Monday, 25 November 2013

SEMUA KEPUNYAAN ALLAH

SEMUA KEPUNYAAN ALLAH

112.Surah Al-'Ikhlāş (Verse 1)
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

112.Surah Al-'Ikhlāş (Verse 2)
اللَّهُ الصَّمَدُ

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

112.Surah Al-'Ikhlāş (Verse 3)
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

112.Surah Al-'Ikhlāş (Verse 4)
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".


21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)
وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas 
golongan yang zalim.


27.Surah An-Naml (Verse 14)
وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّاۚ فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ

Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan  
orang-orang yang melakukan kerosakan.


49.Surah Al-Ĥujurāt (Verse 9)
وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَاۖ فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّهِۚ فَإِن فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُواۖ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi  
perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 80)
وَلَا يَأْمُرَكُمْ أَن تَتَّخِذُوا الْمَلَائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًاۗ أَيَأْمُرُكُم بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنتُم مُّسْلِمُونَ

Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam?

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 2)
وَآتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَجَعَلْنَاهُ هُدًى لِّبَنِي إِسْرَائِيلَ أَلَّا تَتَّخِذُوا مِن دُونِي وَكِيلًا

Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya)".


16.Surah An-Naĥl (Verse 51)
وَقَالَ اللَّهُ لَا تَتَّخِذُوا إِلَٰهَيْنِ اثْنَيْنِۖ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌۖ فَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ

Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah  sahaja hendaknya kamu gerun gementar.



25.Surah Al-Furqān (Verse 43)
أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: 
tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?



45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 23)
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang 
menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula 
disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang 
dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang 
ingkar) tidak ingat dan insaf?


16.Surah An-Naĥl (Verse 78)
وَاللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

6.Surah Al-'An`ām (Verse 46)
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَخَذَ اللَّهُ سَمْعَكُمْ وَأَبْصَارَكُمْ وَخَتَمَ عَلَىٰ قُلُوبِكُم مَّنْ إِلَٰهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُم بِهِۗ انظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ ثُمَّ هُمْ يَصْدِفُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati 
kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada 
kamu?" Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga 
berpaling - ingkar.


23.Surah Al-Mu'minūn (Verse 78)
وَهُوَ الَّذِي أَنشَأَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَۚ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.


23.Surah Al-Mu'minūn (Verse 79)
وَهُوَ الَّذِي ذَرَأَكُمْ فِي الْأَرْضِ وَإِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Dan Dia lah yang menciptakan serta mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.


23.Surah Al-Mu'minūn (Verse 80)
وَهُوَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ وَلَهُ اخْتِلَافُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Dan Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dia lah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?



32.Surah As-Sajdah (Verse 7)
الَّذِي أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ خَلَقَهُۖ وَبَدَأَ خَلْقَ الْإِنسَانِ مِن طِينٍ

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

32.Surah As-Sajdah (Verse 8)
ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِن سُلَالَةٍ مِّن مَّاءٍ مَّهِينٍ

Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;


32.Surah As-Sajdah (Verse 9)
ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۖ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَۚ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. 
Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.


67.Surah Al-Mulk (Verse 23)
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), 
dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".



12.Surah Yūsuf (Verse 105)
وَكَأَيِّن مِّنْ آيَةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَمُرُّونَ عَلَيْهَا وَهُمْ عَنْهَا مُعْرِضُونَ

Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikan nya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang,  
sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.


30.Surah Ar-Rūm (Verse 26)
وَلَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ كُلٌّ لَّهُ قَانِتُونَ

Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak 
kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.


6.Surah Al-'An`ām (Verse 164)
قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍۚ وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَاۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُم مَّرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.

YANG WUJUD HANYA ALLAH YANG ESA

Yang wujud hanya Allah Yang Esa.

Yang Ada Hanya Allah dan tidak ada makhluk yg lainnya dan Singgahsana nya diatas air dan dia menetapkan segala Sesuatu dalam catatan (lauhil mahfuz) dan DIA menciptakan langit dan bumi..(HR. Imran bin Hushain)

Dipandang pada keEsaannya tiada tuhan tiada hamba, yang ada hanyalah keEsaanNya...

Allah telah mencipta makhlok adalah untuk memperkenalkan dirinya...  

Allah telah mentajallikan zatnya kepada sifatNya, dari sifatnya ditajallikan  asma'Nya, dari asma'Nya dizahirkan afa'alNya..

