Wednesday 27 May 2015

JANGAN DUDUK PERASAN

JANGAN DUDUK PERASAN

Sedang merasa rasa yang dirasa bermakna sedang menyaksikan apa yang sedang dirasa itu......

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Selagi tidak menyebut Allah sebanyak-banyak ketika sedang merasa rasa yang dirasa dengan sebulat tumpuan itu, tidak akan berlaku pengakuan bahawa yang sedang dirasa itu adalah Allah..

Jika kita mengaku-ngaku rasa yang sedang dirasa itu adalah Allah, tanpa menyebut Allah sebanyak-banyaknya, tidak akan berlaku pengakuan apa yang sedang dirasa itu adalah Allah tetapi akan terperasan rasa Allah yang sedang dirasai sebagai diri sendiri itulah Allah...

Selagi belum melaksanakan perintah Allah didalam firmanNya

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Selagi itu tidak akan hilang rasa ada diri sendiri.

Kita kata dan kita tahu rasa yang sedang dirasa itu adalah Allah.

Kata-kata kita itu benar berdasarkan kepada ilmu pengetahuan yang diketahui iaitu rasa yang dirasa itu adalah rasa Allah... Tetapi didalam masa yang sama rasa ada diri sendiri tidak lenyap didalam rasa yang dirasa itu kerana belum lagi berlaku pengakuan apa yang sedang dirasa itu adalah Allah, cumanya kita mengaku-ngaku sahaja yang sedang dirasa itu adalah Allah... 

Mengaku-ngaku berdasarkan kepada ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dan diketahui.... Iaitu rasa yang sedang dirasa itu adalah rasa Allah tetapi didalam masa yang sama rasa yang sedang dirasa itu tetap sedang dirasa sebagai ada diri sendiri bukan sedang berada didalam keadaan Allah sedang merasa ada Allah..

Kita mengatakan dan mengaku-ngaku rasa yang sedang dirasa itu adalah rasa Allah adalah berdasarkan kepada apa yang telah dipelajari dan kepada apa yang telah diketahui....

Apa yang telah diperkatakan itu adalah benar, tetapi apa yang telah kita lakukan iaitu didalam masa yang sama tidak akan hilang rasa ada diri kita sendiri.. Sebab belum lagi berlaku pengakuan rasa yang sedang dirasa itu adalah Allah kerana tidak menyebut Allah sebanyak-banyaknya diketika sedang merasai apa yang sedang dirasa itu..

Sebenarnya didalam firman Allah 

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Ada mempunyai HIKMAH YANG TERSEMBUNYI IAITU AKAN BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG ALLAH ITU ADALAH ALLAH TANPA PERLU MENGAKU-NGAKU.

Cukup dengan rasa apa yang sedang dirasa dengan sebulat-bulat tumpuan dan diketika yang sama sebutlah Allah sebanyak-banyaknya akan berlakulah penyaksian dan pengakuan yang Allah itu adalah Allah dengan tersendiri...

Setiap daripada badan diri sendiri mesti melakukan sendiri salah satu jalan dan cara dari pelbagai jalan dan cara yang telah dijelaskan oleh Allah didalam Al-Quran

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Selagi setiap badan diri sendiri belum melakukan jalan dan cara seperti yang Allah memberi penjelasan didalam Al-Quran selagi itulah setiap badan diri sendiri perasan bahawa apa yang sedang diperkatakan berdasarkan kepada ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dan diketahui itu telah diakui sebagai iktiqad dan pegangan tauhid setiap badan diri masing-masing tanpa perlu melakukan sebarang jalan dan cara tetapi cukup dengan mengaku-ngaku sendiri...

Didalam masa yang sama rasa ada diri sendiri tidak akan hilang dari rasa yang sedang dirasai...

Apa yang diperkatakan (rasa itu adalah rasa ada Allah) itu benar, tetapi apa yang sedang dilakukan tidak benar sama sekali kerana sedang merasai rasa ada diri sendiri lagi..

Allah telah berfirman

 
61.Surah Aş-Şaf (Verse 2)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

61.Surah Aş-Şaf (Verse 3)
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

PERASAN......

10.Surah Yūnus (Verse 36)
وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّاۚ إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًاۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

10.Surah Yūnus (Verse 66)
أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِۗ وَمَا يَتَّبِعُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ شُرَكَاءَۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.

53.Surah An-Najm (Verse 28)
وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

MENURUT SANGKAAN SEMATA-MATA, MALAH BERDUSTA


6.Surah Al-'An`ām (Verse 114)
أَفَغَيْرَ اللَّهِ أَبْتَغِي حَكَمًا وَهُوَ الَّذِي أَنزَلَ إِلَيْكُمُ الْكِتَابَ مُفَصَّلًاۚ وَالَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْلَمُونَ أَنَّهُ مُنَزَّلٌ مِّن رَّبِّكَ بِالْحَقِّۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

(Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.

6.Surah Al-'An`ām (Verse 115)
وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًاۚ لَّا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.

6.Surah Al-'An`ām (Verse 116)
وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut 
melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.