LAILATUL QADAR
Apakah erti Laikatul Qadar ?
Mengikut pengertian bahasa perkataan laila bermaksud malam. Manakala perkataan Qadar pula bermaksud mubarokatin (keberkatan) atau saat yang diperingati. Jika kedua-dua perkataan itu digabungkan, ianya maksud Lailatul Qodar iaitu malam keberkatan atau malam yang diperingati.
Mengikut tafsiran ilmu makrifat perkataan Laila merujuk kepada jahil, manakala perkataan Qadar pula merujuk kepada berilmu (alim). Jika kedua-dua perkataan itu digabungkan, ianya membawa maksud iaitu dari bersifat seorang yang jahil kembali bertukar kepada seorang alim yang berilmu.
Iaitu terbuka hijab pintu hatinya daripada seorang yang tidak mengenal Allah ianya berubah krpada seorang yang mengenal Allah swt.
Saat mengenal Allah itulah yang dikatakan saat keberkatan dan saat-saat yang tidak akan dapat dilupakan buat selama-lamanya.
Ianya juga membawa maksud, daripada suasana gelap dzulmat, hitam kotor, dan jahil fasiq hatinya dari ilmu makrifat bertukar kepada suasana yang gemilang sirna cahaya keberkatan yang amat terang benderang hatinya setelah mendapat ilmu mengenal Allah.
Daripada bersifat jahil bertukar kepada sifat mengenal dirinya dan bertukar kepada mengenal Allah. Dari asalnya bersifat fasiq (tidak mengenal Allah), kini bertukar dan berubah kepada seorang yang bersifat alim (mengenal Allah). Inilah pengertian malam LIlatul Qadar yang sebenar.
Kebanyakkan dari kita, bila sebut sahaja malam Lailatul Qadar yang mereka ingat hanya keajaiban pada bulan ramadhan. Seumpama perigi yang kering akan menjadi penuh (melimpah). Pokok kayu-kayan akan jadi tunduk (rebah) menyembah bumi, angin dan burung yang sedang berlalu, akan jadi berhenti dan sebagainya. Sedangkan intisari daripada maksud Lailatul Qadar itu, sebenarnya bermaksud dari sifat seorang yang buta mata hatinya bertukar kepada cerah mata hatinya kerana memandang dan mengenal Allah.
Menurut Asy Sya'rani, menterjemahkan erti dan makna Lailatul Qadar itu sebagai "SUASANA HATI"
Berkata lagi beliau ;-
"Apabila engkau ingin hatimu hidup, iaitu hidup yang tidak ada mati sesudahnya lagi, maka keluarlah engkau dari menyandarkan harapan kepada makhlok. Matikan hawamu dan irodatmu. Diwaktu itulah engkau mulai akan diberi oleh Allah hidup yang sejati, hidup yang tidak ada mati sesudahnya lagi. Pemberian yang tidak ada henti-hentinya lagi. Lalu diangkat nilai engkau dalam hati hamba-hambanya. Sehingga engkau tidak akan sesat untuk selama-lamanya."
Apakah erti hidup yang tiada mati sesudahnya ?
Erti hidup yang tiada mati itu, adalah merujuk kepada ilmu mengenal Allah. Sesudah kita berjaya sampi kepada tahap ilmu mengenal Allah, ilmu itu akan tetap hidup di dalam hati-hati kita untuk selama-lamanya, yang tidak akan ada kesudahannya. Dan tidak akan pernah padam dan terhapus dari ingatan hati kita buat selama-lamanya.
Wajah Allah inilah yang akan kita bawa sampai kehari kiamat dan hari mengadap Allah Ta'ala. Apabila kita telah berjumpa dengan ilmu mengenal Allah, ingatan hati kita kepada Allah tidak akan pernah terlupus, walaupun sesaat, walaupun ketika jasad sedang tidur.
Sesudah kita mengenal Allah (Mendapat Lailatul Qadar) iktikad atau pegangan hati kita, akan berubah sepenuhnya, daripada bersifat gelap kepada terang, daripada bersifat mati hati bertukar kepada hati yang sentiasa hidup. Yang tetap hidup tiada mati itu, adalah ingatan kita kepada Allah, ianya akan tetap hidup dihati kita, yang tidak akan ada matinya, bukan bermakna tidak mati jasad, tetapi tidak mati ingatan kita kepada Allah. Bagi yang mendapat Lailatul Qadar ia juga tidak akan sesat selamanya.
Apabila ingatan kita kepada Allah tidak pernah mati dan tidak pernah padam, disitulah segala kebesaran Allah, akan dapat kita miliki dan menjiwainya dengan penuh pengertian. Pengertian itu nantinya akan terzahir keluar, sehingga melimpah ruah. Rasanya seumpama kita ini kaya, yang kekayaannya itu, tidak akan menemui jalan kemiskinan.
Kelazatan zuk yang tidak pernah menemui jalan luntur. Iaitu kaya dengan sifat sabar, taat, patuh, tawakal, takwa dan sebagainya. Prmberian kekayaan seumpama itu, akan berterusan dan berpanjangan hidupnya didalam hati-hati kita, selagi akal masih bersifat waras kepada Allah.
Inilah intisari maksud Lailatul Qadar yang sebenar-benarnya. Perjalanan dari bersifat gelap menuju kepada yang bersifat terang. Dari bersifat mati ingatan bertukar kepada bersifat ingatan kepada Allah sentiasa hidup.
Apabila ingatan kita kepada Allah sentuasa hidup, ingatan kepada makhlok, dengan sendirinya sjan mati dan terpadam. Mati hawa nafsu, mati kehendak dan mati keinginan selain Allah. Mati harapan kepada makhlok, bertukar harapan kepada Allah. Daripada bersifat sayangkan makhlok, menuju kepada bersifat sayangkan Allah.
Menurut Jalaluddin Rumi pula menterjemahkan Lailatul Qadar itu sebagai "DIRI YANG TELAH TERJUAL"
Berkata lagi beliau :-
"Allah telah membeli jiwa kita, untuk Dia, Bayarannya adalah syurga. Sebab itu tidak seorang pun yang dapat membelinya dan menawarnya sampai akhir zaman. Suatu barang yang tidak boleh dijual dua kali"
Bagi yang mendapat Lailatul Qadar, diumpamakan dirinya telah terjual dan telah tergadai kepada Allah. Setelah kita serahkan dan mengembalikan diri kita kepada Allah. Ianya tidak boleh lagi diambil balik. Setelah pertama kali dijual, ia tidak boleh dijual buat kali kedua.
Inilah kedudukan iktiqad atau pegangan hati orang makrifat, ysng tidak ada duanta berbanding Allah. Sekali kita berserah diri kepada Allah, jangan hendaknya berpatah balik. Pupuklah hati supaya buah tawakkal dan buah berserah boleh bercambah dengan subur.
Bagi yang mendapat anugerah Lailatul Qadar, jiwa dan raganya telah dibeli Allah. Setelah dirinya dibeli Allah tidak ada maklok lain lagi yang dapat membelinya lagi selain dari Allah. Walaupun dibeli dan ditukar ganti dengan pangkat besar, rumah besar, kereta mewah dan kekayaan wang ringgit. Allah tidak akan menjualnya semula kepada makhlok, walaupun dengan harga yang mahal.
Begitu juga dengan mereka yang mengenal Allah ( yang mendapat anugerah Lailatul Qadar ) mereka tidak akan berpaling lagi dari Allah. Walaupun didatangi msibah, penyakit, kemiskinan dan kepayahan hidup, mereka tidak akan berpsling dari berserah diri dsn bertawakkal kepada Allah.
Tidak ada lagi erti kecewa dan erti penyesalan dihati mereka yang mengensl Allah. Hatinya kepada Allah tetap utuh dan tidak mudah terpesong dengan kekayaan dan kemewahan. Mereka sedar bahawa, yang diri mereka itu, telah dibeli Allah dan kita pula telah menjualkannya kepada Allah.
Akad jual beli diantara kita dengan Allah telah dikira selesai. Segala sifat, kelakuan, asma', dan zat yang mendatang di atas diri kita ini, dianggap telah terjual dan bukan lagi menjadi milik kita.
Semua sifat yang mendatang telah dianggap seumpama anugerah dari Allah kepada kita, kita ini tidak ubah selaku pelakon, yang cuma sekadar melakonkannya sahaja, dari apa yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Oleh itu terimalah segalanya dengan ucapan terima kasih. Inilah erti dan pengertian Lailatul Qadar menurut kaca mata ilmu makrifat.
Kita sebenarnya telah mati dan telah menjual sifat perangai, sifat jasad, sifat nama, dan sifat zat kita kepada Allah. Jual sifat ego, sifat marah, tinggi diri, dengki, tamak harta dunia, menyesal, putus asa, dunia, akhirat, dan sebagainya. Kita serah segala-galanya ke atas kebijaksanaan Allah, Allahlah yang menentukan dan mengaturkan kehidupan kita.
Firman Allah :-
97.Surah Al-Qadr (Verse 4)
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
"Pada Malam itu, turun malaikat dan roh padanya, dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa dari tiap-tiap perentah"
Roh kita telah ditugaskan bagi membawa perintah Allah. Diantara perintah itu adalah supaya roh membawa segala sifat anggota pancaindera, perangai yang dilakukan oleh anggota, nama yang dipanggil kepada anggota dan zat roh itu sendiri, supaya dapat dikembalikan semula hak Allah kepadanya.
Bermulah Lailatul Qadar itu, adalah disaat diri kita dijual dan diserahkan kembali kepada Allah. Dengan ini jugalah bermulanya sejarah diri (roh) kita telah dibeli dan terjual kepada Allah. Iaitu disaat kita mengenal roh dan mengenal Allah.
BILAKAH MASA BERLAKUNYA LAILATUL QADAR ?
Mengikut setengah golongan masyarakat, ada yang mengatakan bahawa, masa berlakunya malam Lailatul Qadar itu pada malam 27 Ramadhan. Ada pula yang mengatakan pada malam 17 Ramadhan dan ada pula yang mengatakan 10 malam terakhir Ramadhan.
Mengikut pandangan ilmu makrifat, bila masa, bila tarikh, dimana tempat dan kepada siapa ianya berlaku, sedikit pun tidak menarik perhatian dan menajadi keutamaannya. Sesungguhnya Lailatul Qadar itu boleh berlaku pada bila-bila masa, pada sebarang tempat dan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Allah swt.
Tidak semestinya pada tanggal-tanggal seperti tersebut. Apababila sampai masa dan ketikanya, hati seseorang itu akan dibuka Allah untuk menerima kesedaran yang luar biasa (Lailatul Qadar), ianya tidak kira tarikh atau haribulan. Ianya ditentukan bilamana kita mengenal Allah, tidak kiralah melalui apa cara sekalipun.
Masa dan tarikh berlakunya Lailatul Qadar itu apabila bertukarnya hati seorang yang jahil, kepada seorang yang berilmu mengenal Allah. Itulah yang dikatakan masa dan tarikh Lailatul Qadar. Inilah yang dikatakan hari keberkatan dan hari yang diperingati ( Lailatul Qadar ). Bagi ahli makrifat tidak ada hari yang lebih berkat dan lebih diperingati selain dari masa, tarikh, dan hari mereka dapat mencapai tahap mengenal Allah swt.
Inilah yang dikatakan hari barokah, hari yang diperingati, hari terang benderang seumpama hari seribu bulan. Itulah hari Lailatul Qadar yang sebenar. Menurut suluhan dan takrifan makna ilmu makrifat. Malam Lailatul Qadar itu akan muncul bukan sahaja pada waktu bulan Ramadhan, bukan hanya tertuju kepada malam 7 likur, atau malam 27 atau malam 17 Ramadhan sahaja. Tetapi Lailatul Qadar itu, akan berlaku pada bila-bila masa yang dikehendaki Allah swt. Tidak kira siang atau malam, tidak kira bulan atau tahun. Tertakluk kepada Allah Yang Maha Berkuasa kepada sesiapa yang dikehendakinya.
BOLEHKAH PERISTIWA LAILATUL QADAR MERUBAH HATI SECARA TIBA-TIBA ?
Lailatul Qadar boleh berlaku bila-bila masa, samada semasa menunaikan ibadah sembahyang, sedang mendengar syarahan guru, sedang berjalan, bertafakur, bermunajat, menadah tangan, bangun tidur, didalam tidur, ketika sedang menangis, dalam keadaan rasa penyesalan, semasa berada di dalam kurungan penjara, semasa sedang suka dan sebagainya.
Ada setengah dari mereka, mencapai Lailatul Qadar ketika mengikuti usungan jenazah ke kuburan, sewaktu mencari rotan di dalam hutan belukar yang sunyi, ada yang mencapainya ketika sedang membaca kitab suci Al-Quran, ada melalui musibah yang menimpa dan ada melalui berbagai-bagai cara. Terpulang kepada masa, tempat dan siapa yang dikehendaki Allah swt.
Tidak kurang pula yang mendapat Lailatul Qadar itu, semasa mengerjakan ibadat puasa, sewaktu bersembahyang malam, sembahyang hajat dan sewaktu bermunajat di malam hari ketika orang sedang nyenyak tidur. Tidak menjadi kesalahan mendapat Lailatul Qadar dengan cara ibadah seumpama diatas, malah digalakkan dalam islam. Tetapi jangan sampai ianya dijadikan satu kemestian turunnya Lailatul Qadar. Harus di ingat bahawa pekerjaan ibadah tidak menjanjikan datangnya Lailatul Qadar. Perbuatan ibadah itu hanya salah satu kaedah datangnya Lailatul Qadar.
Ibadah adalah kewajipan biasa, bukannya pekerjaan yang luar biasa walaupun bertahun beribadah di dalam gua ditengah-tengah hutan belantara sekalipun, jika tidak melalui ilmu mengenal Allah, tidaklah ia mencapai Lailatul Qadar. Lailatul Qadar itu hanya akan berlaku apabila hati seseorang mencapai tahap mengenal Allah. Bilamana sampainya kehendak Allah menganugerahkan Lailatul Qadar kepada seseorang, dengan hanya mendengar sepotong ayat sahaja sifat kerohaniannya akan berubah secara tiba-tiba.
Malam Lailatul Qadar juga lebih dikenali sebagai malam seribu bulan. Seribu bulan itu, bermaksud terang benderang, seumpama malam yang gelap gelita, telah diterangi, disuluh dan telah ditemani oleh seribu biji bulan, cuba bayangkan betapa terangnya bumi ini, apabila ianya diterangi dan disuluh oleh seribu biji bulan. Begitulah terangnya hati mereka yang mendapat cahaya Lailatul Qadar Allah. Dengan hanya membaca sepotong ayat dari ayat-ayat Allah, barokahnya (berkatnya) seumpama hati kita telah diterangi dan disuluh oleh seribu bulan.
