Monday 2 January 2012

(الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات)

(الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات)


bermula fasal yang keempat pada menyatakan tauhid azzat ertinya mengesakan allah ta'ala pada zat dan maqam inilah yang setinggi2 maqam tiada lagi diatasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya dan kepadanya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orangyang 'arif dan kepadanyalah perhentian perjalanan merekaitu dan kepadanyalah diperolihi lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga2 dan sehabis2 sampai pengetahuan segala makhluk dan kepada maqam yang diatasnya daripada ini tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga nabi mursal dan malaikat yang muqarrobin sekalipun tiada sampai kepadanya iaitu maqam kunnuhu zat allah ta'ala seperti firman allah ta'ala (ويحذركم الله نفسه) ya'ni dipertakuti allah ta'ala daripada sampai makrifat akan kunnuhu zatnya (dan lagi) sabda nabi saw (كلّكم فى ذات الله أحمق) ya'ani sekelian kamu mendapat akan kunnunhu zat allah ta'ala ahma' ertinya tiada mendapat kepada kunnunhu zatnya sekali2 (kata) syech abdul wahab assyarani qadassalahu sirrahu didalam kitab aljuahir waddhurur daripada menterjemahkan kata syechnya ali khawas rodhiallahu anhu (bermula) pengetahuan akan hanya hak allah ta'ala itu tiada merasai dan mendapat akandia olih seorang juapun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya allah ta'ala itu bukan ia [b]'ain yang dihukumkan akandia olih akal dan bukan ia 'ain yang dihukumkan akandia olih syuhud hati dan mata[/b] tetapi adalah ia dibalik yang demikian itu maka bukan ia 'ain yang dikenal olih merekaitu akandia dan bukan ia 'ain yang dijahilkan olih merekaitu akandia (dan barangsiapa) mengetahui ia akan yang demikian itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi ghoib iaitulah 'ain yang disyuhud dan iaitulah 'ibadat yang sempurna 'ibadat wallahu 'alam ah (shahadan) tiada yang sampai kepada maqam tauhid azzat ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barangyang ada daripada segala anbia' dan aulia' yang dibawah qidamnya kerana tiada yang dijadikan allah ta'ala dengan zatnya itu hanya nabi kita Muhammad saw jua seperti yang tersebut didalam hadis jabir rhodiallahu anhu yang lagi akan datang pada khotimah (shahadan) bermula kifiyat yang mengesakan allah ta'ala pada zat itu iaitu dipandang dengan mata kepala dan dengan mata hati bahawasanya tiada yang maujud didalam ujud ini hanya allah ta'ala jua iaitu 'ibarat daripada fana' segala zat kita dan segala zat yang lainnya daripada zat kita daripada segala makhluk dibawah zat allah ta'ala sekira2 tiada yang maujud melainkan allah ta'ala jua sendirian dan adalah ujud segala yang lain daripada segala makhluk itu menempati tiada kerana ujud yang lain daripada allah ta'ala itu bukan maujud sendirian hanya ia maujud dengan allah ta'ala jua ertinya ujud yang lain daripada allah ta'ala itu qhoim ia dengan ujud allah ta'ala tiada qoim dengan sendirinya tetapi adalah ujud yang lain daripada allah ta'ala itu khayal ertinya menempati akan ma'dum pada tempat yang maujud dan waham ertinya sangka dan bathil jua dengan dinisbahkan kepada ujud allah ta'ala (kata) syechuna al'arifi billah assyech siddiq bin umar khan rohimallah bermula segala ujud ghairrullah itu seperti ujud yang kita lihat akandia didalam mimpi jua tiada baginya haqiqat maka apabila jaga kita hilanglah ia seperti demikian itulah ujud ghairrullah apabila kita mati nescaya hilanglah ia maka baharulah pada ketika itu kita jaga dan kita lihat bahawasanya tiada baginya ujud yang sebenarnya (seperti) sabda nabi saw (الناس نيام فإذا ماتوا التبهوا) bermula segala manusia itu tidur maka apabila mati merekaitu baharulah jaga merekaitu (maka adapun) mati itu dua perkara pada istillah ahli attassawuf (pertamanya) mati khassi namanya iaitu iaitu 'ibarat bercerai ruh daripada jasad ( keduanya) mati ma'nawi namanya iaitu yang diisyaratkan olih rasullullah saw dengan sabdanya ( موتوا قبل أن تموتوا ومن أراد أن ينظر إلى ميت يمشى على وجه الأرض فلينظرإلى أبى بكر ) ya'ni matikan olihmu akan diri kamu ssebelum lagi mati kamu dan barangsiapa menghendak melihat kepada mayat yang berjalan ia diatas bumi maka hendaklah lihat olihmu kepada abu bakar iaitu 'ibarat daripada mati nafsu yang amarah dan 'ibarat daripada pandang akan bahawasanya segala ghairrullah itu fana' dan tiada pada haqiqatnya 'intaha'

ahma' (أحمق) buta @ tidak mampu memahami @ sukar dicapai indera-rasa
'ain (عين) materi @ kehadhiran @ fenomena @ fatasia
ghairullah (غيرالله) bukan ketuhanan @ selain tuhan
kunnuhu (كنّه) keberadaannya @ keadaannya @ hal manifestasinya
ma'dum (معدوم) tidak ujud @ tidak dapat dikatakan ada kerana kepastian tiadanya @ tidak juga bolih dikatakan kosong kerana tidak pernah adanya
ma'nawi (معنوى) pengertian yang mendalam @ pengertian disebalik tabir
maujud (موجود) kelibat @ keberadaan @ dualisma zat

(الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات)