Pentajalian atau penzahiran dari zat Allah hinggalah kepada Afa'alNya itulah yang dipanggil sebagai makhlok Allah...

Selain dari Allah adalah makhlok Allah dari segi panggilannya (dipandanh dari sidut makhlok) Setiap makhlok tidak mempunyai ujudnya sendiri tetapi ujud makhlok bergantung kepada wujud Allah..

Jika Allah tidak mengadakan @ menciptakan @ menzahirkan @ mentajallikan  @ menjadikannya....  Makhlok tidak akan ada..  Ada makhlok atau selain dari Allah iaiah sedang menunjukkan tentang wujud Allah...

Jika Allah tidak menzahirkan @ mentajallikan zat, sifat, asma' dan afa'alnya Dia tidak akan boleh dikenali..

Dizahirkan zat, sifat, asma' dan afa'al Allah yang segala penzahirannya itu dipanggil sebagai makhlok untuk menerangkan huwal auwalu, huwal akhiru, huwaz zohiru, huwal batinu...

Lagi sekali ditegaskan bahawa makhlok Allah adalah pentajalian atau penzahiran dari zat kepada sifat, dari sifat kepada asma' dan dari Asma' kepada afa'al Allah...

Jadi makhlok itu ialah Allah sedang memperkenalkan diriNya didalam bentuk sifat, asma' dan afa'alnya..

(Tujuan segala-galanya itu satu jua yaitu: "AL-ABIDU WAL MAKBUDU WAHIDUN." Artinya yg menyembah dan disembah itu satu jua...)..

Pentajalian afa'al dari asma' Allah ( perbuatan sedang bergantung kepada asma'), pentajalian asma' Allah dari sifat Allah ( asma' Allah bergantung kepada sifat Allah).  Pentajalian sifat Allah dari Zat Allah (sifat Allah bergantung kepada zat Allah)

Afa'al, asma' dan sifat Allah kesemua bergantung semata-mata kepada zat Allah...

Makhlok ( kenyataan afa'al, asma'  dan sifat Allah) bergantung kepada zat Allah (menyembah Allah)..

Yang menyembah Allah ialah afa'al, asmak dan sifat Allah yang dipanggil sebagai Makhlok... Maksudnya makhlok (afa'al, asma' dan sifat Allah) bergantung kepada zat Allah..

Tanpa penzahiran dari zat Allah kepada sifat Allah, penzahiran dari sifat Allah kepada asma' Allah, penzahiran dari asma' Allah kepada sifat Allah, makhlok tidak ujud..

Makhlok tidak mempunyai ujud sendiri, ujud makhlok adalah merupakan pentajalian zat Allah kepada sifat, pentajalian sifat Allah kepada Asma' Allah, pentajalian asma' Allah kepada afa'al Allah...

MASAALAH YANG TIMBUL..... KEPADA KITA

Segala pentajalian dari zat Allah sehingga kepada Afa'al Allah ini telah dirasai oleh makhlok yang sentiasa bersifat tidak ada sebagai ujud diri mereka sendiri...

Mereka atau makhlok yang tidak ada telah merasai yang pentajalian Afa'al, asma', sifat dan zat Allah sebagai ujud , sifat, asma' dan afa'al badan diri mereka sendiri bukan memandang pentajalian zat, sifat, asma' dan sifat Allah sebagai zat, sifat, asma' dan afa'al Allah...

Jika kita telah berpegang pentajalian Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sebagai ujud diri sendiri maka kita telah menganggap diri kita ada disamping ada Allah...  

Anggapan kita yang pentajalian afa'al, asma', sifat dan ujud Allah sebagai ujud diri kita sendiri inilah yang telah dufirmankan oleh Allah didalam Al-Quran 

25.Surah Al-Furqān (Verse 43)
أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: 
tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

(Tujuan segala-galanya itu satu jua yaitu: "AL-ABIDU WAL MAKBUDU WAHIDUN." Artinya yg menyembah dan disembah itu satu jua...)....  Ini bukan memberi makna ujud makhlok bersatu dengan wujud Allah untuk menyatakan EsaNya Allah..  Tetapi KeEsaan Allah itu tetap dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila...

