Wednesday 25 July 2012

KURSUS LATIHAN

KURSUS LATIHAN

1. Sifat melihat tidak terzahir dalam dunia jika tidak ada daya atau kebolihan melihat. Dan kebolehan melihat itu pula tidak terzahir jika tidak ada anggota pelihat (mata). Sifat dizahirkan melalui kebolehan dan ini dalam syariat digelar “MALAIKAT”. Dan dalam istilah orang-orang sufi dinamakan “RUH”. Perkataan kebolehan atau daya itu digunakan oleh orang-orang falsafah. Dunia ini adalah pezahiran (manifestasi) sifat-sifat Allah. Tiap-tiap sifat mempunyai kebolehan dan kebolehan ini disalurkan kepada anggota yang nampak dalam duniia ini. Kebolehan ini ialah dalam alam malakut, dan sifat dalam alam Jabarut. Semua anggota badan adalah penzahiran sifat. Orang yang melihat dengan mata batinnya akan Nampak sifat-sifat ALLAH dalam cermin anggota badannya. Dan dia menjadi pelaku dalam sifat-sifat ini. Orang-orang sufi menggelarkan keadaan ini sebagai Qurb-I-Nawafil. – disini Haq menjadi alat kepada salik. Kadang-kadang orang sufi itu mendapati dirinya sebagai kebolehan dan anggota-anggotanya, iaitu dia menjadi alat, Allah meenjadi pelaku (actor). Ini digelar Qurb-I-Farayad.

2. Dalam keadaan fana, wujud salik yang terhad itu dikuasai oleh wujud Allah yang mutlak, Dengan itu salik tidak mengetahui dirinya dan benda-benda lain. Inilah peringkat wilayat. Perbezaan antara wali-wali itu ialah disebabkan oleh perbezaan tempoh masa keadaan ini. Ada yang merasai keadaan fana ini dalam satu minit, ada yang satu jam, ada yang satu hari, dan seterusnya. Mereka yang dalam keadaan fana seumur hidupnya digelar majdhub. Mereka masuk kedalam satu suasana di mana mereka menjadi mutlak. Inilah baqo. Ini bukanlah bererti baqo Allah yang masuk kepada salik itu, sebagaimana yang dikatakan oleh setengah orang.

3. Seorang penyair Farsi pernah berkata : “ Aku pergi bersiar-siar ditepi laut dan aku terpandang perkara yang menakjubkan – KAPAL DALAM LAUT DAN LAUT DALAM KAPAL”. Di sini wujud yang tidak terhad itu dibandingkan sebagai laut dan wujud yang terhad itu sebagai kapal. Ini dimaksudkan kepada zat dan Insan Kamil. Oleh itu, seorang arif yang sempurna ialah cermin Allah. Tetapi mengapa pula ini tertentu kepada arif atau Insan Kamil sahaja ?. padahal tiap-tiap zarah dalam ala mini adalah cermin yang membayangkan sifat Allah ?. Manusia ialah cermin yang paling sempurna sekali bagi semua sifat. Manusia mempunyai cat merah yang tebal disebalik cermin itu dan ini perlu untuk membalikan bayangan orang yang melihat dalam cermin itu. Malaikat mempunyai permukaan cermin yang terang itu sahaja tanpa cat merah dibelakangnya dan benda-benda lain mempunyai permukaan cermin yang bercat itu sahaja tanpa yang terangnya. Manusia mempunyai kedua-dua permukaan itu, dan oleh yang demikian dia menjadi cermin yang sempurna.

4. Ilmu Allah meresap dalam ilmu sufi, Bagaimanakah orang biasa memahami inii? (Mathnawi). Ilmu Allah yang pada permulaannya didapati dengan perbezaan “Yang Menjadikan” dengan “yang dijadikan”, akhirnya meresap didalam ilmu sufi. Lebih baik dibaca begini “ILMU SUFI MERESAP DIDALAM ILMU ALLAH, BAGAIMANA SIBODOH MEMAHAMI INI?.

5. ‘LAA ILAHA ILLA ALLAH” – ‘Tidak ada tuhan selain ALLAH” Tidak ada yang wujud melainkan wujud salik, Inilah kepercayaan Anawalla. Percayalah bahawa wujud ini ialah wujud Haq. Tidak ada sekutu dengan Aku. “LAAMAUJUDUN ILLALLAH” ( Tidak ada yang Wujud melainkan Aku. Hakikat segala-galanya adalah yang haq. Daripada gula berbagai bentuk gula-gula boleh dibuat. Apabila anda memasukkan kedalam mulut satu daripada bentuk gula-gula itu anda rasai tidak lain hanya rasa manis sahaja.

6. Syirik (Menyengutukan Allah) samada dalam penyembahan, cinta, ketuhanan atau wujud. Syirik ada dua jenis:; Yang terang (jali) dan Khofi (tersembunyi). Syirik-I-Khofi tidak berapa Nampak, umpamanya semut hitam yang merangkak diatas batu hitam. Syirik ini samada dalam Zat, sifat, atau afaal (perbuatan). Firman Allah dalam surah yusuf ayat 106 yang bermaksud “DAN KEBANYAKKAN MEREKA TIDAK BERIMAN DENGAN ALLAH TANPA MENYENGUTUKAN YANG LAIN DENGANNYA.” Semua orang ‘Abid yang berkata “YA ALLAH, ENGKAU TUHANKU, DAN AKU HAMBAMU”. Adalah terlibat dalam syirik-i-khofi ini. Berkenaan dengan syirik ini Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata “YA ALLAH AKU BERLINDUNG DENGANMU DARIPADA SYIRIK” Semua tindakan yang baik dan yang jahat adalah syirik, kecuali anda memfanakan diri anda dalam ALLAH, anda tidak lepas dari syirik; “LAAILAAAHAILLALLAH” (TIADA TUHAN SELAIN ALLAH) adalah menafikan syirik dan mendirikan tauhid, seorang Mulhid ialah seorang yang membebaskan dirinya dari syariaat dan tariqat, dan berpuas hati dengan iman yang berdasarkan ilmu, dan dengan perbuatan-perbuatan berkenaan perkara iman dan tauhid. Seorang Mawahid ialah seorang yang mencapai hal dan Wujud Hakiki itu sentiasa dalam pandangannya, dan tidak melupakan syariat kecuali apabila dia dikuasai oleh hal.

7. Kufur dan Islam, masing-masing ada dua jenis :-
a. Kufur tidak hakiki dan kufur hakiki.
b. Islam tidak hakiki dan islam hakiki. Kufur tidak hakiki memang telah ternyata – menyembunyikan kebenaran, seperti peladang yang menimbuskan benih dalam tanah. Kufur hakiki ialah ialah ego (keakuan) salik – menutup kebenaran dengan KE-AKU-AN sendiri. Islam tidak hakiki ialah hanya mematuhi hokum-hukum syariat, Islam hakiki ialah mencapai baqo setelah fana.

8. Belakang cermin, aku diletakkan seperti burung nuri. Apa shaja yang dikatakan oleh Tuan yang kekal itu, iaitulah yang aku katakan. Disini badan diibaratkan sebagai cermin dan ego (AKU) dibelakang sebagai pekerja. Apabila salik menukarkan wujudnya kepada tidak ada, maka semua perbuatan, dan gerak-gerinya adalah perbuatan dan gerak-geri Allah. Firman Allah didalam surah AL-Anfal ayat 17 yang bermaksud “ BUKAN ENGKAU YANG MELONTAR APABILA ENGKAU MELONTAR, TETAPI ALLAHLAH YANG MELONTAR”.

9. Fikir ada tiga jenis:- Fikir tentang hal ehwal dunia. Fikir tentang surga dan neraka, Fikir tentang Zat dan Sifat Allah. Pernah dikatakan bahawa fikir tentang Zat dan Sifat Allah ini dalam satu saat adalah lebih baik dari ibadat dalam kedua-dua alam. Disini anda hendaklah menganggap pelbagai benda (objek) sebagai Zat Allah, dengan mengenepikan pelbagai ini dari dari pandangan; menganggap pelbagai sifat-sifat yang bertentangan bagi benda itu sebagai sifat-sifat Allah, dan perbuatan mereka sebagai perbuatan Allah. Ini digelar Wahdat – “Yang lain” hilang dari pandangan – caranya begini :
- Pertama anggaplah diri anda sebagai hakikat Zat – Zat aku adalah Zat Allah. Kemudian katakan “SIFAT AKU ADALAH SIFAT ALLAH – DAN PERBUATAN AKU ADALAH PERBUATAN ALLAH “ Ini secara penurunan (Nuzul). Kemudian naik (‘Uruj) - “ PERBUATAN AKU ADALAH PERBUATAN ALLAH, SIFAT AKU Nuzul sekali lagi, dan nuzul ini ialah “DENGAN ALLAH”. Dalam ‘uruj anda dapat fana dan dalam nuzul kedua anda mencapai baqo. Dalam ‘uruj perbuatan, sifat dan zat salik meresap dalam perbuatan, sifat dan Zat Allah. Dalam Nuzul, perbuatan, sifat dan zat Allah terdiri dari salik.
Islam pada kulit sahaja ialah hanya mematuhi hokum-hakam syariat. Oleh itu dikatakan : “ Sufi tidak ada agama kecuali agama Haq”. Muslim pada kulit sahaja hanya sibuk dengan menyucikan atau membersihkan yang zahir sahaja. Seorang sufi ialah seorang yang telah membebaskan dirinya daripada segala yang tersebut.

10. Menyatakan kemiskinan kepada Allah adalah satu sungutan, Seorang hamba tidak bersungut kepada tuannya. Mereka makan apa yang ada sambil menyedari bahawa Yang Maha Pemberi itu adalah Allah. Memerhati yang wujud itu lebih baik dari tawakal. Oleh kerana seorang fakir itu adalah tuan bagi dunia ini. Maka tidak ada yang menyekatkannya dari menggunakan hartanya sendiri iaitu harta dunia ini. Dalam suluk anda hendaklah jangan memandang kepada selain dari Allah. Nabi pernah meminta setandan kurma dari rumah hasyim, seorang daripada Ansar. Malik Kafur pernah menghantar hadiah kepada seorang fakir dan fakir itu enggan menerimanya dan berkata “Aku tidak mahu menerima daripada selain dari Allah” Malik kafur kemudian member jawapan :- “APA SAHAJA YANG DI LANGIT DAN DI BUMI BERTASBIH KEPADA ALLAH “ ( surat Al hadid ayat 1 ) dimana ada ruang untuk Kafur? Yang memberi dan yang menerima adalah ALLAH. Mujahadah ialah permainan kanak-kanak, dan memerhati yang Allah ada dimana sahaja adalah perjuangan.

11. Mematikan diri menurut syariat ialah membuang dosa dan kehendak-kehendak nafsu. Dalam fana, mereka menghapuskan kehendak-kehendaknafsu. Dalam baqo, mereka menghitung semua sifatnya. Dalam Syariat, mati ini bererti menjauhkan dari dosa. Dalam tarikat, bererti menghapuskan kelakuan-kelakuan yang keji dan memakai akhlak-akhlak yang terpuji. “TAKHLUK BI AKHLAK KHULLAH – Yang bererti PAKAILAH SIFAT-SIFAT ALLAH“ Dalam hakikat, ialah menghapuskan Ke- AKU-an diri sendiri, dan ini lebih sukar lagi dari kedua-dua terdahuu itu. Bukan senang mencapainya kerana ianya ialah keadaan dzauk. Dua yang mula itu boleh dicapai dengan latihan yang bersungguh-sunguh. Yang ketiga itu adalah kurniaan Allah dan bimbingan dari Guru yang sempurna. Untuk mencapainya dengan latihan dan mujahadah saahaja sangatlah sukar. Firman Allah didalam Surah Al-Jumaat ayat 4 yang bermaksud “INILAH PEMBERIAN ALLAH YANG DIKURNIANYA KEPADA SIAPA YANG DIKEHENDAKINYA”. Ada pula yang mentafsirkan bahawa “Mati Diri” itu sebagai hidup itu sendiri. Tidak perlu untuk mati. Mati itu telah ada di sini (berkenaan zat manusia yang mana adalah ‘Adum @ tiada), Abdullah Bilyali pernah berkata bahawa si Arif tidak akan mencapai ilmu Allah kecuali dia menganggap zat, sifat dan afa’al nya sebagai Zat, Sifat dan Afa’al Allah. Allah kekal dalam kekekalannya sendiri. Dan tidak ada “yang lain” LAISA PIL WUJUDU ILLALLAH – TIADA YANG WUJUD SELAIN ALLAH. “INNI ANALLAH, LAAAILA HAILLA ANA – AKULAH ALLAH, TIDAK ADA TUHAN SELAIN AKU”. Siapakah yang boleh berkata “AKU” selain Allah sendiri. “MAN’AROFA NAFSAHU FAKHOD ‘AROFA ROBBAHU – SIAPA YANG KENAL DIRINYA, KENALLAH KEPADA TUHANNYA”. Kenal zat anda sebagai Zat Allah, wujud anda sebagai Wujud Allah, kenal Anda sebagai kenal Allah. Tidaklah apa bezanya jika anda katakana “AKU ALLAH” atau “DIA ALLAH”. Berbilang-bilang atau banyak itu adalah pada sifat dan kesannya. Wujud tidak lebih dari satu, tetapi ia mempunyai balikan atau bayangan pada zahir dan batin dalam ke_ESAAN_nya . Banyak adalah pada sifat dan afa’al. Berrkenaan dengan Zat dia berkata “AKU”. Apabila ia keluar dari Ghaib- ia berkata “KAMU”> Apabila ia kembali kepada Ghaib, ia mengenangkan dirinya sebagai “DIA”. Apabila ia memandang pada haikatnya secara perkumpulan, Ia menggelar dirinya sebagai “KAMI” sebagai yang dikatakan di dalam Al-Quran didalam surat KHUF ayat 16 yang bermaksud “KAMI LEBIH HAMPIR PADANYA DARIPADA URAT LEHERNYA SENDIRI”. “AKU” ialah Tajalli Zat dan lain-lain gantinama tajalliyat nama-nama, sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan. Allah sahaja yang boleh berkata “AKU” kerana yang lain tidak ada pada hakikatnya “INNI ANALLAH, LAAILA HAILLA ANA – yang bererti SESUNGGUHYA AKULAH ALLAH, TIDAK ADA TUHAN SELAIN AKU”. Kenallah “AKU” anda dan anggap diri anda wujud dengan diri anda sendiri dan jangan mengambil nama ghoirullah. “MAN’AROFA NAFSAHU FAKHOD ‘AROFA ROBBAHU – SIAPA YANG KENAL DIRINYA, KENALLAH KEPADA TUHANNYA”. Jika anda anggap wujud anda sendiri adalah dengan wujud Allah, anda jadi musyrik (orang yang menyengutukan Allah ). Jika ada wujud lain selain wujud Allah, pada pendapat anda, maka anda mempunyai Tuhan yang lain selain Allah. Dia yang keluar dari batin kepada zahir. Bukannya ghoir (yang lain) Firman Allah didalam surah yusof ayat 106 yang bermaksud “BANYAK ORANG YANG TELAH BERIMAN DENGAN ALLAH TETAPI MASIH JUGA MUSRIK”. Tidak ada Ghoir. Allah tidak beranak, Alam ini bukanlah Ghoirrullah. Allah terzahir dengan bentuk keupayaan dan sifat-sifatnya, Penzahirannya. Digelar atau dipanggil Alam. Alam atau dunia ini adalah penzahirannya. Alam atau Dunia ini adalah pakaian Dia. Oleh itu, Tauhid ialah didapati dengan menfanakan diri. “MEMATIKAN DIRI” dan menimbulkan diri hakiki itu.

12. Wali-wali Allah tidak mengajak manusia mengikut iman mereka, tetapi Rasul-rasul Allah diperintahkan untuk menyampaikan risalah-risalah mereka kepada manusia. Oleh itu wilayat adalah ujung yang akhir.

Monday 9 July 2012

MENGENAL DIRI

MENGENAL DIRI
OLEH
BAPAK BAGINDA MOCHTAR


KESIMPULAN DARI PERJALANAN KU
1. Yang ada mencari yang tiada
2. Menemui sesuatu yang harus mendapatkan perhatian dari kita sendiri

a) Mengikuti terus perkembangan nya

b) Terus mengadakan latihan sampai dapat berkembang terus sampai dapat merasakan yang sesuatu itu telah memancar dari dalam badan diri sendiri.

c) Dengan sesuatu melakukan sesuatu untuk dapat mengetahui akan rahsia yang terkandung padanya.

3. Melakukan perjalanan dengan sesuatu dari tiada sampai ke tidak ada (fana)

4. Di tempat tidak ada menyandarkan dan menyatakan badan diri guna untuk mengadakan pengakuan akan tiada Tuhan yang lain melainkan Allah dan Muhammad sebagai Rasullulah, Dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadat sekurang kurang nya 3 kali berulang ulang.

5. Kembali berjalan dari tidak ada kepada tiada sampai kepada ada. Dan bawaan kita keluar selalu sebagai seorang manusia dengan sesuatu.

Demikian lah adanya.
A K U
BAGINDA MUKHTAR
(SI SEPULUH)


KATA BERMULA
Anak anak ku sekelian
1. Ketahuilah oleh mu, resapkan kedadamu, bahawa di bumi Tuhan engkau berpijak dan di bawah lindongan yang Maha Besar engkau berdiri, adalah engkau hidup dan di hidupkan. Dari itu sembahlah Dia, Allah yang Maha Esa dan pohonkanlah segala galanya kepadanya.

2. Engkau menjadi orang melalui ibu bapa mu, kalau tidak ada ibu dan bapa mu tentu engkau tak akan menjadi manusia, kerana ibu bapa mu manusia. Dari itu sujudlah dan hormatilah dia sedalam dalamnya dan jangan durhaka kepadanya.

3. Engkau dilahirkan melalui ibumu dan jadilah engkau menjadi anak kandungnya, Dan dibidang Ilmu Pengetahuan ku, adalah engkau anak ku pula dan adalah aku gurumu, walaupun engkau memanggilkan bapa pada ku.Sebagai seorang manusia engkau dilahirkan oleh ibumu. Kelahiran mu mendatangkan "Bahagia” pada rasa perasaan ibu bapa mu dan kaum famili mu. Dan di mana letaknya "Bahagia” mu itu? Engkau membawa bahagia dan bahagia itu ada pada mu, tetapi dimana letaknya? Letak nya ialah pada mu, yaitu ditempatnya. Munkinkah letaknya di luar mu? Tidak munkin, kerana engkau yang membawa nya.

Bahagia ku letak nya pada ku dan bahagia mu letak nya pada mu, aku mengandung bahagia dan engkau mengadung bahagia, Untuk merasakan dan mendapatkan itu
bahagia tentu engkau harus melahirkan kandungan mu itu. Engkau tak tahu. Dalam hal ini , maka aku yang engkau anggap guru mu yang
menolong melahirkan kandungan mu itu.

Dan engkau akan merasa “Bahagia” sepanjang masa, kalau engkau tahu dan mengerti dan dapat memahami “Bahagia Mu” yang telah dilahirkan itu.
Kesadaran dan pengertian mu yang mendalam dapat menilai dan menghargai Guru Mu sebagai pembimbing mu memecahkan Rahsia "Diri" mu sendiri, menuju hidup sepanjang masa, menjelang hidup yang kekal abadi.


Pelajari lah segala sesuatu nya dengan sesuatu yang ada pada mu dan jagalah adab mu terhadap: Ibu bapa mu sesudah itu Guru mu. Dan Istimewa: Terhadap Tuhan yang
mengadakan segala yang ada, yang menjadikan segala yang di jadikan, Yang mengetahui yang tidak di ketahui oleh apa dan siapa saja, sembahlah Dia dan carilah rahsianya yang terkandung di Badan "Diri" mu, untuk mengenalnya dengan erti yang sebenarnya. Rabbigefir warham waanta khirurrrahimin…………………………….
“Hai Tuhan ku, ampuni lah kesalahan ku kasehanilah aku, engkau sebaik baik yang mengasehi”
Palembang
27hb Nov. 1965

KESAHKU
Biduk ku yang tadinya belayar dengan tenang dan laju, karam dihentam badai topan sehingga terdampar ketepi pantai sampai menyebabkan kemudi patah. Semua orang di daratan menyalahkan aku. Aku belayar dengan bidukku mengharungi lautan samudera dengan tujuan mencapai pulau cita cita, yaitu "Bahagia" . "Bahagia" yang di idam-idamkan oleh tiap tiap manusia. Dalam pelayaran itu sewaktu aku memutar haluan hendak menuju sesuatu tujuan yang tertentu yang aku anggap baik, maka sekoyong koyong dengan tidak aku sedari berembuslah badai topan dengan segala ikhtiar kau dayaupayaku, aku jalankan guna untuk bertahan menjaga supaya bidukku jangan karam.
Akhirnya satelah aku cuba bertahan berhari hari dan bermalam malam(lima belas hari dan lima belas malam lamanya) untuk menyelamatkan biduk itu, kesudahannya bidukku terdampar ketepi pantai dan tidak sampai tenggelam di tengah lautan. Daya tahanku boleh dikatakan hampir habis.

Kerana, kalau sampai tenggelam di tengah lautan, tentu semenjak waktu itu akan berakhirlah riwayaat hidup ku dan tidak ada satu manusia pun kan mengetahui kesah ku ini, kerana seluruh isi biduk itu akan ikut tenggelam dan termasuk aku sendiri. Aku kehabisan tenaga, biduk ku terdampar kepantai dan disaat itu aku belum sedar betul. Dengan tidak usul pereksa, semuanya orang didaratan menyalahkan aku.


Aku berusha dan mencuba menerangkan keadaan yang sebenarnya akan tetapi tidak
satu orang pun waktu itu yang mau mendengar keterangan ku. Aku tidak mengharapkan belas kasihan dari orang orang itu, tidak, hanya aku ingin mengemukakan kebenaran ku kepada mereka itu, akan tetapi manusia manusia itu tidak mau menerimanya. Dan dari segi lain angin badai topan tersebut menyebabkan mulai berlakunya Peristiwa Ghaib bagi "Diri" ku.
Aku terkatong katong seorang Diri dan tiap tiap orang yang menemui aku atau yang aku temui memperlihatkan rasa curiga pada ku. Dan segala sesuatu itu aku terima dengan segala kesabaran dan tawakal. Curiga orang orang itu menjadi bahan bagiku untuk mengoreksi diriku. Aku harus menyesuaikan batinku dengan zahirku. Dan beransur ansur mulai ada orang yang mempercayai aku dan sudah ada pula yang menaruh perhatian pada ku.

Biduk ku dikuasai oleh orang orang tertentu, bahkan sampai kepada kekayaan ku yang tidak seberapa di kuasai orang juga. Pehak pehak yang tertentu tak mau mengerti dan tak mau tahu akan keadaan ku waktu itu dan terang aku rasakan ialah “kemerdekaan ku dirampas oleh orang orang yang tertentu itu dengan tujuan tertentu pula”
Aku tak berdaya kerana tidak ada satu orang pun yang memehak pada ku. Kebenaran ku dikalahkan oleh jumlah bilangan mereka yang banyak. Dan belakangan ternyata
kemudi biduk ku patah, patah tak dapat disambung lagi sehingga aku kehilangan
kemudi (kesayangan ku) untuk selama lamanya.

Aku mengatakan maka sampai patahnya kemudi itu di sebabkan keranakan yang menguasai biduk ku itu setelah kemerdekaan ku di rampas, kerana setahuku bidukku
tidak sampai sebegitu jauh rosaknya, akan tetapi oleh kerana dari semula orang mengatakan aku yang menyebabnya, maka kesalahan tetap dipikulkan kepundaku.

Aku tahu biduk ku rosak, dengan mati matian sewaktu ditengah lautan aku pertahankan supaya jangan sampai tenggelam dan akhirnya dengan tidak berdaya aku sampai ketepi.

Hanya aku yang tahu betapa hebatnya topan itu mengamok siang dan malam dan hanya aku yang bertahan dan lantaran aku juga makanya biduk itu sampai ketepi
pantai. Dan sekalian yang terjadi dibiduk adalah akibat dari serangan gelombang dahsyat yang menghentam biduk ku itu. Kemerdekaan ku dirampas dan aku disingkirkan dengan paksa. Kesalahan ku waktu itu ialah aku tidak tegas, aku waktu itu disaat lemah tak berdaya. Patahnya kemudi itu disebabkan tidak pandainya tukang memperbaikki biduk itu, lantaran tidak tahu hujung pangkalnya atau sebab musababnya, Dan akhirnya aku yang kehilangan, akulah yang menderita.


Kekuatan ku dengan beransur mulai timbul, kesadaran ku mulai datang dan keadaan itu tak boleh aku biarkan begitu sahaja. Aku mulai bertindak, mulai tegas dan segala hakku yang sengaja di rampas orang aku tuntut supaya dikembalikan. Dan akhirnya dengan kesadaran dan ketegasan ku itu, walau pun tidak keseluruhannya, kemerdekaan ku mulai aku perdapat kembali dengan jalan mushawarah atau perdamaian.
Pengalaman dan penderitaan ku ditaraf yang pertama ini, menyebabkan aku mendapat kesimpulan bahawa “Memang Tuhan ada” Ini bukan berarti aku tak percaya pada Tuhan sebelumnya.

Contoh contoh diantaranya, aku pernah tidak makan sewajarnya, akan tetapi tidak lapar, aku pernah dicari oleh seseorang untuk ditembak lantaran di hasut orang, aku bertemu dengan orang yang mencari aku itu, akan tetapi aku tak dilihatnya dan ada saja orang lain yang mempertahankan aku. Aku pernah dapat tahu apa yang akan terjadi pada seseorang dan banyak pengalamanku yang lain lain yang menyebabkan aku mendapat kesimpulan yang saperti aku sebutkan di atas iaitu” Memang Tuhan itu ada


Kemerdekaan ku telah ku perdapat kembali dan aku ingin membuktikan kebenaran ku kepada masyarakat. Aku kembalikan ingatan ku kepada seluruh peristiwa peristiwa
yang telah menimpa aku sejak dari semulanya, aku pelajari dengan seksama dan dengan pegangan ku "Memang Tuhan itu ada” aku merenung dan merenung untuk mengadukan untung perasaan ku kepadanya. Aku insaf bahawa tidak ada seorang saksi pun akan aku ambil untuk mengemukakan
kebenaranku, akan tetapi aku yakin, bahawa di balik saksi yang nyata tidak ada itu, ada saksi tidak nyata iaitu yang ghaib, malaikat malaikat yang telah ditentukan oleh Tuhan
sebagai mata mata untuk mengamat amati segala perbuatan kita manusia ini buruk dan baiknya.

Adalah aku waktu itu ibarat seorang musafir di padang pasir sedang kehausan membutuhkan seteguk air untuk melepaskan dahaga dalam pengembaraan untuk mencari sesuatu, aku ingin hendak mencarinya, aku akan menangis dan menangis sejadi jadinya untuk mengadukan penderitaanku yang rasanya tidak pada tempatnya itu.

Zahir ku itu seolah olah tak bererti, kerana dengan kepergiannya, aku sangat berasa kekurangan dan kehilangan keseimbangan dan tak terkatung katung dalam kehidupan,
aku sedari diriku, aku melihat keluar hampa perasaan ku, kerana tidak ada rasanya erti hidup bagiku, aku melihat ke dalam, perasaan ku, dadaku penuh dengan daya rasa
bermacam macam, aku bertanya sendiri dan mendapat jawapan sendiri dan akhirnya aku temuilah diriku sendiri.

Tahulah aku sudah, bahawa peristiwa besar telah terjadi di diriku, cubaan besar telah terjadi didiriku, aku harus berkorban dan pengorbanan sedang berjalan dan perubahan besar sedang berkembang pula didiriku, terutama dibatinku. Peristiwa ghaib sedang berlaku pula didiriku, pada yang mungkin ada pula terjadi pada seseorang atau beberapa orang yang hidup sebelum aku. Segala sesuatu itu mesti ada waris mewarisi, patah tumbuh hilang berganti dan telah berlaku pula qadar Tuhan atas diriku, aku telah lulus dari ujian berat yang pertama berkat ketabahan ku.

Penderitaan ku lahir batin tak sanggup aku melukiskannya sebagai pengorbananku. Aku harus mengembara melakukan sesuatu perjalanan yang jauh sebagai imbangan dari perjalanan batinku jauh pula.


Jauh disana ku lihat ada cahaya, diriku tertarik akan cahaya itu dan aku mendekatinya, aku perbaiki biduk ku yang terdampar, kemudi aku tukar dengan yang baru dan aku mulai kembali mengharungi lautan luas untuk menuju cahaya yang terlihat oleh ku itu.

Bahawa adalah yang aku lihat itu tak ubahnya seumpama cahaya lampu merchusuar pada sebuah pulau yang sangat jauh di tengah lautan yang dapat kita lihat dari jauh. Hilang hilang timbul atau hidup mati. Aku belayar dengan kemudi baru menuju cahaya itu, aku belayar dan belayar, gelombang besar kecil harus ku lalaui, kadang kadang bercampur dengan badai topan, perjalanan ku berbelok belok, akan tetapi akhirnya berkat kesungguhan ku pulau diidaman ku tercapai juga. Sering pula aku terdampar kekiri dan kekanan, akan tetapi syukur lah tidak sampai membawa bidukku pecah, kerana tiap tiap pengalaman ku aku ambil jadi pelajaran untuk melanjutkan pejalananku.

Dan begitu lah setelah lebih kurang tujuh tahun lamanya aku belayar, aku mendarat di pulau cahaya itu, aku takjub dan hairan cahaya yang aku lihat dari jaun hidup mati atau hilang timbul itu, hidup terus, aku berjalan selangkah demi selangkah sambil memperhaitkan keadaan sekeliling ku dan cahaya yang menjadi perhatian ku itu aku
selidikki dengan teliti dan tahulah aku sudah rahsianya, sebab sebabnya maka dia kelihatan hidup mati dari jauh dan rahsianya telah menjadi rahsiaku. Aku berjalan terus sambil memperhatikan yang lain lain, aku melihat sebuah rumah dan
aku ingin mendekati rumah tersebut. Melhat dan memperhatikan akan segala yang aku lihat disitu anggapan ku tentu ada penghuni rumah itu.

Aku ingin hendak menemui penghuni rumah itu, hendak meminta permisi memasukki perkarangan nya. Aku mencari dan mencari, aku perhatikan sekeliling, namun yang aku cari tidak juga bertemu.

Aku memasukki perkarangannya dengan perlahan lahan dan hati hati sambil mencari penghuninya. Aku naikki rumahnya, kalau ada dia di dalam. Aku maju selangkah lagi, masuk dengan : Assalamu’alaikum, akan tetapi tiada yang menjawab salamku. Aku sudah berada di sana, akan tetapi yang aku cari tidak ketemu. Aku buka pintu
kamarnya, banyak yang aneh aneh aku lihat di dalamnya, namun dia yang aku cari tidak juga ku temui.


Aku teruskan perjalanan ku kekamar yang lain, sampai seluruh kamar telah aku masuki dan banyak yang aku senangi yang terlihat olehku di dalamnya dari muka aku terus kebelakang dan terus kebawah dan berjalan lagi sekelilingnya, namun yang aku cari tidak juga bertemu.


Aku bingong, aku hairan, orangnya tidak nampak, akan tetapi tanda tanda keadaannya banyak bertemu olehku, banyak yang aku ingini, yang aku lihat dalam kamar kamar yang telah aku pereksa itu , akan tetapi aku tak berani mengambilnya. Akhirnya aku duduk bermenung di bawah naungan cahaya tadi sambil menanti nantikan, kalau kalau penghuninya datang. Dalam kesunyian itu tiba tiba seolah olah mendengar suara : hai insan yang sedang merenung, apa yang dinantikan lagi? Ketahuilah olehmu, bahawa sesungguhnya DIA yang engkau cari itu, sebenarnya tidak ada, bagaimana DIA akan ada, kerana DIA tidak berupa dan bertampan, tidak beranak dan tidak pula diperanakan, kembalilah engkau ketempat tadi, kerana dengan izinnya juga engkau sampai, dan pergunakanlah kesempatan ini sebaik baiknya. Bahawa DIA itu ada dalam tiada, ada dalam sebutan tak ada dalam kenyataan. Aku tersentak dari lamunan ku, aku sedar dan insaf dan dengan tenang aku langkahkan kakiku kembali ketempat semula yaitu kerumah yang isinya yang telah ku ketahui itu.

DIA ada tetapi tidak ada, DIA ada dalam tiada dan tidak dalam ada. Aku perhatikan segala sesuatunya yang ku lihat dengan saksama dan tahulah aku sudah bahawa
disanalah rupanya letak kunci dari segala kunci, pusat dari segala pusat, dari sana titik permulaan dan kesana pula penggembalian segala sesuatu.

Sungguh sangat syukur ku kepada NYA yang menjadikan aku. Banyak sudah rahsia NYA yang aku ketahui dan aku mendapat tali pegangan.
Dengan tali pergantungan ku itu aku kembali dari pengembaraan ku dan rahsia rahsia yang telah aku ketahui itu akan ku pergunakan sebagai amalan ku. Jalan kesana telah terbuka bagi ku kesimpulan ku sekarang, “Dimana aku berada di sana ada DIA” Dan aku akan mencari terus yang belum ku ketahui, kerana aku yakin seyakinnya, kalau jalan kesana telah terbuka bagiku pasti sudah jalan jalan lain sudah terbuka pula.

Keinginan ku dan doaku semoga Tuhan yang aku sembah, yang menjadikan aku, memanjangkan umur ku, memelihara kesihatan ku dan memberi rezki, kerana hasratku
sangat besar supaya manusia yang banyak ini akan mendapat pula saperti apa yang telah aku dapat dan terbuka pula jalan baginya, bagi yang mau mencarinya kiranya:
Allah akan menerima segala amalan ku. Pusat dari segala pusat telah aku ketahui, kunci dari segala kunci telah aku punyai pula.

Banyak sudah yang telah ku ketahui rahsia nya telah menjadi rahsiaku, ilmunya telah menjadi ilmu ku dan satu persatu akan ku cuba memecahkannya dengan anak kunci yang telah ada padaku. Dia memerintah seluruh alam termasuk alam ku sendiri. Perintahnya berjalan dengan sendirinya dengan qudrat dan iradatnya apa yang dikehendakinya terjadi, kerana dia maha kuat, maha besar maha mengetahui.

Segala galanya di atur menurut kehendaknya dan peraturan nya itu berjalan dengan sendirinya. Dimana batas antara aku dan DIA ? setelah aku selidiki dengan saksama dengan ilmu nya yang telah ada padaku tahulah aku bahawa dinding atau batas aku dengan dia hanya zahirku atau lebih tepatlah ku katakan hanya bulu dan kulitku.

Akhirnya dapat aku katakan “Aku telah menemui diriku, rahsianya telah aku ketahui dan aku telah kembali dari sana dan dinding antara aku dengan DIA telah tembus. Palembang
1hb.Ogos.1962


RAHSIA HIDUP
Telah engkau ketahui bahawa yang dinamakan Aku bagi mu itu letaknya ialah ditempatnya dan tempatnya ialah pada jua, yaitu di dalam batang tubuhmu. Dan buat Aku mu itu, Aku memanggilkan engkau padanya, kerana Aku ku dan Aku mu , walaupun asalnya sama tapi letaknya berlainan tempatnya, yaitu padamu dan pada ku.

Aku yang dimaksudkan Dia yang bila saatnya telah tiba nanti, akan meninggalkan kita, Dia akan kembali keasalnya, yaitu kepada TUHAN YANG MAHA ESA.
Jadi adalah bagi kita manusia, menjadi pegangan ialah Aku. Dan Dia lah yang tak lekang oleh panas dan tak lapok oleh hujan, suatu anugerah agong dari YANG MAHA ESA kepada kita.

Saya belum dapat kata kata lain sebagai penilaian dan penghargaan yang lebih tinggi dan dalam ertinya, untuk menamakan pemberian dari TUHAN yang dikatakan A K U
ITU. Munkin orang lain akan menamakan nya lain pula, tetapi Aku mengatakan adalah itu anugerah yang sebesar besarnya dari yang memberi, untuk kita. Betapa tidak,
bukankah Dia pokok pangkal dari kehidupan kita.

Bayangkanlah kalau Dia tidak ada, adakah yang kita manusia hidup namanya, tidak bukan, dengan kepergian nya, maka matilah kita dinamakan orang. Jadi adalah seluruh kegiatan hidup kita bergantung kepadanya. Bila hidup meninggalkan kita, namanya kita telah mati. Dan adalah yang dikatakan telah
mati itu tidak layak tinggal di atas dunia, ada yang dikubur dan ada pula yan di bakar. Ada orang yang memberi nama “anugerah agong kepada otak, kerana dari sanalah keluar sesuatunya, yang menghasilkan alam pemikiran dan menghasilkan segala sesuatunya.

Kami mengatakan itu adalah hasil kejadian dari yang menjadikan, kejadian yang berat dan teratur oleh yang menciptakan yaitu TUHAN YANG MAHA ESA. biasakah yang dijadikkan itu berbuat atau menghasilkan sesuatu, kalau itu tenaga hidup yang berasalkan dan berisisikan daya hidup , tidak mengalir di dalam otak tersebut, tentu tidak, bukan?? Jadi pastilah ada sesuatu yang dinamakan Hidup di batang tubuh kita yang berisikan daya daya mengaliri jalannya kehidupan kita.
Berdasarkan keterangan di atas adalah kita ini terdiri dari yang dijadikan dan yang dianugerahkan.

Yang menjadikan dan yang menganugerahkan ialah yang tunggal, esa yaitu ALLAH,
YANG MAHA E SA dan kuasa.
Kita mendapati barang sudah dengan sempurnanya kejadian kita di jadikannya dengan anugerah yang sangat berharga dan berguna untuk kesempurnaan kita. Dan adalah kewajipan kita untuk menjalankan kehidupan kita menurut yang kehendak. Manusia sedar selamanya ingin kesenangan kekayaan kejayaan kesimpulannya “BAHAGIA”
Tidak ada yang mahu sakit – hina – miskin – kesimpulannya menderita atau sengsara.
Tetapi mengapa manusia tidak banyak mengecap nikmat hidup yang dinamakan sampai ketingkatan Bahagia apalagi di idamkan dunia dan akhirat.

Kesalahan letaknya ialah pada salahnya menjalankan kehidupan, tidak berpegang pada jalannya Hidup yang sebenar. Dan adalah segala kesalahan itu letaknya tidaklah di luar atau pada orang lain melainkan pada kita sendiri
Dimana letaknya kesalahan kita itu??

Jalan yang manakah yang akan dilalui untuk kebahagian hidup kita itu? Untuk ini hendaklah kita pelajari ke – ada – an badan diri kita semenjak dari luar sampai kedalam dan sampai kita menemui Aku kita.

Telah kita ketahui bahawa adalah kelengkapan kita ini terdiri dari:

1. Yang dijadikan yaitu batang tubuh kita (badan)

2. Yang dianugerahkan yaitu yang dinamakan “Hidup” (nyawa)

Yang pertama yaitu yang dijadikan merupakan lahir bagi kita dan yang kedua yaitu yang dinamakan “hidup” berupa batin, yaitu tidak nyata, akan tetapi tidak dapat dimungkiri akan ke – ada – annya. Jadi adalah dia terkandung dalam badan diri kita.
Kemanusian kita tidak akan sempurna, kalau tidak berpaduan diantara kedua itu.
Badan tidak akan bererti kalau itu “””Hidup” tak ada. Hidup pun tanpa ada badan tidak pula manusia namanya. Jadi adalah satu sama lain butuh membutuhkan. Oleh kerana itulah maka adalah kita manusia dengan perlengkapan yang ada di perbandingkan dengan mahluk mahlluk lain, sebaik kejadian oleh YANG MAHA MENJADIKAN.

Didalam batang tubuh kita, didapati dua aliran, yaitu aliran zahir dan aliran batin. Aliran zahir yaitu aliran yang bertitik tolak dari hasil bekerjanya jantung kita mengaliri jalan
jalan saluran saluran yang telah tersedia mengaliri seluruh batang tubuh atau yang dinamakan orang jasmani.


Aliran “batin” ialah aliran yang berisikan daya hidup yang berpokok pangkal dari “Hidup” mengaliri aliran yang telah tertentu pula saperti aliran jasmani yang dinamakan orang
Rohani. Dan kita ketahui sekarang aliran jasmani dan rohani lahir dan batin.

Tiap tiap aliran mengandungi isi, aliran jasmani isinya ialah darah dan apakah isi aliran rohani?? Untuk mengetahui isinya, hendaklah kita pelajari dan pecahkan akan rahsianya.

Sebelum dapat merasakan dan mempunyai itu tenaga “Rohani” yang berasalkan dari yang hidup tentu tidak akan percaya atau tidak mau percaya, kalau dikatakan adalah aliran yang dikatakan aliran rohani berisikan Hidup, kerana berasalkan dari yang “HIDUP” itu anugerah Agong dari yang MAHA KUASA kepada tiap tiap manusia.

Aliran jasmani dan rohani itu jalannya adalah seumpama kabel letrik atau kabel dengan stroom (karan), yang mana jarak yang satu dengan lain tak dapat kita mengatakannya,

kerana adalah dia itu:
Jauh Tak Berantara Dan Dekat Tak Berbatas Satu, tetapi berpisah, bukan terpecah. Dan adalah kedua aliran tersebut batasnya bulu dan kulit kita sebagai dinding atau sebagai penutupnya.

Untuk dapat mengetahui dan
menguasai aliran Rohani itu secara Positif tentu kita harus dapat menembusi dinding itu, sehingga kita dapat merasakan dan mempelajarinya, sanggup kita sendiri menembusi dinding itu?? Dengan jalan melateh Diri, setelah dapat memperbezakan atau memisahkan antara tenaga lahir dan daya tenaga batin dan dengan kecerdasan dan kesanggupan kita untuk mengenalnya, munkin kita dapat menembusi dinding yang
dimaksudkan.

Sebelum mencuba melatih Diri untuk mengenalnya, untuk di ketahui dan untuk direnongkan lebih baik bacalah kesah yang tersebut di bawah ini dengan saksama.

Ceritanya ialah:

Rumah Nampak Jalan Tak Tentu

Kata yang empunya kisah:
Ada sebuah rumah, lengkap dengan alat alatnya, bila rumah itu didirikah dan siapa yang membuatnya tidak seorang yang tahu. Orang yang tahu hanya rumah itu telah ada. Berdiri dengan sendirinya dan jarang orang mau menyelidikinya. Konon kabarnya kata orang yang tahu, rumah tersebut sangat terrahsia dan amat banyak mengandungi rahsia, jarang orang sampai kerumah itu, apa lagi mengetahui Rahsia yang terkandung di dalamnya. Rumah itu, selain dari alat alat perlengkapan
yang ada, mengandung kamar dan dalam kamar ada pula kamar yang terrahsia. Dan dalam kamar terrahsia itu duduk bersemayam seorang puteri cantik jelita dengan wajah yang berseri seri sentiasa siap sedia menantikan kedatangan sesuatu, menurut wasiat
yang di terimanya.


Adalah dia itu anak raja asal berasal, tak lekang oleh panas dan tak lapuk oleh hujan, benar lagi betul lagi bertuah, berpembawaan lain dari yang lain. Bagai nya adalah air
hampir makanan murah, datang dengan sendirinya. Dia memberi kehidupan kepada alam sekelilingnya dan amat sayang sekali yang dihidupkannya itu tak pernah mau mengenalnya atau mengetahuinya.

Alam sekeliling tiada mau mengerti kepadanya, bahkan menganggapnya pula sebagai alam biasa saja dengan memperhitungkannya menurut hukum alam pula. Dia duduk ditempatnya, menantikan kedatangan sesuatu sebagai amanah. Dia tahu dan mengetahui keadaan sekelilingnya, akan tetapi membisu seribu bahasa, kerana tidak ada yang mahu tahu kepadanya.

Amanah yang diterimanya ialah: duduk ditempatnya menantikan kedatangan satu antara dua yaitu:

Pertama: Yang punya datang menjemput, yang bererti kembali keasalnya.

Kedua: Kedatangan seseorang kesatria jujur lagi benar yang sanggup menemui ditempatnya dan membawanya keluar, kerana dia ingin bebas tetapi tak lepas dan kesatria itulah teman hidupnya sejati dunia dan akhirat dan kepadanya lah diserahkan segala apa apa yang ada padanya pada teman hidupnya itu. Kalau orang yang ditumpanginya tahu akan Rahsianya dan berdasarkan Rahsia yang tersebut di atas itulah makanya setelah rumah itu sudah dalam keadaan lengkap, ertinya sempurna,


makanya jalan untuk memasuki rumah itu ditutup dan terrahsia, kerana sangat banyak mengandung rahsia didalamnya. Berikut menyusul sebuah kesah pendek berkenaan dengan sebuah rumah, yaitu
berbunyi:

Rumah Sudah Tukang Di Bunuh

Rahsia yang terkandung dalam rumah ini, ialah sebab makanya tukang dibunoh oleh yang punya rumah setelah rumah siap, tujuannya supaya jangan ada orang lain yang biasa membikin rumah saperti itu, kerana dia tak mau ada rumah yang lain yang serupa dengan rumahnya.

Mengenai jalan ada pula ceritanya, yaitu: “Dimuka kita terentang jalan panjang tak
habis habisnya. Mau kemana kita??

Banyak sudah orang menuruti jalan yang terentang itu. Akan tetapi tak banyak orang yang sampai kepada tujuannya semula dan banyak pula yang tersesat dengan tak tentu jalan pulang atau kembali dan tak kurang pula banyaknya yang tek puas pada jalan yang ditempuhinya itu. Kalau begitu tentu jalan yang di lalaui orang banyak itu bukan jalan yang sebenarnya jalan atau kekurangan sarat dalam perjalanan.

Sebagai seorang islam pada tiap tiap rakaat sembahyang kita sentiasa memohon kepada Tuhan yaitu dengan membaca:
“Tunjukilah kami Jalan yang lurus. Yaitu jalan nikmat yang telah engkau berikan kepada mereka, yang tiada dimurkai dan tiada disesatkan”.

Sudah kah kita perdapat itu jalan?? kalau belum, adakah pernah kita usahakan mencari jalan itu sampai kita dapat Petunjuk dari nya??

Berdasarkan keterangan di atas jalan yang dimaksud tentu telah ditunjukkan kepada orang orang yang sebelum kita. ya itu jalan yang diberi nikmat yang tiada di murkai dan tidak pula sesat.

Sekarang kita kembali mempelajari kesah yang pertama yaitu kepada:

“RUMAH NAMPAK JALAN TAK TENTU”

Pengertian kebanyakan orang tentang perkataan di atas, ialah diwaktu mendapat kesulitan, yang mana dia tak dapat menyelesaikannya, maka dilahirkannyalah perkataan tersebut di atas “rumah nampak jalan tak tentu atau tidak tahu”

Kemana tujuan yang sebenarnya perkataan itu? biasa tiap tiap orang akan mendirikan rumah sudah tersedia lapangan untuk itu. Dan sebelum rumah dibikin selamanya ada jalan untuk kelapangan itu dan seterusnya sampai rumah itu selesai jalan selamanya ada dan perlu ada, dan dalam hal ini kejadian lain: "rumah nampak jalan tentu," pastilah lah ini bukan rumah yang sebenarnya, rumah yang dimaksud penuh mengandung Rahsia itu, ialah badan diri kita, bukankah di
dalamnya ada aliran atau jalan dan berbataskan bulu dan kulit kita? jadi adalah yang dimaksudkan orang yang tahu meninggalkan pepatah itu, untuk menjadi buah pemikiran bagi orang di belakang hari

Jadi adalah untuk memecahkan “Rahsia” rumah itu, kita misti cari jalan untuk memasukinya, kita harus mengenal segala sesuatunya yang ada pada kita serta
kegunaannya sampai kita dapat mengenal Diri sendiri. Dan Diri itu lah mengandung “Rahsia”.

Bagaimana jalan untuk mengenal Diri , apa lagi menguasainya? dengan alam fikiran kah?

sanggupkah tenaga alam fikiran kita menemui Diri secara positif?

kuatkah saraf saraf kita untuk itu?

Tenaga alam fikiran kesanggupan nya ialah menghayai,mengambarkan barang yang tidak ada, tapi ada.


Ada dalam angan angan, dalam cita cita, dalam idea, jadi tetap dalam keadaan negatif, sedangkan Ilmu Pengetahuan menghendaki positif, kenyataan atau reality.

“Jalan” untuk mengetahui itu letaknya di “Rasa” kerana Rasa itulah yang amat banyak mengandung “Rahsia”. dan kalau “Rasa” yang sebenarnya telah kita perdapat, dengan sendirinya mudah kita memecahkan Rahsianya.

Untuk mendapat “Rasa” yang sebenar secara positif, kita harus menembus dinding yang menutup aliran dari dalam itu.pada uraiaan yang sudah telah diterangkan, bahawa didalam batang tubuh kita, kita mempunyai dua aliran pada jalan yang sama. Aliran yang berlainan isinya, aliran lahir dan aliran batin.

kedua dua nya berdindingkan bulu dan kulit. Untuk mengetahui isi, tentu kita harus menembus dinding menurut saluran yang telah ada dari dalam.

Kedua aliran itu berisikan daya tenaga, yaitu yang satu berisikan tenaga “Hidup” dan satu lagi berisikan daya tenaga kehidupan di sebab keranakan adanya yang menghidupkan berada bersertanya.

Tenaga hidup tersebut ialah tenaga mendatang dengan sendirinya dan tak dapat kita menguasainya sebelum kita dapat mengenalnya dan tenaga kehidupan ialah tenaga lahir yang kita perguna sehari hari. Kehidupan kita di dalam, penuh berisi dengan pergerakan pergerakan yang bagi kita terjadi dengan sendirinya. Untuk dapat mengetahui perbezaan daya tenaga dari kedua aliran itu, hendaklah kita cuba mencarinya pada badan Diri kita, umpama dengan
mengadakan latihan latihan sampai kita dapat menemui nya.

Yang akan dicari ialah tenaga yang tersembunyi, yaitu tenaga yang tak sanggup kita menguasainya. Kita latih Diri kita yaitu dengan mematikan badan sebelum mati.

Caranya ialah dengan duduk tenang, hentikan segala gerak geri kita di luar, dan gerak fikiran, sehingga yang tinggal dan yang terasa bagi kita ialah gerak yang kita tak sanggup menguasainya, yaitu gerak jalan turun naiknya pernafasan kita.
Latihan ini dilakukan dan bawakanlah dengan berulang ulang sampai kita dapat menurutkan jalannya gerak pernafasan kita dari dalam.

Bagi kita adalah gerak
pernafasan itu terjadi dengan sendirinya dan untuk difikirkan dan diperhatikan sampai diketahui hendaknya, bahawa ada sesuatu yang terkandung dalam batang tubuh kita. Sudahkah kita dapat mengetahui sampai merasakan dan mengakui kepastian, bahawa adalah yang kita kandung itu ialah yang dinamakan “Roh” – jiwa – nyawa dan sebagainya??


Pelajarilah keadaan badan Diri kita semenjak dari luar sampai kedalam sampai mendalam, sampai kita menemui apa yang dinamakan orang nyawa – jiwa – dan Roh itu.

Dan setelah mendapat kepastian, baru kita akui akan kebenaran kata kata orang yang berilmu itu. Janganlah hendaknya kita menjadi pak turut, menerima saja apa
yang dikatakan orang. Kita ingat pada kita sendiri sewaktu dalam kandungan, yaitu dalam kejadian di bumi dan alam yang sempit, yang bagi ibu yang mengandung yang hanya merasakan pergerakan di dalam sebagai pembawaan nya dan untuk ini si ibu harus melahirkan supaya kandungan itu menjadi kenyataan.

Kita yang tadinya dikandung, setelah terlahir maka kembalikan nya yang terjadi, yaitu mengandung.

Sebagaimana ibu kita menanggung sewaktu kita di kandung, maka setelah terlahir, sebelum nya kita melahirkan kandungan kita, kita senantiasa akan menanggung.
Rahsia kandungan ibu kita dilahirkan telah terbuka dengan adanya kita, akan tetapi
sudahkah kita mengetahui akan “Rahsia” kandungan kita itu. Untuk mengetahuinya tentu kita harus melahirkan kandungan kita itu. Sama sama mengandung, berlainan
kandungan dan penanggungan.

Rahsia yang pertama yang dilahirkan anak dan apa kiranya “Rahsia” kandungan yang kedua??

Sewaktu kita dalam kandungan tinggal di alam sempit, kita tak pernah mengeluh, tak tahu apa apa, tak tahu berasa lapar, tak tahu menangis, tak tahu kekurangan, akan tetapi setelah kita berada di alam yang lapang, di alam yang dinamakan dunia kita merinteh – menangis – lapar – haus dan lain sebagainya.

Kenapa kita berasa
kekurangan dan senantiasa tidak puas?

Renungkan dalam dalam cuba balik balikkan fikiran kita kepada sewaktu kita di dalam kandungan dan kepada sewaktu di luar kandungan.

Kita telah kehilangan sesuatu, yaitu tali pergantungan, tali yang berisikan serba ada untuk kebahagian kita. kita telah kehilangan “Bahagia” dengan terputusnya tali
pergantungan kita, si ibu yang mengandung dan menanggung tadi, setelah mendengar akan suara yang dilahirkan, tak dapat melahirkan kegembiraannya sebaliknya sianak yang tak tahu apa apa setelah lahir, berontak mengeluarkan suaranya kerana tali pergantungannya telah putus semenjak tali pusatnya di putuskan.


Putus sudah tali hubungan yang di kandung dengan yang mengandung, kalau tadinya si budak dapat makan langsung dari ibunya, maka semenjak itu dia harus menantikan segala sesuatunya dari luar. Dia harus belajar untuk hidup dan menarik pelajaran dari kehidupannya yang telah dijalaninya. Dan semenjak telah putus tali pergantungan kehidupannya itu, maka terbataslah sudah kehidupannya. Dia harus hidup dengan apa yang ada padanya dan untuk kelanjutan kehidupannya dia harus pelajari itu “Hidup” yang ada padanya.

Jadi untuk mengetahui “Rahsia Hidup” itu kita harus melahirkan
kandungan kita itu. Sama sama mengandung berbeza kandungan dan berlainan pula penanggungan. Kandungan yang pertama telah di ketahui, yaitu anak, Kandungan yang kedua tak mungkin anak, kerana seperti telah dikatakan juga, berlainan kandungan letaknya pun berlainan, kandungan yang pertama letaknya di perut, dirahim ibu dan letaknya yang kedua, yaitu bukan diperut melainkan di dalam dada kita


Munkinkah kita bisa melahirkan kandungan kita itu? sanggupkah kita sendiri melahirkannya untuk mengetahui dan memecahkan Rahsia nya??

Kita kembali latihan semula, yaitu mencari Diri kita yang berdiri dengan sendirinya itu, setelah kita dapat menemui jalannya pernafasan kita yang turun naik itu yang berasal dari dalam, maka dengan mematikan segala tenaga kita yang ada, kita cuba menurutkan turun naiknya pernafasan kita itu, dengan pengertian kita mulai memakai atau mempergunakan tenaga dari dalam, yaitu yang menyebabkan turun naiknya pernafasan kita.

Lancarnya pergerakan kita dan sampai kepada meningkatnya pergerakan yang dibawakan oleh daya tenaga yang berasalkan dari jalannya pernafasan kita bergantung kepada pandainya kita membawakannya.

Untuk dapat membawakannya sampai mengerti, ialah pandai kita menyerahkan segala sesuatu apa yang ada pada kita pada nya, yaitu pada yang berdiri dengan sendirinya itu. Dia akan bebas bergerak, kalau apa yang ada pada kita telah dipunyai dan dikuasainya, dengan pengertian kalau tadinya kita menganggap dia kepunyaan kita, maka adalah sebaliknya yang terjadi, yaitu kita
jadikan kita menjadi kepunyaannya.

Setahu kita dia telah ada bersama kita dan adalah Dia itu kepuyaan kita, KURNIA atau ANUGERAH Yang Maha Esa lagi Maha Besar kepada kita. Dia datang dari NYA dan akan kembali kepadanya pula. Dan adalah kedatangannya kepada kita untuk kesempurnaan kejadian kita.

Dan tidaklah sempurna kita rasanya, kalau kita tidak
mengetahui mengenal dan menemuinya. Tuhan Yang Maha Esa juga. Adalah Dia itu langsung dari Yang Maha Esa dan adalah keadaan kita dijadikan dari yang telah dijadikan. Tingkatnya juga lebih tinggi dari kita
kerana Dia ASLI dan kita dari yang jadikan, sungguh pun yang menjadikan kita itu Satu asal, tetapi berlainan ke-ada-an, Dia ada tetapi tiada, kita ada dan nyata,

Dia yang telah berada bersama kita, bahkan terkandung dalam batang tubuh kita, kenapa kita tak dapat menemuinya?

Tuhan telah memberikannya kepada kita untuk “Hidup”, bukan untuk mati.

Jadi nyatalah sudah ada kelebehannya dari kita dan Rahsia hidup dan kehidupan kita padanya letaknya. Dan kalau kita ingin hidup bahagia, tentu Dia mesti kita cari dan kita temui, saperti telah dikatakan diatas, padanyalah terletak Rahsia Hidup itu.


Untuk mengetahui dan menemui nya tentu lebih dahulu harus kita pecahkan soal antara kita dengan Dia dengan jalan memisahkan yang satu dengan yang lain, antara Badan dan Diri atau antara Dia dan Aku.

Latehan yang kita bawakan dengan mematikan badan sebelum mati, sebenarnya, mendatangkan sudah permulaan perpisahan, kerana dengan perbuatan kita itu, maka tinggallah yang hidup. Perbuatan kita dengan latihan itu ialah kita meninggalkan yang Hidup, oleh kerana kita hendak mengetahui nya dalam ke-ada-an yang sebenarnya, Sebelum kita dapat menemui dan menguasai nya kita tak dapat yang sebenarnya. Sebelum kita dapat menemui dan menguasainya kita tak dapat mengatakan kepastian yang sebenarnya apa lagi memecahkan Rahsianya.


Untuk itu kita terus berlatih dan berlatih mencarinya sampai ada pancaran keluar dari hujung jari jari kita. Dengan telah dapatnya kita merasakan pancaran yang keluar dari hujung jari jari kita itu, bererti dinding telah tembus dan Rahsia telah terbuka dan tugas kita ialah mempelajarinya lagi dengan pengalaman (PERCUBAAN DEMI PERCUBAAN

Dia adalah hak milik kita dan tiadalah orang lain berhak atas nya. Kenapa tak kita pergunakan hak milik kita yang amat berharga itu??

Pendirian kita selain salah kerana
tidak berpegang pada Diri barang yang hidup, melainkan kepada badan barang yang mati. Yang terang ada pada kita dan yang gelap pun ada pada kita.

Kenapa berpegang kepada itu yang Gelap??

Siang ada pada kita dan malam pun ada pada kita.

Siang adalah yang Terang dan yang Terang adalah Diri dan malam adalah Gelap dan yang gelap ialah Badan.

Siterang letaknya di dalam dan sigelap diluar. Masukkanlah itu malam kepada siang dan Siang kepada Malam.

Datangkanlah itu yang Hidup dari yang Mati dan yang Mati dari yang Hidup.

Keluarkanlah yang di dalam dan kedalamkanlah yang di luar.

Untuk itu REZEKI yang tak TERDUGA DUGA terbilang banyaknya yang akan kita
perdapat.


Semua orang takut mati, kerana salah memahami hidup. Dia takut ditinggalkan Hidup. Dari itu makanya Dia takut mati, mereka salah pegang, salah tangkapan berpegang pada yang mati yang di anggapnya hidup dan yang hidup sebenarnya hidup, tak dipedulikan nya selama ini. Bagi kita yang berpegang pada yang hidup, tidak akan takut mati, kerana bagi yang hidup mestilah mati tak ada. adalah Dia itu kekal dan abadi, munkin berpindah, pindah tempat.

Pembawaan hidup mereka yang saperti itu menuju kepada kematian dan perjalanan hidup yang kita bawakan menuju kepada hidup yang kekal dan abadi, untuk kembali
kepangkalan.


Perjalanan mereka kebawah, perjalanan kita ke atas, mereka menuju kematian dan kita menuju kehidupan yang kekal dan abadi. Perjalanan kita besertanya ialah kita telah mati sebelum di matikan dan telah pergi
sebelum dipanggil dan A K U telah kembali dari S A N A.

Aku telah menemuinya, setelah engkau menemui Aku dan batas Aku dengan Dia ialah saperti batas antara engkau dengan Aku. iaitu jauh tak berantara dan dekat tak berbatas. Engkau yang tadinya dinding bagi ku untuk menghubungi dan menemui nya satelah dapat menghubungi ku dengan cara pemecahan mu, maka terbukalah jalan bagiku untuk menghubungi dan menemui NYA kerana pintu telah terbuka bagiku.

Engkau Aku bawa serta, kerana cinta kasih sayang ku tertumpah pada mu dan adalah engkau badan ku. Kita tidak akan berpisah kecuali kalau di pisahkan oleh Yang Maha Kuasa. Dari itu kuasai lah Aku, supaya apa yang ada pada ku menjadi kepunyaan mu.

Bagaimana cara menguasainya?? Mudah sahaja. Cintailah, kasihilah – dan sayangilah Aku. Bagaimana cara mencintai, mengasihi dan menyayanginya??

Aku tidak pinta apa yang tidak ada pada mu, cukuplah kalau Engkau serahkan apa yang ada pada mu pada ku dan untuk itu akan Aku serahkan pula apa yang ada pada ku, sehingga Aku menjadi kepunyaan mu dan Engkau menjadi kepunyaanku.

Kedalam Engkau yang berkuasa dan keluar Aku dimuka, tadinya sebelum Engkau mengenal Aku maka adalah Aku nyawa mu, Setelah Engkau telah dapat mengenal Aku, maka tahu Engkau yang bahawa Aku ini sangat berguna padamu, Engkau ketahui, bahawa seluruh kehidupan mu bergantung padaku. Setelah Engkau menemui Aku, maka Engkau lebih kenal padaku.

Akulah yang akan menjadi Engkau dan Engkau lah yang akan jadi Aku. Aku dan Engkau sebenarnya satu dan memang kita satu. Ilmu pengetahuan yang memisahkan
kita. Dan Aku lah kita, Aku luar dan dalam.

Selama ini Engkau berjalan sendiri dengan tidak mempedulikan Aku. Sekarang setelah Engkau menemui Aku, apa lagi kita telah menjadi Aku, maka kalau Engkau berjalan ikut sertakanlah Aku dan kalau Aku berjalan akan mengikut sertakan Engkau pula. Satu arah satu tujuan dan satu tindakan.

Selama ini kita berjalan pada jalan sendiri. Sekarang kita kenal mengenal satu sama lain, selapik seketiduran, sebantal- sebantal
sekalang hulu, sehina semulia, kelurah sama menuruni, kebukit sama mendaki, sakit senang sama sama kita rasai.


Apa yang tidak ada pada ku, ada pada mu dan apa juga yang tak ada padamu ada padaku.

Engkau selama ini sudah jauh berjalan sendiri dengan tidak mengikut sertakan Aku, walau pun Aku sentiasa berada bersama mu. Dalam banyak hal Aku yang menderita, kerana Aku yang merasakan.

Sekarang Aku berjalan dan engkau Aku ikut sertakan. Tugasmu hanya menurutkan dan mempelajari, hasilnya untuk kita. Engkau yang tadinya tidak tahu setelah mempelajari perjalanan ku, akan banyak mendapat yang tidak engkau ketahui selama ini. Aku yang berbuat, engkau yang melakukannya dan hasilnya untuk kita. Bahagiamu
terletak pada ku dan bahagiaku padamu. Aku sangat merasa bahagia kalau yang Aku perbuat dan lakukan besertamu menghasilkan yang memuaskan. Lambat laung engkau akan mengenal Aku yang sebenarnya, dan adalah perbuatan ku bagi mu namanya ilmu.

Oleh kerana Aku ghaib sifatnya maka namanya ilmu ghaib. Rahsia kandungan telah terbuka dengan hasil dari latihan latihan yang telah kita lakukan, iaitu keluarnya pancaran yang terasa betul pada hujung kuku kita, hujung jari jari kita. Dan kita telah melahirkan kandungan kita sendiri. Yang melahirkan kita dan yang di lahirkan kita pula.

Kita yang telah terlahir itu ialah Diri yang berdiri dengan sendirinya, bergerak dan berjalan dengan sendirinya, Akan tetapi tetap duduk di tempatnya.

Keluarnya dari badan kita melalui saluran saluran tertentu yang bernamakan pancaran yang setelah sanggup menembus alam sendiri akan sanggup pula menembus alam lain, kalau kita telah dapat menguasai dan mengetahui akan “RAHSIA” yang sebenarnya.


Ibu melahirkan kita sebagai seorang manusia, lengkap dengan pembawaan dan kelahiran kita mengandung pembawaan itu untuk hidup. Untuk melanjutkan jalannya kehidupan kita supaya dapat menikmati kebahagian hidup, maka adalah tugas kita melahirkan kendungan kita iaitu pembawaan dari Rahim ibu.

Kebahagian hidup yang kita alami di Rahim ibu semasa dalam kandungan ibu ialah dengan hidupnya bonda mengandung atau dengan 2 keadaan hidup, iaitu

pertama yang mengandung dan yang

kedua yang di kandung.

Sebelum kita dapat melahirkan kandungan kita itu sampai akhir hayat kita, maka senantiasa akan panjanglah jalannya kehidupan kita yang kita rasai, kerana melakukan hidup sendiri.

Maka untuk kesempurnaan nya jalannya kehidupan kita, lahirkan lah itu kandungan sendiri, kelahiran nya mendatangkan hidup baru bagi kita dan seimbangkanlah jalannya kehidupan kita.


Kita telah bertahun tahun berjalan sendiri sendiri mengarungi lautan hidup yang tak bertepi itu, maka pergunakanlah jalan hidup yang baru kita perdapat itu. Bila itu “hidup” tidak kita pergunakan tak perlu di sesalkan kalau satu saat nanti kita ditinggalkan.


Dengan telah melahirkan kandungan itu kita telah menjadi manusia baru dengan tenaga baru, dan yang hidup itulah peganggan hidup kita. Dia juga tadinya terrahsia di dalam batang tubuh kita, setelah terlahir, maka telah menjadi kita, kerana perjalanannya di dalam adalah sepanjang aliran batang tubuh kita.

Dengan penyerahan kita yang bulat kepadanya maka seluruh keadaan telah dipunyai nya dan dialah yang menjadi kita.

Jalan yang sebenarnya telah kita temui, ia itu jalan yang bergerak sejak dari titik di dalam sampai menembus alam sendiri.

Dia telah lahir, kelahirannya membawa wajah baru, membuka lembaran baru dan pergunakan lah itu tenaga baru, iaitu tenaga yang selama ini tersembunyi di dalam batang tubuh kita.

Kita tinggalkan jalan yang tak berarti dan turutkanlah jalan yang berisi, jalan yang berisi kita katakan, isinya ialah nikmat yang berasal dari nikmattullah yang dikurniakannya kepada kita, yang bukan di murkai dan bukan pula sesat.

Membaikki keadaan sendiri. Setelah kita dapat memahami Diri sendiri, sebelum kemana mana adalah lebih dahulu yang akan kita lakukan memperbaiki ke-ada-an sendiri.

Pengertian memperbaiki ke-ada-an sendiri, ialah memperbaiki apa yang ada pada kita, iaitu keseluruhannya badan Diri kita semenjak dari luar sampai ke dalam.

Yang akan memperbaikki itu ialah Diri sendiri, caranya ialah cara Dia pula. Adalah menjadi kewajipan kita menurutkan jalan berisi yang telah ada pada kita dengan tidak
mempergunakan daya tenaga dan gerak fikiran kita sendiri. Bagi Diri adalah badan itu berserta isinya benda mati.

Lambat laun dengan kebiasaan kita menurutkan jalan yang telah di temui itu akan lebih mengerti kita akan perbuatan dan tindakannya dan hasilnya badan kita yang menerimanya lahir dan batin.

Kita kan lebih kenal lagi pada Diri kita dan akan bertambah banyak pula kemungkinan kemungkinan yang bisa kita lakukan dengan nya.

Belajarlah memahami nya sampai kita betul betul mengerti akan gerak tindak perbuatannya yang selamanya menguntungkan kita.


Kedalam kita satu, keluar sejalan, dengan pengertian menurutkan jalannya dan terasa betul sama kita perbezaan kita dengan Dia yang dari dalam.

Rasa itu terletak dihujung kuku – di hujung jari jari kita. Dan disitulah letak segala Rahsia nya keluar dan ke dalam. Untuk itu dapat kita hendaknya merasakan pemisahan antara yang satu dengan yang lain, sampai dapat pula hendaknya mengetahui dengan pasti, yang mana yang Diri dan yang mana badan

Berpeganglah pada Diri itu dan turutlah jalannya dan pelajari hasil yang diperdapat dengan menurutkan jalannya itu.

Diri memperbaikki keadaan nya sendiri dengan pengertian si Diri yang didalam tadi memperbaiki apa yang ada pada kita, yaitu yang terang badan yang mengandungnya, kerana Diri yang dapat merasakan sakit senangnya kita.

Sekali jalan, tetapi meliputi keseluruhannya, mungkin memperbaiki dua atau tiga ke-ada-an saperti:

Pertama : Memperbaiki batang tubuh serta alat alatnya kalau ada yang Kurang baik atau sakit.