bermula fasal yang keempat pada menyatakan tauhid azzat ertinya mengesakan allah ta'ala pada zat dan maqam inilah yang setinggi2 maqam tiada lagi diatasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya dan kepadanya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orangyang 'arif dan kepadanyalah perhentian perjalanan merekaitu dan kepadanyalah diperolihi lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga2 dan sehabis2 sampai pengetahuan segala makhluk dan kepada maqam yang diatasnya daripada ini tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga nabi mursal dan malaikat yang muqarrobin sekalipun tiada sampai kepadanya iaitu maqam kunnuhu zat allah ta'ala seperti firman allah ta'la (ويحذركم الله نفسه) ya'ni dipertakuti allah ta'ala daripada sampai ma'arifat akan kunnuhu zatnya (dan lagi) sabda nabi saw (كلّكم فى ذات الله أحمق) ya'ani sekelian kamu mendapat akan kunnunhu zat allah ta'ala ahma' ertinya tiada mendapat kepada kunnunhu zatnya sekali2 (kata) syech abdul wahab assyarani qadassalahu sirrahu didalam kitab aljuahir waddhurur daripada menterjemahkan kata syechnya ali khawas rodhiallahu anhu (bermula) pengetahuan akan hanya hak allah ta'ala itu tiada merasai dan mendapat akandia olih seorang juapun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya allah ta'ala itu bukan ia [b]'ain yang dihukumkan akandia olih akal dan bukan ia 'ain yang dihukumkan akandia olih syuhud hati dan mata[/b] tetapi adalah ia dibalik yang demikian itu maka bukan ia 'ain yang dikenal olih merekaitu akandia dan bukan ia 'ain yang dijahilkan olih merekaitu akandia (dan barangsiapa) mengetahui ia akan yang demikian itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi ghoib iaitulah 'ain yang disyuhud dan iaitulah 'ibadat yang sempurna 'ibadat wallahu 'alam ah (shahadan) tiada yang sampai kepada maqam tauhid azzat ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barangyang ada daripada segala anbia' dan aulia' yang dibawah qidamnya kerana tiada yang dijadikan allah ta'ala dengan zatnya itu hanya nabi kita Muhammad saw jua seperti yang tersebut didalam hadis jabir rhodiallahu anhu yang lagi akan datang pada khotimah (shahadan) bermula kifiyat yang mengesakan allah ta'ala pada zat itu iaitu dipandang dengan mata kepala dan dengan mata hati bahawasanya tiada yang maujud didalam ujud ini hanya allah ta'ala jua iaitu 'ibarat daripada fana' segala zat kita dan segala zat yang lainnya daripada zat kita daripada segala makhluk dibawah zat allah ta'ala sekira2 tiada yang maujud melainkan allah ta'ala jua sendirian dan adalah ujud segala yang lain daripada segala makhluk itu menempati tiada kerana ujud yang lain daripada allah ta'ala itu bukan maujud sendirian hanya ia maujud dengan allah ta'ala jua ertinya ujud yang lain daripada allah ta'ala itu qhoim ia dengan ujud allah ta'ala tiada qoim dengan sendirinya tetapi adalah ujud yang lain daripada allah ta'ala itu khayal ertinya menempati akan ma'dum pada tempat yang maujud dan waham ertinya sangka dan bathil jua dengan dinisbahkan kepada ujud allah ta'ala (kata) syechuna al'arif billah assyech siddiq bin umar khan rohimallah bermula segala ujud ghairrullah itu seperti ujud yang kita lihat akandia didalam mimpi jua tiada baginya haqiqat maka apabila jaga kita hilanglah ia seperti demikian itulah ujud ghairrullah apabila kita mati nescaya hilanglah ia maka baharulah pada ketika itu kita jaga dan kita lihat bahawasanya tiada baginya ujud yang sebenarnya (seperti) sabda nabi saw (الناس نيام فإذا ماتوا التبهوا) bermula segala manusia itu tidur maka apabila mati merekaitu baharulah jaga merekaitu (maka adapun) mati itu dua perkara pada istillah ahli attassawuf (pertamanya) mati khassi namanya iaitu iaitu 'ibarat bercerai ruh daripada jasad ( keduanya) mati ma'nawi namanya iaitu yang diisyaratkan olih rasullullah saw dengan sabdanya ( موتوا قبل أن تموتوا ومن أراد أن ينظر إلى ميت يمشى على وجه الأرض فلينظرإلى أبى بكر ) ya'ni matikan olihmu akan diri kamu ssebelum lagi mati kamu dan barangsiapa menghendak melihat kepada mayat yang berjalan ia diatas bumi maka hendaklah lihat olihmu kepada abu bakar iaitu 'ibarat daripada mati nafsu yang amarah dan 'ibarat daripada pandang akan bahawasanya segala ghairrullah itu fana' dan tiada pada haqiqatnya 'intaha'

ahma' (أحمق) buta @ tidak mampu memahami @ sukar dicapai indera-rasa
'ain (عين) materi @ kehadhiran @ fenomena @ fatasia
ghairullah (غيرالله) bukan ketuhanan @ selain tuhan
kunnuhu (كنّه) keberadaannya @ keadaannya @ hal manifestasinya
ma'dum (معدوم) tidak ujud @ tidak dapat dikatakan ada kerana kepastian tiadanya @ tidak juga bolih dikatakan kosong kerana tidak pernah adanya
ma'nawi (معنوى) pengertian yang mendalam @ pengertian disebalik tabir
maujud (موجود) kelibat @ keberadaan @ dualisma zat

(kata) setengah 'arif bermula alam ini naskhah alhaq ta'ala (dan) dan kata setengah ini cermin haq ta'ala (kata) assyech alakbar walkibriyat alahmar qadassallahu sirrahu didalam fusus dan apabila adalah haq allah ta'ala itu waqayah bagi hamba pada suatu wajah iaitu keadaan haq ta'ala itu zhohir ia didalam cermin hamba dan jadilah hamba itu bathin dan apabila adalah hamba itu waqayah bagi haq ta'ala pada suatu wajah iaitu keadaan hamba itu zhohir ia didalam cermin haq ta'ala maka jadilah haq ta'ala itu bathin (maka engkau katalah) hai salik pada sekelian yang maujud yang dizhohirkan ini barangyang engkau kehendaki dengan segala 'itibar yang bersalah2an (jikalau) engkau kehendaki maka engkau kata iaitu makhluk yang zhohir ia didalam cermin haq ta'ala dengan 'itibar keadaan hamba itu waqayah akan ujud haq ta'ala iaitu (شهود الكثرة فى الوحدة ) ertinya pandang yang banyak didalam yang satu (kata) syech sahami qadassallah sirrahu sebab didahulukan 'itibar ini kerana terlebih sukar pada memfahamkan dia kepada segala akal orang awam (dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akandia itu haq ta'ala ertinya rupanya yang zhohir ia pada cermin makhluk dengan 'itibar keadaan haq ta'ala itu waqayah akan hambanya iaitu (شهود الوحدة فى الكثرة) ertinya pandang yang satu dalam yang banyak (dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akandia itu haq allah ta'ala pun ia dan makhluk pun ia dengan 'itibar zhohir tiap2 satu daripada keduanya didalam cermin yang lain serta ketiadaan tamyiz akan dua cermin itu kerana bahawanya segala 'itibar itu hanya thabit ia didalam ilmu haq ta'ala yang tiada mengubahkan dia olih cenderong pada segala wajah itu (dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akan dia itu bukan ia haq allah ta'ala pada tiap2 wajah dan bukan ia makhluk pada tiap2 wajah dengan 'itibar beza antara dua cermin itu pada satu wajah dan iaitu wajah yang membezakan ilmu itu daripada zat (kata) syech abdul ghoni an nablussi qadassallahu sirrahu (bermula) murad keadaannya itu bukan ia haq ta'ala pada tiap2 wajah itu tetapi adalah ia 'itibar haq ta'ala itu pada wajah keadaannya maujud faqad dan murad keadaannya bukan ia makhluk pada tiap2 wajah itu tetapi adalah ia itu dengan dengan 'itibar makhluk pada wajah keadaannya berupa jua intiha'

(dan) jika engkau kehendaki maka engkau kata akan dia dengan hairan tercengang pada yang demikian itu iaitu seperti engkau kata tiada diketahui mana yang zhohir dan mana yang bathin kerana yang zhohir pada cermin itu menjadilah ia bathin dengan 'itibar keadaannya diri cermin dengan tilik yang lain (maka apabila) engkau kenal dan engkau ketahui akan segala perkara wajah ini maka sanya telah nyatalah bagimu hai salik yang dituntut olih tiap2 seorang daripada segala orangyang mutaqin akan mertabat ujud dengan 'itibar zatnya dan zhuhornya dan jika ada yaqin itu melazimkan bagi tahdid maka tiada mengapa yang demikian itu (dan) dalil yang menunjukan tahdid itu tiada mengapa atas haq ta'ala bahawasanya jikalau tiada tahdid harus bagi allah ta'ala nescaya tiada menkhabarkan segala rasul itu dengan tahwil ya'ani yang warid daripada allah ta'ala pada hadrat zhuhornya dengan bertahwil haq allah ta'ala itu pada segala rupa (kata) syech abdul ghoni alnablussi qadassallahu sirrahu bermula murad dengan tahdid yang harus bagi allah ta'ala itu iaitu pada zhuhornya jua pada haq ta'ala tiada berubah pada sekira2 bathinnya atas barangyang ada atasnya yang maha besar lagi maha mulia intiha'



faqad (فقط) semata2 @ jua @ cuma @ hanya
haq (حق) milik @ haqiqat @ kebenaran
'itibar (إعتبار) metafora @ kiasan @ gagasan kaedah @ jalan pertunjuk
murad (مراد) tujuan @ bermaksud @ mendatangkan ma'ana dan ma'ani
tamyiz (تمييز) perbezaan @ mencerai2kan hingga mendatangkan desriminasi atau kelainan
tahdid (تحديد) menentukan @ mempuat keputusan @ menetapkan @ kata penghujung
tahwil (تحويل) penukaran @ pelencungan @ pengobahan @ tidak telus dikaitkan dengan asal bicara
thabit (ثابت) yg menetapkan @ memutuskan @ tidak berobah
waqayah (وقاية) penjelmaan @ tajalli @ keberadaan @ kehadiran @ penyataan diri