Cuba bayangkan nilaian kematangan akal semasa berumur satu tahun, dibandingkan akal mereka yang berumar seribu tahun. Inilah kelebihan dan kematangan akal bagi yang mendapat malam Lailatul Qadar (malam 1000 bulan). Secara tiba-tiba boleh mengubah akal yang jahil dalam sekelip mata kepada akal yang berilmu, mengenal Allah.
Begitulah nilai terangnya hati mereka yang mendapat anugerah Lailatul Qadar. Dari bersifat lalai akan bertukar kepada yang bersifat ingat kepada Allah. Dari berilmu syari'at, akan bertukar kepada hati yang beriilmu makrifat. Bagi mereka yang buta mata hatinya, walaupun dengan kehadiran seribu bulan dan sejuta bintang sekalipun, akal dan hati mereka akan tetap berada dalam kegelapan.
Manakala bagi mereka yang mengenal Allah (mendapat anugerah Lailatul Qadar), walau alam tidak diterangi bulan dan tidak diterangi matahari sekalipun hati mereka sudah cukup terang oleh cahaya Allah (cahaya makrifat kepada Allah). Inilah pengertian Lailatul Qadar mengikut suluhan makrifat.
CERITA: SAIDINA UMAR AL-KHATHAB
Pada zaman Rasulullah saw, ada seorang hamba Allah yang terkenal dengan ganas dan bengisnya, telah pergi untuk membunuh Baginda Rasulullah. Di dapati adik perempuan kandungnya dan suaminya sendiri telah memeluk islam secara diam-diam, bertambah marah dan lebih membakar hatinya untuk membunuh Baginda Rasulullah.
Beliau telah mendatangi rumah adik perempuannya dengan tujuan untuk mencari Baginda Rasulullah, bila tiba kerumah adik perempuannya, didapati adik dan suaminya, sedang membaca sesuatu. Beliau cuba merampasnya dengan tujuan ingin membuang potongan bacaan itu, tetapi dihalang oleh adiknya, sehingga beliau terpaksa bersikap kasar dengan menampar pipi adiknya sehingga terjatuh. Dengan terjatuh adiknya tadi, sehingga terlepas cebisan potongan ayat dari genggamannya. Lalu dirampasnya dan dicubanya untuk membaca.
Setelah membaca, beliau pun menangis, bergenang air mata, bercucuran jatuh membasahi pipinya. Secara tiba-tiba didatangi suasana yang luar biasa, dari menangis bertukar baik, dari panas bertukar sejuk dan dari jahil bertukar alim. Dalam masa sesaat, suasana telah berubah dan mengubah hatinya yang gelap itu, seumpama diterangi oleh seribu bulan. Dengan hanya sepotong ayat sahaja, telah membuka hatinya secara mendadak, daripada hatinya bersifat panas, kini kembali bertukar menjadi sejuk.
Ayat itu telah meresap ke dalam lubuk dada yang membuatkan hatinya berubsh secara tiba-tiba. Lalu beliau bertanya "Dimana Muhammad sekarang?" bawa aku kepadanya! "Aku akan masuk Islam" Itulah kidah Saidina Umar Al-Khathab. Saidina Umar merasa hatinya telah dipukul oleh ayat berkenaan. Inilah hakikat Lailatul Qadar, yang membawa perubahan mendadak, kenikmatan dan keberkatan secara tiba-tiba bagi menggambarkan dan menunjukkan maksud Lailatul Qadar yang sebenar.
Dengan hanya sekelip mata, beliau sudah dapat merasai dan menikmati keberkatan Lailatul Qadar, sudah dapat mengubah sifat kerohaniannya. Inilah yang dikatakan hari Lailatul Qadar, iaitu hari yang diperingati. Hari yang indah dan saat-saat yang paling bersejarah yang paling diingati dalam kehidupan seseorang insan menuju Allah.
Selepas seseorang insan yang mendapat hidayah malam seribu bulan, perubahan iktikadnya dan perubahan pegangan ilmunya terhadap Allah Taala tidak akan terluput lagi. Bagi yang mendapat ilmu itu, tidak akan terlepas lagi buat selama-lamanya. Tidak akan terjual lagi buat kali keduanya. Sekali diri kita mengenal Allah, kita tidak akan kembali lagi kepada sifat jahil. Apabila diri kita tidak lagi bersifat jahil, disitulah wajah Allah akan dapat kita pandang dan lihat pada segenap penjuru alam.
Sekali kita memperolehinya, tidak akan menoleh kebelakang lagi, akan digenggam ilmu itu erat-erat, biar nyawa dipisahkan dari jasad, namun terlepas atau dilepaskan tidak sekali-kali. Inilah kuat dan teguhnya hati mereka-mereka yang mendapat keberkatan Lailatul Qadar (Ilmu mengenal Allah). Ingatannya kepada Allah, seumpama akan hidup untuk selama-lamanya, yang tidak akan menemui jalan mati sesudahnya.
Saturday, 16 June 2012
GERAK ROHANI
GERAK ROHANI
Kebanyakkan dari kita, tidak faham apa itu gerak rohani. Gerak rohani itu adalah gerak hati halus. Ada setengahnya menggelarkan nya sebagai gerak semangat (gerak rasa). Ada setengahnya pula memanggil dengan nama gerak naluri. Biar apa pun yang dipanggil atau yang digelar, sesungguhnya gerak rohani adalah merujuk kepada gerak roh.
Ada yang mengatakan gerak rohani boleh berlaku hanya dengan zikir atau doa yang mendayu-dayu, yang boleh mendatangkan keasyikkan. Apa lagi bila doa dan jampi serapah itu kadang kala boleh menyembuh kan penyakit yang tidak boleh diubati oleh doktor pakar. Ada sesetengah pula mengatakan yang rohani itu, bilamana kita bertorikat, seumpama torikat ahmadiah, muhammadiah, qodariah, jabariah, wahbi, ahli sunnah wal jamaah dan sebagainya.
Ada pula yang mengatakan bahawa rohani boleh tercapai hanya melalui beribadah sahaja. Tidak kurang pula ada yang dikatakan datangnya hanya dari guru tertentu, Maka taksublah mereka kepada guru sehingga menghalalkan cara untuk mencapai tujuan.
Tidak kurang pula ada yang mengatakan bahawa gerak rohni itu bid'ah, iaitu hal yang tidak ada contohnya di zaman Nabi atau para sahabatnya. Yang akhirnya membuatkan kita tercari-cari, tertanya-tanya dan dalam kebingungan. Apakah itu rohani ? Padahal perkara rohani atau pekerjaan rohani, berlaku pada diri kita setiap hari, masa, saat dan pada setiap ketika. Pekerjaan rohani itu, sedang mengalir, sedang meliputi jasad dan sedang menggerakkan tubuh badan kita, tanpa kita sedari dan tanpa boleh ditahan-tahan atau disekat-sekat.
Seperti apa yang berlaku dalam proses tumbesaran hidup kita. Sedari didalam perut ibu, kita tidak pernah memikirkan tentang pembesaran. Tanpa memikirkan soal makan dan minumpun kita semakin hari semakin membesar, sehinggalah kita lahir ke dunia.
Dari sekecil tapak tangan, sehinggalah sebesar sekarang ini, proses pembesaran itu berlaku tanpa kita sedari. Potong kuku minggu lepas, kelihatannya hari ini panjang lagi. Potong rambut bulan lepas, ternyata hari ini panjang lagi. Semua itu tidak kita minta dan sedikit pun tidak terlintas difikiran kita, ianya berjalan dan berlaku secara rohani.
Manakala yang kita minta, pohon dan yang kita fikir hampir separuh mati, ianya tidak berlaku dan tidak terjadi sebagaimana dihajati. Sekiranya kita berfikir untuk menjadi kaya, ternyata hari ini, kita masih lagi dalam berkeadaan miskin. Sedangkan proses pembesaran pada tubuh badan kita tetap akan berlaku. Sekalipun akal kita tidak pernah memikirkan nya. Itulah ertinya "ROHANI" atau pekerjaan rohani (pekerjaan roh)
Begitu juga dalam proses pernafasan (keluar masuknya nafas), denyutan nadi, degupan jantung, semua itu adalah hasil dari gerak kerja anggota rohani, bukannya digerak oleh pekerjaan akal. Akal tidak mampu untuk menghentikan denyutan jantung, akan tidak boleh mendenyutkan nadi atau menahan daya pernafasan. Semua uni tidak mungkin berlaku, tanpa gerak rohani. Hanya rohani sahaja yang dapat memberhentikan rohani.
Yang menggerakkan kita adalah diri rohani dan yang mematikan kita, adalah juga rohani. Pekerja rohani, boleh berlaku dan boleh bekerja semasa secara serentak. Bila kita tidur, telinga dan seluruh anggota termasuk akal kita juga turut tertidur. Sungguhpun begitu, bilamana ada orang datang memanggil nama kita sewaktu kita tidur, kita masih boleh mendengar dan terjaga. Begitu juga bilamana kita terasa hendak terkencing malam, walau jam menunjukkan pukul dua atau tiga pagi sekalipun, kita akan terjaga untuk membuang air kecil, walhal tidak ada kuasa akal untuk menggerak atau mengejutkan kita dari tidur untuk tujuan membuang air kecil.
Perkara-perkara seumpama itu, semuanya diluar kotak pemikiran akal. Ini adalah yang dikatakan gerak rohani dan itulah yang dikatakan "PEKERJAAN ROH". Rohlah rohani kita, nyawa kita, nafas kita, nadi kita, jantung kita dan itulah rohani. Yang mengawal dan menjaga kita sewaktu kita tidur mahupun semasa kita jaga.
Hanya segelintir sahaja yang tahu untuk memerhatikannya. Rohani itulah roh kita dan itulah juga sebenar-benar diri kita yang hakiki. Setelah diri memiliki kekuatan gerak secara rohani (gerak rohani secara semulajadi) pancaindera kita telah menjadikan lupa kepada asal usul gerak.
Membuat kita menjadi lupa kepada diri kita yang sebenar. Akal dan sifat anggota zahir kita itulah, sebenarnya yang telah melupakan kita kepada perjanjian dianrara roh dengan Allah Ta'ala. Diketika awal kejadian dulu.
Tidakkah diawal kejadian kit "ROH" telah berjanji dihadapan Allah Ta'ala itulah Tuhannya. Allahlah Tuhan kepada sifat mata, telinga, mulut, hidung, kepala, tangan dan kaki. Tetapi kenapa selepas zahir anggota pancaindera kealam nyata ini, membuatkan kita jadi lupa kepada janji-janji itu. Mana janji-janji itu ?
Segala kelengkapan anggota 7 yang kita miliki ini, sebenarnya merupakan rahmat kasih Allah. Kasih Allah itu "BOLEH BERUPA" sebagai rupa tangan, kaki, hidung, mata, pokok, binatang, gunung, langit, bumi dan sebagainya.
Kasih Allah boleh dirupa, dizahir, dinyata dan dipamerkan dengan berbagai-bagai rupa bentuk. Anggota kita itu, adalah sebenar-benarnya rahmat Allah, begitulah seterusnya.
Rupa bentuk jasad (tubuh badan) ini, adalah juga bagi mempernampakkan kasih Allah. Kasih Allah itu boleh berupa perintah, larangan, suruhan, teguran atau tegahan. Itulah maknanya kasih Allah, meliputi sekalian alam, termasuk diri kita dan alam semesta.
Jika kita tahu untuk membinasakan seluruh sifat makhlok, dengan menggantikan dengan sifat kasih Allah, disitu kita akan dapat melihat meliputinya Allah. Jika kita tahu untuk membinasakan sifat binatang atau sifat pokok, di situ kita akan dapat melihat meliputi nya Allah, melaluinya. Sekiranya kita tahu untuk membinasakan diri kita sendiri, di situ kita akan dapat melihat kasih Allah yang nyata pada diri kita. Makhlok itulah kasih Allah.
Sekiranya kita tahu untuk menggantikan sifat anggota denan perkataan "KASIH ALLAH" maka jadilah kita " KEKASIH ALLAH". Sifat diri kita hanya sekadar "PEMEGANG AMANAH KASIH" Allah. Kasih Allah itu adalah suatu perkara yang tidak dapat dikualiti atau dikuantitikan.
Kualiti dan kuantiti kasih Allah itu adalah jasad diri kita. Jasad kita itu adalah sebahagian kasih Allah, bilamana diri kita merupakan sebahagian dari kasih Allah, bermakna diri kita juga tidak boleh dikuantiti atau di kualitikan lagi dengan sifat ! Malainkan binasa ! Setelah binasa jasad, barulah kasih kasih dan kekasih Allah itu, dapat kita lihat dengan kuantiti dan kualiti Allah.
Di kerana itu, fahamlah bahawa sesungguhnya diri kita itu, sebenarnya adalah kasih dan rahmat Allah. Setelah terlihat rahmat dan kasih Allah, maka terleburlah dengan sendirinya sifat diri ! Setelah terleburnya diri, maka disitulah kasihnya Allah itu berkekalan selamanya pada pandangan hati !
Kasih gagah dan kasih kuat yang Allah pamer dan perlihatkan pada tangan kita, telah disalah anggap, dengan beranggapan bahawa, gagah dan kuat itu milik dan kepunyaan kita. Bila kita anggap gagah dan kuat adalah pada anggota tangan, itulah makanya kita gunakannya untuk bergaduh, mencuri, memukul orang dan sebagainya.
Mengaku pertolongan yang dihulur melalui melalui anggota tangan itu, datangnya dari kegagahan dan kekuatan kita. Setelah segalanya disangka datangnya dari diri kita sendiri, itulah makanya kekuatan rohani yang didatangkan oleh Allah itu, tidak lagi terlihat dan tidak lagi terpandang oleh kebanyakkan kita. Inilah yang menghijab cahaya nur roh Allah, dari penglihatan hati, sehingga tidak terpandang oleh kebanyakkan kita.
Ingat, ingat dan ingatlah bahawasanya kita ini sekadar memegang "AMANAH KASIH" dan " AMANAH SAYANG" Allah. Dengan cara itu, semoga boleh membuatkan kita sentiasa ingat kepada tuan yang kuasa (tuan yang empunya kasih dan sayang). Jangan sekali-kali jadikan barang kepunyaan Allah, sebagai milik sendiri !