Kedua : Adalah badan bagi Diri alam. Dan untuk mengetahui ke-ada-an Di luar, di ukur dengan perasaan badan. Buruk baik yang akan Terjadi dapat kita merasakan lebih dahulu, sebab hidup yang Bermasyarakat hubung menghubungi antara satu sama lain. Dengan praktik Diri memperbaiki ke- ada- an itu terjadi sekali jalan yaitu memperbaiki apa yang ada di luar dan di dalam batang tubuh kita.

Ketiga : Memperbaiki Diri sendiri.
Cara memperbaiki Diri yang letaknya dalam tubuh kita, ialah dengan yang kita namakan Diri yang sudah memancar keluar. Semuanya itu kita ukur dengan rasa perasaan
dengan menurutkan jalan perbuatan Diri itu. Untuk pengertian yang lebih mendalam dan kita mendapat kepastian akan sebenarnya Diri itu, maka hendaklah kita lakukan perjalanan itu dengan berulang ulang sambil mempelajari nikmat dan nikmat yang terkandung di dalamnya.

Mengadakan Pengakuan Untuk Mendapat Pengakuan:
Untuk mendapat pengakuan hendaklah kita mengadakan pengakuan.

Siapa yang mengadakan Pengakuan ?

kepada siapa pengakuan diadakan dan dari siapa pengakuan itu kita perdapat ?

Tiap tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah didahului dengan niat. Setelah kita mendapat kepastian tentang Diri kita, maka hendaklah kita me-ada-kan : “Pengakuan”
terhadap ALLAH , TUHAN YANG MAHA ESA dengan mengucapkan “Duakalimah syahadat” berulang ulang tiga kali:
“ASYADUANLAILAH ILLALLAH WAASYADUANNA MUHAMMADARRASULLAH”
Yang ertinya: Naik saksi Aku bahawa tiada TUHAN yang lain yang Aku sembah melainkan ALLAH – muhammad Rasul ALLAH.


Kita akui bahawa tiada TUHAN yang lain melainkan ALLAH dan kita akui Muhammad Rasul ALLAH, utusan TUHAN, maka adalah hikmah yang terkandung dalam duakalimah syahadat antara lain ialah:
“PENGAKUAN DAN PANGKAT ATAU MARTABAT”
Untuk me-ada-kan pengakuan terhadap TUHAN yang kita sembah itu, kita harus berjalan (bertarikat) dan yang berjalan itu bukan badan kita, melainkan Dia, Diri yang telah kita temui dan kita berjalan menurutkan jalannya, kalau kita yang diluar yang mencari TUHAN, kemana akan kita pergi mencari nya?? Masuk kah di akal, kita yang berupa dan bertempat, dapat mencari dan menemuinya yang tidak berupa dan bertampan??

Kita ketahui Dia ada dimana mana, maksudnya di mana mana sahaja,

Dia ada tapi tiada, ke-ada-annya di dalam TIDAK ADA, bagi orang yang mahu berfikir, dapat membenarkan dan mengakui akan ke-ada-annya dengan tanda tanda yang telah ditemuinya dan kitab kitab hanya menyakinkan akan keada-annya.

Bagi orang yang mau memperhatikan akan segala sesuatunya, tak dapat memungkiri akan adanya yang maha kuasa itu.

Akan dapatkah si badan kasar menemui yang Maha Ghaib??

Tentu tidak dan pasti tidak.

Diri yang telah ditemui itulah yang membawa badan berjalan dan Diri lah yang tahu jalan untuk kesana, kerana Dia berasal dari sana dan kesana pula tempanya kembali.

Lain hal nya badan, yang dijadikan dari yang telah dijadikan NYA, yaitu dari tanah barang yang mati, dan dari itu pula makanya kalau orang telah mati atau meninggal badannya dikembalikan keasalnya yaitu ketanah.

Dan adalah bagi kita setelah menemui Diri sendiri, jalan untuk ke SANA telah terbuka, mencari yang GHAIB HENDAKLAH DENGAN YANG GHAIB, para arifin dan budiman mengatakan siapa yang mengenal Diri akan mengenal TUHAN dan siapa yang menemui Diri nya akan menemui TUHAN dengan sendirinya.

Sekarang kita telah menemui Diri kita, sudahkan kita menemui TUHAN yang kita sembah??

Bagaimana kita menemui dan dalam keadaan bagaimana kita menemuinya??

Diri yang berdiri dengan sendiri nya, kalau pintu telah terbuka akan berjalan dengan sendirinya pula.

Sekarang malam telah masuk kepada siang dan siang kepada malam yang hidup telah keluar dari pada yang mati dan yang mati dari yang hidup, telah tahu di Diri, bahkan telah menemui Diri dan telah punya pegangan hidup.

Rupanya pegangan selama ini
salah, tidak benar, kerana berpegang kepada yang mati. Yang mati yang di anggap hidup sedang yang sebenarnya hidup dan tak mengenal erti mati dibiarkan begitu sahaja, tidak pernah dikuasai dan dipunyai untuk pegangan hidup, sungguh pun diketahui dengan pasti bahawa Dia ada bersama kita, bahkan terkandung dalam badan kita.

Itu lah Diri, Diri itulah Aku dan akulah Dia itu. Orang yang tak tahu di Diri tak berpendirian.

Aku yang sekarang telah dapat tahu siapa sebenarnya Aku, yaitu si hidup lagi terang, jadi bukan si mati lagi gelap, sebelum berjalan keluar dari rumah ku untukk tujuan tertentu, lebih dahulu memperbaiki ke-ada-an ku sendiri luar dan dalam. Setelah itu Aku berjalan menemuinya TUHAN ku yang maha pengaseh lagi penyayang, untuk mengadakan sujud syukur terhadapnya dengan mengucapkan kata pengakuan yang berbunyi:
“Asyaduanlailahaillallah – wasyaduanna Muhammad Rasullullah”
Dengan telah mengadakan pengakuan itu jadilah Aku seorang Islam dengan erti yang sebenarnya, dan adalah Aku seorang muslim sejati yang menjalankan tugas terhadap
ALLAH untuk kebaikan sesama manusia.

Dan adalah Aku seorang musafir yang senantiasa dalam pengembaraan menjelang sampai kembali kepengkalan, ya itu pokok pangkal dari segala pangkal, pokok kejadian dari segala kejadian. Pokok hidup dari segala kehidupan ya itu :
HIDUP YANG KEKAL ABADI
Dari sana Aku datang dan kesana akan Aku akan kembali, dan semenjak Aku menemui Diri ku sendiri, Aku telah terlahir kembali dan Penemuan ku itu menjadi pegangan ku dan berubahlah jalannya kehidupan ku sehari hari.

Dengan membaca keterangan ku di atas mungkinkah orang begitu saja dapat mempercayai ku??

Aku tidak memaksa orang mempercayai Aku, melainkan Aku ingin supaya kenikmatan hidup yang Aku rasai, dapat pula di rasai oleh orang lain hendaknya dengan mempelajari caranya Aku menemui Diri ku dan semuga dapat dibenarkan oleh orang yang berilmu hendaknya, dengan mencuba memecahkan dan menurutkan jalanku ini.


Padanya banyak di perdapat petunjuk petunjuk dan dengan menurutkan jalannya Diri itu dengan sendirinya kita telah menjadi MANUSIA BARU.
Kita telah menjadi MANUSIA BARU oleh kerana Dia telah lahir, kelahirannya menggempar kan alam sekelilingnya, kerana pembawaannya yang hidup lagi berisi berlainan dengan orang banyak yang termasuk gulungan MANUSIA LAMA, yang tak tahu Diri yang sebenarnya.

Kecerdasan dan kearifan membawa kepada keahlian, ahli disegala bidang. Keahlian mendatangkan pengakuan dari orang orang, dari alam sekelilingnya, padanya. Dia sanggup menundukkan masa, kerana Dia telah pandai
menundukkan alam nya sendiri, Dia pandai membaikkan orang, kerana Dia telah pandai membaikkan badan Diri sendiri. Dia anti penjajahan, kerana Dia telah merasakan bagaimana sakitnya dijajah atau terjajah, kerana bukankah Dia selama ini terkongkong dan terkurung??

Dan telah banyak pengalaman dan penanggungan. Dia suci kerana Dia berasal dari yang Maha Suci, Dia benar kerana berasal dari YANG MAHA BENAR, Dia lain dari yang lain, kerana keistimewaannya terletak pada dirinya bukan pada orangnya.

Dia bukan TUHAN kerana yang dikatakan TUHAN itu maha besar dan bukan pula anak TUHAN, walaupun dari TUHAN datangnya. “ROHKU” kata TUHAN waktu meniupkannya.

Dan bukan pula nabi atau Rasul kerana tidak ada Nabi lagi sesudah Nabi Muhammad S.A.W.

Terhadap TUHAN Dia adalah hamba yang tidak bererti, kerana Dia tidak ada bersamanya. Akan tetapi terhadap orang lain, tak peduli siapa, Dia akan membukti kan akan kebenarannya.

Itu lah Dia Aku yang telah menjadi MANUSIA BARU, Aku telah mengadakan Pengakuan dan seterusnya Aku senantiasa mengadakan Pengakuan terhadapnya,

TUHAN yang Aku sembah dan sementara itu Aku telah mendapat Pengakuan pula melalui orang orang yang mendatangiku. Jadi pengakuan, Aku perdapat bukan langsung dari tuhan melainkan melalui orang Dan adalah itu Pertanda bagi orang yang tahu.

Tiap tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah dengan niat, Perjalananku mencarinya untuk mengadakan Pengakuan ialah dengan ilmuku yang berasal dari Diri yang keluarnya mendatangkan Daya Gerak kepada anggota badanku. Yang jalannya menembus hujung jari jariku yang dapat dirasakan. Suatu perjalanan yang berisi dan
bertujuan dari yang ada kepada yang tiada, dari tiada kepada tidak ada dan dari tidak ada kembali kepada tiada, dari tiada kepada ada.

Di tempat yang tidak ada itu, tidak ada yang ada, tidak ada yang ada, tidak ada gerak, tidak ada angin, tidak ribut, tidak ada, yah – tidak ada apa apa, yang ada hanya……………… yang tak dapat Aku mengatakan kerana di saat itu Aku dalam keadaan tidak ada pula.

Pada waktu itu lah ditempat yang tidak ada itu, Aku kembali jadi ada, menyampaikan niat dan maksudku, menandakan Pengakuan saperti yang ku sebutkan diatas.

Untuk sampai kepada rasa perasaan tidak itu, hendaklah kita lakukan berulang ulang yang merupakan latihan sampai terlatih.


DI SANA – DI HADIRATNYA – DI TEMPAT TIDAK ADA – BERTEMULAH YANG
MENCARI DENGAN YANG DI CARI – YANG DIJADIKAN DENGAN YANG
MENJADIKAN – SORANG HAMBA DENGAN KHALIKNYA – AKU DENGAN TUHAN
KU.

Dan adalah Aku dengan Dia jauh tak berantara dekat tak berbatas

Mendudukkan Diri pada tempatnya

.
Telah jauh kita berjalan dan telah lama kita berjalan di bidang kehidupan, banyak sudah lurah yang dituruni dan banyak pula sudah bukit yang di daki dan bermacam macam pula sudah gelumbang hidup yang telah kita lalui untuk mencari sesuatu, untuk keperluan sesuatu, telah letih badan selama berjalan, apa lagi perjalanan yang dibawakan dengan tak menentu arah tujuannya. Kehendak hati belum juga dapat, tenaga sudah hampir habis, apa daya apa akal – apa yang harus, diperbuat??

Apa kita harus kembali??

Pantang bagi seseorang akan kembali, kalau yang dicari belum didapati atau yang dimaksud belum kesampaian,

Jadi bagaimana mestinya?

Falsafah hidup mengatakan
mudah sahaja. Kalau sudah penat berjalan, dududklah tetapi sebelum duduk, berdiri lebih dahulu dengan pandang jauh dilayangkan, pandang dekat dituruti untuk mencari kedudukan atau tempat bakal kita duduk yang sesuai dengan kita. Dan duduk itu janganlah sebarang duduk sahaja, hendaklah duduk menanti kedatangan sesuatu.
Duduk sebagai seorang berilmu atau ahli. Untuk mengetahui kedudukkan Diri yang sebenarnya hendaklah kita turutkan jalan yang telah kita temui itu, yaitu jalan yang hidup lagi berisi, maka kecerdasan dan keariffan kita dapat menangkap, bahawa Dia si
Diri telah duduk ditempatnya.

Tanda tanda yang ditemui menunjukkan kepada kita dimana tempatnya yang sebenarnya.

Telah kita ketahui bahawa duduknya di dalam batang tubuh kita dan letaknya di tempatnya.

Duduknya beserta kita dan berjalan pun beserta kita Baginya tak peduli apa kita seorang pedagang besar atau kecil atau pedagang kaki
lima, pegawai tinggi menengah atau rendah, doktor dukun – tabib seorang insuran – pengacara, tukang beca – sopir atau montir atau jadi apa sekali pun, pokoknya pandai
mendudukkan Diri dan tempatnya, kalau tidak, tidak akan didapat kehendak hati.


Bagi ku Aku duduk di tempat ku, yaiitu dirumah ku, yah memang di rumah tempatku dan ada lah diriku yang banyak mengandung rahsia itu, ilmuku.

Aku duduk, duduk menanti, menanti kedatangan sesuatu yang lahir dan yang batin. Menampung segala segalanya dan mendudukkan pula pada tempatnya. Tempuh tempuh Aku berjalan, yah Aku berjalan tetapi duduk di tampat. Dimana sahaja Aku ditempatkan, Aku tetap hidup.

Lapar Aku makan, haus Aku minum, ngantuk Aku tidur, orang tidur Aku tidak, itulah rahsiaku dan itu pulalah rahsianya Diri ku. Rahsianya telah menjadi rahsiaku. Oleh kerana Dia hidup, maka pegangan ku yang hidup itu lah.

Akulah hidup itu, mengaliri seluruh batang tubuhku. Dan itulah Aku sekarang, besok, lusa dan nanti.

Aku sudah puas hidup cara lama, tanpa mengetahui yang menghidupkan Aku sudah
berpengalaman, suka duka telah ku lalui, derita jangan disebut lagi, pengorbanan?

Yah, hanya TUHAN yang tahu, hidupku yang sudah sudah berpedoman kepada yang ada.
Aku tidak berkorban, hanya korban perasaan. Pengorbanan yang ku katakan itu, ialah cubaan dan peringatan bagiku. Dan akhirnya tahulah Aku bahawa pegangan hidupku salah. Aku berpegang pada yang mati yang ku anggap hidup pada hal di balik yang ku katakan hidup itulah yang sebenarnya hidup.
Hidup yang sebenarnya, kalau boleh diumpamakan : Dia hanya satu titik, akan tetapi berisi aliran hidup sepanjang batang tubuhku.
Aliran hidup itulah sekarang yang menjadi peganganku.

Setelah Aku menemuinya
tahulah Aku bahawa Dia itu, ialah aliran Diri ku dan mengandung sangat banyak daya guna.

Dan duduklah Dia ditempatnya dan letaknya samaku. Menampung dan menyelesaikan segala yang mendatang.
Pengalaman ku bertahun tahun (10tahun) dengan duduk menanti membawakan Diri itu, banyaklah sudah rahsianya Aku ketahui dengan telah banyak pula bermacam macam persoalan yang mendatangi ku, telah ku selesaikan dengan memuaskan dan sangat memuaskan. Dan kesemuanya itu Aku selesaikan besertanya.

Aku yang semenjak kecil ditinggalkan ayah dan sebagai seorang kelahiran di tanah
Minangkabau yang mewarisi pusaka turun temurun dari mamak kekemanakan tak
mempunyai mamak kandung.

Yang Aku kenal Aku berbapak tiri, yang kalau boleh ku katakan, sayang tidak, benci pun tidak kepadaku, tetapi Aku tahu betul, ibu sangat sayang pada ku, betapa tidak, adalah Aku anak laki laki yang pertama, padaku banyak terletak harapannya. Dihari tuanya, di waktu Aku telah besar kelak. Aku masih ingat diwaktu hati risau tak menentu, Aku sering duduk ditepi pantai memperhatikan jalannya matahari yang akan terbenam.

Sesekali Aku melihat ketepi laut, melihat alun yang berkejaran berkejaran ganti berganti menghempaskan Diri, di sana Aku sering berhayal bertanyakan akan kejadian ku nanti, bagaimana hidupku di belakang hari.

Aku ingin hidup jadi orang, Aku tak pernah dapat jawapan kerana jawapan yang ku nanti tak kunjung datang. Dari siapa yang ku tunggu, pada hal Aku pada waktu itu
seorang Diri, yah Aku menyendiri. Hanya rasa perasaan ku waktu itu Cuma yang berubah, yaitu Dia mengeluarkan nafas panjang, matahari sudah terbenam untuk akan terbit besok pagi di timur dan Aku tersentak darilamunanku. Pada sejarah hidup ku yang sudah sudah Aku sudah banya kehilangan, dari kecil
ditinggalkan ayah, menyusul ditinggalkan adik, ditinggalkan saudara permpuan, ditinggalkan ibu, ditinggalkan isteri yang di cintai dan disayangi, dan kesemuanya itu membawa kesan kepada rasa perasaan ku, batin ku di tambah pula dengan pengalaman hidup sendiri untuk bisa hidup.

Dan jasad ku mengalami perubahan pula, yaitu Aku mengalami pembedahan pada
bahagian punggung ku dua kali berturut turut dalam tempuh sebulan dengan mematikan badan ku terlebih dahulu dan dua kali pula tambahan darah di saat
pembedahan itu dilakukan. Pendik kata, bermacam macam kematian telah Aku alami sampai kepada badan ku sendiri dan alhamdulillah, sampai sekarang Aku masih “hidup”
bahkan TUHAN telah memberi kesanggupan pula kepada ku memecahkan Rahsia Hidup yang sebenarnya yang Aku jadikan ilmu Pengetahuanku.

Sebagai seorang manusia biasa yang harus membanting tulang untuk mendapatkan kebutuhan lahir, mungkin Aku tak kuat kerana zahirku lemah dan tubuh ku cacat sudah. Akan tetapi setelah Aku menemui garis hidup yang sebenarnya yang di kurniakan TUHAN pada ku yang Aku jadikan Ilmu Pengetahuan ku, yaitu ilmu hidup, Aku jadi hidup sebenarnya hidup dan bisa hidup, kerana jalan hidup yang menjadi pegangan ku sekarang ialah berisikan nikmat, bukan yang dimurkai dan bukan pula sesat.

Jalannya kehidupan ku sendiri yang ku temui itu yang kepastian nya berasal dari dalam batang tubuhku, maka untuk mengetahui Rahsia nya, Aku pergunakanlah Dia untuk keperluan sesuatu. Kebanyakan hasilnya mengkagumkan, dan memuaskan, dan sangat banyak daya gunanya yang telah Aku ketahui.

Pengalaman ku ambil jadi
guruku.

Aku berteori dalam berpraktik, belajar dalam mengajar menerima dalam memberi. Aku jadi murid waktu jadi guru.

Percubaan percubaan Aku lakukan pada badan sendiri, pada anak anak ku pada isteri ku, pada anak murid ku pada orang lain. Dan semua itu menjadi Rahsiaku.

Aku yang tadinya di kenal orang sebagai seorang buruh pada perusahaan Bangsa Asing, belakang dikenal dengan penilaian masing masing. Dan begitulah hidup ku sekarang dengan rahsia Diri ku.


Melahirkan manusia baru. Gunanya manusia baru dilahirkan ialah untuk merubah corak hidup yang tidak memuaskan, merubah corak masyarakat yang tidak sesuai dengan masa dan zaman, membentuk masyarakat baru dengan susunan baru dan caranya ialah dengan Gaya BaruUntuk mendapat corak hidup baru, hendaklah kita lahir kembali untuk kedua kalinya
dan dengan Daya Tenaga Baru kita perbaharui corak masyarakat yang tidak sesuai itu lagi dan dengannya pula kita bentuk masyarakat baru dengan Gaya Baru.

Pahit getir dalam kurungan sewaktu terjajah kita telah alami, dari itu makanya kita anti penjajah dan tidak mau pula menjajah. Yang kita ingini kemerdekaan penuh, perikehidupan yang teratur dan tersusun dan layak sebagai seorang manusia. Kita tidak akan menjajah, melainkan membebaskan yang tertindas, membangunkan yang tidur,
membukakan mata yang buta, menunjukkan jalan yang benar dan hidup berdampingan, duduk sama rendah tegak sama tinggi, kerana kita berperikemanusiaan dalam erti yang sebenarnya.

Dari itu lahirlah dulu untuk kedua kalinya. Kalau tak bisa dan tak sanggup melahirkan sendiri, minta lahirkan kandungan itu pada orang yang tahu, yang ahli dan mintalah petunjuk kepadanya. Dan dengan kelahiran baru itu, pergunakanlah kecerdasan dan kearifan.

Temui Diri sendiri lebih dahulu, perbaiki ke-ada-an Diri itu dan pelajari kehidupan sendiri di dalam dan ketahuilah apa itu Diri yang sebenarnya, supaya kita berpendirian.

Lahir yang kedua kali itu, bukanlah seperti seorang ibu melahirkan anak, melainkan si Diri menembus alam sendiri dengan memancar, pancaran yang berisi.

Pancaran yang berisi itu lah yang akan diperhatikan, yang akan kita pelajari. Kerana isinya mengandung Rahsia yaitu Rahsia Diri.

Tenaga Rohani dengan daya gunanya

Diri yang berdiri dengan sendirinya memberi dan mengisi aliran kehidupan kepada badan menurut saluran saluran tertentu sampai meliputi keseluruhannya. Oleh kerana
aliran itu mengaliri seluruh batang tubuh kita yang dinamakan Jasmani dengannya terdirilah pula Rohani.

Jasmani ialah jasad atau badan keadaannya nyata (positif) Diri yang memberi daya hidup mengaliri badan atau jasad, maka dia merupakan gambaran dalam bentuk jasmani, yang diberi nama Rohani. Keadaan tidak nyata (negatif) jadi adalah pada kita aliran positif dan aliran negatif.


Sebenarnya dalam batang tubuh kita, kalau dipercayai didapati 2 aliran:

Pertama : Aliran nyata, aliran Jasmani

Kedua : Aliran tidak nyata, aliran Rohani (Diri)

Kedua dua aliran tersebut menjadi satu di dalam tubuh kita. Aliran Rohani berada di dalam aliran Jasmani.

Dan pokok pangkal dari segala pergerakan ialah aliran "Diri" , dan mendatangkan aliran Jasmani.

Aliran Jasmani merupakan darah, dan aliran Rohani merupakan karan.

Satu tetapi dua. Keadaannya kandung mengandung. Jasmani mengandung Rohani dan Rohani terkandung dalam Jasmani.

Untuk mengetahui dan menguasai aliran Rohani, kita kembali kepada jalan yang telah kita temui, yaitu jalannya "Diri" yang telah menembus alam sendiri atau badan sendiri.

Dengan telah di temui aliran "Diri" , dengan sendirinya kita telah menemui pula aliran Rohani, kerana aliran "Diri" itu ialah aliran Rohani. Dan adalah aliran Rohani itu jalan bagi aliran "Diri". Dan setelah kita dapat memahami keduanya maka dapatlah kita membezakan jalan atau karan dan mana pula yang isi.

Dan telah kita temui dan kuasai itu tenaga yang tersembunyi yang amat banyak mengandung rahsia, yaitu Tenaga Ghaib dan letaknya ialah di tangan kita atau pada
kita, asalnya dari dalam.dan adalah menjadi kewajipan kita untuk mempelajari kegunaannya, kerana adalah dia itu serba guna.

Untuk itu kita harus serba tahu
Ketahuilah "Diri" mu lebih dahulu, supaya kamu berpendirian dan pecahkanlah Rahsia "Diri" mu itu

"Diri" yang berdiri dengan sendirinya, ialah suatu kumpulan dari zat serba zat, yaitu suatu zat. Hidup, kerana berasal dari yang HIDUP
Itu lah dia anugerah, kurnia Tuhan yang sebenar benarnya kepada kita untuk “HIDUP”

Segala puji dan puja ku persembahkan terhadapnya Allah Tuhan ku yang memerintah dan menjaga seluruh alam.
Aku telah menemui itu isi yang serba guna, kerana aku telah tahu banyak memperguna kan nya untuk kebaikan ku dan kebaikan orang lain. Aku tak dapat menyatakannya, hanya dapat merasakannya, terasa oleh ku dan terasa pula orang yang menghubungi aku.

Aku mengisi "Diri" ku dan mengisi orang lain. Dan dari itu makanya isi pokok yang ada padaku tak habis habisnya. Dia ada pada ku dan banyak di luar ku. Dan banyak pula sudah Rahsianya aku ketahui.

Yang banyak itu tak menyusahkan ku, tidak memberatkan ku, kerana aku tahu mendudukannya pada tempatnya. Dia silih berganti mendatangi ku – "Diri" – ku dan dia datang dan pergi bagi ku.

Kenapa bisa begitu?

Yah, kerana mengetahuinya pintu telah terbuka bagiku, hijap terbuka sudah. Dan itu bintang yang banyak selain dari mengisi bintang aku, bertaburan di sekeliling ku mengisikan ganti berganti

Dia yang di kasihi telah menjadi kekasihku. Dan munkinkah aku yang mengasihi yang dikasihinya itu menjadi, kekasihnya pula?

Insyaallah Dan banyak lagi yang aku belum ketahui, aku masih mencari, memohon, meminta
tambah ilmu ku.

Yang menjadi pertanyaan bagi ku sekarang isi yang telah aku perdapat itu yang tak dapat dinyatakan, akan tetapi dapat dirasakan, bisakah dapat ditangkap oleh alat alat dari physikal untuk dipelajari?

Aku yakin seyakin yakinnya, isi yang ada pada ku itu tidak akan habis habisnya, kerana sangat banyak di luar ku.

Aku ingin manusia yang banyak ini bebas dari penderitaan, aku ingin manusia cara berfikirnya berubah menurut yang aku kehendaki, yaitu Damai, damai sekali lagi damai, sebab yang sebenarnya isi yaitu perdamaian. Untuk menciptakan perdamaian itu ialah dengan isi yang saya maksudkan, isi yang mempunyai jalan sendiri, yaitu jalan yang berpetunjuk yang berisikan nikmat dan bukan yang dimurkai dan tiada pula sesat.

Manusia selama ini berfikir, berbuat, bertindak, melakukan segala susuatu dengan daya tenaga lahirnya yang berasalkan dari alam fikirannya yang berasal dari otak, otak yang berasal dari tanah, yang tak bisa bebas dari hawa nafsu.

Seluruh batang tubuh kita dialiri oleh aliran “hidup” yang berisi termasuk otak kita dan isi yang mempunyai jalan sendiri itulah yang akan dipergunakan kerana dia bisa membebaskan Diri dari tekanan tekanan alam sekeliling nya termasuk hawa nafsu, syaitan iblis dan lain lain sebagainya.

Berilah isi kepada dunia dengan mempergunakan isi yang ada pada kita dan tunjukkanlah jalan yang berisi kepada manusia banyak, yang sedang mencari jalan yang benar. Sebelum menciptakan Perdamaian, damaikanlah Diri lebih dahulu. Bebaskan diri dari tekanan tekanan yang menghalangi tujuan kita.


Semoga bekerja dengan isi itu terciptalah Damai di dunia ini. Kalau memang perdamaian yang akan di tuju.

Saya sengaja pecahkan tenaga ghaib ini secara ilmiah untuk orang orang yang meminatinya, dan kepada sesiapa saja yang sanggup dan menemui dan menguasainya, walaupun dengan jalan sendiri atau dengan jalan perantaraan ku atau dengan perantaraan muridku yang cerdas dan banyak mengetahui akan selok belok RAHSIANYA. Jalan yang baik dan membaikkan yang akan dituruti, jangan jalan yang buruk yang akibatnya merusak atau menghancurkan.

Tanya diri sendiri : siapa aku,
mau kemana, dan mau apa. Dan yang penting dudukkanlah DIRI itu pada tempatnya.

Buat aku, aku telah mendudukkannya pada tempatnya. Segala apa yang ada padaku ku serahkan padanya dan Dialah yang jadi aku, oleh kerana aku mau hidup dan Dialah yang hidup itu. Seluruh kehidupanku diatur dan disusunnya sendiri, kerana adalah DIA sebaik baik pengatur dan penyusun. DIA lah yang tahu, sebab DIA Maha TAHU…..Aku duduk di tempat ku dan adalah ilmunya, ilmu ku

Rahsia Diri ialah terletak pada kita. Diluarkah atau di dalam kerana Dia ada di luar dan ada pula di dalam. Ada pada kita dan ada pada orang. Orang yang tak tahu didiri, tak berpendirian. Dari itu ketahuilah Diri mu dan temuilah Dia dan pelajarilah Rahsianya.


Dengan Diri engkau bisa menangkap segala-galanya. Diri yang lemah akan menjadi mangsa yang kuat. Dari itu perkuat diri mu, perbesar, perkembanglah Dia. Diri yang kuat, yang besar dan sudah berkembang tak bisa dipengaruh oleh sesiapa jua.

Perkuatlah DIA dengan jalannya, perbesarlah DIA dengan jalannya dan kembangkanlah DIA dengan jalannya. Untuk itu temuilah jalan DIRI itu.

Dia kuat lagi benar, kerana berasal dari yang MAHA KUASA dan MAHA BENAR. Gunungkanlah itu yang setetes dan lautkanlah itu yang sekepal.

Dengan apa menggunungkan yang setetes dan dengan apa melautkan yang sekepal itu??

Jawabnya mudah sahaja, yaitu dengan jalannya, segala sesuatu selesaikanlah dengan jalannya. Dan jalan itu telah kita punyai. Berpegang teguh lah pada jalannya dan jangan bercerai berai. Adalah jalan itu merupakan mata rantai, kait berkait, rangkai berangkai dengan satu sama lain.

Putus minta di sambung, kusut minta diselesaikan, keruh minta diperjernih, kusut dihujung benang, kembali kepangkal benang.
Kesemuanya di selesaikan, dilakukan, dibawakan dengan jalannya. Orang yang tak
tahu di DIRI, kehilangan DIRI, hidupnya tak berarti dan akan menjadi mangsa yang ber Diri, kita akan diperalat, kerana dianggap barang mati,

Dari itu ketahui lah DIRI, cari lah DIRI, sampai ditemui dan pergunakanlah itu Diri supaya kita berpendirian. Dan Hiduplah dengan DIRI. DIRI yang dimaksud ialah Diri yang sebenarnya DIRI, bukan DIRI yang dibuat buat. DIRI yang di Dirikan melainkan Diri asali, Diri yang berdiri dengan sendirinya. Diri yang duduk benar, tegak benar, berjalan benar,kerana berasal langsung dari yang MAHA BENAR lagi MAHA SUCI.
Diri itu jernih, bersih – suci
Dia hening, tenang, tidak ada tetapi ada, itulah DIA ang tidak ada, tapi ada bersama kita itu – ke Tuhanan kerana berasal dari Tuhan.

Jadi adalah yang telah ada sama kita itu keTuhanan da bukan Tuhan. Tuhan tetap Tuhan,
Esa Tunggal, tidak dua, tidak tiga, apalagi banyak. Ke Tuhanan ada pada kita, ada pada orang dan ada dimana mana. Kenal mengenalilah satu sama lain, hubung menghubungilah, kerana tidak kenal maka tidak sayang.

Syaitan berdiri, iblis berdiri dan jin pun berdiri. Akan tetapi DIRI nya tidak saperti DIRI kita manusia, sama sama makhluk dijadikan Tuhan, lain jenis. Mereka itu berasal dari api yang sifatnya merusak dan menghancurkan. Dia menjahanamkan kita, dia
membawa kita ke neraka, kerana dia tidak senang akan kejadian kita.

Di perintahkan Tuhan dia sujud kepada nenek moyang kita Adam, dia tidak mau, dia engkar, maka Neraka lah tempatnya ditentukan Tuhan.

Ia berkata: Patutkah saya sujud pada orang yang engkau jadikan daripada tanah?

Dia meminta dipanjangkan umurnya sampai hari kiamat guna memusnahkan atau memperdayakan anak cucu orang itu di belakang hari, kecuali yang sedikit.

Dan yang sedikit itu yang tak terpedayakan olehnya. Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak engkau ketahui, kata Tuhan. Orang yang tak tahu di diri, kehilangan diri dan yang berdirikan pada tanah dengan mudah terpedaya oleh syaitan, kerana api itu bisa berdiri dan hidup di atas tanah.

Dengan tak disedarinya dia telah menjadi manusia iblis, kerana telah bersarang di dalam batang tubuhnya, yang berasal dibalik asal dari tanah itu.
Betapa tidak iblis yang tidak nyata itu, bagaimana ia bisa mengetahui, kalau ia lupa ke "Diri" nya? Iblis bisa masuk melalui makanan, minuman, sedang tidur, dan lain sebagainya dan lama di dalam menguasai "Diri" dan menutup sampai orang kehilangannya. Intan telah berbenam dalam lumpur.

Hanya dengan mengetahui "Diri" - menemui "Diri" dan dengan jalannya "Diri" segala sesat dan yang menyesatkan itu bisa di sapu bersih.

Dari itu kenali "Diri", pelajarilah "Diri" temuilah "Diri" dan turutlah jalannya "Diri" yang telah di temui itu.


Iblis yang berasal dari api itu akan hancur berantakan kalau kita ketahui "Diri" kita. Dan itulah yang dikatakan, “kecuali” yang sedikit itu. Yang sedikit ada pada tiap tiap orang, dari itu kemukakanlah DIA dan pergunakanlah Dia.Sedikit, tetapi menakutkan, menggemparkan, tak sanggup iblis memperdayakannya, sebab dia tak lekang oleh panas dan tak lapuk oleh hujan, berdiri dengan sendirinya.

Yang sedikit itu lah “Rahsia”. Rahsia kelebihan bagi yang mengetahui, menemui dan mempergunakannya. Seluruh mahluk akan sujud menyembah kepadanya, ingat akan
kejadian kita pada waktu Tuhan akan menyuruh menyembah kepada nenek moyang kita Adam A.S. semuanya sujud, kecuali iblis, dia engkar, tak patuh pada yang MAHA KUASA, sedangkan ALLAH mengetahui yang tak diketahuinya. DIA engkar dan semenjak itu dia menjadi musuh kita nombor satu.

DIA berniat akan memusnahkan,
akan memperdayakan kita manusia sampai kepada anak cucu cicit, sampai kepada hari kiamat.

Sekarang kita telah mendapat tahu rahsia, itu yang sedikit, bahkan kita telah menemuinya pula. Apa yang kita takutkan lagi, kalau kita mahu, kita akan sangup menghancurkannya. Bahkan kalau kita ketahui betul, melihat kita sahaja dia sudah lari, menyingkir dari kita.

Dengan nya kita tidak takut kepada siapa sahaja, kecuali Allah. Hanya Allah tempat kita takut. Yang sedikit yang kita ketahui, hendaklah DIA kita temui dan punyai serta kuasai, sehingga kita bisa mempergunakan daya gunanya yang banyak mengandungi rahsia itu.

Kecerdasan kita menjadikan Dia besar, memperkembangkan Dia, menjadikan Dia kita bahkan lebih dari itu, kerana Dia ada di dalam dan di luar kita.

Dia sedikit, kita perbanyakan, Dia setitik kita gunungkan, sekepal kita lautkan, sudah banyak kita perbanyak, kerana Dia ada dilangit, ada di bumi, dan di mana mana ada.

Gali dan pelajarilah yang sedikit itu sampai dikuasai hendaknya. Mereka bertanya kepada ENGKAU mengenai "Roh"

jawablah : Tiada aku diberi tahu
tentang itu kecuali sedikit. Bukankah yang sedikit kata Tuhan kepada Muhammad itu,
sama dengan yang sedikit yang tak bisa diperdayai oleh syaitan iblis? Muhammad Rasullulah di wahyukan kepadanya rahsia yang sedikit. Ini kepada manusia
Muhammad yang telah diangkatnya, di jadikan utusannya.

Si iblis tahu yang sedikit itu, sewaktu mula manusia pertama dijadikan TUHAN.di akui bahawa yang sedikit itu tak sanggup dia memperdayakan nya, memusnahkannya kerana Dia kekal abadi. Dan iblis tahu kejadian manusia di luar yang sedikit itu, berasal dari tanah dan tidak kekal dan akan hancur kembali keasalnya. Ya itu ketanah. Dari itu makanya mudah Dia memperdayakan manusia. Jadi bagi yang sekarang yang amat penting T A H U. sekali lagi TAHU dan itu lah ilmu.


Ketahuilah yang sedikit itu ada pada mu dan menjadi tahulah engkau akan keadaannya. Tahulah di "Diri". Tahulah di BADAN. Kalau tadinya pengertian kita itu kepunyaan badan maka ketahuilah oleh mu bahawa badan itu kepunyaan "Diri". Untuk mengetahui yang selanjutnya, pisahkanlah dahulu yang mana yang badan dan yang mana yang "Diri"

Berdiri lah pada "Diri" dan jadikanlah badan itu "Diri" sendiri yang penuh mengandungi Rahsia dan banyak mengetahui Rahsia.

Dia – buta – pekak – Dia bisu – Dia tak berakal – Dia tak bersuara, tetapi Dia tahu. Tahu itu yang tak ada pada kita, dari itu dijadikan orang yang tahu sampai serba tahu. Untuk itu hendaklah kita ketahui Dia dan hiduplah berserta nya dan dengan Dia. Berbuatlah dengannya, walau apa yang dilakukan dan jangan tinggalkan Dia, walau di mana kita berada.

Ke – ada – an nya bersama kita terbatas, tertentu, ditentukan oleh yang menentukan. Dan lantaran keadaan kita pula makanya Dia berdiri sama kita dan itulah "Diri" kita yang berdiri dengan sendirinya:

Yang tak lekang oleh panas dan tak lapok oleh hujan

Yang kekal dan abadi

Yang tak terpedaya oleh syaitan dan iblis

Yang sanggup menguasai keadaan

Yang menguasai masa

Anti peluru kebal
Sanggup menundukkan musuh
Bah kan harimau bisa sujud kepadanya

Bukan kah lantaran Dia makanya diperintahkan sujud mahluk mahluk lain termasuk malaikat.

Suaranya mengunturKatanya beriman
Tindakkannya menuju kepastian
Baiknya luar biasa Tapi bengis nya bukan kepalang Jaga jangan sampai ia marah, kalau ia marah, Dia marah benar, dan bukan marah marahan
Orang biasa tak sanggup menghadapinya, kerana Dia tahu, Dia banyak sudah tahu kerana Dia berilmu. Hanya orang yang berilmu bisa menghadapinya ini pun bergantung kepada dalam dangkalnya ilmu orang itu, tinggi rendahnya tingkat ilmu orang itu dan benar tidaknya dasar ilmu orang itu

Ilmu yang tak benar mendekatinya pasti hancur dan akan hancur dengan sendirinya bila berhadapan dengannya, apalagi orang
mempergunakan apa yang dinamakan ilmu akal, untuk menarik keuntungan untuk diri sendiri.


Dia berfirasat, firasatnya halus dan dalam, mempunyai kesanggupan disegala bidang, ahli di dalam segala hal ahwal, bisa menundukkan lawan dan kawan dan bisa
menyesuaikan "Diri" dimana mana. Dan banyak lagi,masih banyak lagi Rahsia nya yang patut di ketahui.

Pokok pangkal dari keluar biasaan itu, ialah yang dikatakan sedikit oleh TUHAN kepada MUHAMMAD RASULLULLAH yang tak terpedayakan oleh syaitan iblis itu. Bahkan iblis
bisa lenyap dan hancur dibuatnya.

Itulah Dia hidup yang menghidupkan kita didalam. Dia mengisi jalannya kehidupan kita, meliputi keseluruhannya dan ditutup dan dibatasi oleh bulu dan kulit kita. Dan bagi kita orang nyata, alirannya itu aliran nagetif namanya, tidak nyata.
Ilmu pengetahuan tidak dapat memungkiri akan keadaannya aliran ghaib itu. Aliran ghaib kita namakan, kerana berasal dari yang ghaib dan mengandungi rahsia ghaib. Bagi yang ingin mengetahui Rahsia nya, apa lagi untuk menguasainya adalah menjadi
tugasnya, menjadi kewajipannya mencari dan mempelajari dari nagetif ke positif dari tidak nyata kepada kenyataan dan sampai mempunyai itu tenaga ghaib, bahkan bisa
sampai menjadi orang “AJAIB”
Dan untuk menjadi orang ajaib, setidak tidaknya mempunyai Tenaga Ghaib.

Orang harus mempelajari kejadian sendiri lebih dahulu. Dapat memahami perbezaan badan dan "Diri", antara yang hidup dan yang mati, antara yang akan kembali dan yang akan pulang, sebab masing masing akan pulang dan akan kembali keasalnya’

Untuk mengetahui yang mana yang badan, semua orang tahu sudah. Akan tetapi pengetahuan kita mengenal badan itu kita tingkatkan kepada ke-ada-an nya yang terdiri dari, kalau kita mulai dari luar dan ambil kesimpulannya yaitu : bulu, kulit darah daging – urat – tulang – otak besar – otak kecil – hati – jantung – limpa – rabu empedu. Dan adalah letaknya dan duduknya bahagian bahagian badan itu, begitu baik aturan dan susunannya, kerana disusun dan diatur oleh yang MAHA PENYUSUN dan MAHA
PENGATUR, yaitu YANG MAHA PENCIPTA, ALLAH.


Untuk mempelajari, kita mendapati barang yang sudah jadi, yang sudah ada. Tak perlu kita fikirkan lagi bagaimana pembikinnya. Kita pelajari barang yang sudah ada, ada
pada kita dan ada pada orang lain. Yang dikehendaki dalam hal ini ialah kecerdasan dan kearifan dan berperasaan. Kecerdasan, kearifan dan perasaan dan pengetahuan
lain lain nanti (buku buku)akan membenarkan adanya hidup itu, itu diri, itu yang ghaib di dalam batang tubuh kita yang mempunyai aliran hidup yang tersendiri menjalani jalan
yang telah ada, yang berbataskan menurut batas yang telah ada pula, iaitu bulu dan kulit kita.

Dan untuk memastikannya atau membawanya kepada kepastian, maka kita harus membuka pintu baginya, supaya kita dapat mengetahui ke-ada-an nya yang sebenarnya, membukakan pintu bererti memberi jalan buat Dia keluar.


Cara nya tidak boleh dengan dipaksakan, umpamanya melukakan sedikit anggota badan. Dengan cara begitu kita tidak akan menemuinya. Kerana Dia tidak mahu badannya dipaksakan. Dia sendiri yang berada didalam sangat ingin sekali keluar, ingin bebas tetapi tidak lepas. Dia sangat berasa tertekan, terkurung, terkongkong, terjajah, tersiksa, oleh kerana jalan hidup yang salah kita bawakan di luar.

Dia tahu, tetapi tak berdaya oleh kerana terkurung. Anak kunci dipegang oleh orang luar. Kita pelajari Dia kita ketahui ke-ada-an nya dan kita cari anak kunci untuk membukakan pintu baginya.

Kalau pintu telah terbuka dan jalan untuk keluar telah ada padanya, tentu Dia akan jalan keluar dengan sendirinya, sedangkan yang dinamakan anak kunci tetap berada
ditangan kita. Dan hidup matinya di luar bergantung kepada kita. Dia akan pergi dan Dia akan kembali. Dia pergi, akan tetapi tetap duduk ditempatnya.
Setelah pintu terbuka dan Dia telah keluar, maka perasaan, kecerdesan dan kearifan kita akan membenarkan dan mengakui akan ke-ada-an nya.
Perasaan kita yang akan menangkapnya, mengetahuinya dan menentukan yang mana yang Dia yang sebenarnya. Setelah terasa dan merasakan jalan keluar masuknya itu
dapatlah kita memperbezakan mana yang Dia dan mana pula yang kita, mana yang "DIRI' dan mana pula yang badan. Dan itulah Dia yang sebenarnya aku – ku yang telah mendapat pengakuan. Aku yang terahsia letaknya dan banyak mengandung rahsia.

Aku telah menemui nya dan bertambah kuatlah aku sekarang, kerana Dia benar yang telah menjadi Aku.

Dan Dia telah lahir, yang di nantikan telah datang, itu yang dibenarkan oleh yang Maha BENAR. Dan akulah itu.

Bagi orang yang baru keluar dari penjara, dari kurungan, dari penderitaan, dari penendasan, setelah pintu terbuka baginya hendaklah Dia bertanya, “siapa Aku, hendak kemana AKU dan mau apa aku”

jawabnya yang tepat ialah:

“K E T A H U I L A H D I R I M U”

Kerana : kalau engkau itek tentu pulang keselukan (pelambahan) kalau ayam tentu pulang kekandang (kelesung) Ketahuilah bahawa tiap tiap orang, tiap tiap kita ada itu anugerah Agung. Kurnia Tuhan yang terahsia letaknya pada kita itu. Dan selain ter Rahsia letaknya pada kita, juga Dia banyak mengandung rahsia.


Masing masing kita mengandungnya. Supaya kita puas menjalankan ke hidupan, maka lahirkanlah kandungan itu, dengan kelahirannya maka terbuka sudah Rahsianya, hanya sedikit tetapi amat besar artinya bagi kita, kerana Dia Hidup, menghidupkan kita

Dan itulah Dia yang sedikit “"Roh" ku” kata TUHAN, sewaktu meniupkannya kedalam batang tubuh nenek moyang kita manusia yang pertama.

Bagi orang yang telah mengenalnya, TUHAN kah namanya itu?? Tentu tidak bukan? Dan bagi orang yang mengetahui kedatangannya dari TUHAN, TUHAN kah
namanya?? Tentu tidak bukan?
Dari itu kami telah menemuinya dan telah menjadikan "Diri" kami Dia. Menamakan yang telah ada bersama kita itu ke- tu-han-an, sekali lagi Ketuhanan Orang mengatakan : kenalilah "Diri" mu, kerana siapa mengenali dirinya akan mengenal TUHAN dengan sendirinya.

Untuk mengenali "Diri" secara positif, lahirkanlah, kandungan masing masing. Dan setelah tahu di "Diri" yang sebenarnya, akan tahulah kita bahwa kesalahan besar telah kita lakukan dalam membawa jalannya kehidupan. Suatu pandangan hidup yang salah, kerana yang mati yang selama ini disangka hidup, sedang yang sebenar hidup tidak di pedulikan.

Lahirlah , lahirlah manusia baru di dunia. Semua orang, semua umat, semua manasia dimana mana di dunia menunggu kedatangannya, kelahirannya, insyaallah.

Bagi ku setelah aku menemui jalannya, aku pelajari Dia isinya serta Rahsianya, maka tahulah aku akan Dia yang sebenarnya. Aku telah menemuinya "Diri" ku yang sebenarnya.


Dan dengannya , pada jalannya aku menemui tuhan yang sebenarnya, YANG MAHA ESA ,Tuhan ku tiada yang lain daripadanya melainkan ALLAH.
Dan bagaimana caranya aku bertemu dengan Dia Yang Maha Besar itu, tak dapatlah aku menceritakannya. Kerana perjalananku dengannya Diri ku yang berasal dari Sana ialah dari :
Ada ke tiada
Tiada ke tidak ada.
Di tidak ada itu, aku tak dapat mengatakannya lagi, kerana segala apa yang ada padaku sudah tak ada lagi, jadi apa yang akan aku katakan Dan dalam Perjalanan kembali:
Dari tidak ada kepada tiada
Tiada kepada ada.


Pengalaman perjalanan yang berulang ulang memberi keyakinan di saat saat itu aku sudah di SANA pulalah Aku di dalam Tidak ada itu, timbul menjadI Ada guna untuk
mengadakan “PENGAKUAN” dengan melafaskan DUA KALIMAH SYAHADAT berulang ulang 3 kali.
Dan itu lah AKU sekarang yang tadinya dilahirkan, telah melahirkan pula. Dilahirkan Aku sebagai seorang manusia dan aku melahirkan kandunganku yang penuh R A H S I A.

Aku dudukkan Diri ku ditempatnya. Duduk ku duduk menanti kedatangan sesuatu yang lahir dan yang batin. Dan penyelesaian segala sesuatu yang mendatangi ku itu, ku selesaikan dengan ilmu ku yang terrahsia itu dan kesimpulannya penyelesaiannya ialah tahu mendudukannya pula pada tempatnya.

Dan adalah aku hidup saperti sebagai seorang musafir yang senantiasa dalam pengembaraan, dalam perjalanan, kerana perjalanan ku belum sampai dibatasnya. Aku duduk tetapi berjalan. Perjalanan lahir yang bisa dilihat orang dan perjalanan yang tidak bisa diketahui dan dilihat orang, yaitu perjalanan dengan memegang Rahsia yang sedikit.

DIA mengetahui yang tak diketahui orangPahlawan ku bukan….pujangga ku pun bukanHanya musafir……………………..
Cacat tubuh beta - letih tak berdaya
Tetapi tetap bekerja………………
Semoga sumbangseh ku
Menambah sari ilmu
Harum taman pertiwi ibu.

Hidup ialah mempunyai alam sendiri, dia memberi kehidupan kepada yang ada. Yang di berikannya ialah i s i. alirannya hidup, ertinya tiada mati (beku). Kebanyakan orang tak pandai membawa hidup kerana membawakan sendiri kehidupan sendiri tanpa ada pengertian hidup.

Apa ertinya hidup yang sebenarnya?

Dan dimana kah letak hidup itu?

Pada sengsaraan kah, pada suka kah,pada duka kah, pada hartakah, pada wang atau pangkat kah?

Letak nya bukan pada kaya, pada miskin, pada harta, dan lain lain sebagainya,

kesemuanya itu ada lah akibat dari perjalanan hidup yang telah kita lalui yang sedang dan akan kita lalui.

Kambing sapi, kerbau, tidak kaya, bah kan tidak punya apa apa, juga hidup, anjing juga hidup, bezanya kita maanusia dan dia binatang.

Sebelum kita dapat mengerti apa itu hidup, yang sebenarnya, hendaklah diketahui lebih dahulu bahawa hidup itu ada di diri kita dan hidup itu ada di dalam batang tubuh kita.

Dan dia mengisi kehidupan kita.
Di waktu kita menjalankan kehidupan kita diluar, untuk memenuhi kebutuhan lahir,
adakah dia kita bawa serta?

Tentu orang akan mengatakan “ada” kerana dia telah Ada bersama kita.
Aku akan mengatakan “tidak” Sungguh pun kemana saudara pergi dia ada sama saudara tetapi untuk melancarkan usaha saudara “dia” tidak saudara bawa serta, dengan ertinya yang sebenar.
Pembawaan saudara itu, walau pun dia ada, tetapi tidak ikut berjasa pada usaha saudara diluar, hanya didalam sahaja, jadi adalah untuk usaha saudara di segala
bidang, keadaannya passive tidak aktif.

Dan mengaktifkannya perlu dia selain diketahui keadaanya, juga kita harus mengerti caranya dan kita usaha kan, supaya dia selain mengisi juga mengisi kehidupan kita diluar.

Beruntunglah orang yang dapat mengetahui menemui dan mengerti, cara dan keadaannya.

Surat Ar Rum ayar 8:
“Tidakkah mereka memikirkan apa yang di dalam Dirinya sendiri”

Ada apa didalam diri kita itu?

Kita telah menemui diri kita dan dan telah mengetahui pula, dan sudahkah kita mengetahui terdiri dari apa itu Diri dan ada apa didalamnya.


Untuk ini hendaklah kita ambil pelajaran pada kenyataannya itu, Diri yang telah kita temui. Semenjak kita telah menemui itu Diri, berarti dia telah ada, keadaannya bersama kita, kita pelajari dia untuk mengetahui dan mendapat isinya, kita menemuinya setelah kita mendapat jejaknya yaitu jalan nya. Jalan nya itu berisi kerana dia mengisi
kehidupan kita didalam, ada lah keadaanya tak ubahnya saperti butir butir darah melalui pembuluh darah, hanya beza keadaan nya berlainan, satu nyata dan satu lagi tidak
nyata.

Dan adalah yang dinamakan Diri itu kumpulan dari isi atau butir butir hidup yang berasal dari hidup yang didatangkan Yang Maha Esa dia hidup lagi menjaga dan ada lah kandungan Diri itu zat serba zat. Zat tersebut mengisi dan mengaliri jalan nya kehidupan di dalam dan seluruh alirannya menimbulkan ROHANI yang merupakan gambaran dari JASMANI.


DAPAT DI KETAHUI PADA KITA ADA 2 TENAGA HIDUP ya itu, pertama zahir dan kedua tenaga batin atau tenaga ghaib.

Dapat di ketahui tenaga zahir ialah berasal dari tenaga hidup yng dihidupkan ynag menjadi tenaga jasmani, yaitu datangnya dari zat makanan yang kita makan dan minum
umpamanya nasi, buah buahan , daging dan sebagainya.

Tenaga batin ialah berasal dari tenaga hidup yang sebenarnya hidup yang ada didalam dan diluar batang tubuh kita (udara) keadaannya di dalam batang tubuh kita yang menjadi pokok kehidupan kita, seumpama setitis air embun di daun talas atau daun keladi, hening jernih tetapi lekat pada daun.
Untuk ke “bahagian” hidup kita, hendaklah kita hidupkan yang hidup itu, seperti kata pepatah : yang setitis minta digunungkan, perbuatan kita menggunungkan yang setitis itu menghasilkan sekepal dan untuk kita akan mengharungi lautan hidup.

Dalam ilmu kejiwaan, perbuatan kita menggunungkan yang setitis itu, bererti membesarkan jiwa, kerana lautan hidup yang kita tempuh atau lalui, beralun dan bergelumbang jalannya panjang dan berliku liku, berlurah, berbukit, berduri dan berbatu dibalik itulah yang di namakan BAHAGIA.

Untuk itu kita harus pandai membawakan hidup, pandai membawakan Diri dengan
pengertian yang dalam kita mesti kenal betul lebih dahulu yang mana itu hidup dan yang mana itu Diri.


Hidup itu letaknya pada ketenangan pada ketabahan, yang keluarnya menyatakan kebesaran jiwa bukan sombong, bukan takbur dan pula angkuh. Dari itu ketahui Diri dan tahulah pula harga Diri, orang yang tahu diharga Diri nya tak akan menjual Diri.

Kisah kerbau dengan pedati
Orang tua tua kita dahulu, sebelum kenal akan mesin, memakai kerbau dan pedati
sebagai alat penghubung untuk membawa barang dagangananya dari satu kota kesatu kota, dari kalangan ke kalangan, dari dusun kekota atau dari dusun kepelabuhan.

Perjalanan itu kadang kadang memakan masa berhari hari melalui jalan yang berliku liku. Menurun dan mendaki dan berjalan siang malam, pedati yang ditarik kerbau itu sarat bermuatan barang dagangan. Berisikan hasil bumi untuk dijual belikan atau ditukarkan.

Pada suatu kali dalam perjalanan, kerbau yang menarik pedati itu setelah berkalai kali mendaki dan menurun, pada pendakian yang memanjat dengan alun langkah yang guntal sambil air ludah berbuih dimulut, melihat kekiri dan kekanan, seolah olah dia bertanya kepada pedati, apa pertanyaannya itu? Yang ditanya ialah “jauhkah lagi perhentian?dan apa pula jawab pedati? Wahai kawan, engkau salah duga, salah
anggapan kenapa pada ku engkau hadapkan pertanyaan itu? Ketahuilah oleh mu, bahawa aku benda mati sungguhpun mempunyai kaki, dan kaki ku tidak sebanyak
kakimu. Kaki engkau 4 dan kaki ku 2. akan tetapi kalau tidak kerana engkau, aku tak berjalan dan tak bisa berjalan. Aku tak bisa jalan sendiri. Bukankah engkau yang menarik – makanya aku sampai kemari.
Engkau masih baik nasib mu, kerana nanti kalau sudah sampai di perhentian, aku engkau tinggalkan begitu saja. Dan engkau diberi makan minum, bahkan kadang-kadang dimandikan dan digosok. Persiapan untuk makan mu sentiasa diadakan. Aku sesampai di perhentian ditinggalkan begitu saja, aku mengandung beban, bawaan,
akan tetapi dipikulkan pada pundakmu dan engkaulah yang menarik itu, kalau engkau hendak bertanyakan juga tentang itu perhentian, tanyalah pada orang yang duduk dibelakangmu, munkin dia tahu.


Sang kerbau mengankat kepala nya untuk melihat orang yang duduk dibelakangnya itu. Belum sempat dia melihat orangnya yang ditunjukkan itu, tahu tahu dia mendengar
suara yang berarti terus jalan, dia hanya sempat waktu itu melihat api sebesar api rokok membayangkan dibelakangnya, dan dia berjalan terus menarik beban yang terpikul di pundaknya. Ada pun api yang nampak sekilas oleh kerbau itu ialah api rokok tukang pedati yang waktu itu dalam gelap gelita merokok sambil duduk ditempatnya dan pakaiannya serba hitam sampai desertarnya hitam.

Itu lah dia tiga jenis, jalan bersama untuk satu arah dan tujuan, kerbau yang bergerak dengan kaki 4 pedati dengan 2 roda dan situkang pedati berjalan dengan duduk
ditempatnya. Ketiga tiga nya menuju ketempat perhentian dan konon kabarnya ditempat perhentian itu mereka terpisah satu sama lain, kerbau tinggal dikerbaunya dan pedati tinggal terpelitak sebagai pedati dan si tukang pedati balik kerumahnya.
Dan begitulah lah kesahnya dari dulu sampai sekarang, selagi dia dipakai sebagai alat pengangkutan.

Semoga menjadi buah renungan bagi kita bersama akan duduknya tiga jenis yang sejalan itu.

Aku yang berdiri dengan sendirinya mempunyai alam sendiri pula. Alamnya ialah apa yang disekeliling. Ya itu yang dinamakan badan, kita yang terdiri dari badan dan Diri,
keluar mempunyai alam pula, yaitu alam bersama, alam besar, alam semesta.

Jadi adalah kita manusia terkandung dalam alam yang besar. Dan pada kita sendiri terdapat pula beberapa alam yaitu alam jasmani, alam rohani dan alam Diri.

Diri rohani dan jasmani keluarnya menjadi manusia (LENGKAP) hidup, dan berjalanlah manusia pada jalan kehidupan yang ada dengan tidak mempelajari jalannya kehidupan
di dalam lebih dahulu. Ada lah ini satu kekeliruan besar dalam pandangan hidup kita, yang sudah sudah, dan oleh kerana itu lah pula, makanya bermacam macam caranya kita manusia membawa jalannya kehidupan di luar dan coraknya hidup kita perdapat sangat bergantung jalannya pemikiran masing masing dengan tidak pula mengetahui silok belok isi kepada kita yang banyak tali temali antara satu dengan yang lain.

Corak nya masyarakat banyak bergantung jalannya alam pemikiran masyarakat itu dan hasilnya tidak semua orang dapat mengecap nikmat hidup yang dicita citakan, bahkan kenyataan sikuat memakan yang lemah, sibodoh menjadi mangsa sipintar, dan sitidak punya menjadi korban yang punya dan lain sebagainya, kalau tidak diperalatkan tentu memperalat. Undang undang tinggal di atas kertas, yang tak bersalah menjadi bersalah, manusia menghisap manusia dan bangsa menghisap bangsa. Corak hidup semacam ini sudah tua umurnya, dan patut ditinggalkan dan menimbulkan
satu cara pemikiran baru, tenaga baru, supaya tercipta dunia baru, dan lahir manusia baru.

Alat alat yang telah ada pada kita selain tak dapat, juga tak boleh membuangnya, kesemua yang telah ada sangat berguna untuk kebaikkan, keindahan, dan keelokan badan Diri kita.

Untuk memenuhi keperluan hidup kita, harus berjuang dengan gigih dan tabah dan buat itu kita harus mempergunakan tenaga, iaitu tenaga lahir yang berasal dari zat zat bahan makanan yang kita makan.

Pada kita ada tenaga lahir dan ada tenaga batin, tenaga lahir yang berasal dari zat zat bahan makanan yang kita makan, yang mana mengisi jalannya aliran kehidupan kita.

Tenaga batin ialah tenaga yang tersembunyi, yang selama ini belum pernah kita ketahui dan kita kuasai apa lagi mempergunakannya.

Apa itu tenaga batin dan dari mana asalnya dan bagaimana cara memperdapatkannya,
setidak tidak nya merasakannya?

Tenaga batin ialah tenaga rohani yang berasal dari satu tenaga hidup yang tidak mati melalui jalannya tenaga jasmani…….

Perpaduan tenaga hidup dan tenaga jasmani mendatangkan tenaga rohani. Isi tenaga jasmani ialah tenaga hidup yang akan mati berasal dari benda dan tenaga rohani berisi tenaga hidup yang tidak mati berasal dari yang hidup.

Kalau itu hidup telah meninggalkan kita maka mati lah kita namanya. Umumnya orang menganggap adalah kehidupan di dalam itu tidak begitu penting untuk diketahui, kerana semua orang tahu, dalam batang tubuh kita ada “ROH” selagi dia masih ada bersama kita, kita akan hidup terus, mereka terlampau banyak melihat dan memikirkan keluar, dan terlalu sedikit yang kedalam.

Mereka tiada memikirkan yang didalam dirinya sendiri, kelemahan dan kekurangan letaknya ialah pada badan Diri kita, kemahuan dan keinginan serta kehendak sangat banyak, nafsu kuat akan tetapi daya lemah.


Jadi yang kurang pada kita ialah tenaga, kita kekurangan tenaga untuk mencapai yang diidamkan. Dan kesalahan letaknya pada kita sendiri, kerana tak mau menyelidikki dan
mempelajari keadaan kita sendiri.
Mempelajari keadaan sendiri berarti mempelajari apa yang ada pada kita, Tuhan tidak sia sia mencipta kita. Dijadikan kita dalam keadaan cukup. Akan tetapi kenapa kita berasa kekurangan? Bukan Tuhan yang salah, melainkan kita yang bodoh.

Diberi kita modal untuk hidup dan adakah kita pergunakan modal itu?

Modal tersebut letaknya pada kita terrahsia, rahsia itu yang akan kita pecahkan, kalau mau hidup dengan artinya yang sebenar hidup bagi kita adalah modal itu mempunyai tenaga yang tersembunyi, yaitu tenaga ghaib.

Tenaga ghaib yang berisikan nikmat, bukan yang dimurkai dan bukan pula yang sesat, bagaimana pula dia akan dimurkai dan sesat, asalnya dari modal yang diberikannya pada kita untuk hidup, kerana datangnya dari dia langsung. Selama ini kita berfikir, berbuat, bekerja, bergerak dan lain sebagainya, dengan tenaga lain, tempuh tempuh di luar kemampuan kita, kita paksakan juga.

Sedangkan perjuangan hidup kita diluar selain dengan yang lahir juga dengan yang batin.

Segala galanya telah diatur YANG MAHA PENGATUR, yaitu YANG MAHA GHAIB.
Bahkan yang musuh besar kita di bidang kehidupan ialah yang tidak nampak.
Bukankah hawa nafsu, syaitan iblis itu tidak nyata dan memohon kepada Tuhan
meminta dihidupkan sampai hari kiamat untuk memperdayakan kita menusia ini???

Pada perjuangan hidup sehari hari lebih banyak kita merasakan batin daripada yang lain. Jadi adalah untuk kebahagian hidup kita selain kita mempergunakan tenaga lahir mestinya juga tenaga batin. Daya tenaga itu telah ada pada kita semenjak kita diadakan akan tetapi tak pernah di gunakan. Lantaran tidak tahu.


Tenaga ghaib yang ada pada kita itu mengaliri seluruh batang tubuh kita di dalam yang merupakan tenaga yang tersembunyi bagi kita. Dan dialah yang datang dari yang sedikit, Yang dikatakan oleh iblis dikecualikan nya, kerana siiblis tak sanggup memperdayakannya dan itulah pula dia yang berasal dari yang sedikit, kata Muhammad Rasullullah kepada mereka mereka, sewaktu mereka bertanya kepada beliau tentang,
“ROH”
Mereka bertanya kepada engkau(MUHAMMAD) mengenai roh, katakanlah Tiada diberi tahu tentang itu kecuali hanya sedikit.

Tenaga yang tersembunyi itu ialah tenaga ghaib yang dikurniakan oleh Tuhan langsung kepada kita yang mula pertama sekali kepada nenek moyang kita ADAM A.S. dengan firmannya:


“Aku Tiup Roh Ku” yang kita warisi turun temurun.

Dia memberi hak hidup kepada kita kehidupan yang terbatas dan batasnya pada kita ialah bulu dan kulit dan hak mati ada pada yang memberi, yang itulah Tuhan. Bila yang punya datang menjemput maka gugurlah hak yang memakainya, keadaannya tidak bererti lagi, kerana telah mati.


Letaknya bagi kita di dalam dan tenaganya bagi kita tersembunyi, tenaga yang amat dahsyat kerana bukankah itu kudratullah?

Untuk kelanjutan kehidupan kita di luar, yang mengharungi lautan hidup mau tak mau juga mencapai tujuan kita sepenuhnya kita harus dapat menguasai dan mempunyai itu tenaga ghaib, itu kudratullah, kerana lautan hidup yang akan kita lalui bergelumbang dan beralu, berbukit dan berlurah, berduri dan berbatu dan sangat banyak lekuk likunya. Hanya dengan di ikut sertakan itu tenaga ghaib, segala halangan dan rintangan bisa tertembus dan teratasi, kerana seluruh
kejadian yang dijadikan seluruh keadaan yang diadakan, seluruh isi alam semesta, ialah ciptaan YANG MAHA GHAIB, YANG MAHA ESA yaitu ALLAH.

Itu tenaga ada didirimu, bukan dibadanmu, dari itu pelajarilah Diri mu, temuilah dia dan pergunakanlah tenaganya yang banyak mengangung Rahsia itu. Rahsia itu ghaib padanya letaknya. Dia ada padamu dan banyak diluar. Alam diluar mu beranika ragam, berwarna warni.

Pelajarilah pula keadaan alam mu sendiri yaitu badan mu, langit
bagimu ialah kepala mu, bumi bagimu ialah perut mu, dan hidupmu ialah antara bumi dan langit, kaki tangan mu ialah badan mu.

Dan untuk itu pergunakanlah otakmu. Engkau berpijak dibumi Tuhan, tempat jasad mu dikembalikan nanti. Hidup mu di bawah lindungan Tuhan (langit) tempatmu kembali keasal. Bagimu adalah kenyataannya.
“satu kembali ke bawah, yaitu ketanah, satu kembali ke atas yaitu kepada “ALLAH”, sama sama kembali atau dikembalikan keasal. Dua kejadian menjadi satu sama kita.

Satu nyata satu tersembunyi. Kedua duanya mempunyai tenaga. Yang mana yang pegangan kita yang benar? Yang akan pulang ke atas atau yang akan kembali ke
bawah? Kalau kita perhatikan akan pembawaan hidup kita diluar pada masa yang sudah sudah dengan tak malu malu kita akan mengatakan bahawa pegangan hidup ialah yang ke atas.

Sebagai manusia, tidak lah bisa bahagia pula kehidupan yang akan kita rasakan kalau kehidupan kita semata mata kita pergantungkan pada kan pulang ke atas. Kerana dia selalu benar dan terlampau benar, lagi benar sekali. Dengan nya saja kita tidak akan mengecap nikmat hidup di dunia, kerana alam fikiran kita dibawanya selalu kepada YANG MAHA BENAR. Sebaiknya dan seharusnya kita mesti dapat pergunakan keduanya sejalan dan jalan yang keatas menjadi pegangan kita sebagai pedoman.

Untuk mencapai dan mendapat akhirat jangan ditinggalkan dunia dan untuk dunia jangan tinggalkan akhirat.


Tujuan hidup hendaklah bahagia dunia dan akhirat. Dan untuk mencapai tujuan itu, kita harus berjalan, yaitu menjalani kehidupan kita pada jalannya. Adakah atau sudahkah
kita selama ini berjalan pada jalannya?

Kereta api berjalan pada jalan nya, kereta berjalan pada jalannya, dan mana jalan kita yang akan kita jalan?

Orang naik kereta api menumpang pada jalannya, naik mobil menumpang pada jalannya, lantaran jalan menumpang itu lah makanya jalan kita tidak tetap. Kita boleh menumpang, lantaran mau cepat sampai pada tujuan kita dan untuk itu kita membayar, akan tetapi walaupun kita menumpang apa sahaja, biarlah yang kita tumpangi itu berjalan pada jalannya dan kita akan mempergunakannya jalan kita
sendiri,yaitu jalan kehidupan kita.
Adakah orang memperhatikan keadaannya sendiri? Dia menumpang dalam sebuah
rumah dan dalam rumah yang ditumpangi nya itu dia mempergunakan rumahnya
sendiri untuk hidup bukankah begitu?

Rumah yang ditumpanginya, yang di diaminya, berlainan dengan rumah sendiri yang dipergunakannya untuk hidup atau dalam menjalankan kehidupan.

Dan adalah jalan mu itu letaknya pada mu sendiri, didirimu, carilah itu jalan, temuilah itu jalan dan pergunakan jalan mu itu.

Itu jalan yang lurus lagi benar, kerana berasal dari yang MAHA BENAR, jalan yang berisi dan memberi nikmat pada orang orang yang memakainya,yang tidak dimurkai dan tiada pula sesat.

