagia, senang, tenang, sukacita, rindu yang merupakan beberapa contoh dari memori kehidupan syurgawi. Dan kita juga tidak pernah belajar sedikitpun untuk merasakan rasa sedih, takut, marah, benci, iri, dan kepedihan yang merupakan beberapa contoh dari suasana diluar alam syurgawi (alam neraka).

Tiba-tiba saja, berbarengan dengan sebuah peristiwa, ada rasa sukacita yang menyeruak kedalam dada kita. Tempo-tempo dada kita seperti digandoli oleh rasa pedih yang amat sangat akibat dari sebuah kejadian yang menimpa kita.Tidak ada
sekolahnya untuk kita boleh merasakan sukacita atau untuk boleh merasakan
kepedihan itu. Sebab sukacita dan kepedihan itu sudah ada didalam memori batin kita terdalam. Derr…, tiba-tiba kita dialiri rasa sukacita. Wuuss…, tiba tiba kita dilanda kepedihan. Semuanya itu muncul kembali kepermukaan rasa kita dengan
sangat mudahnya.

Rasulullah hanya mengajak para sahabat itu untuk singgah diruangan batin Beliau yang ternyata telah dipulihkan oleh Allah di Gua Hira. Beliau boleh kembali merasakan suasana kehidupan syurgawi yang alangkah menakjubkan. Lalu beliau berkata: "Singgahlah wahai Abu Bakar, singgahlah wahai sahabatku, ada syurga ni. Diluar itu tidak enak, diluar itu neraka namanya".

Untuk itu, Rasulullah hanya mengenalkan kembali kepada Abu Bakar tentang Ada SATU DZAT YANG MAHA MELIPUTI SEGALA SESUATU. DZAT YANG MAHA DEKAT. Dzat Yang
Maha Memulihkan, Maha Memperbaiki, Maha Mengajari, Maha Merespon, Maha Menjawab, Maha Memberi Petunjuk. Maha Memaafkan, Maha Mengasihi, Maha Menyayangi…, Maha
Segalanya…!. Setelah itu Beliau hanya mengajarkan Abu Bakar cara untuk berpegang teguh dan menggantungkan batinnya kepada Dzat itu dengan TALI yang kokoh.
Wa'tashimu billah…., wa'tashimu biHABlillah…!. Dan sebagai hasilnya, Abu
Bakarpun seketika boleh merasakan dan mengalami kembali suasana syurgawi seperti yang dirasakan oleh Rasulullah.

Begitu Rasulullah memberi petunjuk, dan Abu Bakar BERSEDIA menghubungkan batinnya dengan Allah, maka seketika itu pula seuntai Tali, Hab, diulurkan oleh Allah kedalam dada Abu Bakar. Lalu melalui tali itu turunlah sebentuk getaran iman yang sangat berbeda dengan "geraran-getaran kasar" lainnya. Daya IMAN itu
tidak sama dengan daya-daya atau getaran-getaran yang berhubungan dengan dunia fisika mulai dari fisika klasik sampai ke fisika quantum, atau dunia metafisika sekalipun. Berbeda sekali. Bedanya seperti perbedaan antara siang dan malam.

Getaran iman itu adalah sebentuk Sirr ul Asrar. Petunjuk rahasia antara dua
batin yang saling mencintai. Petunjuk yang tak terdengar dan tak terbaca oleh orang lain, oleh jin dan oleh syaitan sekalipun. Petunjuk dimana yang memberi petunjuk ingin memperlihatkan kepada kekasihnya sesuatu yang terdalam dan
rahasia secara bolak balik dan berulangkali…!. Allahu Akbar…

Allah menantang kita semua dengan sebuah pertanyaan yang sangat sederhana:
"Apakah sama dada orang beriman dengan dada orang yang mengikuti hawa nafsunya?". Tentu yang bisa menjawabnya adalah kita dengan berbagai pengalaman kita masing-masing.

Dengan cara seperti itu, Dada Abu Bakar seperti DIRESTORASI (DIPULIHKAN) menjadi seperti sediakala. Dada Abu Bakar kembali boleh menangkap suasana dan keadaan
"semula jadi" (azali) saat mana Allah pernah bercakap-cakap dengan Beliau di
alam ruh:

"Alastu birabbikum??, Bukankah Aku Tuhan mu ya Abu Bakar?", Dan saat itu setiap Ruh, semua Ruh, akan menjawab: "Bala Syahidna…, Benar Ya Allah, hamba bersaksi
bahwa Padukalah Tuhan Hamba…".

Keadaan dan suasana semula jadi itulah yang tertangkap kembali oleh batin Abu Bakar. Dan seketika itu juga Abu Bakarpun dengan lancar boleh mengulang kembali kesaksian Beliau dihadap Allah itu. Dengan penuh takjub Abu Bakarpun segera bersyahadat kembali: "Asyhadu an laa ilaaha ilallaah…!.