iaitu barang seatu daripada ahadiyat bahawasanya allah ta'ala itu tajalli ia pada hari qiamat bagi segala makhluk rupa yang dimungkarkan maka firman ia (انا ربّكم الأعلى) ertinya akulah tuhanmu yang maha tinggi maka jawab mereka (نعوذ بالله منك) ertinya berrlidunglah kami dengan allah ta'ala daripadamu kemudian maka tajalli ia pada rupa segala 'itiqad merekaitu maka sujudlah merekaitu baginya (maka apabila) adalah sekelian yang ada itu daripada martabat haq allah ta'ala serta bahawasanya baginya itu tahwil pada segala rupa padahal tiada rupa itu bagi segala 'ayan daripada sekira2 'adam (maka) janganlah engkau pandang akan 'ain itu samaada didalam cermin haq ta'ala atau didalam cermin makahluk melainkan kepadanya jua dan tiada tertentu yang demikian itu dengan penglihatan tetapi tiada jatuh hukum itu melainkan atasnya samaada hukum itu dengan lihat atau lainnya kerana ma'dum itu daripada sekira2 ia ma'dum tiada tetap baginya hukum maka tiada hukum itu atas segala 'ayan dengan melihat dan lainnya itu melainkan 'itibar thubutnya dalam ilmunya yang tiada bolih mengubahkandia daripada segala perkara intiha'

(الفصل الثالث فى بيان توهحيد الصفات)

(الفصل الثالث فى بيان توهحيد الصفات)

(bermula fasal) yang ketiga pada menyatakan tauhidus sifat (ya'ani) mengesakan allah ta'ala pada segala sifat berdiri ia pada zat allah itu iaitu 'ibarat daripada fana' segala sifat makhluk sama ada sifat dirinya atau lainnya sekeliannya fana' ia didalam sifat allah (bermula kifiyat) memandang dan musyahadahkan yang demikian itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dan engkau musyahadahkan dengan matahatimu dan dengan �itiqadmu bahawasanya segala sifat yang berdiri ia kepada zatnya itu iaitu seperti qudrat dan irodat dan ilmu dan hayat dan sami� dan basar dan kalam sekeliannya itu sifat allah ta�ala kerana tiada tiada ada zat yang bersifat dengan segala sifat yang tersebut itu pada haqiqatnya melainkan allah zat allah ta�ala jua dan dibangsakan segala sifat ini kepada makhluk atas jalan majazi jua tiada pada haqiqatnya dan hanyasanya segala sifat yang tersebut itu ada ia berdiri pada segala makhluk itu iaitu mazharnya sifat allah ta�la jua (maka apabila) tahqiqlah memandangmu dengan yang demikian itu nescaya fana�lah segala sifat makhluk itu didalam sifat allah ta�ala ya�ni tiada mendengar ia melainkan dengan pendengaran allah dan tiada melihat ia melainkan dengan penglihat allah ta�ala dan tiada tahu ia melainkan dengan tahu allah ta�ala dan tiada hidup ia melainkan dengan hayat allah ta�ala dan tiada berkata2 ia melainkan dengan kalam allah ta�ala jua hingga yang lain daripada segala sifatnya sekeliannya itu dengan sifat allah ta�ala jua

fana' فماء @ binasa @ lenyap @ lupus @ tiada kelihatan kerana telah menjadi sebatian kedirian
majazi مجاز @ seakan2 @ seolah2 @ metaforik
tahqiq تحقيق @ menetap dengan keyaqinan serta menyaksikan

(bermula) dalil yang menunjukan atas bahawasanya tiada bagi hamba itu mempunyai sekelian sifat ini dan yang ada bagi hamba itu mazhar sifat allah ta�ala jua iaitu firman allah ta�ala didalam hadis qudsi (ما تقرب إلىّ المتقربون بمثل أداء ما إفترضت عليهم ولايزال الغبد يتقرب إلىّ بالنّوافل حتى أحبّه فإذا أحببته كنت سمعه الذى بسمع به وبصره الذى يبصر به ولسنه الذى ينطق به ويده التى يبطش بها ورجله التى يمشى بها وقلبه الذى يضمر به) ertinya tiada menghampirkan olih segala orangyang menghampirkan dirinya kepadaku itu dengan seumpama mengerjakan barangyang aku fardhukan atas mereka itu dan sentiasa hamba aku menghampirkan diarinya kepada aku itu dengan mengerjakan segala �ibadat yang sunat hingga aku kasih akan dia maka apabila aku kasih akan dia nescaya adalah aku pendengaranya yang mendengar ia dengan dia dan penglihatanya yang melihat ia dengan dia dan lidahnya berkata2 ia dengan dia dan yang memegang ia dengan dia dan kakinya yang berjalan ia dengan dia dan hatinya yang bercinta ia dengan ia



**nota** Hadis Ketigapuluh Lapan
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihattannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia

(shahadan) bermula kifiyat tajjali sifat itu bahawa engkau pandang akan haq allah ta'ala itu bahawasanya hamba mendengar itu dengan allah maka fana'lah daripada segala keadaan mendengar ia dengan dirinya kemudian maka apabila tetaplah tajalli sifat yang satu itu daripada hatimu maka engkau pandang pula akan sifat yang lainnya hingga habis segala sifat itu dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu seperti bashar dan kalam dan ilmu dan irodat dan 'atho' dan mani' maka tiada dipandangnya dirinya yang bersifat dengan yang demikian itu hanya menerima daripada sifat allah ta'ala jua kemudaian daripada sudah hapus segala sifat yang lainnya itu maka tajalli pula atasmu maka engkau pandanglah akan dia bahawasanya ia jua yang bersifat haiyun maka fana'lah hayat itu daripada dirimu maka nyatalah bahawasanya tiada yang hidup hanya allah ta'ala jua maka apabila hasillah bagimu maqam fana' ini pada ketika itu maka jadilah engkau baqa' bi sifat illah maka berolih kemenanganlah engkau pada ketika itu dengan mengenal maka kenallah akan dia dengan pengenalan yang layak dengan sempurnanya dan jadilah engkau pada ketika itu fana' fi sifat illah dan baqa' bi sifat illah dan memberi tahu allah ta'ala akan dikau pada ketika itu akan segala rahsia sifatnya yang mulia itu.


'tho' (عطاء) @ memberi @ menganugerah ( khayalan, fantasia, waham, maya, sangkaan, dualisma keberadaan)
Bashar (بصر) @ penglihatan @ penyaksian @ pemerhatian @ pemusatan kearah imej2 avatar
baqa' bi sifat illah (بقاء) @ sebatian @ kekal
Fana' (فناء) @ binasa @ lupus @ kelenyapan @ tanpa keberangkalian ujud
baqa' bi sifat illah (بقاء بصفات الله) @ sebatian @ kekal dengan sifat ketuhanan
haiyun (حىّ) @ hidup @ berfungsi
Ilmu (علم) @ pengetahuan @ berkeadaan mengenal sesuatu
Irodat (إرادة) @ berkehendak @ membutuhi
Kalam (كلم) @ berkata @ berbahasa dan berbunyi dengan isyarah menggerakan bibir
Mani' (مانع) @ melarang @ menghalang dari memberi
Tajalli (تجلّى) @ menyatakan keberadaan keatas sesuatu susuk @ tubuh
Tajrij (تدريج) @ satu demi satu