Dari itu cari dan galilah Dirimu dan adalah dia itu mempunyai jalan nya sendiri dan keluarlah dengan jalan itu, itulah jalan mu yang sebenarnya, pada jalan mu itu engkau akan menemui nikmat (rasa bahagia) dan hasilnya ialah untuk mu, badan diri mu, keluargamu, kaum mu, bangsa mu, negaramu dunia mu dan ………akhiratmu.

Adalah kehidupan mu telah berjalan semenjak dari dalam dan untuk keluar adalah tugas mu membawanya berjalan dan untuk itu hendaklah engkau menemui jalan itu lebih dahulu dan dapat menguasainya. Dari itu pelajarilah diri mu sejak dari dalam. Secara garis besarnya adalah jalan kehidupan kita itu hanya dua: satu keatas dan satu kebawah.

Jalan keatas tujuan terahir ialah menemui TUHAN kembali dan jalan kebawah tujuan terahir ialah kembali keasalnya yaitu ketanah.

Untuk itu kita menempuh jalan yang berliku liku dan likunya hanya 2, yaitu kekiri dan kekanan. Ketentuan ini adalah ketentuan dari yang menjadikan segala kejadian dan semuanya akan kembali kepada NYA.
Mulailah kehidupan mu sejak dari dalam batang tubuh dan keluarlah pada jalannya untuk kelanjutannya kehidupan mu sampai saat yang terakhir. Kesalahan mu selama ini menjalankan kehidupan atau menempuh lautan hidup atau
melalui hidup diluar dengan tidak ada pegangan yang jadi penunjuk jalan bagimua atau tidak ada jalan mu sendiri. Jalan yang sudah engkau pergunakan ialah jalan fikiran mu sendiri yang tak bisa dijadikan jadi pedoman, kerana banyak simpang siurnya dan sangat di ragukan akan kebenarannya.


Pergunakan otakmu sesudah itu baru alam fikiranmu, kalau engkau berotak dari alam fikiranmu, sama juga keadaannya dengan perahumu yang sudah berada dipermukaan air, sedangkan engkaku tidak mengetahui, perahu itu tadinya berada didaratan sedangkan lautan beralun dan bergelumbang dan sewaktu waktu badai topan bisa
datang dengan tak peduli siang dan malam.

Bila itu jalan telah engkau temui, berjalanlah engkau dengannya dan oleh kerana Dia hidup, lancarkanlah kehidupan mu pada jalannya. Itulah Dia jalan Diri mu semenjak dari dalam yang memberi nikmat, tidak disurkai dan tidak pula sesat.

Jalannya yang keluar itu yang dapat memecahkan rahsia Diri, kerana Dia telah menembus alam sendiri ya itu badan kita, Dia mengandung daya seribu daya, zat serba zat yang dapat kita tangkap dengan Rasa. Yaitu Rasa Perasaan Kita. Jalannya yang dapat betul kita merasakannya ialah yang melalui hujung kuku kita. Jari jari kita yang sepuluh. Lima kiri dan lima kanan. Dan padanyalah letaknya Rahsia Hidup mu di dalam.

Lancarkan lah kehidupan mu di luar dengannya dan berjalanlah besertanya.

Jalannya berisi, isinya ialah nikmat hidup, memberi dan menerima pecahan titik titik dan berasal dari satu titik yang terrahsia letaknya didalam batang tubuh kita. Dan memang dari titik lah kejadian sesuatu yang dijadikan. Titik menghasilkan titik dan kumpulan dari titik menghasilkan rupa atau bentuk. Dan begitulah kejadian kita di dalam dan begitu pula di luar, yang setitik akan mengunung, kalau kita gunungkan, akan melaut kalau kita lautkan, sebaliknya yang melaut kalau kita surutkan akan menjadikan gunung (sekepal) dan yang mengunung kalau kita surutkan akan kembali menjadi titik, titik kehidupan kita yang di dalam yang membawa ketenangan dan kedamaian, yang berarti juga kembali kepangkalan.

Ayam yang semenjak dari pagi dilepaskan dari kandang untuk mengais mencari makan pada sorenya kembali untuk istirehat.

Pembawaan hidup yang sebaik baiknya ialah tenang, kerana Dia itu berasal dari yang sangat tenang aman dan damai. Dari ketenangan dan kedamaian itulah memancar cahaya hidup mengaliri dan mengisi jalan kehidupan kita memenjak dari dalam sampai keluar, dan cahaya itulah menunjukkan warna hidup kita keluar, kerana bukankah dunia nyata yang kita diami ini penuh tata warna warni.

Emas yang 24 karat tahan banting dan tahan uji itu, pertahankanlah jangan sampai menjadi tembaga atau loyang yang sangat rendah nilainya.


Kalau jalan sudah kita temui maka kita harus perhatikan dan pelajari akan isi dari jalan itu, iaitu jalan yang memberi nikmat…..nikmatullah Nikmat TUHAN yang diidamkan oleh setiap manusia yang bertuhan. Nikmat yang mengandung “bahagia” nikmat yang mengandungi kebaikan dan membaikan.

Pada TUHAN ada syurga dan neraka, iaitu ketentuan yang terakhir dari kehidupan kita. Dan padanya hanya satu jalan, iaitu jalan lurus, alif yang lurus. Pada kita manusia ada dua jalanya itu jalan hidup dan jalan mati, tujuan satu yaitu kembali kepada TUHAN untuk menerima ketentuan darinya. Tempat yang terakhir pada TUHAN ada malaikat malaikat yang mempunyai tugas tertentu terhadap segala yang
dijadikannya, sebagai kaki tangannya. Pada kita ada kaki tangan untuk menyampaikan tujuan dan maksud kita. Pada TUHAN ada bumi yang mengandungi beermacam macam rahsia, saperti emas, perak, minyak, batu arang dan lain sebagainya.

Pada kita ada perut untuk menampung segala apa yang kita makan dan minum, pada TUHAN ada langit yang mengandungi segala rahsia pula saperti bulan, bintang, matahari, dan lain sebagainya. Pada kita ada kepala yang berisikan otak besar dan otak kecil, urat utar saraf dan lain sebagainya. Dan di tempatnya makluk makluk hidup diatas bumi ini di bawah langit, dan letak hidup pada kita pada bahagian atas perut dan bawah kepala, yaitu didada yang mengandungi rahsia pula.
Langit mengandung, bumi mengandung, kesemuanya itu terkandung dalam “rahsia”
Rahsia Diri rahsia bumi – rahsia langit terkandung dalam TUHAN, kandungan langit, kandungan bumi teruntuk orang yang tahu.


Mencari rahsia hendaklah dengan rahsia pula, pada TUHAN hanya satu jalan, iaitu jalan nya, jalan Allah. Padanya ada syurga – ada neraka, ada syurga dan jalan dan neraka ada pula jalan. Jadi pada kita ada 2 jalan, iaitu jalan kesyurga dan jalan keneraka, jalan yang baik dan jalan yang buruk atau jalan kanan dan jalan kiri.

Tiada ada orang yang mau ke neraka, begitu juga tidak ada yang mau buruk. Semua orang mau senang, mau ke syurga. Akan tetapi kenapa orang mesti masuk neraka?

Oleh kerana menjankan kehidupan yang buruk, tentunya…..
Bukankah syurga tempatnya orang berbuat baik dan neraka tempat orang yang berbuat buruk?


Dilahirkan kita kedunia ini untuk menjalankan kehidupan menjelang hari akhir.

Di mana tempatnya?

Di rahim bonda. Sebelum bonda kawin dengan bapa kita, di mana kita berada?

Belum ada, yah,

memang kita dilahirkan belum ada, akan tetapi di batin kita telah ada.

Dimana???...............bersamanya, terkandung dalam RAHSIANYA rahsia MAHA GHAIB IAITU Allah…….

Dan itulah Dia Aku kini. Aku dilahirkan sebagai seorang manusia melalui ibu bapa ku. Dilahirkan Aku keluar dari rahim ibu ku, di batin Aku datang dari Rahim TUHAN ku,
TUHAN ku bersifat Rahman dan Rahim, Aku terkandung di dalamnya. Sekarang Aku dikandung oleh badan ku sendiri. Semenjak Aku dilahirkan sebagai seorang manusia melalui ibu bapa ku, maka putuslah hubungan langsung antara Aku dan TUHAN ku dan dengan ibuku. Sewaktu dalam rahim, Aku tak pernah mengeluh dan tak pernah merasa susah kerana hubungan ku tak putus atau belum di putuskan.

Alam sekeliling ku yang menyebabkan Aku ingat kepada yang menjadikan Aku, kepada ibu bapa ku, kepada Allah, TUHAN ku. Perasaan ketuhanan ku tak puas sebelum Aku dapat menemui NYA, dari itu maka
dalam sejarah hidup ku yang sudah sudah Aku seorang pendiam, tidak banyak tingkah, suka mengalah.

Pengalaman ku, perasaan suka duka ku yang menyebabkan timbul hajat ku yang besar untuk mencari TUHAN ku, Allah. Aku mengembara dan mengembara, sangat banyak Aku perdapat pelajaran dalam
pengembaraan ku, tanda tanda kebesaran nya, keadaan nya kepemurahan nya, kasih
sayangnya, ilmunya, akan tetapi yang Dia belum ke temui. Segala perbuatan ku, tindak laku ku, ku jadikan amalanku dan Aku belum juga menemuinya, TUHAN ku. Bapak almarhum Dr Paryana Suryadipura dalam buku alam
fikirannya memberitahu kepada ku bahawa untuk meningkat kepada tingkatan yang lebih tinggi dan dalam, hendaklah kita beramal. Dan adalah amalan itu terbagi dua,
pertama amalan beserta hawa nafsu dan kedua yang dinamakan amal saleh. Aku sedar akan kekeliruan ku, Aku telah memakaikan jalan keduanya, pada hal jalan untuk itu hanya satu.


Aku tinggalkan jalan yang pertama dan Aku pergunakan jalan yang kedua iaitu amalan salleh. Bahagia membayang dihadapan ku, apa yang Aku lakukan mendatangkan kepuasan bagi ku dan Aku mendapat ketenangan dan kedamaian dalam perasaan ku.


Bersamaan dengan pemisahan pada perbuatan amalan ku itu, Aku dapat tahu telah terjadi pemisahan pada badan ku sendiri. Dan tahulah Aku sekarang yang mana Diri ku yang sebenarnya. Aku berpegang selama ini pada barang yang mati sedangkan yang hidup tak Aku pedulikan.


Sekarang pegangan ku yang hidup dan seterusnya hidup kekal dan abadi dan yang amat mengembirakan Aku benar, Aku telah menemui Diri ku, padanya letaknya
kebenaran, ketenangan, kedamaian yang tak pernah Aku perdapat selama ini. Dan tahulah Aku akan kesalahan dalam pandangan hidup selama ini. Aku pelajari Diri ku
yang telah Aku temui itu dan tindak tanduk ku, amal perbuatan ku, diriku lah yang Aku kemukakan dan dengan nya pula, dalam ke-ada-an tidak ada Aku menemui TUHAN ku.

Dan sebahagian dari rahsianya telah menjadikan rahsiaku. Padanya, besertanya, Aku yang telah mendapat ketenangan itu telah menjadi bertambah tenang, kerana dihadiratnya, Aku sudah tak ada lagi, tak ada yang ada, tak ada angin, tak ada ribut, dan yang ada hanya Dia TUHAN ku dan Aku hilang dalam keadaan nya. Dan itulah Aku pada waktu itu dan sewaktu waktu, dikala Aku datang menghadapnya.

Aku sudah pergi sebelum di panggil, sudah tiada sebelum di tiadakan, sudah datang sebelum sampai dan……………………….. Aku telah kembali dari
SANA……………………………
Tahulah Aku siapa Aku sebenarnya dan sekarang hendak kemana Aku, mahu apa Aku??

Aku hendak menemui orang tua ku, lebih dahulu ibu bapaku, hendak melakukan sembah sujud kepadanya dan hendak membebaskannya. Bapa ku dalam keadaan tiada dengan tidak setahu ku sudah lebih dahulu mendampingi ku, akan tetapi ibuku yang mengandung Aku dan menempatkan ku dirahimnya belum Aku temui lagi.

Zahir ku tak bisa menemuinya, kerana keduanya telah lama meninggalkan Aku. Aku
menziarahi, perkuburannya tempat jasad tadi dibaringkan. Sewaktu membacakan “Duakalimah syahadat” dengan menurutkan gerak yang mendatang ku waktu itu, Aku
terkejut, ada bisikan ditelinga ku yang berbunyi: cukuplah sehingga ini pertemuan kita, nanti di akhirat kita berjumpa. Aku terpesona, tak ada kata yang dapat ku katakan, kerana sesudah itu Dia telah lenyap. Aku bukan bermimpi, bagiku adalah kejadian itu, kenyataan yang telah Aku alami.


Dan kepada nya, TUHAN ku Aku bermohon supaya ibu ku yang mengandung Aku dibebaskan dari azab kubur dan ditempatkan ditempat yang sebaik baiknya…amin ya rabbul alamin.

Semenjak itu Aku mengembara terus dan terus dan mengembara memberi dan menerima dan mengajar sambil belajar, jadi murid sambil jadi guru.


Kampung Aku dilahirkan telah ku tinggalkan menuju sesuatu tempat yang kekal abadi bagi ku iaitu, akhirat, hasil dari perjalanan hidupku nanti yang akan menentukan kedudukan dan tempatku.

Oleh kerana Aku ingin mendapat tempat yang sebaik baiknya di sisi TUHAN, makanya Aku titik beratkan segala perbuatan ku sekarang kepada kebaikan dan membaikan. Aku dudukan Diri ku ditempatnya dan duduk ku duduk di rumah. Kalau perlu saya keluar. Ada kala pula Aku duduk, tetapi berjalan, perjalanan yang merupakan jalan batinku.
Dan kalau bolih Aku katakan, Aku lebih banyak berjalan daripada duduk. Lebih banyak berbuat daripada bermenung/

Orang sudah jauh berjalan dan Aku telah jauh ketinggalan sungguh pun dengan jalan tidak sah atau wajar. Perjalanan ku menyedari sekarang menyusul yang ketinggalan sekali gus, pertama membesar Diri ku, menyesuaikan dengan keadaan ku dan kedua mencari nikmat hidup yang ketinggalan.

Perjalanan yang ku lakukan suatu perjalanan hidup yang berisi, berisikan nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Dan kalau sampai Aku mempunyai saperti orang punya, adalah wajar kerana hasil dari perjalanan ku sendiri, besertanya, Ilmu ku.

Ilmu ku Ilmu Ghaib berasal dari yang ghaib, datangnya dari yang MAHA GHAIB Kepada saudaraku, kaumku, bangsaku, yang merasa ketinggalan dalam mencapai hikmat hidup di dunia ini, Aku pesankan janganlah cemas, janganlah iri hati dan jangan putus asa, kerana masih ada jalan masih ada kesempatan bagi mu untuk mengejar ketinggalan itu.

Kebanyakan dari mereka mereka yang punya itu, ialah hasil dari Ilmu akalnya mengambil kesempatan dalam kesempitan, memboleh kan yang tak boleh, menghalalkan yang haram dan lain sebagainya. Ketahuilah olehmu, bahawa kesemuanya mereka itu mempergunakan tenaga lahir, tenaga yang bergelumang hawa nafsu.

Kalau akal sehatmu tak berbuat semacam jalannya alam fikiran mereka itu, tandanya kebenaran masih ada padamu, sungguh pun hati kecil mu, perasaan mu ingin hendak mempunyai saperti apa yang di punyai mereka mereka itu. Dan besar kebenaran yang ada pada mu letaknya ialah di dirimu. Letakkan lah sesuatu itu pada tempatnya dengan
mengharamkan yang haram, menghalalkan yang halal dan jangan pakai kesempatan dalam kesempatan. Kuasailah Dirimu letakkanlah pula pada tempatnya, iaitu ketenangan dan kedamaian. Pembawaan yang tenang itulah menentukan harga Diri seseorang.

Rumah tangga yang mewah tak ada erti, kalau tak ada ketenangan di dalamnya.
Sebaliknya kemiskinan melarat menendakan kebodohan, tak tahu diharga Diri. Berfikir, berbuat, berlaku dengan tenaga lahir termasuk gulungan sudah tua dan sudah sangat tua.

Ketahui lah oleh mu bahawa padamu ada tenaga yang tersembunyi, yang belum pernah engkau pakai selama ini secara positif dan belum pernah pula dipergunakan orang. Ada beberapa orang yang telah dapat memakainya akan tetapi
terbatas, iaitu masih tetap tinggal di dalam. Masih di selubungi juga hawa nafsu, yang dinamakan kekuatan batin, tenaga yang tersembunyi itu mengaliri seluruh batang tubuh di dalam.

Bagi orang yang belum menemuinya adalah dia itu terkurung, negative dan passif, bagi mereka yang telah menemuinya dia jadi bebas posistif dan aktif.

Untuk mengejar ketinggalan kita didalam segala hal, tenaga itulah yang akan dipergunakan kerana selain belum dipergunakan orang, sangat banyak daya guna.
Carilah itu tenaga yang tersembunyi, sampai dapat engkau kuasai, dia ada pada mu
dan banyak di luar. Tingkatan cara berfikir mu ke dalam, hentikan segala gerak langkah lahirmu. Sehingga yang tinggal hanyalah gerak yang tak dapat engkau menguasainya. Gerak yang tinggal itu ialah gerak dari tenaga batin mu atau tenaga yang tersembunyi bagi mu. Dengan perlakuan semacam itu sudah mulai engkau adakan pemisahkan di dalam Dirimu, pemisahan antara gerak lahir dan gerak batin, tenaga lahir dan tenaga batin antara badan dan Diri. Terjadinya itu baharu pemisahanan lain, membuka pintu yang di dalam.

Sekarang tingkatkan lagi fikiranmu bagaimana caranya hendak mengetahui dan dapat merasakan tenaga dalam itu.
Untuk itu tentunya engkau mesti membawa tenaga itu keluar yang bererti engkau harus menembus alamnya sendiri?? Sampai kekulit dan sampai ke bulumu, sanggupkah engkau sendiri menembus itu dengan perkataan lain, membuka pintu yang tertutup.

Jawabnya ialah sebaiknya, engkau cari orang yang tahu dan mengerti dan telah mempunyai, untuk meminta petunjuk petunjuk, kalau perlu berguru kepadanya.
Dia ada tetapi tiada, dia sulit tetapi mudah, dia ringan tetapi berat dan jangan
dipandang enteng, kerana mungkin membahayakan kalau dicuba dengan sendiri.

Sebaiknya mendapatkan dengan jalan berguru, kerana sangat banyak rahsia terkandung kepadanya. Rahsia Diri - Rahsia Tuhan dan yang belum dipelajari
dan dipergunakan orang selama ini.

Adalah dia itu mempunyai jalan sendiri semenjak dari dalam jalan yang berisi. Berisikan titik dan di titik itulah Rahsia nya. Kerana dia berasal dari yang setitik (sedikit)

perjalanan titik didalam sepanjang tubuh kita merupakan, gambaran dari jasmani kita yang dinamakan rohani. Jadi adalah yang di maksudkan dengan tenaga batin itu ialah tenaga Rohani yang berasal dari yang sedikit, iaitu “Roh”

Titik titik itu lah yang
membahagiakan kita kalau kita tahu mempergunakannya, dengan
titik itulah kita dapat mengejar yang ketinggalan dan dengan titik itu pula mencapai
bahagia dunia dan akhirat.
Bukankah segala kejadian yang dijadikan berasal dari titik?

Titik kejadian kita sudah
tidak ada pada kita, kerana telah berkembang menjadi kita, yang berasal dari ibu bapa kita. Dan pada kita ada titik menjadikan.
Akan tetapi pada kita adalah titik penjadian, yang berasal dari TUHAN dan dengan
dapat menguasai titik itu, kita dapat pula jadi menjadikan dengan memperkembangkannya pula. Dia adalah titik hidup, menghidupkan kita di dalam. Di luar kita menguasainya, kerana
adanya terkandung di dalam badan kita. Untuk kelanjutan hidup kita ketentuan tujuan
hidup kita, kenapa kita tak mempergunakan Dia?

Di situlah letaknya kebodohan kita dan disitu pula letaknya kekurangan kita.

• Kalau kita tahu padanya ada bintang, maka diperkembangkan bintang itu akan bercahayalah bintang kehidupan kita dengan di kelilingi oleh bintang bintang
dengan mempunyai daya tarik menarik.

• Kalau kita tahu padanya ada kasih sayang – cinta dan di perkembang, maka kita akan dikasihi – disayangi dan dicintai, selain dari itu maka kita akan mengasihi – ada yang menyayangi dan menyintai pula.

* Kalau kita ketahui padanya tak ada yang tidak ada, maka akan mudahlah segala urusan kita. Kalau kita ketahui, bahawa apa yang ada pada kita, ada pada orang banyak, tidak akan susah rasanya hidup dan tidak perlu gelisah menjalankan kehidupan.

• Kalau kita tahu bahawa kita telah pandai membawakan memasukkan siang pada
malam dan malam pada siang, mendatangkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup, tentu kita akan menerima rezeki yang tak terduga duga datangnya.

• Kalau kita tahu bahawa padanya ada jalan untuk menuju kepada kebesaran dan kejayaan, kemuliaan, kekebalan dan lain sebagainya dan kita pergunakan jalan itu tentu akan mudah tercapai segala tujuan kita.

• Tidak ada yang sulit disisi TUHAN dan padanya tak ada kesulitan yang tak bisa di atasi.

• Kalau kita ketahui padanya ada ubat segala ubat, kalau kita pandai menjalankannya tentu akan terubat segala macam penyakit.

• Kalau kita ketahui padanya ada rezeki dan kalau kita perkembang tentu akan
mudah rezeki kita.

Dari itu jadikan lah menjadi orang segala tahu, serba tahu dan dijalannya dan pandai
menjalankannya.

Tahukah engkau bahawa engkau dikeluarkan dari tempat yang senang di datangkan dari tempat yang sesenang senangnya, yang memberi segala kesenangan?

Kenapa sewaktu engkau belum di keluarkan dari alam yang sempit lagi terbatas tidak
merasa susah, akan tetapi setelah di alam MAHA BESAR yang tak bertepi engkau
harus menderita??

Sepantasnya dikeluarkan engkau dari tempat yang senang (Rahim) di alam yang
sempit dan terbatas itu dan ditempatkan di alam MAHA LUAS yang tak bertepi, supaya
merasa lebih senang dan menuju kepada kesenangan yang kekal abadi.

Akan tetapi kejadiannya kenapa engkau susah, gelisah dan menderita?

Pada mu lah letaknya segala kesalahan itu, bukan pada orang lain. Engkau tak tahu di Diri mu dan telah lupa akan Diri mu.

Engkau telah menurutkan jalan mati, bukan jalan hidup. Kembali lah kejalan yang benar dan tinggalkanlah itu jalan yang sesat lagi menyesatkan.

Yang benar ialah Diri mu bukan badan mu, Diri mu itulah yang hidup dan pada badan mulah letaknya kematian.

Orang yang berpegang pada badannya bererti menempuh jalan mati dan yang berpegang pada dirinya bererti menempuh jalan hidup. Dirimu letaknya di dalam dan mempunyai jalan sendiri di dalam badan mu, untuk menemui jalannya hendaklah engkau bukakan pintu dari luar atau engkau tembus dari dalam. Dan ini semua di luar
kemampuan mu, kerana belum ada buku untuk itu dan di luar kemampuan manusia biasa.

Dari itu cari lah orang yang dapat mengetahuinya dan bergurulah kepadanya. Apa
katamu kalau Aku mengatakan:
“Aku sekarang telah bebas dan berada ditempat yang lebih senang dari yang senang di
bawah lindungan, dalam kandungan yang memberi segala kesenangan?

Kerana Aku telah menemui Diri ku dan telah banyak pula mengetahui Rahsianya dan
Aku pilih jalan yang sebaik baiknya. Aku hiba kasihan kepada badan ku yang
mengandungku selama ini. Aku menderita dalam kandungan, antara kebodohannya, oleh kerana tidak tahunya. Setelah Aku dapat di temuinya dan setelah Aku mengenal
dunia luar, tahulah Aku bahawa Aku hidup dalam dua alam, yaitu alamku sendiri, alam
ghaib dan alam badanku, alam nyata.


Sungguh sangat kasihan Aku pada badanku yang telah lama menderita, bahkan
punggungku telah cacat disebabkan perjalanan hidup menurutkan kemahuan badan
selam ini.


Beruntunglah Aku belum dipanggil kembali. Dunia luar bagi ku sangat indah dan cantik dan kalau boleh Aku ingan hidup dengan badanku yang telah cacat ini, yang menyebabkan aku agak bongkok sedikit, untuk seribu tahun lagi.

Kasihan badan ku yang salah jalan selama ini. Badan yang tak tahu didirinya, sekarang Aku kemuka dan tidak Aku biarkan badanku menderita, Aku tidak mau berpisah dengan nya kecuali kalau TUHAN ku tidak mengizinkan, kerana Aku ingin hidup sepanjang masa bersamanya. Dan kau akan memperbaiki segala kesalahan yang diperbuat selama ini dengan membuat baik sebanyak banyaknya.

Semoga TUHAN akan meredhai perjalananku ini, mengampunkan segala dosaku dan menerima segala amalan ku. Dan Aku telah bebas dari kongkongan, telah keluar dari kurungan melalui pintu yang wajar, pintu yang Aku sendiri yang menemuinya
Kebebasan ku tidak akan melepaskan badanku, kerana Aku telah lama hidup bersamanya. Aku mengasihinya, setelah Dia mengasihi Aku semenjak Aku telah dikenalnya. Aku mencintainya setelah Dia mencintai Aku, semenjak Aku diketahuinya benar siapa Aku. Bahkan kasih sayang serta cintaku padanya berlebih dari kasih sayang cintanya pada ku.

Perpaduan kasih sayang dan cinta mendatangkan “hiba kasihan” kasih bisa habis,
sayang bisa hilang dan cinta bisa bertukar, akan tetapi bila kasih telah meningkat kepada sayang dan sayang meningkat kepada cinta maka jadinya ialah “hiba kasihan” . kalau hiba kasihan talah diperdapat, putih tulang dalam kubur namun Dia teringat juga betapa tidak, bukankah Dia badan ku sendiri??
Aku sendiri yang akan mengisi kebutuhan hidupku keluar dan ke dalam, kerana Aku banyak tahu tentang itu Rahsia ghaib, dan Aku akan bahagiakan badan diriku sendiri, kerana Aku dengannya satu. Aku tinggalkan jalan hidup cara lama, kerana tidak memuaskan dan Aku hidup dengan jalan hidup yang baru, hasil dari galian ku sendiri yang berpokok pangkal dari jalannya
kehidupan ku yang di dalam, suatu jalan yang berisi.


Dengan nya Aku menjadi manusia baru, dan Aku telah lahir untuk kedua kalinya,
dilahirkan dan melahirkan dan akan ku jalankan kehidupan dengan gaya baru yang
mempunyai garis hidup, jalan hidup yang positif.

Dan dalam pengembaraan hidup ku dimana mana Aku akan melahirkan manusia baru
dengan menunjukkan jalan hidup baru, garis hidup baru yang akan ditempuh. Dengan banyak manusia baru terlahir, dengan sendirinya akan terciptalah Dunia Baru yang diidam idamkan oleh orang yang berpendirian. Belayarlah sampai kepulau dan berjalanlah sampai kebatas. Pelayaran kita ialah kepulau cinta dan perjalanan kita ialah ke batas kehidupan kita. Ada permulaan dan ada kesudahan. Titik kehidupan kita berjalan semenjak kita di dalam perut ibu kita dan tempatnya di
Rahim ibu. Dan setelah kita dilahirkan, maka kita menjalankan sendiri kehidupan kita di luar. Kita sendiri yang memilih jalan hidup dan membawakan kehidupan kita. Dan kebanyakan salah pilih jalan itu sebabnya makanya badan menderita, melarat, sengsara.

Dan salah pilih itu lah membawa masyarakat dan dunia sampai jadi begini. Salah pilih, salah jalan, tidak terpilih pada jalan yang sebenarnya, disatu saat, tapi pasti, perjalanan kita itu akan sampai di batasnya. Tidak boleh tawar menawar, tak ada tolak
ansur.


Kalau tadi nya pada titik permulaan, kehidupan ku berjalan dengan sendirinya dan setelah terlahir kita sendiri yang menjalankan kehidupan kita di luar, maka setelah
sampai dibatas, hidup kita dibawa berjalan untuk dikembalikan ketempat asalnya, ya itu ALLAH.
Dan tinggallah segala yang dikasihi, badan sendiri, anak yang disayangi, sanak
saudara, isteri yang dicintai handai taulan, harta benda, yang mana kesemuanya itu tak
dapat menolong kita, mempertahankan hak hidup kita, kerana yang punya datang
menjemput. Telah kita ketahui dalam kehidupan kita, kita menempuh tiga jalan:
Pertama : berjalan dengan sendirinya
Kedua : menjalankan kehidupan sendiri
Ketiga : dibawa berjalan

Perjalanan yang pertama : yaitu sewaktu di dalam kandungan berjalan dengan ilmu TUHAN, itu sebabnya kita tak merasa susah.

Perjalanan kedua: yaitu setelah kita lahir, kita harus menjalankan sendiri kehidupan kita. Salah jalan mengakibatkan penderitaan.

Perjalanan ketiga: yaitu setelah perjalanan sampai dibatas kita berjalan untuk kembali ke asal.

Dari tiga macam perjalanan tersebut diatas, perjalanan yang pertam alah yang baik yaitu
berjalan dengan sendirinya atau berjalan dengan ilmu TUHAN.
Setelah kita lahir, adakah ilmu TUHAN itu pada kita?? Ada, padanya lah terletak Rahsia
kehidupan kita.

Dia menghidupkan kita di dalam, mengaliri dan mengisi jalan kehidupan kita dan
terbatas pada kulit dan bulu kita. Pembawaannya yang berjalan dengan sendirinya itu bagi kita tetap ada. Dia telah ada semenjak kita diadakan,, dan keadaan alam sekeliling kita yang menyebabkan kita lupa atau sampai melupakannya.

Kehidupan kita yang kita warisi setelah kita dilahirkan terlampau banyak dibawa melihat keluar dan amat sedikit sekali diberi tahu tentang keadaan kita didalam. Kita dididik, diasuh, diajar mengenal keadaan alam diluar kita, kebutuhan hidup kita diluar,

kehidupan kita sekarang dan kehidupan kita nanti Kita disuruh mencari, menuntut ilmu biar sampai ke negeri Cina sekalipun. Dititik beratkan kehidupan kita kepada kehidupan lahir dan amat sedikit kita diberi tahu
mengenai kedudukan yang tak nampak, yang ghaib. Diberitahu kita akan adanya yang Maha Ghaib, yaitu ALLAH, Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dan amat sedikit kita mengetahui jalan kepadanya. Kerana tidak ada yang dapat menunjukkan jalan yang sebenarnya, kerana amat sedikit pula orang yang dapat petunjuk akan jalan itu, yaitu jalan yang sebenarnya jalan.

Kita di didik terlampau jauh melihat keluar sampai lupa akan Diri sendiri. Dari itu
makanya banyak orang kesasar hidup. Jalan hidup kita yang sebenarnya ialah lurus
yaitu ke atas dan kebawah. Keatas untuk kembali kepada TUHAN kebawah ialah untuk
dikembalikan di tanah. Akan tetapi caranya kita menjalankan kehidupan ialah bercabang, yaitu kekiri dan kekanan, kemuka dan kebelakang.

Kebelakang bererti mundur, berjalan surut itu tidak mungkin, kerana telah dilewati. Kita
melihat kebelakang untuk mempelajari jalan yang kita bawakan dan lalui, untuk
diperbaiki pada jalan yang akan datang. Kita melihat kemuka untuk maju terus kalau kalau ada halang rintangan. Untuk itu makanya kita berbelok kekiri, sudah itu kekanan guna kembali kejalan lurus, berduri, rata, menurun, mendaki dan lain sebagainya

Banyak sudah jalan yang dilalui, telah banyak pula keluk yang dijalani, kekiri dan
kekanan, banyak pula sudah lurah yang dituruni, bukit yang di daki.
Jauh sudah kita berjalan dan telah lama pula rasanya kita berjalan, apa yang telah di
perdapat dan apa yang di cari? Suka duka telah di lalui, bermacam teori telah di
praktikan yang tak pernah di buat telah dibuat, yang tak boleh telah dibolehkan, yang haram telah dihalalkan. Mau harta telah punya tetapi mau lagi, mau isteri telah dapat, tetapi mau lagi,mau rumah besar telah punya tetapi mau lagi, mau mobil telah punya
tetapi mau lagi.

Kenapa begitu?

Kerana kepuasan belum diperdapat, oleh kerana jalan untuk mendapatkannya tidak ada pada jalannya yang benar, melainkan dengan jalan
menurutkan jalan hawa nafsu.

Dan dengan tidak disedari jalan lurus yang ditempuh untuk mendapatkan bahagia, telah
berjalan dengan sendirinya dan telah hampir sampai dibatasnya.
Tahu tahu tenaga habis, daya tidak ada, kekuasaan Tuhan berlaku, api mati, pelita tak
berminyak dan sekali ranggut sahaja, tangan ghaib menangkap kita dan maut datang.
Kita sudah tak ada lagi. Kita sudah jauh di dasar, sesat lagi disesatkan, kerana berjalan
tidak pada jalannya, mau sampai kepangkalan tidak biasa lagi, kerana semuanya
keadaan sudah gelap bagi kita.
Kita telah menempuh jalan kosong yang dimurkai lagi menyesatkan iaitu hawa nafsu
yang berisikan syaitan dan iblis.
Telah terpedaya mereka yang dapat diperdayainya dan yang sedikit yang ditakutinya tnggal tetap sedikit.

Itu sinar tadinya bercahaya menerangi alam sendiri serta sekitarnya telah pudar dan
hilang diliputi oleh kegelapan kabut yang tebal yang mana keluhan dan rintihan menjadi
loyang dalam nilainya.
Bukan tidak ada jalan pada kita, jalan yang berisi (dengan sendirinya)yang tidak
dimurkai dan tidak pula sesat.
Jalan itu ada pada mu, pokok pangkalnya di Diri mu,untuk mendapat petunjuk
hendaknya jangan mendoa sahaja, berdoalah, memohon lah, disamping itu pergunakan
otak mu, kecerdasan mu.
Apa lagi yang minta kepada Tuhan, sedangkan yang engkau kehendaki, itu telah
diberikannya padamu,

kebodohan mu yang menyebabkan engkau berkurangan, tidak
puas dan sebagainya.
Kalau engkau telah mengetahui itu semua, tidak pada tempatnya lagi engkau minta
kepada Tuhan, kerana apa yang engkau minta itu telah diberikannya sebelum engkau
memintanya.


Hanya yang tak ada pada mu dan yang belum engkau lakukan ialah syukuri kepadanya, sembahlah dia dan selawat sebanyak banyaknya pada rasul nya yang penghabisan iaitu Muhammad s.a.w. Jadilah menjadi seorang hamba yang salleh, pemberi dan petunjuk jalan yang benar kepada sesama manusia…..insyaallah.


Telah engkau temui itu dirimu, telah banyak pula engkau mengetahui keadaannya dan
telah banyak pula pengalaman mu dengannya. Apa katamu sekarang mengenai sesuatunya, terutama hubungan mu keluar.


Engkau yang tadinya duduk ditempatmu, di alam mu sendiri, setelah pintu terbuka dan
mengenal dunia luar, sangat mengasehi dan menyayangi dan menyintai badanmu, dan
ingin hidup 1000 tahun lagi bersama samanya.


Dunia yang engkau kenal sekarang, bukan saperti alam yang engkau diami selama ini.
Dunia mu selama ini dunia hayal dunia bayangan, dan sekarang engkau telah
mengenal itu dunia, nyata yang indah, cantik lagi menarik.
Pada siang hari disinari matahari yang memberi isi kepada alam semesta, datarannya yang menghasilkan pemandangan yang menakjubkan, lautnya yang maha luas, sungainya yang terdiri dari besar dan kecil, lembahnya, ngarainya dan lain sebagainya.


Pada malam harinya bermandikan cahaya bulan dengan bintang bintangnya yang bertaburan di langit, menambah indah dan menakjubkan rasa perasaan, menandakan akan kebesaran TUHAN mu pencipta dari segala yang diciptakan iaitu yang yang Maha Pencipta, cukup dengan menyebut namanya sahaja iaitu : “A L L A H”
Engkau yang tadinya tak mengenal dunia nyata, setelah mengenalnya, mencintainya
lantaran kekaguman mu akan nikmat Illahi, kebenaran nya, ke Agongannya.


Semua yang menakjubkan engkau itu, ialah perbuatan TUHAN dan sekarang cuba pula pandang oleh mu perbuatan sesama mu, iaitu yang di namakan manusia.
Pelajari lah sejarah, apa yang diperbuat oleh manusia dahulu, sekarang, dan mungkin nanti, dan apa pula yang telah engkau perbuat pada waktu yang sudah sudah, sekarang dan yang akan datang??


Mereka berlumba lumba memburu dan mengumpul harta, kekayaan dan lain lain dan
amat sedikit sekali diantara mereka yang mengingat dan mensyukuri nikmat TUHAN.
Mereka lupa kepada asal usulnya, lupa kepada Diri sendiri, lupa kepada yang menjadikan, lupa kepada TUHAN. Akibatnya kemelaratan, kemiskinan, kesengsaraan timbul di mana mana, oleh kerana yang cerdik memakan yang bodoh, sikuat memakan silemah, sicelek memakan yang buta.


Mereka tidak bertuhan kepada TUHAN yang sebenarnya melainkan bertuhankan benda, terlampau percaya kepada yang ada, sedangkan mereka lupa, yang ada itu makanya ada ialah diadakan berasal dari tiada yang keluar dan tidak ada. Mereka menyebut nama TUHAN hanya dibibir sahaja, mereka mendirikan
sembahyang hanya lantaran kebiasaan sahaja dan untuk mengkaburi mata orang banyak.


Mereka mengaku berugama oleh kerana nenek moyangnya, ibunya berugama. Akan tetapi apa itu ugama tidak diketahuinya lebih mendalam.


Mereka takut kepada TUHAN, oleh kerana itu Dia tidak mau menyebut nama TUHAN. Ada pula orang mendengar suara orang azan sahaja dimesjid atau dirumah, sengaja berjalan menghindarkan Diri dari mendengarkan seruan illahi itu.
Tikar sembahyang dan kitabullah tidak didapati dirumahnya, yang ada Radio, Televisyen, barang barang serba lux. Dan kalau mau makan enak bukan dimasak di rumah, melainkan di cari di luar. Yah, keluar sebab di luar serba ada, boleh memilih dan tidak payah mengerjakannya.


Aneh nya bila mereka ditimpa mala petaka menderita dengan tiba tiba mereka mendapat sakit, luka lantaran kecelakaan dan lain sebagainya yang disebabkan kerana akan perbuatannya sendiri dengan tidak diminta Dia menyebut nama ALLAH, dan mengatakan tiada TUHAN yang lain melainkan ALLAH. Rupanya bagi mereka itu TUHAN adalah sewaktu menderita, sewaktu sakit, sewaktu pertolongan tak dapat diharapkan lagi. Seolah olah TUHAN bagi mereka diingat pada
waktu susah dan pada waktu senang atau mencari kesenangan Dia tak perlu diingat, kerana TUHAN melarang berdusta, TUHAN mengatakan itu haram, itu tidak boleh. Dihamburkan rasa ketuhanannya sewaktu mencari dan memburu dan mendapat kesenangan.


Renungkanlah kembali perjalanan hidup mu yang sudah sudah, apa apa yang telah dilakukan dan apa apa pula yang telah dirasakan. Suka dan duka pasti telah engkau lalui silih berganti. Tariklah pelajaran dari perjalanan kehidupan mu yang telah engkau
lalui itu dan ambillah kesimpulan dari perjalanan mu itu.


Pelajarilah hakikat hidup yang sejati dan kembalilah kepada kehidupanmu yang sebenarnya. Berpeganglah kepada yang hidup, jangan kepada yang mati, kawan hidup banyak, kawan mati tidak ada.


Pegangan mu hendaklah : Carilah “Dia” Hidup yang
akan dipakai, dan mati yang akan ditumpang.

“PETUNJUK PETUNJUK UNTUK KESEMPURNAAN”
Di masukkan malam kepada siang, siang kepada malam, didatangkannya yang hidup
daripada yang mati, yang mati daripada yang hidup. Di berinya rezeki siapa yang
dikehendakinya dengan tiada terhitung.
AL QURAN ALI ‘IMRAN ayat 27

Malam ada pada kita dan siang pun ada pada kita. Begitu juga yang hidup ada pada kita dan yang mati pun ada pada kita.
Bagi ku adalah malam di maksud ialah badan dan siang ialah Diri atau yang hidup ialah Diri dan mati ialah badan.


Maka adalah orang yang diberi TUHAN rezeki yang tak terhitung banyaknya ialah yang
dikehendakinya, iaitu yang dapat mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan sebaliknya yang mati dari yang hidup, begitu pun pula yang pandai memasukkan siang kepada malam dan malam kepada siang.

Pada permulaan ada Sabda dan Sabda ada pada TUHAN. Ini pada permulaan dan
pada TUHAN. Semua benda dijadikan olehnya dan tidak dengan ini tidak ada benda
yang terjadi dapat terjadi. Di dalamnya ada nyawa dan nyawa ialah cahaya manusia
dan menyinar dalam gelap dan sigelap tidak mengerti. Inilah cahaya yang sebenarnya,
yang menyinari tiap tiap orang yang datang ke dalam dunia. Dia ada di dalam dunia dan dunia dijadikan olehnya dan dunia tidak mengenal Dia.

Dia menyinar dalam gelap dan sigelap tidak mengerti dialah cahaya yang sebenarnya yang menyinari tiap tiap orang yang datang ke dalam dunia. Dia ada didalam dunia dan dunia dijadikan olehnya dan dunia tidak mengenal Dia.

Si terang menerangi sigelap dan sigelap tidak mengerti. Terang dan gelap, siang dan malam, hidup dan mati bagiku sama iaitu:
Gelap = malam – mati – badan
Terang = siang – hidup - Diri
Burung ada didalam sangkar, sangkar dibuat untuk burung dan sangkar tak mengenal burung.

Untuk dapat memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam dan
mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup,
hendaklah terlebih dahulu dapat kita memahami akan tujuan atau maksud erti kata
yang sebenarnya dari siang dan malam dan hidup dan mati itu.
Secara ilmiah kita harus mengadakan pemisahan antara badan dan Diri. Bagiku adalah
Diri itu berdiri dengan sendirinya. Aliran nya meliputi keseluruhannya apa yang ada
pada kita dan adalah yang dinamakan badan itu menjadi kepunyaannya.


Kalau kita mau mengambil perbandingan keluar, maka perhatikanlah akan kebel letrik
dan pelajarilah mana yang stroom dan mana yang kawat. Dan adakah batas antara
stroom dan kawat??

Tidak?

Kalau tidak kenapa kalau kita pegang kawatnya bahagian
luar, stroom tidak menjalar pada kita?

Adalah keadaan stroom dan kawat itu jauh tak berantara dan dekat tak berbatas.

Alirannya terbatas pada kulit di luar.

Begitu pulalah Diri kita di dalam mengaliri seluruh isi batang tubuh di dalam dan di luar berbataskan bulu dan kulit. Dia adalah si terang yang menyinari alam sekelilingnya.

Juga adalah Dia si siang yang letaknya di dalam batang tubuh kita. Si terang dan si siang itu adalah Dia yang hidup yang alirannya mengaliri batang tubuh kita di dalam.

Jadi adalah siterang – siang – hidup letaknya dan tempatnya bagi kita, di dalam. Dan adalah Dia itu Diri yang menyinari alam kita di dalam.

Untuk mengeluarkan yang hidup daripada yang mati atau memasukkan malam kepada
siang dan sebaliknya mengeluarkan yang mati daripada yang hidup atau memasukkan
siang kepada malam, menghendaki si Diri sanggup menembus dinding sendiri atau
menembus bulu dan kulit yang sebagai batas untuk keluar.
Menembus dinding sendiri, bererti menembus alam sendiri (badan) bererti menembus bulu dan kulit kita.

Penembusan bulu dan kulit bererti kita telah menemui jalan, iaitu jalan Diri sendiri dan
perkenalan kita dengannya, memperkenalkan Diri sendiri kepada kita dengannya pula
kita dapat menemui Diri sendiri.
Kalau jalannya telah ditemui, maka tidaklah sulit untuk mengenalnya dengan erti yang
sebenarnya dan apalagi kalau kita telah dapat menemuinya.


Ada apa pada Diri kita itu?

Untuk mendapat jawapan pertanyaan ini hendaklah kita
tahu betul pada Diri kita itu, apa apa yang terkandung di dalamnya. Untuk dapat
mengetahuinya hendaklah kita perhatikan dan pelajari jalannya Diri yang telah ditemui itu.


Satelah memperhatikan jalannya Diri dengan saksama maka kita akan tiba pada suatu kesimpulan, bahawa yang dikatakan jalannya Diri itu ialah sama juga dengan pancaran dari dalam batang tubuh kita atau seumpama stroom bagi kawat letrik.

Penemua kita pada pancaran atau stroom yang pasti sudah kita ketahui, berasal dari dalam batang tubuh kita yang mana kalau diturutkan mendatangkan pergerakan dan kalau diturutkan terus, melahirkan pergerakan pergerakan bermacam macam yang berliku liku yang bagi kita amat sulit untuk dimengerti.

Akan tetapi suatu keberuntungan yang telah kita perdapat ialah suatu kepastian, bahawa adalah pencaran atau stroom itu berasalkan atau datangnya dari dalam batang tubuh kita.

Patut di ketahui, bahawa pusat dari seluruh pergerakan pada kita letaknya di “Otak”. Pada otak ada pusat yang menghubungkan cita (idea) kita dengan dunia dalam kita (microcosmos). Ada pusat yang menghubungkan kita dengan dunia luar
(macrocosmos). Ada pusat akal, ada pusat kemauan, ada pusat kesadaran, pusat
ingatan. Lain dari pusat pusat tersebut ada pula yang geraknya langsung diluar kemauan kita,
saperti jalan nafas, jantung, usus, pembuluh pembuluh darah dan lain sebagainya yang dinamakan pusat susunan persarafan simpatis. Gerakan ini adalah gerakan di dalam batang tubuh kita yang bertujuan menjamin hidup kita.

Kedudukan kepada dan isinya ialah bahagian teratas dari batang tubuh kita. Dalamnya terkandung, akal – ingatan – kemahua – dan kesadar an.

Pada waktu kita tidur , maka seluruh kegiatan kita terserah pada Diri yang tak pernah
tidur dan terletaklah batang tubuh kita dalam keadaan istirehat oleh keletihan pada
siang harinya.

Pada waktu bangun, Diri mendatangkan kesedaran dan ingatan pada kita dan kegiatan
kita mulai timbul kembali dengan datangnya kemahuan hendak duduk, mandi dan
sebagainya untuk melakukan tugas kita sehari hari. Diri membangunkan badan ialah melalui kesadaran terus ke ingatan, ingatan mendatangkan akal (pertimbangan – rasa) akal menerbitkan kemahuan, kemahuan menghasilkan kegiatan dan tindak perbuatan.


Begitu pula badan yang hendak beristirehat, perjalanannya ialah dari kemahuan kepada akal atau pertimbangan, dari akal keingatan, dari ingatan kepada kesadaran dan beransur kesadaran hilang dan tertidurlah badan. Dan tinggallah Diri yang tak pernah tidur dengan kegiatan-kegiatan nya di dalam yang melahirkan pergerakan jalannya pernafasan, jantung, usus pembuluh pembuluh darah dan lain sebagainya. Dan kesemua nya itu berlangsung di luar kemahuan kita dan bertujuan menjamin hidup kita.

Kemana perginya tenaga tenaga dari kesadaran, kemahuan, ingatan dan akal kita itu diwaktu kita tidur??

Proses kejadian ini menunjukkan kepada kita, bahawa pada kita ada tenaga yang tersembunyi yang menguasai seluruh keadaan kita. Perumpamaannya ialah seolah olah sekelumpuk kambing dengan pengembala yang
dengan ada nya pengembala, maka kambing kambing dapat dikumpulkan dalam satu
kelumpuk, dapat dihantarkan ketempat tempat yang banyak rumput, yang ada air untuk
akhirnya dihantar kembali ke kandangnya.

Atau secara garis besarnya, ibarat sipemburu dengan senjata atau si penunggang
dengan kudanya.

Bagaimana kedudukannya di dalam badan kita??

Untuk dapat menjawab pertanyaan ini kami pergunakan ayat 35, dari surat An-Nur yang
ertinya : ALLAH memberi cahaya langit dan bumi. Umpama cahayanya kepada orang
beriman, saperti sebuah lubang didinding rumah, di dalamnya adapelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau kilau dilangit. Pelita itu dinyalakan dengan minyak kayu yang berkat, yaitu minyak zaiton yang tiada tumbuh ditimur dan tiada pula dibarat, hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya
meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdamping dengan cahaya. ALLAH menunjukkan beberapa perumpamaan bagi menusia dan ALLAH mengetahui
tiap tiap sesuatu.

Tenaga yang tersembunyi yang ada pada kita itu ialah tenaga Rohani yang berasal dari
dalam batang tubuh kita.
Timbulnya Rohani disebabkan adanya Jasmani atau lebih terang Rohani adalah gambaran dari Jasmani. Rohani adalah tiruan dari Jasmani.

Perkembangan Rohani ialah bergantung kepada perkembangan amal perbuatan
Jasmani. Rohani orang beriman berlainan dengan Rohani orang munafik. Rohani orang berbuat baik berlainan dengan Rohani orang berbuat jahat.

ALLAH memberi perumpamaan cahayanya kepada seorang beriman saperti sebuah
lubang di dinding rumah, di dalam nya ada pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu
kelihatan laksana bintang yang berkilau kilauan dilangit dan seterusnya. Cahaya orang beriman berlain dengan cahaya orang yang tidak beriman, berlainan cahaya itu di sebabkan keranakan berlainan amal perbuatan. Perbuatan yang baik berlainan dengan pekerjaan yang buruk tindak laku yang jahat berlainan dengan
perbuatan baik.


Corak perbuatan kita itu lah yang membayangkan cahaya kita keluar. Cahaya yang asli akan bertambah bersinar bagi mereka yang berbuat baik dan akan pudar dan bertukar bagi mereka yang berbuat jahat. Hasil dari pekerjaan berbuat baik ialah mendatangkan
pahala dan hasil dari perbuatan jahat menjadikan dosa.

Adalah Rohani itu tersusun dan terdiri dari zat zat atau electron electron hidup yang mengandung tenaga electro magnetik. Apa bila electron electron itu keluar dari susunannya iaitu Rohani, maka tenaga yang keluar dari perocess ini besar sekali,akan
tetapi ghaib, ertinya tidak dapat disaksikan dengan langsung. Tenaga yang keluar ini dinamai tenaga ghaib (metaenergie). Dengan meta-energie kita dapat mengadakan semua kemungkinan yang kita idam idamkan.

Oleh kerana tiap tiap orang mempunyai meta-energie dan ini dapat kerahkan atas kemahuan yang teguh, maka tiap tiap orang dapat mencapai semua cita cita asal mempunyai kemauan yang teguh. (alam fikiran Dr. Parijana Surjadipura)

Telah diketahui bahawa pada kita ada itu meta energie yang mempunyai banyak
kemungkinan kemungkinan dan alangkah baiknya, kalau kita dapat menguasai dan
merasakannya yang tak dapat disaksikan dengan langsung itu. Tenaga ghaib itu
mengaliri seluruh batang tubuh kita di dalam, yang mana kalau kita sendiri yang disebut
Rohani. Dan itulah pula Dia Diri yang terdiri dari zat zat.


Untuk dapat mempunyai, menguasai sampai dapat merasakan itu tenaga ghaib, tentu kita harus menembus dinding kita sendiri, supaya kita dapat menemuinya.

Pada pemecahan kita dengan keterangan kita telah menemui jalan Diri sendiri dengan
menembus kulit dan bulu kita, kalau diperhatikan dengan saksama kita telah sampai
pada kepastian bahawa kita telah mempunyai tenaga ghaib atau dengan bahasa asing
“meta-energie”. Dengan telah mempunyai tenaga ghaib itu, janganlah hendaknya terus dianggap kita telah dapat berbuat apa yang kita inginkan.

Kita harus mempelajari lebih dahulu akan seluk beluk keadaan Diri kita, walau pun telah
diketahui bahawa Diri itu terdiri dari susunan electron electron atau bion-bion, iaitu zat zat hidup.


Diri yang bagi kita berdiri dengan sendirinya yang terdiri susunan zat zat hidup dan
yang letaknya di dalam batang tubuh kita yang dinamai badan, mengaliri seluruh keadaan kita atau apa yang ada pada kita menurut saluran saluran tertentu, seumpama darah dari jantung kita yang mengaliri keseluruh batang tubuh kita. Keseluruhan aliran
itu mendatangkan atau menimbulkan Rohani sebagai gambaran dari Jasmani kita.


Dengan keterangan diatas maka dapatlah kita memahami bahawa Diri kita yang sifatnya ghaib itu, mempunyai pula apa yang ada pada badan kita dengan serba ghaib pula dan alirannya yang berisikan tenaga tenaga itulah yang kita namakan ghaib.

Sebelum Diri dapat menembus dinding, iaitu bulu dan kulit kita maka lapangan bergerak dari tenaga batin kita ialah di dalam sahaja, akan tetapi setelahnya kita dapat menembus kulit dan bulu kita, tegasnya alam sendiri, maka dengan sendirinya lapangan bergerak tenaga yang tersembunyi kita itu telah meluas dan bebas.

Akan tetapi apa ertinya bagi kita keluasan dan kebebasan bergerak tenaga batin sendiri itu??

Untuk dapat mempergunakannya, hendaklah kita mengerti akan keadaannya yang sebenarnya dan bukan itu sahaja, kita harus dapat mengetahui siluk biluk
keadaan alam lain dengan isinya dan dapat pula menghubunginya hendaknya.

Kita manusia mengenal alam yang kita diami sekarang ini (alam nyata) semenjak kita dilahirkan. Kita jalani kehidupan kita dialam ini dengan suka dan duka dengan pertolongan badan lahir kita. Pendidikan , pergaulan dan pengalaman menunjukkan kepada kita akan adanya mahluk mahluk lain saperti syaitan, iblis, jin, dewa-dewa, penunggu penunggu dan lain lain yang keadaannya berlainan dengan kita manusia berbadan
kasar ini. Begitulah pula pengetahuan keugamaan menunjukkan kepada kita akan
adanya TUHAN YANG MAHA ESA, malaikat-malaikat, roh soh suci, arwah-arwah,
syurga dan nerakan dan lain lainnya.

Mahluk mahluk yang kita sebutkan di atas ialah semuanya mahluk hidup yang masing
masing hidup di alamnya sendiri pula, akan tetapi pasti tidak saperti kita manusia yang
bertubuh kasar ini. Kita mengenal dunia kasar kita ini dengan pertolongan badan kasar kita dengan alat-alatnya, akan tetapi kita dengan badan kasar kita tidak dapat melihat mahluk mahluk halus yang disebutkan di atas, bila kita berpisah dengan badan kasar kita, mungkinkah
kita dapat mengenal dan melihat mahluk mahluk halus yang saperti tersebut di atas??

Satu pertanyaan yang sulit dan yang tak terpecayakan oleh akal, sebagai manusia
biasa kita mungkin dapat melihat mahluk mahluk halus di dalam cahaya yang
digambarkan oleh alam fikiran kita yang pada umumnya sifatnya mengerikan dan
menakuktan, saperti gambaran raksasa, hantu jin dan lain lain sebagainya dan kebanyakan diambil pula dari bayangan cerita orang yang hasilnya dari HAYALAN akan fikirannya pula.


Keterangan ini tak dapat kita begitu sahaja menerimanya oleh kerana tak masuk akal. Kejadian kejadian saperti tersebut di atas yang menimbulkan atau mendatangkan takut pada perasaan disebabkan keranakan jiwa yang kecil lagi lemah dan tenang tidak mempergunakan pertimbangan akal menerima sahaja akan keterangan keterangan orang orang yang sambil bercerita menggambarkan peri hal yang bukan bukan pada
kita manusia yang bersandarkan kepada kenyataan semata mata bagi orang yang
berdasarkan kebendaan boleh sahaja mengatakan tidak percaya kepada adanya hantu hantu, jin jin, penunggu dan lain lain yang sifatnya halus lagi ghaib, sebelum mengalami sendiri peristiwa peristiwa ghaib. Sebaliknya bagi orang orang yang tak berpendirian atau bagi orang orang yang belum mempunyai pegangan tidaklah pula baik akan menerima sahaja dan terus menelannya apa apa yang di katakan orang, terutama mengenai perihal yang halus halus, yang tidak nyata, yang ghaib ghaib.

Kita dapat mendengan dari cerita cerita orang, akan adanya orang halus, jin, hantu,
raksasa dan lain lain yang mengerikan dan akan adanya dewa dewa, arwah arwah, roh
roh suci, malaikat malaikat, bidadari bidadari yang ceritanya menyenangkan perasaan
dan mendatangkan keinginan untuk supaya di datangkannya atau hendak menemuinya
Bagaimana mesti nya kita menghadapi segala kemungkinan kemungkinan itu??

Untuk menghadapi segala kemungkinan-kemungkinan itu hendaklah kita berpendirian dan mempunyai suatu pegangan yang kuat lagi benar. Berpendirian bereti tahu didiri yang sebenarnya dan mempunyai suatu pegangan, bererti tahu diharga Diri sehingga Diri itulah yang menjadi pegangan hidup, kerana Diri itulah yang sebenarnya hidup.
Mengetahui Diri serta mengenalnya sampai berdiri pada Diri sendiri yang tegak saperti
Alif yang duduk saperti wau yang tergantung tiada bertali, bertali tiada tergantung. Itulah Dia Diri yang bagi badan berdiri dengan sendirinya.

Itu lah pula Dia yang tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan, kalau digeser laju di bubut mati. Dan adalah yang diluar dari Diri kita ialah badan berbentuk dan berupa dan berasalkan dari tanah.
Dan semua akan kembali dan dikembalikan keasal, iaitu tanah kepada tanah, air ke air,
api ke api, dan angin ke angin dan wal hasil asal dibalik asal semuaya tidak ada
kecualinya atau kembali kepada TUHAN. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun Dan akan musnahlah semuanya, kecuali Dia yang asli, yang menjadkan segala yang
dijadikan, yang mengadakan segala yang diadakan, yang mematikan segala dihidupkan
dan yang menghidupkan segala yang dimatikan.


Dia YANG MAHA BESAR , tidak berupa dan bertampan, tidak beranak dan tidak pula
diperanakkan, membentuk segala yang berbentuk, merupakan segala yang berupa. Dia terahsia bagi seluruh, bagi seluruh mahluk bagi seluruh Hamba dan adalah bagi orang yang hendak mencarinya, menjadi tugasnya lah untuk memecahkan Rahsianya,
untuk dapat mengenalnya sampai dapat menemuinya.


Dia sangat dekat bagi orang yang telah mengetahui ilmunya dan sangat jauh bagi orang yang tak tahu akan Rahsianya. Carilah Dia yang berada di alammu sendiri lebih dahulu sebelum engkau mencarinya yang berada di alam Maha Besar lagi maha luas yang tak bertepi dan sebelum engkau mencari yang lain lain yang bertaburan di bumi kita ini, tegasnya di dalam alam
semesta.

Dia memberi dan mengisi kehidupanmu, hidup nya tidak bergantung pada mu, akan
tetapi kehidupanmu sangat bergantung padanya. Dia tidak mencari yang bukan bukan dan sentiasa duduk ditempatnya. Dia tidak keluar, akan tetapi rezeki baginya mendatang, bagitu pun seluruh kebutuhannya. Dia didatangi dan mendatangi. Dia datangi oleh banyak orang dan mendatangi orang tertentu, Dia mengerti semuanya, sayang banyak orang tak mengerti padanya.

Yang di carinya yang tak dicari orang dan yang tak dapat banyak orang mencarinya,
yaitu yang tidak ada, tetapi ada, ada di dalam sebutan tidak ada dalam kenyataan.
Berguna untuk dirinya dan bermakna bagi orang banyak.

Carilah dirimu sendiri lebih dahulu sebelum kamu mencari yang lain lain. Diri yang bagi badan Diri berdiri dengan sendirinya, yang tegak saperti Alif dan duduk saperti Wau,

Kalau kamu telah dapat menemui Diri mu, carilah pula yang tergantung tiada bertali dan
yang bertali tiada tergantung.


Sebelum dapat menemuinya yang bertali tiada tergantung, yang tergantung tiada bertali, bererti belumlah pula faham kita akan Diri kita sendiri, kerana dengan berpegang kepada yang tergantung tiada bertali kita tak bisa bikin apa apa dan begitu pula dengan berpegang kepada yang bertali tiada tergantung tidaklah sempurna kejadian kita.

Dengan dapat menemui dan memahami akan keadaannya, maka dapatlah kita tali
pergantungan, sehingga dengan mengambil tali pergantungan itu sebagai pegangan, maka bererti pula kita telah mempertemukan satu dengan yang lain, pertama yang tergantung tiada bertali dan kedua yang bertali tiada tergantung.

Yang tak ada pada yang tergantung iaitu tali dan yang tak ada pada tali iaitu tempat
bergantung dan penyatuan keadaannya menghasilkan tali pergantungan, sumpama
pertemuan antara negetif dan positif.


Satu tetapi dua, contoh stroom dengan kebel. (wire) Itu lah diantaranya Rahsia dari Diri kita, gantung bergantung satu sama lain butuh membutuhkan, memberi dan menerima, yang diberi rahmat, yang di terima nikmat, sudahkah kita menemui tali yang di maksudkan.

Untuk menjawab pertanyaan ini, kita kembali kepada jalan yang telah ditemui, iaitu
setelah dapatnya kita keluar menembus alam zahir kita sendiri melalui hujung jari jari
kita.

Setelah pintu terbuka dan jalan telah ditemui, apa kita terus berjalan keluar mencari apa
yang dihajat?

Untuk ini kita harus berhati hati sangat, kerana kita harus meneliti lebih dahulu jalan yang telah ditemui itu, kerana bagi zahir kita adalah itu sesuatu yang
baharu, yang belum pernah dikenal sebelumnya, akan tetapi yang pasti sudah, adalah itu jalannya Diri kita dari dalam menembus alamnya sendiri.

Sebelum kita bergerak keluar pada jalannya, maka terlebih dahulu hendaklah kita bergerak ke dalam dengan jalannya, guna untuk mengetahui keadaan Diri kita sendiri di dalam, untuk ini hendaklah perbuatan kita itu dilakukan dengan berulang ulang sebagai latihan, sehingga kita dapat mengetahui bahawa apa yang ada dibadan kita ada pula di
Diri kita atau kita sampai dapat mengetahui, bahawa Diri kita itu terdiri dari saperti apa yang ada di badan kita. Kita terus berlatih sampai terlatih, sampai kita mengenal peribadi sendiri dan Diri sendiri yang berbuat dan sampai Diri mengenal badannya yang kasar.

Peralihan dari badan mengenal Diri dan dari Diri mengenal badan dapat kita ketahui – kita lakukan dan fahami hendaknya dengan pandainya kita membawanya. Kita lakukan dengan mengadakan
perjalanan, jalan yang kita pakai iaitu jalan yang sudah ditemui dan kalau kita berjalan
meninggalkan pengkalan, kita mesti pandai pula hendaknya kembali kepangkalan, kita
mesti pandai pula hendaknya kembali kepangkalan dengan tidak sesat.


Latihan yang saksama dan teliti, menyebabkan kita mengenal dan menemui Diri sendiri dengan perlengkapannya dan penemuan kita pada Diri dan perlengkapannya bererti
kita telah menemui Diri Rohani kita yang merupakan gambaran dari Jasmani di dalam badan kita.

Kita sekarang telah mengenal Rohani dan telah mengenal pula badan atau jasad yang dinamakan Jasmani. Jalan yang kita pakai dan pergunakan untuk mencari Diri dengan perlengkapananya
dan sampai kepada menemuan kita kepada Rohani kita sendiri, kalau di teliti dengan saksama adalah jalan itu aliran dari Rohani kita sendiri yang bertitik tolak dari Diri kita sendiri. Tindaklaku perbuatan kita ini kalau diumpamakan tak ubahnya saperti kita memudiki sungai semenjak dari muara dengan menempuh jalan yang berliku liku mencari hulunya. Dan apa sebabnya setitis air yang begitu bersih lagi jernih berasal dari gunung bertambah dekat kemuara jauh dari hulu menjadi keruh dan mengandung bermacam macam kuman kuman/

Begitu pula Diri kita didalam yang tadinya suci bersih, oleh kerana tindak laku perbuatan kita sehari hari dalam menjalankan kehidupan berubah corak warnanya, ibarat intan terbenam dalam lumpur.

Maka adalah kewajipan tiap tiap kita yang mencari dan menuju kebaikan dan kesempurnaan sebelum melangkah bersihkanlah lebih dahulu Diri dengan tindakan dan perbuatan dan terhadap TUHAN yang maha pengasih lagi maha penyayang bacalah istifar sebanyak munkin. Diri peribadi kita masing masing adalah suci dan bersih, kerana datangnya dari yang Maha Suci. Tindak laku perbuatan kitalah yang menjadikan Dia kotor atau tetap bersih. Intan telah terbenam kedalam lumpur.

Penelitian kepada jalan yang telah ditemui dan mempelajarinya dengan saksama, maka kita akan dapat mengetahui bahawa adalah Dia itu pancaran Diri kita sendiri dari dalam yang telah dapat menembus alamnya sendiri. Pancaran tersebut adalah ibarat stroom dsb. Jalan yang kita kata kan itu ialah kebelnya. Stroom yang kita temui itu bukanlah
saperti karan letrik yang berasalkan dari benda mati bikinan manusia, melainkan
berasalkan dari zat zat hidup yang dinamakan orang electromagnetik.

Dan adalah tenaga yang keluar ini yang berasal dari electron electron hidup, dinamakan tenaga ghaib atau dengan bahasa asing metaenergie.

Dengan uraian kita tersebut di atas, maka kalau kita turutkan aliran yang dinamakan jalan atau kabel yang mengandung stroom itu maka kita temuilah tali yang diuraikan pada uraian kita sebelum ini, iaitu yang dikatakan bertali tetapi tiada tergantung dan kalau diturutkan terus sambil mempelajari dengan saksama maka akan bertemulah pula
dengan yang tergantung tiada bertali.


Kita telah menemui Diri kita yang tergantung tiada bertali, bertali tiada tergantung dan untuk membuktikan yang Diri itu tegak saperti alif dan duduk saperti wau maka kita harus menurutkan gerak aliran Diri itu di dalam sehingga kita dapat menemui yang duduk saperti wau dan tegak saperti alif. Untuk dapat dimengerti dan diketahui maka yang bertali tiada tergantung dan tergantung tiada bertali dapat kita temukan dengan perantaraan gerak aliran tangan kita yang diturutkan dan yang duduk saperti wau dan
tegak saperti alir dapat kita temukan dengan menurutkan gerak Diri di dalam batang
tubuh kita setelah gerak tangan berhenti.

Dan di bidang ilmu pengetahuan yang boleh kita merasa bahagia ialah penemuan kita akan Diri sendiri dan oleh kerananya pula kita telah dapat mempunyai dan menguasai tenaga ghaib atau meta energie, meta-energie yang kita telah dapat temui dan punyai
itu, berasal atau keluar dari susunannya Rohani kita yang tak dapat dilihat dengan langsung.


Tenaga ghaib ini berdasarkan bapak Dr. Paryana Suryadipura dalam buku “alam fikiran” nya pada hakikatnya lebih tinggi deras darjatnya dari atoom energie.
Pangkalnya, electron hidup, bion. Bebas dari segala ikatan. Dapat bergerak dengan
kemahuan sendiri dan dengan kecepatan kilat. Menjadi bahagian dari mahluk hidup,
oleh kerana itu (energie) tenaga yang hidup. Actif kerana mempunyai fikiran dan budi
pekerti. Dapat dikerahkan atas tekanan kemahuan yang teguh. Dapat bertindak di luar
benda, hingga dapat meluas keseluruhan alam. Mete energie ini dapat pula meruntuhkan susunan atoom (dematerialiasatie)

Berhubung dengan itu maka dengan meta energie kita dapat mengadakan semua
kemungkinsn yang kita idam idamkan dan oleh kerana tiap orang mempunyai meta
energie dan ini dapat dikerahkan atas kemahuan yang teguh maka tiap tiap orang dapat mencapai semua cita citanya.

Untuk dapat mengetahui benar tidaknya uraian atau pendapatan Bapak Dr Paryana itu dan untuk dapat mengetahui benar atau tidaknya meta energie yang kita perdapat itu untuk menyesuaikan dengan apa yang di ucapkan Bapak Dr Paryana itu hendaklah kita mengadakan percubaan percubaaan dengan berani mengambil resikonya, sehingga
kebenaran kebenaran itu menjadikan suatu perbuatan atau tindak laku yang
menyakinkan bagi kita hendaknya.

Sekarang timbul pertanyaan, tidakkah kitanya melemahkan kepada Diri kita dengan
pemakaian tenaga tenaga Rohani itu?