Peranan kita ialah menghilangkan @ membinasakan @ menghapuskan anggapan kita yang segala afa'al, asma', sifat dan ujud Allah yang sedang dinyatakan sebagai pengenalan kepada ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri sebagai ujud, sifat, asma' dan afa'al diri sendiri dan ujud, sifat, asma' dan afa'al selain dari Allah..

Kita semua berkewajipan untuk mengakui kenyataan ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sebagai ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang sedang diperkenalkan...

Maka dengan menghilangkan anggapan yang ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sebagai ujud, sifat, asma' dan afa'al diri sendiri dan ujud, sifat, asma' dan afa'al selain dari Allah dan menyaksi dan memperakui bahawa ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang sedang dipertontonkan itu adalah ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri, maka jadilah yang menyembah ( afa'al, asma' dan sifat Allah ) adalah yang disembah..... (Adalah pentajalian dari zat atau wujud Allah sendiri)

Dengan berpegang dan beriktiqod sedemikian rupa sucilah kita dari sifat keakuan diri (kita tidak mengaku haq Allah sebagai haq kita), dan maha suci zat Allah dari sebarang kekurangan... ( kita sentiasa mengaku bahawa ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang ditajallikan itu adalah ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri)- 

Dengan ini ternyatalah keEsaan Allah...


(Wujud tuhan meliputi akan segala wujud, tidak ada wujud melainkan aku dan perbuatanku "INNANY ANALLAAHU LAA ILLAAHA ILLA ANA," sesungguhnya tidak ada tuhan selain Aku.)...

Zat Allah meliputi didalam kenyataan sifat, asma' dan afa'al Allah...  Tidak ada ujud lain selain wujud Allah sahaja...

(kini antara aku dan dia menjadi satu, "MAN LAM YAZUK LAM YA'RIF." barang siapa yg belum merasai, belumlah mengetahui.)

Kenyataan afa'al, asma' dan sifat Allah (aku) adalah dari pentajalian zat Allah (Dia).. Esa Allah pada zat, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri...

Dalam hati ini tidak sanggup lidah untuk menguraikanNya, jauh di atas ukuran kata-kata, tetapi tiap orang akan mengerti sendiri bilamana telah mengalaminya.

Untuk mengalami dan merasai sendiri seperti yang diperkatakan seperti diatas hendaklah sentiasa menyaksi dan mengakui bahawa ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang sedang dipertontonkan itu adalah ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri...

Jika tidak mampu untuk mengakui, maka gunalah kaedah menyoal "Siapakah yang ..... Dan pastikan jawapannya " ALLAH" sehingga hilang rasa dan perasaan kita memiliki ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang sedang dipertontonkan oleh Allah sebagai untuk memperkenalkan ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri....... 

Yang dirasai didalam rasa perasaan yang sedang disedari ialah Allah sedang merasai ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri.

Praktikal seperti yang disebutkan ini diambil dari firman Allah 

34.Surah Saba' (Verse 24)
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu):
 
"Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" 

Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; 

dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata".


Jika kita tidak mahu berperang dengan keakuan diri sendiri (menganggap dan mengaku afa'al, asma', sifat dan ujud Allah sebagai afa'al, asma', sifat dan ujud diri sendiri dan selain dari Allah), maka selama-lamanyalah kita didalam keadaan syirik dan mempertuhankan kepada hawa nafsu dan selain dari Allah...

KITA TIDAK SEDAR YANG KITA SEDANG MENGAKU - AKU DIRI SENDIRI ADALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH..."

KITA TIDAK SEDAR YANG KITA SEDANG MENGAKU - AKU DIRI SENDIRI ADALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH..."

Allah mempunyai segala sifat yang wajib dan hanya layak untuk Dia memiliki sendiri tanpa boleh dikongsi dengan yang lain selain dari Dia sendiri...

Sifat yang wajib bagi Allah tidak terbilang banyaknya, ulamak telah menetapkan yang wajib kita ketahui sebanyak 20 sifat seperti yang telah dihuraikan didalam banyak kitab-kitan ilmu tauhid...