(shahadan) pada maqam albaqa' ya'ni maqam tauhid alsifat inilah kesudahan yang diharap dan yang dimaksudnya dan yang dicita dan yang dituntut dan pada maqam tauhid as sifat inilah kesudahannya sampai dari kebanyakan dari segala anbia' dan aulia' dan tiada yang melampaui akan maqam ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barang yang ada anbia' dan aulia' yang dibawah qidamnya (shahadan) faedah tajalli itu memandang ia akan sifat dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu kerana setengah daripada tajalli sifat itu terlebih keras daripada setengah yang lainnya dan lagi pula supaya tamkin dan tetap ia dengan yang satu itu dan manakala tamkin dan tetap dengan yang satu itu nescaya hasillah daripadanya dan kuat bertambah2 supaya dapat ia menanggung akan tajalli dzat kerana tiada kuasa seseorang menanggong akan tajalli dzat itu sebelum lagi tamkin dan tetap pada tajalli segala sifat itu didalam hati maka apabila sampailah seseorang itu kepada maqam ini nescaya jadilah ia kholifah allah ta'ala didalam bumi ini dan menjadikan allah akan dia itu ganti pada meluluskan segala hukumnya pada segala hambanya seperti nabi adam as menjadi kholifah pada segala alam ini seperti firman allah ta'ala yang tersebut didalam alquran (وإذا قال ربّك للملإئكة إنّى جاعل فى الأرض خليفة) ertinya tatkala berfirman tuhanmu bagi segala malaikat bahawasanya aku hendak menjadikan didalam bumi itu akan seorang kholifah (ya'ni) yang menganti akan daku pada meluluskan pada hukumku didalam bumi maka tiada menjadikan ia akan kholifahnya melainkan bahawa mengajari akan dia akan segala asma' sekeliannya seperti firman allah ta'al (وعلم آدم الأسماء كلّها) ertinya dan telah mengajari allah ta'ala akan nabi allah adam akan segala asma' sekeliannya dan lagi menunjuki ia pada ketika itu akan barang yang sesat dan lagi mengetahui akan segala perkara sekeliannya samaada nyata atau tersembunyi dengan pengajaran daripada allah ta'ala kerana jadi kholifahnya seperti kata setengah 'ariffin billah (من عرف الله لا يخفى عليه شىء) ertinya barang siapa mengenal ia akan allah ta'ala dengan sebenar2 pengenal nescaya tiada terlindung atasnya sesuatu jua pun dan lagi menganugerahi allah ta'ala akan dia itu akan ilmu laduni iaitu ilmu yang diilhamkan allah ta'ala kepada hati hambanya dengan tiada wasitah mengambil talqin daripada masyaih iaitu ilmu yang tetap yang tiada bolih hilang dan lupa maka orang yang mempunyai ilmu itu dinamakan 'alim yang sebenarnya seperti kata abu yazid albustami qadassallahu sirrahu dan lainnya bukannya orang yang 'alim itu orang yang mehafazkan ilmunya daripada kitab apabila lupa ia akan barang yang dihafazkan itu maka jadilah ia jahil dan hanyasanya orang yang 'alim sebenarnya itu iaitu orang yang mengambil ia akan dari tuhannya pada barang waktu yang dikehendakinya dengan tiada sebab hafaz dan daris maka orang itulah yang dinamakan al'alimu ar rabbani dan orang itulah yang diisyaratkan didalam firman allah ta'ala (علّمنا من لدنا علما) ertinya dan kami ajar akan dia akan ilmu daripada kami (ya'ani) dengan tiada wasitah dengan berlajar dan setengah ilmu itu dengan wasitah berlajar kepada makhluk kepada yang demikian itu tiada dinamakan dia ilmu laduni tetapi ilmu laduni itu yang terbuka pada sirr hati daripada tiada sebab yang menghasilkan akan dia pada khorij kata abu yazid albustami qadassallahu sirrahu bagi segala ulama' zhohir pada khasnya (أخذتم علمكم ميتا من ميت وأخذنا علمنا من الحىّ الذى لا يموت) ertinya kamu ambil akan ilmu kamu hai ulama' az zhohir hal keadaannya mayat daripada mayat dan kami ambil akan ilmu kami itu daripada tuhan yang hidup yang tiada mati intiha' demikianlah hasil yang disebutkan olih imam alghazali didalam ihya ulumuddin


al'alimu ar rabbani (العلم الربّانىّ) memhami @ mengerti @ berilmu ketuhanan
anbia' (أنبياء) nabi2 @ pemberita2 @ tukang2 cerita @ ahli2 iluminati @ para filosof2 agama
aulia' (أولياء) wali2 @ kekasih2 tuhan @ yang bersandar setiap urusan kepada tuhan
kholifah (خليفة) bayangan @ wakil @ pengganti @ dibelakang
khorij (خارج) luar @ tidak dari dalam
laduni (لدنى) ilmu ilham @ wahyu tanpa menuntut dari mana pihak
masyaih (مشائح) guru2 kerohanian
qidam (قدم) telapak kaki @ dibawah hiraki
tamkin (تمكين) keadaan
talqin (تلقين) ajaran @ pimpinan @tunjuk ajar
wasitah (واسطة) perantaraan @ orang tengah

(adapun) pada maqam ini melihatlah ia segala perkara sekeliannya samaada ia zhohir atau bathin dan terbuka baginya segala haqiqat sesuatu dengan cahaya yang nyata yang menganugerah ia allah ta'ala akan dia tiada terlindung atasnya seberat zarah juapun daripada segala alam ini dengan barang yang muafakat dengan hal mereka itu dan anugerahnya itu iaitu tiada dapat seorang juapun menegahkan dia seperti yang tersebut didalam alquran firmannya (كلا نمدّ هؤلاء من عطاء ربّك وما كان عطاء ربّك محظورم) ertinya sekeliannya kami anugerah ia akan merekaitu dan merekaitu daripada pemberian tuhanmu itu tiada tertegah dan lagi pula pada maqam ini mendengar ia akan segala seru samaada dengan lidah yang zhohir atau dengan lidah yang bathin iaitu 'ibarat daripada hathir hati samaada ia pada tempat yang jauh atau hampir jua jikalau balik jibal khof sekalipun yang seru itu nescaya didengarnya jua kerana padanya itu hampir jua sekelian alam ini (dan warid daripada) hadith bahawasanya sekelian alam ini pada aulia' allah ta'ala itu seperti qidam jua dengan semata2 anugerah allah ta'ala dan rahmatnya maka bersungguh2lah engkau hai saudaraku menuntut yang demikian itu supaya engkau dapat akan dia (dan) bersungguh2 lah engkau pada memintak doa kepda allah subhanahu wata'aka kerana allah subhanahu wata'ala itu memperkenan pinta orang yang meminta seperti firman allah ta'ala (أدعوني أستجب لكم) ertinya minta olihmu kepada aku nescaya aku perkenankan bagimu


hathir (حطر) bisikan @ goyangan @ detak- detik jabal khof (جبل قاف) bukit khaf warid (ورد) kehendak @ ya'ni @ dimaksudkan @ tujuan