Bagi orang yang belum dapat mengerti dan yang belum dapat mempunyai tenaga ghaib yang dimaksud apalagi belum tahu cara bekerjanya tenaga ghaib itu, tentu menjadikan suatu pertanyaan besar baginya dan
sulit untuk menjawabnya, apa lagi pekerjaan ini sesuatu yang tak masuk akal dan
menakjubkan kalau memang bisa kejadian.

Bagi mereka mereka yang mau meningkatkan ilmu pengetahuannya di bidang ini
(metaphysika – ilmu kebatinan – ilmu latifah) dapat kami menerangkan bahawa adalah
sifat bekerjanya tenaga itu semenjak dari dalam batang tubuh kita yang berpengkalan
dari kumpulan zat hidup lagi sempurna, apalagi perbuat dengan sendirinya, dan yang
tak boleh dilupakan untuk diketahui, dan mempunyai fikiran dan budi pekerti.

Dan untuk di ketahui pula adalah zat zat hidup yang ada pada kita itu, tidak sahaja ada pada kita, di maksud di Diri kita sahaja, melainkan juga banyak di luar, sifat automatiknya itu, kalau kita mengerti apalagi tahu membawanya tidak akan
melemahkan kita, kerana sungguh pun sama kita Dia hanya sedikit dalam pengertian
atau dugaan, tetapi di luarnya, di alam yang maha luas ini, sangat banyak bilangan nya.

Dengan berpegang teguh pada tali tali dan jalan jalan yang telah ditemui itu, bererti pula kita telah berdiri di bidang Rohani dan dengan telah bertemunya kita yang tergantung maka kita temuilah pula Diri kita sendiri
Sabermula dalam pelayaran kita, kita temui jalan. Satelah jalan itu kita turutkan dengan tujuan untuk mencari Diri, ditengah perjalanan kita temui tali tali yang kami namakan bertali tiada tergantung dan pada perjalanan seterusnya kita temui yang tergantung
tiada bertali, yang kami katakan itulah Diri kita.

Perjalanan dari luar ke dalam yang telah kita lakukan itu adalah perjalanan untuk
mengenal Diri. Terdiri dari apa Diri itu? Untuk dapat menjawabnya hendaklah kita
teruskan penelitian kita mengenai Diri sendiri itu. Setelah kita dapat melakukan dari luar ke dalam sampai kita dapat menemui yang tergantung tiada bertali, kita lakukan lah pula perjalanan dari dalam keluar. Perjalanan kita itu di lakukan dari Diri sendiri yang telah ditemui, yang sama juga kalau kalau diartikan titik tolak kita dari yang tergantung
tiada bertali, dengan menurutkan kembali jalan yang telah menjadi pegangan kita itu
maka dalam perjalanan kita akan menemui pula yang bertali tiada tergantung dan kalau di teruskan perjalanan tali bertali itu sambil mengadakan penelitian, maka tibalah kita pada saat kita menembus alam sendiri atau badan Diri kita. Penelitian kita yang saksama pada tali tali yang tiada tergantung dalam perjalanan untuk menuju keluar
(menembusi alam sendiri) maka kita akan dapat merasakan dengan beransur tetapi pasti, pintu pintu akan terbuka melalui hujung hujung tali tali itu dan kalau ini telah
terjadi maka kita akan dapat merasakan ini melalui hujung jari jari kita.

Rasa yang terasa dihujung jari jari itu adalah pancaran dari Diri kita di dalam, yang
merupakan stroom, stroom gaib yang dinamakan orang electromagnetic atau bio
electrisitet. Electro berasal electron dan bio dari bion. Maka adalah pancaran itu aliran
dari Diri kita itu, maka kita harus mengadakan penelitian dan penyelidikan pada isi dari
pancaran Diri itu. Penyelidikan yang mendalam pada isi dari pancaran kita sendiri itu mendatangkan pengetahuan pada kita, bahawa adalah yang di namakan isi dari pancaran itu terdiri dari zat zat yang dihidupkan yang berasal dari benda. Dan dengan kemauan yang teguh dapat pula kita mengetahui keadaan zat itu satu persatu, yang mana kalau boleh
digambarkan akan merupakan titik titik terang.


Dan adalah tenaga tenaga yang keluar itu besar sekali dan oleh kerana dapat
dikerahkan menurut kemauan kita dan dengan kemauan yang teguh banyak
kemungkinan kemungkinan yang di idam idamkan dengan mempergunakannya bisa diperdapat. Dan adalah kedudukan kita dengan tenaga gaib itu, laksana seorang pemburu dengan senjata otomatik di tangannya, dikala ada musuh senjata tersebut tidak akan bergerak sendiri menembak, kalau tidak sipemburu yang bergerak untuk menembaknya. Hanya
perbedaannya senjata ialah benda mati, sedangkan tenaga gaib kita ialah keadaan sesuatu yang hidup.

Dan oleh kerana dia hidup maka pengalaman pengalaman dan kemahiran kita dalam memakai dan mempergunakannya, menambah pengertian kita kepada lebih mendalam,
sehingga menimbulkan dan mendapangkan saling kenal mengenal satu sama lain,
sehingga oleh kerana pandainya kita menurutkannya maka dia yang tadinya asing dan
luar bagi kita, telah menjadi menurut pada kita dengan perkataan lain kita telah
mengerti padanya dan dia telah mengerti pula pada kita.
Peningkatan pegertian kita kepadanya akan meningkatkan pada kedudukan kita. Kalau
tadinya kita dengan diumpamakan laksana seorang pemburu dengan senjatanya, maka kenaikan tingkat kita itu adalah laksana si penunggang dengan kudanya.
Sewaktu kita yang laksana seorang pemburu baru mendapat senjata terlebih dahulu tentu kita pelajari senjata kita, kita berlatih bagaimana merawatnya dan bagaimana cara
mempergunakannya dan pada waktu itu alam fikiran kita hendak berburu untuk
menembakkan senjata kita. Kita pergi berburu atau kita cari perburuan guna untuk
mencuba dan memakai senjata kita. Sehingga sampai mahir kita dalam cara memakai dan mempergunakanya. Seorang
pemburu baik selain dari mahir dalam kepandaiannya mempergunakan senjata juga
hendaknya mempergunakan pula alam fikirannya da sebaiknya berbudi pekerti. Apa tujuan kita dengan mempergunakan fikiran dan berbudi itu?

Maksud nya kalau kita menembak bukan lah sebarang tembak. Apa lah gunanya umpama kita menembak seekor binatang yang tak akan memberi faedah pada kita dan dibiarkan begitu sahaja jadi bangkai apa lagi dia tidak menggangu kita? Bukankah dia juga mahu hidup dan ingin pula memperkembang kan kehidupan di alamnya sendiri? Seorang pemburu yang
berbudi akan mempergunakan akal fikirannya sudah tentu tidak akan menembak
sebarang buruannya dan tidak akan membuang peluru sebarang sahaja. Pengertian dan kemahiran kita memakai senjata tadi mendatangkan peningkatan pada
kedudukan kita dari seorang pemburu dengan senjata kepada seorang penunggang
dengan kuda.


Masa menjadi seorang pemburu sebagai periode pertama telah kita lewati dan
sekarang kita memasuki perode kedua, iaitu jadi seorang penunggang dengan kuda,
kuda ialah kenderaan bagi kita.
Kalau tadinya kita dengan bersusah payah dan memakai waktu yang lama mencapai
tujuan kita, maka dengan perubahan kedudukan kita itu, dengan kenderaan yang telah
kita punyai, maka akan lebih cepatlah kita sampai pada tujuan kita. Dalam praktik kalau kita tadinya mengangkat senjata, untuk menembak, maka setelah kita mempunyai kuda tunggangan, untuk mencapai tujuan, kita harus dapat memegang talinya supaya dapat kita kendalikan.

Kalau tadinya kita mempunyai senjata maka dengan meningkatnya kedudukan kita,
sebagai tambahan kita mempunyai kuda tunggangan. Oleh kerananya kedudukan kita
jadi merangkap. Bahawa kita telah jadi sipenunggang dan sipemburu dengan mempunyai kenderaan kuda merangkap senjata. Kalau sipemburu meletakan senjata maka berpisahlah antara yang satu dengan yang lain, begitu pula kalau sipenunggang turun dari kudanya.

Si pemburu walau bagaimana sekali pun mahirnya memakai senjata, kalau akan
mempergunakan senjatanya, selamanya dia melakukannya dengan sikap duduk atau
berdiri. Si pemburu yang mahir tadi setelah menjadi sipenunggang kuda, sambil berjalan dan berlari dengan memegang tali tunggangnya dia harus pandai mempergunakan senjatanya.
Untuk itu sipenunggang tentu mengadakan latihan latihan dan mencari pengalaman sebanyak munkin.

Peralihan kita dari sipemburu kepada sipenunggang tidak akan membawa perubahan pada badan kita secara kenyataan. Perhatikanlah seseorang yang memegang dua jabatan yang di namakan merangkap, umpamanya Presiden merangkap Perdana Menteri, orang itu juga, atau Menteri Dalam Negeri Merangkap Gabnor atau sebagai
nya. Akan tetapi peralihan senjata kepada kuda sangat meminta perhatian yang saksama
untuk diketahui process perkembangannya, sebab sangat berguna untuk kemajuan Diri
kita dan bagi masa depan kita.
Senjata dari sipemburu yang kita jadikan umpama dari tenaga gaib yang telah kita
punyai itu, tadinya kita anggap barang mati aneh lagi ajaib, setelah kita dapat
menurutkan jalannya perkembangannya dari senjata ke kuda, maka bertambah
yakinlah kita bahawa tenaga gaib kita itu hidup dan berasal dari sesuatu yang hidup,
yang keluar dari Diri kita melalui badan kita dan menembus alam sendiri melalui hujung tali tali yang bertali tiada tergantung dan dapat kita merasakannya melalui hujung jari jari kita.


Maka adalah seluruh perkembangan itu berjalan menurut jalan yang ada di dalam batang tubuh kita atau menurut saluran badan kita dan oleh kerananya berdasarkan
perkembangan itu menjelmalah badan kita sendiri atau dengan perkataan lain, kita
membentuk badan Diri sendiri menurut bentuk yang telah ada, perbezaannya dengan badan kasar kita ialah oleh kerana asalnya dari tenaga gaib, maka tak dapat pula kita melihatnya dengan mata biasa.

Berdasarkan keterangan di atas maka perkembangan selanjutnya dari senjata kita tadi yang ada permulaannya dengan kata perumpamaan kekuda dan dari sini kalau kita mau meningkatkan lagi setingkat ke atas ialah kepada kesempurnaan atau insan kamil
yang meliputi keseluruhannya.
Dalam perkembangannya tenaga ghaib itu ke dalam ialah Diri membentuk Diri melalui saluran saluran yang telah ada di dalam batang tubuh kita.

Oleh kerananya pengembaraan nya itu membentuk badan sendiri lebih dahulu sebelum dapat membentuk Diri sendiri. Untuk kesempurnaannya sesudahnya kita dapat membentuk Diri dan badan kita maka adalah kewajipan kita untuk meisisnya menurut isi batang tubuh kita yang telah ada selengkapnya.

Kelengkapan dari batang tubuh kita dengan isinya dapatlah di simpulkan terdiri dari urat
– tulang – otak – benak – bulu – kulit – darah – daging – hati – jantung – limpa – rabu dan empedu.

Diri mengisi Diri dengan Diri, dari memperkembangkan Diri sampai meliputi keseluruhannya yang diliputi ialah badan Diri. Tingkah laku perbuatan
memperkembang sampai meliputi itu, berarti Diri membentuk Diri dan mengisinya sesudah itu memperkembang Diri sendiri. Memperkembang Diri sendiri berarti mengisi badan Diri. Yang diisi ialah apa yang ada pada badan sejak dari luar sampai ke dalam.

Dengan demikian maka Diri membentuk badan sendiri di dalam. Maka berdirilah aku
batin cukup dengan perkembangannya dengan sempurna. Diri yang telah sempurna ialah Diri yang telah bangun dari tidur Diri yang telah mengetahui akan keadaannya, Diri yang telah sedar dan mengetahui siapa dia sebenarnya.

Diri harus menyayangi badannya, mengetahui kebutuhannya, mengetahui tugas kewajipannya sebagai seorang manusia, mengetahui tugas kewajipannya sebagai hamba Allah.

Untuk itu dia harus bergerak, harus berjuang, harus berbuat, harus berlaku dan harus
bertindak kalau perlu, dia harus mempelajari sekelilingnya, tahu mana yang kawan mana yang lawan, tahu mana yang baik dan mana yang buruk, tahu ombak yang bersambung, angin yang akan bertiup, tahu gabak(awan) yang akan menjadi hujan.

Dan masih banyak lagi yang akan diketahuinya. Penglihatkan mesti tajam, pandangan mesti terang, jauh ke muka kekiri dan kekanan.


Dengan begitu maka kita mulai mengenal alam di luar alam kita sendiri. Pelajarilah
alam sendiri dengan saksama sebelumnya kita memasuki dan mempelajari alam di luar alam kita. Kesempurnaan kita berlaku dengan memperkembang Diri kita sampai meliputi keseluruhannya yang mana proses perkembangannya ialah:
Diri tak tahu menahu, menjadi seorang pemburu dengan senjata ditangan, dari seorang pemburu dengan senjata ditangan, dari seorang pemburu dengan senjatanya, kesipenunggang dengan kudanya. Kita yang tadinya telah menjadi manusia dalam peroses perkembangan saperti yang di sebutkan diatas, yang dijadikan senjata pada
kita, yaitu Diri. Diri berkembang terus sampai menjadi kuda berarti kenderaan bagi kita dan selanjutnya kalau ditingkatkan terus pengetahuan kita mengenal Diri kita, maka Diri itu akan berkembang terus menjadi kita sendiri. Sehingga berdirilah Diri kita itu lengkap dengan perlengkapannya yang ada.
Kita yang telah menemui Diri sendiri, dan telah mengenal betul akan dirinya dan telah berkembang pula menjadi kita yang bernama”AKU” dan telah berada dimuka pintu bertanya:
“mau apa dan hendak kemana aku”
Semenjak Diri telah lengkap berdiri saperti dengan perlengkapan nya yang ada, maka semenjak itu pula akan berlainanlah pandangan hidup kita dan yang sudah sudah,
seumpama siang dengan malam atau ibarat terang dengan gelap. Perjalanan hidup yang telah dibawakan selama ini sebelum kita dapat mengenal Diri kita, ialah berjalan pada malam hari atau berjalan di dalam gelap, meraba dengan tidak punya pegangan atau jalan sebagai petunjuk dalam perjalanan.

Saya yang telah ada berlainan dengan “Aku” yang telah berdiri, untuk membuktikan
perbezaan antara saya dan “Aku” kami tunjukkan contoh kepada Presiden Sukarno di waktu berpidato, apabila dia memakaikan saya dan “aku” . di sinilah terletak diantara lain kelebihannya. Aku yang berdiri dengan sendirinya yang telah ditemui dan di kenal, kekuatannya atau tenaganya berlainan dari “aku” yang di aku akui, apalagi yang beraku akuan.
Pada permulaan kita mengenalnya adalah “dia” itu nyawa kita, yaitu senjata bagi kita
yang dianggap barang mati.

Setelah kita tingkatkan pengetahuan kita, pengalaman dan penelitian yang saksama,
menunjukkan kepada kita bahawa yang dianggap barang mati itu kenyataannya bukanlah mati, melainkan “hidup” dan kelanjutan dari penelitian kita menentukan dan menetapkan pula, bahawa adalah “dia” itu terdiri dari kumpulan zat zat hidup itulah Diri kita yang bagi kita (badan Diri) berdiri dengan sendirinya.


Badan yang telah dipersenjatai dengan Diri dan Diri yang telah mengenali badannya dan badan yang telah dapat pula mengenal dirinya yang sebenarnya, telah saling kenal mengenal satu sama lain, sehingga sibadan telah menyayangi dirinya dan sidiri telah mengasihi badannya.
Sibadan mulai sedar dan dapat mengetahui bahawa suatu kekeliruan besar
diperjalanan hidupnya yang sudah sudah yang telah dibawakannya, dikeranakan salah pandangan dan salah tangkapan dalam memahami akan keadaannya. Jalan yang diturutinya jalan hampa dan kosong sedangkan yang teramat penting dan sangat amat berguna bagi kelanjutan perjalanan hidupnya disia siakannya dan tak pernah diikut sertakannya dalam tindak tanduknya untuk tujuan atau mendapatkan sesuatu.

Sidiri tadinya tidak diambil perduli oleh yang mengandungnya mengambil sikap masa bodoh, walaupun dia yang langsung merasakan dan menderita dan merana oleh perbuatan sibadan yang tak mau tahu didiri itu.
Dan setelah sibadan sedar dari kekeliruan pandangannya, maka setelah dapat mengenal dan menemui dirinya dan setelah dia dapat mengetahui bahawa yang dikandung dalam segala hal melebihi kesanggupan nya dari yang mengandung?

Maka dengan sendirinya lahirlah pengakuan nya pada diri sendiri dengan dalam segala tindak
laku perbuatannya dirinyalah yang dikemukakan. Sidiri yang tadinya membisu seribu bahasa di sebabkan tidak dipedulikan oleh yang pengandungnya, sebelum mencapai pengakuan dan penyerahan yang bulat dari sibadan, mulai sedar dan bangun dan tahu sudah bahawa yang dikatakan badan itu adalah kepunyaannya, teman hidupnya sejati, dunia dan akhirat, selapik seketiduran,
sebantal dan sekalang hulu, sehina semulia, kelurah sama menurun, kebukit sama
mendaki, sudah tentu tak akan membiarkan badannya sengsara, merana atau menderita.

Air yang setitik dari gunung, setelah melalui masa jalan yang berliku liku dalam perjalanannya ke muara telah menjadi sungai dan akan mengharungi lautan lepas.

Walaupun jalan yang dilalui banyak lekuk likunya, akan tetapi jalannya itu ialah jalan berisi, tiada hampa dan kosong. Adalah yang dinamakan sungai yang telah sampai di muara itu, ialah kumpulan dari titiknya air dari berbagai bagai tempat dan jurusan yang mempunyai itu tujuan, yaitu laut lepas.

Begitu pulalah laksananya diri kita yang terdiri dari kumpulan serba serbi zat dan mengaliri seluruh batang tubuh dan memberi daya hidup kepada kita. Jalannya berisi, memberi nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat, dia dikandung oleh yang mengandung. Biasanya kerana yang dikandung ditanggung oleh yang mengandung.

Akan tetapi oleh kerana salah memahami akan isi dari kandungan tersebut, maka yang
mengandung yang bersalah, yang diisi dari kandungan tersebut maka yang mengandung yang bersalah, yang dikandung atau sikandung yang menanggung. Yang mengandung tidak mengetahui akan rahsia kandungannya, bahkan tak pernah menjadi perhatiannya.


Seorang ibu yang mengandung belum dapat mengetahui rahsia kandungannya, sebelum kandungan itunya lahir.

Bagi sikandung yang telah dilahirkan, kelahirannya itu mengandung pula. Sama sama,
akan tetapi berlainan kandungan. Sama sama menanggung, akan tetapi berlainan tangungan.
Kita mengandung dalam kita dikandung. Ibu menanggung dalam kita kandung mengandung. Akan tetapi kita yang selagi dalam kandungan mengandung, tidak
menanggung.

Ibu yang mengandung merasa bahagia setelah kandungannya lahir atau setelah kita dilahirkan. Si bayi menangis setelah ia dilahirkan, kenapa begitu?

Si ibu yang mengandung merasa bergembira setelah kandungannya lahir. Sibayi
menangis sewaktu dikeluarkan dari kandungan, kerana tali pengantungan telah putus,
bumi tempat berpijak telah terbenam. Dia harus mencari tali baru untuk bergantung dan
bumi baru untuk berpijak. Dia dibawa dididik dan diasuh untuk menghadapi kenyataan, memenuhi kebutuhan lahir dan amat sedikit dan terbatas diberi pengetahuan mengenal yang tidak nyata atau yang ghaib. Dan pengaruh kenyataan itulah yang menyebabkan dia lupa akan dirinya sendiri, lupa akan kandungannya.

Pada kelahiran pertama kita menjadi anak dari yang melahirkan kita sampai menjadi
besar dan pada kelahiran kedua kita sendiri seharusnya melahirkan kandungan kita, kerana yang dikandung dan yang mengandung adalah kita jua. Hanya bezanya
berlainan cara melahirkan. Kita yang mengandung dalam dikandung rahsianya letaknya didada dan kita yang dikandung oleh yang mengandung letaknya bukan terrahsia lagi melainkan sudah diketahui umum, iaitu diperut, dirahim ibu. Ketentuan jantan betinanya, laki laki atau perempuannya seseorang ialah setelah dia keluar dari perut ibunya, akan tetapi “rahsia dari seseorang letaknya terkandng
didadanya” rahsia yang di maksudkan bukan lah rahsia badan yang lagi ahli anatomi
bukan rahsia lagi, melainkan yang dimaksud ialah rahsia diri pokok pangkal dari seluruh jalannya kegiatan kehidupan kita sejak dari dalam sampai keluar atau sebaliknya dan seterusnya dunia dan akhirat


Ahli ahli physica telah maju dan telah banyak dapat mengetahui rahsia badan, akan tetapi amat sedikit sekali ahli ahli yang tahu yang mencurahkan perhatiannya di bidang meta-physica. Maka adalah pemecahan rahsia diri itu termasuk dalam gulungan atau bidang metaphysica.

Penemuan kita akan diri sendiri memberi banyak kemungkinan kemunkinan yang bisa dilakukan dengannya, dengan tenaga tenaga yang terkandung dalam yang dinamakan “tenaga ghaib”


Untuk ini harus dapat menguasai dan mempunyainya secara positif hendaknya dan dapat mengenal nya dalam erti kata yang sebenarnya. Dari itu pelajarilah dia secara mendalam sehingga kita dapat mempergunakannya dan mengambil faedah dari
padanya.

Tingkatkan terus pengetahuan kita untuk mengetahui sesuatu, kerana banyak lagi harus diketahui dan yang belum diketahui.

Adalah ilmu itu tidak sesulit yang diduga dan tidaklah semudah yang diharapkan. Jauh tidak, dekat pun tidak dari kita. Dan adalah dia itu ilmu sejati, ilmu benar, ilmu dunia dan ilmu akhirat’
Yang sulit ialah jalan untuk mendapatnya untuk menemuinya. Berapa banyak sudah orang mencari ilmu, akan tetapi jarang orang mendapat yang sebenarnya,

kerana apa?

Kerana jalan yang dipakainya untuk itu tidak jalan benar. Jalan yang benar ialah yang berisi nikmat,yang tidak dimurkai dan tidak pula sesat, jalan yang berpetunjuk lagi lurus. Renungkan lah dengan apa yang ada padamu, bagaimana supaya mendapat jalan itu, kalau engkau memandang keluar, engkau akan melihat jalan yang terentang panjang yang tak habis habisnya. Jalan itukah yang akan engkau turutkan? Silakan boleh cuba,
pada suatu waktu atau ketika nanti engkau akan merasa dan mengatakan, bahawa tidak ada yang aku perdapat pada jalan itu. Kalau engkau penat dengan berjalan kaki, boleh cuba naik mobil, naik keretapi. Naik sampan kalau harus menyeberangi sungai.
Naik kapal terbang kalau munkin yang engkau cari di udara. Akan tetapi setelah engkau lalui itu sumua dengan ada mempunyai kesanggupan engaku akan mengatakan pula, bahawa tidak ada mempunyai kesanggupan engkau akan mengatakan pula, bahawa tidak ada yang aku perdapat pada perjalanan itu.

Kenapa begitu?

Kerana tidak berjalan pada jalan yang benar. Engkau naik mobil. Menumpang di jalan mobil. Menumpang biduk orang.

Dikapal terbang?

Menumpang juga namanya.

Setelah segala macam jalan engkau turuti engan tidak mendapat apa apa yang dihajati,
masih ada perbuatan yang lain yang nampak, iaitu tidak dengan melakukan perjalanan jauh, cukup dirumah atau disurau (langgar) dengan bersemadi, berzikir, masuk solok, silakan boleh cuba dan lambat laun engkau akan mengatakan nanti bahawa belum juga engkau perdapat yang sebenarnya.

Kenapa begitu?

Kerana tidak berjalan pada jalan
yang benar.

Jalan yang benar itu letaknya ialah pada mu sendiri. Iaitu didirimu bukan dibadanmu,
dari itu cari dan temuilah Dirimu lebih dahulu dan pelajari akan rahsianya.
Penemuanmu akan Dirimu sendiri, pengalaman mu dengan nya dan pemecahan mu akan rahsianya dan penelitian mu yang saksama, memunkinkan engkau akan menemui jalannya. Jalannya jalan terang bukan gelap.

Sekiranya engkau telah menemui jalan dimaksud yang berarti pula engkau menebus alammu sendiri yang dalam kegelapan
(siterang menembusi sigelap) engkau harus berhati hati menurutkan jalan itu atau kalau
dalam hal ini engkau yang siterang berjalan pada jalannya sendiri sangat banyak
mahluk mahluk yang berkeliaran dalam kegelapan mencari tempat untuk berlindung atau bernaung.

Mereka meraba raba dalam gelap dengan tak tentu arah tujuan. Perjalanan kita bagi
mereka adalah seolah olah mereka dari jauh melihat cahaya dan maka berbondong
bondonglah mereka itu menuju cahaya yang dimaksudkan. Kalau kita sendiri tak hati hati dalam perjalanan itu mungkin kita kehilangan pedoman oleh kerana di kerubonginya, apa lagi kalau kita sampai ditungganginya.

Kalau kita sampai di kerubungnya atau mereka itu pada bergantung pada kita dan dengan tak disadari sampai mempegaruhi kita sampai kedalam batang tubuh kita, maka
kita akan kehilangan peribadi yang mengakibatkan tidak baik kepada jalannya kehidupan kita masa depan kita.


Dari itu berpegang teguhlah pada tali-tali Allah, pada jalannya dan jangan bercerai berai. Kembalilah kejalan yang benar dan jalan itu ada didirimu bukan di badanmu.
Mereka yang telah dapat menemui dirinya dengan penelitiannya yang saksama dan
mendalam akan dapat menemui itu tali-tali yang dimaksud dan tali-tali itu kalau diturutkan akan menemukan pula akan jalan jalannya, yaitu jalan yang lurus lagi benar.

Didirimulah ada nya itu tali tali dan didirimulah adanya jalan yang benar yang akan
diturutkan. Ingatlah akan kupasan kami tentang yang tergantung tiada bertali bertali
tiada tergantung. Dengan engkau perdapat itu jalan, maka tidak akan sulitlah rasanya engkau perdapat yang di idamkan idamkan. Percayalah pada diri sendiri yang mengandung banyak rahsia itu. Setelah engkau menemui dirimu dan telah kenal betul akan keadaan nya dirimu sendiri, apa sesudah itu
yang akan engkau lakukan.


Lengkapkan akan keadaan dirimu, sebab dimuka mu terbentang lautan hidup yang
maha luas. Sebelum engkau mengharungi lautan hidup, selain dari engkau mempersiap kan segal perbekalan yang perlu, hendaklah engkau mempunyai bahtera atau kapal atau setidaknya perahu. Dan bahtera itu harus lengkap dengan kemudinya.

Untuk mendapat dengan melengkapkan itu hendaklah engkau perbuat dan lakukan
dengan dirimu dan dengan apa yang ada padamu. Janganlah sekali kali engkau pikirkan hendak menumpang dengan kapal orang, setelah segala sesuatunya engkau punyai dan kuasai, maka berlabuhlah dimuara, dengan pengertian tegaklah di batas, iaitu antara luar dan dalam dan lautan hidup terbentang
luas dihadapan mu.

Layarilah lautan hidup itu dengan apa yang ada padamu. Dan dihadapan mu terbentang luas jalan untuk sesuatu, dan ini pun bergantung pada kemahuan, kerana dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Orang yang tak ada kemahuan sama juga
dengan bangkai bernyawa. Kalau tuan ketahui bahawa jalan terbentang luas dihadapan tuan dan kalau tuan dapat merasakan jalan itu, maka turutilah jalan itu dan jadilah menjadi seorang pengembara yang musafir yang senantiasa berjalan dan berjalan dan terus berjalan. Jalan yang
dituju atau jalan yang dimaksud ialah jalan yang berpetunjuk, jalan yang berisi, jalan yang memberi nikmat, yang tidak dimurkai dan tidak pula sesat.


Pada tuhan hanya satu jalan, iaitu jalan kembali kepadanya. Bagi kita ada banyak jalan, iaitu jalan kehidupan kita. Dari itu berpeganglah pada “yang hidup” kerana padanya yang ada itu jalan. Untuk itu kita mesti ada kemahuan, kerana dimana ada kemahuan di situ ada jalan.

Dan jalan kita perdapat dan temui dalam keadaan sedar. Jalan itu kita cari bukan
dengan alam fikiran kita, melainkan dengan tangan kita, sehingga kalau jalan itu telah
ditemui maka kita dapat merasakannya dan jalan itulah yang akan diturutkan dengan
alam fikiran kita. Dudukkanlah dirimu di tempatnya, iaitu tempatnya di ketenangan setenangnya, begitu pun pula pembawaan kita harus tenang dan usahakanlah supaya sesuatu suatunya dan diri kita yang berbuat.

Pengertian diri pada kita sebenarnya ialah kita sendiri, iaitu diri yang telah diperkembang menjadi dan merupakan kita di dalam. Dengan kejadian itu dalam bilangan maka kita telah menjadi dua, iaitu satu diluar yang berbadan dan yang kedua
ialah di dalam yang berdiri. Selagi kita masih hidup namanya di dunia ini, kita tidak bisa menceraikan badan dari diri. Diri dicukupkan dengan apa yang ada di badan kita, sehingga meliputi keseluruhannya.


Dari bilangan dua kita harus menuju kebilangan tiga. Dimana letaknya bilangan yang ketiga?

Oleh kerana kita telah mengata kan bahawa yang satu ialah kita yang berbadan dan kedua ialah kita yang berdiri, maka adalah yang ketiga ialah yang berdiri diluar yang berbadan yang berdiri. Yang dinamakan: Saudara

Bagaimana kita dapat menghubunginya saudara kita itu?

Kita tak dapat menghubunginya dengan yang berbadan, oleh kerana kenyataannya tidak ada. Keadaannya ialah dalam tiada, ialah ghaib. Maka dengan diri yang telah berdirilah kita
dapat menghubunginya.

Pertemuan kita dengan saudara sendiri itu maka dalam bilangan kita telah menjadi tiga. Tetapi satu. Satu sebenarnya tiga dalam bilangan.

Maka adalah kewajipan kita kalau kita mahu, memperbanyakkan saudara kita lahir dan
batin. Dan begitulah maka timbul si 4, si 5, si 6, dan seterusnya. Dan adalah
kesemuanya yang timbul sesudah kita ialah “saudara”kita, bukan seteru kita.

“Seteru” kita ialah syaitan dan iblis, yang sentiasa mengejar yang berbadan. Kalau kita tahu bahawa kita lebih kuat dari dia dan kita perlihatkan atau kemukakan kekuatan kita itu, pasti dia tidak mahu mendekati kita yang berarti yang tak sanggup memperdayakan kita.

Dimana letaknya kekuatan kita itu?

Kekuatan kita itu letaknya ialah didiri kita, bukan dibadan kita, untuk memperlihatkan kekuatan kita itu maka dirilah yang kita kemukakan, iaitu diri yang telah berdiri dan terdiri dari titik titik terang yang memancarkan cahaya atau Nur yang datang dari Nurrullah.

Bagaimana duduknya itu Nur di dalam batang tubuh kita?

Untuk menjawabnya maka
kami turunkan petunjuk dari Tuhan yang termaktub dalam surat al-Nur ayat 35 yang
dalam bahasa Indonesianya saperti tersebut di bawah ini…..
Allah memberi cahaya langit dan bumi, umpama cahayanya kepada orang beriman, saperti sebuah lubang didinding rumah, didalamnya pelita dan pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau kilau dilangit. Pelita dinyalakan
dengan minyak kayu yang berkat, iaitu minyak Zaiton, yang tiada tumbuh di timur dan tiada pula di barat. Hampir hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya, mesti pun tiada di sentuh api. Cahaya berdamping cahaya. Allah menunjukkan beberapa
perumpamaan bagi manusia dan allah mengetahui tiap tiap sesuatu.


Perumpamaan yang ditunjukkan Tuhan untuk kita pada ayat tersebut di atas, ialah supaya dapat mengetahui keadaan Diri kita didalam, kalau dilihat dari luar. Maka adalah yang diumpamakan rumah itu ialah badan kita.

Dan adalah titik titik terang yang disebutkan yang memancarkan cahaya itu. Titik dari Tuhan yang dinamakan zat yang berasal zatullah. Berbicara mengenai zatullah maka teringatlah kita bahawa “tidak ada yang tidak ada pada Tuhan” dia lah yang menjadikan segala yang dijadikan dan dialah yang mengadakan segala yang diadakan. Dan berbuatlah sebanyak banyak mungkin dengan dirimu. Kamu sendiri tidak akan lebih pintar dari Diri mu sendiri.

Serahkan lah segala apa yang ada pada mu padanya untuk kebaikan mu sendiri dan supaya bebas Diri mu bergerak – berbuat dan berlaku. Dan kenalilah Diri mu dalam erti kata yang sebenarnya, supaya badan dan dirimu itu sebenarnya satu. Ilmu pengetahuan ku memecahnya jadi dua.

Dan kalau kita dapat mengetahui bahawa pada kita, iaitu didiri kita dan anti iblis, maka selain kita sendiri terlepas dari godaan godaan setan iblis, kita akan dapat pula menolong orang orang yang menderita atau yang telah terpedaya oleh perbuatan setan, iblis. Kita dapat membebaskannya dan membawa nya kembali kepada jalan yang
benar, atau kalau sakit mungkin kita dapat menyembuhkannya.
Aku telah mengenal aku yang berbadan, aku telah mengenal Diri ku sendiri.

Dan dibawah ini aku turunkan ayat Tuhan saperti tercantum dalam Quran surat as-sejadah (sujud), surat 32 juz 21 iaitu

Ayat 7 - Dia membaguskan tiap tiap sesuatu yang dijadikanya dan dimulainya
menjadikan manusia dari tanah.

Ayat 8 - Kemudian dijadikannya anak anak cucu manucia dari air yang kotor

Ayat 9 - Kemudian disempurna kan kejadian manusia dan ditiupkannya roh ke dalam
tubuhnya serta dianugerahinya, pendengaran – pemandangan dan hati. Tetapi sedikit
diantara kamu yang berterima kasih kepadanya.


Dan adalah aku yang banyak mengandung rahsia berdiri tegak di batas, sebagai
penghubung diantara luar dan dalam, sebagai seorang perajurit mempertahankan
benteng dari serangan dan kalau perlu menyerbu menghancurkan musuh. Sebagai seorang guru yang memimpin dan menunjukkan jalan kepada muridnya sambil
menaburkan ilmu pengetahuan nya dengan lampu di tangan memberi penerangan kepada orang yang dalam kegelapan memberi pertolongan, memberi dan menerima sesuatu untuk sesuatu.

Dan terhadap Tuhan yang Maha Esa, dengan ilmunya yang kami amalkan, kami senantiasa mengucapkan syukur dan terima kasih sedalam dalam dan setinggi
tingginya dengan menyusun jari yang sepuluh, menjunam kan lutut yang dua, menekurkan kepala yang satu, sambil meminta ampun atas kesalahan kesalahan yang
disengaja dan tidak disengaja yang kami perdapat dan lakukan kerana sebagai seorang manusia biasa, kami tidak luput dari godaan godaan serta tipu daya syaitan iblis yang berkeliaran di alam semesta ini, dengan badan Diri kami serta apa yang ada
pada kami padanya. Kerana kami menganggap adalah badan Diri kami ini berserta apa yang ada pada kami ialah menjadi kepunyaannya.

Dan selanjutnya kami sentiasa memohonkan perlindungan dan petunjuk petunjuk yang tak putus putusnya, guna kami jadikan amalan bagi kami yang akan kami jalankan sampai hari akhir dan sambung bersambung turun temurun hendaknya sampai keanak cucu kami kelak di kemudian hari.

Pengalaman hidup yang pahit mendorongkan kami mencari Tuhan yang disembah, pengalaman dalam perjalanan menuju kepadanya menyakinkan padaku akan adanya yang ghaib, akan adanya tali tali halus yang menghubungkan antara satu dengan yang lain yang mempunyai daya kekuatan tarik menarik. Pengalaman juga menunjukkan pada ku bahawa aku tidak berdiri sendiri, bahkan banyak sejenisku berada
disekelilingku, yang dimana mana sahaja, dimana aku berada. Apa lagi setelah aku
dapat menemui jalan yang sebenarnya dan jalan itulah yang menjadi peganganku,
maka dengan menurutkan jalan itu ke dalam, aku temui Diri sendiri dan pengembaraan ku dialam sendiri itu menunjukkan akan keadaan rohani ku dan tahu pulalah aku apa yang telah aku perdapat dalam susunan kata kata seseorang yang diberikannya
padaku sebagai hadiah iaitu tergantung tiada bertali dan bertali tiada tergantung, tegak saperti Alif dan duduk saperti Wau dan dapat tahu pulalah aku apa yang sebenar nya tujuan kata pepatah Rumah tampak jalan tak tentu dan dengan menurutkan jalan itu dari dalam keluar maka dapat tahulah aku bahawa akut telah menembus alam sendiri
dan dapat mengembara di alam maha luas lagi tak bertepi itu. Aku telah dapat menembus alam ku sendiri dan telah dapat memasuki alam lain dan dapat pula mengembara di alam yang maha luas.


Pertemuan ku dengan Tuhan ku yang disembah aku tak dapat banyak menulisnya, kerana bertambah dekat aku kepadanya, bertambah kecil aku dan begitulah dihadiratnya aku sudah tidak ada, keadaankua dalam tiada, dia mengetahui yang tak
diketahui orang.Dalam perjalanan pulang kembali iaitu dari tiada keada, aku dapat menemui anak kunci dari segala kunci itu, kunci pembuka dan penutup dan dengan anak kunci ditangan aku mengembara dan menjelajah dan begitulah berkat anak kunci itu akau dapat menemui pusat dari segala pusat dan dengan tali pusat itu aku kembali dari tiada keada..dan begitulah adanya keadaan ku, dan dengan anak kunci ditanganku yang terpancar bertemu dengan yang memancar kan dan tertemu pula dengan indok pancar. Begitulah pula aku yang ditiupkan kedalam sesuatu wadah yang telah lengkap
untukku, mengaliri batang tubuhku, sempurnalah kejadian aku menjadi manusia


Aku sekarang satelah dewasa, telah banyak pengalaman dan telah mengembara kian kemari,, bahkan sampai sekarang aku tetap mengembara, telah memancarkan pla dan telah mengalirkan pula aliran ku dan telah menurunkan pula keturunanku. Anak anak ku
terdiri dari anak yang terbaik dari pancaranku dan anak yang menerima dan mendapat aliran dari ku.

Aku yang tadi nya mencari NYA dengan tujuan meminta keadilan sambil membentangkan segala peristiwa peristiwa yang telah ku alami, di SANA DI
HADIRATNYA, aku berasa malu pada diriku sendiri. Tidak ada kata yang dapat ku kata kata tidak ada suara yang dapatku suarakan, tak ada gerak yang dapat aku gerakkan. Aku tak berdaya, segala apa yang ada padaku sudah tak ada lagi.
“La haula wala quwattailla billahirazhim”
Aku kembali sebagai seorang Islam dengan membaca dua kalimah syahadat sebanyak
munkin dan dimana saja aku berada, sehingga telah menjadikan pakaian bagiku.
Diwaktu aku membuka Quran, pandangan ku tertuju kepada surat Albaqarah ayat pertama iaitu: Alif Lam Mim, melihat dan memperhatikan akan bentuk dan rupa Alif Lam Mim itu, aku teringat akan anak kunci yang aku perdapat dalam pengembaraan ku.

Aku pegang kembali anak kunci itu ditangan ku dan aku perhatikan dan perhatikan, maka
dapatlah aku mengtahui bahawa amat banyak kemungkinan kemungkinan yang dapat ku perbuat dan lakukan dengannya.

Tak salahlah rasanya ahli tafsir mengatakan tentang ini: “Hanya Allah yang tahu
maksudnya” ayat ini mengandungi Rahsia, iaitu “Rahsia Ghaib”
Jalan yang tempuh jalan terang, jalan yang memancarkan cahaya, jalan menembus gelap, jalan hidup menembus barang mati. Begitulah perjalanan ku dari gelap kepada terang, dari terang kegelap, dari hidup kemati dan dari mati kehidup.


Untuk ini telah aku temui ayat Tuhan dalam Quran yang ertinya:
“Memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam, mendatangkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup. Rezeki yang tak terhitung banyaknya yang diberinya bagi yang dikehendakinya”

Kiranya jalan terang yang aku tempuh ini samalah hendaknya dengan apa yang termaktub dalam surah fatihah iaitu: “Iaitu jalan orang orang yang telah Engkau beri nikmat bagi mereka yang tiada dimurkai dan tiada pula sesat”

Dan tali tali halus yang telah ku temui itu semuga tali sebenarnya tali hendaknya, iaitu tali tali Allah saperti yang termaktub dalam ayat Tuhan yang ertinya:
“Berpegang teguhlah engkau pada tali tali Allah dan jangan bercerai berai”

Dan zat serba zat yang telah dapat ku temui itu hendaknya zat yang sebenarnya, iaitu zat yang berasal dari ZATTULLAH. Dan cahaya yang telah dapat ku temui itu ialah cahaya yang sebenarnya cahaya, cahaya Allah, iaitu NUR yang datang dari
NURRULLAH.

Pertemuan ku yang dijadikan dengan DIA Yang Menjadikan telah du katakana, sehingga dapat aku mengatakan: Aku telah pergi sebelum dijemput dan aku telah kembali dari S A N A. Dan dapat pengakuanlah hendaknya aku yang telah berjalan menuju kepada kesempurnaan, yang telah dapat menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup
dengan jalan memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam, mendatangkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup dan dengannya dapat menemui barang yang hilang yang telah dapat mempertemukan ruas
dengan buku, membalikkan sirih kegangangnya, memulangkan pinang ketampuknya dan seterusnya menyelesaikan yang kusut dan menjernihkan yang keruh.


Tidak ada yang sempurna diantara kita ini, diantara mahluk yang sempurna hanya Tuhan, dari itu jalan yang sebaik baiknya menuju kepada kesempunaan ialah jalan kepadanya. Kiranya Tuhan membenarkan segala tindak laku dan menerima dan menjadikan seluruh amalan ku menjadi yang dinamakan
“A M A L S A L L E H”
Baginda Muchtar.


“PENGAKUAN KU”

Buka Membuka

Yang terbuka; Pintu. Yang dibukakan; Pintu. Yang membuka; Aku.

Kalau engkau termasuk gulungan yang terbuka, maka segala pintu akan terbuka terus bagimu.

Kalau engkau gulungan yang dibukakan maka untuk keluar engkau harus ditunjukkan jalan dengan dibimbing, di tuntun. Kalau engkau termasuk gulungan yang membuka, maka adalah kewajipanmu membimbing menuntun dan menunjukkan jalan
bagi orang yang engkau buka.
Saya yang tadinya menurut setahuku telah terbuka sendiri, berjalan keluar sebagai seorang pengembara.

Aku berjalan semenjak pintu telah terbuka bagiku, berjalan seorang Diri dengan mengorban kan apa yang ada padaku. Bertahun tahun sudah aku berjalan dan banyaklah pengalaman pengalaman yang aku perdapat selama dalam perjalanan.

Aku berjalan dan terus berjalan.
Dalam perjalanan aku menemui anak kunci dan dengan aku telah dapat membuka dan memasuki dan telah banyak yang telah aku bukakan. Amat sayang mereka tidak mengerti dan tidak banyak tahu, dan amat sedikit pula diantara mereka yang berterima kasih padaku.

Dia mau buah yang sudah masak, dan disuapkan lagi kemulutnya, diwaktu disuapkan
membayangkan keuntungan untuknya sendiri dengan tidak memperdulikan orang lain, apa lagi yang memberinya. Makanan yang empuk aku berikan dijadikannya makanan yang keras oleh kerana pembawaannya keras. Aku membawanya kesyurga, tetapi dia membawa ku keneraka, anihnya lagi disaat saat
yang tertentu, aku disalahkan, aku dihukum tanpa diadili. Akan tetapi untunglah aku
bukan dia.

Makanan yang lazat empuk yang aku berikan dapat diterimanya dengan sangat susah menelannya, kerana menurutkan jalanku, akan tetapi diwaktu mengeluarkannya, iaitu diwaktu mempergunakannya, bukan jalan yang aku tunjukkan yang diturutinya, melainkan dia memakai jalan sendiri, iaitu jalan yang berisikan “hawa Nafsu”
Maka berlainan keinginan dengan kehendak, seiring tetapi bertukar jalan, aku kembali
kepada diriku sendiri, kembali memikirkan keadaanku.


Telah banyak aku berbuat dan telah banyak kali pula aku berjalan.

Apa hasilnya?

Hasilnya bagi ku ialah saperti menghasta kain sarung, sampai nya disitu kesitu jua, sebabnya ialah aku terlampau banyak melihat keluar, sedangkan di luar jalan terlampau banyak simpangnya.

Yang terang hasilnya bagi ku ialah aku telah pandai membuka dan membawa berjalan sekali keluar. Hendak kemana mereka aku bawa?

Sudah tentu menuruti jalan yang telah aku tempuh. Aku membawanya keluar, aku tunjuki mereka jalan dan aku biarkan
mereka berjalan. Tujuanku supaya mereka lekas cerdas, lekas pandai dan lekas tahu. Ada antara mereka telah puas dengan apa yang diperdapatnya dan menuruti jalan sendiri dengan tidak mengingat lagi untuk kembali kepangkalan. Yah, dia telah besar dan telah dapat menjalankan sendiri pada tangkapannya.

Ada pula diantara mereka sentiasa berasa kekurangan dan tidak puas dan kembali
kepangkalan, minta petunjuk, minta diisi, minta di tambah.
Kedatangan mereka itu kembali, aku terima dengan perasaan kaseh sayang, walaupun
kadang kadang hatiku mendongkol disebab keranakan tindak laku perbuatanya.
Aku bersihkan dirinya, aku siangi jalannya dan aku beri dia lagi isi, akan tetapi
kebanyakan yang tersua telur yang aku berikan, bukan berkembang sampai
menghasilkan turunan dan bertelur pula, melainkan adalah telur itu lantaran enak
rasanya baginya, dipecahkannya, didadanya dan dirorengkanya dan dimakannya dan
………………………..keluar menjadi kotoran.

Aku tidak rugi, kerana bagiku banyak persiapan persiapan yang lain, hanya aku merasa menyesal dan kesal kerana pemberian ku di sia siakan sampai terbuang percuma sahaja. Emas yang 24 karat keluarnya menjadi loyang dan tembaga yang sangat rendah nilai dan harganya.
Sayang kebanyakan diantara mereka tidak tahu.

Aku kembali kediriku sendiri dan aku pelajari kembali apa yang terjadi padaku. Aku
dapati ada pula yang begitu saja meninggalkan aku dengan tidak mempercayai ilmu ku lagi, kerana percubaan percubaannya mengamalkan ilmu ku tidak menghasilkan yang dihajatinya. Dia menjauhi aku dan ada pula yang mengatakan yang bukan bukan mengenai aku.

Bagiku didatangi atau tidak oleh orang orang saperti itu, sama sahaja, bahkan kalau boleh saya mengatakan terima kasih padanya kerana oleh tindak laku perbuata nya itu, aku ingat kembali kediriku sendiri. Aku tidak akan menyalahkan orang lain, melainkan aku akan menyalahkan diriku sendiri, kerana tadinya aku menganggap adalah orang orang itu sama sahaja saperti saya, tetapi satelah pakaian ku ku berikan padanya, kenyataannya mereka mereka itu tidaklah saperti saya. Kerana pakaian ku yang begitu bagus dasar dan warnanya, ada yang jadi sudah robek robek dan kotor dan bagi setengahnya ada pula sudah hilang ragi dan warnanya telah mulai pudar.


Sebaliknya ada pula yang selalu menghubungiku, dapat memahami aku dan dapat
merasakan akan hikmatnya pakaian ku yang dipakainya dan dapat pula mengetahui sakit senang aku dan menganal aku, bulungan mereka ini hanya sedikit, tidak banyak dan termasuk orang mengerjakan suruh dan menghentikan yang ditegah.
Keinginan ku untuk mendapatkan orang yang cerdas, berpengetahuan umum, berTuhan dalam erti kata yang sebenarnya, dapat menangkap dan menerima apa apa yang ku berikan dan mengamalkan dengan sebaik baiknya belum tercapai.

Bahkan tujuan ku lebih dari itu. Bersama samanya menggali dan mempelajari dengan lebih
mendalam, menuju kepada “Pengakuan”, diakui oleh cerdik pandai, diakui oleh orang berilmu, diakui oleh ulama dan mendapat pengakuan hendaknya dimana mana, sehingga menjadi pengetahuan umum untuk diamalkan sendiri sendiri dan bersama sama.

Pengalaman pengalaman yang banyak itu menyebabkan aku sering kembali kediri sendiri, memperbaiki Diri, menyedari, mencari jalan yang benar. Banyak sudah yang terbuka oleh ku dan banyak pula sudah yang sakit mendapat ubat dari ku. Orang lain aku buka sampai terbuka dan aku tak tahu siapa yang membuka aku. Setahu ku aku telah terbuka. Bagi orang yang telah terbuka maka adalah orang
yang membukannya itu aku.
Dan akku siapa yang membuka ku?

Aku tak dapat tahu, setahuku aku sudah terbuka, dan pengalaman juga menunjukkan bahawa aku telah keluar dan sering keluar yang bererti pintu telah terbuka bagiku. Tiada guru yang ke dapati tempatku bertanya atau belajar akan tetapi yang aku dapati hanya ahli ahli untuk membanding.

Aku mencari dan mencari dan adalah kalau boleh dikatakan ”pengalamanlah” yang jadi
guruku. Dan begitu lah aku sampai menjadi seorang pengembara mencari jalan yang sebenarnya jalan, iaitu jalan yang berpetunjuk, jalan yang memberi nikmat, tidak
dimurkai dan tidak pula sesat.

Dan aku temuilah itu jalan yang sebenarnya jalan yang menjadi pegangan ku sampai saat sekarang ini dan seterusnya (insyaallah) rupanya jalan itu letaknya bukan di luar, malahan didiri sendiri. Jalan nya hidup bukan mati lagi berisi, isinya “nikmat” lagi memberi, pemberiannya mendatangkan “nikmat” lagi terang bukan gelap.


Dan begitulah selama hayatku, aku sentiasa akan membuka dan terus membuka, kalau tidak ada yang akan dibuka ku buka diriku sendiri, membuka Rahsia Diri untuk aku jadikan ilmu pengetahuan yang menuju kepada “pengakuan” pengakuan dari orang banyak. Aku akan mengaliri apa yang dapat ku aliri dan kalau tak ada yang akan ku aliri maka aku akan terus mengalir dan mengaliri yang patut aku aliri dan aku akan berjalan terus dan terus berjalan.

Jalan menjalankan Kalau pintu telah terbuka, kalau mau tentu boleh berjalan. Kemana hendak berjalan?

Dan sudahkan tahu dijalan yang akan dilalui?

Lain jalan orang dan lain pula jalanku. Lain berjalan sendiri dan lain pula berjalan bersama sama dengan ada yang membawa
berjalan. Dan ada pula orang yang menjalankan sesuatu untuk sesuatu. Akan mendapat
kesulitankah seseorang, kalau tugasnya hanya menjalankan sahaja?

Menjalankan tidak sulit, yang penting tahu jalannya. Dan ada pula orang sudah banyak berjalan dan telah banyak jalan yang terjalankan olehnya, akan tetapi tidak menghasilkan sesuatu apa apa, kerana orang itu menjalani jalan yang kosong alias tidak berisi. Bagi orang yang berjalan saperti yang tersebut diatas, jangan teruskan berjalan. Lebih baik kembali sahaja kepangkalan. Gunanya
supaya dapat kita mengetahui bahawa yang telah dijalani itu bukanlah jalan benar melainkan jalan sesat lagi menyesatkan.

Saya berjalan sendiri dan tidak menjalankan apa apa. Yang saya jalankan ialah
perasaan yang tak dapat mengatakannya, perasaan yang orang lain tak dapat pula
merasakannya, pengalaman pahit, tuduhan yang bukan bukan yang ditimpakan kepada saya, kebenaran di tutup dengan kepalsuan, kebaikan dihilangkan deganti dengan keburukan.

Saya tak berdaya, saya sendiri, bilangan mereka banyak. Dan akibatnya saya kehilangan, kehilangan “mastika” hidup, kerana sebahagian kehidupanku dibawanya. Walaupun diganti namun gantinya tidak serupa nan hilang, berlainan lainan, kelebihan.
Apa yang tak ada padaku ada padanya dan apa yang tak ada padanya ada padaku. Dia
telah pergi dan aku kehilangan.
Ada pula orang tertentu dalam peristiwa aku, yang aku namakan dia orang yang menjalankan sesuatu untuk sesuatu. Akibatnya orang ini pun kehilangan. Dia
kehilangan kesayangan, belahan Diri. Dia merana dan aku menderita.

Dan pada pilihan ini juga ada pula ikut tersangkut seorang yang sedang berjalan dan
menjalankan sesuatu untuk sesuatu pula.

Diperdapatnya yang dijalankan nya itu dengan cara mengemis, meminta minta dengan tujuan dalam ingatannya hendak menjadi orang pandai. Supaya disegani orang, dihormati dan dihargai, pada hal warisan untuk itu tak ada padanya, sejak dari nenek moyangnya apa yang ada padanya hanyalah akal, akal yang bergelumang hawa nafsu, nafsu yang sentiasa dikemukakannya dalam berbuat bertindak dan berlaku, pengetahuan umum jauh sekali.

Sejak yang dimintanya diperdapatnya dengan jalan mengemis itu, pengalamannya
menjadi penetapan baginya bahawa dia telah menjadi orang yang pandai lagi pintar. Dan mendatanglah rasa sombong dan takbur dan akibatnya perjalanan yang terjalankan olehnya i8alah salah, jalan yang dimurkai lagi sesat. Dan kemana dia pergi
atau berjalan, banyaklah sudah orang yang dikorbankannya. Dan begitulah pula orang itu berjalan terus dan terus berjalan dengan tidak bisa pulang kembali kepangkalannya. Sudah jauh tersesat lagi menyesatkan. Inilah akibat dari orang yang tak mau menyalahkan Diri sendiri dan selalu menimpakan kesalahan pada orang lain.

Aku sudah jauh berjalan dan telah banyak melakukan perjalanan dan telah banyak pula membawa orang berjalan dan telah pula menunjukkan orang jalan. Telah lama pula aku menjalankan oleh ku dan sampai sekarang aku terus berjalan, berjalan sendiri,
bersama sama, membawa menjalankan apa yang dapat ku jalankan. Jalanku jalan terang, tetapi bagi orang gelap, oleh kerana yang hidup bagikan bagi orang lain mati dan yang mati bagiku bagi orang lain hidup. Berlainan pandangan, akan tetapi untuk kebaikan satu tujuan, dan untuk kejahatan biarlah aku tidak ikut, sebab aku bukan jahat. Telah banyak ku alami aku dijahatkan orang, tetapi tak terjadi aku jahat dan telah ku cuba pula menjahatkan orang. Tetapi jadinya lebih baik. Dari itu makanya aku dapat mengatakan aku bukan orang jahat.

Cukup mencukupi Biarlah “satu” bagiku, tetapi mencukupi daripada “sembilan puluh sembilan” tetapi tidak cukup.
Aku teringat akan kesah dua orang bersaudara mendatangi seorang yang dianggapnya
“ahli” minta hukum yang adil dan anehnya dengan menunjukkan jalan yang betul. Keduanya berselisih, anehnya yang seorang pada yang lain. Seorang diantara nya berkata: “ ini saudara saya, ia mempunyai 99 ekor kambing dan saya hanya
mempunyai seekor sahaja, lalu katanya kepada saya: “berikanlah kambing engkau ini
kepadaku saya menjaganya, dan dikalahkannya saya dengan percakapannya."

Berkata si “ahli” tadi, sungguh ia anehnya sekali pada engkau kerana meminta kambing
engkau itu supaya dicampurkan nya kepada kambingnya. Supaya kebanyakan orang
orang yang bersyarikat itu anehnya yang seorang kepada yang lain, kecuali orang orang yang beriman dan beramal salleh, tetapi amat sedikit bilangan mereka itu.

Kesah ini aku perdapat dari Quran surat 38 shaad juz 23, ayat 22-23-24 dan adalah si Ahli yang dimaksud Nabi Daud. Maka dengan kedatangan kedua orang bersaudara itu membawa perkaranya kepada nabi Daud, tahulah ia bahawa Tuhan mencubai dia. Lalu meminta ampun kepada Tuhan, seraya terlingkup, tunduk dan kembali.
Bagi Nabi Daud kedatangan orang berdua bersaudara itu dianggap nya sebagai ujian
dari Tuhan, maka adalah bagi kita yang datang kemudian dapat menunjukkan jalan yang betul betul hendaknya saperti yang dikehendakki kedua bersaudara itu dengan tidak merugikan yang punyai seekor kambing dan yang telah punya sembilan puluh sembilan ekor itu mendapat pula yang dikehendaki nya dengan tidak merugikan orang lain.


Bagi ku orang yang mendatang kemudian dan yang telah jauh berjalan telah banyak
menjalankan dan telah banyak pula yang terjalankan dan sudah biasa berjalan sendiri, maka aku akan mengatakan: Kepada yang telah punya 99 ekor kambing dan belum merasa cukup, Cukupkan lah dengan apa yang ada pada mu. Dengan pandainya engkau mencukupkan dengan apa yang ada padamu, maka kamu tidak akan merugikan orang lain.

Kepada yang punya seekor, cukupkanlah saudaramu yang telah punya 99 ekor itu dengan apa yang ada padamu. Dengan pandainya engkau mencukupkan saudaramu itu dengan apa yang ada padamu, maka engkau tidak akan merugikan dirimu sendiri.
Kalau masing masing tak tahu jalannya, maka sebaiknya bertanyalah kepada yang tahu.
Untuk yang telah sampai mempunyai sebanyak 99 tetapi belum merasa cukup,
tandanya dia sudah terlampau jauh berjalan keluar untuk mencari.

Maka untuk supaya dapat mencukupi dia harus berjalan ke dalam, kedirinya kerana didirinya lah letaknya kekurangan itu. Begitu pula yang punyai seekor kambing itu, dia harus berjalan keluar dengan dirinya untuk mencari kelebihan, supaya dia dapat mencukupkan yang kekurangan dengan tidak merugikan dirinya sendiri.
Dan kalau jalan yang sebenarnya telah ditemui, maka tiada yang sulit yang tak bisa di atasi dengannya. Dari itu carilah jalan yang benar.

Berjalan ke dalam dimaksud ialah ke dalam rumah sendiri dan berjalan keluar ialah
keluar rumah sendiri.


Maka adalah yang telah punya 99 ekor kambing itu, seumpama dahan dahan kayu yang tak berbatang dan yang punya hanya seekor itu ialah batang kayu yang tak berdahan. Jadi yang di butuhkan oleh dahan yang banyak ialah batang, dan oleh
batang ialah dahan. Apa sebab yang 99 tak berbatang oleh kerana datangnya atau
diperdapat dari luar dan tatkala mencarinya badanlah yang dianggap batangnya. Oleh
kerana itu walau berapa banyak sudah di perdapat namun keinginan untuk menambah
lagi tetap mendatang atau mau lagi oleh kerana tidak puas atau belum puas.

Dan begitulah kesudahannya bagi seseorang yang mencari sesuatu untuk sesuatu, seumpama ada yang sudah dapat dalam bilangan 9 dan ingin mencari yang satu untuk
pencukupan dan begitu pula ada yang telah lewat dari sepuluh, kerana yang dimintanya satu untuk pencukup, maka diperdapat dua, maka sampailah pula dia dalam bilangan sudah mencapai sebanyak 99.

Yang mepunyai sekor kambing atau satu tidak mencari lagi keluar untuk menguatkan
melainkan, dicukupkan dengan apa yang ada padanya, iaitu batang tubuhnya beserta
isinya oleh kerana dia mengerti akan yang satu itu. Begitulah Tuhan dengan Rahsianya memberi beberapa contoh sebagai perumpamaan.
Ckupkanlah yang diluar dengan yang didalam dan yang didalam harus keluar untuk
dapat mencukupi.

Dan begitulah setelah aku dapat memecahkan rahsia yang terkandung pada kesah
yang ku kesahkan di atas dengan menunjukkan jalan yang betul kepada kedua orang
bersaudara yang berselisih itu, maka untuk ku aku perdapat pula pelajaran bagaimana cara menghukum secara adil dengan tidak merugikan kedua belah pehak dan aku
beruntung telah mendapat pula pelajaran menemui jalan untuk mencukupi diriku sendiri dan mencukupi Diri orang lain dengan tidak merugikan diriku sendiri.
Dan begitu pula telah banyak orang yang aku bukakan jalan, aku tunjukkan jalan
dengan membawanya berjalan. Selagi aku yang membawa mereka mereka itu berjalan,
semuanya berjalan dengan betull, akan tetapi mereka mereka tidak mengerti. Buktinya setelah aku membawanya berhenti berjalan dan bertanya apa yang telah dilakukan, aku tiada mendapat jawapan yang betul. Mereka tak dapat mengatakan apa yang telah dilakukannya, apa yang telah diperbuatnya dan apa yang telah dirasakannya. Mereka
belum dapat memperbezakan antara yang satu dengan yang lain.

Kebanyakan mereka salah tangkapan. Kenyataannya, diwaktu mereka berjalan sendiri
sendiri dengan menggunakan jalanku, maka jarang mereka yang sampai dapat menemui tujuannya, kerana di samping dia menurutkan jalanku dia memakai jalannya sendiri pula, maka adalah hasilnya tidak memuaskan kerana dalam praktiknya telah
berlaku kata pepatah: seiring bertukar jalan. Perjalanan yang ku berikan padanya
dicampur aduknya dengan jalannya sendiri iaitu gerak fikirannya.

Dan aku berjalan terus, dan terus berjalan, berjalan sendiri, berjalan bersama sama,
membawa orang berjalan, menjalankan yang harus ku jalankan, sehingga telah banyak
yang terjalankan olehku. Di dalam perjalanan yang jauh tetapi dekat, aku dapat
menemui kesah perjalanan Nabi Musa dengan Nabi Haidir yang telah dikurniakan
Tuhan Rahmat dan mendapat pengajaran ilmu Pengetahuan (alkahfi ayat 65)

Saya sangat tertarik akan kesah perjalanan dua orang Hamba Allah itu dan ingin sekali hendak ikut menurutkan jejak perjalanannya. Semoga dengan dapat menurutkan jejak
perjalanannya itu, aku akan mendapat pula pelajaran Ilmu Pengetahuan, saperti yang
telah dikurniakan Tuhan kepada Nabi Haidir itu.

Aku telah dapat menemui “NYA” penemuan padanya tidaklah saperti pertemuan Nabi Musa, iaitu di pertemuan permukaan dua laut. Melainkan kalau boleh ku katakan, aku telah dapat menemui “NYA”di pertemukan Kiri dan Kanan. Dan aku akan menurutkan jalannya sebagai mana yang dikehendakinya. Dan untuk badanku yang telah banyak melakukan perjalanan dan telah jauh berjalan telah banyak lurah yang dituruni. Telah
banyak bukit yang didaki, maka aku mencari kedudukan untuknya. Kasihan aku kepada badanku yang kurus lagi lemah itu. Dan aku berjalan terus sebagai seorang “Pengembara”.

Suatu perjalanan yang pulang dan pergi ke pusat. Kandung Mengandung. Aku telah dapat menemui yang ku kandung selama ini, yang telah berada bersama ku semenjak ibu mengandung ku dan aku telah memancarkan kandungan ku tersebut, setelah aku dapat menemuinya menurutkan saluran tertentu, kerana pintu telah terbuka bagiku.

Aku yang dilahirkan oleh ibu yang mengandungku, telah melalhirkan kandungan ku
pula. Aku yang semenjak sudah tahu berjalan telah melakukan perjalanan yang jauh dan selama dalam perjalanan banyaklah sudah yang aku temui halangan dan rintangan yang merupakan ujian atau cubaan bagiku dan tak kurang pula banyaknya pertolongan-pertolongan dan bantuan yang ku perdapat baik berupa lahir mau pun berupa batin yang mendorong ku mencari jalan yang sebenarnya jalan.

Dan tak kurang pula aku terharu, aku tergoda, kerana maklumlah aku ini manusia
biasa. Dan begitulah telah dapat aku menemui jalan yang sebenar nya jalan iaitu jalan yang menjadi pegangan ku sekarang dan seterusnya.


Rupanya jalan itu telah sering ku jalani, telah acapkali aku tempu, pulang dan pergi,
kebodohankulah yang menyebabkan aku sampai begitu lama dapat menemuinya.
Kenyataannya dia tidak jauh dari aku, bahkan telah beserta aku, hanya aku yang tak mengerti.


Dengan berpegang kepada jalan yang telah ku temui itu, maka bertambah teranglah jalan yang ku tempuh dan perjalanan ku yang rasanya bertambah dekat menuju kepada kenyataan. Dan dengan menurutkan jejak perjalanannya ke dalam aku temuilah “dia” dipertemuan
kiri dan kanan. Aku jualah yang selama ini yang tidak mengerti.
Aku cukupkan yang belum cukup sampai mencukupi dengan apa yang ada padaku,
iaitu dengan diriku sendiri. Aku mencukupkan orang lain dengan apa yang ada padaku dengan tidak merosak diriku sendiri, ini aku lakukan oleh kerana aku telah biasa melakukannya dan aku telah dapat mengetahui jalannya.

Lebih Melebihkan

Telah aku ketahui mana yang lebih dan mana yang kurang. Aku ambil yang lebih dan aku tambah yang kurang, sudah tentu dengan jalan nya dan pada jalannya. Dan begitulah pula perjalanan ku dalam cukup mencukupi. Jalan untuk mencukupi yang di luar ialah dengan yang di dalam dan jalan untuk mencukupkan yang di dalam ialah dengan yang di dalam dan yang diluar benar, lebih dari mencukupi.

Kalau Diri merasa telah cukup keluarlah untuk mencari kelebihan, supaya mendapat
lebih dari mencukupi. Kalau sudah banyak kita mempunyai kelebihan sudah tentu pandangan orang sudah lain pada kita. Orang akan tertarik kepada kelebihan kita itu dan dengan sendirinya kita akan mendapat penghargaan di mana mana, kecuali dari orang yang benar benar kurang alias gila.

Maka adalah segala macam kelebihan tempatnya di luar kita, akan tetapi tersebar di
dalam keseluruhan alam semesta. Dan untuk mendapatkan kelebihan itu kita harus berjalan menjadi seorang pengembara, keluar dari rumah kita, mengembara di dalam alam semesta, ini dapat kita lakukan setelah kita merasa cukup. Kalau Diri belum
merasa cukup lagi, janganlah cuba cuba mengembara, kerana melaratnya lebih besar dari munafaatnya. Dari itu cukupkan lah dirimu lebih dahulu. Patut diketahui bahawa pada tiap tiap kita ada kelebihan dan ada pula kekurangan.

Kelebihan dan kekurangan itu berlainan pula satu sama lain. Kalau tahu tentu dapat mengisi kekurangan menambahkan kelebihan.

Isi mengisi

Pada kita ada yang kosong, ada yang berisi. Isinya ialah dari yang setitik, titik berkembang menghasilkan titik dan perkembangan nya menimbulkan titik yang kedua, ketiga dan seterusnya dan adalah rangkaian dari titik titik itu menimbulkan rupa dan
bentuk sampai berwujud menurut kehendak yang mewujudkan.
Titik yang pertama tadi dengan titik titik berikutnya yang berkembang sampai berwujud
tidak akan bisa berdiri kalau tidak ada ruangan yang kosong tempatnya tegak dan
bergerak.


Titik ketiga datang dari titik kedua, titik kedua timbul dari titik pertama dan titik pertama
datangnya dari mana? Sudah tentu dari yang menitikkanl siapa itu yang menitikkan?
Yang berkuasa atau yang diberi kuasa. Kalau yang diberi kuasa yang menitikkan dibalik yang diberi kuasa tentu ada Yang Berkuasa. Biasakah titik yang dititikkan itu timbul kalau tak ada tempat atau ruangan untuk menampungnya?

Tempat untuk itu sudah pasti kosong. Dari tempat yang kosong titik pertama mengaliri dan mengisi titik kedua, ketiga, keempat dan seterusnya yang mana kalau dilihat dari luar kesemuanya akan merupakan bentuk menurut kehendak yang
merupakannya.


Kita mendapati barang sudah, iaitu sebuah rumah yang sederhana, berisikan alat
perabut sederhana dan kita berada di dalamnya. Di samping kita telaga yang berisikan
air yang sangat jernih, hening lagi bening dan berasal dari telaga Cuci lagi menyucikan.
Dia memberi cahaya kepada kita. Alirannya terbatas, batasnya ialah bulu dan kulit kita.

Maka adalah menjadi kewajipan kita menjaga dan memelihara rumah kita dengan isinya sebaliknya supaya jangan ada yang sampai menjadi rusak, kotor dan lain sebagainya, kerana akibatnya kita sendiri yang akan menanggungkan.