Kasih dan sayang Allah itu, seumpama sebuah kenderaan. Allah itu, jangan sehingga menjadi milik peribadi kita. Perkara itu yang hendak kita jaga dengan cermat, jangan sampi barang orang, telah diaanggap sebagai barang sendiri! Jika kita ingat bahawa kenderaan kasih itu milik dan kepunyaan kita sendiri, itulah yang membuatkan kita lupa dan lalai untuk bercermat, yang membuatkan kita rasa boleh berbuat sesuka hati.
Jika kita ingat bahawa anggota yang kita bawa dan yang kita sandang itu, adalah merupakan barang orang, yang apabila sampi masanya akan dipulangkan semula kepada tuannya, membuatkan kita cermat dan berhati-hati. Sedar dan ingatlah selalu bahawa, barang yang kita bawa ini, adalah "AMANAH KASIH DAN AMANAH SAYANG" Allah kepada kepada kita !
Bagi yang mengaku diri kita ini milik kita, itulah orang yang angkoh. Apabila angkuh, itulah timbulnya tanggapan yang bahawasanya yang kaya itu aku, yang besar itu aku, yang kuat itu aku, yang cantik itu aku, yang bersedekah itu aku, yang mengerjakan ibadah itu aku, yang alim itu aku, yang beriman itu aku, yang sembahyang, puasa, zakat, haji itu aku, sifat keakuan ( sifat aku) itulah akan memakan diri sendiri dan inilah sifat orang yang tidak mengenal diri, lupa diri dan inilah tandanya orang-orang yang angkuh.
Bila kitA berhasil mengerjakan ibadah, lalu kita mengaku bahawa ibadah itu datangnya dari kekuatan, upaya, kerajinan, kekuatan iman kita dan semuanya milik kita, ini aku, itu aku, sini aku, sana aku, segalanya aku, aku...
Inilah tandanya mereka yang tidak mengenal diri, bilamana tidak mengenal diri, maka jadilah bersultan dimata dan beraja dihati!
Bilamana tidak mengenal roh, mereka tidak tahu apa itu gerak rohani. Bilamana kita tidak tahu asal usul gerak, itulah makanya kita bersifat angkoh, sombong, bengis, garang, tidak ada perasaan belas ihsan dan sebagai nya. Sikap kebesaran diri akan mengatasi gerak Allah. Segalanya dianggap datangnya dari sendiri. Jika ada orang yang cuba menasihati kita atau ada yang cuba untuk menyedarkan kita dari tersasar jauh, lalu dengan angkuhnya kita berkata, aku lrbih tua dari kamu, aku lebih dulu makan garam dari kamu, aku lebih alim dari kamu, aku lebih mengaji tinggi dari kamu, aku ini bergelar mufti, kadi, wazir, ustaz, imam dan sebagainya. Yang menggambarkan keangkuhan diri.
Inilah diantara mereka-mereka yang lupa diri, lupa roh dan lupa kepada gerak roh Allah. Sedangkan yang menggerakkan kita untuk mengerjakan amal itu juga, adalah datangnya dari gerak Allah.
Kita dilahirkan sama, tidak kira seorang raja, menteri, peguam, hakim dan walau pun sebagai seorang pekerja tukang sapu jalan sekali pun. Lihat dan perhatikanlah di ketika kita sujud di dalam sembahyang, semasa sujud semuanya berada di bawah tapak kaki masing-masing. Semuanya digerak oleh kuasa rohani, tanpa rohani, kita semua tidak akan berkuasa untuk bergerak. Manakala roh pula, digerak oleh Allah sendiri.
Di ketika kita sujud, kita semua berada pada taraf yang sama rata, iaitu berada di bawah tapak kaki orang-orang yang dibarisan (saf) hadapan, itulah hina dan rendahnya darjat kita. Sebagai sesama hamba Allah, kita tak boleh beranggapan yang kita melebihi orang lain. Sedarlah wahai sekalian yang ada bahawa apa yang kita bawa dan yang terlekat pada jasad kita ini, bukan lagi bernama anggota. Ia adalah bernama rahmat, nikmat, kasih dan bernama sayang Allah. Oleh itu jangan lagi terpanggil nama anggota, bermulalah ia dengan panggilan "DENGAN NAMA ALLAH"!
Jangan lagi panggil anggota denggan nama kaki atau tangan. Kita bermula panggil anggota kita dengan panggilan "Dengan. Nama Allah". Kita tidak layak lagi pakai anggota, tetapi kita pakai "NIKMAT". Kita tidak lagi ada anggota samada anggota kaki, mulut, mata atau telinga tetapi kita hanya ada "ALLAH"!. Bilamana terpakainya "Dengan Nama Allah", maka nama sekalian anggota jasad kita, dengan sendirinya akan lebur.!
"Sesungguhnya Allahlah yang melaksanakan segala urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allahlah yang telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"
Sesudah semua milik Allah, untuk apa lagi adanya anggota?. Kita tidak lagi perlu pada anggota, kita hanya perlu adanya Allah. Bilamana kita bersandar kepada Allah, sebagaimana Firman diatas, ianya bukan membuatkan kita tidak mahu berusaha dan berikhtiar. Bilamana kita banyak berserah diri kepada Allah, sesungguhnya membuatkan kita bertambah banyak berusaha dan berikhtiar. Kerana usaha dan ikhtiar itu juga adalah dari Allah, makanya mereka sanggup bekerja gigih dan bersungguh-sungguh. Bukannya hanya hanya duduk dengan bertadah tangan sahaja.
Ada setengahnya mengambil jalan mudah dengan berpendapat bahawa setelah segalanya telah diatur dan disusun oleh Allah taala sejak Azali, tidak bererti kita tidak perlu bekerja atau mencari nafkah atau hanya duduk bertawakkal atau beriktikaf dalam mesjid, tanpa berusaha mencari rezeki untuk menyara anak isterinya.
Jika dengan cara berdiam diri itu adalah ketetapan Allah, tidak ada sesiapa yang boleh menolak dan sekiranya ketetapan Allah digerakkan untuk keluar mencari rezeki, maka itu juga ketetapan Allah.
Oleh itu, mana yang duduk beriktikaf di dalam mesjid, jangan kita keji dan mana yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki, itu juga jangan dipuji. Allah telah mencipta segala sesuatu itu, mengikut ketetapan ilmuNya yang tersembunyi mengikut hikmahnya masing-masing.
Gerak Allah itu melalui berbagai kaedah, bermacam dan berbagai ragam. Ketetapan Allah itu, ada melalui gerak diam dan ada juga melalui gerak kerja! Diam dan gerak itupun juga adalah dari ketetapan Allah Ta'ala.
Nabi Allah Ibrahim juga meninggalkan anak kesayangannya Ismail dengan isterinya SIti Hajar, juga ditempat yang tidak ada air, makanan dan tidak ada kawalan keselamatan. Tempat yang tandus dan banyak binatang buas. Tidakkah itu suatu tindakan yang tidak bijak mengikut perkiraan akal makhlok!
Tetapi mengikut perkiraan Allah, itu adalah suatu perkara yang bukan mustahil, melainkan mengandungi seribu hikmah di sebaliknya. Dengan berserah kepada Allah untuk menjaga dan memberi anak isterinya mskan, sekali pandang kelihatan seumpama zalim, itu juga adalah mengikut ketetapan Allah sedari Azali.
Tanggapan pada mata kasar, kelihatan seumpama zalim atau tidak berperikemanusiaan. Namun kehendak dan ketetapan Allah, mengatasi ketetapan dan kehendak kita. Di sebalik zalim atau tidak berkeperimanusiaan itu, mungkin ada menyimpan rahsia tersembunyi.
Untuk anak-anak yang ditinggalkan bapa atau ibu, seumpama ibu bapa bercerai. Hendaknya jangan sekali-kali merasa kecewa, sedih, tersisih dan jangan ada rasa dendam terhadap mereka. Itu semua adalah sudah ketetapan dan suratan Allah. Sepintas lalu, memang hati mana yang tidak kecewa ditinggalkan ayah ibu sedemikian rupa, namun jika kita berbalik semula kepada Allah, hati kita akan menjadi lebih tenang dan lebih rasa rela dengan apa yang berlaku!
Ada sesetengah anak-anak mengambil jalan membenci ibu bapa, yang sanggup membuang dan menyisihkan mereka semasa kecil (bayi). Ada ibu yang meninggalkan anak-anak kepada orang. Ada sesetengah bapa yang meninggal atau menceraikan isteri dengan membiarkan anaknya tanpa pembelaan. Namun bagi pihak anak-anak, kita tidak boleh mempersalahkan mereka, pandanglah kepada ketetapan Allah.
Segala gerak itu, bukannya boleh didatangkan sendiri, melainkan telah didatangkan sedari mula oleh Allah. Gerak iblis sekalipun, tidak terlepas dari ketetapan Allah. Iblis bergerak menggoda Adam, itu adalah juga mengikut kehendak dan ketentuan serta ketetapan Allah. Iblis bergerak menggoda anak Adam, itu adalah juga mengikut kehendak dan ketentuan serta ketetapan yang telah Allah tetapkan. Tidak boleh lari atau berganjak dari ketetapan Allah. Walaupun iblis itu kerjanya menggoda dan menyesatkan makhlok manusia, tetapi dia juga bergerak mengikut kehendak Allah jua.
Firman Allah :-
38.Surah Şād (Verse 82)
قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
38.Surah Şād (Verse 83)
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
" Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas (di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan) ".
Ada segelintir dari kita, tidak boleh menerima hakikat itu, masih juga menyalahkan ibu bapa. Fahaman atau pendapat seumpama itulah yang membuatkan islam itu kehilangan rasionaliti. Inilah yang menghilangkan seni islam (roh islam) terhadap ketetapan Allah. Tidak mahu menerima bahawa segala buruk dan baik itu, adalah datangnya dari Allah.
Sesungguhnya orang yang lupa diri itu, adalah orang yang tidak mahu menerima hakikat kehidupan itu, sebenarnya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah Ta'ala. Mereka mendakwa bahawa, pandai itu kerja aku, alim itu kerana aku, kaya itu usaha aku, ini kerja aku, itu usaha aku, ini kekuatan aku dan siapa-siapa yang melawan dan bagi yang membantah aku, akan aku tentang dan akan aku lawan.
Bagi mereka yang bersikap sedemikian, tanyalah diri sendiri dan tiliklah kepada diri sendiri, bahawasanya kamu, aku, kita, mereka, dan dia itu, adalah sama-sama memakai harta ketetapan Allah. Yang telah ditetapkannya sejak sedari azali.
Oleh itu, tidak usahlah mengaku yang kita ini bersifat lebih, pandai, alim, bijak dan segala usaha itu datangnya dari diri sendiri. Jika kita berhajat untuk mengenal syaitan, lihatlah orang yang sombong dan orang yang sombong itu adalah orang yang tidak mahu menerima ketetapan Allah.
Orang yang tidak mahu menerima ketetapan Allah itu, itulah syaitan dan itulah iblis, malahan lebih dahsyat dari syaitan dan iblis. Mengaku amalan ibadah dari kekuatan imannya, mengaku beriman dari kekuatan ilmunya dan mengaku berilmu dari kekuatan dirinya sendiri. Inilah iblis dan inilah syaitan yang nyata yang dimaksudkan oleh Allah Ta'ala.
Kita tidak takut kepada iblis yang tersembunyi, kerana dia ghaib, yang paling kita takuti dan yang paling kita geruni adalah syaitan dan iblis berkepala hitam. Manusia yang angkuh itu, adalah mereka yang tidak mahu menerima ketetapan dan segala gerak itu datangnya dari Allah secara yakin yang hakiki tanpa dakwa dakwi lagi.
Sementara kita masih mampu untuk berpenglihatan, berpendengaran dan masih ada daya untuk bergerak, marilah kita sama-sama kembalikan segalanya kepada Allah ( selaku pemilik asal - lakukan sekarang ini juga ). Agar hendaknya terbuang dan terhindar dari sifat angkoh dan sombong. Yang angkoh dan sombong itulah iblis. Kerana angkuhlah makanya iblis itu terkeluar dari syurga Allah
Firman Allah yang bermaksud :-
"Hai iblis apakah yang menghalangi kamu dari sujud kepada orang yang telah Ku ciptakan dengan kedua tangan Ku sendiri. Apakah kamu sombong atau termasuk mereka-mereka yang tinggi ?."
Sifat iblis itu, adalah simbolik kepada sifat kita yang keji. Kejinya iblis itu, telah mendapat restu ( perjanjian antara Allah dengan iblis, iaitu di antara isi kandungannya adalah untuk menggoda hamba-hamba Allah)
Adapun di antara isi perjanjian kita dengan Allah itu, adalah untuk patuh, taat dan akur kepada Allah, bukannya untuk mendurhaka sebagaimana iblis.
Percaya dan yakin wahai hamba-hamba Allah sekalian, bahawasanya segala gerak, segala kejadian, rajin, usaha, ikhtiar dan akal kita itu, semuanya adalah datangnya dari ketetapan yang Maha Berkuasa "ALLAH". Dialah yang mengatur segala gerak kita.
Allahlah yang mengalirkan kemampuan gerak itu melalui otak. Allah dengan hidayah Nyalah yang memberi daya gerak kepada otak, untuk perbuat itu dan ini. Segala yang terlintas di kotak akal fikiran (otak) kita itu, sesungguhnya adalah lintasan dari gerak hidayah Allah. Walaupun gerak itu datangnya dari iblis sekali pun. Sesetengah orang ada yang mengatakan bahawa amanah kuasa gerak kita itu, diberi pinjam oleh Allah kepada kita.
Mengikut pengertian hakiki atau pengertian sebenar ilmu hakikat dan makrifattullah, amanah gerak kita itu, BUKAN DI BERI PINJAM ATAU DI BERI PAKAI oleh Allah kepada kita. Ianya merupakan semata-mata DARI ALLAH SENDIRI ( Secara MUTLAK ). Gerak itu bukan pinjaman yang didatangkan melalui fikiran akal, sesungguhnya gerak itu, datangnya dari GERAK ALLAH SENDIRI.
Allah lah yang mengalirkan gerak azali itu melalui akal, bukan akal yang mengalirkan gerak azali. Gerak akal atau tindakan akal itu melalui atau mengikut ketetapan gerak azali. Kelakuan atau tindakan kita itu, sebenarnya didahului dengan gerak, baru di susuli dengan perbuatan. Yang menggerakkan perbuatan kita itu, adalah Allah sendiri, melalui ketetapan yang telah ditetapkan Nya sedari azali.