(shahadan) bersalahan ulama' pada segala sifat itu adakah ia diri zat atau lain daripadanya (kata) ulama' usulluddin ya'ni ahlus sunnah wal jumaah rodhiallahu anhu bahawasanya segala sifat ini sekeliannya qodim seperti zatnya jua dan qodimnya pun dengan qodim zat jua dan ujudnya pun dengan ujud zat jua ya'ni tiada bolih tanggal daripadanya tetapi adalah ia ma'ani yang berdiri kepada zat tiada lain daripada zat lagi bertambah atasnya maka pula ini adalah allah ta'ala qodirun biqudrotih muridun bi irodatihi dan alimun biilmihi haiyun bihayatihi samiun bisam'hi dan basirun bibasrihi dan mutakallimun bikallamihi (dan) kata ulama' ahlu attassawuf ya'ni 'ariffin billah qadassallahu asrarrahum bahawasanya segala sifat itu diri mausufya'ni diri zat maka atas qaul ini adalah allah ta'ala qodirun bizatihi dan muridun bizatihi dan alimun bizatihi dan samiun bizatihi dan basirun bizatihi dan mutakallimun bizatihi tiada lainnya (dan kata) syechuna al'arif billah maulana as syech siddiq ibni umar khan talmiz almarhum alqutub ar rabbani maulana as syech Muhammad bin abdul karim as saman almadani rodiallahu anhuma (bermula qaul) yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri mausuf tiada lain daripadanya maka iaitu atas jalan kasyaf dan musyahadah kerana qaul ini sabit pada mereka itu ya'ni ahlu attassawuf pada jalan kasyaf dan musyahadah kerana merekaitu sentiasa musyahadahkan allah maka dibukakan olih allah ta'ala akan merekaitu dinding sifatnya maka tiada dilihatnya dan didapatnya olih merekaitu akan sifat itu berdiri kepada ma'ni yang qoimun ia kepada zat dan hanya yang dilihat dan yang didapat olih merekaitu sifat itu berdiri kepada zat jua dan lagi pula mengambil dalil merekaitu dengan akal jikalau bahawasanya sifat itu lain daripada mausuf nescaya adalah allah ta'ala itu majhul yang berkehendak kepada sifat yang mengenalkan dia maha suci allah ta'ala daripada yang demikian itu tetapi adalah ia terlebih ma'rifah daripada segala yang ma'rifah (bermula) qaul yang mengatakan bahawasanya sifat itu lain daripada zat dan lagi bertambah ia atasnya maka iaitu atas jalan ajal dan 'itiqad iaitu terupa ia pada pihak akal kerana ia isim mushtaq maka tiap2 isim mushtaq itu tiada dapat tiada baginya daripada mushtaq minhu iaitu seperti qodirun umpamanya maka iaitu isim mushtaq ertinya yang diterbitkan maka tiada dapat tiada baginya itu mushtaq minhu yang diterbitkan daripadanya iaitu qudrah ya'ni bahawasanya qodirun itu isim fa'il yang diterbitkan ia daripada masdar iaitu qudrah maka qudrah itu iaitu sifat lain daripada zat tetapi tiada baginya ujud sendiriannya hanya ujudnya itu dengan tiada tanggal ia daripadanya dan qodimnya pun dengan qodim zatnya jua (dan lagi) qaul terupa yang demikian itu pada 'iqtiqad kita sebelum lagi sampai kepada maqam mukafahah ya'ni berhadapan dan musyahadah ya'ni berpandangan (adapun) jikalau sudah sampai kepada maqam mukafahah dan musyahadah maka tiada dilihat disana sifat ini lain daripada saufun intiha' dimithalkan seperti seorang orangyang dicari umpamanya dikhabarkan olih seseorang akan dia akan sifat hajarrul aswad itu seperti dikata orang baginya bermula hajarrul itu sangat hitam umpamanya maka 'itiqadkan olih orangyang belum melihat ia akan hajarrul aswad itu seperti yang disifatkan olih orangyang pada akalnya tatkala sebelum ia melihat dia sebab ada berdiri hitam itu kepadanya hingga dikata ia yang hitam maka menjazamlah pada 'itiqadnya dengan demikian itu kerana tiada dapat sekali2 dirupakan olih akal dikatakan yang hitam itu jikalau tiada berdiri hitam kepadanyalah maka dikata ia yang hitam maka tatkala sampailah ia kenegeri mekah umpamanya terpandanglah ia dengan dia dan dilihatlah akan haqiqatnya sebenarnya jua hajarrul aswad itu yang hitam seperti yang dikhabarkan olih orang itu jua maka hilanglah pada ketika itu 'itiqadnya yang mengatakan hitam itu berdiri kepada hajarrul aswad kerana sudah musyahadah nyata ia dilihat pada ketika itu tiadalah dilihat yang hitam berdiri berdiri kepada kepada lainnya daripada hajarrul aswad tetapi yang hitam itulah zat hajarrul aswad tiada lainnya faifham wassalam (soal) jika ditanya orang apa perbezaaan mazhab ahlu attassawuf ini dengan mazhab mu'tazillah (jawab) bahawasanya mazhab mu'tazillah yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri zat tiada lain daripadanya dan tiada bertambah atasnya itu iaitu 'itiqadkannya dengan ittihad ertinya bersuatu iaitu seperti bahawa ada bagi zat itu ujud istiqlal dan ada bagi sifat itu ujud istiqlal maka dicampurkan keduanya itu menjadi satu seperti bercampur sakarnabat dengan air maha tinggi allah ta'ala daripada sangka mu'tanzillah yang bidaah fasik itu dengan ketinggian yang amat besar (shahadan) bahawa maqam tauhidus sifat inilah maqam yang tetap dan rosih maka ratkala sudah habis segala tajalli sifat itu didalam hati maka dianugerahkan allah ta'ala akan dia pada ketika itu kuat yang dapat ia menanggong akan tajalli zat jika dikehendaki allah ta'ala maqam inilah yang menyampaikan orang yang arif itu kepada maqam yang diatasnya iaitu maqam tauhiduz zat inilah maqam yang keempat daripada segala maqam ariffin wassalam



faifham (فإفهم) maka fahamkanlah
'itiqad pegangan (إغتقاد) @ pendapat @ fahaman @ doktrin anutan
istiqlal (إستقلال) didatangkan @ dipindahkan
jazam (جزم) berpegang teguh @ menetap
kasyaf (كشف) berpandang tebus @ landas seakan melihat realiti
majhul (مجهول) yang di bodoh @ didungukan disifatkan sebagai tolol @ diperkecil2kan @ diperbudak2kan
masdar (مصدر) nama terbitan @ pronoun
mukafahah (مكافحه) mengawal serta membiasakan
mu'tazillah (معتزلة) kaum rationalis islam yang berpandulkan akaliyah dan tidak melibatkan diri dalam pertentangan politik antara ali ibn abu mutholib dan mu'awiyah bin abu sofyan
musyahadah (مشاهده) penyaksian seakan2 fokus, lantas.. hadap meghadapi
mushtaq (مشتق) isim atau kata nama yang dibina dari nama terbitan.. dengan berasakan tiga huruf asas namun memiliki ma'ani yang berbeza umpamanya: (قال و وإستقلال)
qodim (قدم) dari awalan tanpa awalan
qoimun (قائم) berdiri sendirian
sabit (ثبت) tetap @ keputusan @ tidak ada perubahan
sakarnabat (سكرنبات) gula ato manisan yang tersuling/ diperah dari tanam2an ato buah2an
rosih (راسخ) jelas @ berunsur fakta @ logika
sifat (صفة) oknum zat @ dualisma zat @ penyataan intipati
talmiz (تلميذ) murid @ pengikut @ perlajar @ penuntut bukan penkaji
tanggal @ bercerai @ berpisah @ tidak sebati @ didalam atau diluar @ tidak bersatu
zat (ذات) intipati @ materi awalan tanpa definasi