Banyak sudah orang mempelajari akan keadaan badan dirinya akan isinya akan tetapi dia tidak dapat menemui isi yang sebenarnya. Dan tak kurang pula banyaknya orang yang keluar berjalan mencari dan minta diisi, sehingga berbagai macam ragam isi yang
telah diperdapatnya. Ada yang loyang, ada tembaga, ada perak, ada intan, ada emas, ada keris, ada azimat dan isim isim, ada kata kata untuk dihafal, ada batu dan lain sebagainya, sehingga sudah sebegitu banyak yang telah diperdapatnya, namun dia
tidak puas dantetap berasa kekurangan. Kerana apa, kerana dia tidak dapat menemui
itu telaga yang berisi dan yang mengisinya. Dicarinya keluar pada hal dia ada didalam.
Dan aku yang telah dapat menemui itu telaga dibawah gunung dan telah mandi
berkecimpung di dalamnya mengaliri dan mengisi diriku dan melalui batang tubuhku
aku telah dapat mengambil manafaat darinya dengan mempergunakan untuk
kebaikan dan membaikkan, membuka dan menunjukkan jalan, jalan lurus lagi benar,
jalan yang memberi nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat untuk mencukupkan
yang belum merasa cukup2 menolong melahirkan kandungan sendiri memperkembangkan yang belum kembang, menggunakan yang setitis, melautkan yang sekepal;, mempertemukan ruas dengan buku, membalikkan sirih ke gangangnya, memulangkan pinang kerampuknya, menyelesaikan yang kusut, menjernihkan yang keruh, menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup, menemu kan kembali barang yang hilang mempertemukan kembali tali yang telah putus, tali tempat
bergantung, sehingga menyebab kan putusnya hubungan dengan Pusat. Pusat tempat kembalinya segala yang dijadikan, Pusat tempat datangnya segala yang didatangkan dan banyak lagi yang lain lain.


Aku telah banyak memberi isi kepada orang dan telah banyak pula menerima dari
orang. Yang aku terima berlainan dengan yang aku berikan. Yang aku berikan pada orang orang yang berisi dan yang aku terima dari orang orang yang berguna.

Aku telah mengisi orang yang telah berisi dan aku telah pula mengisi orang yang katanya belum berisi, tidak berisi apa apa.
Lain isi orang orang yang berisi yang ku isi, kerana isi orang itu lain dan isi yang ku berikan lain pula. Isi yangku berikan adalah umpama butir telur, kalau dia pandai memperkembang kannya akan menjadi orang dan yang telah jadi orang itu bisa
dipergunakannya atau menurunkan telur pula. Sayang kebanyakan dari mereka mereka
yang tidak mengerti.


Ada pula yang menerima isi yang ku berikan itu diterimanya dengan lahapnya dan telur yang ku berikan itu dipecahkan sendiri dan digoringnya atau didadar nya dan dimakannya seenaknya dan hasilnya hilang tak berbekas kerana keluar bersama sama
kotorannya dibawa arus sungai atau masuk jamban.

Siapa yang rugi?

Aku tidak rugi, hanya merasa kesal, kerana pemberianku yang berharga dijadikannya tidak berharga. Emas dijadikan tembaga atau loyang dan namaku di dewa dewakan dibawa kemana
mana, disebut sebut, diperkata kan dan lain sebagainya.

Begitulah aku yang tadinya tidak berisi, setelah menemui isi (telaga) mengisi diriku dan memberi isi kepada orang lain. Dan aku telah menemui saperti apa yang telah ditemui Nabi Musa saperti yang tersebut dalam Quran dan dibawanya berjalan bersama sama.

Hanya bezanya Nabi Musa menemuinya pada pertemuan dua laut dan aku dapat
menemuinya dipertmuan kiri dan kanan. Dan semenjak itu aku menurutinya berjalan
dan aku telah menjadi seorang “Pengembara” ahli musafir.
Dan banyaklah sudah pelajaran yang aku perdapat dan telah dapat pula aku
mengajarkannya.


Kunci Mengunci

Jalan menuju rumah kita yang tadinya tak tahu dengan perantaraan orang yang tahu
yang dianggap sebagai bapak atau guru dengan anak kunci ditangannya memasuki rumah kita dan menuju ketempat dimana kita berada, membawa kita berjalan menembus alam sendiri dan melalui pintu yang telah terbuka atau yang dibukakannya, kita telah dapat keluar dan Dia sebagai pemimpin membawa dan menunjukkan jalan bagi kita untuk mengenal alam di luar alam kita sendiri yang bagaikan samudra yang tak berpantai. Bagi kita yang tadinya terkurung di dalam dan tak tahu jalan untuk keluar, kerana pintu tertutup tak ubahlah keadaan kita saperti burung dalam sangkar, anak kunci dipegang oleh orang luar atau ditangan orang yang tahu atau orang tertentu.

Begitulah setelah kita tahu jalan keluar, pada kita harus ada anak kunci yang kita
perdapat dari bapak atau guru yang telah memasukki rumah kita di luar dengan anak kunci yang ada ditangannya. Dan dengan anak kunci yang ditangan kita, kita akan membuka dan menutup pintu kita, menjaga supaya orang luar (maling) jangan sampai dapat memasuki rumah kita untuk tujuan yang tidak baik.
Dengan penyerahan anak kunci dari guru kepada kita, maka kita perdapat anak kunci itu melalui jalannya ilmu pengetahuan sampai berada ditangan kita.
Banyaklah sudah aku memasuki rumah orang, dengan anak kunci yang ada ditanganku, membuka dan menunjukkan jalan baginya membimbing dan memimpin
membawanya berjalan sejak dari dalam sampai keluar melalui pintu pintu tertentu,
menembus alam sendiri, menembus dinding yang membatasi kita dengan alam Besar untuk mengharungi lautan hidup yang tak bertepi, memasuki ruangan alam di luar alam kita sendiri.

Aku memasuki rumah orang itu atas permintaan mereka sendiri, kerana tak tahu jalannya. Setelah Dia tahu sudah jalannya telah bisa keluar masuk sendiri maka
aku serahkanlah anak kunci ketangannya masing masing dengan petunjuk petunjuk
kemana sahaja Dia pergi atau apa saja yang dilakukan atau diperbuatnya, anak kunci tak boleh ditinggalkan. Bagi ku adalah anak kunci itu anak kunci wasiat, anak kunci Rahsia, anak kunci yang banyak mengandung Rahsia, Rahsia ghaib. Dengan nya terbuka segala pintu dan
begitu pula sebaliknya dengannya pula kita akan menutup segala pintu.

Aku menamakan Alif Lam Mim, kerana bentuk dan rupanya kalau di gambarkan terang dan nyata terlihat atau memperlihatkan Alif Lam Mim.

Kalau aku memegangnya, Dia akan membukakan Rahsianya sendiri, yang mengandung daya tenaga, tenaga ghaib dan kalau aku turutkan jalan nya Dia akan
bergerak dengan sendirinya.


Suatu anak kunci yang ajaib yang banyak mengandung Rahsia Ghaib, menakjubkan dan
mengherankan hati dan fikiran kita. Sekali kita memegangnya dan terbuka rahsianya, makanya Dia akan menakjubkan dan besar kemungkinan kita tak mau melepaskan nya.

Adalah itu suatu anak kunci yang aku perdapat dalam pengembaraan ku. Bagi orang
yang telah dapat menerima anak kunci tersebut langsusng dari tanganku, sudah seharusnya dan semestinya memperhatikan akan anak kunci yang banyak
mengandung rahsia itu, sehingga mendapat pelajaran darinya dan dapat mempergunakannya untuk keperluan sesuatu dan dapat pula mengambil munafaat daripadanya.

Liput meliput

Seluruh badan kita diiput oleh butir butir darah yang mengaliri seluruh batang tubuh sampai meliputi keseluruhannya.oleh kerana butir butir darah kita itu berasal dari zat benda, maka sewaktu waktu kita akan merasa lemah, haus, lapar dan lain sebagainya itu menandakan pada kita, bahawa badan berkehendak kepada isi, saperti haus kita harus minum, lapar kita harus makan dan mengantuk kita harus tidur.

Bagaimana dengan kelenahan Diri yang tak pernah tidur tak makan dan tak minum itu?

Adakah ubat atau santapan bagi Diri yang lemah itu?

Jawabnya mudah, iaitu ada, tetapi
tidaklah saperti makanan yang biasa kita makan atau air yang kita minum. Untuk ini kita
harus dapat mengetahui hakikat dari Diri itu sebenarnya sampai kita dapat mengenal nya.

Diri yang terdiri dari zat zat hidup yang datang dari yang HIDUP lagi tidak mati, mengaliri seluruh batang tubuh kita yang dinamakan orang rohani yang gambarannya saperti jasmani kita, Diri itu bercahaya lagi terang.cahaya yang pudar disebabkan kerana Diri itu diliputi oleh titik titik hitam yang datangnya akibat dari perbuatan perbuatan kita yang dinamakan dosa.

Orang yang telah mengenal dirinya sendiri, apalagi telah dapat menemuinya dan
mengetahui banyak akan rahsianya bisa banyak berbuat dengan dirinya. Pandangan
hidupnya berlainan dengan pandangan hidup orang banyak. Dia tahu menjaga dirinya,
membersihkan dirinya dan mengisi dirinya dan berpendirian.
Diliputinya dirinya sampai meliputi badannya keseluruhan nya sehingga Diri kuat bertahan dan mempertahankan badannya.
Pengertiannya yang mendalam mengenai rahsia dirinya, Dia bisa meliputi Diri orang lain dan Diri orang banyak.

Aku dapat menemui diriku sendiri, setelahnya aku dapat memisahkan antara yang satu
dengan yang lain. Menjadikan amalanku menjadi amal saleh dengan meninggalkan amalan yang bersertakan hawa nafsu.


Diri mendirikan

Mendirikan rumah tidak lah begitu sulit,apa lagi kalau bahan nya telah tersedia.

Adakah orang memperhatikan setelah rumah itu berdiri, apakah yang menyebabkannya kuat?

Sudah tentu lantaran tunggaknya bukan?

Dalam sebegitu banyak tunggak yang mana yang lebih dahulu didirikan?

Tunggak yang pertama yang didirikan itu dinamakan orang
tunggak tua, dab kerana sedudah nya baru menyusul tunggak tunggak yang lain.

Sekarang kita cuba menyelidiki rumah kita sendiri, dimaksud ialah badan dari Diri kita. Bila atau kapan rumah untuk kita itu didirikan, kita tidak tahu, setahu kita rumah tersebut kita berdiam telah ada, kita mendapati barang sudah.

Pada badan kita, hanya ada satu tunggak dan diperkuat kiri kanan oleh apa yang
dinamakan tulang rusuk dan ditambah dua kaki untuk tegak.
Sempurnakan pengetahuan kita, kalau kita telah dapat mengetahui akan keadaan
badan kita dengan alat perlengkapannya yang telah ada?

Kita ketahui sudah rumah kita
terdiri dari bulu-kulit-darah-daging-hati-jantung-limpa-rabu-empedu-urat-tulang-otak
benak, tersusun dengan rapi, sambung bersambung, kait berkait, sehingga merupakan
bentuk kita yang nyata. Kita ketahui sudah rumah kita, sekarang kita bertanya yang
mana aku, dimana tempatku, dudukku dan terdiri dari apa aku?

Kalau aku tidak ada tentu rumahku kosong. Bagi orang yang rumahnya kosong ertinya
dia telah pergi, dia berpulang dan telah meninggal. Dia telah meninggalkan rumahnya, yang tak dapat dan tak boleh didiami orang lain, sehingga rumah itu tak berguna, kerana masing masing telah punya dan harus dikembalikan keasal iaitu ke tanah.

Sudah nyata bentukku, akan tetapi terdiri dari apa aku?

Aku ingin tahu dan dapat aku
merasakan hendaknya akan adanya aku dan dapat pula aku hendaknya merasakan
akan faedahnya badan diriku dan badan diriku dapat pula hendaknya merasakan aku,
menyayangi aku, mencintai aku sehingga dapat aku menerima kasih sayangnya,
cintanya, hibanya sampai perpaduan kasih sayang dan cinta menyintai itu menimbulkan
pengertian yang mendalam antara yang satu dengan yang lain, sehingga jadilah dia
badan ku dan aku adalah nyawanya. Aku akan membawa nya kepintu bahagia, aku akan menunjukkan jalan yang benar baginya, untuk kebahagian kami berdua yang kekal dan abadi.

Aku yang baginya berdiri dengan sendirinya, menganggap aku tak lebih dan tak kurang hanya nyawanya, satu pertanda baginya selagi aku masih besertanya, dia masih hidup dan dikala aku tak lagi besertanya, dia telah mati


Aku tak pernah diikut sertakan nya dalam tindak tanduknya, tindak laku perbuatannya,
yang mana aku menderita akibatnya, dia tak pernah mau mengenal aku. Dan adalah aku sekarang yang telah banyak mendapat pengalaman dalam suka duka hidup, setelah dapat tahu akan keadaan sebenarnya, maka mengertilah saya bahawa
kesalahanku terletak pada salahnya aku memahami hidup dengan yang mati yang ku
anggap hidup dan yang hidup ku anggap mati.

Dan begitulah setelahnya aku tahu didiriku maka dalam segala hal dirikulah yang aku kemukakan dengan mempergunakan otaku.
Aku dirikan diriku sendiri yang telah berdiri itu, aku perbuat sebanyak mungkin dengan diriku.
Aku mendirikan diri ku oleh kerana aku telah menemui jalannya, mengetahui keadaannya dengan menurutkan jejak jalan nya.

Akulah nan tunggal dan akulah nan sebatang dan akulah yang di idam idamkan orang banyak, yang dicari cari orang semenjak berabad abad yang lalu.
Aku katakan aku nan tunggal, aku yang sebatang yang diidam idamkan itu, bukan
Tuhan, Tuhan ku dan Tuhan mu sama sahaja, iaitu YANG MAHA ESA.

Dan aku datang darinya dan aku kembali kepadanya. Akan ku tinggalkan rumahku dan
sepeninggalku akan dikembalikan orang keasalnya, iaitu ketanah.
Walhasil, asal dibalik asal dan perjalanan ku kembali "balik batang”

Banyak sudah orang aku tunjukkan akan dirinya sendiri, memperkembang diri, berjalan
dengan diri, akan tetapi kebanyakan dari mereka belum juga tahu didirinya yang
sebenarnya, walaupun mereka mereka itu dapat merasakannya, mereka menganggap yang terasa itu, baginya ialah senjata, senjata yang ampuh serba guna, untuk bertahan dan untuk menyerang.

Tangkapan yang keliru itu yang menyebabkan mereka sering kandas, mereka tidak
puas dan merasa belum mencukupi. Mereka masih mencari dan mencari juga lagi, mereka sentiasa berasa kekurangan. Dan aku pun tidak puas kepada mereka mereka
itu. Kerana penerimaannya akan pemberian ku menjadi pemecahan baginya, pada hal
mestinya untuk mencapai tujuan, hendaklah kita mengadakan pemisahan.

Pemecahan dan Pemisahan amat jauh perbezaannya.Dan begitulah aku setelah dapat memisahkan antara yang satu dengan yang lain, tahulah aku yang mana yang badan dan mana yang diri.

Aku berdiri di diriku dengan menyayangi dan menyintai badanku.


Kuasa Menguasai

Siapakah yang berkuasa diantara kita?

Badankah yang berkuasa atau diri atau dirikah yang berkuasa atas badan?

Yang pasti ialah badan mengandung diri dan diri
terkandung dalam badan.
Kenyataanya keluar badan menguasai kita. Akan tetapi alangkah ganjilnya rumah yang
menguasai penghuninya, sedangkan yang punya rumah tak berkuasa atas rumahnya.
Akibatnya salah anggapan dan pandangan hidup yang salah. Dia bercermin kepada
badannya, bukan kedirinya, akan tetapi terhadap orang lain dia bercermin Kediri orang.

Tak salahnya kalau dia merasa rendah diri orang lain Untuk ini selain kita harus memperbesar diri, kita harus juga merubah pandangan. Kalau selama ini badan yang menyelubungi diri yang di kemukakan, kita harus merubah dengan dirilah yang dikemukakan dengan mengikut sertakan badan. Selama ini badan yang kemukakan dengan pergerakannya sendiri dengan tidak menghiraukan diri sendiri.

Orang yang tak tahu didirinya, tak berpendirian dan amat mudah dipengaruhi dan
dikuasai orang lain.

Apa ertinya kita, kalau seluruh keadaan kita dikuasai oleh orang lain. Dari itu belajarlah mengenal diri dan mengetahui rahsia diri, supaya dapat merubah pandangan hidup.


Diri seharusnya meliputi badan keseluruhannya dan kalau perlu sanggup menguasai seluruh keadaan sekeliling kita, bahkan lebih dari itu. Bagi diri adalah segala sesuatunya, jauh tak berantara dekat tak berbatas, bagi badan jauh diturut dekat dijangkau.

Membawa diri ada dua jalan, yaani bagi orang yang telah dapat mengenal dan menemuinya.

Pertama : Pada diri ada jalan, kalau badan membawa diri berjalan untuk keperluan sesuatu, maka jalan dirilah yang akan diturutkan. Sebab diri lebih tahu dari kita sendiri.
(ingatlah akan perjalanan nabi Musa dengan nabi Haidir)

Kedua : Diri yang telah meliputi keadaan kita keseluruhannya, berjalan sendiri pada jalannya dan membawa dan memperguna kan segala yang ada sebagai alat untuk mencapai tujuan.

Selagi selubung atau tabir atau dinding dengan apa yang ada padanya, dia sanggup menembus nya, apalagi kalau pintu telah terbuka.

Diri yang diliputi dan meliputi tak akan dapat dikuasai orang lain bahkan sebaliknya diri dapat menguasai orang lain dan keadaan sekeliling.


Kalau terjadi perang tanding untuk kuasa menguasai, maka yang kuat yang akan menang, kekuatan ada pada kebenaran.
Dan MAHA KUASA IALAH TUHAN.

Kesimpulan:

Kalau diri telah ditemui, maka segala tindak laku perbuatan kita hendaklah dengan diri, sebab diri itulah yang banyak tahu, yang banyak mengandung Rahsia dan Rahsia Tuhan ada padanya.

Dan aku mengadakan pengakuan untuk mendapat pengakuan. Aku adakan pengakuan terhadap Tuhan, tiada yang lain ku sembah, melainkan Allah dan aku adakan pengakuan terhadap Muhammad Rasul Allah dengan membaca sebanyak munkin dua
kalimah syahadat.

Kerana bagi ku adalah hikmah yang terkandung dalam dua kalimah syahadat itu antara lain ialah:

“PENGAKUAN (KESAKSIAN) – PANGKAT dan MURTABAT"

Kata pengakuan terhadapnya aku lafazkan tiga kali berulang ulang iaitu pertama pengakuan dariku, kedua dari diriku, dan ketiga dari badan ku.

Dari siapa pengakuan itu akan aku nantikan?

Sudahkah aku mendapat Pengakuan dari Tuhan?

Aku insaf, aku sadar, bahawa adalah aku manusia biasa dan pengakuan aku harapkan dan nantikan dari orang banyak, dari cerdik pandai, dari orang berilmu, dari Alim Ulama.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“KATA – KU”

Kata ku : A – ku – Badan – ku – Diri – ku
Aku datang dari Allah, Badan dijadikan dari tanah, Diri mendatang kemudian.

Mula pertama aku diciptakan sampai berupa dan bertampan dan berujud oleh Yang Maha Kuasa. Dijadikan dari tanah, itulah badanku kemudian ditiupkannya “Roh” ke
dalam batang tubuhku. Yang meniupkan Tuhan.

Maka terdirilah “Aku” yang mendirikan Allah. Dan berdirilah aku dengan sendirinya.

Dengan adanya “A” ku maka hiduplah badan diriku. Dan jadilah aku menjadi manusia hidup, oleh kerana ada yang menghidupkan ku.

“A”ku datang dari Allah. Badanku dijadikan dari tanah, Allah Tuhan ku, meniupkan Roh dalam batang tubuh ku, maka berdirilah A-ku.

Aku sebenarnya adalah “Roh”
Aku diberi Tuhan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung untuk mencium bau bauan, lidah untuk merasa, otak untuk berfikir, akal untuk menimbang “neraca”
Semua anugerah Tuhan itu tempatnya pada bahagian teratas dari badanku, iaitu
dikepala ku.

Dan didudukan aku dalam sebuah rumah yang berisikan alat perabut yang serba
sederhana, tetapi sangat berguna, saperti : hati-jantung, limpa, rabu empedu dan tempatnya di dalam dadaku dan diberinya aku perut beserta isinya yang berpusat dan
mengandung banyak daya guna dan mempunyai alat pelepasan untuk membuang
empasan atau kotoran.

Dan pada bahagian belakangku yang dinamakan punggung dan pinggang berisikan
pula alat alat saperti buah pinggang yang menghasilkan bibit bibit tunas saringan dan
saluran yang menyalurkan air kencing dan bibi bibi tunas melalui alat yang tertentu
pula. Dan diberinya aku kaki tangan untuk menyampaikan tujuan, keinginan dan kehendak lahir. Dan begitulah pemberian Tuhan kepada ku yang garis besarnya terdiri dari : bulu kulit, darah – daging – hati – jantung – limpa – rabu – empedu – urat – tulang – otak benar, disusun dan diatur oleh Yang Maha Penyusun lagi Maha Pengatur, suatu
susunan dan aturan yang patut menjadi bahan pelajaran bagi kita untuk ditiru sebagai perumpamaan.

Dan begitu pula seluruh batang tubuhku dibalut dengan apa yang dinamakan kulit.
Yang di tumbuhi bulu diatasnya, salah satu dari panca indera kita untuk dapat merasakan apa yang dapat dirasakanya.


Satu pemberian dari Tuhan Yang Maha Pengasih lagi penyayang yang patut disyukuri.

Aku yang berbadan dan berdiri menjalankan kehidupan sendiri di dalam dengan tidak banyak mendapat halang rintangan, akan tetapi perjalanan hidupku di luar yang dibawakan oleh badanku, tidaklah dapat menyenangkan aku, bahkan kebanyakan hasil kerjanya menyebabkan aku mengeluh oleh kerana aku menderita dibuatnya.

Jalan kehidupan yang dibawakan di luar, tidak ada pegangan, suatu perjalanan yang meraba raba dalam gelap gelita yang lebih banyak membawa akibat tidak menguntungkan daripada menguntungkan.

Dimana letaknya kesalahannya. Segala kesalahan terletak pada ketidak tahuan apa erti hidup yang sebenarnya dan terlampau banyak melihat kehidupan di luar.

Memang semenjak dari dulu kala kebanyakan menusia tidak beruntung hidup di sebab kerana salah memahamkan erti hidup yang sebenarnya. Telah lama kehendak badan diturutkan dan jarang didapat kehendak hati, akibatnya badan sengsara.

Bagaimana menurutkan kehendak hati?

Kalau kehendak hati yang diperdapat, pasti akan memuas kan kepada perasaan badan dan Diri. Kehendak badan yang susah di perdapat kebanyakan membawa keciwa kepada Diri, kerana kehendak badan sangat banyak tak habis habisnya. Dapat satu mau satu lagi, dapat satu lagi mau lagi dan begitulah seterusnya. Maka
inilah yang dinamakan kehendak hawa nafsu yang tak pernah merasa puas.

Sedangkan kesanggupan badan untuk mencapai kehendak yang banyak itu tidak ada. Pembawaan badan yang salah itulah yang menyebabkan kita manusia tidak beruntung.

Munkinkah Diri sanggup menyampaikan kehendak hati?

Kalau mungkin bagaimana
caranya Diri membawakannya?

Pembawaan badan berlain dengan pembawaan Diri.

Badan yang selama ini tak pandai membawakan Diri, merasa rendah terhadap orang
lain, kerana dia berkaca kebadan nya dan bercermin kepada kelebihan orang lain.

Badannya yang dianggapanya dirinya dan begitu pula terhadap orang lain, kelebihan
orang diambilnya sebagai ukuran. Oleh kerananya dengan sendirinya dia berasa kekurangan dari orang lain.

Kelebihan orang berlain lain pula, ada kerana pangkatnya, kedudukannya, kekayaannya, ilmu pengetahuannya dan lain sebagainya. Maka adalah kesemuanya yang disebutkan itu tembahannya, datangnya dari luar dan tidak kekal.

Dan bagaimana dengan dirinya?

Adakah mereka merasa puas dengan keadaannya itu?

Cubalah bertanya kepada orang orang yang punya kelebihan saperti yang disebutkan di atas itu.

Kalau mereka berilmu dan berpengetahuan, maka ilmu dan pengetahuannya di
pergunakanya untuk memperbesar, memperkaya, memperelok badannya sendiri
jarang dipergunakannya untuk kebaikan bersama atau umum.
Orang yang tahu didirinya tak perlu berasa rendah terhadap orang yang punya kelebihan itu. Sikap hormat dan menghargai tak di bawakan untuk menunjukkan kehalusan budi pekerti kita terhadap seseorang. Itu pun tak boleh berlebih lebihan apa lagi sengaja di buat buat.

Apa yang dikehendaki Diri dari kita?

Yang dikehendaki Diri ialah penyerahan, penyerahan keseluruhannya, supaya dia biasa bebas berbuat. Serahkan lah seluruh badan kepadanya, sehingga dia yang berbuat. Serahkanlah seluruh badan kepadanya, sehingga dia yang menguasainya dan supaya dapat dia merasakan keadaan badannya
sendiri.

Ketahuilah bahawa kehidupan Diri kita di dalam terbatas oleh bulu dan kulit kita, oleh kerana badan tak mengetahuinya dan tak pernah mau mengenalnya, maka pintu untuknya keluar senantiasa tertutup. Badan terlampau berpegang kepada kenyataan, kepada yang ada.

Walaupun dia mengetahui bahawa padanya ada Diri yang letaknya di dalam batang
tubuhnya, maka anggapannya pada dirinya sendiri itu seumpama barang mati, passif
tidak aktif. Pada hal kerana badanlah makanya Diri itu diadakan. Kerana burunglah
makanya sangkar dibuat.
Diri yang patut di kenal itu berdiri dengan sendirinya bagi badan, memberi daya hidup kepada badan kita di dalam dengan mengaliri seluruh batang tubuh kita menurut jalannya aliran darah kita. Dia mengandung daya tenaga yang ada pada badan yang dinamakan tenaga ghaib yang tak bisa dilihat.

Untuk dapat mengenalnya dengan lebih dalam, Diri harus dapat menembus dinding
yang membatasinya dengan alam luar dan keluar melalui pintu pintu tertentu. Ini akan kejadian setelah kita dapat merubah pandangan hidup yang kalau tadinya badan yang dianggap kita, setelah kita dapat menyerahkan badan kita padanya sampai badan tadi
telah menjadi kepunyaannya, maka dirilah yang menjadi kita, iaitu Diri yang berbadan. Diri akan membawa badan bergerak dengan menembus alam sendiri dan lambat laun tetapi pasti akan dapat merasakan yang bahawa pintu baginya telah terbuka, iaitu yang dapat benar kita merasakannya ialah melalui hujung jari jari, hujung kuku kita.

Padanya ada jalan, iaitu jalan sendiri di dalam dan kalau kita dapat menemui jalan itu dan kita
cuba menuruti jalannya, maka dengan beransur ansur rahsianya akan terbuka dan dapat dimengerti.

Jalannya berisi dan isinya menghendakki penelitian kita lebih mendalam, untuk dapat mengambil menafaat dari padanya.

Aku mengatakan jalan itu adalah memberi hikmat, tidak dimurkai dan tiada pula sesat.

Kita yang diluar (badan) dapat belajar daripadanya dengan menurutkan jalannya. Untuk
ini aku ingatkan kepada kesah perjalanan dua orang Hamba Allah, iaitu Nabi Musa dan
Nabi Haidir.

Nabi musa dapat menemukannya dengan petunjuk Tuhan, dipermukaan dua laut dan aku dapat menemuinya dengan petunjuk Quran diwaktu dapat membaca kesah perjalanan kedua orang Hamba Allah itu, dipertemuan permukaan kiri dan kanan.

Dan begitulah aku dapat menemukan jalan diriku sendiri. Aku kemukakan diriku dengan
menghemat kepada tenaga lahirku yang lemah, badanku tak kuat, punggungku cacat
sesudah mengalami dua kali pembedahan. Aku mempergunakan tenaga baru yang selama ini bagi ku terpendam dan belum
pernah aku mengenalnya secara langsung. Aku kasihan kebadanku yang telah banyak menjalankan kehidupan dengan telah banyak pula pengalaman, akan tetapi tak banyak menghasilkan.

Aku teringat hari tua ku, masa depanku dan hari terakhirku dan apa yang akan ku
persembahkan kepada Tuhanku nanti. Aku ingin hidup untuk lebih lama lagi, kalau boleh untuk seribu tahun lagi. Kerana apa, yah, kerana aku banyak menemui dan mendapat tenaga tenaga baru yang akan ku pergunakan untuk tujuan hidup dengan tidak menyusahkan badanku sendiri dan orang lain.

Ini aku perdapat setelah aku dapat menemui dan mengenal diriku sendiri yang banyak
mengandung rahsia itu. Kumpulan tenaga-tenaga baru yang ada di diriku itu adanya
tidak terbatas, kerana selain yang ada padaku sangat banyak adanya di luar. Dan pada diriku ada jalan untuk menghubungi tenaga-tenaga yang banyak di luar itu.

Dan begitulah pula aku yang tadinya terlampau percaya kepada kenyataan, kebendaan kepada kesanggupan badan dengan tidak mengindahkan diri, semenjak aku dapat menemui dan mengenal diriku yang banyak mengandung rahsia itu, menjalankan kehidupanku dengan mempergunakan jalan diriku untuk tujuan sesuatu, dengan pengertian dirikulah yang berbuat dengan mengikut sertakan badanku. Dan dalam
pada itu tenaga badanku tidak banyak berbuat.

Aku perbaiki kesalahan yang diperbuat oleh badanku selama ini dengan diriku yang berbuat sebagai amalanku. Banyak sudah diriku berbuat dan banyak pula sudah orang mendapat hikmatnya dari perbuatan diriku itu tak kurang pula orang yang mendatangiku untuk memintak sesuatu padaku. Mereka-mereka yang mendatangiku ingin
mempunyai seperti apa yang telah kupunyai. Dan aku berikanlah apa yang ada
padaku, di diriku, sayang banyak di antara mereka-mereka tidak mengerti dan salah tangkapan.

Kalau tadinya aku berat keluar, maka dengan pembawaan diriku dengan berdiri di diriku, maka aku jadi berat ke dalam. Oleh kerana nya aku lebih senang tinggal dalam rumah daripada berpergian tak tentu arah tujuan dan perasaanku bertambah lebih
senang lagi di waktu aku duduk sendiri dengan menyendiri. Dan di waktu itu banyaklah yang aku perbuat dan perdapat. Oleh amal perbuatan diriku itu aku mulai dikenal orang dan berubah pandangan orang yang telah kenal padaku tadinya dan tak kurang pula banyaknya orang yang kenal namaku kerana banyak disebut orang, akan tetapi tak kenal rupa dan bentukku. Ini oleh kerana pembawaan diriku yang lebih suka tinggal di rumah. Dan akibatnya bermacam pula penilaian orang terhadap badan diriku.

Dan bagiku sendiri membawa akibat juga, kadang-kadang dengan tidak aku sedari, aku
sudah begitu jauh tenggelam dengan diriku sampai aku lupa kepada kewajipan lahirku
dan kebanyakan perbuatan orang, banyak tidak aku sukai. Tempo-tempo aku harus
menyesuaikan diriku dengan orang lain, supaya ada saling pengertian. Perbuatan seperti ini bagiku suatu kemunduran.

Aku yang telah duduk di Universiti (facultas) tempo- tempo dipaksa untuk berfikir cara di tingkatan S.M.P., kadang-kadang di sekolah Dasar dan tidak kurang pula menjadi seorang yang tak bersekolah kalau aku berhadapan dengan orang yang buta huruf. Aku yang telah tahu di diri dan yang berbuat dengan orang yang berpendirian pada
badan kepada kenyataan, kepada kebendaan untuk mencapai tujuanku dan tujuan
orang yang mendatangiku harus menurut dulu aliran fikiran orang-orang itu dan setelahnya ada persesuaian maka ku masukkan lah aliran ku yang tak ada padanya.

Mereka-mereka mendatangiku oleh kerana berasa berkekurangan dan menganggap
apa yang dibutuhinya itu ada padaku. Kedatangan mereka itu untuk keperluan sesuatu, bagiku tandanya ada kelebihan padaku dan aku memberinya dengan tidak merugi dan merusak kepada diriku sendiri.

Mereka-mereka baru duduk di tingkatan nol (kosong) dan aku telah di tingkat III. Ada pula yang telah duduk di tingkat I, ini menurut perhitunganku sendiri dan ada pula yang telah duduk di angka 11, 12, 13 dan lain sebagainya. Perhitungan sebelas bagiku telah lebih dari cukup, tetapi masih kurang, kerana belum mencukupi.

Satu bagiku adalah aku, dua diriku (hamba), tiga badanku (saya) Esa – Tuhan.

Sebagai seorang manusia saya harus berjuang untuk mendapatkan kebutuhan hidup,
oleh kerana saya mesti makan, minum, berpakaian bergaul, berumahtangga dan lain
sebagainya. Saya harus mempelajari diri sendiri sampai dapat mengenalnya untuk supaya jangan terlalu susah hendaknya menjalani kehidupan dan mengisi kebutuhan lahiriah dan batiniah.

Saya harus menyederhanakan kehidupan saya, berhubung dengan sederhananya
keadaanku, seperti yang dicontohkan Tuhan kepada apa yang ada pada badanku alat-
alat yang serba sederhana.
Saya harus merubah corak kehidupanku, kerana keinginanku ketenangan dan kedamaian.
Ketenangan dan kedamaian aku perdapat di diriku. Bersama dengan “nya” pula aku temui pula jalan hidup yang sebenarnya.
Dan dengan jalan yang telah menjadi kepunyaanku itu, hamba berjalan mengharungi lautan hidup yang maha luas dengan tenang dan damai.

Hamba berjalan sebagai seorang musafir yang berkelana kian ke mari, menjalankan tugas terhadap Tuhan, terhadap badan diriku sendiri kerana seluruh tindak laku perbuatanku, ku jadikan amalanku.

Hamba melakukan perjalanan seorang diri, dengan badan, bersama- sama dengan
orang lain melakukan perjalanan yang jauh kataku tetapi dekat.
Hamba memberi dan sentiasa memberi dan menerima untuk badan. Hamba hidup dan
sentiasa hidup oleh kerana ada yang menghidupkan Hamba yang dihidupkan tadi
menghidupkan pula, terutama badanku sendiri. Hamba berjalan terus dan terus berjalan. Hamba berjalan sampai di batas. Di mana
batasnya hamba tak tahu, kerana belum terbayang lagi dipeluk mataku. Rasanya masih jauh. Dan sudah jauh pula hamba berjalan tetapi hamba tidak merasa payah. Kerana apa, kerana jalanku memberi nikmat lagi berisi.

Bukankah aku terkandung di
dalamnya?

Dia aku senangkan aku biarkan dia berbaring, istirehat dan aku berjalan terus dengan tidak meninggalkannya. Seperti perjalanan seorang Hamba Allah yang tak banyak dapat orang mengetahuinya. Telah ku uraikan siapa saya dan siapa pula hamba, Dan aku, siapa “AKU”? Aku adalah tetap aku. Aku nan sebatang, nan Tunggal, berdiri dan berbadan. Aku dengan badan dan diriku adalah Manusia.
Badanku tanpa aku adalah seumpama mayat. Dan diriku timbul oleh kerana adanya
aku pada badanku. Dia timbul setelah aku ada di dalam badanku. Aku adalah Pelita dalam rumahku sendiri.

Dikatakan ada aku tidak ada. Dikatakan tidak ada aku ada. Keadaanku dalam tiada. Ada dalam sebutan, tidak ada dalam kenyataan. Aku bernama dan namaku setelah jadi manusia ialah Bagindo Muchtar


pemberian dari ayaku dan hasil perpaduan dari ibu bapakku dengan izin Tuhanku.
Pertemuan dari dua titik. Ibu bapaku yang berasal dari tetesan air yang memancar dari ibu bapaknya pula tadinya, telah memancarkan dan meneteskan aku pula. Aku tak tahu bilamana aku dijadikan. Yang aku ketahui aku sudah jadi, aku sudah ada.
Dan aku telah dewasa dan menjalankan kehidupan sendiri. Pengalaman perjalanan kehidupanku yang menyebabkan aku ingin mengetahui aku yang sebenarnya. Dan begitulah setelah aku banyak mengadakan perjalanan keluar daerahku, sedangkan yang aku cari tak pernah bertemu, maka aku mulai mempelajari ke-ada-an ku, badan diriku.

Dalam perjalanan keluar aku pernah rasanya mendarat di sebuah pulau yang ada
lampunya. Aku dapat mendarat di sana setelah melalui badai topan, laut yang bergelumbang dan beralun dan aku tertarik akan cahaya lampu yang ada di sana.
Aku naik ke darat selangkah demi selangkah aku langkahkan kakiku menuju lampu yang kelihatan dari jauh itu. Alangkah takjubnya aku sewaktu aku berada di bawahnya.

Di sana rupanya lampu itu tak pernah mati melainkan hidup terus. Hanya dari jauh kelihatan nya hidup mati. Aku ingin hendak mengetahi rahsianya. Dengan penelitian yang seteliti-telitinya dapatlah aku mengetahui akan sebab-sebabnya lampu tersebut
dari jauh kelihatan hidup mati.
Di SANA lampu itu hidup terus dan pada keliling lampu ada bola yang kaca sebelah
bahagian dihitamkan dan bahagian lain dibiarkan begitu sahaja dan bola itu berputar
terus, sehingga bagi orang yang melihat dari jauh pada giliran putaran gelap lampu itu
mati dan pada giliran yang tidak diapa-apakan hidup dan begitulah seterusnya.

Aku memandang ke jurusan lain, maka tak jauh dari menara lampu itu ku lihat sebuah rumah dengan dilingkari kawat berduri sekeliling nya. Pada himatku tentu ada orang yang menunggu rumah tesebut. Dengan perlahan tapi
pasti aku langkahkan pula kakiku selangkah demi selangkah menuju ke rumah itu. Aku dapat menemui pintu untuk masuk ke dalam perkarangan rumah itu, sambil melihat orang penunggunya.
Dengan ucapan salam yang keluar dari mulutku, aku tingkat rumah itu melalui anak tangga dan sampailah aku ke atas rumah tersebut. Salamku tidak dapat jawapan dan aku lakukan berulang-ulang mengucapkan salam, tiada yang menyahut.

Aku sampai di muka pintu untuk masuk ke dalam, dengan takku sedari pintu ku tolakkan, pintu terbuka dan kelihatan olehku apa yang ada di dalam bahagian muka rumah itu yang merupakan satu kamar, namun orang yang kucari tak juga nampak. Tanda-tanda banyak menunjukkan pada ku bahawa tak boleh tidak tentu misti ada orang yang menghuni rumah itu. Aku melangkah terus ke dalam dan aku sampai pula kepada sebuah pintu.

Tanganku membuka pintu itu pula dan aku berada dalam kamar lain. Dan apa yang nampak olehku belum pernahku lihat, tidak ada di daratan. Namun orang yang kucari
tidak juga ketemu. Aku teruskan perjalananku menurutkan gerak langkah kakiku, aku sampai ke dapurnya, kamar mandi dan sumur airnya tak pernah kering. Namun aku tak juga bertemu dengan orangnya. Aku kelilingi pulau itu, kalau-kalau orang yang kucari lagi memanjat atau mencari kayu bakar. Dia yang kucari takku jumpai. Dalam pada itu, aku sampai kembali di tempat perahuku mendarat. Hari berembang petang juga. Aku tak putus asa. Aku duduk merenung dan merenung sambil
memikirkan ke mana gerangan penghuni pulau itu.

Tiba-tiba antara sedar tak sedar dalam lamunanku aku mendengar suara yang
bunyinya: “Hai anak, apa yang kau nantikan, siapa yang engkau tunggu. Ketahuilah olehmu bahawa yang kau tunggu dan nantikan itu tak akan kunjung datang. DIA ada tetapi TIADA, ke-ADA-annya dalam tidak ada, tidak berupa tidak bertampan, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dengan izinNYA jua maka engkau sampai di sini.

Sekarang kembalilah engkau ke rumah tadi, hari sudah petang jua, sedangkan engkau harus kembali. Aku sedar dari lamunanku, masih teringat- ingat di telingaku kata- kata “apa yang engkau tunggu dan apa yang engkau nantikan. Yang engkau tunggu dan nantikan itu tak akan
kunjung datang. DIA ada tetapi TIADA, ada dalam sebutan tidak ada dalam kenyataan, kerana tidak berupa dan bertampan dan lain sebaginya.”

Benarkah aku sudah berada DI SANA?

Aku ingat, aku hendak mencari nya aku akan mengadukan halku dan minta keadilan mengenai peristiwa-peristiwa yang terjadi atas badan diriku belakangan ini, yang aku merasa tidak patut. Aku melangkah kembali,
tetapi pasti, menuju ke rumah yang telahku masuki tadi. Aku naiki kembali rumah itu, aku masuki kamar maka dengan memperhatikan akan isinya dan seterusnya memasuki kamar lain.
Aku berfikir, apakah yang akan kuambil untuk dibawa ke daratan?

Segala apa yang ada di situ ku mau semuanya, akan tetapi bagaimana aku akan membawa, perahuku kecil. Aku merenung dan merenung sambil memandang dan berfikir juga apa yang akan kuambil. Kembali aku mendengar suara : “Hai orang muda, lekaslah, ketahuilah
olehmu matahari sudah hampir terbenam menandakan malam hampir tiba, kau bersegeralah untuk kembali kalau tidak nanti engkau tak tahu jalan.

Aku perhatikan dan perhatikan lagi apa yang akan kuambil, maka terpandanglah aku
kepada sebuah anak kunci tersangkut di dinding rumah itu, maka aku ambillah anak kunci tersebut: dengan pengharapan dengan anak kunci di tanganku aku akan bias membuka pintu segala pintu, jalan segala jalan untuk pulang pergi ke tempat itu di kemudian hari kelak. Dan anak kunci itu aku masukkan kedalam kantungku. Aku fakir lagi masih bias lagi yang akan kubawa. Aku pandang dan menilik, maka kelihatan olehku gumpalan
gulungan tali yang berlingkar dan berpusat dan hujungnya terjuntai keluar. Aku tarik hujung tali itu dan tali itu menghulur lagi menghulur, denganya aku terjun ke bawah dan aku sampai kembali ke daratan.

Aku sedar sesedarnya, aku masih ingat segala kejadian itu. Aku kembali tidak dengan perahu yang kecil yang bertahun-tahun lamanya makanya aku sampai ke SANA. Aku kembali dengan hujung tali yang berpusat ke SANA dan perjalanan itu tak banyak memakan waktu. Sampai sekarang anak kunci itu masih ada padaku. Aku berfikir di kala itu, mungkinkah orang dapat mempercayaiku kalau aku ceritakan tentang yang kualami itu? Begitu pula bagi orang daratan yang belum pernah melihat lampu di sebuah pulau kalau dikatakan bahawa lampu yang kelihatan hidup mati itu dari
daratan di SANA tidak mati, melainkan hidup terus, tidak akan mau begitu sahaja
mempercayainya sebelum mereka sampai pula suatu ketika ke pulau itu dengan
melihat dengan mata kepala sendiri.

Sampai sekarang anak kunci yang kuperdapat itu telahku perbanyak. Dan banyak pula orang yang telah menerima kunci dariku itu tidak pandai mempergunakannya.
Bagiku, dalam bilangan adalah -1 – 1- - 100 – 1000 namanya cukup. Dari cukup
hendaklah kita mencari supaya bisa mencukupi. Banyak orang mencari untuk mencukupi dan bermacam-macam pula caranya orang mencari jalan untuk mencukupi itu. Begitulah makanya banyak orang, oleh kerana tak tahu jalan yang sebenarnya kian ke mari mencari untuk mencukupi, kejadiannya bukan mencukupi diperolehnya melainkan walaupun sudah banyak, tetapi yang cukup yang telah menjadi kurang, umpama yang satu telah menjadi 9 – 39 – 999 dan seterusnya. Dan untuk mencari
yang hanya satu untuk mencukupi kembali yang kurang, susah orang mendapatinya.

Kebanyakan terjadi, dicari “satu” didapati dua, tiga, empat dan seterusnya, seolah-olah perbuatan kita disuruh mencari lagi dengan bekerja keras membanting tulang untuk
mencukupi. Kalau begitu terus-terusan, bila masanya kita akan dapat mengecap
nikmat hidup di dalam dunia yang indah lagi elok ini?

Pengalamanku menunjukkan padaku, aku mencari untuk mencukupkan aku perdapat
bukan di luar, melainkan di dalam, iaitu di diriku sendiri. Dan aku keluar mencari
kelebihan untuk kupergunakan. Aku cukupkan badan diriku lebih dahulu dengan apa
yang ada padaku, sudah itu aku
bawa badan diriku mencari “kelebihan” keluar. Dan dengan kelebihan-kelebihan yang
kuperdapat dan sentiasa bertambah terus oleh kerana tindaklaku perbuatanku dalam
perjalanan. Aku keluar mengharungi lautan hidup yang maha luas dengan tenang
aman dan damai. Oleh kerana itulah makanya aku katakana, aku ingin hidup untuk seribu tahun lagi dalam bidangku dan aku jalankan kehidupanku sebagai seorang pengembara yang musafir. Kalau boleh aku akan mengtakan: “Cukupkanlah lebih dahulu yang telah cukup dan dengan telah dapat dan pandai mencukupkan itu, carilah kelebihan yang biasa diperdapat di luar, di luar badan diri kita, di alam yang maha luas
ini. Kalau tak dapat di tempatmu sendiri, di kampungmu, di negerimu, carilah di tempat
lain, di negeri lain, walau di benua China sekalipun. Kalau kelebihan telah diperdapat janganlah pergunakan kelebihan itu untuk menyombong diri yang mendatangkan takbur yang menyebabkan kita lupa kepada diri sendiri.

Pergunakanlah kelebihan yang ada padamu itu untuk kebaikan dan membaikan, sehingga menyenangkan orang hendaknya dan orang dapat menghargai kita dan dapat mengikut kelebihan kita itu. Aku telah berjalan dengan badanku dan apa yang telahku perdapat akan hasilnya, aku
sentiasa merasai tidak puas dan selalu mahu lagi. Aku telah berjalan dengan diri dengan mengikut sertakan badanku dan telah banyak diriku berbuat dan kebanyakan hasilnya memuaskan
Ku, akan tetapi aku masih mahu
lagi.

Perbezaan yang ku perdapat dari kedua perjalanan itu, walaupun masih sama- sama
mau lagi, ialah dengan perjalanan yang pertama kedudukan dan pangkat serta harta benda yang ku perdapat sentiasa tidak memuaskan aku, sungguhpun orang memandang dan menganggap aku telah mempunyai. Dengan perjalananku yang kedua yang telahku lakukan ialah perjalanan yang menghasil kan kebaikan bagiku dan
membaikkan bagi orang lain, menyebabkan aku mahu lagi. Dan aku merasa tidak puas
dan belum puas, oleh kerana yang pertama baharu badanku yang berbuat dan kedua diri serta badanku yang melakukan dengan diriku yang kemuka.

Aku ingin aku sendiri yang berbuat hendaknya, aku sendiri yang kemuka dengan
mempergunakan badan diriku. Untuk ini aku harus menemui aku yang sebenarnya.

Jalan untuk itu telah ada padaku dan anak kunci wasiat untuk segala pintu telahpun
kupunyai dan aku harus dapat menemui “A” – ku yang sebenarnya. Dalam perjalanan menuruti rasa perasaan yang sudah-sudah aku pernah pula
mendapatkan pengalaman yang tak diduga-duga. Aku berjalan berombongan, kalau di Mekkah barangkali berkafilah dan dalam rombongan aku itu, aku jadi pemimpin, kerana aku yang paling di muka berjalan.

Dalam rombongan itu tak ketinggalan pula ikut anak kandunganku. Kami berjalan dan
terus berjalan di mana petang, di mana bermalam dengan datang haus minum, lapar
makan, ngantuk tidur. Kami berkumpul, kami mengaji, kami berlatih, kami bergerak lain
sebagainya

Tahukah mereka-mereka itu hendak ke mana mereka-mereka itu aku bawa?

Aku pun tak tahu, apa lagi mereka-mereka itu. Yang terang aku lakukan di perjalanan, kalau ada orang kehausan, kami beri seteguk air untuk melepaskan dahaja. Dan kami berjalan terus dan terus berjalan. Orang mengatakan berjalan sampai ke batas, belajar
sampai ke pulau. Dan bertahun-tahun pula sudah lamanya kami berjalan. Ada yang begitu sahaja keluar dari rombongan kami dengan kembali ke pengkalannya, ada pula yang meninggal dalam perjalanan dan tak kurang pula memasuki barisan kami untuk
ikut dalam rombongan kami berjalan dan aku berjalan terus di muka.


Ada yang berjalan dalam kelesuan dan tak kurang pula berjalan dengan aku dengan
penuh keyakinan dan tekun. Dan begitulah di perjalanan yang telah memakan waktu bertahun-tahun itu aku sampai pada suatu batas, yang tak ada jalan bagiku untuk meneruskannya.

Aku berhenti berjalan dan di balik tirai besi sebagai batas perjalanan ku itu, aku melihat suatu pemandangan yang indah lagi menarik. Seolah-olah suatu kebun di mana berdiri sebuah rumah sebagai istana dengan pohon-pohon yang rendang daunnya dengan berbuahkan buah-buahan yang lazat citarasanya. Di tengah kebun mengalir sebuah sungai yang amat jernih lagi sejuk mendatang kan keinginan bagi musafir untuk meminumnya apa lagi kalau dapat berkecimpung di dalamnya.
Aku melihat dan melihat dan di mukaku, ku lihat sebuah pintu untuk masuk dengan bertuliskan di depannya: “Hanya untuk satu orang dan orangnya ialah yang paling lebih dahulu sampai”. Untuk itu, orang harus melalui satu titian, titian yang hanya untuk satu orang pula.

Setahuku waktu itu rombongan ku lah yang mula-mula sampai di sana dan akulah orang yang mula-mula sampai. Jauh di sana ….. di kejauhan aku lihat banyak pula rombongan-rombongan lain lagi melakukan perjalanan pula. Ke mana rombongan mereka-mereka itu aku tak tahu, tetapi mereka masih jauh lagi.

Aku melihat ke rombonganku yang belum begitu banyak termasuk anak kandungku.
Semuanya pada melihat padaku dan kataku padanya.
“Anak-anakku sekelian, pengikut-pengikutku, ketahuilah olehmu, bahawa kalau kita
melihat ke muka seolah-olah perjalanan kita ini telah sampai di batas. Sampai di sini sahaja gerangan kau kubawa berjalan?

Lihatlah ke pintu itu di mana tertulis yang mana kamu semuanya dapat membacanya. “HANYA UNTUK SATU ORANG” dan orangnyalah yang paling dulu sampai”. Dalam hal ini nyata sudah orangnya ialah “aku”,
kerana cubalah engkau lihat ke sana sambil aku menunjuk ke jurusan lain, selain dari rombongan kita, belum ada rombongan lain yang lebih dahulu dari kita sampai di sini.

Keinginanku sangat besar untuk selama-lamanya bersama kamu, akan tetapi apa yang kulakukan sekarang?

Aku merasa kuat sekali tarikan dari dalam tirai besi itu untuk
memasukinya, tak sanggup aku menahannya. Jangankan kalian, anak kandungku sendiri tak dapat aku membawanya.

Aku harus pergi menurutkan tarikan ini dan engkau sekelian akan saya tinggalkan di sini bersama anak kandungku dan kepada ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang semoga aku dapat kembali kepadamu semuanya dan bersama-sama kita kembali mencari jalan lain untuk meneruskan perjalanan kita yang berisi ini, aku yakin jalan kitalah yang sebagus-bagusnya atau yang sebaik-baiknya jalan, satu jalan yang memberi hikmat, tak dimurkai dan tidak pula sesat.
Aku rasanya belum dipanggil untuk selama- lamanya, aku dan kamu masih di dalam
perjalanan, suatu perjalanan yang aku namakan berjalan mengada kan Pengakuan untuk mendapat pengakuan. Dan aku tak kuat bertahan lagi, aku harus pergi, memasuki tirai besi ini melalui pintu masuk yang bertulisan itu dan ……. Tunggulah sampai aku kembali.

Aku masuki pinti itu dengan hati-hati menurut gerak langkah yang terlangkahkan, aku lalui titian yang hanya untuk satu orang itu dengan mudah dan sampailah aku di dalam kebun itu. Aku berjalan menyusur tepi sungai yang jernih itu segala sesuatunya yang aku lihat menakjubkan aku semuanya.

Siapakan gerangan punya rumah yang seperti istana itu, siapa penghuninya?

Ingin benar aku hendak mengetahuinya. Dalam pada itu kakiku terus bergerak dan aku berjalan terus selangkah demi selangkah. Aku mendengar suara, suara orang ketawa
bersuka-ria bersama-sama, aku menoleh ke sana, ke tempat datangnya suara itu, aku
lihat mereka sedang bersembur-semburan air dengan riang gembiranya dan di tengah-
tengah mereka itu aku lihat seorang puteri dengan pandangan yang mengasyikkan melihat kepadaku. Rupanya mereka-mereka itu sedang memandikan tuan puteri tersebut.

Mereka gembira ria melihat kedatanganku dan dari mulut mereka berhamburan kata-kata.
“Sudah datang orang dinanti”.

Apa kataku di kala itu?

Aku tak dapat berkata sepatah jua, selain dari kehairanan dan
ketakjuban yang aku perlihatkan. Melihat kepada wajah tuan puteri itu aku rasanya
pernah bertemu dan kenal baik padanya. Akan ku tegur, kalau bukan. Aku membisu seribu bahasa. Aku melihat tuan puteri itu sesudah dimandikan, ditonton bersama-sama dan diiringi sampai masuk ke dalam rumah yang berada dalam kebun itu. Dan sesudah itu apa yang terjadi?

Mereka-mereka itu pada mendatangiku dan membawaku
ke dalam sungai yang jernih itu dan memandikanku pula dan menyiram aku dengan
segala macam wangi-wangian. Aku terpesona dan tak berdaya berbuat sesuatu apa-apa, selain dari menurut. Aku dikenakan pakaian yang selama ini belum pernah aku mengenalnya, pakaian ke Besaran, dan aku ditonton memasuki rumah tuan puteri itu


Dan didudukkan aku di hadapan nya yang lagi duduk di kerusi kedudukannya pula. Seorang demi seorang mereka-mereka yang tidak begitu banyak itu menghilang dari pemandangan kami dan tinggallah kami berdua sahaja.

Di hadapan kami, di antara
kami berdua terletak sebuah meja yang berisikan minuman dan buah-buahan dari pohon-pohon yang tumbuh di dalam kebun itu. Aku memandang kepadanya dan dia memandang pula kepadaku. Apa kataku dan apa pula katanya?

Kataku: Engkaukah ini?”

“Ya” sahutnya, kenapa sendiri sahaja datang dan di mana anak-anak ditinggalkan?

Kataku: “Ketahuilah olehmu, dek, semenjak aku engkau tinggalkan corak kehidupanku sudah berubah. Aku bukanlah lagi sebagai seorang pegawai seperti yang engkau kenal selama ini, melainkan seorang Hamba yang sentiasa mengembara dan mengembara menurutkan rasa perasaan, ke mana gerak menentukan. Dan begitulah dengan tak kuduga sedikit jua dalam pengembaraan ku aku bisa sampai di sini dan dapat pula bertemu denganmu. Tentang anak- anak kita yang kau tanyakan, semenjak
engkau pergi, dia ada sentiasa bersamaku, kecuali anak kita yang tua yang telah bisa
berpisah dengan kita. Dia bersekolah di kota dan tinggal tidak sama orang lain.

Pertemuan kami di kala itu hanya sekejap sahaja, yah sekejap sahaja dan tak banyak pula rasanya yang dapat kukatakan. Suatu perjumpaan yang tak diduga-duga. Dan di waktu itu aku merasa seolah-olah aku ditarik kembali untuk keluar, yang mana tak dapat pula aku mempertahankannya. Kudrat Tuhan berlaku atas diriku.
Ku katakan padanya sambil berdiri: “Sekarang telah tiba pula masanya bagi kita untuk
berpisah, aku akan kembali keluar tirai besi ini, kerana dorongan sangat kuat rasanya
untuk menarik aku keluar.

Aku sangat berasa berbahagia yang dalam pengembaraanku, Tuhan telah mempertemukan kita, walaupun hanya sekejap. Tahu aku sudah tempatmu sekarang dan tahu pula sudah aku, rumah yang akan kudiami nanti. Lepaslah dulu aku pergi,
menjelang aku kembali padamu untuk selama-lamanya.

Tugasku belum selesai dan aku masih dalam perjalanan. Tuan puteri rupanya enggan melepaskan pergi, akan tetapi Dia tak kuasa menahanku. Dia mau ikut beserta aku. Kataku: Aku bukan tak mau membawamu de, akan tetapi ketahuilah olehmu, apa yang ada padamu ada padaku dan apa yang ada padaku tak ada padamu. Yang tak ada padamu lagi ialah badan sepertiku ini, sambil menunjuk ke
badanku, itu sudah hancur menjadi tanah, akan tetapi sungguhpun begitu, kau tak usah
kuatir, dengan perjumpaan kita ini, aku ketahui sudah aku dapat hidup dalam dua alam, iaitu di alamku yang kudiami sekarang ini, iaitu di alam nyata dan di alam arwah, di alam ghaib.

Oleh ketahuanku, sewaktu-waktu kita bisa bertemu dan kerana penemuanku akan
diriku sendiri menjadikan segala sesuatunya bagiku, jauh berantara dekat tak berbatas.

Tuhan jua yang Mengetahui segala-galanya. Aku harus kembali, kau lihatlah ke sana,
di luar tirai besi pengikutku sentiasa menunggu-nunggu kedatanganku kembali
kepadanya, termasuk anak kandung kita, untuk kembali memimpinnya menunjukkan
yang Benar, jalan pada jalan Allah.
Gerak Allahlah yang menentukan akan segala sesuatunya. Begitulah kisah perjumpaanku dengan “Kekasihku” yang telah pergi meninggalkan aku,

ibu kandung dari anak- anakku, yang dapatku ceritakan. Hanya sekejap, yah sekejap sahaja, suatu pengembaraan menurut kan rasa apa yang terasa. Dan aku tidak bermimpi.

Tingkat pertama dari kehidupanku yang berjalan menuruti kehendak badan telah kulalui,

tingkat kedua iaitu berjalan menuruti jalan diri dengan mengikut sertakan badan
sampai sekarang sedang ku jalankan dan aku lagi menuju ke

tingkat ketiga iaitu aku
hendak mencari dan sampai dapat menemui “A” ku yang sebenarnya dan aku akan
ingin mengemukakan “A”ku yang Benar, ke – Aku-an ku berjalan dengan diri dan
badanku.

Aku hendak membersihkan diriku – badanku dan A-ku beserta badan diriku, ingin banyak berbuat.

Aku yang dilahirkan di bahagian Barat dari pulau tempat orang tuaku berdiam, mengembara menuruti kehendak jalan badanku ke Selatan. Pernah ke Timur dan pernah pula ke Utara. Dan sudah pernah pula keluar negeri. Sekarang aku duduk di Selatan. Aku pernah berdiam di dekat Pusat Pemerintahan tanah airku, akan tetapi oleh kerana waktu itu berkemungkinan belum waktunya yang tepat, di sana pulalah aku mendapat cubaan berat sampai berpisah dengan ibu dari anak-anakku. Kerana di kala itu aku tak tegas, tak mempunyai pendirian yang kuat, sesuai dengan pembawaanku yang selama ini suka mengalah, menurut.

Aku tingkatkan pengetahuanku mengenai diriku, aku tingkatkan lebih mendalam dan di sana di suatu tempat yang tak dapat aku mengatakannya aku temuilah “A”ku yang
sebenarnya, Aku katakan adalah “A”ku yang sebenarnya ialah di balik nan sebatang, nan Tunggal, A…..lif, berasal dari titik, yang dinamakan sekarang Baginda Muchtar.

Namaku yang sebenarnya dari Ibubapaku ialah Muchtar (uddin), “uddin” dari mana
aruahku nan telah meninggal selagi aku masih kecil.

Setelah aku kawin maka aku berhak memakai gelar dari bapaku yang menjadi pusaka
bagiku dan begitulah aku lebih suka memakai nama: BAGINDA MUCHTAR.

Aku berbadan dan berdiri. Diriku di balik badan dan “A”ku di balik diri. A-ku meisi diri dan diri memberi kehidupan kepada badan. Maka adalah A-ku melalui diri menghidupkan badan. Tadinya Aku melalui badan menimbulkan diri.
Perjalananku menuruti kehendak badan, menyebabkan aku harus bekerja dengan
keras. Aku hanya dapat menghubungi yang nyata sahaja.
Perjalanan menuruti jalan diriku mendatangkan berlainan pandangan hidup dari biasa.
Orang-orang padamendatangiku, begitupun pula rezeki bagiku mendatang pula. Aku tidak perlu bekerja keras untuk mencari kebutuhan hidup. Diriku dapat menghubungi yang badanku tak dapat menghubunginya. Diriku dapat banyak berbuat yang aku dengan badanku tak dapat berbuat. Segala pintu dapat dimasuki oleh diriku dengan
jalannya, pada jalannya.

Dengan jalannya sendiri diriku bisa menurutkan segala
macam jalan. Diriku tidak sombong dan tidak pula takbur. Diriku halus, tetapi tidak tampak. Lebih halus dari yang halus. Dan masih banyak lagi yang harus ku ketahui tentang kesanggupan diriku. Dan aku akan terus menggali rahsianya. Padanyalah itu aku temui seperti yang dikatakan orang: “Jauh tak berantara dekat tak berbatas”.
Di mana tempatnya diriku nanti, setelah “A”ku kembali ke hadirat Tuhanku dan badanku
dikembalikan ke tanah?

Belum dapat aku mengetahuinya. Yang aku ketahui padanya
tertulis segala amal perbuatanku.
Badanku, kalau hendak makan minum, tangankulah yang bekerja, mau berjalan,
kakikulah yang melangkah.

Diriku berbuat untuk badanku. Siapa yang meisi diriku?

Inilah yang menyebabkan aku
mencari yang di balik diriku yang bernama “A” bagiku.

Maka adalah “A”-ku ialah “Ruh” yang asalnya ditiupkan Tuhan ke dalam badanku.

Aku insaf badanku tak kuat, diriku miskin tak punya, oleh kerana itulah makanya aku
hendak mengetahui “A” dariku yang sebenarnya, kerana timbulku darinya.

Aku telah dapat merasakan berdiri pada badan, aku telah dapat merasakan berdiri pada diri dan sekarang aku akan berdiri pada “A”ku.

Dengan berdiri pada “A”Ku dariku dapatku ketahui dan dapat pula kukatakan bahawa
jalannya ialah “memusat” satu perjalanan menuju ke “Pusat” dari segala pusat: iaitu
kepada Tuhan yang disebut Allah.


Pada badan ada dua jalan, iaitu satu kiri dan satu kanan, pada diri ada dua pula jalan, iaitu satu buruk dan satu lagi baik dan pada “NYA” (A-KU) hanya ada satu jalan, iaitu pada jalan Allah.

Aku ketahui sudah padaku ada tiga jalan dan aku akan memilih jalan yang sebaik-
baiknya bagiku, badan diriku.
Aku mempunyai akal untuk menimbang, mempunyai otak, fikiran, di dalamnya terkandung kemahuan – kesedaran – dan ingatan.

Pada hematku jalan yang sebaik- baiknya yang akan kupakai ialah jalan tengah, iaitu
jalan diri yang berisi, isi yang datang dari “A”ku dan “A”ku yang datang dari ALLAH.
Aku dengan diriku dapat menghubungi alam yang di luar alamku. Dan akan kupakai
terus jalan itu untuk kelancaran kehidupanku dan terhadap Tuhan Yang Maha Esa akan kukemukakan “A”-ku dengan mengikut sertakan badan dan diriku.

Dan aku telah dapat mengambil manfaat dari jalannya diriku, Ku katakan, kalau diri telah ditemui melalui pintu-pintu tertentu maka turutkanlah jalannya jangan dicampur-adukkan dengan jalannya alam fikiran kita. Di saat itu segala apa yang ada pada kita menjadi alat oleh diri kita, kerana segala sesuatunya telah menjadi kepunyaannya.
Carabekerjanya berlainan dengan cara bekerja kalau kita berpendirian di badan.
Caranya ialah serba otomatis, bergerak dengan sendirinya, dan berbuat dengan sendirinya pula. Apa yang akan dilakukan dan apa yang akan diperbuat telah diengar dan diketahui oleh “A”ku dan melalui diri, diri melakukannya untuk mencapai tujuan.

Melalui pintu-pintu tertentu dapat kita mengenal diri kita dengan “Rasa”. Kita rasakan
sampai terasa dan setelah terasa benar, kita cari jalannya untuk dturuti atau dibiarkan dia berbuat.
Dengan membiasakan membawa diri itu atau menurutkan jalannya diri itu, kita akan bertambah mengenal diri kita dan lambat- laun kita akan mengatakan bahawa adalah segala sesuatunya apa yang telah dilakukan diri itu aku yang berbuat. Dan kita akan mengenal aku yang sebenarnya dan jawablah pertanyaan “hendak ke mana aku dan mau apa aku”.

Saya akan mengatakan “Saya mau ke Sana”. Mau mengadakan “Pengakuan” untuk
mendapat Pengakuan, sebagai hambanya oleh Allah dan umatnya oleh Muhammad
Rasul Allah. Dan berjalanlah aku memberi dan menerima. Dan aku akan menggali terus “Rahsia” yang terkandung diriku dan aku sangat mengharapkan sentiasa petunjuk untuk mendapatkan itu. Untuk aku pergunakan dalam perjalananku. Sebab aku masih berasa berkurangan. Dan masih banyak lagi yang belum kuketahui dan punyai. Bukan untukku seorang melainkan bersama, manfaaatnya untuk orang banyak.

Tali pergantunganku yang tadinya telah putus, telah dapatku temui kembali dengan
telah dapatnya olehku hujung tali pusat di Sana, yang dengannya aku turun kembali ke darat.

Bukan tali sebarang tali, tali yang bagiku banyak mengandung hikmat, tali yang berisi dan yang bertali-tali.

Aku yang bertali tetapi tiada tergantung, tergantung tetapi tiada bertali, mempertalikan
tali pergantunganku yang dari Pusat itu dengan aku yang bertali, sehingga aku kelindungan, aku berdiri di bawah “Payong Besar” yang perkembangannya merupakan “JALA” dan aku di dalamnya.

Kenyatannya hujung tali pusat yang kupegang tatkala aku di SANA itu, berkembang
merupakan Payong dan aku berpegang pada tangkainya dan dengannya mendaratlah aku di daratan kembali dengan tidak usah bersusah-payah.

Kataku, aku telah mempertemukan yang lama dengan yang baru, yang lahir dengan yang batin, yang di luar dengan yang di dalam, setelah aku dapat menemuinya
dipertemu akan kiri dan kanan.
Aku sendiri, tetapi di luar banyak, Di mana-mana aku ada. Aku telah dapat menemui itu
zat serba zat mengandung serba ada yang di luar dari diriku sendiri. Tenaga yang
keluar dariku tak dapat disaksikan dengan langsung, oleh kerana dia ghaib. Tenaga
ghaib ini dengan bahasa asing dinamai meta-energie.

Meta-energie itu ada padaku dan banyak di luarku. Dan aku telah banyak mengambil manfaat darinya. Kukatakan, tenaga Rohani yang telah lama dan telah banyakku pergunakan itu, tidaklah
melemahkan diriku, kerana padanya ada alat untuk hubungan – menghubungi antara
satu dengan yang lain dan alat penerima dan memberi dan aku mengetahui jalan untuk itu.


Dan pembawaanku, kukatakan, setelah aku berpengalaman dan setelah kuketahui di luar aku banyak, maka aku tak memakaikan hakikat dan makrifat, kerana pemakaian
hakikat dan makrifat itu bagiku, menyakitkan kepalaku dan melemahkan tenaga lahirku
dan menjadikan suatu tidak perbuatan yang disengajakan, sedangkan aku bukanlah itu
orangnya.

Yang aku pakaikan hanya, jalan dan sebagai seorang Hamba aku akan berjalan terus, akan menjalankan terus, kerana terhadap orang banyak aku tak pilih kasih.

Aku anggap adalah badanku ini kepunyaan bersama, bukan kepunyaanku sendiri, kepunyaan yang ghaib-ghaib, kepunyaan Allah dengan Rahsia Ghaibnya.

Aku ini hanya membawakan dan pendirianku ialah:
“Lillahi Rabbil `alamin”.
Dan aku tak mahu dipunyai atau dikuasai oleh seseorang. Aku sentiasa di mana aku berada memberi dan menerima. Dan terhadap Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, aku mohon ampun dan Ridha, kerana aku tahu badanku lemah, yang tempo-tempo menyebabkan aku lupa
kepada diriku sendiri sampai aku tinggalkan jalan yang berpetunjuk yang harus aku
turuti.