Segala perusaan syarikat, kekayaan hasil dari perusahaan, keuntungan wang ringgit hasil dari perniagaan, kejayaan pemerintahan kerajaan, pemberian gelaran Dato' atau mufti itu, semuanya dari Allah dan milik Allah.
Boleh ditarik, boleh dicabut dan boleh dilucutkan pada bila-bila masa yang dikehendaki Nya. Kenapa orang kaya jatuh miskin (papa), kenapa syarikat yang maju boleh bankrap, kenapa kerjaya yang cemerlang boleh turun pangkat ?, itulah tandanya segala pemerentahan kerajaan dunia ini, sesungguhnya dan sebenarnya adalah kerajaan pemerintahan Allah.
Pulangkanlah kembali kepada Allah, barulah hidup kita beroleh tenang, bahagia, aman, tidak risau, ragu, bimbang, khuatir dan tidak keluh kesah ( resah gelisah ). Baik buruk itu, datangnya dari Allah Ta'ala belaka. Itulah pengertian gerak rohani.
Jika kita mendakwa kita yang berkuasa, kenapa orang kaya yang berkuasa dan pintar, ada yang jatuh miskin, jatuh sakit dan jatuh bankrap. Kenapa kuasa kepintaran yang ada ditangannya, tidak digunakan untuk bertahan supaya terus sihat atau terus kaya !. Ada orang yang berpangkat menteri atau mufti, jika rakyat tidak suka, kenapa tidak boleh terus mempertahankan kuasa atau jawatan mereka !. Itulah tandanya segala gerak itu, adalah datang dan telah ditentukan oleh Allah Ta'ala.
Jika Allah menghendaki kita jatuh bankrap, miskin, melarat dan hina, tidak ada siapa yang mampu mengubah atau yang mampu untuk menolak gerak takdir ciptaan Allah.
Sebab apa yang kita rasa yang makanan itu sedap, manis atau tawar ?. Sebabnya adalah kerana Allah telah menggerakkan deria rasa lidah kita, supaya merasai sedapnya. Jika gerak rasa lidah itu ditarik Allah, apapun yang kita makan, kita tidak akan merasai manis, masin atau pahitnya sesuatu makanan. Itu menunjukkan dan menggambar kan bahawa segala gerak itu, adalah datangnya dari Allah, bukannya datang dari gerak sendiri.
Begitu juga dengan gerak ikhtiar akal, kebanyakkan orang mengaku bahawa yang mengatur dan yang menentukan segala gerak akal (ikhtiar) adalah datangnya dari gerak dan kehendak diri sendiri (akal). Kita diberi otak ( diberi akal ) untuk berikhtiar, memilih yang mana baik dan yang mana buruk. Ada yang mendakwa bahawa sebagai manusia yang berakal kita ada kuasa memilih dan berikhtiar.
Tidak kurang pula ada yang mengatakan segalanya datang dari Allah!. Dalam kebingungan memilih, diantara dua pendapat yang berbeza itu, yang mana satu menjadi pertaruhan dan pikihan hati kita?.
Untuk menjawab persoalan diatas, cubalah kita lihat, perhati dan selidiki kepada daya penglihatan, pendengaran, daya tahu, daya ingat, daya perasaan, yang memberi daya kepada kita untuk berdiri solat, menggerakkan tangan untuk bertakbir. Cuba kita bertanya kepada diri kita sendiri dan ajukan soalan itu kepada akal!. Milik dan kepunyaan siapa itu semua ?.
Sesungguhnya itu semua adalah milik Allah Ta'ala, segalanya. Kita sebagai hamba makhlok yang berakal lemah, beranggapan ianya seperti agak-agak atau seakan-akan semua itu milik kita.
Pada hakikat yang sebenarnya kita ini, tidak ada dan tidak memiliki apa-apa, melaunkan Allahlah segala-galanya. Alkahlah yang mengalirkan segala gerakNya bagi menggerakkan akal ikhtiar kita. Seandainya kita faham bahawa hakikat gerak itu dari Allah, ianya boleh membawa kita kepada keadaan beribadah dengan lebih khusyuk. Jika kita tahu bahawa yang mendirikan kita waktu kita berdiri, menggerakkan kita sewaktu kita bertakbir dan yang menyelesaikan kita sembahyang, dari mula sampi kepada selesai sembahyang!. Jika tidak kerana pemberian gerak dari Allah !
Setaat dan sepatuh mana pun kita dalam beribadah, jika tidak digerakkan oleh Allah Ta'ala tidaklah kita dapat mengerjakan ibadah tersebut.
Bagi yang tahu, mengerti dan bagi yang faham persoalan gerak ini, mereka akan beranggapan bahawa dirinya telah tidak berdaya dan telah tidak berupaya apa-apa, segalanya gerak dirinya telah terjual kepadaNya ( laa khaula wala khuwa tailla billah ).
Yang menggerakkan kita berdiri, rokok, sujud dan menamatkan pekerjaan solat kita itu, adalah juga gerak Allah. Perkara taat atau perkara patuh tidak boleh menyelesaikan ibadah sembahyang kita, melainkan kuasa dan kudrat dari Allah Ta'ala jua. Setaat mana dan sepatuh mana pun kita, jika tidak digerakkan oleh Allah Ta'ala, siaplah kita!.
Sekiranya kits tahu menilai betapa jauhnya kudrat dan irodat Allah diatas gerak diri kita, serasanya kita akan sujud, patuh dan tunduk kepada Allah, biar sampai kepala kita terbenam dan tenggelam kedalam tanah.
Sujud kita itu, biar sampi kepada tahap menenggelamkan kepala kita kedalam tanah, jika boleh dengan tubuh badan kita sekali. Sehingga ianya tidak lagi dapat diangkat ke alam maya ini.
Sekiranya kita diberi pilihan dan dibolehkan membuat pilihan, untuk menzahirkan tanda syukur kita kepada Allah itu, kita sanggup untuk menenggelamkan diri kita, bukan sahaja setakat kepala, tetapi memasukkan sekali tubuh badan kita ke dalam tanah, biar sampi berkubur dalam tanah.
Seandainya kita boleh zahirkan tanda syukur, tanda sujud dan tanda berterima kasihnya kita kepada Allah, kita rela dan kita sanggup untuk mati pada saat ini, hari ini, detik ini dan diketika ini juga, asal saja kita tidak lagi nampak gerak yang telah Allah zahirkan dan nyatakan atas diri kita. Aku tidak mahu, aku tidak sanggup dan aku tidak rela lagi melihat dan menanggung daya kudrat mu yang terzahir atas jasadku, ya Allah.
Kau cabut, lucut, tanggal dan putuskanlah dayamu atas diriku Ya Allah. Aku tidak lagi mahu memakai pakaianmu Ya Allah. Aku mahu bebas dari kudrat dan irodat kuasa mu atas diri ku, Ya Allah. Jadikanlah aku seorang yang bersyukur dan berterima kasih dengan melepaskan kudrat dan irodatmu, agar dapat ku kembalikan semula kepada Mu Ya Allah.
"Dan Aku tidak sanggup lagi menanggung cinta Mu yang teramat mendalam, agar dapat ku kembalikan semula cinta itu kepada Mu Ya Allah"
Daya gerak yang digerak, dianugerah, ditauliah dan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita itu, tidak terbawa, tertanggung dan tidak terpikul oleh kita. Serasa malu, malu yang teramat sangat malunya, untuk menanggung, memikul, membawa dan mengalas hak Allah Ta'ala. Jika dibolehkan dan jika diberikan pilihan, mahu rasanya ingin mematikan diri kita ini serta merta. Agar dengan cara itu, dapat mengembalikan rahmat dan nikmat gerak Allah kembali semula kepada Allah, termasuk nyawa kita sekali. Tapi apakan daya, segalanya dari kehendak Allah Ta'ala jua.
Jika kita berdaya untuk menzahirkan gerak sendiri, mahu rasanya aku mati ketika ini dan sekarang juga. Agar sarung pakaian Allah yang menyelimuti jasad kita ini, dapat dikembalikan semula kepadanya. Barulah beban yang selama ini tertanggung atas bahu kita, terlerai dan terbayar. Untuk itu bayarlah dengan tunai, tunai itu adalah dengan mengembalikan diri kepada Allah.
Menzahirkan tanda syukur dan tanda berterima kasih kita kepada Allah itu, bukan satu perkara mudah. Yang menjadi mudah itu pada anggota bibir, manakala lafazan perkataan syukur pada anggota hati itu, belum tentu dari hati yang ikhlas. Keikhlasan itulah yang menjadi makanan orang makrifat
Orang makrifat itu, bila menyebut nama Allah, maka lebur dan hancur terbakarlah diri zahir. Malahan yang menyebut itu juga bukan lagi dirinya. Yang boleh menyebut dan yang boleh melafazkan perkataan Allah itu, adalah hanya Allah ( setelah diri zahirnya telah lebur dan karam dalam wajah Allah )
Setelah karamnya diri kita dalam wajah Allah, maka itulah yang dimaksudkan dengan sebenar-benar mati. Sebenar-benar mati itu adalah setelah kembalinya diri kita kepada Allah (diwaktu nyawa masih terlekat di jasad). Matikan diri kita dalam kehidupan diri. Setelah diri mati dalam diri sendiri, maka timbul, zahir dan hidup kita kembali dalam alam wajah Allah. Bila kita kembali hidup dalam alam wajah Allah, di situlah kita akan menemui segala kesempurnaan dan kebesaran Allah Ta'ala.
Sebagaimana duduknya sifat salbiah dalam sifat dua puloh, sebegitulah duduknya sifat kita sebagai makhlok (hamba). Bilamana kita hayati betul-betul sifat sifat salbiah dalam sifat dua puluh, begitulah keadaan kita di alam wajah Allah.
Bila ilmu kita sudah sampi dan bilamana kita sudah duduk pada tahap mati dalam wajah Allah, kita sudah tidak lagi sanggup melihat kepada diri kita sendiri. Kita sudah tidak layak dan tidak lagi sanggup untuk terus hidup dalam dunia kepura-puraan, seumpama sekarang, hari ini. Dengan memakai sarong Allah, persalunan Allah dan tidak lagi sanggup memakai pakaian gerak Allah. Biarlah Allah sendiri yang menggerakkan seluruh anggota tubuhku.
Aku mahu telanjang, mahu tidur, dan mahu melupakan diri aku yang zahir ini. Biar aku jadi Dia dsn Dia itu aku ( Dia aku, aku Dia)
Aku mahu fana', aku mahu boqo' dan aku mahu karam dalam wajah Allah. Aku bukan lagi aku dan aku inilah sebenar-benar kenyaraan Allah. Aku, kita, kamu, dia dan mereka itu, semuanya bukan lagi bersifat geraknya makhlok.
Melainkan aku bukan Dia tetapi tidak lain dari Dia jua. Kita dengan Allah, bersatu tidak, bererai tiada. Allah bukan aku dan aku bukan Allah, tetapi tidak lain dari Allah jua.
Itulah maksud hidup dalam alam wajah Allah, alam fana' alam boqo' dan alam kesempurnaan Allah. Untuk menzahir dan menghadirkan Allah dan untuk menzahirkan tanda syukur kita kepada Allah bukan perkara mudah. bukan semudah lafazan bibir. Jika kita mampu untuk menggambarkan menzahirkan dan menyatakan yang kita ini bersyukur kepada Allah, ingin rasanya kita benamkan kepala kita kedalam tanah diketika kita sujud bersembahyang bagi menzahirkan kesyukuran kita.
Serasa tidak mahu berjalan dengan berdiri megah, jika boleh hendak berjalan dengan cara merayap seumpama ular yang tidak berkaki, bagi menggambarkan kita ini tunduk, patuh dan sujud kepada Allah. Serasa tidak layak untuk mendongak atau mengangkat kepala ke langit, jika boleh hendak ku tunduk tanpa mendongak sedikit pun ke langit.
Bersujud diketika solat, ingin ku selam benamkan muka dan kepalaku kedalam tanah, agar lebih rendah dari bumi, tanda merendah diri, tunduk, patuh dan sujud kepada Mu Ya Allah. Tuhanku Robbul 'Alamin. Serasanya aku ini lambat mati, jika boleh mahu mati sekarang, kerana tidak sanggup menanggung nikmat yang telah engkau beri kepada diriku Ya Allah. Rinduku kepada Mu yang teramat mulia Allah. Rasanya tidak lagi dapat ku pikul nama dan asma' Mu, afa'al atau perbuatan gerak Mu, sifat dan zat Mu Ya Allah.
Wahai sidang pembaca yang budiman sekalian, kita menyeru kepada kalian, mengakulah bahawa segala gerak itu, adalah gerak dari Allah. Yang sebenar-benar menggerakkan kita itu, adalah kuasa dari gerak Allah, yang dialirkan ke dalam tubuh kita melalui akal, iaitu melalui roh, dengan menggunakan roh (zat) Allah sendiri sedari azali. Roh dengan roh tidak ada perantara dan tidak ada hijab, bagi yang dapat menghilangkan hijab atau dinding pemisah antara roh dengan Allah, maka itulah orang yang mengenal diri dan mengenal gerak roh.
Orang yang mengenal diri, adalah orang yang mengenal gerak roh dan gerak dari Allah. Diantara roh kita dengan Allah itu, tidak ada hijab dan tidak ada tembok pemisah diantaranya. Roh dan Allah tidak bercerai dan tidak berpisah. Setelah mengenal Roh (diri), maka kenallah pula, kita kepada Allah, setelah mengenal Allah, maka mengenallah pula kita kepada gerak kudrat dan irodat Allah Ta'ala.
Cuba kitta hayati betul-betul sifat 20. Dengan terang menyatakan bahawa sifat kudrat (kuasa) dan irodat ( berkehendak ) itu sifat Allah. Sifat kita sebagai insan makhlok itu adalah tidak berupaya dan tidak berhajat! ( Laa haulawala khuwa tailla billah) Bermaknanya disini bahawa segala yang berlaku itu, adalah perlakuan Allah dan kehendak afa'al Allah Ta'ala.
TAMAT

Friday, 11 May 2012
AKU
PENDAHULUAN (AKU)
Kita selalu merujuk diri kita sebagai AKU. Kita berkata, “Ini Aku” , “Ini Aku punya”, “Ini badan Aku”, “Nama Aku si-anu”, dan “Nama bapa Aku si-anu”, dan sebagai nya.
Pernahkah kita terfikir siapakah AKU kita itu? Apakah AKU kita itu? Siapa sebenarnya AKU itu?