الفصل الثانى فى بيان توحيد الاسماء

الفصل الثانى فى بيان توحيد الاسماء

Bermula fasal yang kedua pada menyatakan tauhidul asma' ertinya mengesakan allah ta'ala pada segala nama yang iaitu mengesakan yang dinamakan (shahadan) bermula kifiyat mengesakan allah ta'ala pada segala asma'nya itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dengan mata kepalamu dan engkau syuhud dengan matahatimu bahawasanya segala asma' itu kembali kepada ia kepada esa allah ta'ala ya'ni segala yang bernama didalam alam ini sekeliannya menzhohir asma' iaitu menuntut ia akan ujud musamma maka tiada yang maujud itu pada haqiqat hanya allah ta'ala sendirian jua dan ujud segala alam ini hanya khayal dan waham jua dengan dinisbahkan kepada allah ta'ala maka sebab itulah kembali segala asma' itu kepada yang maujud iaitu allah subhanahu wata'ala dan ujud allah itu qhoim ia pada segala asma' dan zhohir ia dengan dia itu satu jua ya'ni bahawasanya segala asyia' itu kezhohiran dan kenyataan bagi zat yang satu jua dan yang zhohir dengan segala asyia' itu satu jua daripada tiada itihad dan hullul maha tinggi allah ta'ala daripada yang demikian itu akan sebagai tinggi yang amat besar sebab pun dibuat mithal olih setengah daripada segala arif billah itu kerana menghampir kepada faham jua (ada pun) allah subhanahu wata'ala itu maha suci dan maha tinggi seperti yang dimithalkan itu iaitu seperti kaca yang bertulis setengah merah dan setengahnya kuning dan setengahnya hijau maka dihantarkan akan dia diantara bumi dan cahaya benderang matahari maka betapa engkau lihat kepada benderang cahaya matahari itu tertulis ia pada bumi itu dengan warna nama tiap2 sifat yang ada ia didalam kaca itu padahal benderang cahaya matahari itu tiada berpindah ia ia kepadanya dan tiada bercerai ia daripada zat matahari itu serta yang demikian itu zhohir ia dengan segala sifat sekeliannya itu padahal matahari itu satu jua (maka) bicarakan olihmu akan mithal ini dengan bicara yang sempurna mudah2an mengasihani allah ta'ala akan dikau pada barangyang engkau dapat akandia muafakat ia bagi barangyang kami mithalkan akan dia itu.(setelah itu) hai segala saudaraku yang arif jikalau sudah hasil bagimu maqam ini kemudian maka tajjali hak ta'ala atasmu menselak2 daripada dinding menzhohirnya dengan dua isim yang menunjukan keduanya itu akan dikau atas binasa segala menzhohirnya itu didalam diri ahadiyah allah ta'ala



asma' (اسماء) @ nama2
hullul (حلول) @ melingkupi @ mengandungi berlawanan kepada meliputi @ sebatian
itihad (إتحاد) @ didalam
kifiyat (كيفية) @ cara @ kaedah @ jalan2
musamma (مسمى) @ yang dinamai


(kata) syech al alim al'alammatus sarul alma'rifah maulana assyech abdullah ibn hijazis syarkhowy almasry rohimallah dalam syarah wirdus sahar apabila tajalli allah ta'ala dengan asma'nya zhohir atas hambanya nescaya melihat ia akan segala akuan ini sekeliannya diri haq ta'ala ertinya daripada sekira2 zhohir akuan itu dengan dia dan berdiri akuan itu dengan qhoyumnya dan kekalannya dan bahawasanya tiada bagi akuan itu ujud sendirian dan lagi tiada kuasa ia membezakan antara sesuatu daripada segala akuan ini ertinya daripada sekira2 bahawasanya [color=blue]akuan itu sekeliannya makhluk allah ta'ala ya'ni mazharnya dan tempatnya bersandar kepadanya dan lagi memandang ia akan allah ta'ala itu haqiqat bagi segala akuan itu seperti firman yang maha tinggi فَأَيْنَمَا تُوَلُّواْ فَثَمَّ وَجْهُ اللّهِ ertinya barangdimana ada kamu maka adalah disana ujud allah (ya'ni) barang kemana engkau hadapkan akan muka kamu atau hati kamu atau rohmu atau akalmu adalah disana ujud allah (shahadan) ketika itulah keluar satah daripada lidah hamba itu ya'ni mengeluarkan perkataan yang tiada diredhoi olih syara' maka iaitu bahaya musyahadah inilah kerana terdinding ia daripada memandang akuan ini dengan sebab memandang ujud allah yang mutlaq

mazhar مظهر @ penzhohiran @ penyataan maya @ keseolahan ada/ ujud
qhoyum قيوم @ berdiri @ sifat kedirian awal
satah سطح @ latah @ membebel dengan tuturkata yng tidak mampu difahami orang kebanyakan


(seperti kata syech) abdul karim aljalili qadassallahu sirrahu bermula terdinding hamba daripada memandang makhluk dengan sebab memandang ia akan hak ta'ala maka iaitu menjadikan hamba itu mengata tiada yang maujud didalam ujud ini melainkan ujud allah ta'ala bermula yang demikian itu kerana adalah maboknya dan ghoibnya seperti barangyang jatuh bagi halaj maka perkataan orangyang mabok itu tiada bolih dipegang intiha' maka sebab itulah (kata) sultan auliya' maulana alsyech abdul qadir jailani qadassallahu sirrahu jikalau halaj itu ada masa aku nescaya akan aku ambil ia dengan tanganku ya'ni aku tegahkan akan orangyang hendak membunuh dia intiha' (bermula yang pertama) daripada dua isim seperti isimnya (jami') ertinya yang menghimpunkan iaitu menghimpunkan bagi sekelian mazhar ini iaitu syuhudul kasrah fil wahdah ya'ni pandang banyak yang banyak pada yang satu muradnya sekelian alam ini daripada zat allah ta'ala satu jua tiada daripada yang lainnya (dan yang kedua) daripada dua isim itu seperti isimnya (mani') ertinya menegahkan dengan zatnya itu bagi segala mazharnya iaitu zhohir ia daripada yang lainnya bermula muradnya itu daripada zat allah ta'ala jua terbitnya sekelian alam ini (maka)adalah hasilnya adalah dalallah dua isim itu terhimpun sekelian alam ini kepada allah ta'ala dan tertegah daripada lainnya ya'ni e]]permulaan daripada allah ta'ala jua dan kesudahannya pun kembali kepada allah ta'ala jua[/b] (seperti) firman allah ta'ala (ولله الأمر وإليه ترجعون) ertinya dan bagi allah ta'ala jua permulaan segala perkerjaan dan kepadanya kembali mereka itu

dalallah (دلاله) @ dalil @ bukti @ pertunjuk @ penyataan
jami� (جامع) @ yang menghimpun @ yang mengumpul
alkasrah (الكثرة) @ banyak @ berbilang2 @ beragam2
mani' (مانع @ menegah @ melarang @ menghalang @ mendindingi
maujud (موجود) @ yang seolah2 ada @ seakan gambaran bersifat dualisma
murad (مرد) @ dikehendaki @ bererti @ kesimpulan
syuhud (شهود) @ penyaksian @ pandang tembus @ melihat dengan daya ketajaman akal
alwahdah (الوحده) @ ujud keesaan @ satu ujud

(setelah itu) maka apabila engkau pandang bahawasanya yang murah itu daripada allah ta'ala jua dan yang zhohir pada hamba itu mazhar isimnya yang bernama karim jua dan demikian lagi apabila engkau lihat akan seseorang sabar ia daripada kesakitannya maka engkau syuhud dan engkau pandang bahawasanya yang sabar itu daripada allah ta'ala jua dan yang ada pada hamba itu mazhar isimnya yang bernama sawwirun kerana karim dan sawwirun itu keduanya isim allah ta'ala dan seperti demikian itulah tiap2 orangyang bernama dengan barang nama ada ia maka adalah sekelian itu engkau syuhud dan engkau pandang mazhar asma' allah ta'ala jua (shahadan) kata setengah daripada 'arif billah tiada bagi allah ta'ala itu sifat yang berdiri kepadanya dan yang bertambah ia atasnya seperti segala sifat ma'ani hanyasanya yang ada baginya itu asma' jua mengambil dalil mereka itu dengan dua dalil (suatu daripadanya) naqli iaitu quran dan hadith kerana tiada datang dalam quran dan hadith mengatakan bahawasanya allah ta'ala itu bersifat dan hanyasanya yang datang didalam quran dan hadith itu asma' jua (seperti) firman allah ta'ala. ( ولله الأسماء حسنى فاعوه بها) ertinya dan bagi allah ta'ala itu berberapa nama yang baik maka minta doalah kamu kepadanya dengannya (maka) menentukan allah ta'ala akan dirinya dengan nama jua tiada bersifat (dan lagi) sabda nabi saw (وإنما تدعون من هو سميع بصير متكلم وهو معكم أينما كنتم) ertinya dan hanyasanya yng kamu seru itu tuhan yng mendengar lagi amat melihat lagi yang berkata2 padahal serta kamu barang dimana kamu (dan keduanya daripadanya) 'aqali iaitu pada akal bahawasanya allah ta'ala itu jikalau ada ia bersifat nescaya adalah ia majhul kerana tiada yang disifatkan itu melainkan yang majhul (bermula allah ta'ala) itu terlebih ma'rifah daripada segala ma'rifah tiada berkehendak ia kepada sifat yang mengenal dia iaitu maha suci allah ta'ala itu daripada bersifat dengan sebab ma'ani yang demikian itu (dan lagi pula) betapa disifatkan allah ta'ala itu padahal ia menyucikan ia menyucikan dirinya daripada bersifat itu dengan nas quran dan hadith yang tersebut itu (shahadan) maqam inilah ya'ni maqam tauhidul asma' maqm yang kedua daripada segala maqam 'arifin yang dianugerahkan allah ta'ala kepada orang yang salik atau kepada lainnya seperti majzub umpamanya dan maqam inilah natijah ertinya faedah dan samarah maqam pertama yang pertama itu maqam orangyang sentiasa memandang wahdatul af'al dan ialah yang menyampaikan akan dikau kepada maqam yang diatas iaitu tauhidus sifat iaitu maqam yang ketiga daripada segala maqam 'ariffin