Terhadap mereka-mereka yang disedari atau tidak yang telah membantu aku dalam perjalananku dengan jalan ini, pula aku menyatakan terima kasih yang tak terhingganya.

Dan terhadap ibu bapaku, yang menyebabkan adanya aku dengan jalan ini pula aku
lahirkan sembah sujudku dan kepada Tuhan yang memerintah seluruh alam, aku memohon supaya arwah dari ibu bapakku tsb. Ditempatkan di tempat yang sebaik-baiknya.

Dan terhadap isteriku yang telah mendahului aku dan yang menyebabkan aku sampai jadi begini aku katakana, tunggulah kedatanganku, entah kapan, untuk kita berkumpul kembali.
Dan kepada anak-anakku, kuserukan turutilah jejak langkah bapakmu, setelah engkau
menjadi besar dan aku tak ada lagi bersamamu.
BAGINDO MUCHTAR


“ A K U “ VI

Siapa a k u?

Banyak sudah orang mencari aku dan tak banyak orang dapat menemui aku.

Kenapa begitu?

Apa sebabnya?

Dan apa perlunya aku dicari?

Bermacam-macam sebab musabab orang mencari aku dan bermacam-macam pula
cara orang berjalan mencari aku.
Dikatakan jauh aku dekat, dikatakan dekat aku jauh.

Di mana tempatku?

Tempatku ialah padamu jua.

Di mana?

Carilah. Bagaimana cara mencarinya.?

Ketahuilah olehmu bahawa aku yang dicari, telah berada bersertamu. Hanya engkau
yang tidak mengetahui aku.

Aku bukan engkau yang seperti engkau juga. Engkau pun bukan seperti aku. Adalah engkau teman hidupku. Engkau adalah rumahku, tempatku diam dan aku berada di dalamnya.

Aku adalah pelita dalam rumahku sendiri. Aku si Terang menerangi si Gelap.

Kalau aku pergi maka rumahku tak ada erti. Ertinya mati. Maka adalah aku hidup.

Hidupku bagimu terbatas. Batasnya bukan aku yang menetapkan. Yang menentukan Nya Tuhan. Tuhan itu Allah. Allah Pengasih lagi Penyayang. Dia memerintah seluruh alam.
“Dimasukkannya malam kepada siang dan siang kepada malam, didatangkannya yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup. Diberinya rezeki bagi orang yang dikehendakinya dengan tak terhitung banyaknya.”

Apa ertinya itu bagimu dan apa pula bagiku?

Bagiku adalah ertinya itu untukmu. Supaya kamu dalami dan halusi hikmah yang terkandung dalam firman Tuhan itu.

Firman Tuhan itu teruntuk bukan untuk orang tertentu, melainkan untuk semua orang, semua manusia. Rezeki yang tak terhitung banyaknya akan diberikannya kepada yang
dikehendakinya. Yang diKehendakiNya ialah orang yang tahu padanya, yang mengerti
padanya, yang tahu rahsianya, yang pandai membawakannya, Yang dikasihinya.

Aku adalah ibarat burung dalam sangkar. Dari temptku aku hanya dapat melihat, dapat mengetahui apa yang akan mendatang dan tak dapat berbuat apa-apa, kerana mata lepas badan terkurung.

Apa dayaku?

Aku tak kuasa. Kekuasaanku di dalam sahaja.

Apa sebab?

Sebab sangkar tak kenal akan burung.

Bagaimana sangkar akan mengenal burung sedangkan dia barang mati. Mungkinkah
yang mati dapat mengenal yang hidup?

Tidak mungkin. Akan tetapi yang hidup dapat mengenal yang mati. Ini tak dapat dimungkiri.
Akan tetapi aku bukan burung. Lebih dari itu. Burung berupa dan bertampan, aku tidak. Tetapi aku ada. Ada dalam sebutan, tak ada pada kenyataan. Aku datang dan aku akan pergi. Aku datang bersamaan dengan kedatanganmu dan aku akan pergi, kembali ke-tempat-ku.

Ke mana? Ke S A N A. Ke Hadirat Tuhanku.

Dan di saat itu engkau akan kutinggalkan. Dan berpisahlah aku dengan engkau. Aku
Kembali ke asal dan engkau dikembalikan pula ke asalmu, iaitu ke tanah.

Aku terkandung di dalammu dan engkaulah yang mengandung aku. Engkau dikandung sebelum dilahirkan, maka setelah lahir engkau pula yang mengandung.
Yang mengandungmu ibu dan yang kau kandung adalah “aku”.

Sewaktu engkau dalam
kandungan tempatmu ialah di rahim ibu. Rahim ertinya sayang. Dari tempat kesayanganlah keluarmu. Dari itu makanya tidak ada seorang ibu yang tak sayang pada anaknya.

Dan aku di mana letaknya padamu?

Letaknya ialah di tempatnya.

Di mana tempatnya?

Tempatnya ialah padamu.

Di rahim mu?

Tidak, kerana kalau aku di
rahimmu tempatku, tentu satu saat engkau akan melahirkan pula seperti engkau dilahirkan ibu. Mustahil, tak biasa jadi dan tidak akan terjadi itu.

Jadi tempatku adalah padamu. Aku ada tetapi tidak ada. Ada dalam nama tak ada dalam benda. Dari itu carilah aku padamu.

Aku nyawamu, pergantunganmu, tetapi tak bertali. Engkau badanku tetapi tak tergantung.

Aku tergantung, tetapi tidak bertali maka adalah yang tergantung tiada bertali dan bertali tiada tergantung, aku juga. Tempatnya juga di dalam.
Aku yang tergantung tiada bertali dengan “dia” yang bertali tiada bergantung, menjadi aku juga yang berdiri dengan sendirinya.

Di luar dari badan diriku adalah engkau yang mengandung air api – angin dan tanah.

Aku yang tidak nyata dengannya yang nyata menjadikan saya bernyawa berbatang tubuh.

Yang tak nyata padaku sangat berguna bagi kenyataanmu. Bila satu sama lain berpisah atau dipisahkan, maka tak adalah artinya dunia ini bagiku lagi. Dia membutuhkan aku, bahkan aku sangat penting artinya baginya.

Setelah aku berada besertanya,

bagaimana aku?

Mungkinkah aku membutuhkan nya pula?

Apa artinya kehadiran nya bagiku?

Dan apa pula artinya kehadiranku baginya?

Dia yang di luar selama ini harus bekerja dengan keras membanting tulang untuk
memenuhi kebutuhan hidup, tanpa menghiraukan dirinya sendiri.

Aku yang di dalam semenjak dapat mengenalnya merana dan menderita melihat cara dia bekerja yang harus membanting tulang untuk dapat memenuhi kebutuhan hidup.

Aku besertanya merasa bahagia, kerana dia teman hidupku. Dan dia beserta aku menjadi hidup, kerana aku memberi kehidupan baginya.

Aku dapat merasakan keinginan-keinginannya dan cita-citanya yang tinggi. Aku kasihan padanya, kesanggupannya untuk mencapai maksudnya itu tidak ada. Aku dapat menolongnya, akan tetapi “dia” belum mengenal aku yang sebenarnya.

Aku di alam dunia ini sangat membutuhkannya, kerana dengan Nya, aku dapat melihat dunia yang indah lagi molek ini. Dengannya aku akan dapat mengecap nikmat hidup,
Kebahagiaan, dan terus-terang aku katakan padanyalah terletak duniaku. Sayang dia belum kenal betul padaku, sedangkan kehidupanku dengannya terbatas.
Kehadirannya padaku dan kehadiranku padanya mendatangkan kehidupan baru bagi kami berdua.

Alam luas, dunia luas terbentang di hadapan kami, seolah-olah berkata selamat datang kepada kami dengan memperlihatkan segala keindahannya, isinya
yang menarik, rumputnya yang menghijau sawahnya yang menguning dan lain sebagainya.

Mungkinkah bayangan harapan itu dapat membahagiakan badan diri kami?

Dia telah berpengalaman, pengalaman yang penuh dengan penderitaan dan
pengorbanan, oleh kerana terlampau percaya kepada yang ada, kepada yang lahir atau
kenyataan. Aku lebih berpengalaman dari dia lagi, aku telah ada sebelum dia diadakan.

Pengalamannya bagiku belum seberapa, walaupun katanya sudah pahit betul. Kataku
apa yang dialaminya itu belum seberapa. Aku sudah pernah dimatikan, bahkan sudah
dua kali, belum termasuk rencana orang yang tak senang padaku hendak mematikan
aku secara halus. Dan tingkatan pengalamannya baru sampai di hampir mati dan tidak jadi mati.

Kataku bagaimana dia mati, sedangkan aku berada besertanya. Semenjak aku dapat
mengenalnya, maka langsung aku bawa dia berjalan pada jalanku. Aku tunjukkan dia
jalan, aku beritahu dan datangkan padanya rasa, sehingga dia yang semula tidak merasa apa-apa setelah menerima dan mendapat rasa dariku, dapat pula merasakan, apa yang telah kurasakan.


Rasa yang banyak mengandung Rahsia. Maka adalah rahsianya itu Rahsiaku. Dan pada mula letaknya dapat tahu iaitu tidaknya
engkau memecahkan Rahsia itu untuk dipergunakan.


Dia bertambah kenal dan mengerti padaku. Perkenalan yang mendalam mendatangkan kasih sayangku padanya, melebihi dari diriku sendiri. Pengertian yang mendalam menentukan kelebihan antara satu dan yang lain mendatangkan kesedaran
dan keinsafan pada diri sendiri, dapat memahami akan kekeliruan pandangan selama ini dan tahu lah dia bahawa aku yang selama ini belum pernah dikenal nya, setelah diketahuinya akan keadaanku yang sebenarnya, berubahlah dikenalnya, setelah
diketahuinya akan keadaanku yang sebenarnya, berubahlah pandangan hidupnya, segala apa yang ada padaNya padaku.

Penyerahannya yang bulat menjadikan selain dia mudah untuk mengenal aku yang
sebenarnya, juga menjadikan pandangan hidupnya lain dari yang sudah-sudah, kerana
kalau selama ini dengan pembawaannya dia yang kemuka, maka setelah aku
diperdapatnya, maka akulah yang kemuka bukan dia.

Janganlah terlampau memandang kan kepada bintang di langit sedangkan rumput hijau berada di bumi. Aku bertanggungjawab penuh kepadanya selagi aku berada besertanya, kerana dia
adalah teman hidupku yang sejati dunia dan akhirat. Dunia dan akhirat kataku, kerana duniaku terletak padanya dan akhiratnya terletak padaku. Aku akan menjadinya dan dia akan menjadi aku. Maka adalah aku dan dia berguna untuk dunia dan akhirat.

Apa ertinya dunia bagiku dan apa pula ertinya akhirat bagimu?

Dunia bagiku bererti “bahagia” dan untukmu sendiri kalau tak tahu “derita”. Dan kalau aku menjadi mu yang bererti aku beserta engkau apa yang engkau idam-idamkan akan mudah tercapai. Kerana aku yang selama ini belum engkau kenal, lebih-lebih dengan sifatku yang pendiam, tidak banyak keluar, menerima dan mendapat cabar tentang keadaanmu, ingin benar hendak melihat rupa dan bentukmu. Benarkah keadaanmu, tindaklaku
perbuatanmu seperti apa yang ku dengar atau seperti apa yang disampaikan padaku?

Setelah engkau menemui aku dan setelahnya aku untuk pertama kalinya dapat melihat wajah bentuk dan rupamu, maka semenjak itu pula engkau menjadi perhatianku. Rupanya engkau itu aku juga, akan tetapi tempatmu bagiku di luar. Engkau menarik perhatianku dan menjadi buah pemikiranku. Mungkin engkau
barangkali begitu juga padaku. Akan tetapi engkau bukan aku.


Baru saja engkau bertemu dengan aku tahulah aku sudah apa yang telah engkau alami dan yang akan engkau alami dan aku ketahui kehendak dan keinginan hatimu.
Sayang engkau belum mengenal aku betul. Dan dengan kepercayaan yang penuh
engkau sadari atau tidak, aku membawamu berjalan pada jalanku, jalan terang tetapi gelap bagi orang.

Banyak orang tidak mengerti padaku termasuk engkau sendiri. Engkau menganggap aku lain dari yang lain. Yah memang aku asing bagimu, kerana apa yang ada padaku tak ada padamu.

Akan tetapi tahukah engkau betapa pula aku menganggapmu?

Aku ketahui kegunaanmu bagiku dan dengan diam-diam aku mengasihi dan menyayangimu. Mungkinkah apa yang kucari selama ini padamu? Dan oleh kerana itu makanya aku sayang padamu.

Aku senang padamu. Mengasihi mu dan menyayangimu. Cintakah aku padamu?

Apa yang lebih daripada kasih dan sayang?

Bagaimana aku akan menyintaimu sedangkan engkau bukan isteriku.
Kalau engkau isteriku tentu kita dua. Telah kukatakan padamu, aku mengasihimu oleh
kerana engkau …………… teman hidupku. Arti teman hidup bagiku melebihi dari isteri, kerana ku dengan mu satu. Akan tetapi kalau engkau menyintaiku, aku akan lebih menyintaimu lagi. Cintaku kudus. Matamu melihat, mataku bercahaya. Hatimu berkata, hatiku merasa. Alangkah bahagianya aku sekiranya aku dapat bersamamu untuk selama lamanya. Sinar mataku adalah pancaran bagiku. Semenjak engkau mulai mengenal aku dengan mudah saja engkau tertarik padaku.

Betapa tidak, aku aneh pada fikiranmu, aneh bin ajaib. Bertambah kenal engkau
padaku bertambah tertarik engkau padaku.

Kenapa begitu?

Yah, begitulah dan memang begitulah hendaknya, kalau tidak semestinya. Pernah satu kali engkau hampir mati, kata orang. Di saat itu engkau tak kuat lagi bertahan, di saat-saat engkau sudah tak berdaya lagi, di waktu itulah sekonyong-
konyong “aku” muncul padamu.
Engkau mengenal aku dan aku mengenalmu. Engkau melihat aku dan aku melihatmu. Pandangan mu dan pandanganku berlainan, begitupun pula dengan pemandangan orang lain.

Engkau memandangku dengan pengharapan supaya aku dapat menolongmu sedangkan pandanganku menyusul engkau yang sedang diperebutkan orang untuk dibawa dan pandang orang lain padamu yang menganggap engkau tinggal menunggu waktunya lagi.

Aku renungi engkau dan aku membawamu ke seberang. Engkau tak berdaya sudah,
yang ada hanya daya “aku” dan daya Tuhan.

Dan setelah engkau sampai di seberang, tiap-tiap orang yang menjumpaimu mengatakan engkau telah selamat ke seberang. Hampir semua orang berbesar hati melihat perkembanganmu, lebih-lebih aku.

Aku sangat-sangat bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang yang aku telah dapat membawa mu ke seberang dengan jalanku sendiri, iaitu membawa mu pada jalanku, jalan yang kunamakan jalan yang berpetunjuk, tidak dimurkai dan tidak pula sesat.

Engkau akan kubawa pulang ke tempatmu, ke rumahmu. Dan bahteraku waktu itu kita hanya ada berdua, engkau dan aku, Yah hanya kita berdua penumpang kapal itu. Engkau dan aku. Kapal yang kita tumpang telah merapat dan telah berlabuh. Kita telah sampai tetapi belum tiba. Sampai di negeri, belum tiba di rumah. Ada yang tidak membenarkan engkau mendarat, keluar dari kapal, untuk engkau kembali ke rumahmu. Aku sendiripun
enggan dan sangat berat melepasmu, mengembalikan engkau kepada keadaanmu
seperti semula.

Kerana apa?

Yah kerana tanggungjawabku terhadap yang tidak membenar kan engkau mendarat itu, terhadap Tuhan. Agaknya engkau masih ingat tentu, engkau pernah kubelai dengan kasih mesraku, aku pegang keningmu, ku belai rambutmu, aku beri engkau harapan. Kesemuanya itu aku
lakukan, aku buat untuk aku perlihatkan kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kepada Tuhan yang Maha Esa, akan tanda kasih sayangku padamu, supaya engkau dapat kubawa kembali beserta ke rumahmu.

Apa permohonanku yang dikabulkan Tuhan atau janjimu yang belum sampai, tak dapat
aku mengatakannya. Mungkin engkau dapat mengetahuinya, kerana engkau sendiri yang telah mengalami segala peristiwa di dirimu itu. Seperti telah kukatakan padamu aku sangat berat melepasmu, oleh kerana
tanggungjawabku terhadap Tuhan.

Janjimu memang belum sampai dan permohonanku dikabulkan Tuhan dan engkau
selamat aku bawa ke seberang.
Pembersihan di segala bidang pada apa yang ada padamu telah dilakukan. Untuk itu aku mempunyai tugas terhadapmu. Tugas suci dan bagiku adalah apa yang telah kulakukan itu suatu kewajipan, kemestian dan keharusan.

Aku mesti membebaskanmu dari segala yang tidak baik, baik dia datang dari luar baik dari dalam. Dan aku melindungimu dan bukan engkau yang harus melindungiku.

Aku harus menjadikanmu kembali menjadi orang menurut semestinya, layak dan wajar
hidup sebagai seorang manusia, bebas dari penderitaan, dari tekanan-tekanan, intjeran-intjeran iblis yang berbentuk manusia atau dari manusia-manusia yang telah terpengaruh oleh syaitan iblis.

Dan engkau hendaknya tidak akan terpedaya dan tak dapat diperdayakan lagi. Untuk itu engkau harus mengerti betul padaku.

Siapa aku dan siapa pula engkau?

Janganlah pengertianmu padaku seperti pengertian masa yang sudah-sudah, iaitu
sewaktu engkau belum mengenal aku, walaupun engkau telah mengetahui aku.
Pengetahuanmu padaku pada waktu engkau belum mengenal aku, tidaklah seperti aku yang telah kau kenal dan kau ketahui.
Dengan tidak aku ketahui dan sedari aku selalu menghubungimu, hanya engkau
dengan pengetahuanmu yang belum seberapa, tak mengenal aku. Aku bukanlah sahaja hanya yang seperti engkau duga, melainkan lebih dari itu. Aku
hidup sedangkan engkau ku anggap mati. Hidupku tidaklah seperti kehidupan yang
engkau anggap, melainkan berlainan. Aku menghidupimu, dari itu hiduplah dengan aku.

Engkau tak biasa menghidupi aku.
Hidupmu dari dua jalan, iaitu dari luar dan dari dalam. Padaku hanya ada satu jalan, jalanku jalan hidup lagi menghidupkan, iaitu dari atas ke bawah.

Engkau tak akan sanggup hidup tanpa aku, sungguhpun banyak makananmu di luar. Kerana aku yang mengisi kehidupanmu di dalam, sedangkan makanan engkau perdapat di luar.

Aku pun tidak akan merasa bahagia hidup tanpa engkau, kerana apa yang tak ada padaku ada padamu. Telah engkau cuba hidup dengan cara engkau sendiri, dan hasilnya telah engkau alami sendiri. Engkau menyesali nasibmu, untungmu, bahagianmu.
Nasib, untung, bahagian tak perlu engkau sesalkan. Aku mengata kan engkau yang tak pandai membawakan hidup. Dari itu makanya ku katakan padamu, hiduplah dengan aku.

Telah lama aku menantikan kedatanganmu dan telah lama pula aku menunggu-nunggu
supaya engkau dapat bertemu dengan aku. Kalau engkau telah hidup dengan aku, maka engkau harus mengerti caraku hidup atau
pembawaan hidupku.

Pembawaanku sederhana, tetapi mencukupi. Pembawaanmu dengan gayamu serba
ada, tetapi tak cukup, merasa kekurangan.

Aku adalah orang yang berpengetahuan serba tahu dan engkau orang yang
berkemahuan dan serba mau.
Berpengetahuan tetapi tak ada kemahuan tak ada guna. Berkemahuan tetapi tak ada
pengetahuan, tak bererti.

Tahu dan mau kalau satu atau disatukan atau kalau keduanya ada pada kita, maka akan berertilah apa kata pepatah: “di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. Dan pada tahulah adanya jalan itu. Yang tahu ialah aku dan yang mau ialah engkau.

Apa ertinya banyak tahu, kalau tak ada kemahuan?

Apa ertinya banyak yang dimahu,
kalau tak tahu jalannya?

Yang mahu banyak engkau dan yang banyak tahu ialah aku.
Alangkah baiknya sekiranya aku yang banyak tahu dijadikan satu dengan engkau yang banyak mau. Kalau sampai terjadi mungkin engkau akan bahagia dan aku akan lebih bahagia darimu lagi, kerana aku telah dapat membahagiakanmu.
Dan engkau mendatangkan kemahuan yang banyak padaku dan untuk itu aku akan
pergiat ketahuan itu, sehingga bahagiamu menjadi bahagiaku.
Kalau engkau tak ada besertaku, maka aku tidak akan ada kemauan, kerana apa ertinya aku di dunia ini, kalau tak ada yang ku mau?

Kegiatanku mendatang setelahnya engkau dengan kemahuanmu yang banyak telah menyerah sebulat-bulatnya kepadaku. Di waktu itu engkau telah menjadi kepunyaanku dan apa yang ada padaku akan kuserahkan pula untukmu.
Aku akan mengisi jiwamu, dirimu, dan melalui badanku akan melakukan, mencari dan
mendatangkan kebutuhanmu untuk kebahagian kita bersama “aku” dan “engkau”.

Engkau akan memberi dan menerima. Yang akan engkau berikan apa yang ada padamu dan yang akan engkau terima yang ada padaku.

Akan engkau lakukan semuanya itu besertaku, dengan “aku”. Tanpa aku engkau tak akan dapat menerimanya. Engkau sendiri akan dapat juga melakukannya, akan tetapi
hasilnya tidaklah seperti yang diharapkan atau yang dikehendaki. Dari itu janganlah
tinggalkan aku. Ke mana aku pergi engkau akan kubawa, begitu pula engkau, selagi aku bersamamu, ke mana engkau pergi aku jangan ditinggalkan.
Engkau dapat kujalani seluruhnya, akan tetapi aku tak dapat engkau kuasai
sepenuhnya. Bukan oleh kerana aku tak tulus dan ikhlas padamu, melainkan oleh kerana “ada” yang menguasai aku. Yang menguasaiku ialah Yang Lebih Tahu.


Hidupku padamu terbatas, engkau tak akan kuceraikan. Melainkan kalau sudah tiba
waktunya, engkau akan kutinggalkan. Dan sepeninggalku engkau akan pulang, balik
asal. Kalau ini terjadi, maka kita akan berpisah satu sama lain. Dan lepaslah tanggungjawabku terhadapmu dan akan mempertanggungjawab kan engkau dan aku kepada Tuhan.

Mungkinkah kita di akhirat nanti bertemu dan bersatu kembali?

Kenapa tidak, bukankah engkau itu aku dan aku adalah engkau.
Aku tidak di kiri dan tidak pula di kanan. Kalau mencari aku di pertemuan kiri dan kanan.
Padamu tempatku di dalam, bukan di luar, kerana datangku di luar bagimu. Aku akan pulang dan engkau akan kembali.

Engkau datang, aku sampai. Engkau pergi aku sudah berangkat. Engkau hancur, aku
tidak.
Engkau berjalan aku berjalan. Engkau berhenti aku diam. Engkau berjalan lagi, aku
pun berjalan pula. Kemana engkau pergi aku selalu ikut serta. Disedari atau tidak,
diketahui atau tidak. Engkau tidak akan menampak aku kalau tidak dengan ilmuku.
Kalau aku yang pergi, engkau akan kubawa, tetapi aku pergi benar, engkau
kutinggalkan.

Pemberianku padamu tak kunjung habis, kalau engkau pandai bisa sampai turun-temurun ke anak cucu di kemudian hari. Pemberianmu padaku tidaklah seperti itu, dia akan hilang tak berbekas, tetapi jasamu yang paling besar ialah kesudianmu
menampung aku.

Kataku aku beruntung, katamu untungmu malang. Aku beruntung telah dapat engkau
temui dan untungmu yang malang oleh kerana engkau belum tahu diuntung yang
sebenarnya.

Untungmu letaknya bukan di luar melainkan padaku. Engkau akan beruntung
mendapatkan aku. Aku pun merasa beruntung pula mendapatkanmu. Keuntungan
yang terang yang telah engkau perdapat dariku, ialah aku telah menghidupkanmu. Di balik kehidupanmu itu aku merasa lebih beruntung lagi, kerana selain aku telah dapat
menghidupmu, aku telah engkau hidupi pula.

Aku buta, engkau nampak. Apalah erti hidup, walaupun punya tetapi buta. Dan apa
pulalah ertinya hidup kalau hanya nampak sahaja tetapi tak punya.
Alangkah bahagianya rasanya kalau aku dapat melihat. Aku membutuhi engkau dan engkau membutuhi aku. Aku bukan tak bermata, mataku banyak, tetapi tidak seperti matamu yang dua. Oleh kerana itu makanya aku katakana aku buta?

Yang aku perlukan darimu mata supaya aku dapat melihat dan untuk itu dariku banyak yang akan engkau perdapat.

Aku akan mengisimu sampai meliputi keseluruhannya. Hatiku akan mengisi hatimu, fikiranku akan mengisi fikiranmu, otakku akan mengisi otakmu. Seluruh isi batang tubuhmu akan ku aliri, ku aliri dengan dayaku sendiri yang menjadi daya kehidupan bagimu. Dari itu makanya kukatakan kehidupanmu sangat bergantung padaku.
Alammu lain, alamku lain pula. Alammu nyata, alamku tidak nyata. Pengalamanmu
menunjukkan supaya engkau mencari yang tidak nampak. Keadaanku menyebabkan
aku membutuhimu yang nampak.
Telah banyak diketahui tentang aku.

Kata orang aku Pa’Muchtar, kataku aku adalah “Baginda Muchtar”. Yang sebenarnya aku adalah “NUR” dan namaku: “BAGINDA MUCHTAR”.

Terang sudah siapa aku yang sebenarnya dan adalah dia diriku. Saya ialah aku dan badan diriku di luar. Bagi badan diri adalah aku namanya “ROH”. Bagi badan adalah diri itu “jiwa” dan bagiku adalah badan itu jasmaniku dan diri itu rohaniku.

Aku pisahkan satu sama lain menjadi tiga dengan kunamakan masing-masing”

1. Aku
2. Diri
3. Badan.

Dan keluar kami yang tiga jadi satu. Masing-masing mempunyai jalan sendiri-sendiri. Lain jalan “aku”, lain pula jalan diriku
dan lain pula jalan badanku.
Bagi badan jalannya ialah terang, nyata, bagi diri jalan badan itu gelap dan bagi aku buta.

Jalan diri bagi diri terang, bagi badan gelap, bagi aku buta. Bagiku semua buta, akan tetapi tahu jalan diri dan tahu pula jalan badan. Untuk memenuhi kebutuhan hidup, badan harus bergerak, berjuang memeras keringat, kalau perlu membanting tulang. Perbuatan badan itu lantaran gelap bagi diri, maka dia
hanya dapat merasakan. Kalau menguntungkan perbuatan badan itu, dia akan merasa beruntung, kalau merugi perbuatan badan itu, diri akan menderita dan bagiku yang buta perbuatan itu badan, menyebabkan aku merana.
Diri yang mempunyai jalan sendiri, mempunyai daya sendiri dan berbuat sendiri, tak dapat berbuat apa-apa untuk badannya, kerana lapangan bergeraknya terbatas, iaitu di dalam sahaja.

Dan bagaimana dengan aku?

Apalah yang akan kukatakan. Aku yang terkandung dalam diri dan diri terkandung dalam badan, tak dapat pula berbuat apa-apa, walaupun mengetahui semuanya.
Aku buta. Aku mengisi dan mengisi, mengisi diri untuk menghidupkan badan di dalam
akan tetapi aku tak nampak, kerana aku buta.

Betapa aku tak akan merasa, diri yang ku isi, tak mengenal aku yang sebenarnya, apalagi badan yang menerima aliran dari diri. Badan tak pula mengenal diri, betapa pula dia akan mengenal aku?


Banyak yang tak tahu di diri, berbuat menurut maunya sendiri. Diripun punya kemahuan. Sama-sama punyai kemahuan.

Samakah yang dimaui badan diri dan aku itu?

Yang pasti badan mau semua, diri mau senang dan aku mau bahagia.

Sanggupkah badan berbuat dengan menurut jalannya sendiri mendapat apa yang
dimauinya, menyenangi dirinya dan membahagiakan aku?

Bahagiakah aku, kalau aku dapat menyenangkan diri dan dapat pula memenuhi
kehendak badanku?

Perbawaan badan yang tak tahu didiri, kenyataannya tak dapat memenuhi kehendak dan keinginannya. Akibatnya diri tak senang, menderita dan aku merana. Bagaimana sekiranya diri yang membawa badan berjalan?

Diri yang kemuka membawa badan bergerak untuk memenuhi kehendak dan keinginan badan, untuk menyenangkan diri dan
membahagiakan aku. Untuk itu kita harus mengenal dan menemui diri lebih terdahulu.

Mengenal diri tidaklah mudah, akan tetapi tidaklah sesulit seperti yang diduga. Pokoknya ada kemahuan, kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Diri itu sendiri, di alamnya sendiri mempunyai jalan sendiri pula.

Bagi kita letaknya dia di dalam. Maka adalah untuk mengenal diri, kita harus dapat menemui lebih dahulu, jalan dari diri itu. Kalau jalannya telah ditemui, maka bererti kita telah menemui
alamnya pula, iaitu alam negatif.
Diketahui bahawa diri itu letaknya di dalam batang tubuh kita.

Jalannya berpetunjuk, tidak dimurkai dan tidak pula sesat.
Kita turutkan jalan yang telah ditemui itu untuk mengetahui keadaan diri yang sebenarnya. Dan dengan beransur-ansur kita akan dapat mengenal diri dan dapat pula mengetahui yang bahawa diri itu telah menembus alamnya sendiri dan dengannya pula kita dapat mengembara kealam ghaib, sesuai dengan keadaannya.

Baginya segala sesuatunya setelah dapat menembus alam sendiri, iaitu badan kita, jauh tak berantara dan dekat tak berbatas.
Kalau kita tak sanggup dan tak percaya lagi kepada pembawaan badan yang tak dapat memenuhi kebutuhan hidup, maka cubalah pergunakan jalan diri sendiri untuk mencapai segala tujuan.
Dan patut dipelajari untuk diketahui terdiri dari apa diri itu. Diri akan merasa senang kalau dia dapat memenuhi kehendak badan, kerana adalah badan itu kepunyaannya.

Dan bagaimana dengan aku?

Untuk ini diri harus mengenal aku lebih dahulu.

Diri harus menemui dan mengetahui “A”ku yang sebenarnya. Tempat “A”ku ialah di dalam diri tak ubahnya seperti diri yang terkandung di dalam badan.

Untuk dapat menemui “A”ku yang berada di dalam diri itu, diri hendaklah melakukan
perjalanan pada jalannya. Kalau diri berbuat untuk badan melakukan perjalanan keluar,
maka dalam hal ini hendaklah melakukan perjalanan ke dalam.
Begitulah “aku” mengatakan, aku dapat menemuinya di pertemuan kiri dan kanan. Dan adalah aku yang sebenarnya tempatku di dalam, bukan di luar. Dan mempunyai jalan sendiri.

Dan tahulah aku sekarang padaku ada tiga jalan:

Jalan lahir menurut gerak fikiran dengan mempergunakan akal.

Jalan diri yang terdiri dari kiri dan kanan.

Jalan “aku”, iaitu jalan sendiri. Padaku yang benar hanya ada satu jalan, iaitu jalan pada jalan Allah. Dan akulah pula yang dapat menemui “Nya” kerana aku datang dari “SANA”, dan jalanku ialah jalan tengah, jalan kembali dan jalan pulang.

Aku yang tadinya menganggap badanlah yang aku, setelah menemui “diri” berubahlah
pandanganku. Dan aku temuilah aku yang sebenarnya setelah aku dapat mengetahui rahsia diriku.

Mau apa aku?

Sewaktu aku menganggap badanku yang aku, aku ingin hendak menjadi orang
berpangkat, kerja di kantor. Ini telahku perdapat, akan tetapi aku tidak merasa puas. Sewaktu aku dapat mengenal diriku sendiri, aku ingin hendak berbuat baik sebanyak mungkin terhadap orang banyak dengan membelakangkan kepentingan sendiri. Ini telah kulakukan dan sudah banyak pula orang yang menjadi baik. Melalui gerak tanganku.

Dan aku belum merasa puas.
Aku berjalan terus dan aku jalani terus diriku sendiri di dalam dan akhirnya aku temuilah “a”ku yang sebenarnya, iaitu tempatnya di pertemuan kiri dan kanan dan letaknya
padaku jua.

Dan semenjak itu aku mau lebih banyak lagi berbuat baik dari yang sudah-sudah dengan tak mengenal waktu siang dan malam, bergerak di bidangku sendiri, memberi dan menerima, sampai-menyampaikan, jadi menjadikan dan untuk itu aku menjadi seorang pengembara yang musafir yang sentiasa di mana berada mengadakan
pengakuan untuk mendapat pengakuan diri seorang hamba terhadap ahlinya,
pengakuan terhadap RasulNya yang penghabisan, Muhammad s.a.w.


Aku mau . Aku mau hidup sederhana, tetapi mencukupi dan tidak mengemis. Aku mau
semua orang mengerti padaku, dapat memahamiku dan tahu padaku.

Yang aku inginkan benar ialah “bahagia”, bahagia lahir, bahagia batin, kerana aku mau
membahagiakan orang pula, sejak dari dunia sampai akhirat.
Aku ingin kemana aku pergi mendapat sambutan yang pantas hendaknya dari segala
golongan lapisan masyarakat, walaupun di mana sahaja bumi Tuhan ini aku pijak. Aku ingin hidup sebagai sorang manusia yang wajar dan layak berpunya dan mempunyai, dicintai dan menyintai, dicukupi dan mencukupi, mendapat penghargaan dan penilaian yang pantas, sesuai dengan harga dan nilainya ilmu pengetahuanku yang
aku perdapat berdasarkan pengalaman-pengalaman dan petunjuk-petunjuk yang aku
terima.

Aku ingin memperdalam ilmu pengetahuan ini dengan tujuan sampai serta tahu dan serba punya dan serba bisa, untukku jadikan amalanku sebagai pengabdianku terhadap Tuhan Yang Maha Esa, terhadap Nusa dan Bangsa. Aku ingin ilmu pengetahuanku ini berkembang di mana-mana, turun-temurun sampai ke anak cucu di kemudian hari dan yang sangat ku inginkan pula ialah: mendapat turunan
seorang anak laki-laki yang akan mewarisi warisan yang telah aku terima ini.

Hendak ke mana aku?

Berdasarkan kemahuan, keinginan dan kehendakku yang banyak itu, maka untuk itu
aku hendak :
KE S A N A KE S I N I DAN KE S I T U

Mustahak Siapa Aku?

Aku adalah dia yang datang dari SANA dan yang akan kembali kepada NYA. Hidupku di sini terbatas dan di sana kekal dan abadi. Hidupku di sini adalah laksana burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung, terkongkong, tidak bebas.

Aku ingin bebas tetapi tidak lepas. Aku berdiri dan berbadan. Diriku terdiri dari kumpulan zat serba zat yang bagi badanku berdiri dengan sendirinya. Tempatku ialah di dalam diriku, di pertemuan kiri dan kanan. Maka adalah aku dahulu dari diriku. Jadi adalah diri mendatang kemudian setelah aku berada di dalam badanku.

Maka adalah kewajipanku untuk mengetahui keadaan diri dan badanku. Begitulah pula
diri harus mengetahui keadaan badannya yang kasar dan sepatutnya pula mengetahui
“aku” yang sebenarnya.
Badan pun harus mengetahui akan keadaan diri dan akunya. Maka adalah sepatutnya
tiap-tiap kita manusia mengetahui akan keadaan kita yang sebenarnya, supaya kita
tahu akan badan kita yang kasar, tahu akan diri sendiri dan tahu akan aku yang
sebenarnya.

A-ku dan diri letaknya di dalam badan atau terkandung di dalam badan dan adalah a-ku yang sebenarnya letaknya di dalam diri. Keadaan badan adalah nyata dan keadaan a-ku dan diri tidak nyata.

A-ku adalah pokok pangkal dari jalannya kehidupanku di dalam.
Perkembanganku menimbulkan diriku dengan sendirinya. Diriku mealiri seluruh apa yang ada padaku, iaitu seluruh anggota batang tubuhku di dalam.

Alirannya mendatangkan pergerakan, yang mana pada kenyataannya titik tolaknya dari jantung kita terus mealiri seluruh isi batang tubuh kita. Alirannya berisikan daya-daya tenaga
hidup, mengisi jalannya kehidupan kita di dalam. Adalah isi dari daya-daya tenaga
yang hidup itu, kalau diambil perumpamaan, seperti butir-butir darah yang mealiri
seluruh batang tubuh kita. Dan adalah seluruh pergerakan yang disebutkan di atas berlakunya di luar kemahuan kita. Alirannya keluar berbataskan bulu dan kulit.
Pergerakan-pergerakan yang berlangsung di dalam batang tubuh kita yang berlakunya
di luar kemahuan kita itu, tujuannya ialah menjamin jalannya kehidupan kita di dalam.

Sekiranya tenaga yang berbataskan kulit dan bulu itu dapat menembus kulit dan bulu
sehingga dia dapat langsung berhubungan dengan tenaga- tenaga yang banyak berkeliaran di luar kita, mungkinkah dia dapat pula menjamin jalannya kehidupan kita di luar?

Untuk ini hendaklah kita dapat mempunyai dan menguasai tenaga-tenaga itu serta dapat pula mengetahui keadaannya yang sebenarnya. Tenaga-tenaga itu adalah
berasal dari kita sendiri dan diri itu
timbul oleh kerana “a”ku ada di dalamnya.

Aku yang berada di dalam diri dan diri yang terkandung di dalam badan, menjadikan aku menjadi seorang manusia dan bernama Baginda Muchtar.

Maka adalah aku yang
sebenarnya Yang datang dari Tuhan, iaitu Allah dan sewaktu-waktu akan kembali
kepada NYA dan bukanlah badan atau jasad yang akan dikembalikan ke tanah setelah
aku pergi. Y ang akan dikembalikan ke tanah itu ialah badanku setelah aku tiada lagi di
dalamnya, kerana aku telah lebih dahulu kembali ke Hadirat NYA Tuhanku.

Kehadiranku di dalam batang tubuhku didatangkan dan kembalinya aku ke SANA ke
hadirat Tuhanku dijemput. Setelah aku dijemput maka tinggallah rumah ku (badanku)
dan sepeninggalku maka dihantarlah jasadku ke dalam tanah.

Aku adalah yang sulit dapat dikenal dan diketahui orang. Jangankan aku, diriku sahaja
tak dapat banyak orang mengenalnya. Akan tetapi bagiku taklah sulit untuk mengenal
dan mengetahui sesuatu.
A-ku ada tetapi tidak ada. Ada dalam sebutan, tak ada dalam kenyataan.

Di mana letaknya atau duduknya “A”-ku?

Duduknya aku di tempatnya. Tempatnya ialah di dalam badan diriku. Di sanalah aku berada. Kalau ada orang hendak mencari aku, paling ada orang akan menemui rumahku, badanku. Dan aku yang sebenarnya susah orang dapat menemuinya. Dan adalah aku tidak seperti yang diduga atau seperti anggapan orang banyak selama ini. Lain aku dari orang banyak. Aku tak dapat diraba dan dirasa. Akan tetapi banyak
bukti-bukti atau tanda-tanda yang menunjukkan, bahawa aku ada. Aku bukanlah si
pandai sihir, pandai sunglap, pandan mehipnotiseer, bukan.
Aku adalah si Benar, oleh kerana datang dari Yang Maha Benar. Kalau mau mengenal aku, kenalilah diriku lebih dahulu.

Padanyalah letaknya “Rahsia”ku.
Untuk dapat mengenal aku hendaklah engkau melakukan perjalanan pengembaraan
sejauh mungkin ke dalam, kerana di sanalah tempatku dan di balik aku tidak ada apa-apa lagi yang akan engkau dapati.

Kalau perjalanan yang engkau lakukan lurus lagi benar, iaitu engkau pakaikan jalan yang berpetunjuk, maka terlebih dahulu engkau akan dapat menemui jalan diriku dan
kalau engkau teruskan jalan yang berpetunjuk itu maka engkau akan dapat pula
menemui diriku sendiri dan kalau engkau halusi lagi dengan pengertian berjalan terus di
dalam diri, maka dengan beransur-ansur engkau akan berasa tidak berdaya lagi dan
kalau diteruskan juga maka habislah segala daya dan upaya dengan pengertian engkau akan berada di suatu tempat yang tiada titik lagi di balik itu atau lebih jelas engkau akan berada di suatu ruangan yang tidak lagi di balik itu atau lebih jelas engkau akan berada di suatu ruang yang tidak ada yang ada, tiada gerak, tiada suara, tiada angin, yah tiada yang ada dan yang ada hanyalah kalau boleh dirupakan dan diumpamakan, ialah hanya Cahaya dan Cahaya melulu. Cahaya jernih lagi Suci kerana
datang dan berasal dari Yang Maha Suci. Itulah dia “AKU” yang sebenarnya. Kalau engkau telah dapat menemuiku di tempatku
yang hanya aku yang ada di sana maka di saat engkau telah menjadi aku itu, bertitik- tolaklah engkau dari tempatmu itu dengan keakuanmu keluar. Ke depan atau ke muka dengan beransur tapi teratur, sehingga engkau dapat menemui dirimu sendiri. Engkau yang di S AAT itu dalam keadaan tidak ada yang sedang berada di tempat tidak ada
yang ada dengan tidak berdaya- upaya, dalam perjalananmu dalam dirimu sendiri menuju ke badanmu sendiri. Dengan beransur tapi teratur akan mulai merasa
mempunyai tenaga daya dan tenaga yang dinamakan kudrat, daya dan tenaga yang menuju kepada ketentuan, kudrat dan iradat.

Daya-daya dan tenaga-tenaga yang dinamakan kudrat yang telah dipunyai itu ialah kudrat yang timbulnya sesudahnya tiada lagi daya dan upaya, setelah daya tenaga lahir kita sendiri sudah tidak ada lagi.
(Lahaula walaquwattailla billa hil ‘azim)

Dan di waktu itu pulalah berlaku penyerahan dalam erti kata yang sebenarnya dengan pengertian dan pengakuan, bahawa segala-galanya apa yang ada padaku, kepunyaan Allah semata- mata. “Lillahi rabbul alamin”. Penemuan kita kepada Nya, di tempat tidak
ada yang ada, di dalam suatu ruangan, ruangan yang berisikan Cahaya, Cahaya dari Yang Maha Kuasa, Cahaya Allah, Nur-rullah.
Allah memberi Cahaya bumi dan langit. Umpamanya Cahayanya kepada orang
beriman, seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit. Pelita itu dinyalakan dengan minyak kaya yang berkat, iaitu minyak Zaiton, yang tiada tumbuh di timur dan tiada pula di barat. Hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya
meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdamping sesama Cahaya Allah menunjuki
orang yang dikehendakinya. (Surat An-Nur ayat 35).

Itulah dia “Aku, iaitu pelita dalam rumahku sendiri. Dan saya dapat menemuinya di
pertemuan kiri dan kanan.
Dan adalah gelas dengan pelita di dalamnya itu diriku dan rumah yang dimaksud ialah padaku “badanku”. Maka adalah menjadi kewajipanku menjaga rumahku supaya tetap kuat dan sihat membersihkannya dan memeliharanya sebaik-baiknya.
Aku mengisi diriku, supaya badanku tetap kuat dan sihat dan bisa bertahan terhadap
bahaya-bahaya atau serangan-serangan yang datang dari luar. Dari tempat kedudukanku dengan ilmuku aku pergunakan pancainderaku untuk mengetahui sesuatu yang mendatangiku. Dan seluruh persoalan aku letakkan di hujung kukuku dan banyaklah sudah rahsianya aku ketahui.


Aku pelajari akan diriku dan banyaklah sudah rahsianya yang aku ketahui, hingga
“Rahsia nya” telah menjadi rahsiaku. Maka setelah aku dapat menembus alamku
sendiri, pengetahuanku bertambah meningkat, kerana aku telah mempunyai banyak
daya-daya tenaga yang tersembunyi, iaitu tenaga ghaib yang sewaktu-waktu dapat dikerahkan untuk keperluan sesuatu.

Aku yang tadinya segala sesuatunya hanya dapat merasakan apa- apa yang ditimpakan terhadap badan diriku, akan tetapi tak dapat berbuat oleh kerana aku terkurung dan terkungkung dan tak pernah pula diikut sertakan, semenjak aku telah bebas, tetapi tak lepas aku berlaku dan berbuat dengan apa yang ada padaku untuk kebaikan badan
diriku yang selama ini menderita oleh tekanan hidup dari luar.

Aku menderita, oleh kerana mereka tak tahu akan keadaanku yang sebenarnya, salah
memahami akan aku dalam tangkapan dan pengertian. Dia memandang kepada rupaku, bentukku, badanku, pada hal bukan itu yang “Aku. Aku berada di dalam bentuk, di dalam rupa, di dalam badan diriku. Dari itu makanya aku berupa, berbentuk dan bertampan, Tuhanku tidak. Aku beranak dan diperanakkan, Tuhanku tidak. Aku ganjil, Tuhanku Esa. Tuhanku Maha Pengasih, aku dikasihi dan mengasihi. Tuhanku Maha Penyayang, aku disayangi dan menyayangi DIA Maha Besar, aku sangat kecil terhadapnya, DIA maha Kuasa, aku tak berdaya terhadapnya. DIA
Tuhanku, aku Hambanya.

Aku yang telah lahir unutk kedua kalinya, tidak akan membiarkan badan diriku merana dan menderita oleh tekanan-tekanan hidup dari luar dan berjanji akan memperbaiki segala kesalahan-kesalahan yang sudah.
Kelahiranku yang pertama ialah keluarnya aku dari Rahim ibu yang mengandung aku.
Pendidikan dan peprgaulan yang menyebabkan aku lupa kepada diri sendiri, kepada aku yang sebenarnya dan pengalaman yang menyebabkan aku hendak mencari Tuhan, mencari diri sendiri dan mencari aku yang sebenarnya.

Kalau kelahiranku yang pertama, aku keluar dari perut ibuku, maka pada kelahiranku yang kedua aku terpancar dari badanku sendiri. Jadi kalau orang mau mengenal aku yang sebenarnya, dia harus mengenal pancaranku. Sewaktu aku belum terpancar, sampai saat aku sadar akan diriku sendiri, walaupun apa yang telah kupunyai, aku sentiasa berasa kekurangan. Setelah aku terpancar dan dapat menemui diriku dan mengenal badanku, maka tahulah aku akan kekurangan yang kurasakan selama ini.

Sebelum aku dilahirkan maka ada aku di dalam kandungan ibuku dan setelah aku terlahir, maka adalah keadaanku terkurung dan terkonkong. Banyak keinginan-keinginanku, cita-citaku yang tak terlaksana, tak kesampaian.


Aku menderita oleh kerana salah memahami hidup dan kerana belum tahu kepada aku yang sebenarnya. Setelah aku terpancar dari badan diriku sendiri, maka aku berasa
bebas, tetapi tak lepas. Dinding yang membatasi alamku dengan alam lain dan alam Maha Besar telah tembus dan semenjak itu jalan keluar bagiku telah terbuka.
Pintu yang tertutup selama ini bagiku, sekarang telah terbuka dan tiap saat, kalau aku mau, aku dapat berjalan keluar. Dengan jalanku sendiri aku dapat menghubungi mereka-mereka, anasir-anasir yang aku inginkan, kerana semenjak pintu telah terbuka bagiku, maka segala-galanya bagiku letaknya jauh tak berantara dekat tak terbatas.

Aku diam di dalam sebuah rumah yang telah tersedia bagiku dengan isinya yang serba
sederhana, tetapi cukup. Maka adalah kewajipanku menjaga dan memelihara rumah tersebut dengan baiknya supaya jangan rosak dan kotor, luar dan dalam.
Sekarang umurku sudah menuju ke setengah abad.

Tulangku telah lapuk dan
berkemungkinan pula isi rumahku ada pula yang rusak atau berkarat. Ini adalah akibat dari kesalahanku juga selama ini yang tak pandai menjaga dan memelihara sebaik-baiknya. Seperti orang lain juga di waktu itu aku membawakan jalannya kehidupanku dengan menurut hawa nafsu, keinginan-keinginan dengan tidak memikir panjang dan jauh ke muka dan ke belakang.

Seperti telah kuhuraikan di atas pengalaman yang menyebabkan aku hendak mencari Tuhan, mencari diri sendiri dan sampai mencari aku yang sebenarnya.
Dan semenjak pintu telah dibuka bagiku dan setelah aku dapat mengetahui keadaan badan diriku yang telah lemah itu, maka aku berusaha berjalan untuk memenuhi kebutuhan hidup dengan tidak usah bekerja keras dan berat. Aku telah mengalami pembedahan sebanyak dua kali pada bahagian punggungku dengan dua kali pula tambah darah.
Aku ingin hidup dan mahu hidup sebagai seorang manusia yang wajar dengan tidak mengemis. Dan kalau aku mahu memakan harta pusaka, kerana aku menganggap aku harus bisa hidup dan masih bisa hidup dengan apa yang ada padaku, kerana fikiranku masih sihat, dari itu makanya aku jauhi kampung halamanku, aku mengembara dan bermukim di kampung orang. Aku sendiri tidak di kiri dan tidak pula di kanan. Tempatku di pertemuan kiri dan kanan akan tetapi jalannya kehidupanku berkiri dan berkanan, kerana dunia yang ku diami berlurah, berbukit, bergunung, berbatu, berduri, berkeluk,berliku-liku, ada siang, ada malam, ada pagi, ada petang, ada syaitan dan iblis.

Aku adalah laksana titisan air dari gunung yang menuju ke laut lepas, lautan yang tak berpantai, iaitu lautan hidupan. Aku akan mengalir dan mengalir terus yang mana untuk dapat mencapai tujuanku itu, aku harus berbelok ke kiri dan ke kanan guna menghindarkan diri dari penghalang-penghalang dan menjadi satu sungai yang besar sampai di muara.


Aku adalah “Indok” yang berada di dalam diriku dan adalah diri itu terdiri dari kumpulan titik-titik terang lagi cemerlang. Menerangi isi batang tubuhku, laksana dikelilingi oleh
binatang-binatang yang berkeliaran.

Aku yang berkedudukan di pertemuan kiri dan kanan dan berdiri sendiri tidak di kiri dan
tidak pula di kanan, seperti Alif, Alif berasal dari satu titik,titik, bergerak dan
berkembang sampai tegak berdiri lurus.

Oleh kerana aku datang dari SANA dan aku akan kembali ke SANA, maka terhadapnya
aku melakukan perjalanan yang aku namai “Perjalanan balik batang”. Dan kehidupan yang akan kujalankan di dunia ini, ialah perjalanan seorang Musafir yang sentiasa berkelana oleh kerana adalah aku seorang “Pengembara”.
Aku seorang “Pengembara”, bukan seorang “Pengembala” kerana lain Pengembara
dan lain pula Pengembala.


Si Pengembala sewaktu-waktu akan mempertanggungjawabkan pengembalaan terhadap tuannya dan aku si Pengembara, bukanlah mengembara kian kemari untuk bersamanya dan berpoya-poya mengecap kenikmatan hidup lahir sebagai yang dibawakan seorang turist.
Aku adalah seorang Pengembara yang tak punya, akan tetapi Tuhan kaya.

Aku si Pengembara yang lebih banyak berguru kepada Pengalaman mendudukan
memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendatangiku dengan cara tindaklaku
perbuatanku sendiri dengan jalan yang ada padaku sendiri.
Sebagai seorang manusia seluruh kegiatan perbuatanku itu adalah amalanku, yang
akan kupersembahkan ke hadirat Tuhanku dan terhadap Nusa dan Bangsa dan sesama manusia.

Aku akan begerak terus di bidangku sendiri bersama-sama atau aku berada sendiri, untuk orang banyak dan untukku sendiri. Aku bergerak dengan kedua belah tanganku, dengan jariku yang sepuluh oleh kerana
itu pula nama samaranku si “Sepuluh”.

Dan terhadapNya Tuhanku, aku sentiasa menyusun jari yang sepuluh, menekunkan kepala yang satu, mehunjamkan lutut yang dua dengan tujuan memohon ampun sebanyak-banyaknya atas kesalahan- kesalahan yang telah ku perbuat dengan sengaja atau tidak disengaja.

Aku si “Sepuluh” yang sentiasa mehamparkan tangan selebar-lebarnya terhadap Tuhan
Yang Memerintah seluruh Alam dengan tiada daya-upaya.
“Penyerahan, sebulat-bulatnya segala apa yang ada padaku kepunyaanNya
“Lillahirabbil ‘alamin”. Dan terhadap sesame manusia aku membuka tangan menampung segala yang mendatang dan menyelesaikannya sedapat mungkin dengan sebaik-baiknya dan mendudukan segala sesuatu pada tempatnya. Aku tadinya adalah seumpama benih yang baru ditanam. Perkembangan dan
pertumbuhanku ke dalam berurat dan berakar, keluar menimbulkan “batang”, batang
berdahan dan berdaun dan menghasilkan buah, buahnya menjadi-jadi, kerana ilmuku
ialah ilmu padi, semakin tunduk menjadi. Hendak padi tanamlah padi. Hendak beras padi ditumbuk. Untuk mendapat tepung buat bikin kuih beras ditumbuk.

Kalau hendak mengenal dan menemui aku, janganlah sekali-kali dengan pemecahan
melainkan dengan “pemisahan”.
Kalau aku dipecahkan, percayalah tidak akan terpecahkan dan akan membawa akibat kepada badan dirimu sendiri, sebab di saat engkau mencuba memecahkanku,
keadaannya sama juga seolah-olah engkau memecahkan badan dirimu sendiri.

Jadi kalau hendak mengenal aku yang sebenarnya, pelajarilah keadaanmu sendiri lebih dahulu, terdiri dari apa dan bagaimana cara memisahkannya antara yang satu dengan yang lain.

Hasil dari “pemisahan” sangat berlainan dengan pemecahan, kukatakan padamu pisahkan lebih dahulu antara diri dan badanmu sampai engkau dapat mengenal dan menemui dirimu sendiri. Setelah engkau dapat mengenal dan menemui dirimu sendiri, pelajarilah akan keadaan dan rahsianya, sehingga rahsianya menjadi rahsiamu dan sesudah itu berusaha pulalah untuk dapat mengenal dan menemui “aku” yang sebenarnya.

Dengan rahsia dirimu dapat engkau merasakan yang mana yang diri dan yang mana badan. Dirikah yang berbadan atau badankah yang berdiri?

Jawabnya ialah “Aku
berbadan dan berdiri”.
Jadi setelah engkau dapat mengetahui dan merasakan yang mana diri dan yang mana pula yang badan, maka hendaklah engkau ketahui bahawa adanya badan dan diri itu, oleh kerana adanya “aku” di dalamnya.

Di mana aku beradanya?

Dan bagaimana pula keadaanku?

Aku berada bukan di badan tetapi di diri dan di diri itulah adanya aku yang laksana pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan seumpama bintang yang berkilau-kilauan di langit.

Aku dikelilingi oleh bintang-bintang yang berkilau-kilauan atau bintang-bintang yang
bercahaya-cahaya bertaburan di sekelilingku.

Untuk mengetahui keadaanku, perhatikanlah badan diriku. Aku akan tiada, kalau badan diriku tidak ada. Badan diriku akan mati kalau aku tidak berada lagi di dalamnya.

Aku dihidupkan dan menghidupkan. Dihidupkan dengan minyak kayu yang berkat
(Zaiton) yang tiada tumbuh di Timur dan tiada pula di Barat dan mendatangkan aliran yang hidup, mealiri dan menghidupkan seluruh anggota batang tubuhku.

Temuilah aliran hidup tersebut dan pelajarilah akan isinya. Pelajari dia sejak dari luar
sampai ke dalam. Ibarat satu sungai kalau sudah ditemui muaranya janganlah terus
diharungi lautan lepas dengannya, melainkan mudikilah sungai itu lebih dahulu sampai ke hulunya supaya dapat tahu lekuk likunya, lubuknya dan lain sebagainya dan dari hulunya benar turutilah alirannya sambil mempelajarinya sampai ke muara dan untuk menambah jalannya atau kelancarannya ilmu pengetahuan dilakukan hendaknya dengan berulang-ulang sampai kita dapat mengerti keadaannya yang sebenarnya.

Badankah yang menguasai diri atau dirikah yang menguasai badan?

Badan tidak akan berdiri kalau tidak ada aku dan diripun tak akan ada kalau aku tidak ada.
Maka adalah badan dan diriku bergantung kepada aku keduanya. Padaku keduanya
satu, akan tetapi untuk dapat mengenal satu sama lain orang harus meadakan “pemisahan”. Pemisahan bukan pemecahan. Pemecahan dalam soal badan dan diri akan membawa akibat, kecuali “pemisahan”. Untuk itu orang harus dapat memisahkan
badan dan diri dan “aku” yang banyak mengandung rahsia itu.

Setelah orang dapat mengenal badannya, maka sesudah itu dia harus dapat pula hendaknya mengenal dirinya sendiri.

Mengenal badan tidaklah sesulit mengenal diri, sebab badan nyata dan diri tidak nyata.

Bagaimana hubungan badan dan diri?

Kalau mau orang pasti dapat mengenal badan dan isinya. Untuk ini telah banyak yang
ahli, specialis yang mengetahui benar selok-beloknya batang tubuh kita dengan isinya,
iaitu para doctor. Bagaimana kita dapat mengenal diri yang terkandung dalam badan,
apa lagi keadaannya tidak nyata. Bagi orang yang telah dapat mengenal dan menemui
dirinya, dia akan mengatakan adalah badan dan diriku itu seumpama rumah dan isinya,
yang kelihatan dari luar, pintunya tertutup dan “aku” ada di dalamnya, yang bagiku
sendiri pintu untuk keluar rumah pun tertutup.

Kalau orang mau mencari aku tentu dia akan mendatangiku ke rumahku dan kalau mau menemui aku tentu orang akan memasuki rumahku. Rumahku Mungkin mudah orang dapat mengenalnya, akan tetapi sanggupkah orang
memasukinya dari luar melalui pintu yang tertutup itu Dengan paksa?

Kalau ini kejadian tentu itu orang namanya orang jahat. Aku yang duduk di tempatku di dalam rumahku, kalau mau dapatkah aku berjalan keluar dari rumahku?

Untuk aku keluar pintu pun tertutup. Kebebasanku bergerak
hanya dalam rumahku sahaja, tidak dapat keluar. Aku tak tahu siapa yang mengunci pintu rumahku itu dan sama siapa terpegang anak kuncinya.
Orang harus mengenal aku dan aku harus mengenal orang. Perkenalan satu sama lain
yang akrab menyebabkan rapatnya hubungan antara keduanya. Satu sama lain butuh
membutuhkan.Aku membutuhinya dan dia pun sangat membutuhiku.
Orang yang menuju kepadaku tentu dengan jalannya dan aku pun ada pula jalan sendiri. Jalan yang berlainan yang menyebabkan satu sama lain susah untuk bergaul, kenal-mengenal apa lagi untuk mendapati yang sebenarnya, walaupun sama- sama
mempunyai keinginan atau kemahuan baik.

Jalan menuju rumahku adalah jalan orang banyak. Akan tetapi untuk dapat menemuiku
aku hendaklah dipakai jalanku sendiri, kalau tidak aku tak akan bersua. Bertentangan akan mendatangkan pertengkaran, persesuaian akan menghasilkan yang diinginkan.

Jalanku jalan berisi,berisikan nikmat lagi berpetunjuk. Aku mengisi dan mealiri seluruh
batang tubuhku di dalam. Perjalananku mengisi dan mealiri seluruh batang tubuhku di
dalam. Perjalanan ku mengisi dan mealiri itu menimbulkan apa yang ada pada badanku ada pula didiriku. Dan hubungan antara yang satu dengan yang lain, adalah laksana kawat letrik dengan aliran stroom yang ada di dalamnya.

Aku harus mengenal diriku untuk kebaikan badanku, kerana di dirikulah letaknya segala
sesuatunya. Kalau ada orang memasuki rumahku dengan tujuan tidak baik, maka aku akan kemukakan diriku untuk bertahan, kalau perlu menyerang. Untuk dapat menyerang, aku melalui diriku harus dapat menembus alamku sendiri supaya aku dapat langsung berhadapan dengan alamku sendiri supaya aku dapat langsung berhadapan
dengan orang atau musuhku. Dari itu kenalilah dirimu lebih mendalam.

Peristiwa diri Adalah peristiwa jiwa, peristiwa rohani, peristiwa kebatinan, peristiwa
ghaib.

Diri timbulnya estela adanya roh di dalam badan. Perkembangan diri di dalam meliputi seluruh batang tubuh. Aliran DIRI BUKAN ALIRAN BADAN, sedangkan aliran badan sejalan dengan aliran diri.

Diri yang berkembang di dalam dengan mengaliri seluruh apa yang ada di badan
merupakan gambaran dari badan kita di dalam, dengan pengertian apa yang ada di
badan kita ada pula di diri kita. Kalau badan dengan isnya dinamakan jasmani, maka
diri dengan perkembangannya tadi dinamakan rohani.


Kalau jalannya diri telah ditemui, turutilah jalan itu sambil mempelajari keadannya yang
sebenarnya. Turutlah jalan itu tanpa ragu-ragu, kerana apalah ertinya kita lagi, kalau tak mempercayai diri sendiri.
Pengertian yang meningkat tentang diri, mengenalnya sampai menemui “dia” Yang
sebenarnya dan pengertian yang mendalam tentang kesedarannya, membuka jalan
bagi kita untuk dengan keyakinan yang teguh banyak kemungkinan-kemungkinan yang dapat kita lakukan untuk sesuatu.

“Percayalah pada diri sendiri”.
Diri sendiri yang telah dikenal dan yang telah dapat ditemui di dalam badan mempunyai jalan tersendiri pula, jalan yang berpetunjuk guna untuk menunjukkan jalan lepada yang dituju, jalan hidup lagi dihidupkan jalan kiri dan kanan, jalan yang mempertemukan yang
lahir dengan yang batin, positif dan negatif, jalan badan dan diri jalan yang berisi, berisikan rasa, rasa yang dapat dirasakan, rasa yang banyak mengandung rahsia, rahsia ghaib, rahsia diri.

Mungkinkah diri yang telah kita kenal akan merusak badannya sendiri?

Dari itu ingatlah akan pesan orang tua kita: “jangan lupa kepada diri sendiri”.

Jadi maka hádala “aku” orang yang berdiri dan berbadan, orang yang telah mengenal dirinya sendiri, orang yang telah menemui dirinya sendiri, orang yang banyak sedikitnya telah dapat mengetahui rahsia diri dan orang yang telah dapat mengenal dan mengetahui “aku” yang sebenarnya.

“Aku” duduk di tempatku, dudukku duduk menanti, menantikan kedatangan sesuatu
untuk sesuatu dengan sesuatu. Walaupun duduk, akan tetapi aku sentiasa berjalan dan terus berjalan dan berdasarkan penyataanku itu makanya aku menamakan diriku seorang hamba yang musafir yang sentiasa dalam pengembaraan.

Dalam perjalanan yang kulakukan sentiasa aku berbuat berlaku dan bertindak kalau
perlu.

Aku akan ke SANA, Yah memang di SANA tempatku kembali dan untuk itu “Aku” harus melakukan perjalanan, perjalanan yang kunamakan perjalanan balik batang, dari “Ya” ( ÙŠ ) menujuk ke “Alif” ( ا )

Itulah dia “aku” yang sebenarnya untuk dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan:
1. Siapa aku
2. Mau apa aku
3. Hendak ke mana aku


Hamba:

Tingkatkanlah pengetahuanmu sampai engkau dapat mengenal menemui seorang
Hamba dan seterusnya sampai engkau menjadi seorang Hamba.
Seorang hamba tidak mementingkan dirinya sendiri, melainkan mementingkan yang di
luar dari dirinya lebih dahulu.
Baginya rezki mendatang, air hampir makanan murah. Hamba yang dimaksud Hamba Allah yang kerjanya sentiasa menghamba kepada Allah mengabdi kepada Yang Maha Kuasa dan dilindungi oleh Yang Maha Besar.

Pekerjaannya itu bukan menghamba kepada sesame manusia, kerana orang yang
menghamba kepada sesama manusia adalah orang yang merendahkan harga dirinya
sendiri dan tepatlah kalau dinamakan orang itu budak yang bererti diperbudak oleh
sesame manusia, lantaran mengharapkan belas kasihan sang majikan atau untuk
mendapatkan yang diinginkannya dari seseorang.

Perjalanan seorang manusia
berlainan dengan perjalanan seorang hamba.

Sebagai seorang manusia biasa kita harus banyak belajar untuk dapat banyak
mengetahui supaya bisa selamat menjalankan kehidupan dunia dan akhirat.

Seorang hamba berjalan pada jalannya sendiri, yang jalan itu ada padanya. Dia berjalan dengan sesuatu untuk sesuatu dan menghasilkan sesuatu.

Orang yang seperti itu padanya ada garis hidup yang akan ditempuhnya, yang kadang-
kadang hasilnya berlainan dengan kemahuan orang banyak dan kadang-kadang pula
pekerjaannya tak makan di akal dan tak terpecahkan oleh otak dan tempo-tempo
hasilnya mengkagumkan dan menghairankan lantaran keanehannya.

Aneh tetapi benar, kerana garis hidup yang ditempohnya berasal dari Yang Maha Benar.
Pernahkah engkau memperhatikan perjalananmu sendiri di dalam batang tubuhmu?

Suatu perjalanan yang bagi kamu yang di luar tidak dapat menguasainya?

Dan dapatkah engkau mengetahui di mana batasnya perjalananmu yang di dalam itu?

Dan di mana tempatmu sebenarnya?

Cubalah renungkan.Hamba ada padamu, budak ada padamu dan raja pun ada padamu, kamu menjadi raja pada dirimu sendiri, menjadi budak pada dirimu sendiri dan hambamu akan menjadi seorang Hamba Allah, sekiranya engkau dapat menemui hamba.

Nabi Musa mendapat petunjuk dari Tuhan untuk mencari dan menemui seorang Hamba
Allah yang mendapat pelajaran ilmu pengetahuan dariNYA. Ia sebagai seorang manusia dengan pangkat ke Rasulannya berjalan mencari Hamba Allah tersebut menuju ke tempat yang ditunjukkan Tuhan dengan tanda-tandanya. Maka
ditemuinyalah Hamba Allah tersebut di pertemuan permukaan dua laut dan belajarlah Nabi Musa kepadanya. Dan itulah dia Hamba Allah, yang telah dikurniakan Tuhan Rahmat dan
yang telah diajarkan ilmu pengetahuan kepadanya. (Alkahfi 60-82).

Sebagai seorang manusia kita harus banyak belajar untuk dapat banyak mengetahui guna dipergunakan buat kebahagian hidup dan akhirat.
Seorang Hamba allah ada yang mengajarnya. Kewajipannya ialah menurutkan jalannya garis hidup yang telah ada padanya yang kegunaannya untuk kebaikan jalan kehidupannya dunia dan akhirat.

Jalannya berisi, berpetunjuk, tidak dimurkai dan tiada pula sesat.
Seorang Hamba Allah yang musafir kerjanya ialah berjalan terus berbuat dan berlaku
dengan sesuatu untuk sesuatu.

Dia duduk di tempatnya. Tempatnya di dalam tetapi
dia keluar. Walaupun Hamba duduk, tetapi hamba berjalan. Bagi Hamba tiada erti kata
lelah. Siang dan malam bagi hamba sama sahaja. Hamba tidak mengenal mati, kerana hamba hidup. Yang mati bagi hamba ialah orang. Banyak orang tak mengenal hamba. Dan perbuatan seorang hamba tak dapat banyak orang mengetahui nya, kecuali orang yang terdekat padanya dan orang-orang yang sering mendampinginya.

Hamba menjadi orang oleh kerana “NYA”. Ditemuinya, hamba, setelah dia dapat
mengenal dan menemui dirinya dan seterusnya setelah dia dapat mengenal dan
menemui “AKU” dan ditemui hamba di pertemuan kiri dan kanan, setelah dapat menemui riwayat perjalanan Nabi Muda dengan seorang Hamba Allah (Haidir) melalui Al-Quran surat AlKahfi.

Untuk dapat menemui “Aku” dia mengadakan pemisahan, bukan pemecahan perjalanan dan pemisahannya yang pertama, menghasilkan pengenalan dan penemuan akan dirinya dan pemisahan penelitiannya yang mendalam menyebabkan dia mengenal dan menemui “A”kunya. Diketahuinya sudah siapa “A”ku dan dilakukan dan dibawakannya keakuannya sebagai jawapan mau apa aku dan hendak ke mana aku.

Pengalamannya dengan keakuannya mendatangkan rasa tak puas kepadanya dan
penelitian dan ketekunan peningkatan dari jalannya ilmu pengetahuannya, maka ditemui “hamba” yang mempunyai jalan sendiri dan berbuat sendiri untuknya dan ditemuinya pula apa yang dikatakan Imam Ghazali, kesalahan besar, iaitu kekeliruan memandang raja dianggap sebagai pesuruh yang rendah atau majikan dianggap sebagai budak.