Sifat yang wajib bagi Allah hanya layak untuk Allah sahaja, selain dari Allah haram untuk memakainya, jika ada makhlok yang berani memakainya untuk diri mereka sendiri (makhlok yang tidak ada telah dianggap ada ujud sendiri dengan memakai sifat-sifat yang wajib bagi Allah kepada makhlok yang tidak ada, sehinggakan timbul anggapan segala sifat yang wajib bagi Allah telah dianggap sebagai sifat makhlok sendiri sehingga menimbulkan anggapan bahawa makhlok ada mempunyai ujud sendiri...  Sehingga dengan rasa memiliki segala sifat yang wajib bagi Allah untuk diri sendiri timbullah didalam rasa dan perasaan diri sendiri akan keAKUan diri (yang sebenarnya yang bersifat tidak ada) tetapi telah dirasai ada oleh diri sendiri kerana mengambil dan meletakkan sifat ada Allah kepada diri sendiri yang sebenarnya tidak ada)...

Keakuan diri sendiri yang sebenarnya bersifat dengan sifat tidak ada, telah dirasai ada kerana kita telah meletakkan sifat ada itu pada tempat yang salah iaitu kepada diri yang tidak ada, sifat ada yang sepatutnya adalah sifat Allah sahaja telah diletakkan kepada selain dari Allah dan  pada diri sendiri...

Dengan meletakkan sifat ada (yang sebenarnya sifat ada itu hanya milik Allah sahaja) kepada diri sendiri, maka dengan sendirinya akan menimbulkan sifat keakuan diri (mengaku segala sifat yang wajib bagi Allah adalah milik diri sendiri yang sedang memakai sifat ada yang hanya milik Allah sendiri sahaja...)

Bermula dengan merasai sifat ada yang hanya milik Allah sendiri sahaja sebagai ujud diri sendiri, secara automatik kita akan merasai didalam rasa dan perasaan yang dalam bahawa segala sifat-sifat yang wajib bagi Allah yang hanya layak untuk Allah sahaja telah dirasai menjadi milik diri sendiri ( yaitu ada Allah yang dianggap sebagai ada diri sendiri)..

Secara tidak disedari bermula dengan menganggap diri sendiri dan selain daripada Allah mempunyai ujud sendiri, kita telah memperakui diri kita telah memiliki sifat ketuhanan yang hanya milik Allah sendiri sahaja...

Dengan secara tidak disedari, apabila kita mengakui kita ada ujud sendiri, secara automatik kita telah mengakui diri kita memiliki sifat ketuhanan, secara tidak disedari kita telah memperakui diri kita memiliki sifat-sifat yang wajib bagi Allah yang membawa makna "AKU ALLAH - sebab ADA adalah sifat yang wajib bagi Allah, ADA itu bersifat Esa (tidak berbilang-bilang), sifat ada itu hanya milik Allah dan tidak boleh diletakkan sifat ADA kepada selain dari Allah.

Bila sifat yang wajib bagi Allah telah diletakkan kepada diri sendiri dan selain dari Allah (makhlok Allah).. Secara tidak disedari kita telah menjadikan (diri yang tiada tetapi telah dianggap ada kerana meletakkan sifat ada yang hanya milik Allah kepada diri yang tiada)

Dengan meletakkan sifat ADA kepada diri sendiri yang sebenarnya bersifat dengan sifat tiada akan melahirkan sifat Ke-Aku-an diri sendiri...  Sifat ke-Aku-an diri ini adalah hawa nafsu yang secara tidak disedari telah dijadikan tuhan selain dari Allah sebab kita telah meletakkan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada selain dari Allah (diri yang tiada tetapi telah dianggap ada kerana meletakkan sifat Ada yang hanya milik Allah kepada diri yang tiada...

Firman Allah

21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)
وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas 
golongan yang zalim.

Mengaku dan menganggap diri sendiri mempunyai ujud sendiri dengan secara tidak langsung dan secara yang tersembunyi telah berlaku seperti firman Allah

22.Surah Al-Ĥaj (Verse 62)
ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدْعُونَ مِن دُونِهِ هُوَ الْبَاطِلُ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ

Bersifatnya Allah dengan kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah, Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala  yang mereka sembah selain dari Allah itulah yang nyata palsunya. Dan 
(ingatlah) sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Secara tidak sedar kita telah meletakkan sifat yang wajib bagi Allah yang hanya milik Allah kepada diri sendiri (yang dianggap ada)....  Yang sebenarnya ada itu adalah sifat Ada Allah yang sedang ditunjukkan sebagai tanda dan ayat yang sedang menerangkan wujud atau ada Allah...

YANG MENJADI MASALAH BESAR KEPADA KITA IALAH KITA TAK JUMPA JALAN UNTUK MENGHILANGKAN RASA ADA DIRI SENDIRI YANG TELAH LAMA MELEKAT DAN TELAH MENJADI DARAH DAGING.....