Abu Bakar menjadi sangat yakin dan beriman pula, bahwa Muhammad ini pastilah seorang yang dipakai oleh Allah sebagai alat-Nya untuk menyampaikan risalah tentang ada Allah Yang Maha Memulihkan Lalu terloncatlah dari bibir Abu Bakar
ungkapan "Sadaqta ya Muhammad, Benar engkau Ya Muhammad. Wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah, dan aku bersaksi pula bahwa benar engkau adalah seorang
utusan Allah". Sejak itu Abu Bakarpun dikenal orang sebagai As Siddiq, seorang yang selalu membenarkan Rasulullah.

Begitulah cara Rasulullah menyampaikan Risalah Islam kepada penduduk Mekkah dan Medinah. Sehingga dalam kurun waktu 20 tahun kerasulan Beliau, puluhan ribu
orang telah dipulihkan kembali suasana atau keadaan ruang dadanya oleh Allah
menjadi seperti sediakala. Suasana alam kesaksian (Musyahadah). Suasana
Syurgawi. Suasana alam Ruh.

Setelah itu, hasil yang mencengangkanpun muncul. Penduduk Mekkah dan Medinah berbondong-bondong datang kepada Rasulullah untuk menyatakan kesedian mereka
menjadi Abdullah, menjadi hamba yang menyediakan diri mereka (tubuhnya,
pikirannya, dan hatinya) dipakai oleh Allah sebagai Allat-Nya untuk menyampaikan serta mengalirkan rahmat dan berkah dari Allah untuk semesta alam, bagi seluruh umat manusia.

Ada mereka-mereka yang menyediakan dirinya dipakai oleh Allah untuk membuka berbagai rahasia ilmu Allah dialam semesta ini. Merekapun menjadi Abdul `Alim.
Berbagai ilmu pengetahuanpun memancar deras keluar dari otak mereka. Diantaranya ada Al Kindi, Ibnu Rusydi, Ibnu Sina, Al Farabi, Al Biruni, Jabir Ibn Hayyan, Al Khawarizmi, Al Mas'udi, Ibnu Batuta, Ibnu Maskawih, Ibnu Haitham, Ibnu Tufail, Ibnu Bajjah, Ar Razi, dan sebagainya.

Ada pula orang-orang yang menyediakan dirinya untuk dipakai oleh Allah sebagai alat-Nya untuk memelihara syariat islam, al qur'an dan al hadist. Misalnya ada Abu Hasan Al Asy'ari, Imam Hanafi, Imam Hambali, Imam Syafi'i, Imam Maliki, Imam
Bukhari dan Muslim, Imam Ghazali, Ibnu Qayyim, Ibnu Taimiyyah, dan lain-lain.

Banyak pula orang yang bersedia untuk memanfaatkan harta dan kekuasaannya untuk membantu fakir miskin, anak yatim, dan untuk orang-orang yang memerlukan
pertolongan. Para dermawan itu bermunculan sebagai perwujudan nyata dari seorang Abdur Razaq, seorang hamba Allah yang bersedia dirinya dipakai oleh Allah untuk memberi rejeki kepada orang-orang yang Allah hendak beri rejeki.

Antara sesama manusia terjalin pula hubungan persaudaraan yang kental dengan rasa tolong menolong dan saling menghargai. Apalagi penghargaan seorang anak terhadap orang tuanya. Karena mereka tahu bahwa ridha Allah adalah buah manis dari ridho
orang tua, terutama ridho ibu, kepada anaknya.

Semua aktiviti mereka itu tak lain dan tak bukan adalah bentuk nyata dari pengamalan agama dalam keseharian manusia seperti yang seharusnya. Amal shaleh saja sebenarnya. Tapi, walaupun biasa, mereka sangat bergairah untuk
berlomba-lomba memberikan yang terbaik dalam beramal shaleh itu.

Jika Allah memulihkan diri orang-orang yang bersedia untuk dipulihkan oleh
Allah, maka hasilnya adalah munculnya umat yang terbaik yang mewarnai peradaban zamannya. Makanya zaman itu, sekitar tahun 750-1250 M, dikenal orang sebagai
zaman keemasan peradaban Islam. Zaman dimana ilmu dan peradaban modern berhasil digali oleh orang-orang yang menyediakan tubuhnya, otaknya, an hatinya dipakai Allah untuk membukakan berbagai HIJAB (tabir) Allah.

Itu semua boleh terjadi karena mereka punya hubungan batin dengan Allah. Ada tali Allah, hablillah, yang menghubungkan batin mereka, dada mereka, ruh mereka dengan Allah. Sehingga Allah pun berkenan menurunkan ilham dan wahyu-Nya kepada mereka tentang berbagai rahasia kehidupan. " `Allamal insana ma lam ya'lam.
Allahlah yang mengajari manusia apa-apa yang tidak diketahui mereka". Sementara di Eropa sendiri saat itu masih berada dalam zaman kegelapan.