Pandanglah hambanya jangan orangnya. Banyak sudah orang menjadi hamba sebelumku, akan tetapi hambaku yang ku ketahui
dan yang aku sekarang ini, tak dapatlah orang mengetahuinya dan Aku yang dia, maka dapat aku mengatakan perjalanan hamba berlainan dengan perjalanan orang lain.

Saya lebih suka menjadi seorang hamba dengan tahu jalannya daripada menjadi
seorang raja yang sering lupa di dirinya.

Seorang hamba yang telah ada mempunyai pegangan hidup, iaitu yang padanya ada jalan sendiri yang akan ditempuhnya untuk kebahagiannya, tidak boleh menyimpang dari jalan yang telah ada baginya atau keluar dari garis hidup yang akan dilaluinya atau
dibawakannya.

Suatu kesalahan besar jika terjadi hamba berjalan di luar garis hidup yang akan
dibawakannya. Lain orang, iaitu yang harus belajar lebih dahulu untuk menempoh
jalannya kehidupan dan suatu kesalahan pula pada orang kalau dia lupa pada dirinya.

Sebaik-baik hamba, ialah seorang hamba yang soleh. Hamba yang musafir, kerjanya
ialah berjalan dan berjalan terus dengan sesuatu untuk sesuatu. Walaupun nampaknya duduk, tetapi dia berjalan terus. Jalannya ada padanya dan tak dapat banyak orang
mengetahuinya. Sedekat-dekat orang padanya, paling dapat orang merasakannya. Banyak sudah hamba sebelum hamba dan akan muncul pula seorang hamba sesudah hamba.

Hamba adalah seorang musafir yang sentiasa dalam pengembaraan, pulang dan pergi,
ke sana dan ke sini, keluar dan masuk. Jalan hamba jalan kiri, jalan kanan, jalan hidup,
jalan mati, mematikan dan menghidupkan, jalan tengah, jalan positif, jalan negatif dan jalan neutral. Dan kesimpulan dari seluruh perjalanan hamba seperti telah diuraikan pada perjalanan yang sudah-sudahnya, tetapi apa yang dinamakan “Perjalanan balik batang”.

Orang boleh mempercayai atau tidak, itu terserah, tetapi hamba mengatakan kata
benar, kerana itulah yang ada pada hamba. Apa yang ada pada hamba?

Yang ada pada hamba ialah jalan, jalan untuk mencapai tujuan yang terdiri dari jalan kiri, jalan kanan dan jalan tengah. Dengannya hamba hidup keluar dan ke dalam, pergi dan kembali, memberi dan menerima, berlaku dan berbuat. Hamba keluar masuk, datang
dan pergi, mealiri dan meisi.
Jalan hamba jalan lurus, hamba ke kiri pada jalannya dan ke kanan pada jalannya.
Orang yang tidak dan belum mengenal hamba, tentu lain pandangannya pada hamba.
Orang yang dekat pada hamba akan mengatakan hamba bodoh atau keliwat sabar,
kerana dalam banyak hal, banyak mengalah dan mendahulukan kepentingan orang lain dari kepentingan diri sendiri.

Yah, memang begitulah hendaknya seorang hamba dan
ketahuilah bahawa apa yang telah hamba perbuat dan lakukan itu, ialah tidak
menyimpang dari perjalanan yang pada hamba. Pada waktu suka dan duka, sakit dan senang hamba tidak akan meninggalkan jalan yang telah ada pada hamba itu, dengan meninggalkan bererti tidak berjalan pada
jalannya, mempergunakan jalan lain, bererti menyimpang dari jalan yang telah ada
ketentuan baginya.


Dan itulah dia seorang hamba yang padanya telah ada jalan. Dari hamba kepada seorang hamba dan dari seorang hamba kepada hamba. Dan bagi orang-orang yang belum sempat dan belum dapat mengenal aku, apa lagi bagi mereka-mereka yang belum dapat menemui “aku”, maka dengan ini hamba memperkenalkan : aku dan diriku
melalui naskah-naskah karanganku sebagai hasil dari perjalananku untuk mengenal diri
dan aku, suatu pemecahan yang menghasilkan pemisahan, pemisahan antara badan dan diri dan antara diri dan “A”ku, dan sampai aku dapat menemui hamba.

Di balik badan adalah diri, di dalam diri adanya aku dan sebelum aku adalah hamba.
“Ditemuinya hamba di pertemuan kiri dan kanan”.

Si Sepuluh
( Bagindo Muchtar )


TARIKAT MENGENAL DIRI
(V I)
Laporan-laporan dari anak-anakku yang berkecimpung di golongan kehidupan dan
pertanyaan-pertanyaan orang yang dihadapkannya pada anak-anakku itu, menjadikan
pertanyaan pula pada diriku sendiri iaitu: “Tarikat apa yang aku pakai”?

Pertanyaan seperti yang kusebutkan di atas timbul dari orang-orang setelah dapat mengetahui dan melihat pembawaan dari anak-anakku di waktu mencuba menolong
orang-orang yang lagi menderita atau mendapat kesulitan dan kesusahan terutama di
bidang pengubatan, yang bagiku jadikan amalanku.

Dan menjadikan buah pemikiran pula bagiku, kenapa orang mendatangkan pertanyaan
semacam itu pada anak-anakku, yang bererti juga pertanyaan itu langsung dihadapkan kepadaku sendiri.

Aku belajar memahami erti kata Tarikat, aku baca buku-buku yang mengenai Tarikat, aku berkenalan dengan Tarikat Naksyabandiah, Kadiriah, Syatariah dan lain-lainnya.
Menarik pelajaran dari bermacam- macam tarikat yang telahku ketahui itu, maka hasil
dari renunganku, aku mengambil kesimpulan bahawa adalah apa yang telah kujadikan jadi amalanku itu ialah hasil dari perjalanan ilmu pengetahuan yang telah aku perdapat dan punyai dan yang telah menjadi amalan bagiku sendiri. Kalau dikatakan aku masuk Tarikat seperti orang lain menjalankan Tarikat iaitu apa yang dinamakan suluk, walaupun Tarikat namanya aku belum pernah memasukinya.
Tetapi terus-terang aku katakan, adalah apa yang ada padaku sekarang, yang
dinamakan Ilmu Pengetahuanku, bagiku ialah mendatang sendiri dengan tidak ada petunjuk-petunjuk yang nyata walau dari siapa sekalipun.

Ketabahan menerima cubaan-cubaan hidup, renungan-renungan pemikiran,
pengalaman-pengalaman dan waktu yang bertahun-tahun yang telahku pergunakan
untuk membawakan dan mempelajari apa yang mendatang padaku itu, yang ku jadikan
ilmuku.

Dan sudah tentu pula tak luput dari pengorbanan- pengorbanan yang telah kuberikan dan yang paling banyak ialah korban perasaan. Aku pelajari apa yang telah ada padaku. Aku mengadakan pemecahan secara ilmiah. Pemecahan menghasilkan pemisahan antara yang satu dengan yang lain, antara badan dan diri dan antara diri dan aku.

Rupanya dengan tak kusedari saya telah bertarikat sendiri, iaitu perjalanan memecahkan sesuatu keadaan, apa yang ada padaku, sampai menghasilkan pemisahan dan sampai mendapat suatu pegangan yang ku anggap baik.
Dan dalam renunganku untuk dapat menjawab pertanyaan di atas, maka aku dapat mengatakan, bahawa adalah tarikat ku aku namakan; “Tarikat untuk mengenal diri
sendiri”.

Bagaimana perjalananku untuk dapat mengenal diri itu?

Dengan merenungkan kembali
perjalanan yang sudah-sudah, maka dapatlah aku mengetahui bahawa dalam perjalananku yang sudah-sudah, aku telah dapat menemui dan mengenali diriku sendiri,bahkan saya telah dapat menemui dan mengenal “Aku” ku yan sebenarnya.

Aku telah dapat mengenal diriku dan telah dapat pula tahu yang mana yang aku dan siapa aku yang sebenarnya. Kalau yang sudah-sudah anak-anakku menerima aliran dariku, maka pada masa yang akan datang anak-anakku akan ku bawa berjalan untuk mengenal diri sendiri.

Pada mulanya orang luar yang ku namakan sekarang anak-anak ku tertarik padaku
akan keganjilan dan keanehan ilmu pengetahuanku, dengan keinginan hendak
berkepandaian sepertiku pula. Semenjak itu mereka mula berkenalan dengan aku dan
menerima aliranku yang baginya anak-anakku menjadi kepandaian.
Dan cara ini telah berjalan bertahun-tahun lamanya. Tidak semuanya dari mereka yang
menerima aliranku itu sukses dalam membawakannya, kerana ketidak pandainya
menurutkan aliran yang mendatang padanya itu.
Mereka menangkap aliran yang ku berikan dan cara memperaktikkan kepandaiannya
itu dengan pengertian dan penafsiran sendiri-sendiri dan kebanyakan kenyataannya
salah memahaminya.

Dan tak kurang pula dari mereka-mereka itu yang memutuskan hubungan dengan saya sendiri, yang bererti mundur teratur. Dia sendiri yang mempersulit jalan yang ku berikan padanya. Mereka dalam hayalan terlampau banyak hendak menarik keuntungan dari pengetahuanku itu. Mereka bergerak dengan hawa nafsu sedangkan yang aku berikan padanya itu “tidak dengan hawa nafsu”. Keinginannya yang besertakan hawa nafsu sendiri lebih besar dari kemampuan dirinya sendiri.

Dan mereka-mereka itu, anak-anakku yang dapat menarik faedah dari pengetahuan
(aliran) yang ku berikan padanya yang dapat membawakannya dengan alirannya sendiri, bagi mereka itu namanya belum lagi ilmu, melainkan kepandaian, iaitu buah dari ilmuku.

Sekarang timbal soal dari mana datangnya daya tenaga yang ku berikan pada mereka-mereka itu?

Sebagai jawapannya ialah, apa yang kuberikan pada mereka-mereka itu ialah buah dari ilmu pengetahuanku yang berasal dari diriku sendiri dan diterima oleh
diri mereka pula yang jalannya menembus alamnya sendiri iaitu badan kasarnya dan dapat ditangkap dengan daya rasa.

Titik yang ku berikan diterima oleh diri dan diri mereka memperkembangnya menurutkan saluran tertentu dan duduk di tempatnya, untuk sewaktu-waktu bilamana perlu akan dipergunakan sebagaimana mestinya.

Ilmu pengetahuanku terdiri dari pergerakan bukan dari perkataan. Dan bergerak di
bidang pengetahuanku ini, bererti berjalan ialah tercapainya segala tujuan atau yang dituju.


Bermula ada Syarikat (yang menjalankan) kedua Tarikat (yang berjalan) ketiga Hakikat
(yang diinginkan) keempat Makrifat (tujuan terakhir). Hakikat tidak akan diperdapat
kalau tidak ada Makrifat. Yang dihakikatkan itu terbitnya dari makrifat, Makrifat tidak
boleh diganggu-gugat. Tarikat tidak akan ada kalau tidak ada syariat.
Maka adalah Syariat – Tarikat – Hakikat – dan Makrifat harus sejalan.
Makrifat yang paling tinggi lagi dalam dan Suci ialah Makrifatullah, bermakrifat pada
Tuhan. Bukankah dari Tuhan terbitnya, timbulnya dan mendatangnya segala sesuatunya?

Dan bukankah Tuhan pula yang menentukan segala sesuatunya?

Orang-orang yang mendapat dan mempergunakan aliranku memandang dan menganggap aku sebagai bapak, kerana mereka-mereka itu menerima pancaran dariku. Bisakah cara atau sistem berbapak ini lama-lama dipertahankan?

Bagaimana kalau mereka pindah tempat atau kalau saya yang dianggapnya bapak itu sudah tak ada lagi atau pindah ke tempat lain?

Dengan tidak adanya saya lagi atau berpindah tempat tentu mereka-mereka itu tak dapat tambahan atau sambungan langsung lagi pancaran dari saya bukan?

Mereka-mereka akan bergerak dan hanya dapat mempergunakan apa yang telahku berikan sahaja, sedangkan mereka- mereka itu tak dapat dan belum dapat memahami betul akan ilmu pengetahuanku.

Sebelum yang tak diinginkan itu kejadian atau terjadi (saya berpindah tempat) sebaiknya mereka-mereka itu dididik dan dilatih untuk berdiri sendiri, supaya dapat berjalan sendiri dan pandai berlaku sendiri. Kalau sampai kejadian, iaitu yang mendidik berhadapan dengan yang dididik maka akan berubahlah anggapan dan pandangan, kerana kalau tadinya sewaktu menerima aliran (pancaran) yang berhadapan bapak dengan anak, maka di waktu Yang mendidik berhadapan dengan yang dididiik, akan berhadapan dengan murid.

Bapak yang berilmu memberikan buah dari pengetahuannya kepada si anak dan buah
yang diterima si anak menjadi kepandaian padanya.
Guru (pendidik) memberikan ilmu pengetahuannya pada muridnya (yang dididik) dan
kecerdasan si murid yang akan menentukan lupus tidaknya dia di dalam pendidikan atau dapat tidaknya dia menerima pemberian dari gurunya.

Guru mendidiknya dengan ilmunya untuk bisa berdiri sendiri atau menjadikan si murid
menjadi seorang yang berilmu, jadi bukan menjadi seorang pandai sahaja. Si anak yang tadinya mendapat pelajaran dari bapak untuk dapat berdiri sendiri harus dididik sampai menjadi seorang yang berilmu.

Ilmu yang paling baik, tinggi dan dalam ialah ilmu yang berdasarkan ke - Tuhanan.

Untuk mendapat ilmu Tuhan yang sebenarnya orang harus dapat mempelajari cipta-
ciptannya. Ciptaan Tuhan yang terdekat pada kita ialah keadaan kita sendiri. Orang memandang dan merenung keluar memperhatikan keadaan alam sekelilingnya untuk mendapatkan suatu keyakinan dan kesimpulan akan pengakuan adanya Tuhan Maha Pencipta, Maha Besar lagi Maha Kuasa.

Kita merenung dan bertafakur ke dalam memikirkan dan mempelajari keadaan kita
sendiri. Mempelajari keadaan sendiri, bererti hendak mengetahui apa yang ada pada
badan, pada diri dan lain sebagainya. Apa yang ada badan sudah banyak orang
mengetahuinya. Sudahkah orang dapat mengenal akan dirinya sendiri?

Dan bagaimana caranya aku dapat mengenal diriku sendiri?

Aku berbadan dan berdiri.
Sudahkah orang dapat mengenal aku dan diriku?

Dan sudahkah orang dapat
mengenal akunya dan dirinya sendiri?

Saya dapat mengenal diri saya dengan jalan bertafakur dan merenung ke dalam. Dan aku dapat mengenal diriku sendiri setelah ku dapat memancar keluar melalui pintu-pintu tertentu. Dengan keluarnya pancaranku, bererti aku telah dapat menembus alamku sendiri, iaitu apa yang dinamakan badanku. Untuk dapat mengenal diri yang sebenarnya orang harus bertarikat – berhakikat dan bermakrifat untuk mencapai tujuan.

Syariat harus menjalankan supaya dapat yang dihakikatkan. Hakikat tidak akan tercapai kalau tak bermakrifat. Makrifat mendatang kan Hakikat. Jadi untuk mencapai
tujuan yang sebaik-baiknya ialah sejalan hakikat dan makrifat.

Syariat menjalankan, Tarikat berjalan dan Hakikat tidak akan diperdapat kalau tak ada
makrifat. Maka adalah makrifat sumber dari segala-galanya, atau tempat tercapainya tujuan.

Pembawaan yang sebaik-baiknya yang menjalankan aku, yang berjalan diriku untuk supaya tercapai tujuan. Maka adalah perjalananku menuju makrifat untuk mendapatkan hakikat. (yang dikehendaki).

Kenapa harus diri yang berjalan?

Inilah salah satu dari rahsia dari yang aku perdapat.

Bagaimana jalannya atau caranya untuk dapat mengenal diri itu?

Aku dapat mengenal dan menemui diriku, setelahnya aku memikirkan, mempelajari, merenungkan akan keadaanku, nasibku, untuk bahagianku. Aku bertafakur ke dalam, ke dalam batang tubuhku dengan alat pemikiran yang ada padaku. Teringat olehku aku berbadan dan berdiri.

Apa yang dinamakan badanku telah aku ketahui. Ia terdiri dari : bulu – kulit – darah – daging – hati – jantung – limpa – rabu (paru-paru) – empedu – urat – tulang – otak – benak (otak besar dan otak kecil). Akan tetapi yang mana yang dikatakan diriku?

Bahawa diriku itu ada di dalam badanku itu telah pasti. Akan tetapi bagaimana – aku dapat mengenal dan menemuinya?

Dan terdiri dari apa dia?

Dan sampai di mana daya kesanggupan pemikiranku dapat menangkapnya?

Keadaan badanku sudah nyata padaku. Dan bagaimana aku dapat menyatakan diriku sendiri?

Untuk itu tentu aku harus mencari nya sampai dapat. Aku harus dapat hendaknya memisahkan
antara yang satu dengan yang lain, antara badan dan diriku. Aku merenung dan
merenung lagi. Aku bertafakur.


Aku berdiam di dalam suatu rumah. Aku hendak memasuki rumahku sendiri. Aku hendak menemui diriku. Aku hendak mengenal diriku sendiri. Aku keluar, aku keluar dengan alam pemikiranku, memikirkan bagaimana jalan untuk dapat memasuki rumah sendiri.

Aku teringat akan peribahasa: Rumah tampak jalan tak tentu”.

Yah, aku nampak rumahku bahkan telahku ketahui rumah kediamanku. Tetapi aku belum
menemui dirku.

Dalam mencari-cari itu tanganku meraba Quran, membalik-baliknya dan mataku tertuju kepada ayat 35 dari Surat An-Nur yang terjemahannya ke dalam
bahasa – Indonesia menurut Tafsir Mahmud Yunus yang ada padaku ialah: Allah
memberi cahaya langit dan bumi. Umpama Cahayanya kepada orang beriman, seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit. Pelita itu dinyalakan dengan minyak kayu yang berkat, iaitu minyak zaiton, yang tiada tumbuh di Timur dan tiada pula di Barat, hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya, meskipun tiada disentuh api.

Cahaya berdamping sesama Cahaya Allah menunjuki orang yang dikehendakinya kepada CahayaNya itu. Allah menunjuk kan beberapa perumpamaan bagi manusia dan Ia mengetahui tiap-tiap sesuatu.

Allah telah menunjukkan perumpamaan apa yang ada dalam sebuah rumah yang mana
kalau melihat apa yang ada dalam rumah itu melalui sebuah lubang dinding rumah itu.

Apa yang ditunjukkan itu, kalau kita melihat dari luar?

Dalamnya ada lampu. Lampu itu
bercahaya-cahaya dan dengan cahanya maka kita akan dapat mengetahui apa yang ada di dalam rumah itu. Allah menunjuki orang yang dikehendakinya kepada
Cahayanya itu.

Aku ingin hendak memasuki rumahku sendiri.

Apa akalku dan apa dayaku?

Aku tahu, aku insaf sebagai seorang manusia, akal ada padaku dan daya pun ada padaku. Kalau aku tak berdaya tentu aku takkan hidup namanya. Bagaimana aku akan dapat memasuki rumahku sendiri, sedangkan aku telah berada di dalamnya. Suatu
pertanyaan yang aneh, tetapi benar. Kalau aku yang keluar tidak mungkin, kerana pintu tertutup bagiku, dan orang pun tak mengenal aku. Akan tetapi kalau aku keluar benar dari tempatku, bererti kematian bagi badanku. Ada masanya bagiku untuk pergi meninggalkan rumahku.

Kepergianku dijemput, kerana aku orang jemputan. Akan
tetapi bukan itu tujuanku. Tujuanku ialah bahagia sepanjang masa walau di manapun aku berada.

Dengan akal dan dayaku sendiri aku dapat memasuki rumahku sendiri melalui pintu-pintu tertentu. Ini dapat aku menangkapnya dengan daya rasa yang ada padaku. Rasa
perasaan yang tadinya sifatnya negatif bagi tangkapanku, dengan telah terbukanya
pintu, maka rasa perasaan itu bagi tangkapanku menjadi positif atau pasti dan kenyataan.

Aku teliti dan pelajari rasa yang telah terasa itu dan aku telah dapat menemui jalan untuk memasuki rumahku dan aku telah dapat mengenal dan menemui diriku sendiri, diri yang tiap-tiap orang berilmu mencarinya dengan berhabis umur semenjak dari dulu sampai sekarang ini. Dan dengan jalan yang telahku temui itu, aku
dengan kecerdasan akalku keluar masuk, sehingga aku dapat merasakan pemisahan
antara yang satu dengan yang lain antara badan diriku. Suatu
Pemecahan yang menghasilkan pemisahan yang dapat aku mengatakannya bahawa
aku dengan badan dan diriku, adalah "jauh tak berantara dekat tak terbatas“.

Diri yang kukenal tidaklah seperti diri yang dibayangkan orang, diri yang direka-reka
atau diri yang hanya dapat diperkatakan atau dibicarakan, tetapi tak dapat dirasakan.

Aku telah dapat mengetahui apa yang ada di diriku sendiri dan telah banyak mengambil
manfaat dariNya, dan telah banyak pula orang mendapat faedah dariNya, kerana rahsia
diri yang telah ku perdapat itu aku jadikan menjadi ilmuku dan dengan ilmu yang telah ku perdapat itu aku berbuat dan berlaku, melakukan sesuatu untuk sesuatu yang aku
jadikan pula menjadi amalanku pagi petang siang dan malam.

Semenjak aku dapat menemui Jalan itu, maka jalan itulah yang menjadi peganganku, jalan itulah yang aku tempuh di kala suka dan duka, dengan jalan itulah aku hidup, kerana aku yakin bahawa
jalanku itu, jalan berisi, berisikan nikmat tidak dimurkai dan tiada pula sesat. Dan telah banyak pula orang yang mendapat dan menerima aliran dariku yang mendatangkan manfaat pula pada dirinya sendiri.

Akan tetapi amatku sesalkan sampai saat ini (Julai 1967) kebanyakan dari mereka-mereka itu kurang cerdas. Kurang tepat dan cepat dapat menangkap pengertian-pengertian dan penerangan-penerangan Yang aku berikan. Mereka-mereka terlampau memikirkan dan menghayalkan akan menarik keuntungan untuk badan dirinya sendiri sebanyak mungkin dari ilmu pengetahuan yang aku berikan padanya,

sedangkan pengertian yang agak mendalam seperti yang
kuharapkan belum diperolehinya. Aku sendiri yang harus mendik dan melatih mereka-mereka itu, sedangkan kebanyakan dari mereka-mereka itu tidak mau mencuba berlatih sendiri di rumah masing-masing sedangkan hasrat mereka- mereka itu sangat besar
hendak menguasai dan mempunyai ilmuku.

Apa sahaja yang kubuat dan kulakukan selalu kubawakan dengan jalan aku sendiri.
Kerana mereka-mereka menyoalku dan bertanyakan ini itu padaku. Kalau ada yang
bertanya padaku, yang ditanyakan bukan yang bertalian dengan ilmu pengetahuan, melainkan yang lain-lain sahaja, yang tak ada hubungannya sedikit juga dengan ilmu pengetahuan.

Tiap-tiap orang harus dapat tahu hendaknya akan akunya sendiri, tahu di rahsia diri
sendiri, kalau kesempurnaan hidup yang akan dituju. Capailah bahgia yang diidam-
idamkan dengan rahsia yang terkandung di dalam dirimu sendiri. Pelajarilah akan diri
sendiri sampai dapat mengetahui akan keadaannya. Jadikanlah diri yang telah ditemui itu menjadi ilmu bagimu.

Bagaimana caranya menjadikan diri yang ditemui itu menjadi
ilmu?

Ibarat batang kayu adalah diri itu dijadikan pokok dari ilmu pengetahuan kita.

Pada permulaan diri yang kita kenal dapat kita ketahui dengan perantaraan akal dan jalan fikiran kita sendiri, bertafakkur di dalam. Kita hendak menundukkan kepala ke
bawah dengan mempergunakan akal dan jalan fikiran kita, kita seolah-olah telah berada di muka pintu rumah atau sekurang-kurangnya sedang mencari pintu yang akan
dimasuki. Dan begitulah aku telah berada di muka pintu, bukan di pintu belakang,
melainkan di pintu depan.

Aku dapat menemukan sesuatu yang asing lagi aneh bagiku.
Aneh bagi daya tangkap perasaanku.

Perhatianku ku curahkan padanya. Dia membawa anggota badanku bergerak, iaitu tanganku. Aku turutkan jalannya;

pergerakan ku tadi dengan cermat dan sadar. Dia membawaku pulang pergi. Dengan penelitian dan latihan yang berulang-ulang dapat tahulah aku, bahawa aku telah berulang-ulang keluar masuk rumahku sendiri. Aku telah menemui jalanku sendiri, iaitu jalan diriku, jalan yang berisi, yang pergerakannya menuju kepada kelancarannya jalannya
kehidupanku di dalam.

Yah, aku telah menemui diriku sendiri, yang aku telah banyak
mengambil manfaat darinya dan yang orang lain telah banyak pula menarik faedah
darinya. Dan semenjak aku telah dapat menemui jalanku itu pembawaanku sehari-hari
lebih condong kepada menurutkan jalanku yang bertitik tolak dari dalam itu dengan menyampaikan gerak jalan fikiranku sendiri. Jalan fikiranku kupergunakan menjelang dapat menemui jalanku sendiri untuk seterusnya aku berjalan pada jalanku, dengan jalanku untuk tujuan sesuatu.

Rahsia diri telah menjadi rahsiaku, bahkan telah ku jadikan ilmuku, dengan jalan
menurutkan jalannya yang telah aku temui. Aku telah bermodal, telah berpokok,
berpengetahuan. Modalku, Pokok ku dan pengetahuanku ialah diriku yang banyak
mengandungi Rahsia itu.

Diri itu Suci lagi bersih dan bercahaya laksana bintang yang
berkilau-kilauan di langit. Diri yang telah kita kenal dengan positif (pasti) harus dapat
pula mengenal hendaknya akan keadaannya sendiri, apa yang ada di luar dari badan dirinya sendiri, iaitu badan kita yang kasar ini beserta isinya dan hubungannya antara yang satu dengan yang lain, sehingga tercipta kasih sayang antara yang satu dengan yang lain, dengan pengertian badan menyayangi dirinya dan diri menyayangi badannya pula.

Dan kesemuanya adalah kerja aku dan kulakukan itu dengan jalanku sendiri dan ilmu ku beserta akalku dengan pengetahuan lahirku. Dasar dari ilmu pengetahuanku yang berasal dari diriku sendiri itu ialah “Dua kalimah Syahadat”, kalimah tauhid yang berisikan dan bertujuan mengadakan pengakuan dan kesaksian, tiada Tuhan yang lain yang aku sembah melainkan Allah dan pengakuan Muhamad Rasulullah.

Modalku itu harus aku perkembang dan perkuat. Ibarat pohon maka adalah batang yang telah ada itu ku perkembang, iaitu ke atas berpucuk, ke bawah berurat berakar, supaya tercipta
satu pohon kayu yang teguh kuat dan rimbun nampak dari jauh yang mana batangnya tempat orang bersandar, uratnya tempat bersila, pokoknya tempat orang berlindung di waktu panas dan berteduh di waktu hujan buahnya sangat lebat, akan tetapi tak
nampak, kerana buahnya di dalam bukan di luar. Maka adalah buah yang berhikmat itu yang membawa keberkatan, menantikan orang yang pandai mengeluarkannya dan
memetiknya supaya dapat merasa hikmat dan berkatnya, apa lagi kalau pandai
mempergunakan, kerana adalah buah itu serbaguna.

Menciptakan pohon dimaksud
bukanlah orang lain, melainkan diri kita sendiri dengan sepengetahuan akal kita dan
dilakukan dengan jalannya, bukan dengan jalan pemikiran kita.

Pohon yang telah berdiri rimbun dan telah berurat berakar yang diciptakan dengan jalan pengetahuan itu, keluarnya ialah merupakan badan kita, yang batang iaitu diri yang ada di dalam, puncaknya yang rimbun ialah kepala yang berisi alat perlengkapan yang cukup
daunnya yang nampak lebat ialah rambut dan isinya yang nyata ialah urat- tulang-otak-benak dan yang tak nyata tetapi ada ialah akal yang letaknya di atas segala-galanya, berikut kesedaran, ingatan, kemahuan, pemikiran dan lain-lain sebagainya dan serterusnya urat serta akarnya ialah urat yang berbelit di seluruh batang tubuh kita untuk menguatkan tegak berdirinya badan diri kita.

Dan ketahuilah bahawa hidup dan
kehidupan seseorang berlaku dan
berjalan semenjak dari dalam. Kalau tak ada yang ada di dalam diri kita tentu kita tak akan hidup namanya dalam erti kata yang sebenarnya. Dan keluar manusia melanjutkan di jalannya kehidupannya dengan modal yang ada padanya mencari
kebutuhan hidup yang banyak bertaburan di muka bimi.

Dan tak kurang pula banyaknya manusia harus berjuang untuk hidup dengan memeras tenaga mencapai yang dibutuhinya.

Apakah makan untuk hidup atau hidup untuk makan?

Maka tak salahlah kalau orang mengatakan sama sahaja dengan binatang bagi mereka yang berpendirian hidup untuk makan. Untuk mencapai hidup berbahagia orang harus
memahami hidup dan mengetahui rahsia hidup yang sebenarnya.

Ketahuilah bahawa apa yang dinamakan “hidup” itu adalah dia dihidupkan dan menghidupkan. Dia dihidupkan lantaran aku ada di dalam dan dia menghidupkan, iaitu memberi daya kehidupan bagi anggota badan diri. Dan anehnya manusia melanjutkan kehidupan nya dengan jalan mendatangkan kebutuhannya dari luar. Dan untuk mendapat bermacam-
macam yang dibutuhkan manusia harus berlaku, berbuat dan berusaha. Dan adalah
diri itu hidup, bukan mati seperti badan. Hidupnya gilang-gemilang, terang-benderang
bercahaya, sedangkan badan gelap gelita. Hakikatnya terang baik siang dan sifatnya (badannya) kelam bak malam.

Dia menerangi alam sekelilingnya hidupnya berisi yang tak habis-habisnya, sedangkan badan menghendaki diisi supaya kuat dan bisa mempertahankan apa yang dinamakan hidup seperti orang.

Diri yang dikenal dan yang ditemui, bukan tidak menghendaki makan minum. Dia berkehendak pula kepada makanan dan minuman.

Makanan dan minumannya tidak
bermacam-macam seperti yang dikehendaki badan. Makanan dan minumannya datangnya dari Tuhan, namanya disebut Allah.

Sebutlah nama Allah sebanyak-
banyaknya dan dengan itu dia diberi makan dengan istilah lain. Zikirlah, iaitu apa yang
dinamakan orang zikir Allah. Dan kalau badan berkehendak kepada istirehat apa yang dinamakan orang tidur, maka diri yang kita kenal, tak pernah tidur. Dia tak kenal akan tidur.

Dia bertugas terus, mealiri terus dan berjalan terus. Hanya sayang bagi orang yang belum mengenalnya benar dan belum pula dapat menemuinya, perjalanan yang dilakukannya itu tak ubahnya ibarat mehasta kain sarung, sampainya di situ ke situ juga.

Jalannya berisi, isinya nikmt, pembawaannya berkat, tidak dimurkai dan tiada pula sesat.
Di mana sahaja dia berada membawa berkat mendatangkan hikmat serta bajía, bajía
sepanjang masa. Alangkah bahagianya, kalau orang dapat menemui dan menguasainya, mengenalnya dengan erti kata yang sedalam- dalamnya dan serenar-benarnya, mengetahui akan hikmah yang terkandung dalamnya, memperkembangnya,
berjalan pada jalannya, demi kebahagiaan yang kekal dan abadi yang dituju, Sejas dari
dunia sampai ke akhirat.

Pecahkanlah rahsianya dan ambillah manfaat akan isinya
atau buahnya. Hidupnya teratur, kerana ada yang mengatur. Pembawaannya tenang,
aman, damai, oleh kerana ada yang menenangkan, mengaman kan dan mendamaikannya. Dan memang aman, tenang, damai itulah dasar hidupnya.

Orang harus dapat banyak mengerti padanya supaya dapat pula banyak memetik akan buahnya.

Maka adalah pada kita manusia ilmu yang terdekat ada tiga (3) tingkatannya, iaitu

pertama ilmu Syarikat (nyata) mengetahui keadaan badan dan isinya.

Kedua ilmu hakikat (kebatinan) yang berpokok pangkal pada
Akal dan

ketiga ilmu makrifat (ketuhanan) yang berpokok pangkal pada diri yang datangnya dari “A”-ku.

Dan ketiga-tiga ilmu yang disebutkan di atas ada pada badan diri kita. Dan terserah pada kecerdasan dan pendidikan, mampu atau tidaknya kita dapat
menguasai ketiga-tiga ilmu itu. Di badan diri kita adanya ketiga ilmu itu. Mereka yang ahli dalam ilmu syariat dapat menjadi doktor, tabib, dukun dalam hal ini, istilah kedudukanan,

pengajian tubuh. Mereka yang ahli dalam ilmu hakikat (kebatinan) dapat menjadi ahli kebatinan dan mereka yang ahli dalam ilmu makrifat (ketuhanan) biasa jadi
ahli hakikat, syariat dan yang lain-lain.

Ilmu yang paling dalam dan tinggi ialah ilmu ketuhanan dan puncak dari segalanya ialah bermakrifat pada Tuhan, iaitu Makrifatullah. Dapat ku katakan adalah makrifat yang dianggap oleh ahli kebatinan itu sebenarnya baru hakikat dan ditempatkannya di dalam makrifat.

Jalan atau Tarikat ilmu syariat besertakan hawa nafsu, ilmu kebatinan atau hakikat jalannya bersyariat dan besertakan hawa nafsu dan ilmu makrifat iaitu bagi mereka yang telah mencapai makrifatullah, lepas dari hawa nafsu. Kalau ada, dia terpisah sendiri, kerana orang yang telah mencapai tingkatan itu telah menemui jalan
sendiri untuk tujuan sesuatu membebaskan diri dari hawa nafsu atau dari segala keadaan yang nyata. Kesimpulannya adalah yang menjalankan Syarikat, jalan atau Tarikat menerbitkan Hakikat, timbulnya dari Makrifat. Pembawaan yang sebaik-baiknya ialah akal yang ada pada kita harus dapat mengenal dan menghubungi aku, kerana akulah yang dapat mengenal dan mengubungi Tuhan dengan jalan yang ada padaku.

Dengan ringkas dapat dikatakan perjalanan dari akal ke Aku dan dari A ku ke Allah. Jalan aku jalan lurus lagi benar. Dan itulah dia jalan hidup yang akan dipakai dan mati yang akan ditumpang.

Suatu jalan yang aneh bagi orang, tak termakan oleh akal, tetapi
benar. Bahkan jalannya itu menembus alam sendiri di mana apa yang dinamakan akal
termasuk di dalamnya. Dan akallah dasar dari ilmu kebatinan. Adalah akal itu berbagi dua, satu bernama akal jahat dan yang satu lagi bernama akal sihat.

Sebaik-baiknya ahli kebatinan hendaknya berdasarkan kepada akal sihat. Kebanyakan ahli kebatinan tergelincir oleh kerana tak dapat memperbezakan yang mana akal jahat dan yang mana
akal sihat. Akalnya dipergunakannya semata- mata menarik keuntungan sebanyak
mungkin untuk diri sendiri, tak peduli kerjanya itu buruk atau baik. Suatu pekerjaan Hakikat yang disengajakan. Ilmu akal yang sebaik-baiknya ialah dipergunakan untuk mencari diri sendiri, menarik pelajaran darinya, kerana orang mengatakan siapa yang mengenal dirinya akan mengenal Tuhan dengan sendirinya.

Orang kalau mahu mengenal aku, kenalilah dirinya sendiri. Kerana adalah dirinya itu diriku pula. Dan supaya orang dapat mengenal aku, aku kemukakan diriku. Diriku akan menjadi orang kalau badanku ada.

Dan dengan kejadian itu dengan sendirinya apa yang ku katakan diriku itu menjadi diri orang pula. Orang yang ku maksud orangku, bukan orang lain. Aku benar tak punyai apa- apa. Akan tetapi semuanya timbul dariku. Aku pada dasarnya adalah laksana kaca. Apa saja akan timbul kalau mau berkaca padaku.

Aku teringat akan suatu kisah, cerita bayangan yang aku perdapat, iaitu jauh sebelum ada
yang diadakan, yah tatkala itu katanya belum ada yang ada Yang ada waktu itu dua
bersaudara serupa bak pinang di
dua.

Satu sama lain berpandang-pandangan. Yang satu bertanya kepada yang lain:

Siapakah di antara kita berdua ini yang lebih dulu ada atau yang tua?

Yang ditanya
menjawab : “aku”. “Tidak” kata yang ditanya lagi sambil berkata pula “aku”.

Kalau betul engkau yang tua atau lebih dulu ada dariku kata yang bertanya, cuba engkau bersembunyi, menghilang atau ghaib. Maka ghaiblah atau menghilanglah yang ditanya.

Dan dengan mudah sahaja yang ditanya menangkapnya sambil berkata: “ini engkau”.
“Ya: aku” jawabnya. Dan sekarang aku pula ghaib kata yang bertanya. Maka ghaiblah
DIA. Dicari dan dicari oleh yang ditanya tadi sampai puas dia mencari namun Yang
Ghaib tidak juga dapat ditemuinya.

Maka timbul sendirilah DIA kembali sambil berkata :
“Ini aku”. Dan semenjak itu terlahirlah kata: “aku mengakui”. Yang ditanya mengadakan pengakuan pada yang bertanya dan oleh kerana pengakuan itu, maka yang bertanya mengakui pula akan keadaan dan menjadi kan yang ditanya dengan
membukakan akan “Rahsia Yang Sedikit”.

Suatu kisah bayangan yang patut direnungkan dan diperhatikan dengan sungguh-
sungguh untuk dipelajari lebih mendalam.

Aku pelajari akan diriku sendiri, iaitu diri yang telah kutemui. Aku dapat menemui diriku tidak dengan perkataan “aku hendak mencarinya dan terus dapat”. Menemui diri
sendiri itu tidaklah semudah yang diduga, akan tetapi kalau sudah dapat ditemui dan
mengetahuinya sebenarnya, kita akan mengatakan: “Mencari diri, itu tidaklah sesulit seperti yang dianggap”.

Pada permulaan aku berjalan mencari diriku dengan akal dan daya pemikiranku. Hasil dari pemikiranku menyakinkan ku akan adanya diriku itu dan berada di dalam sangkarku, iaitu badanku yang laksana rumah tempat ku diam. Untuk itu tentu aku harus dapat memasuki rumahku sendiri.

Apa akal dan apa daya?

Aku merenung dan bertafakkur memikirkan mencari jalan untuk dapat masuk rumah sendiri. Aku bertekun menundukkan kepala ke bawah. Rasa perasaanku menangkap sesuatu, iaitu denyutan jantung di hujung jari-jariku. Seluruh perhatianku ku curahkan padanya. Jalan fikiranku ku tujukan pada denyutan itu dan aku cuba menurutkan. Dengan beransur dan teratur aku dapat merasakan denyutan-denyutan itu telah merata di seluruh hujung jari-jariku.

Dia mengangkat kedua belah tanganku dan membawa tanganku bergerak dengan
sendirinya. Keluar aku tidak melihat apa-apa, ke dalam aku hanya dapat merasakannya. Aku sedar dan ingatanku tidak hilang. Kalau aku lepaskan ingatanku padanya dengan keinginan menghilangkannya, maka pergerakan itu berhenti dengan sendirinya dan rasa itu beransur hilang, kembali seperti biasa. Aku teliti dan pelajari dia
dengan kemahuan yang teguh, hendak mengetahuinya.

Aku berlatih dan berlatih,
mengadakan percubaan-percubaan untuk dijadikan pengalaman. Penelitian dan
penilikanku pada sesuatu itu, menunjukkan padaku bahawa aku telah berada di depan
pintu rumahku sendiri. Dengan keyakinan yang teguh dan latihan-latihan yang
berulang-ulang dengan tujuan hendak memasuki rumahku itu, aku dapat merasakan pintu-pintu yang dimaksud telah terbuka dan aku telah berdiri di muka pintu yang bererti alam fikiranku dan perhatianku menghadap ke dalam. Daya tangkapku menangkap rasa lain dari yang lain, kalau tadinya sebelum pintu-pintu terbuka aku dapat menangkap rasa denyutan, maka setelah pintu terbuka dan aku ada didalamnya aku dapat menangkap suatu daya dan rasa yang mengandung s t r o o m.

“Apa inikah yang diriku?”

kataku sendirian. Aku Belum mendapat jawapan yang pasti, kerana aku pulalah yang memastikannya setelah
menarik pengalaman dan pelajaran darinya. Percubaan-percubaan, latihan-latihan dan
pengalaman-pengalaman dapatlah aku mengetahui bahawa apa yang ku temui itu bukanlah diriku, hanya baru jalannya. Aku turuti jalan yang telah aku temui itu, aku
berjalan pada jalannya, aku keluar dan ke dalam untuk memperhatikan akan segala
sesuatunya dan akhirnya aku ketahui dan temuilah akan diriku yang sebenarnya, diri
yang banyak mengandung rahsia itu. Dengan jalannya, pada jalannya, aku telah dapat
menemui itu hamba yang sentiasa menjalankan tugas mengembara kian kemari,
memberi dan mengisi. Aku temui dia di pertemuan kiri dan kanan dan aku banyak
menarik pelajaran darinya.

Akulah dapat dan pandai memasukkan malam lepada siang
dan siang lepada malam mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan yang mati dari yang hidup. Kalau ada orang mengatakan diri itu lemah, aku mengatakan tidak.
Kerana ku ada di dalamnya. Aku mengatakan diriku kuat, cukup dan mencukupi. Aku dapat memperkembang diriku sendiri, memperbesarnya, mengambil manfaat darinya untuk badanku sendiri, bahkan lebih dari itu.

Dengan rahsianya yang telah aku ketahui diriku dapat membebaskan diri orang lain dan orang lain banyak dapat mengambil faedah darinya. Diri itu bagi orang lain mungkin dianggapnya keramat, bertuah,
pembawaan. Bawaannya hikmah, berkat dan kiramah. Dan dengan diri, orang dapat
mencapai bahagia, bahgia yang diidam-idamkan oleh setiap manusia. Aku telah dapat
memisahkan antara badan dan diriku. Bahkan aku telah dapat berdiri di diriku dengan
pengertian diri itulah yang aku kemukakan dan orang luar, orang yang berpengetahuan, yang berilmu dapat menilai nya. Hanya si candir dan si dungu yang tak dapat
menilainya, kerana tak tahu di harga diri. Tahu diri bukanlah bererti sekadar
mengetahui sahaja, melainkan harus tahu keadaannya, apa yang ada padanya.
Mengetahui rahsianya, dan mengambil buah darinya untuk dijadikan ilmu pengetahuan
setiak-tidaknya mengambil manfaat darinya.

Apa yang terkandung di diri itu?

Tidakkah mereka memikirkan apa yang di dalam dirinya sendiri?

(Ar-Rum ayat 8). Diriku yang
ku kenal, bagi badanku berdiri dengan sendirinya. Diriku berdiri oleh kerana aku. Badanku diciptakan untukku, iaitu rumah tempat aku diam.
Aku adalah laksana kaca, kalau orang hendak melihat dirinya sendiri berkacalah
padaku. Bukankah aku yang menimbulkan diri itu?

Samakah dasarnya diri itu dengan
badan?

Jawabnya tentu tidak, kerana badan berasal dari titilan air dari ibu bapa (nutfah) dan asal di balik asal ialah datangnya dari tanah. Dan adalah dasar diri, dari aku, oleh kerana aku yang menimbulkannya. Badan nyata oleh kerana berasal dari
kenyataannya air titilan (nutfah) dari ibu bapak. Dan diri tidak nyata, kerana aku
keadaannya tak nyata. Aku si Terang menerangkan diriku dan alam sekelilingku. Aku si Hidup dan menghidupkan diri aku dan badanku. Diriku itu ialah ibarat siang bagi malam. Maka adalah diri itu terdiri dari titik-titik terang yang dihidupkan dan
menghidupkan badan. Orang dapat melihat diri dari kaca. Kaca yang menimbulkan
diri. Hanya dapat dilihat, tetapi tak dapat diraba dan dirasa. Sebab tak dapat diraba dan dirasa kerana ia ada di dalam. Di dalam rumahku sendiri. Oleh sebab dilihat dari luar tentu bentuknya bentuk rumahku, rupa orang. Kerana aku diciptakan jadi manusia.

Dan bagaimana jalannya untuk dapat mengetahui diri yang sebenarnya?

Mengetahuinya didapat dengan jalan petunjuk dari Yang Maha Pencipta. Dengan
perumpamaan yang dapat diambil sebagai contoh. Perumpamaannya ialah seperti
sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu
kelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit. Pelita itu dinyalakan dengan minyak kayu yang berkat iaitu minyak Zaiton, yang tiada tumbuh di Timur dan tiada pula di Barat. Hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya, meskipun tiada disentuh api.

Cahaya berdamping sesama cahaya Allah menunjukki orang yang dikehendakinya
Kepada cahaya itu. Allah menunjukkan beberapa perumpamaan bagi manusia dan Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu (surat An-Nur ayat 25, Al Quran).

Dari perumpamaan yang ku kutip dari Al Quran ini dapat diketahui bahawa, kalau kita melihat memandang atau meneropong keadaan di dalam rumah kita atau di dalam badan sendiri melalui sebuah lubang dinding, di dalamnya ada pelita, lampu yang menerangkan alam sekelilingnya. Maka adalah keadaan diri itu di dalam badan Laksana lampu. Di waktu kita berkata mau melihat itu dengan memandang atau meneropong dari sebuah lubang dinding. Kita dapat ketahui diri itu adalah laksana
lampu. Melihat ke kaca bererti melihat dari luar ke luar, melihat ke lubang dinding,
bererti melihat dari luar ke dalam. Kalau diambil perbandingan akan keduanya, maka dapat kita suatu petunjuk melihat keluar dengan melihat ke dalam ada perbezaannya.

Keluar kita dapat melihat seperti orang, ke dalam dapat kita ketahui yang seperti orang
itu sebenarnya ialah laksana lampu.

Dengan bercermin aku dapat melihat diriku sendiri dan dengan petunjuk Al Quran orang
mengetahui akan keadaan dirinya. Aku dapat melihat dan mengetahui badanku.

Dapatkah badan melihat aku?

Badanku tak dapat berbuat apa-apa kalau aku tak ada di
dalamnya. Diriku timbul lantaran keadaanku. Dan badan diciptakan untuk aku.
Dengan berkata orang akan dapat memahami aku dan diriku. Keadaan diriku
bergantung kepada adanya aku. Aku tak akan berdiri kalau tak berbadan. Badan
takkan ada erti kalau aku tak ada. Aku diadakan olah Yang mengadakan. Badanku
diciptakan oleh Yang Menciptakan. Yang mengadakan aku Yang Maha Besar, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Suci, Yang menciptakan badanku Yang Maha Pencipta.
Yang Maha Besar, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Suci, Yang Maha Pencipta. Esa.
Tunggal namanya Allah. Itulah Tuhanku.

Perlukah aku mengetahui diriku?

Tidak, kerana dia timbul dari aku. Perlukah aku
mengetahui badanku?

Perlu, kerana dia badanku. Kalau tidak dengannya, aku tak akan dapat mengecap nikmat hidup di dunia ini. Aku harus merawatnya dan
memeliharanya sebaik-baiknya. Luar dan dalam. Di dalam dengan ilmuku di luar dengan akalku. Di dalam aku tak dikenal orang, kerana jarang orang yang mau memperhatikan aku. Di luar, aku dengan akalku, orang dapat mengenal aku, kerana seperti dia orang juga, aku ini manusia, manusia seperti dia pula.

Di mana letaknya kelebihanku?

Kelebihanku letaknya di ilmuku.

Apa ilmuku?

Ilmuku ialah diriku.

Orang lain merahsiakan ilmunya, aku tidak, aku nyatakan ilmuku. Sayang orang banyak tak
mengerti padaku. Yah, tak kenal makanya tak sayang. Anehnya manusia, aku di Perhatikan orang, diriku tidak. Peribadiku letaknya bukan di manusiaku, melainkan di diriku, ini ku katakan, kalau orang mau mengenal peribadiku. Orang berdiri di akalnya, aku di diriku.

Ilmu akal dan ilmu diri berlainan. Ilmu akal ilmu hakikat. Ilmuku, ilmu diri, ilmu makrifat. Orang memakai hakikat, aku tidak. Apa yang aku hakikatkan,
sedangkan aku tahu segala- galanya datang dari makrifat. Aku bermakrifat kepada
Tuhan, makrifatku makrifatullah. Aku berfirasat, firasatku ke dalam dan keluar. Aku
memikirkan diriku diri orang dan diri orang lain.

Aku berpendapat diri orang sama dengan diriku. Dari itu makanya aku berfikir keluar dan ke dalam.

Adakah orang memikirkan ku pula seperti aku memikirkan dirinya?

Mungkin tidak, paling banyak setahuku, orang hanya mengingat aku, mengenang aku, bukan diriku. Mungkin orang dapat mengingat dan mengenang aku yang sebenarnya?

Mungkin tidak, paling ada yah badanku, rupaku dan bentukku yang dapat diingatnya.
Bagaimana dia akan dapat mengingat aku yang sebenarnya, sedangkan dia sendiri belum dapat mengingat dirinya sendiri. Kalau dia telah dapat mengingat dirinya benar, mungkin dia dapat pula mengingat diriku, kerana adalah dirinya dan diriku itu dasarnya sama.

Inipun kalau orang dapat mengetahui persamaan dasar itu. Kerjaku tak dapat orang mengetahuinya, akan tetapi kerja orang dapat aku menangkap dan memahaminya. Aku sentiasa duduk di tempatku. Akan tetapi diriku mengembara ke mana-mana. Aku dan diriku adalah seorang pengembala dan pengembara.

Kalau orang mau mengenal aku, hendaklah orang mengenal diriku lebih dahulu, kerana diriku
timbulnya dari aku. Aku yang mengembalanya badan dan diriku. Dan diriku
mengembara menjalankan tugas-tugas tertentu. Aku mengisi diriku dan diriku mengisi
orang. Orang menghiasi dan mengisi badan dirinya. Kalau hanya diisi sahaja tanpa dihiasi, tentu akan lain pandangan orang pada kita. Dan akan terpencil atau tersisih hidup kitaa.

Dan bagaimana mengisi diri?

Dengan apa diri diisi?

Aku mengisi diriku dengan sejenisnya. Akan tetapi orang tak dapat mengisi dirinya seperti aku mengisi diriku. Orang dapat mengisi dirinya dengan menyebut nama yang menciptakannya sebanyak mungkin.


Nama yang menciptakannya Allah. Sebutlah namanya sebanyak-banyaknya dengan pengertian lain zikirlah. Ingatlah Dia dan zikirlah. Sebutlah nama
Allah sebanyak mungkin. Dengan jalan itu orang harus mengisi dirinya.

Terdiri dari apa diri itu?

Diri yang timbulnya dari aku itu berdirinya setelah aku ada di dalam rumahku sendiri. Orang dapat mengetahuinya dengan pasti setelah dapat
menemuinya. Dia mengaliri seluruh batang tubuh kita di dalam dan terbatas pada bulu
dan kulit kita. Kalau sekiranya pintu terbuka baginya sangat múdahlah bagi orang untuk
mengetahuinya. Dia sentiasa berada di muka pintu. Diri itu bagi orang yang belum dapat menemuinya, passief dan negatif. Aktivitasnya berada di dalam.

Bagi orang yang telah dapat menemui, dia akan aktif dan positif, aktif luar dan dalam. Maka untuk dapat mengenalnya orang harus mengaktifkannya. Oleh kerana dia tidak nyata, maka
orang dapat mengatakan aktif dan positifnya dengan rasa perasaan. Terasa secara
positif. Jalan untuk menemuinya ada dua.

Pertama dengan pengetahuan yang mendalam dan kecerdasan dan tekun ditambah dengan keyakinan yang teguh orang
beransur-ansur akan dapat menemui dan merasakannya di muka pintu. Pintu yang
dimaksud ialah letaknya dan tempatnya di hujung jari-jari kita.
Kalau pintu telah terbuka, maka dengan sendirinya orang akan dapat merasakannya
secara positif. Kalau ini sampai kejadian, maka ini bererti orang telah dapat menembus alamnya sendiri. Untuk seterusnya ke dalam. Dan sebaliknya dengan pintu telah terbuka itu bererti pula, aku telah menembus alam sendiri untuk dapat bergerak bebas keluar.

Jalan yang kedua sifatnya terpimpin, iaitu berguru atau belajar kepada orang
yang telah tahu (ahli) yang telah banyak mendapat pengalaman dari dan dengannya
dan yang telah banyak dapat mengetahui akan rahsia yang terkandung di dalamnya.
Guru akan bimbing mendidik, melatih dan menunjukkan orang yang berguru padanya itu. Seterusnya menunjukkan jalan sampai dapat dan bisa berdiri sendiri.

Kenapa orang harus mengenal diri?

Timbulnya hasrat orang berilmu, atau orang pandai hendak
mengenal diri, mencari diri atau menyelidiki diri ialah disebabkan peningkatan ilmu
pengetahuan syariat/pengetahuan kebendaan dan petunjuk-petunjuk dari kitab- kitab
termasuk Quran tentang keadaan diri yang harus diselidiki dan supaya diperhatikan.

Mengenal diri, mengenal Tuhan. Banyak orang mengetahui dirinya, memperkatakan dirinya dan menyebut dirinya; akan tetapi tak banyak dapat menemui dirinya, orang
boleh sahaja mengatakan dia tahu di diri, dirinya di dalam badannya. Dia berdiri sendiri. Akan tetapi adakah atau sudahkah orang tahu, yang mana diri itu yang sebenarnya.

terdiri dari apa dia diri itu?

Dengan belum dapat mengenal dan menemuinya hanya baru dapat menyebutnya, maka sangat besar kemungkinan orang
akan salah memami diri.

Kebanyakan orang lebih mementingkan badannya pada
dirinya dan tak tahu pula cara memikirkan dirinya sendiri, pada hal orang tak bisa hidup
kalau tak beserta dirinya. Kesalahan atau kekeliruan memahami hidup atau pandangan
hidup yang salah, mendatangkan kesulitan di bidang kehidupan, akibatnya penderitaan, rendah diri; dan selalu berasa kekurangan. Perumpamaannya ialah majikan dipandang orang suruhan atau raja dianggap budak. Anggapan, tangkapan dan pandangan yang salah itu menjadi orang mudah sesat dan tersesat.

Dapatkah badan mengenal dirinya, dan sebaliknya tahukah diri akan keadaan badannya?

Kedua-duanya takkan bisa terjadi, kalau aku tak ada. Semua orang dapat menyayangi badannya, akan tetapi tidak semua orang dapat mengenal, menemui dan
mempelajari akan keadaannya lebih lanjut.

Orang yang telah dapat mengenal dan menemui dirinya pasti akan berubah pandangan hidupnya. Apa lagi kalau telah banyak dapat mengetahui rahsia diri dengan isinya.

Orang berjalan dengan akal dan fikirannya untuk kelanjutan kehidupannya atau dapat
menemui kebutuhan hidup atau menuju hidup bahagia yang diidam-idamkan oleh tiap-tiap orang. Untuk itu dilupakannya dirinya. Pada hal rahsia hidup letaknya di dirinya.

Aku berjalan pada jalanku untuk kelanjutan lancarnya jalan kehidupanku. Aku mengisi
diriku memberi daya hidup keseluruhan badanku.

Kenapa orang dengan akal dan fikirannya, memikirkan yang hidup di dalam?

Bukankah dari dalam titik tolak kehidupannya?

Bagiku adalah diriku sebagai perantara untuk mencapai dunia cita, mencapai yang diidamkan, mencari yang dituju, mencapai bahagia. Dalam segala hal, dirikulah yang ku kemukakan. Orang tak dapat menangkapnya, kerana diri itu tidak nyata. Dan akan dapat ditangkap dengan rasa dan perasaan.

Memang dirasa itulah letaknya rahsianya. Padaku ada jalan. Jalanku jalan lurus, dari bawah ke atas. Diriku mempunyai jalan sendiri pula, jalan yang berliku-liku dan bercabang-cabang, ke atas ke bawah, ke muka dan tak pernah mundur ke
belakang melainkan maju terus ke depan, jalan kehidupanku. Jalan yang menuju Kepada kemajuan, kemajuan hidup ibarat air yang berasal dari setitis bergerak maju sampai menjadi sungai mengalir ke Muara menuju lautan lepas, samudera hidup. Diri ingin bebas, tetapi tak lepas.

Jalannya berpetunjuk lagi berisi. Isinya nikmat lagi berkat dan berbekas. Orang akan dapat merasakannya kalau sudah tahu dan kenal padanya.

Kenapa banyak orang tak tahu akan hakikat dirinya yang sebenarnya?

Banyak orang tahu akan dirinya itu ada. Tidak ada orang memungkirinya. Tetapi hanya tahu di mulut sahaja, tahu mengatakan, badanku diriku dan aku.

Akan tetapi tak mau memecah kan akan persoalannya. Yang diketahuinya dengan pasti hanya badannya. Dirinya dan
akunya dianggapnya sepi. Tidak menjadi perhatiannya yang mendalam . Mereka
terlampau banyak melihat keluar dan amat sedikit sekali berfikir di dalam. Mereka
bergerak dengan akalnya, akal yang sentiasa didampingi hawa nafsu. Hawa nafsu yang tak kunjung puas yang sering membawa akibat ke badan sendiri. Badan menderita diri merana dan aku tak dapat berbuat apa-apa. Di waktu orang bergerak, berbuat dan berlaku, memang diri dan akunya ikut serta, tetapi tidak aktif, melainkan
pasif. Apa lagi diketahuui aku dan diri itu tempatnya dalam badan.

Orang menganggap diri itu badannya dan untuk dapat melihat diri sendiri orang berkaca. Dan nampaklah bayangan sendiri di dalam kaca itu; ketahuilah bahawa itu bukan diri yang sebenarnya. Itu adalah gambaran dari badan atau kalau diri dilihat dari luar. Bisa dilihat akan tetapi
tak dapat diraba dan dirasa.

Pernahkah orang meneropong dirinya ke dalam?

Dengan petunjuk Tuhan dalam surat ANNUR ayat 35 sebagai perumpamaan: Kalau kita memandang dari sebuah lubang dinding rumah, maka kita akan melihat di dalamnya ada pelita, pelita di dalam gelas, gelas itu bercahaya-cahaya laksana bintang berkilau-kilau di langit dan seterusnya……

Dengan mata kepala sendiri, dengan perantaraan cahaya kita dapat menyaksikan apa yang ada di dalam rumah itu. Dengan
perumpamaan ini maka telah berubah pandangan dan pengertian kita kepada diri kita
sendiri dan aku kita.

Bagaimana akal untuk dapat menemui dan mengenal diri yang sebenarnya?

Untuk itu kita harus dapat memasuki rumah kita sendiri, kalau tidak begitu tak dapat orang mengetahui hakikat dari dirinya sendiri. Dapat menemui nya, bererti bagi orang itu diri yang tadinya negatif menjadi positif. Dan terbukalah pintu
selebar-lebarnya untuk mempelajarinya dan mengorek rahsia untuk diambil manfaat
bagi badan sendiri dan faedahnya bagi orang-orang yang belum menemui dirinya
sendiri. Melalui pintu-pintu yang telah terbuka orang akan dapat menemui hakikat diri.

Kenyataannya sesuatu yang tadinya tidak dapat diketahui, sebagai penjelmaannya. Nyata dapat ditangkap dengan rasa perasaan yang benar-benar terasa (positif). Dan dirasa itulah terletaknya segala rahsia sesutunya. Orang yang dapat hidup dengan dirinya yang banyak mengandung rahsia-rahsia itu, akan terahsia pula hidupnya menurut pandangan orang lain. Diri itu tak banyak bicara, melainkan banyak bekerja.
Kerjanya terdiri dari bermacam-macam pergerakan, yang bagi orang terahsia. Rahsia Diri adalah Rahsiaku. Sebagai seorang manusia dengan cara pemecahanku ini, maka dapat diketahui bahawa

Pada kita ada tiga jalan, pertama jalan akal dan fikiran, kedua jalan diri dan ketiga jalan aku. Umumnya orang memakai jalan akal. Jarang orang memakaikan jalan diri atau mungkin belum ada orang memakainya. Apa lagi jalan aku.

Orang mengatakan hidup berakal mati beriman. Dapatkah orang membawakannya?

Bagiku yang hidup ialah diri dan yang mati ialah badan. Diri dipertalikan dengan akal yang letaknya di kepala dan badan dengan iman yang letaknya di dada, di diri.

Dunia kacau oleh kerana manusia memperbuat, berlaku dan berfikir dengan hanya
mengemukakan akalnya, maka terjadilah satu sama lain akan mengakali. Ilmu akal selamanya memikirkan keuntungan untuk dirinya sendiri. Dengan mengemukakan diri sahaja tidak pula baik, kerana diri itu, benar, lurus lagi jujur. Mudah sahaja diakali olah yang mengemuka kan akalnya. Keadaan atau aku yang dikemukakan menyebabkan
orang sering lupa diri, lupa segala-galanya, mendatangkan takbur, sombong dan angkuh, orang banyak dianggap sebagai sampah sahaja. Pembawaan orang yang mengemukakan akal gelisah, pembawaan orang yang beriman bererti mengemukakan
diri tenang.

Pembawaan hidup yang sebaiknya sebagai seorang manusia ialah pergunakan akal dengan mengemukakan diri dan di balik diri ialah aku si Pengembala.

Akal pun tak berbicara hanya bekerja, kemauan, keinginan dan kehendak badan yang terbitnya dari akal fikiran diturunkan/dihubungkan ke diri dan diri dengan rahsianya
melaksanakannya sampai menjadi kenyataan, bekerjasama dengan akal. Diri dapat
mengontrol badan. Badan tak dapat mengontrol diri. Kehendak badan banyak,
kehendak diri hanya satu, iaitu ketahui dan kenalilah dia. Diri yang telah dapat dikenal
diketahui mempunyai daya kesanggupan di segala bidang. Luar biasa pekerjaannya
bagi orang yang tak mengenalnya, biasa sahaja bagi dia sendiri. Sebelum pintu terbuka bagi diri; selama ini dia hanya dapat berbuat untuk badannya bahagian dalam
sahaja secara aktif.

Perkembangannya terbatas, dibatasi oleh bulu dan kulit. Alangkah baiknya setelah pintu terbuka, dia diberi kebebasan bergerak untuk dapat berbuat
sebanyak mungkin bagi badannya, luar dan dalam. Dia harus menyayangi badannya,
bukan seperti orang yang mau menyayangi diri, tetapi tidak dapat berbuat apa- apa
terhadap dirinya. Sayangnya hanya di mulut sahaja. Kelebihan manusia dari haiwan
ialah akal. Dengan akal manusia dapat mengetahui akan keadaannya. Dia tahu
bahawa padanya ada badan dan diri. Pernahkah orang memikirkan apa yang ada di dirinya sendiri. Apa yang ada pada badan, sudah banyak orang mengetahui dan menyelidiknya.

Memandang jangan terlampau jauh dan melihat jangan terlampau dekat : Terlampau jauh memandang akan menjauhkan perhatian, terlampau dekat kehendak diri hanya satu, iaitu ketahui dan kenalilah dia.

Diri yang telah dapat dikenal
diketahui mempunyai daya kesanggupan di segala bidang. Luar biasa pekerjaannya bagi orang yang tak mengenalnya, biasa sahaja bagi dia sendiri. Sebelum pintu terbuka bagi diri; selama ini dia hanya dapat berbuat untuk badannya bahagian dalam sahaja secara aktif.

Perkembangannya terbatas, dibatasi oleh bulu dan kulit. Alangkah baiknya setelah pintu terbuka, dia diberi kebebasan bergerak untuk dapat berbuat
sebanyak mungkin bagi badannya, luar dan dalam. Dia harus menyayangi badannya,
bukan seperti orang yang mau menyayangi diri, tetapi tidak dapat berbuat apa- apa
terhadap dirinya. Sayangnya hanya di mulut sahaja. Kelebihan manusia dari haiwan
ialah akal. Dengan akal manusia dapat mengetahui akan keadaannya. Dia tahu
bahawa padanya ada badan dan diri. Pernahkah orang memikirkan apa yang ada di
dirinya sendiri. Apa yang ada pada badan, sudah banyak orang mengetahui dan
menyelidiknya. Memandang jangan terlampau jauh dan melihat jangan terlampau
dekat : Terlampau jauh memandang akan menjauhkan perhatian, terlampau dekat
Dengan kurniaNya itu maka jadilah kita menjadi manusia hidup.

Yah, memang dia hidup lagi menjaga. Ilmunya bagi kita manusia, Hidup. Dan itulah modal dari Tuhan buat kita untuk hidup. Kenapa orang tidak dengan modal dari Tuhan itu melanjutkan kehidupannya?

Dia mendatangkan daya-daya kehidupan Bagi badanku. Daya-daya itu menimbulkan diriku yang penuh mengandung rahsia itu.
Dan di dirilah letaknya Rahsia Hidup yang sebenarnya. Orang yang telah dapat
mengenal dan menemui dirinya sendiri dan telah banyak pula dapat mengetahui akan
rahsianya akan menjadikan dirinya itu menjadi ilmunya. Dan itulah pula dia ilmu
ketuhanan yang telah ada pada kita. Dia hidup lagi terjaga. Pada umumnya manusia terlampau percaya pada yang nyata (yang ada). Dia hidup dengan mengemukakan
badannya dengan tidak mengindahkan dirinya sedikit juga. Tidak terfikirkah olehnya
keadaan dirinya sendiri. Aku dapat mengatakan diri itu terdiri dari titik-titik terang dan tiap-tiap titik sangat berguna dan bererti bagi kelancarannya jalan kehidupan kita
manusia.

Dia itu adalah perumpamaan sebatang pohon yang lebat buahnya. Buahnya tidak ke atas seperti buah mangga, rambutan dan lain-lain dan tidak pula ke bawah, seperti ubi kayu, kacang tanah dan lain-lainnya. Buahnya berada di dalam batangnya
dihitung tak terhitung, dimakan tak kunjung habis dan teruntuk untuk orang yang tahu dan yang dapat menemuinya dan dapat pula mempergunakannya. Banyak manfaatnya bagi badan sendiri dan amat berfaedah bagi orang lain. Orang hanya pandai berkata, diriku pandai berbuat.

Perjalanan orang kosong, perjalananku berisi. Diri itu tidak berbicara, bicaranya hanya gerak. Gerak-geri yang menentukan. Orang gelisah resah, diriku tenang tenteram.
Hidupku teratur, oleh kerana ada yang mengatur. Yang mengatur sentiasa berada di belakangku.

Dia si Pengembala, aku anak gembala. Dia si Musafir, aku si Pengembara. Dia bukanlah aku, akan tetapi aku adalah Dia, kerana Dia yang menimbulkan aku. Dia cermin, aku adalah bayangan dari badan dan bentuknya, bentuk orang yang berkaca. Hasil dari melihat diri di luar.

Bagaimana bentuk diri di dalam?

Aku yang berada di dalam, mengemukakan diriku untuk dapat dikenal orang. Sayang
banyak orang tak mau mengenal dirinya sendiri; mempelajari apa yang ada didirinya.

Bagaimana orang akan dapat mengenal akunya, sedangkan dia sendiri belum dapat
mengenal dirinya. Rahsia diri ialah rahsiaku. Orang yang hanya hidup dengan dirinya,
pembawaannya seperti orang tak berakal. Orang yang tak tahu apa yang akan
diperbuatnya, kelihatannya seperti orang kehilangan akal. Orang berbuat dan berlaku menurut kehendaknya sahaja dengan tidak menghiraukan orang lain, kelihatannya seperti orang nakal. Pengetahuan yang mendalam tentang keadaan diri sendiri dapat
mendatangkan perubahan pada jalannya kehidupan orang sehari-hari, apa lagi kalau
dapat mempergunakan apa yang ada di diri itu.

Sebatang pohon yang berbuah ke dalam, bukan di atas dan bukan pula di bawah. Buahnya teruntuk bagi orang yang
dapat mengetahui dan menemuinya. Buah yang berhikmat dan membawa berkat.

Mendatangkan manfaat bagi badan diri sendiri dan berfaedah untuk orang banyak.
Bisa diangkat jadi senjata bagi badan dan amat berguna sekali untuk menolong sesama
manusia. Diri yang dijadikan ilmu pengetahuan, berlainan dengan diri yang terkandung di badan. Diri yang terkandung di dalam badan hanya aktif di dalam sahaja. Diri yang dijadikan ilmu pengetahuan aktif luar dan dalam. Aku tak dapat berbuat apa-apa.

Tetapi orang boleh mencari aku. Aku adalah seumpama cermin, kaca. Dan untuk
orang aku kemukakan diriku. Maka kalau orang mau mencari aku, kenalilah diriku lebih
dahulu. Adalah diriku sebagai perantara untuk memperkenalkan aku pada orang banyak. Dasar ku dan dasar orang lain.

Orang Dari tanah aku dari SANA. Orang akan dihantar kembali ke tanah, aku akan dijemput
untuk kembali ke HadiratNya. Aku tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan. Aku ada, tetapi tiada. Keadaanku dalam tiada. Ada dalam sebutan tak ada dalam
kenyataan. Yang nyata badanku, yang tidak nyata diriku. Yang tidak ada aku. Akan tetapi diriku timbul lantaran keadaanku. Kalau aku tak ada, maka yang nyata padaku tak ada erti dan diriku akan pergi. Kepergian ku bererti kematian bagi yang tinggal.

