Tuesday 26 November 2013

NIAT ITU APA ?

Niat...itu apa..

Niat itu terbit dari...kehendak Qudrat dan IradatNya..

Dan dalam pengetahuan IlmuNya ..

Niat itu didalam hati; tiada suara, tiada huruf, tiada kata-kata..

Niat taklok atau bergantung pada sifat ilmu iaitu tahu, maksudnya bukanlah dengan melafazkan tetapi dengan mengetahui...

Berdiri sahaja kita diatas tikar sembahyang, telah lahir didalam pengetahuan kita, kita nak melakukan solat apa? Solat tu berapa raka'at, dan kita juga tahu kalau Allah tidak gerakkan atau menjadikan kita dan segala perbuatan kita, kita tidak akan boleh melakukan solat ini..

Kita tahu, kita sedar dan kita merasai sendiri segala keujudan dan segala perbuatan yang sedang dilakukan adalah keujudan yang Allah sedang mengadakan dan timbul didalam kesedaran dan perasaan kita bahawa segala perlakuan kita didalam solat ini adalah Allah yang sedang menjadikan perbuatan itu... Inilah yang dimaksudkan kerana Allah..

Lafaz niat sebenarnya bukanlah niat, lafaz niat boleh dilakukan untuk sebagai panduan untuk kita berniat seperti yang diterangkan diatas..

Untuk boleh merasakan sendiri keadaan ini selalulah kita melatih diri dengan mengajukan soalan  "Siapakah yang....... Dan tentukan jawapannya "Allah" diluar solat sampai dapat merasakan Allah sedang menjadikan kita dan segala perbuatan kita sampai dia terlahir sendiri tanpa perlu lagi kita mengajukan soalan..

Sehingga kita sudah tetap dengannya dari mula bangun tidur sehinggalah kita tidur semula...

Sesungguhnya tidur itu adalah saudaranya mati dan didalam tidur itu berlakunya penyerahan total kepada Allah...

Perbuatan didalam solat tertaklok atau bergantung pada sifat melihat - kita melihat segala perbuatan lahir dengan mata zahir dan melihat perlakuan batin dengan mata batin (tenggelam didalam huwaz zohiru, huwal batinu)

Segala bacaan didalam solat pula tertaklok atau bergantung kepada sifat mendengar - kita mendengar segala bacaan zahir dengan telinga zahir dan mendengar bacaan batin dengan telinga batin. (tenggelam didalam huwaz zohiru, huwal batinu)



Barulah kamu mangatakan ALLAH HU AKBAR..

Allah lah terhimpun sifat UluhiyahNya..

Dan pada kalimat Hu..itu jgn dibunyikan....Ketiadaan..atau kekosongan ...

Dan pada Akbar.....maka meliputilah semuanya. .maka..disitu nampaklah Rububiyah ..

Pada mengata Allah Hu Akbar itu tadi terhimpunlah sifat Uluhiyyah dan Rubbiyah...

Jadi bila faham ini ..maka..Nyatalah..siapa yg sembahyang...Bukan mengaku..2 aje..

Ini asas faham..boleh dihalusi lagi...mana sifat nafsiah..salbiah..maani dan maknawiyah..pecah dan halusi lagi..

Nafiah itu ujud ..ujud siapa...jika kata ujud Allah..Allah itu bersifat ke..

Ujud ..mesti ada barangnya..mana..barangnya..

Ibarat pen .tika kita menulis...jika lihat pen..kamu tak namoak dakwatnya....tapi bergelar pen.
Bila ada dakwat dan bekasnya..

Jadi..ujud itu diketahui bila datang nya sifat Salbiah itu..mana dia...

Yang dikatakan perrbendeharaan tersembunyi itu...apa dia..

Pada kalimat Ilah..sifat Salbiah..

Sifat salbiah .qidam baqa mukhilafatyhu..  quamuhu binafsih.  wahdaniyyat...

Kat mana Nyatanya..

Bila sebut Allah..keluar sifat..itu...makailah dia salbiah itu tadi...perbendeharaan...itu tadi..

Pada kalimat Hu..ini sifat maknawiyah....yakni SE..

Akbar pula..dah meliputi..maani dan Nafsiah...

Jadi tak terpisahlah dia..Dunia wal Akhirat...

SE  nya itu tadi sampailah Muntaha...yakni hakikat..

SE itu tadi meliputilah...Rahsia Zat Dirinya Rabb...

Maka bila diketahui ini...jadilah kamu tahu...yakni berilmulah kamu..dengan ILMULLAH..ILMU ALLAH..

No comments:

Post a Comment