Selagi kita tidak bertemu jalan bagaimana nak menafikan atau menghilangkan rasa ada diri sendiri selagi itu kiya kekal bertuhanlan kepada keakuan diri (Aku diri sendiri yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan itu sifat yang wajib bagi Allah yang hanya milik Allah sahaja)...  

Orang yang syirik kepada Allah dipanggil didalam Al-Quran sebagai orang musyrik...


39.Surah Az-Zumar (Verse 3)
أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُۚ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara 
mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang 
bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).

2.Surah Al-Baqarah (Verse 163)
وَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌۖ لَّا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

20.Surah Ţāhā (Verse 14)
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 25)
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".

16.Surah An-Naĥl (Verse 2)
يُنَزِّلُ الْمَلَائِكَةَ بِالرُّوحِ مِنْ أَمْرِهِ عَلَىٰ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ أَنْ أَنذِرُوا أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاتَّقُونِ

Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul);  (lalu Ia berfirman kepada Rasul-rasul): "Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, 
bertaqwalah kamu kepadaku".


28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)
وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada 
Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua 
dikembalikan.

28.Surah Al-Qaşaş (Verse 30)
فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ مِن شَاطِئِ الْوَادِ الْأَيْمَنِ فِي الْبُقْعَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ الشَّجَرَةِ أَن يَا مُوسَىٰ إِنِّي أَنَا اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Maka ketika ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam. 

Thursday, 21 November 2013

SALAH KAH KITA ???

Salahkah Kita?

Pokok persoalannya adakah manusia dan selain dari Allah itu mempunyai ujud sendiri?

Manusia dan selain dari Allah asalnya tidak ada..

Salahkah kita mengatakan bahawa manusia dan selain dari Allah tidak ada sepertimana asalnya..

Dan Allah itu Esa sepertimana asalnya...

Asalnya Allah itu Esa, bersendirian, bersalahan bagi segala yang baharu... Allah ada selain dari Allah tidak ada....

Adakah Ada Allah dan tidak ada selain dari Allah ini akan mengalami perubahan?...

Jika pada mulanya Allah yang bersendirian dan Esa adanya, manusia dan selain dari Allah belum diadakan lagi...

Jadi bila Allah sahaja yang ada pada permulaannya, dari manakah Allah jadikan manusia dan sekalian alam ini..  

Adakah Allah jadikan manusia dan sekalian alam ini dari yang lain dari sifat, asma' dan afa'al Allah itu sendiri...

Jika Allah menjadikan segala manusia dan sekalian Alam bukan dari sifat, asma' dan afa'alNya sendiri, adakah selain dari Allah ketika Dia didalam keadaan Esa itu...

Jika tidak ada salahkah kita mengatakan bahawa kita dan kesekalian alam ini adalah kenyataan zat, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri..

Jika kita yang mulanya tidak ada, kemudiannya diadakan oleh Allah,

Dari apakah Allah jadikan kita dan sekalian alam ini, jika bukan dari sifat, asma' dan perbuatanNya sendiri..?

Ketika Allah bersendirian dan sekalian Alam ini belum lagi diadakan oleh Allah, adakah selain dari Allah yang Esa itu?

Lagi sekali persoalan timbul, jika tidak ada selain dari Allah, ketika ia bersendirian dari apakah Allah menciptakan sekalian Alam ini, jika bukan dari sifat, asma' dan afa'alnya sendiri....?

Jika kita dan sekalian Alam diciptakan oleh Allah dari sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri, adakah sekalian makhlok ini lain dari kenyataan sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri???????

Jika Allah menciptakan sekalian makhlok ini dari sifat, asma' dan afa'alNya sendiri, adakah maklok itu berujud sendiri bukan berujud berpunca dari sifat, asma' dan afa'al Allah.

Jika makhlok itu berpunca dari Allah, adakah makhlok itu mempunyai ujudnya sendiri...?

Sesuatu yang berpunca dari yang lain sebenarnya sedang menerangkan tentang keadaan asal usul puncanya itu....

Salahkah kita jika kita berpegang dan beriktikadkan bahawa kita dan sekalian alam ini adalah merupakan keterangan wujud, sifat, asmak dan afa'al Allah sendiri atau dengan kata lain ujud makhlok adalah merupakan Allah sedang memperkenalkan wujud, sifat, asma' dan afa'alnya sendiri....