Itulah aku si Musafir yang mengembara, sentiasa mengembara dan mengembara,
mengembara di lautan kehidupan, suatu samudera hidup yang tak bertepi.

Tadinya aku, setahuku adalah setitis air dari gunung, mengalir dan mengalir terus dalam perjalanan, berkembang dan berkembang terus sampai menjadi sebuah sungai menuju
muara untuk terus terjun ke lautan hidup yang maha luas. Aku pun juga seorang
pengembala, sewaktu-waktu menghantar gembalaannya ke padang rumput yang hijau
untuk mendapat makanan dan sewaktu- waktu digiring pula ke kandang untuk pulang kembali ke tempatnya.

Adakah pernah orang memikirkan akan si Pengembala dengan
gembalanya dan si Musafir yang mengembara. Apa ada orang lain ada memikirkannya itu aku tak tahu, tetapi aku dapat mengatakan bahawa dalah si pengembala dengan anak gembalanya dan si Musafir yang mengembara “Akulah” orangnya.

Apa ada lain yang berpendirian seperti aku ini, tak tahulah aku. Aku si Musafir yang mengembara
dalam perjalanan pengembaraanku sentiasa memberi dan mengisi, memberi seteguk air bagi orang yang kehausan, menunjukkan jalan bagi orang yang tersesat dan dalam
pada itu menghalau gembalaanku ke padang rumput yang hijau untuk mendapat makanan yang lazat dan sewaktu-waktu menyeret kembali gembalaanku ke kandang sendiri. Dan seterusnya begitulah tugas yang ku lakukan sebagai seorang musafir yang sentiasa mengembara merangkap jadi seorang pengembala dengan
gembalaanku. Aku tidak akan kehabisan tenaga dan daya dalam pengembaraanku,
kerana bagiku makanan mendatang, ibarat pepatah air hampir makanan murah. Dan
begitulah aku, yang dengan caranya aku mengadakan pemecahan untuk mengenal diri,
pemecahan yang menghasilkan pemisahan, penggalian-penggalianku yang terus-
menerus untuk mendapatkan rahsia diri sampai dapat mengenal aku yang sebenarnya,
sehingga dapat aku mengatakan adalah aku:
Seorang Musafir yang sentiasa dalam Pengembaraan merangkap menjadi seorang
Pengembala yang sentiasa hidup dengan gembalaannya. Rahsia diri ialah Rahsiaku dan aku, aku sentiasa menggali terus Rahsia yang tak habis-habisnya, iaitu

“Rahsia Yang Maha Besar”.

Dan di hadapanku terbentang luas, suatu Rahsia di balik Rahsia yang Terahsia. Yang aku perdapat hanya baru Rahsia yang sedikit, iaitu Rahsia yang ada di dadaku.

“Mereka itu bertanya kepada engkau tentang roh. Katakanlah itu urusan Tuhan saya, tiada kamu diberi pengetahuan, melainkan sedikit sahaja”


D I R I K U

"Diri" yang ku lihat berlainan dengan "Diri" yang ku ketahui, "Diri" yang ku kenal dan
temui berlainan dengan "Diri" yang ku lihat dan ku ketahui.

Apa yang sebenarnya "Diri" itu?

Dan terdiri dari apa "Diri" itu?

1. "Diri"yang ku lihat merupakan bentuk dari rupaku sendiri sebagai seorang manusia. Ini dapat ku lihat melalui kaca (cermin)

2 "Diri" yang ku ketahui, ialah bercahaya cahaya, laksana bintang yang berkilau kilau
di langit. Dia adalah pelita, Pelita itu di dalam gelas, diminyaki dengan minyak kayu
yang berkat, yang tiada tumbuh di timur dan tiada tumbuh di barat. Ini dapat ku ketahui dengan petunjuk quran Surat An Nur ayat 35

3."Diri" yang ku kenal, Ialah merupakan gambaran dari Badan ku sendiri dalam erti
keseluruhan nya. Kalau Badan dinamakan orang Jasmani, maka ada lah "Diri" yang
telah ku kenal itu ialah “Rohani” .

Badan, jasad, jisim atau jasmani keadaannya nyata. Rohani keadaan nya tidak nyata
dan timbul dari adanya "Roh" di dalam batang tubuh kita. Dia adalah perumpamaan
“Pelita” , Pelita itu di dalam gelas yang bercahaya cahaya laksana bintang berkilau
kilauan di langit. Dia adalah lampu kehidupan kita, nyawa kita. Dia adalah cahaya Nur. Allah menunjukki orang yang dikehendakkinya kepada Cahaya itu.

4."Diri"yang ku temui,
Terdiri dari titik titik terang, iaitu hasil pemecahan aku,
setelahnya aku dapat mengadakan pemisahan antara Badan dan "Diri" atau antara
jasmani dan rohani. "Diri" yang ku kenal melalui Badan ku pada mulanya ialah, kalau boleh dikatakan ialah pancaran yang memancar dari Badan diriku. Ini dapat ku tangkap dengan daya perasaan yang ada pada ku. Pancaran yang mengandungi daya, daya tenaga Electromagnetic. Perkembangan dari daya tersebut yang berisikan electron electron, iaitu electron electron hidup yang merupakan aliran, aliran yang berpokok pangkal dari dalam Badan "Diri" ku sendiri. Tenaga tenaga tersebut ialah tenaga tenaga rohani yang berasal dari "Roh" yang keadaannya di dalam mendatangkan gerakan pada anggota dalam dari Badan "Diri" yang betujuan menjamin kelancarannya jalan
kehidupanku di dalam.


Dengan perkataan lain dia mengaliri seluruh Badan diriku di dalam, menurutkan saluran
saluran yang tertentu baginya, atau menurutkan jalan yang telah ada. Perjalanan yang dilakukan nya di dalam itu yang dengan tidak pernah berhenti, adalah ibarat menghasta kain sarung. Sampainya di situ ke situ juga. Aliran tersebut akan tetap ada selagi aku masih berada di dalamnya. Itu lah dia aliran dari "Diri" ku, aliran yang hidup lagi berisi, dan ibarat kaca, adalah "Diri" itu timbulnya dari aku (sikaca) dan keluar bentuknya
bentuk rupa badanku. Dari hasil perjalanan yang telah di ketahui itu dapat aku
mengatakan, bahawa adalah diriku itu gambaran dari badandiriku sendiri.


Sama kah aliran yang hidup di diriku dengan aliran yang hidup di Badan ku?

Jawabnya ialah tidak, kerana aliran yang hidup di Badan berisikan zat zat hidup yang berasal dari benda dan aliran yang hidup di "Diri" berisikan zat zat hidup yang berasal dari electron electron hidup yang timbulnya dari Nur atau Cahaya yang pada perumpamaan di atas di sebut kaca dan pada kita manusia dinamakan "Roh" . Masing masing mengalir pada
jalannya sendiri sendiri di dalam Badan "Diri" kita, seirama, sejiwa, perumpamaan nya keluar saperti kabel letrik dengan stroom. Aliran aliran dari "Diri" itu yang telah menjadi kenyataan dengan jalan pemecahan ku di atas dapat dinamakan aliran metaphyscia,
iaitu aliran jalan mengenai kebenaran yang tersembunyi, tidak dapat dilihat, diraba dan
tidak nyata dan tidak bersifat benda, Dia mendatangkan daya tenaga, iaitu tenaga "Diri" sendiri. Tenaga rohani dan lebih tepat kalau dinamakan tenaga ghaib ( tenaga yang tersembunyi )

Orang yang telah dapat mengetahui, mempunyai dan menguasai tenaga ghaib
dimaksud dapat belajar sendiri pada tenaga tenaga itu dengan mengadakan beberapa dan bermacam macam percubaan percubaan. Pengalaman pengalaman yang banyak
akan meningkatkan pengetahuan dan pengertian orang pada tenaga itu. Peningkatan pengertian tentang keadaannya tenaga ghaib tersebut dengan sendirinya akan merubah pandangan dan pembawaan hidup seseorang untuk menuju kepada kesempurnaan dan kebahagian hidup dunia dan akhirat.

Pandangan yang pertama, ialah orang yang telah mempunyai tenaga ghaib tersebut dapat mempergunakannya dengan kemahuan dan keyakinan yang teguh untuk mencapai sesuatu tujuan. Bisa dijadikan senjata untuk bertahan dan menyerang, dapat dipergunakan untuk menolong sesama manusia dan Badan sendiri, terutama di bidang pengubatan. Dapat dikerahkan untuk keperluan sesuatu. Dapat menghubungi yang dikehendaki. Kenyataan pembawaannya terdiri hanya pergerakan bukan dari perkataan
.
Ingat lah akan kesah perjalanan nabi Musa menurutkan nabi Haidir berjalan, Kewajipan nabi Musa ialah menurut sahaja perjalanan nabi Haidir, apa yang di perbuatnya, yang dilakukannya, nabi Musa boleh melihat sahaja dan tidak boleh berbicara atau bertanya.

Begitulah perumpamaannya, kalau kita membawakan tenaga ghaib tersebut, tiada kata, tiada suara, yang perlu bagi kita ialah yang akan kita tangkap daya rasa, rasa yang terasa dan padanyalah terletak rahsianya. Perumpamaan yang lain ialah adalah tenaga
ghaib itu, ibarat pada hari, siang namanya dan Badan kita malam.

Siang berarti yang di dalam dan malam yang di luar atau dengan perkataan lain, terang dan gelap, terang yang di dalam dan gelap yang di luar. Orang yang telah mendapat tenaga ghaib itu kalau mau mencuba menurutkan jalannya
mempelajarinya, maka kalau dia mau mengerti, maka perbuatannya itu ialah saperti
bunya ayat 27 dari surat Ali Amran yang ertinya masukan malam kepada siang dan
siang kepada malam…………………… dan kalau orang mau meneliti akan isi dari tenaga ghaib itu maka orang akan dapat menemukan titik titik di dalam nya yang dapat diumpamakan tiap tiap titik itu adalah telur burung yang mati dan akan
mengeluarkan anak burung yang hidup yang akan menjadi burung kalau sudah besar.

Dan tindak laku perbuatan kita itu tak ubahnya saperti sambungan dari ayat 27 surat Ali amran itu iaitu”mendatangkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup………….

Telur mengeluarkan burung dan burung mengeluarkan telur, dan terusan dari ayat
tersebut ialah “Diberinya rezeki siapa yang dikehendakinya dengan tiada terhitung
banyaknya…………………..

Puaskah orang dengan telah banyak dapat mengetahui dan mempergunakan daya daya dari tenaga ghaib itu?

Pengalaman pengalaman dan percubaan percubaan yang
banyak, membuka dengan sendirinya akan rahsia yang terkandung dalam tenaga ghaib
itu. Penelitian yang mendalam menentukan dan menunjukan pada orang yang mau
menyelidikinya bahawa adalah tenaga ghaib itu tenaga Rohani atau tenaga "Diri" dan
penangkapan cara membawakan dan mempergunakannya dengan dapat merasakan
perbezaan antara yang satu dengan yang lain, iaitu antara apa yang dinamakan tadinya
Tenaga Ghaib dengan badan, maka dapatlah orang mengerti bahawa orang telah
dapat menemui dirinya sendiri dan bahawa segala apa sahaja yang telah dilakukannya tadinya dengan Tenaga Ghaib itu adalah "Diri" nya sendiri yang berbuat. Dan kalau orang telah dapat memahami akan "Diri" nya itu cuba lah berdiri pada "Diri" sendiri dengan arti yang sebenarnya. Kalau ini dapat dilakukan dan dibawakan, maka orang tidak berpendirian lagi pada orang lain, melainkan pada dirinya. Dengan perkataan lain
dirinya itulah yang dianggapnya orang (manusia). Dan dirinya itulah yang sentiasa yang
akan dikemukakan. Dan dengan perubahan sikap itu akan berubahlah pandangan
hidup kita sebagai seorang manusia.

Pandangan pertama orang berpendirian pada badannya dengan mempergunakan Tenaga Ghaib nya sebagai “kepandaian” dan pada

pandangan yang kedua orang telah berubah pandangan hidupnya yang pertama
kepada ber "Diri" kan pada "Diri" sendiri dengan pengertian dan tangkapan "Diri" itulah yang kita.

Orang dapat belajar untuk berdiri di "Diri" sendiri dengan pengertian "Diri" itulah yang
dijadikan orang. Caranya ialah dengan menurutkan jalannya Tenaga Ghaib itu, dibiarkan berkembang bebas sendiri dengan tidak diikut sertakan tenaga lahir kita.

Membiarkan dan menurutkan "Diri" berkembang sendiri. Berarti pula "Diri" membebaskan badannya dari halangan dan rintangan yang menekannya selama ini, dikeluhan dan rintihan tidak akan ada lagi.

Keluhan dan rintihan disebab keranakan perbuatan Badan sendiri orang yang pertama yang banyak punya keinginan dan sedikit punya kemampuan.

Berdiri di "Diri" sendiri dan keluar sebagai orang, berarti pula kita telah dapat menembus alam sendiri (Badan), untuk dapat perhubungan dengan alam alam lain, alam di luar alam kita sendiri.

Kalau tadinya orang berada di alam kebendaan (alam nyata) maka dengan berdiri di "Diri" sendiri orang berada di alam kebatinan,alam tidak nyata atau alam Rohani. Alam tersebut berisikan daya daya rasa dan tidak salah pula rasanya kalau dinamakan alam tersebut Alam Perasaan Berdiri di "Diri" sendiri berarti orang tengah berada di dalam badannya. Alam "Diri" ialah alam Rohani (tidak nyata) dan bentuknya ialah merupakan gambaran dari Badan kasar
sendiri, kerana beradanya di dalam Jasmani.

Pada pandangan pertama orang berpendirian pada badannya yang kasar dan dalam segala hal keperluan dan urusan bertitik tolak dari keadaan yang nyata, menuju kepada kenyataan yang dikehendakinya. Orang dapat mengetahui dan mengerti akan adanya yang ghaib, akan tetapi belum dapat memahaminya, kerana alam fikirannya belum
ditujukannya kepada kenyataan adanya yang ghaib itu.

Bukan kah tadi nya apa yang ada, timbulnya atau terbitnya dari tidak ada?

Maka adalah yang telah di adakan itu terdiri dari : Ada - tidak ada dan yang mengadakan. Dan bagi
kita manusia, ialah terdiri dari yang mengadakan itu : a-ku, yang tidak ada (ghaib) diriku dan yang ada ialah Badan ku.

Maka adalah yang mengadakan segala galanya itu Yang ADA, iaitu YANG MAHA BESAR. Dengan keadaan nya, Yang Maha besar, menjadikan kita menjadi manusia. Dengan keterangan di atas maka dapatlah orang kesimpulan bahawa kita manusia ini terdiri dari keadaan dan kejadian, keadaan dan kejadian harus sejalan, satu sama lain
tak dapat dipisahkan. Semua kejadian dijadikan dari yang telah diadakan. Maka adalah yang ada di dalam kejadian. Jadilah pecahan ku dalam hal ini menjadi dua keadaan.

Keadaan pertama telah terjadi, iaitu Badan dan keadaan kedua, iaitu ada, yang keadaan nya berada di dalam kenyataan dan menghasilkan yang tidak nyata. Oleh kerana tempatnya di dalam atau di balik yang nyata, maka adalah bentuknya menurut
bentukku yang nyata.

Maka adalah bagiku yang telah terjadi itu Badan ku dengan segala kenyataannya yang ada dan yang berada di dalam Badan nyata itu ialah diriku hasil dari yang ada di dalamnya.

Beradanya di balik kenyataan dan oleh kerana itu maka adanya tidak nyata, Dan itulah dia diriku yang timbulnya dari yang ada. Dan yang ada itulah aku, yang terawal dan terakhir, berpermulaan dan berkesudahan yang terpancar ke dalam dunia. Ada dalam sebutan tiada dalam kenyataan. Yang ada tetapi tiada itu “hidup” dan memberi daya kehidupan pada anggota Badan "Diri". “Dia” mendatangkan aliran, aliran yang berisi,
berisikan daya hidup mengalir menurut jalan yang telah tersedia baginya dalam
kejadiannya dan kesudahan perjalanan yang berisi itu menimbulkan diriku yang
gambarannya merupakan bentuk dari Badan ku sendiri.

Dan itu lah dia diriku yang padanya ada jalan sendiri didalam, jalan yang berisi dan
bertujuan menjamin kehidupanku, hidup di dalam alam nyata, yang dinamakan orang dunia. Dengan huraian di atas, apa tidak lebih baik orang memulai memahami hidup
atau mulai menjalankan kehidupan di luar dengan jalan "Diri" sendiri itu? Untuk itu orang harus dapat menemui jalan yang dimaksudkan dan berjalan pada jalannya.

“Pandai pandailah membawakan ""Diri"” kata orang yang tahu.
Kalau seseorang dapat menemui jalan itu dan berjalan pada jalannya kiranya dapatlah
dinamakan orang tersebut telah pandai membawakan "Diri". Tujuan dari perkataan
pandai pandai membawakan "Diri" ialah supaya orang selamat, bukan?? Cubalah
bayangkan kalau diketahui, bahawa "Diri" itu di dalam, berjalan pada jalannya yang
bertujuan menjamin kelancarannya kehidupan kita dan dengan berjalan pada jalannya
orang menjalani lautan kehidupan yang Maha luas ini, tidakkah berkemungkinan pula
orang akan selamat menempoh kehidupan di luar Badan "Diri".
Dengan menurutkan jalan "Diri" sendiri itu orang akan dapat belajar memahami hidup
yang sebenarnya dan kalau orang mau, orang dapat banyak belajar pada "Diri" itu.
Belajar pada "Diri" sendiri itu dengan mempelajari "Diri" sendiri sampai dapat
mengetahui hakikat "Diri" yang sebenarnya. Orang dapat mempelajari "Diri" sendiri ,
setelah dapat menemui jalannya. Dengan berjalan pada jalannya yang bererti
menurutkan jalan yang telah ditemui itu orang hatus memperhatikan akan isi dari jalan
yang dilaluinya itu. Bukan hanya memandang sahaja kepada apa yang telah berlaku atau terjadi di dalam perjalanan, kerana di isi itulah terletaknya segala rahsianya.

Nabi Musa dengan petunjuk Tuhan berjalan menuju suatu tempat untuk menemui
seorang Hambanya bernama Haidir. Dapat ditemuinya dipertemuan permukaan dua
laut. Setelah dapat menemuinya Haidir, Nabi Musa belajar ilmu Pengetahuan padanya
dengan menurutkan jalannya, Nabi Musa dalam perjalanan bersama itu, melihat kepada apa yang di lakukan oleh Nabi Haidir dengan mempergunakan pertimbangan akalnya, sedangkan Nabi Haidir memperbuat segala sesuatunya itu dengan ilmu pengetahuannya dan dengan ada tujuannya.

Segala tindak laku perbuatan nabi Haidir itu selama jalan bersama Nabi Musa, Nabi
Musa menerimanya dengan suatu perbuatan tidak baik atau suatu tindakan tidak wajar sedangkan Nabi Haidir melakukan segala sesuatunya dengan ilmu pengetahuan yang diajarkan Tuhan padanya. Belakangan yang telah diperbuatnya itu, maka insaflah dia akan kekurangan, yang mengatakan pada orang orang di zamannya, di waktu itu adalah dia satu satunya orang yang segala tahu. (al quran al-khafi)

Begitulah aku sebagai seorang manusia terlahir, dengan menarik pelajaran pada
perjalanan Nabi Musa dengan Nabi Haidir itu, aku dapat menemui diriku sendiri pada
pertemuan kiri dan kanan dan dalam praktik untuk sesuatu dengan sesuatu aku
mengadakan perjalanan seperti perjalanan Nabi Musa dan Nabi Haidir itu. Dan sebagai seorang manusia aku banyak dapat pelajaran dari perjalanan "Diri" ku sendiri.

Adalah aku dengan diriku ibarat sebatang pohon, lagi tunggal, bercabang dua terdiri dari kiri dan kanan, tiap tiap cabang mempunyai lima ranting, buahnya lebat, banyaknya tak terhitung, semenjak dari batang sampai kecabang dan sampai keranting. Buahnya tidak keluar seperti buah mangga dan tidak di bawah seperti kacang tanah, melainkan
di dalam batang, di dalam cabang dan sampai di dalam ranting. Memberi manafaat bagi orang yang mengetahuinya dan berfaedah bagi orang yang dapat menemui dan memetiknya, kerana adalah buahnya itu serba guna. Untuk itu orang harus serba tahu dan serba bisa, bisa mempergunakannya.


Orang harus menggali "Diri" nya sedalam mungkin, sehingga banyak dapat di ketahuinya
tentang keadaan dirinya, kesanggupannya dan kemampuannya. Orang selain dapat mengetahui keadaan badannya serta alat perlengkapannya, harus dapat pula hendaknya mengetahui keadaan dirinya dengan rahsia yang terkandung di dalamnya
untuk diambil manafaatnya bagi Badan "Diri" sendiri dan dipergunakan faedahnya untuk
orang ramai.

Penelitian dan pengalaman menunjukkan bahawa adalah "Diri" itu terdiri dari zat serba
zat, hidup lagi berisi atau dalam bahasa lain terdiri dari electron electron hidup. Dan itu lah dia “buah” dari pohon tunggal yang diuraikan sebagai perumpamaan tersebut di atas, Dan itu lah pula “dia” yang hidup yang akan didatangkan dari yang mati dan yang mati dan yang mati dari yang hidup. Seumpama telur dengan burung, burung
mendatangkan telur dan telur mendatangkan burung. Dan tindak laku perbuatan dengan berjalan menuruti jalan yang telah ditemui, berarti pula orang telah memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam. Dalam pengertian ini ialah siang berarti "Diri" dan malam adalah Badan.

Orang yang telah dapat menemui dirinya dengan jalannya hendaklah berubah
pandangan hidupnya, kalau tadinya dalam tangkapannya badannya yang di kemukakan
nya, maka semenjak telah dapat menemui "Diri" itu, dirilah yang harus dikemukan.Dengan pandainya orang membawakan "Diri" dengan mengemukan nya
pada jalannya, maka pandangan yang pertama telah meningkat kepada yang kedua, iaitu kepada pandangan yang agak mendalam. Dengan pembawaan itu orang telah dapat berdiri pada "Diri" sendiri dengan pengertian yang meningkat pula orang dapat mengetahui bahawa segala tindak laku perbuatannya dirinya lah yang berbuat dan
terhadap orang luar dirinya itu terahsia dan menjadi ilmu pengetahuannya.

Orang dengan pembawaan "Diri" nya yang terahsia itu dapat mengadakan percubaan
percubaan untuk mengetahui lebih mendalam akan rahsia rahsia yang terkandung di
dalamnya. Untuk ini orang harus berani mengemukakan dirinya. Merubah pandangan biasanya dari keadaan yang nyata kepada keadaan yang tidak nyata, iaitu kepada rasa yang terasa sebagai gantinya dan dan menurutkannya sampai dapat mengerti kepadanya .

Perumpamaan keadaannya adalah seolah olah orang menunggang kuda baru dengan daya dan akalnya supaya dia dapat mengerti padaku dan kuda dapat mengerti pula padanya, sehingga akhirnya dia dapat menguasai kuda baru tersebut dan dapat di pergunakannya untuk mencapai tujuannya. Kalau di kehendaki nya kuda tersebut akan berhenti berjalan dan sewaktu waktu turun dari kenderaannya dan memasukkannya kembali ke kandang.

Akan tetapi "Diri" itu bukan lah kuda, kerana peningkatan pengertian kita padanya akan
meumpamakannya pula laksana burung, kerana dia bersayap, kiri dan kanan. Burung yang bertuah, berhikmah dan mendatangkan berkat. Baginya air hampir makanan murah. Sungguh pun begitu aku bukan pula burung, melainkan aku adalah “pelita”
dalam rumah ku sendiri, Pelita itu di dalam gelas, gelas itu bercahaya cahaya laksana
bintang berkilau kilauan di langit (surat An Nur ayat 35 al quran)

Maka adalah aku “pelita”, pelita yang bercahaya cahaya, Cahaya yang menimbulkan diriku, "Diri" berdiri dengan sendirinya di dalam Badan ku

Aku adalah “Hidup” dan badanku sebenarnya mati dan diriku adalah yang tiada hidup dan tidak pula mati bagi orang. Diriku akan hidup kalau orang bependirian di badannya.

Selagi aku masih berada dalam rumahku dan berdiam ditempat, hidup matinya diriku bergantung kepada penilaian dan pendirian orangnya. Kalau orang berpendirian pada badannya, maka adalah "Diri" itu baginya mati dengan pengertian "Diri" itu tak dapat berbuat apa apa, Terhadapnya dan adalah "Diri" itu peribadinya.Bagi orang yang berpendirian saperti itu maka adalah peribadinya itu ibarat lambaran kertas yang tadinya
putih bersih, bertuliskan tulisan amal perbuatanya yang buruk dan baik. Untuk diketahuinya maka adalah peribadinya itu putih bersih dasarnya dan kalau kejadian
kotor, maka adalah orang nya sendiri yang mengotorinya dengan tindak laku perbuatannya yang tidak baik.

Bagi “aku” sendiri adalah diriku itu gambar lengkap dari badanku sendiri. Aku
menggangap orang yang berpendirian di badannya, orang mati atau orang yang bakal mati dan orang yang berpendirian, orang hidup yang tidak akan mati mati. Kerana adalah “dia” itu terdiri dari cahaya dan cahaya melulu dan akan kembali atau diterima kembali serta bergabung dengan cahaya yang Maha Besar.
Dasar nya Cahaya, Kalamnya Cahaya, dia berbuat dan bertindak dengan Cahaya,
pancarannya bercahaya, kerana memang dasarnya dari Cahaya. Semakin banyak dia berbuat dan berlaku akan semakin bercahayalah dia. Dari cahaya ke cahaya, Kalamnya orang yang berpendirian di Badan, badannya sendiri dan kalam orang yang berdiri didirinya ialah dirinya sendiri. Orang yang berdiri di dirinya harus berhubungan dengan dunia kerana untuk keperluan badannya yang kasar.

“Aku” adalah orang yang mendatangkan Cahaya di dalam Badanku sendiri, aku
siterang dan badanku si gelap dan cahayaku menimbulkan diriku. Orang yang berpendirian pada badannya harus mencukupkan kejadiannya dengan “aku”.orang
yang telah tahu diakunya harus tahu pula didirinya, kerana aku dan "Diri" itu sejalan.

Aku berada di dalam "Diri" dan "Diri" berada di dalam Badan. Orang yang berpendirian
pada badannya dalam pemecahanku ini, aku namakan orang luar harus memikirkan
bagaimana dia akan dapat menemui dirinya sendiri. Untuk ini orang harus menunjukkan
gerak jalan pemikirannya kepada yang ditujukan sampai orang dapat merasakan akan keadaannya. Dapat merasakan kami katakan, kerana keadaannya "Diri" yang berada di dalam Badan itu tidak nyata, Rasa yang terasa itu harus mendapat perhatian khusus dan dipelajari dengan saksama sampai orang dapat menyatakan dengan perasaan pula akan keadaannya.

Dan selanjutnya orang dapat memahami akan hakikat "Diri" yang sebenarnya, maka orang harus merubah cara berfikirnya terhadap "Diri" itu. Kalau tadinya orang mempelajarinya, maka dengan telah dapat menemuinya orang harus belajar padanya.

Orang yang telah meningkat pengertian dan pengetahuan nya tentang keadaan dirinya dan telah banyak pula dapat belajar dari dirinya sendiri akan berubah pandangan
hidupnya dari yang berpendirian pada badannya kepada berdiri ke dirinya sendiri atau dengan perkataan lain dari jadi orang luar Menjadi orang dalam.

Apa perbezaan orang luar dengan orang dalam?

Bagi orang luar segala sesuatu terahsia dan segala rahsia letaknya di luar dari badannya dan untuk mendapatkannya dia harus mencarinya terlebih dahulu untuk seterusnya memecahkannya. Bagi orang dalam rahsia terkandung padanya. Maka dengan kewajipannya memecahkan rahsia yang dikandungnya sampai melahirkannya.

Bonda yang tadinya mengandung dan menanggung aku, setelah melahirkan aku menjadi kenyataan, menjadikan ku mengandung dan menanggong pula. Berlainan kandungan dan berlainan pula penanggungan. Yang di kandung ibu aku dan untuk itu ibu menanggung sampai aku lahir. Yang ku kandung “rahsia” selagi yang masih terahsia itu belum lahir, maka aku sentiasa menanggung.

Maka adalah kewajipan ku untuk melahirkan yang terkandung dalam diriku itu. Orang yang dapat melahirkan kandungannya sendiri itu, akan dapat pula mengetahui akan rahsia dirinya.
Dan dengan ini ku anjurkan pada orang banyak “lahirlah untuk kedua kalinya” supaya bebas dari penanggungan. Tiap tiap melahirkan berarti orang membebaskan ""Diri" dari penanggungan. Manusia selagi masih hidup di dunia, akan sentiasa mengandung dan menanggung. Maka adalah menjadi kewajipan akan melahirkan tiap tiap yang
dikandung itu, supaya jangan selamanya dia menanggung. Pengandungan dan akibatnya Badan "Diri" sendiri sendiri yang merasakannya. Pengandngan yang sebaik baiknya, ialah sebisa bisanya orangnya sendiri yang melahirkan hendaknya, jangan melalui orang lain. Kalau dapat dan bisa kejadian berarti orang tersebut sudah bisa berdiri sendiri. Pengandungan dan penanggungan yang berlarut larut yang mana Badan sendiri tak sanggup lagi bertahan. Sudah pada tempatnya dan waktunya orang dengan tak usah malu malu untuk mendatangi orang lain buat meminta pertolongan melahirkan
kandungannya yang berat itu,

sekurang kurangnya meringankan penderitaannya. Sekali dapat melahirkan maka untuk seterusnya orang akan pandai melahirkan tiap tiap kandungannya. Untuk bisa melahirkan kandungan yang pertama itu, kalau mau orang
dapat mempelajarinya pada ahlinya. Melahirkan kandungan berarti mengeluarkan yang
terkandung di dalam Badan "Diri". Mengeluarkan kandungan melalui saluran saluran
tertentu dan bukan melalui pintu pintu yang telah ada yang jumlahnya sembilan
banyaknya.

Kandungan yang di maksud bukan lah saperti seorang ibu mengandung melainkan terdiri dari segala macam keinginan, kemahuan, angan angan atau cita cita, kepiluan, dan lain sebagainya yang tidak berupa kenyataan. Semua kandungan yang tidak nyata itu dapat dinyatakan dengan daya rasa perasaan, kerana rasalah jua dapat
menangkapnya. Segala rasa yang terasa itu harus di salurkan menurut saluran tertentu
sampai dapat orang merasakan nya secara kenyataan (positif) . dari rasa kepada rasa
yang terasa, iaitu rasa yang terkandung di dalam desakan keluar sampai terasa.


Dari kandung kepada mengandung sampai menanggung. Yang mengandung
menanggung yang dikandung. Supaya jangan menanggung maka yang mengandung
harus melahirkan yang di kandung. Pengandungan yang nyata melahirkan yang nyata.
Pengandungan rasa harus dilahirkan dengan rasa sampai terasa. Untuk itu orang harus
melakukannya dengan dirinya sendiri dan hasilnya untuk badan dirinya sendiri. Maka
adalah penanggungan yang mengandung selagi seseorang masih manusia hidup namanya tak akan putus putus mengandung dan tak akan habis habis menanggung.

Akan tetapi kalau sudah biasa dan pandai melahirkan tiap tiap kandungan tidak akan berat rasanya penanggungan dan menanggung. Yang menanggung saya, yang mengandung aku dan yang dikandung hamba.

Untuk menghilangkan penanggungan saya, maka aku harus melahirkan kandungan ku, iaitu hamba, yang setahuku semenjak dari dalam menjalankan tugas hidup terhadap Badan diriku. Hambaku berlainan dengan
hamba orang. Hamba ku tidak akan menghamba kepada orang lain, kecuali kepada ku sendiri
Orang luar kira nya dapat mengerti akan tujuan memakai perkataan:
Saya – Aku – Hamba. Aku mengiaskan padanya dengan istilah tiga orang bersaudara
dalam pemecahanku.

Orang yang pertama ialah orang yang berpendirian di badannya, kedua orang yang
berdiri didirinya sendiri dan tidak henti hentinya. Ke tiga tiganya yang tersebut di atas
ada pada manusia. Apa dia orang pertama pada pendiriannya, orang yang kedua atau yang ketiga itu terserah kepada orangnya yang akan membawakannyya. Hanya pengertian yang mendalam yang akan menentukan siapa dia orangnya yang sebenarnya.

Aku mengenal dunia setelah aku di lahirkan oleh ibu kandungan ku, yang
mengandungku selama sembilan bulan sepuluh hari. Suka dan duka telah ku lalui
menurut ketentuan ketentuan yang telah berlaku. Ini orang luar dapat mengetahui dengan membaca baca karya karyaku yang terdahulu dari ini.

Renungan, dan fikiran, ingatan kepada masa yang lampau, pelajaran pelajaran yang diperdapat dari pengalaman, belajar kembali kepada kehidupan yang telah dijalankan,kenangan kepada yang sudah sudah, belajar kepada kitab, kepada quran, kepada orang orang besar melalui buku bukunya, mendatangi orang orang yang tertentu untuk banding membanding dalam pendirian dan pembawaan, menyebabkan aku merenung ke dalam, bertafakkur, mengenangkan keadaan "Diri" sendiri, mencari pegangan hidup yang benar, suatu pegangan untuk hidup yang akan dipakai dan mati yang akan ditumpang.

Pengalaman dan menarik pelajaran dari jalan, kehidupan yang telah lalu, menimbulkan
keinginan untuk memperbaharui hidup yang akan dijalankan, merubah pegangan hidup.
Keinginan ku yang hidup, hendak hidup untuk hidup mendorong aku mencari yang
hidup, yang sebenar hidup. Keinginanku yang hidup ialah menuju kepada kehidupan
yang murni sampai kepada kehidupan yang kekal abadi (mulia). Begitulah aku yang
tadinya, pandangan hidup berdasarkan kepada yang nyata, berubahnya kepada "Diri"-
sendiri yang beradanya dibalik kenyataan. Keinginan yang besar itulah yang mendorong aku mencari "Diri" sendiri sampai dapat menemuinya, mengetahui rahsia yang terkandung di dalamnya untuk ku jadikan “rahsia” ku pula. Dan dalam segala hal diriku lah yang ku kemukakan dengan segala rahsianya.


Maka lahirlah pemecahanku berdasarkan jalanku sendiri yang dapat diketahui dengan membaca karya karyaku yang sudah sudah. Suatu pemecahan yang menghasilkan pemisahan antara aku – Badan – dan diriku. Aku adalah raja pada kerajaanku sendiri,

kerajaan kecil dibawah naungan dan lindungan kerajaan Yang Maha Besar. Bila kerajaanku didirikan aku tak tahu, setahuku, aku adalah raja di dalam Badan diriku
sendiri, raja yang bersemayam di tahta kerajaannya dengan hamba sahayanya (rakyatnya) yang hidup rukun dan damai dengan peraturan peraturan yang tertentu yang akan dipatuhi dan dituruti. Aku adalah raja yang menerima warisan turun temurun, semenjak dari nenek moyang ku dahulu. Kerajaan yang berasal dari tanah yang mengandung api, air dan angin.

Aku dapat mengenal suatu kerajaan yang aman dan damai yang pemerintahannya berjalan
dengan sangat teratur, alat alatnya bekerja serba automatis. Penduduknya tinggi tidak,
pendek pun tidak, gemok tidak, kurus pun tidak bentuk serupa, hidup rukun dan damai.
Tahu peraturan dan mematuhi segala peraturan yang telah ada, seluruh kegiatan hidup dan kehidupan di sana bergantung kepada raja. Raja yang adil lagi bijaksana. Di sana tidak ada pengantian siang dan malam. Pendudunya tak pernah tidur dan selalu bekerja dan bekerja dengan tak henti henti. Bicara bagi mereka itu tidak ada, bicaranya hanya kerja dan bekerja, makanan bagi mereka mendatang. Mereka mereka itu sangat patuh kepada rajanya dan bila rajanya mangkat maka hancurlah seluruh kerajaannya itu.

Suatu kerajaan yang hidupnya bergantung kepada rajanya. Suatu pemerentahan yang belum ada saya melihatnya di lain bahagian dunia. Di luar dari kerajaan yang ku kenal itu, aku dapat melihat banyak pula kerajaan
kerajaan kecil yang tak terhitung banyaknya, akan tetapi rakyatnya sentiasa
memberontak, berdemonstrasi di sebab keranakan rajanya tak pandai memerentahnya. Raja yang lupa pada dirinya, raja yang tak tahu "Diri" raja yang semata mata menurutkan hawa nafsunya, raja yang tak mau mengetahui keadaan rakyatnya, dan tak kurang pula saya dapat melihat siraja yang terjajah, dijajah oleh raja yang tak patut disembahnya. Dan banyak pula aku melihat raja yang telah jauh tersesat berjalan, sehingga hamba sahayanya menderita oleh kerana perbuatannya. Dan amat banyak pula saya melihat kerajaan kerajaan yang sakit, kerajaan kerajaan yang tertindas, kerajaan yang masih tidur, kerajaan yang mati, yang mana kesemuanya itu menunggu
dan mengharapkan kedatangan seorang raja yang besar lagi adil lagi bijaksana untuk membebaskan hamba rakyat yang menderita, menyembuh yang sakit, dan mendudukkan kembali rajanya kepada kerajaan yang benar, kerajaan yang dapat dan sanggup berdiri sendiri pada jalan kebenaran, kerajaan yang hidup bermandikan cahaya, suatu kehidupan yang gilang gemilang.


Sebalik nya aku dapat pula mengenal dan mengetahui suatu kerajaan yang terdiri
melulu dari cahaya dan cahaya. Dasarnya cahaya, sungainya cahaya, airnya cahaya
makhluknya cahaya, makanannya cahaya, jalannya cahaya, dan timbulnya dari cahaya.
Pemerentahannya berjalan dengan cahaya sehingga kejadiannya pun cahaya. Suatu
kerajaan cahaya yang tak dapat diraba dan dirasa, kecuali kalau tidak raja sendiri yang merasanya.
Suatu kerajaan bayangan di balik kenyataan. Kerajaan ku berdiri diantara kerajaan
kerajaan kecil yang banyak. Dan aku mengatakan kerajaan ku berdiri di bawah naungan dan lindungan kerajaan yang maha besar, kerajaanku berdiri sendiri, bebas, tidak terjajah. Kalau dulu sewaktu aku belum dapat mengenal dan menemui diriku, perasaan ku selalu tertekan, tertindas, walaupun tidak ada yang menekan dan
menindas aku. Kebebasan tak pernahku perdapat, walaupun tidak ada yang menolong aku. Aku terkurung dan terkongkong. Lapangan bergerak bagi ku terbatas. Sejauh jauh aku berjalan sampainya di situ ke situ juga.

Hubungan ku dengan Raja dari segala Raja, raja Maha diraja terputus. Yang memutus kan adalah duniaku, dunia nyata. Untuk dapta kembali dengan yang Maha Besar, aku harus dapat menembus alamku sendiri. Menembus alam sendiri, berarti membuka tabir yang mendindingiku dengan Tuhan ku. Bila jalan keluar bagiku telah terbuka, aku akan bebas bergerak menuju kepada yang tak dapat dicapai selama ini.

Seluruh kegiatan hidupku akan ku lakukan dan bawakan dengan menurutkan jalan yang telah ada padaku semenjak aku berada di dalam Badan diriku sendiri, suatu jalan yang berisi. Dan terdiri dari pergerakan pergerakan yang dinamakan orang “gerak Allah” semata mata.
Dengan jalan yang ada pada ku itu aku dapat membebaskan "Diri" orang yang terjajah, yang menderita dan dapat pula menaklukkan kerajaan kerajaan kecil yang lain yang banyak berada disekelilingku. Tetapi aku bukan si penjajah, bukan kapitalis dan bukan pula imperialis. Aku anti penjajah, anti kapitalis dan anti imperialis, kerana aku telah
merana dan menderita akibat penjajahan aku dapat merasakan betapa sakitnya terjajah.

Sebagaimana tadinya aku ingin kebebasan, maka setelah dapat membebaskan diriku dengan jalanku sendiri, aku ingin pula hendak membebaskan orang dan menunjukkan garis hidup yang akan ditempuh untuk kebahagian Badan dirinya sendiri.

Membebaskan orang bagiku sama juga ertinya dengan melahirkan kandungannya dan
membawa serta menunjukkannya kepada jalan yang benar, yang ku namakan jalan hidup bukan jalan mati, jalan yang berdiri sendiri bagi orangnya, jalan hidup yang akan dipakai dan mati yang akan ditumpang, jalan ku itu ialah jalan yang tak nampak kalau
dilihat, akan tetapi dapat dirasa kan kalau mau merasakannya.

Dan dirasa itulah letaknya dan tempatnya segala rahsia "Diri", rahsia”hidup”. Orang yang telah dapat menemuinya akan berjalan dengannya pada jalannya. Itulah dia jalan kehidupan orang semenjak dari dalam Badan dirinya.

Orang harus mempelajarinya, keadaannya, kesanggupan dan kemampuannya dan seterusnya belajar padanya. Bertambah dalam pengertian orang padanya akan bertambah kenyataannya. Nyata pada rasa dan cahaya pada orangnya.


Pengenalan padanya yang lebih meningkat dan mendalam akan merubah pandangan dan pendirian terhadapnya. Pandangan dan pendirian yang tadinya tenaga yang ada
padanya dapat dipergunakan sebagai alat bagi orang, maka akan berubahlah menjadi
“dia” lah yang orang dalam pendirian dan apa yang dinamakan Badan akan menjadi
alat baginya, kalau ini sampai kejadian orang membawakannya, maka bagi orang tersebut sudah ada dua jalan, pertama jalan orang luar dan kedua jalan orang dalam, atau jalan "Diri".


Ingatlah akan bunyi ayat : “memasukkan malam keada siang dan siang kepada malam dan mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup”.
Dengan berjalan bersama nya, berjalan pada jalannya, ingatlah akan perjalanan nabi musa dan nabi Haidir dalam surat al Kahfi, orang harus mengetahui akan keadaannya lebih dahulu sebelum melangkah keluar untuk keperluan sesuatu. Mengetahui keadaan
dimaksud, mengetahui apa yang ada pada kita. Bagiku ialah apa yang ada padamu, rumahku dengan berisikan alat perabut rumah tangga selengkapnya dengan susunan yang seratur tapi dan menjadi kewajipanku untuk memelihara dan menjaga nya. Aku adalah raja dalam rumahku sendiri. Tiap minit, tiap detik hamba rakyatku berbaris dengan teratur menjalani atau mengaliri seluruh kerajaanku dengan tidak henti henti siang dan malam.

Pemerintahanku berjalan serba otomatis. Amat sayang sekali orang salah memahami aku. Orang memandang rumahnya bukan aku yang berada di
dalamnya. Dari itu makanya banyak orang tak dapat mengenal aku yang benarnya.

Sebagai seorang manusia aku menjalani kehidupanku dengan jalanku sendiri. Aku memperbaiki keadaan ku dengan jalanku. Dan tak kurang pula sudah banyak orang yang ku bawa pada jalanku. Dan sudah ada pula orang yang berjalan dengan jalanku. Dan banyak pula yang ingin hendak mengetahui jalanku.
Kalau orang mahu tahu, aku duduk ditempatku, dipertemuan kiri dan kanan. Di kiri ku ada orang, di kanan ku ada orang, di hadapan ku pun ada orang. Di luar ku banyak sekali orang, tempatku ialah di tengah, di balik dari di balik atau di dalam yang di dalam.

Suatu tempat yang damai, tenang tak meriah, di balik alunan gelumbang, di bawah
naungan langit hijau yang tak bertepi tak terhingga kira kira dimana empedu orang berada. Di belakang ku tidak ada orang, tak ada apa apa dan oleh kerananya, aku tak usah memandang ke belakang lagi, penglihatan ku, ku rujukan kemuka, kesamping, kiri
dan kanan. Perjalanan ku tak kenal akan mundur atau surut kebalakang, walaupun
kenyataannya, sejauh jauh aku berjalan, sampainya aku atau berada nya aku di tempt ku jua.


Kehidupan gilang gemilang bermandikan cahaya dan memang cahaya itu lah aku.
Caranya berdamping sesama cahaya, perjalananku, menurun dan mendaki, berkiri dan
berkanan dan kesemuanya itu ku lakukan untuk kebaikan dan membaikkan keadaan,
keadaanku sendiri dan keadaan orang lain dan yang berada di luar keadaan ku. Suatu perjalanan yang ku namakan bagi orang yang melakukan dan membawakannya, perjalanan dunia dan ahirat, suatu perjalanan dari nyata ke tidak nyata, dari zahir dan batin, dari ada ketidak ada dan sebaliknya. Dari ada ketidak ada,mengadakan yang akan diadakan, menurutkan secara keadaan yang ada. Jalan yang tadinya bagiku terbatas, semenjak diriku telah bebas, telah dapat melakukan jalan jangka panjang dan jauh. Jalan keluar dari alamku sendiri dan dapat menembus alam batin untuk keperluan
sesuatu. Dengan sesuatu untuk keperluan sesuatu menuju ke sesuatu, bangai jalan untuk mencapai "Bahagia". Akan tetapi untuk itu aku mempunyai jalan sendiri. Jalan ku hidup lagi berisi. Orang yang berjalan pada jalanku, orang yang menurutkan jalanku dalam perjalanan menuju sesuatu untuk se suatu sebaiknya menyebut nama : “Allah” sebanyak munkin sampai pada perhentian perjalanan.


Isi lah Badan "Diri" mu dengan apa yang ada padamu, dengan mempergunakan jalanku dengan menyebut nama Allah dengan jalan bertingkat, sambung menyambung iaitu dari luar ke dalam

Tingkat pertama Badan,
kedua otak,
ketiga empedu,
keempat limpa,
kelima rabu (paru-paru),
ke enam hati dan
ketujuh jantung.

Dan dari dalam keluar, dari jantung ke hati ,
dari hati ke rabu,
dari rabu ke limpa dan keempedu, dari empedu ke otak dan dari otak ke seluruh Badan.

Selagi orang berjalan bersama aku, aku sentiasa mendampinginya. Akan tetapi diwaktu orang berjalan pada jalannya sendiri. Aku berjalan pada jalan ku pula. Kalau ada orang mengingat aku, aku akan mengigatnya pula. Orang berdoa, aku berdoa pula. Orang berdoa dengan menyatakan (melafazkan) doanya. Aku berdoa beserta orang, dalam hati. Alangkah baiknya, jika orang berdoa dengan aku. Beserta aku, kumaksud berdoa dengan jalanku. “Doa dari mu, perkenan dari ku” kata Tuhan.
Segala perbuatan orang akan berkesan padaku. Dan segala perbuatanku akan berkesan pada orang.

Akulah nanti yang akan menghadap Tuhan ku. Akulah yang akan kembali keribaannya. Aku lah yang akan kembali kepangkuannya, ke hadiratnya. Aku dengan wajah ku. Aku sebagai seorang manusia tak dapat banyak berbuat, kerana
badanku lemah. Aku dengan diriku yang ku kemukakan telah banyak berbuat apa yang
harus ku perbuat dan melakukan apa yang dapat ku lakukan. Banyak orang tak mengerti padaku dan banyak pula yang salah menganggap aku.
Ini ada lah di sebabkan aku dengan badanku jarang keluar dan lebih banyak tinggal
dalam rumah. Tetapi aku didatangi orang dan amat jarang aku mendatangi orang
kerumahnya.

Dan bermacam macam pula orang mendatangkan persoalannya padaku. Apa apa yang mendatangi ku itu aku tampung semuanya dan aku lakukan apa yang dapat ku perbuat. Dan adalah bagiku yang melakukan dan berbuat itu aku dengan diriku. Aku lebih suka
ke dalam daripada keluar, yah, memang di dalam tempatku, dari dalamlah, dari
tempatku, aku memandang keluar, aku memperhatikan dan mempelajari keadaan
alamku dan alam sekelilingku. Lain kerja orang dan lain pula kerjaku, orang berfikir dan
berusaha, aku merasa dan berbuat, aku sebagai orang, berfikir, merasa dan berbuat.
Aku mencari rasa dengan perasaan ku, dari itulah maka aku mengatakan pula pada
orang lain, orang mencari yang ada, aku mencari yang tak ada, aku melahirkan
perasaanku, apa yang terasa padaku, sampai nyata terasa, dan sebagai seorang manusia aku pun melahirkan kehendakku.


Dapat kah aku melahirkan kehendak orang?

Kenapa tidak, bukankah selama ini seluruh kegiatan ku teruntuk untuk orang yang dimaksud?

Hanya saja orang tak mengerti bahawa aku ada didalamnya. Otaknya dipergunakan nya untuk memikirkan hal hal yang diluar, bukan memikirkan aku yang ada didalam. Dapatkah ku melahirkan dan menyampaikan kehendak orang lain?

Kenapa tidak, bukankah orang lain itu “aku” juga?

Apa yang ada pada orang itu ada pula padaku, bukan?

Hanya mereka itu tidak tahu.
Aku mu dan aku ku sama. Tempat kelahiran dan kehadiran berlainan. Kelahiran mu dari rahim bonda mu dan kehadiran mu di tempatmu, di mana engkau berada. Kelahiran ku dari rahim bonda ku pula dan kehadiran ku ditempat ku pula. Dimana aku berada?

Wahai orang luar cubalah teka, padaku ada jalan, jalanku sendiri, jalan rasa. Di luar ku lihat ada pula jalan, jalan orang banyak, jalan nyata. Aku berjalan pada jalan nyata dengan jalan rasa.

Bagi orang yang tahu dan yang mau tahu, ku katakan, adalah aku di dalam, di tempt ku ditengah tengah dada. Sebelah kananku saudaraku siputih dan saudara ku sikembar simerah, sebelah kiriku saudaraku si hitam dan satu lagi biarlah aku namakan saja sicukup atau silengkap , yang akan mencukupi atau melengkapkan segala galanya,
kerana dari dialah sumber segala galanya kegiatan kegiatan hidup di dalam, dan
padanyalah terletak pertanda bagi orang luar, hidup matinya seseorang.

Dan keluarnya dengan 5 jalan pula, jalan tinggi. Maka padaku adalah 5 jalan dalam dan
5 pula jalan luar lagi tinggi. Itulah makanya aku menamakan diriku “si sepuluh”. Itulah dia “ilmuku”, keluar dan kedalam, zahir dan batin.

Dari siang ke malam, dari malam ke siang, dari burung ke telur dan dari telur keburung.


A K U

Mana Jalanku?
Aku melihat orang berjalan
Dalam pada itu aku pun berjalan
Jalan orang jalan nyata
Jalan ku tidak nyata
Ku lihat orang berjalan di jalannya
Aku pun ikut berjalan besertanya
Dia sampai ditujuannya
Tetapi aku di situ ke situ juga
Manakah yang benar
Jalan orangkah atau jalanku
Kedua duanya benar
Kerana kedua duanya perlu
Bagi orang, jalan ku gelap
Bahkan aku di anggap barang mati
Bagi ku jalan ku tidak gelap
Hanya orang yang tak mau mengerti
Bagiku jalan orang jalan nyata
Jalanku jalan tidak nyata
Satu sama lain berbeda
Jalan aku dan jalannya
Orang berjalan di jalanraya
Jalan bikinan tangan manusia
Naik mobil, kereta api, kapal laut dan udara
Bagiku itu namanya menumpang dijalannya
Namun aku, walau dimana saja
Di lautan, di daratan
Dan di udara
Namun jalanku tidak ku lupakan


A K U
Kalau engkau mengatakan aku
Artinya engkau dengan Badan diri
Kalau aku menyebut aku
Maka adalah itu aku sendiri
Aku adalah engkau
Akan tetapi engkau bukan aku
Kita adalah dua
Walaupun satu tiada kenyataannya
Dirimu adalah diriku
Badanmu adalah Badan ku
Aku ada padamu
Dia dan aku
Dia berjalan aku pun berjalan
Kami bertemu di perjalanan
Sama sama berjalan
tetapi berlainan arah tujuan
Dia di kiri aku di kanan
Dia di luar aku di dalam
Dia berhenti aku pun berhenti berjalan
Seiring bertukar jalan.
Dia ingin hendak menemui aku
Di perjalanan kami bertemu
Dalam berjalan dia melihat aku
Di waktu dia berhenti maka hilang lah aku
Wahai insan yang hendak mencari aku
Aku selalu berada besertamu
Aku jauh dalam tangkapan mu
Pada hal aku sangat dekat padamu
Engkau dan Aku
Kalau engkau hendak menemui aku
Turutilah jalan ku jangan jalanmu
Jalanmu jalan nyata
Jalan ku jalan rasa
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Dan aku akan berjalan pula pada jalanku
Ushakan kita sejalan, engkau dan aku
Supaya tercapai yang di tuju
Kalau engkau mengatakan kita sejalan
Engkau harus dapat membuktikan
Bukti yang dimaksudkan
Ialah kesanggupan untuk menurutkan.
Engkau mempunyai keinginan
Aku mempunyai kesanggupan
Engkau di luar aku di dalam
Tempat mu di kiri aku di kanan
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Untuk menjumpai aku lebih dahulu
Dalam perjalanan kita bertemu
Engkau dan aku
Aku yang engkau jumpai diperjalanan
Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak buka haluan
Kerana disaat itu aku keluar engkau ke dalam
Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan
Berjalan pada jalanku
Berarti engkau besertaku
Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku
Aku yang selama ini terahsia bagi mu.

Engkau – Dia – dan Aku

Dia dan engkau bukan lah aku
Engkau dan dia sama bagiku
Sama sama hidup beserta aku
Yang selalu mendampingi ku
Satu di kiri satu di kanan
Masing masing melakukan tugas kewajipan
Biar siang atau pun malam
Selagi Hayat dikandung badan
Engkau yang selalu kekurangan
Berdampingan dengan dia yang berkelebihan
Dengan aku sebagai perantaraan
Untuk cukup mencukupkan
Engkau adalah tangan kiriku
Dia adalah tangan kananku
Aku adalah otakmu
Yang merencanakan segala sesuatu
Engkau pelaksana
Dia tenaga
Aku perencana
Satu sama lain kerjasama
Engkau – Dia – Aku dan Saya
Padaku ada engkau dan dia
Padamu ada aku dan saya
Aku engkau dan dia
Tinggal bersama saya
Saya adalah seorang manusia
Aku terkandung dalamnya
Dia adalah seorang hamba
Hamba si pengembara
Maka adalah saya
Terdiri dari engkau aku dan dia
Satu, tetapi sebenarnya tiga
Kalau dipelajari sampai ke dalamnya
Begitulah pemecahanku
Mempelajari akan keadaanku
Pemecahan yang menghadirkan pemisahan
Antara diri dan badan
Pemecahanku
Dalam perjalanan ku untuk mengenal diri
Aku melakukan pemecahan sendiri
Dengan tidak menghiraukan petang dan pagi
Asal tercapai maksud di hati
Maksud hati hendak mencari diri
Diri yang berdiri sendiri
Yang amat erat hubungan dengan peribadi
Yang orang mengatakan nya “suci”
Telah lama aku berjalan
Pagi petang siang dan malam
Suatu perjalanan yang ku lakukan
Dengan gerak dan menggerakkan
Gerak datang dari aku, yang menggerakkan dia
Yang bergerak ialah saya
Suatu pemecahan satu jadi tiga
Yang menghasilkan pemisahan antara aku dan dia
Yang bergarak saya
Termasuk aku dan dia
Aku yang memisahkannya
Yang telah dapat memisahkan antara badan dan dia
Aku dengan badanku nyata aku dengan diriku tidak nyata
Badan dapat diraba
Diri hanya dapat dirasa
Rahsia diri ialah rahsiaku
Peristiwa diri ialah peristiwa aku
Badan diri dan aku
Bunyinya tiga, nyatanya Satu
Nyatanya aku satu
Aku badan dan diriku
Keluar bersatu padu
Ke dalam banyak orang belum tahu
Aku dengan badan ku positif nyata
Aku dengan diriku negatif tidak nyata
Samakah aku yang nyata
Dengan aku yang tidak nyata
Aku dengan kenyataan ku jadi manusia
Aku dengan ketidak nyataku berada di dalamnya
Di alam fikiran tempat aku yang pertama
Di alam perasaan tempat aku yang kedua

Ketahuilah oleh mu wahai insan
Aku yang pertama ialah aku yang di hidupkan
Aku yang kedua ialah aku yang menghidupkan
Yang mana yang benar, cuba fikirkan
Siapa aku
Aku yang dihidupkan jadi seorang manusia
Aku yang menghidupkan adalah seorang hamba
Bertugas sebagai si pengembara
Mengaliri seluruh batang tubuhnya
Mula pertama manusia diciptakan
Dari tanah dijadikan badan
“Aku tiup "Roh" ku” katanya Tuhan
Oleh kerananya timbullah hamba kemudian
Hamba yang timbul kemudian
Berjalan mengaliri seluruh badan
Tiada henti hentinya pagi petang, siang dan malam
Melakukan tugas kewajipan
Kewajipan ialah menghidupkan
Oleh kerana itu makanya hamba ku berjalan
Berjalan menurut aliran
Selagi hayat dikandung badan
Dengan demikian teranglah sudah
Perjalanan seorang hamba Allah
Dan aku adalah:
Kata Tuhan “"Roh" ku”, kata ku: “rohullah”

SIAPA AKU

“Dia” memberiku “Hidup” Hidupku bergantung padanya, suatu pemberian dari Yang
Maha Pengasih. Maka hiduplah aku sebagai kekasih dari yang Maha Pengaseh. Dan hidupku terjamin. Jaminannya ialah : Dia menghidupkan Aku. Maka duduklah aku ditempatku. Dan semenjak itu berjalanlah kehidupan di dalam Badan diriku. Dan jadilah aku menjadi seorang manusia yang di hidupkan, siapa aku, Mau apa aku dan hendak
kemana aku?

Sebagai seorang manusia aku harus menjalankan kehidupan sendiri di perantauan ini. Ya memang aku seorang perantau, seorang pengembara

mengembara sebagai seorang “musafir”. Dalam perjalanan pengembaraan ku banyak sudah aku berbuat dan telah banyak pula telah aku lakukan. Ada kalanya perjalananku sebagai seorang tua berjalan dengan sebuah lentera atau lampu ditangannya yang sentiasa berjalan terus siang dan malam yang mana dengan lentera yang ada ditangan itu aku mendekati seseorang atau setiap orang yang aku temui, seolah olah ada sesuatu yang
aku cari. Yang anehnya biasanya seseorang memakai lentera pada malam hari, akan tetapi dalam perjalanan pengembaraan, aku memakainya bukan malam saja, juga siang hari, sehingga ada kalanya menjadi ejekan dan tertawaan orang orang yang melihat tindak laku perbuatan ku itu. Seolah olah mereka mereka itu mengatakan : “apa juga yang dicari orang tua itu, pada siang hari bolong, dia masih memakai lampu. Apa
Betulkah tindak laku perbuatanku itu ada mencari sesuatu???

Hanya yang tahu juga akan
dapat mengetahuinya. Dan aku akan mengatakan :
BERLAINAN PANDANGAN DAN PENGLIHATAN
Mereka mereka memandang dan melihatku dengan pandangan dan penglihatan zahir saja, sedangkan aku memandang dan melihatnya dengan apa yang padaku, seolah olah aku mengatakan :”inilah aku” sayang mereka tak mengerti dan tak tahu dan aku berjalan terus dan terus berjalan sebagai seorang musafir.
Ada kalanya tindak laku perbuatanku seolah olah memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam. Mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan yang mati
daripada yang hidup. Dan ini pun selalu aku lakukan terhadap badan diriku sendiri dan
diri orang lain. Akan tetapi aku bukan ayam yang mengeluarkan telur barang yang mati dan bukan pula mengeluarkan anak ayam barang yang hidup.

Maka adalah apa yang ku sebutkan di atas itu adalah hanya bayangan bagi orang yang
mahu tahu dan mengerti.

Siapa aku sebenarnya?

Aku ialah yang akan kembali ke HADIRATNYA dengan dijemput dan bukanlah yang
akan dikembalikan keasalnya dengan dihantar.

AKU

Aku duduk di tempat ku, tempat kedudukanku ialah terahsia bagi orang yang belum
tahu, kerana banyak orang yang belum kenal “aku”, jangan aku, akunya sendiri belum
dikenalnya. Betapa pula dia akan dapat mengenal aku yang sebenarnya.

Munkinkah aku ku dan akunya sama??

Terserah kepada orangnya yang akan menjawab. Akan tetapi aku akan mengatakan “tidak” kerana dia belum pernah mau mengenal aku. Apa yang dikenalnya selama ini hanya dunia luar bukan dunia dalam. Maksudku dia belum
dapat mengenal akan dirinya sendiri lebih mendalam.
Dia bergerak berdasarkan kenyataan, sedangkan aku bergerak berdasarkan dibalik
kenyataanku dan dari balik kenyataanlah titik tolakku. Aku orang dalam dan dia orang
luar, nyata benar perbedaannya dalam pendirian . dia menganggap dirinya yang nyata,
sedangkan aku menganggap diriku yang tidak nyata. Yang nyata bagiku ialah badanku
dan bukan itulah yang aku.
Aku berada di tempatku. Tempatku terahsia bagi setiap orang, amat beruntunglah
setiap orang yang dapat menemuiku yang terahsia itu. Dengan dapatnya menemuiku di
tempat ku maka banyaklah sesuatu yang dapat diketahui. Berjalan untuk menemui aku
adalah suatu perjalanan dari ada ketidak ada melalui yang tiada. Di “tiada”lah letak
rahsianya aku, kerana aku beradanya ditidak ada, artinya tidak ada pada kenyataan,
ada dalam sebutan, akan tetapi mustahil aku tidak ada, kerana kalau aku tidak ada, tidaklah ada erti kehidupan bagi tiap tiap diri. Dari itu makanya di katakan, aku ada dalam sebutan tak ada pada kenyataan. Dan itu maka letaknya rahsia diriku. Diri yang berdiri dengan sendirinya. Diri yang nagetif bagi badan yang positif. Maka untuk dapat
mengenal aku yang sebenarnya, iaitu aku yang ada dalam sebutan, akan tetapi tak ada
pada kenyataan, seseorang harus mengadakan suatu pemecahan yang menghasilkan suatu pemisahan antara yang satu dengan yang lain, antara diri yang negatif dengan badan yang positif atau antara yang zahir dengan yang batin, antara rohani dan jasmani, yang mana hasil dari pemecahan itu, betul betul seseorang dapat merasakannya, sehingga apa yang dikatakan negatif tadinya menjadi positif dan apa
yang positif tadinya dijadikan negatif.

Dengan berpegang kepada yang tadinya dianggap negatif dan dengan pemecahan
saperti tersebut diatas telah menjadi positif, maka terbukalah jalan kehidupan baru bagi
orang yang telah dapat menemuinya, suatu jalan yang mengandung daya daya hidup
lagi berisi dan dengan penelitian yang saksama serta dengan kemauan yang teguh
terbukalah jalan untuk dapat mengenalnya lebih mendalam. Jalan yang mengandung
daya hidup lagi berisi itu yang dapat dirasakan, adalah alilran dari diri di dalam iaitu aliran dari rohani sendiri yang tadinya selagi masih dalam keadaan negatif pada tangkapan kita, ruang geraknya terbatas pada bulu dan kulit kita dan pintu baginya untuk keluar tertutup.

Sekarang setelah dia menjadi positif, pintu baginya dengan sendirinya telah terbuka, maka dia telah bebas bergerak sampai
kuluar dari alamnya sendiri, tetapi tak lepas dari induk pangkalan.

Dimana beradanya aku???

Aku berada di suatu tempat yang kalau dikatakan jauhnya,
tidak jauh, dekat pun tidak. Kalau Nabi Musa mencari seorang Hamba Allah dengan
mendapat pertunjuk dari Tuhan, tempatnya di pertemuan permukaan laut, maka aku
dapat mengatakan bahawa adalah tempatku dipertemuan kiri dan kanan. Ini dapat ku katakan, setelah aku mendapat kebebasan, iaitu bebas bergerak. Dan semenjak
kebebasan ku perdapat, maka terbukalah jalan bagiku untuk lebih luas bergerak, kerana ruang gerakku tak terbatas lagi.
Siapa yang membebaskan aku??

Aku sendiri pun tak tahu siapa yang membebaskan aku. Setahuku aku telah bebas dengan sendirinya. Ini telah lama terjadi hanya aku
yang tak mengerti. Pengalaman pengalaman yang bertahun tahun dalam perjalanan
pengembaraanku. Lambat laun aku dengan beransur mulai mengerti. Mengerti pada
ke-aku-an ku. Kenyataannya jalan telah terbuka bagiku keluar dari alamku sendiri.
Kemanusiaanku yang lambat dapat mengerti padanya.l setelah kemanusiaanku dapat mengenal nya maka terasalah olehku akan kebodohan selama ini. Pengalamanku dalam praktik, hasilnya banya mengagumkan orang yang melihatnya, apa lagi bagi orang orang kebatinan yang melihat caraku tersendiri. Dan anihnya aku sendiri pun sangat heran kebolehanku itu. Pada perasaanku, segala sesuatu itu bukan aku yang berbuat, melainkan aku hanya menurutkan saja. Akan tetapi pada pandangan orang
lain, segala sesuatunya itu akulah yang berbuat dan menganggap ilmuku tinggi dan
dalam. Aku bukan bangga dan sombong oleh penilaian orang orang itu, melainkan aku sendiri pun asyik dan selalu memikirkan akan apa yang telah ada padaku itu.

Sebenarnya apa yang telah ada padaku itu??

Setahuku, ialah tiaptiap melaku kan sesuatu aku selalu besertanya. “dia” yang berbuat, aku hanya menurutkan, walaupun
hasilnya dibadan diriku yang menerimanya, apa yang kulakukan dengannya tak
ubahnya saperti perjalanan Nabi Musa menurutkan Nabi Haidir, yang mana Nabi Haidir yang berbuat dan Nabi Musa hanya menurutkan untuk mendapat pelajaran ilmu
pengetahuan dari padanya. Syaratnya ialah berjalan bersertanya harus SABAR.
Dalam pada itu belajar padanya. Menarik dan mempelajari dari perjalananku yang sudah sudah besertanya, dengan renungan dan menungan, dengan penelitian yang lebih mendalam, akhirnya dapatlah aku merasakan dan mengetahui, bahawa adalah
dia itu atau “nya” yang aku katakan saperti tersebut di atas, ialah “diriku sendiri”, iaitu
diri yang “dia” dengan rahsianya sendiri, selama ini tersembunyi bagiku. Terasa benar olehku akan kebodohanku selama ini, kerana sebagai seorang manusia, pandangan dan tangkapan ku selama ini selalu tertuju kepada yang di luar dari badan diriku sendiri, sedangkan dia tanpa ku sedari telah bangkit dan timbul beserta aku. Ini dapat ku katakan, setelahnya aku dapat merasakannya secara positif dan semenjak itu
terbukalah jalan bagi ku untuk dapat mengenalnya lebih mendalam dan banyaklah
sudah rahsia rahsianya yang telah ku ketahui untuk dapat dimanafaatkan bagi badan
diriku sendiri, bagi masyarakat dan juga bagi dunia ilmu pengetahuan.

“Dia” telah memancar dari dalam batang tubuhku sendiri menurut saluran saluran
tertentu yang aku sendiri telah dapat merasakannya. “Dia” berasal dari Zat Hidup dan
bukan dari benda yang mati. Dan itulah pula “Dia” aku yang sebenarnya “Aku”. “Dia”
dengan rahsianya tersembunyi letaknya di dalam batang tubuhku. Dan semenjak aku
telah dapat menemui diriku sendiri dengan segala rahsianya yang tersembunyi itu, semenjak itu pula “Dia” lah yang aku kemukakan beserta rahsianya yang telah ada ditanganku.

Maka adalah “Aku” orangnya yang akan kembali ke Hadiratnya dan bukanlah yang
akan dikembalikan keasalnya, iaitu ke tanah. Dan Rahsianya telah menjadi Rahsiaku.

DEMIKIANLAH ADANYA DAN DEMIKIANLAH PULA KE-ADA-AN-KU

Ke-aku-an-ku dan pengakuan-ku
Ke-aku-an-ku tidak sama dengan aku nya orang lain. Apalagi orang kebanyakan. Dan
tidak pula saperti orang yang berakuan sebagai orang memasukan atau kesurupan,
yang mana tidak sedar bilamana akunya tiba. Aku-ku tetap “aku”, iaitu “Aku dari yang Maha Pengasih. Ini dapatku ketahui, setelah aku dapat mengenal dan menemui diriku sendiri dengan rahsianya yang tersendiri pula, sehingga dapat pula aku mengenal yang mana “aku” yang sebenarnya, dan adalah perjalananku semenjak aku dapat menemuinya ialah : “Mengadakan Pengakuan Untuk Mendapat Pengakuan”
Pengakuanku ialah :Tiada Tuhan yang lain, melainkan Allah dan Muhammad Rasul Allah
Demikianlah adanya
Ashhaduanlailahaillaalah – Waashaduanna Muhammad Rasul Allah.