Selamat memaca dan memahaminya.
Penjelasan yang pertama.
Pernahkah anda terfikir siapakah AKU itu?
Pernahkah anda terbayang apakah AKU kita itu?
Sebenarnya AKU kita ini adalah ROH kita, bukan badan kasar ini. Badan kasar ini akan mati sekiranya tiada ROH. Sekiranya tiada ROH, badan kita akan hancur binasa.
ROH kita inilah diri kita yang sebenarnya,.ROH ini hidup dan tidak akan mati. ROH inilah juga zat diri kita.
ROH ini juga limpahan Yang Maha Hidup iaitu Allah SWT. Allah itu hidup. Dia mempunyai sifat hidup. Maka hidup(ROH) kita adalah limpahan dari hidup Allah itu.
ROH ini juga digelar “bayangan” Yang Maha Hidup itu. ROH itu bayang kepada Yang Empunya Bayang. Yang Empunya Bayang itu ialah Allah, dan ROH kita itu adalah “bayangan” Allah itu. Demikian pendapat-pendapat ahli-ahli Sufi.
Allah itu tidak kelihatan, Maha Ghaib dan tidak ada satupun yang seumpama denganNya. Bagaimana kita dapat tahu adanya sesuatu yang tidak kelihatan dan tidak terperikan. Ibarat angin, kita tidak nampak angin, tetapi bagaimana kita tahu angin sedang bertiup dan angin itu ada? Jawabnya, kita tahu adanya angin itu kerana ada kesannya. Bila daun pokok bergoyang, kita tahu angin sedang bertiup. Kalau kita rasa hembusan, maka itu adalah hembusan angin, sebagainya. Goyangan daun dan rasa hembusan itu adalah tanda-tanda adanya angin. Kita tidak nampak angin tetapi kita tahu adanya angin melalui tanda-tandanya.
Demikian jugalah keadaannya dengan Allah SWT. Kita tidak nampak DIa, tetapi kita rasa dan percaya adaNya melalui tanda-tandaNya. Tanda-tanda Allah itu ialah alam semesta raya ini. Tanda-tanda ini dalam bahasa Arab ialah “ayat”.
Oleh itu, alam semesta raya dan diri kita ini adalah ayat-ayat Allah belaka.
ROH sangat tinggi martabatnya, melebihi peringkat malaikat. Tempatnya disisi Allah yang Maha Tinggi. ROH inilah yang mengenang Allah (zikrullah) seolah-olah kerjanya mengenang Allah sahaja. Seolah-olah makan minumnya “zikrullah” sahaja.
ROH yang suci ini sentiasa mentauhidkan Allah Yang Maha Suci. Najis padanya ialah menyekutukan Allah. ROH ini sangat cinta kepada Allah SWT. Ia memuja dan memuji Allah sentiasa. Allah itu kekasihnya. Cukuplah Allah itu baginya.
Demikian perhubungan Allah dengan ROH, menurut pandangan ahli-ahli Sufi.
Penjelasan yang kedua
Tahukah anda bahawa AKU anda itu adalah ROH yang datang dari Allah, hidup dengan Allah, dan kembali kepada Allah. Allah itulah pengkalan tempat bertolak, lautan yang dilayari dan pelabuhan tempat berhenti.
Jika dikaji dalam-dalam anda akan sedar dalam pandangan kerohanian bahawa Allah itu adalah tempat permulaan perjalanan kita. Dialah tempat perjalanan itu sendiri, dan Allah itu jugalah destinasi akhir perjalanan hidup ini.
Tempat bertolak, perjalanan dan destinasi yang dimaksudkan disini bukanlah dari segi pandangan fizikal yang tertakluk kepada ruang dan waktu. Tempat perjalanan dan destinasi yang dimaksudkan di sini iailah dari segi pandangan rohaniah, perasaan dan khayali(thought) kita.
AKU atau ROH kita adalah tanda-tanda atau ayat-ayat Allah. ROH itu juga bayanganNya dan penzahiranNya. Dari segi pandangan kerohanian, Allah itulah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Batin dan Yang Zahir.
Penjelasan yang ketiga
AKU yang paling dalam itu bersifat kerohanian. Jika AKU itu dibersihkan pandangannya melalui zikrullah dan latihan kerohanian orang-orang Sufi, maka AKU itu akan mencapai satu tahap pandangan dimana ia rasa wujud ini adalah Esa juga. Menurut pandangan ini, wujud itu ada bertingkat-tingkat, bertahap-tahap, dan pelbagai aspek, namun ia tetap satu. Segala yang ada kelihatan, baik yang zahir mahupun yang batin, semuanya satu wujud sahaja, pada hakikatnya. Inilah pandangan AKU yang paling dalam.
Penjelasan yang keempat
Sekali lagi diulangi bahawa AKU anda itu adalah ROH anda dan itulah juga diri anda sebenarnya.
AKU itu juga adalah ayatollah (tanda-tanda Allah) kerana seluruh alam raya, yang ghaib dan yang nyata, adalah tanda-tanda wujudnya Allah SWT.
AKU itu juga digelar ROHULLAH (ROH ALLAH) kerana ROH itu adalah hembusan dari ROH ALLAH atau limpahan dari ROH ALLAH.
AKU itu juga digelar Nurullah ( cahaya ALLAH) kerana setiap roh itu adalah cahaya. Digelar cahaya kerana setiap yang menampakkan sesuatu digelar cahaya . Nabi-Nabi itu cahaya Allah kerana melalui Nabi-Nabi itu kita dapat mengenal Allah melalui ajaran dan didikan mereka. ROH itu cahaya kerana melalui ROH itu kita kenal dan ‘nampak’ Allah.
AKU itu juga digelar Ma’lum dalam ilmuNya. Ma’lum ertinya ‘yang diketahui’. Allah itu ‘alim ( yang mengetahui). Setiap yang mengetahui tentu berpengetahuan (berilmu). Allah itu berilmu, sebab itulah ia ‘alim. Setiap yang ‘alim tentu ada ilmu dan ada perkara yang diketahuinya. Perkara yang diketahui itu digelar Ma’lum (yang diketahui). Allah itu ada ilmu dan dalam ilmuNya ada Ma’lum. ROH kita ini termasuk dalam ilmu Allah. Maka ROH kita itu Ma’lum Allah. Maka itulah dikatakan ROH itu Ma’lum dalam ilmu Allah.
Penjelasan yang kelima
AKU atau ROH itulah yang dapat mengenal Allah SWT bukan badan kasar ini yang mengenalNya. Melalui ROH itu kita mengenal Allah. Wadah atau bekas tempat Allah mentajallikan (menzahirkan) dirinya kepada kita ialah ROH kita. ROH itu digelar juga hati. Bukan hati fizikal itu tetapi hati yang bersifat kerohanian. ROH itu memiliki kesadaran (consciousness). Kesedaran tentang wuudnya Allah dan sifat-sifatNya yang terzahir dalam alam semesta raya ini. Yang melihat penzahiran atau tajalli itu ialah ROH kita.
Penjelasan yang keenam
AKU ini memang hampir dengan Allah. AKU dan Allah tidak bercerai-berai dari dulu, sekarang dan selamanya. Ibarat ombak tidak bercerai dengan laut. Dari sudut manapun Wujud Semesta Raya itu tetap mengelilingi AKU. Ia meliputi AKU dari kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang, luar, dalam bahkan dari mana sahaja. ” Hampir” dan “Mengelilingi” itu bukanlah dari segi ruang dan waktu yang boleh diukur dengan panjang, lebar, dalam, atau dari segi masa dan waktu. Hampir dan mengelilingi itu adalah dari segi pandangan rohaniah atau kerohanian. Hanya orang yang berada dalam pengalaman rohaniah sahaja yang faham akan maksudnya.
Wujud semesta itu “meliputi”, “merangkumi”, “berpadu”, dan “bersatu” dengan AKU. AKU terserap dalam Wujud Semesta ini.
Penjelasan yang ketujuh
Dari segi aku atau ROH atau diri, wujud AKU “bersatu” dan “berpadu” dengan Wujud Yang Esa dan Semesta itu. Kelihatan pada AKU bahawa Allah itu batin dan AKU itu zahirnya. Allah itu hakikat dan AKU itu bayanganNya. Dia asal dan AKU terbitanNya. Dia elektrik dan AKU lampu. Dia dalang dan AKU boneka. Gerak AKU digerakkan olehNya.
Ini adalah pandangan kerohanian yang paling dalam.
Penjelasan yang kelapan
Memang AKU itu ada(wujud). Wujudnya dengan limpahan Wujud Yang Maha Agung (iaitu Allah). Hidup AKU limpahan hidupNya. AKU berdaya limpahan dayaNya. Berkuasanya dan berupayanya AKU adalah limpahan kuasa dan upayaNya. Aku berkehendak dan Diapun berkehendak. Kehendak AKU tertakluk kepada kehendakNya.
“Limpahan” disini bererti kurniaan atau terbitan atau penzahiran atau keluaran ataupun kesan.
Yang Maha Wujud itu Allah. AKU dan alam semesta raya adalah limpahan nama-nama dan sifat-sifat Yang Maha Wujud itu. Setiap nama dan sifat Allah terzahir pada AKU dan alam semesta raya ini.
Itulah pandangan AKU yang bersifat kerohanian.
Penjelasan yang kesembilan
AKU ini ada sifatnya iaitu hayat atau hidup, ilmu atau pengetahuan, pendengaran, penglihatan, kudrat atau kuasa, iradat atau berkehendak, dan berkata-kata. Semua sifat-sifat ini adalah limpahan dari sifat-sifat Allah belaka.
AKU yang hakiki itu tiada bercerai dan tiada terpisah dengan sifat-sifat Allah dan Allah itu sendiri. Wujud AKU itu sebenarnya diserapi oleh Wujud Semesta Raya itu. Iilah pandangan AKU yang bersifat rohaniah.
Penjelasan yang kesepuluh
AKU yang bersifat rohaniah semata-mata itu terasa cukup baginya Allah sahaja. Allah itulah segala-galanya bagi AKU. Kepada Allah itulah AKU itu mengadu dan berharap. Pandangannya tertumpu pada Allah. Tenggelamlah AKU itu dalam lautan Ketuhanan Allah Yang Maha Luas dan Dalam.
Dalam keadaan perasaan menyerap dalam Lautan Ketuhanan Yang Maha Luas dan Dalam itu, AKU tidak berasa takut, tidak berasa dengki, tidak berasa kecil hati sesama makhluk.
Pada pandangan AKU itu, makhluk itu hakikatnya tiada apa-apa. Wujud makhluk bukan hakiki, hanya bayangan sahaja iaitu bayangan wujudnya Allah. Hanya Allah jua yang wujud. Demikian pandangan AKU.
Penjelasan yang ke-11
Sungguhpun AKU itu berpandangan seperti yang tersebut dalam enjelasan-penjelasan yang terdahulu itu, namun AKU tidak akan menjadi DIA (iaitu Allah). AKU tetap AKU, DIA tetap DIA. Tetapi AKU dan DIa “bersatu” dan “berpadu” seolah-olah menjadi SATU. Ibarat bersatunya ombak dengan lautan, bersaatunya air dengan ais.
Pandangan ini bukan pandangan dari segi fizikal, akal dan berangan-angan, tetapi adalah pandangan ROH iaitu ROH yang dibersihkan dengan Zikrullah dan latihan jiwa dalam jangka waktu yang lama, dengan bimbingan guru sufi yang pakar dalam bidang Kerohanian dan Ketuhanan.
Penjelasan yang ke-12
Setelah mencapai tahap pandangan ROH yang tinggi itu, maka kemana sahaja ROH itu menghadap di sana terzahir wajah Allah seolah-olah Ia berada dimana-mana jua.
Berkatalah mereka yang mengalami pandangan demikian:
Maha hampir tidak terkira
Bersatu bersama sehati sejiwa
Maha jauh namun hampir jua
Gerakku gerak Dia
Diamku diam Dia
Tindak-tandukku tindak-tanduk Dia
Berkata mereka lagi:
Hidupku pancaran hidupNya
Diriku bayangan diriNya
Sifatku gambaran sifatNya
Semua kata-kata mereka itu hanya ibarat, perumpamaan untuk menjelaskan perasaan dan pandangan ROH mereka. Antara lain kata mereka:
Kalau Dia matahari akulah cahayaNya
Kalau Dia lautan akulah ombakNya
Kalau Dia masin akulah garamNya
Kalau dia manis akulah gulaNya
Aku seorang berdua denganNya
Tapi aku berpadu denganNya
Maha dekat disamping maha jauhNya
Oh! Alangkah hebat wujudNya
Wujudku tenggelam dalam wujudNya
Fana dan Baqa dalam adaNya.
Demikian pandangan orang-orang Kesufian yang telah mencapai peringkat serasa seolah-olah berserta dengan Wujud Yang Maha Esa itu. Mereka mencapai tahap demikian kerana mereka menumpukan seluruh pandangannya terhadap Yang Maha Wujud itu dan penuh cinta denganNya.
Orang yang tidak pernah menjalani latihan rohaniah dan tidak tahu hal-hal kerohanian yang mendalam dan tidak pernah menempuh jalan kerohanian, mereka jangan cuba-cuba mentafsirkan sendiri pendapat mereka itu takut nanti tersesat pula.
Penjelasan yang ke-13
AKU datang dari Allah. AKU adalah ma’lum(yang diketahui) dalam ilmu(pengetahuan) Allah. Kemudian AKU berada di alam ROH. Bila sampai masanya hendak lahir ke dunia ia dihembuskan ke bakal bayi dalam rahim ibu. Cukup masanya dalam rahim ibu itu, ia pun lahir ke dunia bersama adan fizikal yang berbentuk bayi.
AKU akan berada di dalam alam dunia sampai ajalnya sampai. Kemudian ia masuk pula ke alam Barzakh. Setelah berada sekian lama, maka ia akan dipertimbangkan di Hari Pengadilan. AKU akan masuk syurga atau neraka. Mudah-mudahan janganlah masuk neraka hendaknya. Maka AKU kembali ke hadrat Allah SWT. Dari Allah AKU datang kepada Allah AKU kembali. Di sana kekallah hidup bersama dengan Yang Maha Hidup (iaitu Allah) selama-lamanya. Itulah perjalanan AKU. Mengembara dari satu alam ke satu alam.
Penjelasan yang ke-14
AKU itu sebenarnya bebas merdeka. Ia hanya bergantung kepada Yang Maha AKU(iaitu Allah). Ia tidak memiliki apa-apa. Ia hanya menerima limpahan wujud dari Yang Maha Wujud.