Jika Allah sahaja yang bersendirian pada MulaNya, dari mana datangnya penciptaanNya kalau bukan dari Dianya sendiri.. ?

Rasakanlah pada diri kita sendiri, Ada siapa yang dirasakan sekarang ini ?..  Jika kita sedang merasakan ada yang sedang dirasa itu adalah ada kita sendiri, bolehkah kita  merasakan ada Allah yang dikatakan bersifat dengan sifat wujud itu..

Kalau tidak dapat merasakan wujud Allah bagaimana selama ini kita mengatakan Allah itu wujud... Bukankah kita sedang menipu diri sendiri...?

Sekarang cuba alihkan atau tukarkan pegangan kita dengan mengakui bahawa ada yang sedang dirasakan sendiri oleh kita itu adalah ada Allah sendiri yang sedang diperkenalkanNya..

Pada mulanya kita terpaksa melawan dengan kehendak kita sendiri yang merasakan sifat ada pada diri kita itu adalah sifat kita,  kita tetap akan mengaku ada itu ada kita juga....

Lawanlah pengakuan diri itu dengan tetap mengakui yang ada yang sedang dirasai itu adalah ada Allah sehingga pengakuan Ada yang sedang diadakan itu adalah ada Allah sehingga bertukar tempat dari dulu kita merasakan ada diri kita, kita tidak dapat merasakan kewujudan Allah...

Apabila telah tetap mengaku ada yang sedang dirasai itu ada Allah, maka bertukarlah rasa yang sedang dirasai itu ada Allah, kita sudah menjadi tidak ada...
  
Keadaan ini akan terhasil kerana sifat ada itu adalah Esa, tidak ada dua ada didalam satu masa..

Sebelum ini kita merasai kita ada, Allah tidak ada (tetapi didalam pengetahuan kita tahu bahawa sifat ada itu sifat Allah, sekalian makhlok bersifat dengan sifat tidak ada)..

Sifat wujud atau ada itu Esa, dan wujud itu hanya sifat milik Allah sahaja, bersalahan Allah itu dengan sifat makhlok dimana Allah ada, makhlok tidak ada...

Jika kita mengatakan,, merasakan, menganggap makhlok ada, maka disini menunjukkan persamaan sifat Allah dengan sifat Makhlok... Mustahil sifat Allah itu bersamaan dengan sifat makhlok...

Setelah pengakuan ada yang sedang dirasai itu adalah ada Allah, kita akan merasai ada itu adalah ada Allah, kita sudah menjadi tidak ada...

Lakukan dan rasailah sendiri, selagi belum melakukan sendiri tidak akan dapat merasakan seperti apa yang diperkatakan..

Teruskan lagi dengan rasa perasaan itu sehingga mencapai kepada yang sedang merasai ada Allah itu Allah sendiri supaya bertepatan dengan apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw ' Ariftu robbi bi robbi - Aku kenal tuhan aku dengan tuhan aku...

Perjalanan ini harus dilalui sendiri dan harus berani melawan dengan hawa nafsu sendiri yang sentiasa ingin memiliki segala sifat, asma' dan afa'al Allah untuk diri sendiri (menganggap diri sendiri bersifat dengan sifat Allah).... 

Melawan hawa nafsu yang sentiasa ingin memiliki sifat, asma' dan afa'al Allah untuk diri sendiri (sentiasa merasakan kita memiliki sifat, asma' dan afa'al Allah).. Supaya mengaku segala sifat, asma' dan afa'al Allah adalah sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri memerlukan sifat juang yang tinggi dan merupakan satu peperangan yang hebat.

Ini bersesuaian dengan sabda Nabi perang yang paling besar ialah berperang dengan hawa nafsu sendiri...

BENTENG @ KOTA ALLAH

Benteng @ Kota Allah

Berkata Ali RA..Rasulullah bersabda...Allah berfirman...............;Sesungguh AKU lah ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU...Barangsiapa BERTAUHID kepadaKu niscaya masuklah ia kedalam benteng Ku,,,Daan barangsiapa yang masuk bentengKu..niscaya terselamatlah dia dari SiksaKu...(H R . Syirazi)

KITA SEMUA TELAH MENGENAL ALLAH

KITA SEMUA TELAH MENGENAL ALLAH

29.Surah Al-`Ankabūt (Verse 61)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُۖ فَأَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang  
memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?


