Thursday 10 September 2015

DIDALAM KITA MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH, KITA DIKEHENDAKI SENTIASA BERSIH DARI SEBARANG SYIRIK ATAU DENGAN KATA LAIN MESTI TETAP DIATAS DASAR IKTIQAD DAN TAUHID....

DIDALAM KITA MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH, KITA DIKEHENDAKI SENTIASA BERSIH DARI SEBARANG SYIRIK ATAU DENGAN KATA LAIN MESTI TETAP DIATAS DASAR IKTIQAD DAN TAUHID....

Firman Allah berkaitan iktiqad tauhid

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 89) 

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا لِلنَّاسِ فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَىٰ أَكْثَرُ النَّاسِ إِلَّا كُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.

Engkau adalah Ar-rohul qudsiah yg merupakan sifat Allah, maka tiada terpisah ia dengan Allah, Allah yang tunggal tiada sesuatu yg wujud melainkan dgn wujud Allah segala hakikat yg wujud itu adalah KEABADIAN.

Hayyun daa'imu laa yamuutu abada.
(Hidup selamanya tiada mati dan kekal)

Ini adalah satu kenyataan yang sedang menyatakan keabadian Allah,

Adakah kita sudah melakukan sepertimana yang telah diperkatakan atau sekadar hanya memperkatakan sahaja tanpa melakukan sepertimana yang telah diperkatakan itu...?

Jika kita sekadar memperkatakan tetapi tidak melakukan sepertimana yang diperkatakan, Allah ada memberikan peringatan seperti didalam firmanNya

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 221) 

هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ

Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 222) 

تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ

Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 223) 

يُلْقُونَ السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ

Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 224) 

وَالشُّعَرَاءُ يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ

Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 225) 

أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ

Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 226) 

وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ

Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 227) 

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا وَانتَصَرُوا مِن بَعْدِ مَا ظُلِمُواۗ وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan 
penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, 
serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), 
orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

JANGAN KATAKAN APA YANG TIDAK DILAKUKAN 

61.Surah Aş-Şaf (Verse 1)
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

61.Surah Aş-Şaf (Verse 2)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

61.Surah Aş-Şaf (Verse 3)
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Jika kita sudah melakukan seperti yang telah diperkatakan, bagaimana cara kita melakukannya?

Untuk sentiasa berada seperti yang diperkatakan iaitu

Hayyun daa'imu laa yamuutu abada.
(Hidup selamanya tiada mati dan kekal)

Salah satu jalan dan cara yang boleh dilakukan ialah dengan melaksanakan perintah Allah yang TERSIRAT didalam firmanNya

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Dan sabda Nabi Muhammad saw 

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. Pejamkan mata mu, Tongkat kan lidah mu ke langit2, sebutlah nama Allah sebanyak2 nya dalam qalbi. 

RAHSIA YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

IALAH

1.  Tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat-sifat yang sedang dirasai dengan sebulat-bulat umpuan bermakna sedang melakukan penyaksian seperti yang telah kita katakan didalam kalimah Tauhid iaitu ASHADU - AKU BERSAKSI ATAU AKU SEDANG MENYAKSI

2. Didalam masa yang sama sebutlah Allah sebanyak-banyaknya, akan berlaku dengan cara tersendiri pengakuan bahawa sifat yang sedang disaksikan itu adalah sifat Allah... Dengan tidak perlu kita mengaku-ngaku

Dengan secara tersendiri apabila kita melaksanakan perintah Allah yang tersirat didalam firmsnNya

"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Akan berlaku penyaksian dan pengakuan yang Allah itu adalah Allah

PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN INI BERLAKU SECARA TERSENDIRI ATAU DENGAN KATA LAIN SECARA AUTOMATIK..

Hadis kudsi ada menerangkan bahawa "INSAN ITU RAHSIA AKU, AKU RAHSIA INSAN, RAHSIA ITU SIFAT AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU"

SETELAH BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH YANG SEDANG DISAKSIKAN ITU ADALAH SIFAT ALLAH (SIFAT ALLAH BUKAN LAIN DARI ALLAH).  PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG BERLAKU SECARA TERSENDIRI INI JUGA DISEBUT ISBAT....

LAGI SEKALI DENGAN SECARA TIDAK DISEDARI BERLAKU PENAFIAN SEGALA SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI DAN KEPADA SESUATU SELAIN DARI ALLAH..

NAFI DAN ISBAT AKAN BERLAKU DIDALAM SATU MASA YANG SAMA, NAFI DAN ISBAT BILA DISEBUT ADALAH MERUPAKAN DUA PERKARA YANG BERBEZA TETAPI DIDALAM PRAKTIKAL IA TELAH MERUPAKAN DUA DALAM SATU....

TERKANDUNG DIDALAM DUA PERLAKUAN (PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN) YANG BERLAKU DIDALAM SATU MASA YANG SAMA.