karim (كريم) @ permurah
majhul (مجهول) @ yang dibodohkan @ diperbudak2kan @ tidak layak di didarjatkan
mazhar (مظهر) @ tempat kezhohiranran @ wadah kenyataan @ wajah ujud
naqli (نقلي) @ ambil @ kutip @ istinbat
sawwirun (صور) @ melakar @ menggambar @ membentuk @ menyerupa @ melembaga @ memberi susuk... dari khayal dan waham kepada seolah realiti




**nota**

فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ
Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.

سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ
Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu,

نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَصِفُونَ
Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan.

سُبْحَانَ رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ
Maha Suci Tuhan Yang empunya langit dan bumi, Tuhan Yang empunya 'Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.

* الفصل الأول في بيان توحيد الأفعال *

* الفصل الأول في بيان توحيد الأفعال *
Bermula fasal pertama pada menyatakan tauhid Af'al, ertinya mengesakan Allah taala pada segala perbuatan. Ketahui olihmu hai salik, bahawasanya tiada yang melepaskan akan dikau daripada segala bahaya yang tersebut itu melainkan pandang dan syuhudmu akan bahawasanya segala perbuatan yang berlaku didalam alam ini, sekeliannya daripada Allah Taala/ Tuhan, sama ada perbuatan itu baik pada rupanya dan pada haqiqatnya, seperti iman dan taat, atau jahat pada rupanya tiada pada haqiqatnya. Seperti kafir dan ma'siat, kerana kafir dan ma'siat itu pada haqiqatnya baik jua, kerana terbit dari yang baik iaitu Allah Taala. Dan tiap2 yang terbit daripada Allah Taala itu baik jua pada haqiqatnya, tetapi jahat kedua pada rupanya, kerana syara' datang ia mencela akan dia.

Bermulakifiat memandang segala pebuatan itu daripada Allah taala, iaitu seperti bahawa dipandangnya dan syuhudnya dan dilihatnya dengan mata kepalanya dan denga matahatinya, bahawasanya segala perbuatan terbit ia daripada Allah taala, dan mengbangsakan kepada yang lain dari Allah taala itu majazi jua, tiada pada haqiqatnya, kerana pada haqiqatnya, sekelian perbuatan itu daripada Allah taala jua,sama ada perbuatan itu daripada dirinya atau lainnya. Sama ada dengan * مباشرة* atau *تولّد * . Dan ertinya perbuatan dengan mubashirah itu iaitu yang berserta dengan qudrah yang baharu, seperti gerak qalam pada tangan orang yang menyuruh. Dan ertinya perbuatan dengan tawallud itu, iaitu yang jadi daripada perbuatan yang mubasyirah, iaitu seperti jatuh batu daripada tangan melempar.

Bermula dalil yang menunjukan bahawasanya, segala perbuatan itu terbit daripada Allah taalajua, tiada daripada lainNya itu, firman Allah taala yang tersebut didalam Alquran * والله خلقكم وما تعملون * ertinya, bermula Allh taala jua menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. Kata syeih Muhammad ibnu Aljazuli rahimallah dalam syarah 'Dalail AlKhairat' 'tiada terbit daripada sesaorang daripadasegala hambanya, perkataan dan tiada perbuatan dan tiada gerak dan tiada diam, melainkan telah terdahulu pada ilmuNya dan qadhoNya dan qadarNya, 'intiha'.

Dan firman Yang Maha Tinggi: * وما رميت إذ رميت ولكن الله رمى * ertinya tiada engkau melempar, ya Muhammad, tatkala berusaha engkau melempar, tetapi Allah Taala jua yang melempar tatkala itu. Dan lagi sabda Nabi s.a.w * لا حول ولاقوة إلا بالله العلى العظيم * ertinya tiada daya pada menjauhkan ma'siat, dan tiada upaya pada mengerjakan ta'at, melainkan dengan daya dan upaya Allah taala, Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha besar jua. Dan lagi sabda Nabi s.a.w * لا تتحرك ذرة إلا بإذن الله * ertinya, tiada bergerak didalam alam ini suatu zarah jua pun melainkan dengan dengan izin Allah taala.

Syahadan, maka manakala sentiasa engkau memandang kepada yang demikian itu, dan tahqiqlah engkau dengan Dia, nescaya lepaslah engkau daripada segala bahaya yang tersebut itu, dan engkau lihat dengan mata kepalamu dan dengan matahatimu akan segala ujud majazi ini hapus ia dibawah nur ujud Allah yang sebenarnya.

Syahadan, manakala engkau kekalkan akan syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanya keadaan segala perkara perbuatan itu terbit daripada Allah taala, dengan membiasakan dia sedikit, kemudian sedikit hingga tahqiqlah dengan yang demikian itu. Maka apabila tahqiqlah engkau dengan dia dan jadilah kepadamu itu musyahadah, ertinya berpandangan dan tiada bercampurlah dengan pandanganmu zohirmu dan bathinmu, maka baharulah sampai engkau kepada maqam wahdatul Af'al, ertinya Esa Allah taala pada segala perbuatan, iaitu 'ibarat ia daripada fana' segala perbuatan makhluk ini, sama ada perbuatan dirinya atau perbuatan lainnya, Sekeliannya itu fana' dibawah perbuatan Allah taala, sekira2 tiada dilihat didalam akuan itu sesuatu, perbuatan Allah taala jua, sama ada perbuatan itu baik atau jahat.

Dan dalil yang menunjukkan dan mentahqiqkan bahawasanya kejahatan itu daripada Allah taala, iaitu yang tersebut dalam hadis, yang warid dari doa Nabi s.a.w * اللهمّ إني أعوذ بك منك * ertinya, hai tuhanku berlindung aku kepadaMu daripada kejahatan daripadaMu. Maka jika tiada kejahatan daripada Allah taala, nescaya tidak minta berlindung Nabi s.a.w kepada Allah taala daripada kejahatan. Maka nyatalah daripada itu bahawasanya, segala perbuatan yang baik dan jahat itu daripada Allah taala jua datangnya, seperti yang telah terdahulu sebutnya itu.

Dan lagi firman Allah taala * قل كلّ من عند الله * tafsirnya, katakan olihmu ya Muhammad, segala kebajikan dan kejahatan itu daripada Allah.