29.Surah Al-`Ankabūt (Verse 63)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِن بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُۚ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia 
hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): 
"Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan 
pengertian syirik).


31.Surah Luqmān (Verse 25)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُۚ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu 
mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): 
"Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).


39.Surah Az-Zumar (Verse 38)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُۚ قُلْ أَفَرَأَيْتُم مَّا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِۚ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُۖ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka 
(yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah 
tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari 
Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan 
memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".


43.Surah Az-Zukhruf (Verse 9)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka 
(yang musyrik) itu:" Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha  Kuasa, lagi Maha Mengetahui".


43.Surah Az-Zukhruf (Verse 87)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُۖ فَأَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: 
"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari 
menyembah dan mengesakanNya)?

67.Surah Al-Mulk (Verse 29)
قُلْ هُوَ الرَّحْمَٰنُ آمَنَّا بِهِ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَاۖ فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah, Dia lah Yang Maha Pemurah, yang 
kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang 
nyata".

Berdasarkan kepada firman-firman Allah seperti diatas, kita semua telahpun mengenali Allah...

Jika kita tanya kepada diri kita sendiri, siapakah yang menjadikan kita dan segala perbuatan yang sedang kita berbuat sekarang ini, Nescaya diri kita sendiri akan menjawab "ALLAH"

Cuba lah sendiri bertanya sendiri kepada diri kita yang didalam badan kita, apakah jawapan yang akan kita perdapatkan darinya.  Saya Pasti sudah tentu kita akan mendapati jawapan "ALLAH" darinya kerana Allah tidak menipu kita...

Cuba pula kita bertanya kepada sesiapa sahaja diluar dari badan diri kita sendiri, siapakah yang menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu, Sudah pasti mereka akan menjawab "Tuhan arau Allah",  jika mereka menipu dengan menjawab selain dari "Tuhan atau Allah" melalui mulut mereka tetapi jauh didalam sudut hati mereka, mereka akan menjawab " Tuhan arau Allah"..

Saya berkata demikian kerana Allah tidak pernah menipu kita didalam firmannya...

Sebenarnya bukan kita tidak mengenali Allah tetapi sebenarnya kita lupa, kita tidak mengingati Allah, kita sudah pun tahu, Allah yang sedang menjadikan kita, Allah yang sedang menjadikan segala perbuatan kita, tetapi kita tidak pernah ingat, kita tidak pernah membawa pengenalan kita itu didalam setiap detik kehidupan kita... 

Sebenarnya bukan kita tidak mengenali Allah tetapi kita lalai untuk mengingati Allah.  Kelalaian kita untuk ingat kepada Allah disetiap turun naiknya pernafasan kita, disetiap detik kehidupan harian kita yang menyebabkan kita dikatakan tidak mengenali Allah...

Jadi sejak dari saat ini marilah kita semua kembali ingat kepada Allah, jika kita tidak mampu ingat kepada Allah secara spontan

Selalulah berlatih atau berpraktikal melalui cara dibawah...

Selalulah ingat kepada keberadaan diri kita dan soallah pada diri yang kita sedar itu siapakah yang menjadikan keberadaan ini dan apa yang keberadaan diri itu sedang berbuat.... Jawablah Allah diatas setiap pertanyaan kepada kesedaran Diri itu...

Saya ulangi sekali lagi mencoretkan firman Allah yang bermaksud  "Tegaskan - "Allah, Dia lah Yang Maha Pemurah, yang 
kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang 
nyata".

Hasil penerangan dari firman Allah seperti diatas sebenarnya setiap badan diri dari manusia telahpun diperkenalkan kepada Allah dan telahpun mengenali Allah

Kita cuba lihat pula kepada firman Allah seperti dibawah:-
37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96)
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"

13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)
قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُۚ قُلْ أَفَاتَّخَذْتُم مِّن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّاۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُۗ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْۚ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" 

Jawablah: "Allah". 

Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, 
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" 

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? 

Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? 

Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" 

Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

Firman Allah 

34.Surah Saba' (Verse 24)
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi 
rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan 
kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".

Untuk membolehkan kita yang selama ini didalam kelalaian, kembali mengingati kepada Allah, hendaklah kita selalu mengajukan soalan "Siapakah yang (.... Sifat, asma' dan Afa'al Allah).. Tentukan diri kita menjawab "ALLAH"

Berpraktikallah dengannya sehingga timbul ingat kepada Allah itu tanpa memerlukan kita menyoal diri kita...