Namun, ditengah gemerlapan ilmu dan peradaban itu, mulai pula muncul keadaan dimana ruhani umat islam mulai terputus dari Allah. Tali batin mereka mulai terikat dengan berbagai kebendaan, dengan berbagai buku, dengan berbagai kelompok, dengan berbagai golongan. Saat itu banyak orang yang sudah tidak punya lagi tali yang menghubungkan batin mereka dengan Allah. Tidak ada lagi hubungan rahasia antara dua batin yang saling mencintai. Sehingga dengan ketiadaan tali itu, terputus pulalah turunnya pengajaran-pengajaran langsung dari Allah dalam bentuk ilham atau wahyu.

Umat islam tidak boleh lagi membaca bahasa Allah yang ada di seekor lebah, di tiupan angin, di dalam cahaya matahari, di kilatan petir, di getaran alam, di sejuta tabir-Nya. Sebagai gantinya, umat islam mulai sibuk dan asyik saling membahas kitab-kitab yang ditulis oleh para pendahulu mereka, yang menuliskan kitab itu berdasarkan pengalaman mereka dalam menjalankan syariat agama. Karena
yang dibahas adalah kitab, maka terjadilah perang pikiran, perang kata-kata, dan perang senjata kebenaran antara sesama umat islam sendiri. Masing-masing ingin mempertahankan kebenaran sebuah buku sesuai dengan kepentingan mereka masing-masing.

Peranan Allah sebagai Rabbi, sebagai Murabbi, juga telah diambil alih oleh umat manusia. Ada pengkultusan umat kepada para guru dan mursyid. Ada pengagungan berlebihan oleh sebagian orang, kepada sesama manusia, termasuk kepada Rasulullah dan Ahlul Bait sekalipun. Ada binding (kemelekatan) pikiran dan hati
sebagian besar umat islam terhadap konsep-konsep dan persepsi-persepsi yang sudah mengarah kepada pertentangan hebat antara golongan-golongan. Semuanya itu nyaris berfungsi seperti berhala yang telah memutus tali hubungan batin manusia
dengan Allah.

Sejak itu, sebuah prinsip yang sangat penting dicabut oleh Allah dari kesadaran sebagian besar umat islam. Yaitu kenyataan bahwa Allah Maha Meliputi Segala Sesuatu, bahwa Allah senantiasa Maha Sibuk Setiap Saat.

Ya…, prinsip-prinsip super penting ini dicabut oleh Allah dari pemahaman umat islam, walau saat itu banyak orang yang hafal dan tahu tentang ayat-ayat yang berkenaan dengan prinsip itu. Sehingga jadilah umat islam hanya boleh memahami bahwa saat ini Allah sedang duduk jauh di Arsy sana, dilangit ketujuh yang entah dimana. Sedang untuk mengurus alam semesta ini, Allah telah mendelegasikannya
kepada para malaikat-Nya.

Umat islam juga digiring untuk mempercayai bahwa Allah sudah tidak pernah lagi menurunkan ilham dan wahyu semenjak wafatnya Rasulullah. Untuk menyelesaikan berbagai masalah hidup, umat islam juga diarahkan untuk cukup tinggal membaca dan melihatnya didalam al qur'an, al hadist, dan kitab-kitab ulama yang ada saja. Jadilah ketika menghadapi berbagai masalah, mereka terjauhkan dari Allah.

Padahal kalau kita lihat ayat-ayat Al qur'an dan Al Hadist itu, begitu kita
punya masalah, kita disuruh Allah untuk datang menghadap Allah dan minta pertolongan kepada Allah. Tapi ketika kita ingin minta tolong kepada Allah, kita dibuat tidak percaya lagi kalau cara Allah mengajari kita ini adalah melalui bahasa ilham atau wahyu. Sementara itu, kita sendiri tidak pernah tahu lagi dengan bahasa ilham dan bahasa wahyu itu. Bagimana cara menangkap bahasa ilham itu, bagaiman bentuknya. Kan semua jadinya seperti MBULAT begitu. Tidak jelas hujung pangkalnya. Akhirnya kita hanya boleh duduk termangu merenungi
ketidakmampuan kita. Kalaupun kita berjalan, pundak kita seperti digayuti oleh beban dihati hati kita yang seberat gunung. Penat, lelah, dan putus asa.

Akibatnya…, selama ratusan tahun yang lalu bahkan nyaris sampai sekarang ini umat islam seperti terkucil dari peradaban dunia. Sebenarnya ruang batin kita semua sedang dilanda oleh berbagai kepedihan, dan itu kan seperti kepedihan hidup di dalam neraka saja sebenarnya…

Lalu masihkah kita tidak bersedia untuk singgah diruang batin kita sendiri,
dimana Allah berkenan untuk dengan mudah memulihkannya menjadi ruang batin seperti yang dimiliki oleh Rasulullah, Abu Bakar, Umar, Usman, Ali?. Seperti juga ruang batin para Waliyullah, misalnya Al Ghazali, Ibnu Qayyum, Ibnu Athailah, dan sebagainya?.
Entahlah…,

Fabiayyiaala irabbikuma tikazzibaan…


Wallahu a'lam