AKU tidak patut dipuji kerana ia “kosong”. Yang Maha Wujud Hakiki hanya Allah. AKU tidak memuji Ghairullah (selain Allah) kerana Ghairullah itupun kosong juga. Yang patut dipuja dan dipuji hanya yang Wujud Hakiki itu sahaja.
AKU hanya satu sinaran dari Matahari Ketuhanan. AKU hanya satu ombak dari lautan Ar-Rahman(iaitu Allah). AKU hanya satu ayat dalam karangan Al-Haq(yang benar) iaitu Allah. AKU hanya sebutir pasir dalam padang pasir Wujud Yang Maha Meliputi dan Maha Luas. AKU hanya satu bayangan dari bayangan Dia Yang Maha Ada. Itulah AKU yang tidak terpisah dengan Tuhanku.
Penjelasan yang ke-15
AKU miskin papa, lemah, tidak berdaya dan tidak punya apa-apa. Yang Kaya Raya, Yang Gagah Perkasa, Yang Kuat dan Berdaya dan memiliki segala-galanya iailah Yang Maha Kaya dan Maha Kuat itu juga. Itulah Allah SWT.
Hidup AKU kembali ke hidupNya. Gerak AKU kembali kepada gerakNya. Diam AKU kembali ke diamNya. Sifat AKU kembali ke sifatNya. Nama AKU kembali ke namaNya. Amalan AKU kembali ke amalanNya. Wujud AKU kembali ke wujudNya.
Memang benar, AKU itu akan kembali kepadaNya, laksana cahaya kembali ke matahari, seperti ombak kembali ke laut. Tempat kembali itulah tempat AKU sebenar.
Penjelasan yang ke-16
Sebagaimana tersebut dahulu, AKU itu adalah ROH. Itulah diri. ROH ini tidak tertakluk kepada ruang dan waktu. Ia bukan tua dan bukan muda. Tua dan muda itu hanya bagi jasmani dan keadaan dunia ini sahaja. Semua ROH adalah sebaya sahaja. Nabi Adam AS sebaya dengan Nabi Muhammad SAW. Kita sebaya dengan moyang kita. Begitulah sebagainya. Tiada tua dan muda bagi ROH. ROH tercita serentak sekaligus sahaja.
Kemudian ROH itu dilahirkan ke dunia melalui rahim ibu dengan badan kita sebagai sangkar atau sarungnya. Ia dilahirkan ke dunia menurut masa yang telah ditentukan. Siapa yang ditakdirkan lahir dahulu dialah yang tua dan siapa yang lahir kemudian dialah yang muda.
Dari segi rohaniah atau kebadanan ada tua dan ada yang muda, tetapi dari segi ROH sebaya sahaja.
AKU juga tidak tertakluk kepada tempat. AKU bukan Barat dan bukan juga Timur. Bukan juga dari Utara dan bukan juga dari Selatan. AKU tidak tertakluk kepada arah dan tempat.
AKU juga bukan tertakluk kepada bangsa. AKU atau ROH bukan berbangsa itu dan bukan berbangsa ini. Bangsa-bangsa itu hanya wujud dalam dunia nyata ini. Di alam AKU tidak ada bangsa-bangsa.
AKU adalah ma’lum dalam ilmu Allah, wujud dalam wujud-NYA. AKU adalah penzahiran sifatNya. Demikian AKU tenggelam dalam Yang Maha Aku (iaitu Allah SWT).
Penjelasan yang ke-17
AKU tidak terkotorkan oleh kencing dan tahi. Tidak ada najis fizikal yang dapat mengotorkannya. Ibarat cahaya matahari, cahaya itu menyinari najis dan benda-benda kotor, namun cahaya itu tidak akan kotor. Ia menyinari tempat wangi dan tempat busuk, tetapi cahaya tidak akan wangi dan busuk, kotor atau bersih.
Najis pada AKU itu ialah syirik, menyekutukan Allah, mengatakan Allah lebih dari satu. Itulah najis bagi AKU. AKU yang bertauhid adalah ROh yang suci. ROH itu pada hakikatnya sentiasa percaya dengan adanya Allah dan mengesakanNya. Hanya setelah sampai kealam dunia barulah ROH itu tercemar oleh pengaruh keduniaan, pengaruh iblis dan syaitan, pengaruh kebendaan, pengaruh nafsu serakah dan sebagainya.
Kita perlu membersihkan jiwa atau AKU kita kembali sebagaimana aslinya dengan zikrullah (mengingat Allah) dengan lisan, hati dan perbuatan. Zikrullah itu ibarat air mutlak yang membasuh dan menyucikan najis syirik dari AKU itu. Bersihkanlah AKU itu hingga fana’ (terasa diri kosong, tiada apa-apa) dan kemudian mencapai setingkat lagi ke peringkat ‘baqa’ (terasa diri sentiasa bersama Allah). Terasa Allah ada dimana sahaja kita berada.
AKU yang bersih atau diri yang suci adalah diri yang mengesakan Allah hingga tidak terasa adanya diri. Yang ada hanya DIRI YANG BERDIRI SENDIRINYA iaitu Allah SWT.
Penjelasan yang ke-18
AKU yang hakiki itu tidak tertakluk kepada warna kulit dan bangsa. AKU itu bukan putih, hitam manis, kuning dan sebagainya. Sebagaimana adanya warna pada badan. AKU tidak ada warna dan tidak berbangsa-bangsa seperti bangsa Cina, India, Melayu, Arab dan sebagainya.
Badan kita berasal dari unsur-unsur tanah, air, api, dan udara tetapi ROH kita bukan dari unsur-unsur dunia nyata ini. AKU ghaib dari pandangan mata kasar namun ia tetap wujud.
AKU berasal dari tempat yang paling mulia. AKU berasal dari Yang Maha AKU (iaitu Allah). AKU berasal dari ilmu Allah masuk ke alam jasad ini dan kemudian kembali kepadaNya. Jadilah ROH itu sebagai Nur Allah sahaja. Ia pun kembali ke tempat asalnya iaitu ke hadrat Allah SWT.
Penjelasan yang ke-19
AKU ini pada hakikatnya adalah boneka yang dilakonkan oleh Dalang (iaitu Allah). AKU ini dari satu ibarat lagi iailah keris yang dihunus oleh pendekar. AKU tidak berdaya upaya, gerak dan diam AKU adalah digerakkan dan didiamkan oleh Allah. Adanya AKU adalah limpahan dari adanya Allah.
Allah itu hakiki. AKU itu majazi atau relative sahaja. Kalau difaham dan diselidiki secara mendalam, akan terasa bahawa yang ghaib dan yang zahir dan yang awal dan yang akhir adalah Allah sahaja.
Pendeknya pada pandangan orang yang sangat hampir dengan Allah, alam dan dirinya lenyap sama sekali dan tinggallah Allah semata-mata. Ini dipandang oleh ROH yang bersih dan suci dan mentauhidkan diri kepada Allah semata-mata.
Penjelasan yang ke-20
AKU yang hakiki itu adalah nurullah (cahaya Allah) kerana dengan ROH, Allah kelihatan. Sesuatu yang menampakkan sesuatu yang lain adalah cahaya. Tanpa cahaya gelap gelitalah segala-galanya.
AKU juga ayatollah (tanda-tanda Allah) kerana ROH itu tanda-tandanya adanya Allah.
AKU juga digelar Rohullah kerana ROH itu adalah hembusan dari Roh Allah. Itulah AKU yang hakiki.
AKU dan alam semesta adalah penzahiran atau tajlli Allah. AKU ini adalah alam ke kecil kerana semua perkara yang ada dalam alam besar ini ada salinannya atau penzahirannya dalam alam kecil.
Alam semesta ini juga digelar Insan Kabir(manusia besar) kerana semua yang ada dalam alam kecil ini ada kenyataannya dalam alam besar.
Insan Saghir(manusia kecil) ini adalah diri(ROH) manusia itu dan Insan Kabir itu adalah alam semesta raya yang ghaib dan yang nyata. Alam kecil adalah Insan Saghir iaitu Manusia dan Alam Besar adalah Insan Besar iaitu Alam Semesta Raya.
Demikian pendapat Falsafah Kesufian (Philosophy of Sufism).
Penjelasan yang ke-21
Dalam alam dunia ini kita katakana si anu itu orang Bandar dan si anu itu orang kampong ataupun si anu itu berada di pejabat atau berada di rumah. Semua itu menunjukkan tempat dalam alam nyata ini. Tetapi bagi ROH itu semua tidak ada. Ia bebas dari tempat atau arah atau masa atau waktu.
ROH itu hidup. Ia tidak tertakluk kepada alam nyata atau alam kebendaan. ROH itu hidup dengan limpahan Yang Maha Hidup. Demikianlah AKU.
Penjelasan yang ke-22
AKU memang berserta dengan Allah, sejak dari dahulu hingga akan datang atau sejak awal hingga akhir. Tidak pernah bercerai dan berpisah dengan Yang Maha Aku(iaitu Allah). Sejak dari dalam ilmu Allah hingga sampai ke alam akhirat yang tidak ada hujungnya, AKU tetap bersama Allah.
AKU tidak keluar dan tidak masuk dalam lengkongan Allah. AKU itu memang berada dalam lengkongan Allah sahaja. Kalau Allah itu diibaratkan sebagai lautan, maka AKU itu ikannya. Ikan itu sentiasa dalam lautan dan tidak akan hidup tanpa air lautan itu.
‘Masuk’ dan ‘Keluar’, ‘berpisah’ dan ‘bersatu’, tidak termasuk dalam kamus AKU. AKU bukan seperti badan kasar yang tertakluk kepada ruang dan zaman.
AKU menyerahkan dirinya dan nasibnya kepada Yang Maha AKU. Cukuplah Dia mengawal dan memelihara AKU. AKU tidak perlu pada yang lain lagi. Tidak perlu pertolongan dari ghairullah(selain Allah), bahkan tidak ada ghairullah pada pandangannya. Cukup Allah bagi AKU.
Penjelasan yang ke-23
AKU bodoh. Dialah yang mencerdikkan AKU. AKU lemah Dialah yang menguatkan AKU. AKU tidak tahu, Dialah yang memberiku tahu. AKU papa kedanan, Dialah yang memperkayakan AKU.
AKU bertanya, memohon, berharap kepadaNya sahaja. Seolah-olah AKU dan DIA berpadu dan bersatu dimana dan bila sahaja. Dan DIA ada dalam kesadaran (consciousness) AKU.
Renunglah ke dalam AKU. Dia berada dalam kesadaran AKU. Maha Halus dan Maha Seni. AKU terdengar bisikanNya. Dalam waktu sunyi sepi, paling baik mendengar bisikan hati nurani. Tanpa huruf, tanpa suara, tetapi AKU faham segala-galanya.
AKU kenal Dia dalam kesadaran batinku kerana AKU berhubung dengan Dia tanpa menyekutukanNya. Inilah satu hasil zikrullah.
Penjelasan yang ke-24
AKU wujud dalam lautan Yang Maha Wujud. AKU sentiasa berada dalam lautan itu. Dalam lautan itulah AKU bermastautin. Itulah lautan wujud.
Penjelasan yang ke-25
AKU memang ada kesadaran, limpahan Yang Maha Sedar(iaitu Allah SWT). Kesadaran AKU meliputi alam nyata dan alam ghaib, alam dunia dan alam akhirat. AKU sedar semua itu. Semua perkara itu ada ilmuku. Allah ada dalam kesadaran AKU. Begitu juga makhluk ada dalam kesadaran AKU. Segala yang ada dalam kesadaran AKU itulah ilmu AKU. Syurga, neraka, malaikat dan iblis ada dalam kesadaran AKU. Semua yang ada dalam ilmu atau kesadaran AKU itu adalah penzahiran Allah dalam kesadaran dan ilmu AKU.
Penjelasan yang ke-26
AKU sentiasa cinta kepada DIA (Allah). Tidak mahu berpisah dan berjauhan dengan DIA. AKU sentiasa ingatkan DIA. Terasa azab jika tidak mengingatiNya. Puja dan puji hanya untuk DIA belaka. Perasaan cinta ini tidak akan ada pada AKU jika tidak dengan anugerahNya juga. Alangkah kerdilnya AKU berada dalam majlis DIA.
Penjelasan yang ke-27
Dari pandangan ROH atau AKU yang hakiki, AKU tidak memiliki apa-apa tetapi ia dimiliki oleh Yang Maha Kaya (iaitu Allah).
AKU diperbadankan untuk menjalani hidup di dunia fana ini. AKU juga diberi nafsu. Kalau AKU ditakluki oleh badan dan nafsu, maka binasalah AKU itu, tetapi jika AKU yang menkluki badan dan nafsu, maka selamatlah AKU itu.
AKU membawa kita menuju Allah dan menyedari hakikat dirinya dan Tuhannya. Nafsu serakah membawa kita jauh dari Allah dan lupa akan hakikat diri kita. Lantaran itu hanyutlah ia dalam larutan kelupaan dan kesesatan dan akhirnya ia akan menyesal setelah ia meninggalkan badannya. Setelah ROH berpisah dari badan, maka sedarlah AKU itu kembali akan keadaan dirinya yang sebenar.
Penjelasan yang ke-28
Badan kita ini amat kerdil, ibarat sebutir pasir di padang sahara, setitik air di lautan luas, sebiji bintang di cekrawala, melukut di tepi gantang, masuk tidak bertambah dan keluar tidak mengurang. Betapa kecil dan kerdilnya badan kita. Itulah wajah zahir AKU.
Tetapi kalau kita renung ke wajah batin kita, dia paling mulia, paling tinggi martabatnya, mengatasi segala makhluk dan malaikat. AKU itu suci dan wangi, sangat hampir dengan Ilahi. Dialah cahaya Allah, Dialah ayat-ayat Allah, Dialah ROH Allah, Dialah bayangan dan penzahiran Allah.
AKU yang hakiki itu sangat mulia, tiada tertanding oleh sekalian makhluk. Dia bertasbih setiap ketika, memandang Allah dengan kasihnya, rindu dendam tiada terkira. Itulah AKU yang sebenarnya.
Penjelasan yang ke-29
Berbagai-bagai cara orang hendak mengenal dirinya atau AKUnya. Ada yang melalui meditasi, pertapaan, mengosongkan fikiran, latihan jiwa yang menyiksakan badan dan sebagainya. Tetapi bagi oaring-orang Sufi ialah dengan Zikrullah yang diajar oleh guru-guru Sufi yang pakar. Dengan berzikir dan melalui bimbingan Syeikh Mursyid sampailah seseorang itu pada tahap mengenal dirinya atau AKUnya.