Sehingga apabila bangun saja dari tidur sampai tidur kembali sentiasa ingat kepada Allah..  Tidak ada lagi ruang walau sedetik pun lupa kepada Allah...

SOALAN SIAPAKAH YANG ??? MEMBUAHKAN MAKRIFATULLAH

SOALAN SIAPAKAH YANG ??? MEMBUAHKAN MAKRIFATULLAH

Dalam soal ingat kepada Allah ini Allah telah pun mengajar kita bagaimana cara kita nak ingat kepadanya...

Allah telah terapkan ingat kepada kekasih hati kita ingat kepada ibu bapa kita dan lain-lain sebagai pelajaran kepada kita supaya kita belajar darinya bagaimana nak ingat kepada Allah...

Kita ada seorang kekasih hati, dalam ramai-ramai manusia dialah yang selalu kita ingat, ingat sangat-sangat sampai terbawa-bawa sehingga ketempat tidur,  kalau tak dapat lihat sikekasih hati itu, dapat lihat harta benda dia seperti rumah, kereta, baju dan lain-lain sudah terubat rasa ingat dan rindu kepadanya..

Jika tidak dapat melihat sikekasih hati, dapat lihat kepada kaum keluarganya cukuplah untuk mengubati ingat dan rindu dendam kepadanya...

Jika kepada sesama manusia yang dipanggil sebagai kekasih hati kita boleh ingat dan rindu sampai separuh gila,  kenapa kepada Allah kita tak boleh ingat sampai macam tu..

Sebab kita tidak mengenali Allah seperti kita mengenali kekasih hati kita itu...

Untuk dapat mengingati Allah hendaklah Allah dikenali dengan sebenar-benar kenal.  Kita tidak akan dapat ingat kepada yang kita tidak kenali....

Untuk itu marilah kita semua sama-sama mencari jalan bagaimana kita nak kenal Allah..  Bukan membicara bagaimana Allah tetapi belajar apa yang perlu kita lakukan supaya kita Allah memperkenalkan dirinya..

Allah sentiasa memperkenalkan dirinya, pengenalannya itu kita telah anggap sebagai ujud selain dari Allah disamping wujud Allah...

Apa yang perlu kita buat supaya kita tidak menganggap pengenalan Allah itu sebagai ujud lain selain dari Allah supaya kita boleh ingat kepada Allah seperti kita ingat kepada kekasih hati kita sekarang ini...

Untuk memudah mencapai ingat dan mengenali Allah sentiasalah bertanyakan soalan "Siapa yang ..... Boleh mengambil samada sifat, asma' atau afa'al Allah, sebaiknya apa yang disedari didaat dan ketika ini juga"

Contoh kita sedang merasai keujudan diri kita "ajukan soalan siapa yang menjadikan kita, tentukan jawapannya Allah,  ketika sedang kita berjalan, tanyalah soalan siapakah yang menjadikan kita sedang berjalan ini, tentukan jawapannya "ALLAH"

Ketika kita sedang berfikir, soallah siapa yang sedang memberi kita berfikir, tentukan jawapannya "ALLAH"

Ketika kita sedang bersama suami atau isteri kita, ajukan soalan siapakah yang memberi kita sedang bersama dengan suami atau isteri kita, tentukan jawapannya "Allah"

Ketika kita sedang menjalankan tugas harian ditempat kerja masingmasing, ajukan soalan siapakah yang bagi kita menjalankan tugas ini, tentukan jawapannya "Allah"  dan seterusnya 

Latih memberi soalan seperti ini sehingga kesedaran yang Allah yang menjadikan sesuatu terlahir dengan sendirinya dan kita sedang melihat Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebenar-benarnya..

Kaedah ini didapati didalam firman Allah 

34.Surah Saba' (Verse 24)
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi 
rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata".


13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)
قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُۚ قُلْ أَفَاتَّخَذْتُم مِّن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّاۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُۗ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْۚ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" 

Jawablah: "Allah". 

Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, 
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" 

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? 

Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? 

Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" 

Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.


Kembalilah kepada Allah dengan selalu mengajukan soalan kepada diri " SIAPAKAH YANG ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH"

Praktiklah sehingga sampai dapat merasakan Allah sedang mencipta kita dan Allah sedang menjadikan segala perbuatan...