Orang-orang Sufi ada menjelaskan bahawa “Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka akan kenallah ia akan Tuhannya”. Ini bukan bermakna DIA jadi Tuhan. Apabila seseorang itu kenal gambar, maka kenallah ia akan orang yang digambarkan. Apabila seseorang kenal akan bayang dalam cermin, maka kenallah ia orang yang punya bayang. Fahamkanlah!
Penjelasan yang ke-30
Orang yang memasuki jalan kesufian (Tareqat Sufiyah) adalah sebenarnya memasuki pengembaraan iaitu pengembaraan AKUnya menuju Allah SWT. Pengembaraan ini bukan dari tempat ke tempat atau dari masa ke masa, tetapi pengembaraan ini adalah pengembaraan dalam kesadaran AKU, beredar dalam pengalaman kerohanian atau kejiwaan. Hanya jiwa yang merasainya, tidak kelihatan oleh mata kasar.
Tetapi setelah sampai ke destinasi (tempat dituju) iaitu kesadaran bahawa AKU ini fana dalam Allah dan Baqa(kekal) denganNya, barulah AKU itu sedar bahawa pengembaraan itu hanya dari tidak sedar kepada sedar. Sedar betapa AKU memang berada di destinasi sejak awal hingga akhir. Apakah destinasi itu? Itulah kesadaran dan pengenalan tentang Allah atau dalam istilah kesufian digelar MA’RIFAT.
Pada hakikatnya AKU itu memang berada ‘dalam’ Allah dan ‘kekal’ dengan Allah sejak awal lagi, dulu, sekarang, dan akan dating. AKU memang bersama dan ‘berpadu’ dengan Tuhannya. AKU itu memang diliputi oleh lautan Wujud Ketuhanan.
Penjelasan yang ke-31
Dalam peringkat AKU yang hakiki, ia tidak peduli orang yag mengeji kerana keji itu tidak akan merendahkan martabatnya. Ia juga tidak peduli orang yang memuji kerana pujian itu tidak akan meninggikan martabatnya. AKU tidak sakit hati dengan kejian dan tidak bangga dengan pujian. Semua itu tidak apa-apa bagi AKU. Keji dan puji tidak menjejaskan martabatnya sedikit jua.
‘Yang apa-apa’ bagi AKU hanya Allah kerana Dialah tempat AKU kembali, tempat AKU mengadu, tempat menyerahkan diri, tempat perlindungan, tempat pembelaan dari apa jua angkara, dari jin dan manusia, dari dunia dan apa saja. Cukuplah Allah bagi AKU.
Penjelasan yang ke-32
Dalam kesadaran AKU, semua makhluk ini dan diri AKU juga adalah semata-mata ayatollah(tanda-tanda Allah). Tanda-tanda adanya Allah, tanda-tanda kesempurnaanNya, keagunganNya dan keindahanNya.
Apabila dilihat tanda, tergambarlah yang tanda. Apabila dilihat gambar, terbayanglah yang digambar. Apabila dilihat daun yang bergoyang, nampaklah angin yang bertiup. Apabila nampak bayang, nampaklah yang empunya bayang. AKU dan alam semesta raya ini adalah ayat-ayat Allah belaka.
Penjelasan yang ke-33
AKU yang hakiki percaya dan menyerah diri kepada Yang Maha AKU(iaitu Allah) sahaja tanpa sangsi dan ragu-ragu. AKU memfanakan dirinya dalam Yang Maha AKU. Terasa oleh AKU betapa kasihnya Yang Maha AKU kepadanya. Tidak terhingga kasih sayangnya kepada AKU, melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya. Yang Maha AKU cinta dan kasih sayang kepada AKU. Percayalah!
Penjelasan yang ke-34
Adakalanya AKU itu sangsi dan ragu atau perasaan tidak menentu terhadap kasih sayang Yang Maha Penyayang. Mungkin syaitan membisik kedalam kalbu supaya ragu-ragu dan tidak percaya dengan kasih sayang Yang Maha Pengasih.
Oleh yang demikian, AKU sentiasa memohon perlindungan Allah dari bisikan syaitan. Setiap saat AKU berjuang melawan bisikan syaitan itu dan mengharapkan bantuan dari Yang Maha Gagah(iaitu Allah).
Penjelasan yang ke-35
AKU sentiasa menyerahkan diri kepada Allah SWT. Penyerahannya bulat dan padu. Ia menyerahkan dirinya kepada Allah ibarat bayi menyerahkan dirinya kepada ibunya, ibarat mayat menyerahkan dirinya kepada pemandi mayat, ibarat ombak memfanakan atau melenyapkan dirinya kedalam lautan. Bahkan lebih dari itu lagi. Tidak dapat digambarkan lagi.
Penjelasan ang ke-36
AKU sebenarnya berasal dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu dihadrat Allah SWT. Kemudian datang sebentar ke planet bumi dan diperbadankan dengan badan jasmani untuk tempoh yang ditentukan seolah-olah merantau sebentar di planet bumi ini.
Apabila sudah cukup tempoh berada diperantauan, AKU pun kembali pulang menuju ke tempat asal. Ibarat perantau kembali ke kampong halaman. Tidaklah terkira hati berasa nyaman.
Tetapi jika diperdalam renung dan kaji, AKU tetap berada di tempat sendiri. Bukan dari mana dan ke mana pergi. Bila dan dimana juga pun AKU di tempat sendiri juga.
AKU datang dari Ilahi, tidak bercerai walaupun seinci dan sesaat. AKU tetap bersama setiap masa dengan Allah SWT. Dulu AKU bersama denganNya, sekarang pun bersama denganNya, akan datang pun bersama denganNya. Sentiasa AKU bersama dengan Allah SWT.
AKU itu tetap. AKU juga, bersama Allah sentiasa. Hanya alam-alam yang ditempuh saja berbeza , dari satu alam KE SATU ALAM YANG LAIN. AKU SENTIASA KEKAL DENGAN Allah, walaupun di alam manapun berada.
Penjelasan yang ke-37
AKU tidak kagum dengan kemajuan manusia. Tidak kagum dengan kemajuan sains dan teknologi, kemajuan peniagaan dan perindustrian. Bahkan AKU tidak hairan dengan segala urusan keduniaan.
Yang dihairankan oleh AKU iailah Allah Yang Maha Bijaksana yang melimpahkan segala ilham kemajuan itu. Sebenarnya Dialah yang maju dan Dialah yang bijaksana. Dia yang memiliki segala ilham. Sumber ilham kemajuan itu dari Yang Memiliki Ilham itu sendiri iaitu Allah SWT.
Penjelasan yang ke-38
AKU itu diri. Diri manusia itu banyak tetapi berasal dari Diri Yang Satu. Diri itu ROH. ROH itu banyak tetapi berasal dari Satu ROH iaitu Al Roh.
Al Roh itu digelar oleh orang-orang Sufi sebagai Haqiqatul Muhammadiyah atau juga digelar Insan Kamil atau Insan Kabir. Al ROh itu juga digelar Al Roh Ul Kulliyah (roh semesta). Dari ROH Semesta inilah dizahirkan ROH-ROH yang pelbagai dan banyak itu. Allah zahirkan AL Roh dan dari Al Roh dizahirkan sekelian ROH. ROH individu atau ROH perseorangan itu pancaran dari Al Roh dan Al Roh pula terbit dari Allah SWT.
Demikian pandangan falsafah kerohanian sebahagian orang Sufi.
Penjelasan yang ke-39
AKU tidak megah dengan harta benda, wang ringgit, pangkat darjat, anak pinak, sanak saudara yang banyak dan segala ghairullah (selain Allah).
AKU tidak iri hati dengan orang kaya. Ia tidak dengki dengan orang-orang berpangkat tinggi. Pada pandangan AKU segala harta benda, wang ringgit, pangkat, saudara mara, anak pinak dan sebagainya itu adalah milik Allah yang dianugerahkanNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Dia yang menentukan siapa yang patut diberi harta banyak dan siapa yang patut diberiNya harta yang sedikit. Semua itu Allah yang menentukan. KetentuanNya tidak dapat disanggah dan dipertikaikan. Kenapa AKU mesti dengki dan iri hati dengan ketentuanNya. Dia yang AKU puji dan puja tentulah AKU redha dengan ketentuanNya.
Penjelasan yang ke-40
AKU tidak merasa hina kalau miskin papa atau buruk paras badan, atau tidak berpangkat atau tidak banyak kawan atau tiada intan berlian. Semua itu berkaitan dengan keduniaan dan kebendaan, tidak bersangkut paut dengan AKU yang bersifat kerohanian.
AKU hina jika kufur dengan Allah. AKU hina jika jauh dengan Dia, jika tidak beriman dan tidak bertakwa, itulah kehinaan pada AKU yang sebenar.
Penjelasan yang ke- 41
Matlamat AKU ialah ALLAH. Yang diharapnya ialah keredhaan Allah. Yang dimintanya ialah keampunan Allah. Pada pandangan AKU kehidupan akhirat itulah yang utama. Kembali ke hadrat Allah itulah yang diidamnya.
AKU tidak takut mati (berpisah nyawa dari badan) kerana ‘mati’ sebenarnya berpindah alam, dari alam dunia kea lam barzakh. AKU tetap AKU juga. Walaupun badan hancur tetapi AKU tidak hancur. AKU akan kembali sedar kerana hijab-hijab (tirai-tirai) kebadanan telah hilang.
Penjelasan yang ke- 42
Walaupun dari segi kehidupan dunia ini seseorang itu papa, tetapi kalau jiwanya kenal diri dan Tuhannya, ia tetap kaya. Kaya pada perasaannya. Walaupun susah kehidupan dunianya, AKUnya tetap berasa senang. Walaupun badannya lemah, AKUnya tetap berasa kuat. Walaupun ia kesunyian tanpa rakan, namun ia tetap berasa ramai.
AKU yang telah ‘menyerap’ dalam Yang Maha AKU, atau jiwa yang ‘menyerap’ dala Jiwa Semesta atau perasaan yang ‘menyerap’ dalam Perasaan Sejagat Raya, atau diri yang ‘menyerap’ dalam Diri Semesta Raya, tidak akan merasa lemah, tidak akan merasa susah, tidak akan merasa teruk, dan tidak akan merasa duka, dan tidak akan merasa sunyi.
Penjelasan yang ke- 43
AKU tidak megah dan tidak bangga. Orang yang telah kenal AKUnya tidak memiliki sifat-sifat yang tercela seperti takabbur, bongkak, sombong, kikir, dengki, khianat, takut kepada ghairullah, mengumpat, mengeji dan sebagainya.
Sifat-sifat tercela itu tidak perlu baginya. Segala sifat tercela itu sendirinya hilang dan diganti dengan sifat-sifat terpuji.
Apakah yang hendak dimegahkan, dikhuatirkan, ditakutkan, dan sebagainya kerana AKU itu sebenarnya tiada apa-apa. AKU itu kosong belaka. Yang ada hanya Allah pada hakikatnya. Allah memiliki segala-galanya. Dia yang patut dipuji dan dipuja.
Penjelasan yang ke- 44
AKU itu berilmu. Ilmunya adalah limpahan ilmu Allah. Ilmu itu meliputi yang diketahui. Apa yang diketahui itu adalah kandungan ilmu. Oleh itu AKU, ilmunya dan yang diketahuinya adalah sebenarnya ‘bersatu’, ‘bersama’, dan tiada bercerai.
AKU itu tahu. Apa yang AKU tahu itulah kandungan ilmu AKU. Berbagai-bagai yang diketahui oleh AKU. Semua itu kandungan ilmu AKU. Semua itu tiada bercerai dari AKU.
Penjelasan yang ke- 45
AKU yang sebenarnya itu hanya tertakluk kepada Allah sahaja. Ia tidak dikuasai oleh sesiapa. Alam ini tertakluk kepada AKU. Makhluk itulah yang tunduk kepada AKU dengan perintah Allah Yang Maha Perintah.
AKU itu khalifah Allah atau wakil Allah yang mngurus makhluk dengan isiNya. Segala yang ada dilangit dan dibumi semua untuk AKU. Kalau dunia ini ladang, AKU pengurusnya dan Allah yang empunya ladang itu.
Allah tidak perlu apa-apa. Hanya AKU yang memerlukan Dia. Hanya AKU yang mahukan dunia. Makhluk segala-galanya adalah untuk AKU(Insan). Semuanya kurniaan Tuhan AKU (Allah). Allah jadikan makhlukk untuk AKU. Demikian mulianya AKU.
Penjelasan yang ke- 46
AKU ini memang suci hakikatnya kerana Ia limpahan Nur Allah Yang Maha Suci. Yang mengotorkan AKU ini ialah syirik iaitu menyekutukan dengan apa dan siapa jua. Untuk membersihkan najis syirik itu dari hati ialah dengan Tauhid. Tauhid ibarat air yang menyucikan najis syirik dari hati. Jiwa yang bersih ialah jiwa yang tauhid.
Dengan Tauhid ini menjadikan jiwa seseorang itu berani, tawadhu’, sabar, kuat dan gagah kerana jiwa tauhid ini betul-betul mengEsakan Allah dan menyerah bulat-bulat kepada Allah Yang Maha Agung.
Dengan berzikir hati akan jadi tenang dan damai, akan menimbulkan semangat tauhid dalam dalam penzikir itu.
Penjelasan yang ke- 47
Perhubungan AKU dengan Allah SWT iailah ibarat pehubungan matahari dengan cahayanya, ibarat ombak dengan laut, ibarat air dengan ais. Semua ini menunjukkan betapa hampirnya perasaan AKU itu dengan Khaliknya.
Satu ibarat lagi ialah pelukis dengan lukisan, pengukir dengan ukiran, pengarang dengan karangannya, pencipta dengan ciptaan. Ini adalah ibarat untuk menunjukkan bahawa AKU dengan alam semesta raya ini adalah tanda-tanda atau manisfestasi Wujud Yang Maha Esa itu.
Penjelasan yang ke- 48
AKU tetap mengisbatkan Allah dalam segala hal dan tindak tanduknya. Maksudnya AKU tetap nampak Allah di sebalik segala yang maujud (perkara yang ada) ini dan “nampak” perbuatan dan lakuan dan arah mana memandang disana “nampak” Allah.
Oleh kerana memandang yang sedemikian itu maka AKU akan berkata, ” Tiada maujud melainkan Allah”. Ini adalah kata-kata dari orang yang sudah “tenggelam” dalam lautan Ketuhanan yang berada dalam pandangan keruhanian semata-mata. Inilah orang-orang sufi yang telah mencapai maqam Fana Fillah (lenyap dalam Allah) dan seterusnya Baqa Billah (kekal dengan Allah).
Penjelasan yang ke- 49
AKU sebenarnya hanya mengagungkan dan memuja Allah sahaja. Ia tidak mengagungkan apa-apa pun jua selain Allah. Pada pandangan AKU tidak ada yang kuat dan gagah melainkan Allah. Tidak ada yang bijaksana melainkan Allah. Tidak ada yang kaya melainkan Allah.
Semua kekayaan, kegagahan, kebijaksanaan, keindahan ghairullah adalah hanya limpahan kurnia Allah semata-mata. Oleh itu, AKU tetap dengan puji dan pujiannya terhadap Allah SWT sahaja.
Penjelasan yang ke- 50
AKU yang hakiki ini mempunyai ilmu. Ilmunya adalah limpahan dari ilmu Allah. Seluruh alam ini ada dalam ilmu AKU. Dalam ilmu AKU ada syurga, neraka, dunia, akhirat, malaikat, iblis bahkan seluruh ciptaan Allah. Semua ini ada dalam ilmu AKU kerana AKU tahu semua itu. Telah diberitahu melalui ayat-ayat Allah, yang tersurat dan tersirat, bahawa semua perkara tersebut ada dan AKU percaya dan ‘merasai’ adanya. Oleh itulah AKU ini mempunyai ilmu yang meliputi segala-galanya. Semua itu adalah limpahan kurnia Allah belaka.
Penjelasan yang ke- 51
Menurut Falsafah Kesufian, AKU itu adalah Insan Saghir yakni Manusia Kecil. Alam semesta raya yang ghaib dan yang nyata, adalah Insan kabir atau manusia besar. Insan Saghir itu adalah Alam Saghir iaitu Alam kecil dan Insan Kabir itu adalah Alam besar.
Dikatakan sedemikian kerana hakikat-hakikat dalam Insan Kabir atau manusia besar itu ada dalam Insan Saghir. Idea-idea Insan Kabir itu ada terbayang dalam Insan Saghir atau Alam Kecil iaitu Manusia.
Alam Kabir itu pula mengandungi alam ruh, alam mithal dan alam jasmaniah atau alam fizikal. Alam-alam ini juga ada pada Insan Saghir atau manusia. Manusia terdiri dari unsur-unsur roh, mithal, badan sebagaimana Alam Besar ini terdiri juga dari unsur-unsur roh, mithal dan fizikal.
Roh itu nyawa atau jiwa atau ‘hidup’. Fizikal itu jisim atau badan. Mithal itu ialah antara roh dan badan yang digelar mental atau khayal atau minda( mind).
Idea Alam Kabir ada dalam Alam Saghir (manusia). Hakikat Insan kabir (iaitu Alam Besar) ada dalam Insan Saghir iaitu Manusia. Unsur-unsur alam kabir itu ada juga pada Alam kecil atau manusia itu.
Maka dengan itulah dikatakan AKU itu bayangan atau salinan Alam Kabir. AKU juga adalah bayangan atau salinan Insan Kabir. Insan Kabir dan Alam Kabir adalah jua nama bagi satu entiti atau diri.
Demikian teori Falsafah Kesufian menurut pandangan sebahagian Ahli Sufi.
Penjelasan yang ke- 52
AKU itu diri. Diri insan terbahagi kepada tiga bahagian menurut pendapat sebahagian Ahli Sufi, iaitu bahagian jasmani, bahagian mithali dan bahagian ruhani.
Unsur roh itu adalah diri yang sebenar. Itulah diri yang tidak akan ‘mati’ menurut istilah biasa. Diri ini berpindah alam sahaja dari satu alam ke satu alam yang lain. Diri inilah yang mulia dan menjadi ayat atau nur Allah. Kejadiannya mulia dan tinggi.
Unsur mithali adalah unsur antara jasmani dengan rohani. Ia adalah diri lapisan yang kedua. Ini termasuklah fikiran, minda dan tubuh halus yang bukan jasmani dan bukan pula roh yang sebenarnya. Diri inilah yang boleh mengembara dalam alam mimpi tatkala kita tidur.
Di lapisan yang ketiga iailah diri jasmani iaitu badan kasar kita yang terdiri dari empat unsur iaitu unsur air, unsur angin, unsur api dan unsur tanah. Diri ini memerlukan unsur-unsur yang empat itu untuk dapat hidup. Kehidupan hanya akan wujud setelah empat unsur itu tersedia.
Itulah tiga bahagian diri manusia. Walau bagaimanapun, unsur roh itulah yang paling penting. Roh itu hidup. Tanpa ‘hidup’ lapisan yang dua lagi tidak berfungsi. Dengan adanya roh barulah diri kita boleh berfikir, berkomunikasi, makan, minum, bermain, bergerak dan sebagainya. Tanpa roh segalanya akan kaku, mati, dan tiada berguna lagi.
Penjelasan yang ke- 53
Ada juga orang yang berpendapat diri manusia itu terbahagi kepada dua unsur sahaja iaitu rohaniah dan jasmaniah. Unsur rohaniah termasuklah nyawa atau jiwa, dan juga fikiran, minda, khayalan, akal, dan seumpamanya. Semua ini berunsur rohaniah atau kejiwaan.
Yang berunsur kejasmanian atau kebadanan ini termasuklah anggota badan kasar seperti kepala, badan, kaki, tangan, telinga, mata, dan sebagainya yang terdiri dari unsur-unsur api, angin, tanah dan air.
Kedua-dua unsur kejiwaan dan kebadanan ini saling bertindak antara satu dengan yang lain, saling pengaruh mempengaruhi antara satu dengan yang lain. Kalau seseorang itu hatinya susah, atau duka, perasaan ini boleh mempengaruhi jasmaninya seperti tidak lalu makan dan minum dan akibatnya badan jadi kurus dan tidak sihat. Sebaliknya pula kalau badan sakit, fikiran pun runsing dan ini menyusahkan hati dan jiwa. Demikianlah adanya pengaruh mempengaruhi antara jasmani dan rohani.
Penjelasan yang ke- 54
Setiap orang hendaklah seboleh-bolehnya kenal akan dirinya yang sebenar itu iaitu yang berunsur rohaniah atau kerohanian itu supaya ia tidak mensia-siakan hidupnya di dunia fana ini. Hidup kita bukan di dunia ini sahaja. Hidup kita akan berlanjutan hingga kekal abadi di akhirat yang tiada hujungnya. Disana nilai buruk atau baik bukan disukat dari segi kekayaan harta benda, banyaknya anak pinak, bukannya kurniaan bintang atau pingat atau pangkat yang diperolehi di dunia ini. Nilai baik dan buruk seseorang di sana bergantung kepada iman dan amal soleh seseorang itu.
Dengan kenalnya kita akan diri kita yang sebenar itu, kita tidak akan putus asa, tidak takut, tidak bimbang dalam melayari bahtera hidup kita ini. Ini kerana kita tahu diri kita adalah kekasih Allah. Takkanlah orang yang mengasihi seseorang itu akan menganiayai kekasihnya. Sebenarnya Allah kasih akan diri kita lebih dari ibu mengasihi anak kesayangannya. Ia Maha Kasih Sayang terhadap hamba-hambanya.
Dengan mengenal diri kita, tidaklah kita takabur, sombong, bongkak, dengki, iri hati, khianat kerana kita tahu siapa diri kita sebenarnya. Dinisbahkan dengan Allah SWT, kita tiada apa-apa, hanya ayat-ayatNya sahaja. Jika dinisbahkan dengan makhlukNya, diri kita adalah penguasa dan pengurus. Allah menjadikan alam dan makhluk untuk kita (sebagai insan) dan kita untuk Dia. Demikian kata Ahli Sufi.
Penjelasan yang ke- 55
Badan kita yang zahir ini adalah penzahiran diri kita yang batin. Diri kita yang batin itu ghaib dari pandangan mata kasar. Untuk melihat yang batin itu diperlukan bayangannya iaitu diri kita yang zahir ini. Maka itulah dikatakan badan kasar itu hanya ‘sarung’ atau ‘tunggangan’ atau ‘sangkar’ bagi badan yang ghaib itu.
Apabila nyawa berpisah dari badan, maka tinggallah badan itu dan lama kelamaan jadi reput dan hancur kecuali dengan kehendak Allah ada juga badan yang tidak reput setelah lama nyawa meninggalkannya. Tetapi pada kebiasaan atau lumrahnya badan akan hancur binasa. Itulah dikatakan dari tanah kembali semula ke tanah.
Ada juga orang melihat dalam dunia ini ‘bayangan’ atau ‘lembaga’ orang yang telah lama meninggal dunia berlakun dan beraksi sebagaimana hidupnya dalam dunia dahulu. Itu bukanlah badan orang itu sebenarnya. Badannya telah hancur binasa. ‘bayangan’ atau ‘lembaga’ itu adalah dari unsur alam mithal. Alam mithal ini adalah alam yang halus, yang penghuninya atau kandungannya tidak hancur. Ia bukan roh semata-mata dan bukan pula badan semata-mata. Ia adalah antara kedua unsur itu.
Seperti yang kita perjelaskan dahulu, diri kita terdiri dari tiga unsur iaitu unsur badan, yang akan hancur kecuali yang dikehendaki Allah untuk tidak hancur, unsur mithal yang tidak hancur tetapi tersimpan dalam ‘alam mithal’ dan unsur ketiga iailah roh dan ini selama-lamanya hidup, tidak hancur dan tidak kembali lagi ke dunia nyata ini.
‘Lembaga’ atau ‘bayangan’ orang yang telah mati yang kelihatan oleh orang dalam dunia ini dan berlaku seperti mana ia hidup Di dunia dahulu, sebenarnya adalah berunsur mithaliyyah (mithal). Sesekali ia kelihatan oleh orang yang hidup dalam dunia ini persis seperti mana hidupnya dahulu, bahkan boleh pula berkata-kata dengan orang yang berada dalam dunia ini. Ini telah banyak terjadi dimana sahaja dalam dunia ini, baik di Barat atau di Timur.
Setelah kita faham alam yang tiga itu, maka tidaklah kita hairan kenapa ada orang yang mendakwa melihat si anu dan si anu padahal orang itu telah meninggal dunia. Alam mithal ini ada tetapi tidak kelihatan kecuali mereka yang dibukakan hijab untuk melihat alam itu dan para penghuninya.
Demikian teori sebahagian Ahli Sufi.
Penjelasan yang ke- 56
Untuk mengenal AKU yang hakiki itu perlu berusaha dengan sabar dan perlu panduan guru yang pakar dalam bidang kerohanian dan kesufian, dan banyak berfikir dan berzikir dan memohon taufik dan hidayah dari Allah SWT. AKU kita ini ibarat sagu, perlu dipecahkan ruyung, barulah dapat sagunya. Memecah ruyung itu hendaklah dengan petunjuk orang yang telah pakar memecahkan ruyung yang tahu cara bagaimana memecahnya dan alat pemecahnya pula mestilah yang sesuai.
Satu lagi ibarat, AKU yang hakiki yang dikatakan bayangan atau ayat atau penzahiran Yang Maha AKU (iaitu Allah) itu ibarat matlamat atau destinasi yang dituju. Sebelum sampai ke destinasi itu perlulah kita mengembara atau berjalan dengan kenderaan atau tanpa kenderaan menuju tempat yang di tuju itu. Supaya kita tidak tersesat, kita perlu si penunjuk jalan atau ‘guide’ agar kita sampai ke tempat yang sebenarnya. Kita perlu pula kenderaan supaya cepat sampai, kalau berjalan kaki sahaja tanpa kenderaan lambatlah sampai. Setelah sampai perlulah kita mendapat pengesahan dari si penunjuk jalan bahawa tempat yang kita tuju itu telah sampai, maklumlah tempat yang kita tuju itu belum pernah kita lihat, mungkin kita was-was atau ragu-ragu adakah itu tempatnya. Setelah sah itulah tempat yang kita tuju, maka tamatlah pengembaraan kita. Apabila kita telah berada dalam tempat yang dituju itu, maka bebaslah kita menikmati dan merasai atau mengalami keadaan di tempat tersebut.
Seperti kata orang-orang sufi, ” Barangsiapa kenal dirinya akan kenal Tuhannya”. Mengenal Allah melalui mengenal diri itu adalah jalan atau cara orang-orang sufi. Ini bukan bererti diri kita itu sama dengan Tuhan. Diri kita tetap kita. Diri kita bukan Tuhan. Allah tetap Allah tanpa sekutu dengan yang lain. Diri kita tetap diri kita juga. Tetapi dengan mengenal diri itu apatlah kita mengenal Allah.
Seperti yang kita perjelaskan dalam penjelasan-penjelasan yang terdahulu, AKU atau diri kita ini adalah ayat-ayat atau tanda-tanda atau bayangan Tuhan. Zat Tuhan itu, digelar oleh Ahli Sufi sebagai ‘Kunhi Zat’ (semata-mata Zat), tidak sampai kedalam pengetahuan atau ilham atau kasyaf kita. Pendeknya ilmu dan kasyaf kita tidak sampai kesana. Tetapi bayanganNya atau ayat-ayatNya atau penzahiranNya dapat kita kenali.
Matahari itu silau mata kita memandangnya tetapi bayangannya dalam air dapat kita pandang tanpa merosakkan mata. Angin tidak dapat dilihat tetapi kalau daun bergoyang itulah tanda adanya angin. Pedas tidak dapat dilihat, tetapi cabai atau cili dapat dilihat. Inilah perumpamaan atau ibarat. Fikirkanlah.
Kita ini ibarat bayang, daun, cabai tadi. Dengan melalui bayang dapat dikenali yang empunya bayang. Dengan melihat daun bergoyang, dapat diketahui adanya adanya angin. Dengan cabai dapatlah kita merasai pedas.
Paling penting bertanyalah kepada orang yang ahli dalam bidang kerohanian dan kesufian ini. Janganlah ditanya kepada yang bukan ahlinya, kerana tiap-tiap ilmu itu ada ahlinya. Ahli ilmu itulah yang faham dan mengerti tentang ilmu yang diketahui dan diamalnya.
Penutup
Demikianlah serba ringkas tentang perkara AKU ini menurut pandangan Falsafah Kesufian. Sekiranya ada salah dan silap haraplah perbetulkan.
Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah kepada kita sekalian.
Amin, amin, Ya Rabbal’alamin.

Subscribe to:
Posts (Atom)