Syahadan, dibuat mithal olih setengah daripada arifin billah kerana menghapirkan faham jua, tiada pada haqiqatnya. Maka adalah segala makhluk hamba itu seperti umpama wayang yang diperlakukan akan dia olih dalang, barang bagi jelas kelakuan. Maka seperti tiada bagi wayang itu punya perbuatansendirinya. Demikian itulah hamba dengan Tuhannya. Wassalam

Tetap, sesungguhpun seperti demikian itu, ya'ni segala perbuatan itu perbuatan Allah taala jua. Maka jangan engkau melampaui akan syariat Muhammadiyah, iaitu wajib atasmu mengerjakan segala yang disuruhkan Allah taala dan rasulNya dan wajib atasmu menjauhkan segala yang dilarangNya, jangan sekali2 'itiqadkan gugur taqlif syara'. Maka jikalau engkau 'itiqadkan gugur taqlif syara' nescaya jadilah engkau kafir zindiq 'nauzubillah min zalik'. Dan berpeganglah engkau pada syariat Muhammadiyah serta engkau 'itiqadkan dan engkau pandang dengan matahatimu akan segala perbuatan itu daripada yang baik dan jahat sekeliannya perbuatan Allah taala. Dan lepaslah engkau pada ketika itu daripada syirik khofi dan lain2nya, daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu. Kerana manakala engkau pandang kepada dirimu ada baginya sesuatu perbuatan, nescaya tiada sunyi engkau itu daripada syirik khofi, dan jikalau lepaslah engkau daripada syirik jalli sekalipun. Dan erti syirik jalli itu, menduakan Allah taala adaNya, tetapi tiada lepas dan keluar dari syirik. Seperti firman Allah taala * وما يؤمن اكشرهم إلا وهم مشركون * ertinya, dan tiada percaya kebanyakan daripada merekaitu akan Allah taala, melainkan padahal merekaitu menyengutukan akan Dia, dengan sebab memandang ujud yang lain daripadaNya dan dengan sebab mengatakan perbuatan itu kepadanya. Sebab itulah kata Sidi Umar Alfarish r.a
* ولو خطرت لي في سوال إرادة - على خاطري سهوا قضيت بردتي * ertinya jikalau terlintas didalam hatiku suatu kehendak akan yang lain daripadaMu atas khatirku, jikalau dengan lupa sekalipun, necaya aku hukumkandiriku itu dangan murtad.

Dan tetapi, engkau dikatakan didalam kitabNya musyrik, dikeluarkanNya daripada orang yang mu'min yang sebenarnya, sebab yang demikian itu. Dan tiada dibilangkanNya engkau daripada orang yang menjalani akan jalan mu'min yang sebenar, melainkan bahawa engkau pandang , tiada Yang berbuat, tiada Yang Hidup dan tiada Yang maujud didalam ujud ini, hanya Allah taala sendirianNya jua. Maka ketika itu baharu engkau dinamai mu'min yang sebenarnya, dan lepaslah engkau daripada syirik khofy, dan keluarlah engkau pada ketika itu daripada dinamai Allah taala didalam AlQuran dengan Musyrik. Dan jadilah engkau pada ketika itu daripada ahli Tauhid yang sebenarnya, daripada orang yang mempunyai syurga yang bersegera didalam dunia ini. Maka lazimlah olihmu atasnya kerana bahawasanya, ia sifat yang amat mulia, yang menetapkan akan dikau kepada yang lagi akan datang didalam akhirat. Maka engkau perolihi akan nikmat dua syurga, seperti firman Allah taala * ولمن خاف مقام ربّه جنّتان * ertinya, bermula dua syurga itu bagi barangsiapa yang takut ia akan maqam TuhanNya. Syurga yang pertama itulah syurga ma'rifah akan Allah taala diadalam dunia ini. Dan syurga yang kedua itulah syurga yang maklum, yang disebutkan Allah taala akan dia didalam AlQuran yang mulia, iaitu didalam akhirat, yang lagi akan datang.

Kata Syehuna Alalimul Alamahtu Biharul 'Arik' Maulana as syeh Abdullah ibn Hijazi Lis syarkawi Al Masry rahimallah: Barangsiapa masuk kepada syurga ma'rifah didalam dunia ini, nescaya tiada rindu ia kepada syurga akhirat dengan nisbah daripada bidadarinya dan mahligainya, bukan dengan nisbah daripada barangyang hasil disana, ya'ni didalam akhirat, daripada ru'yah Allah taala dan damping kepada hadrat Allah taala dan ma'rifah akan Allah taala. Maka menjauh segala perbezaan antara dua hal itu. Ya'ni hal didalam dunia ini dan hal didalam akhirat, kerana bahawasanya barang yang dibukakan atas segala hati orang yang arif didalam dunia ini. Hanyasanya, iaitu baharu setengah daripada barang yang disediakan olih Allah taala kepada mereka didalam akhirat, kerana muliakan merekaitu didalam dunia ini. wallahu 'alam.

(Maka hubaya2), takut olihmu daripada bahawasanya lupa engkau daripada memandang wahdatul af'al itu, yang ia menyampaikan akan dikau kepada memandang kepada memandang keelokan Yang wajib Ujud. Dan takut olihmu bahawa bangsakan dirimu pada mengadakan sesuatu perbuatan barang perbuatan ada ia.

Tanbih ya ihwani. Ertinya ini suatu perkataan yang menjagakan hai sekelian saudaraku.
bermula hasil kata syeh Abdul wahab as Syarani Qadasallah sirruhu didalam kitab Al Juahirud Durrur, Ia manqul (dididatangkan) dari perkataan syeh Muhaiyiddin ibn Arabi r.a: Bermula segala akuan itu sekelian dinding yang mendindingi daripada memandang haq Allah taala pada hal haq taala jua, Yang berbuat Ia, dibalik hijab akuan ini, tiada ia mendindingi akan kita daripada memandang Allah taala. Dan adalah mithalnya seperti bayang2 kayu yang dalam air itu, tiada ia menegahkan lalu perahu, hanyasanya yang mendinding itu sangka kita kepadanya jua dan pandang kita kepadanya jua. Maka barangsiapa terbuka daripadaNya hijab itu, nescaya dilihatnya yang memperbuatkan segala perbuatan itu Allah taala sendirinya. Dan barangsiapa tiada terbuka hijab itu, terdindinglah dengan akuan ini daripada memandang kepada fai'il yang haqiqi, ya'ni yang berbuat sebenarnya, iaitu Allah taala.

Maka tiap2 adalah mazhab kaum pada segala perbuatan hamba itu empat mazhab:

Pertama kaum yang tiada mengetahui merekaitu akan bahawasanya Allah taala itu yang berbuat Ia akan segala perbuatan ini dan hanya di'itqadkannya olih mereka itu bahawasanya yang merupakan segala perbuatan hamba yang baharu itu hamba jua. Dan adalah qudrah hamba itu baharu itu memberi bekas ia pada segala perbuatan hamba yang baharu. Maka iaitu mazhab mu'tazillah yang bi'daah lagi fasik.

Kedua mazhab Jabariah; iaitu kaum yang mengetahui merekaitu dan memandang merekaitu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya dari Allah taala sendiriNya. Dan keraslah atas merekaitu memandang segala perbuatan itu daripada Allah taala sendiriNya. Dan tiada sampai merekaitu kepada menyandar akan segala perbuatan itu bagi hamba, kerana kurang merekaitu daripada darjat kamal, maka tersalahlah merekaitu daripada jalan syariat dengan sebab tiada menyandarkan segala perbuatan hamba itu kepada merekaitu. Maka iaitu 'itiqad zindiq.

Ketiga kaum yang mengetahui merekaitu akan bahawasanya, segala perbuatan itu sekeliannya daripada Allah taala, tetapi ada bagi hamba itu usaha dan ikhtiar. Dan dengan keduanya itulah hamba memperbuat segala perbuatannya dan keduanyalah tempat ta'lik hukum syara', tetapi kedua2nya itu tiada sekali2 memberi bekas pada perbuatan yang baharu, hanya memberi bekas itu Allah taala sendiriNya jua. Maka iaitu As'ariyah ialah 'itiqad yang maqbud (dipegang), yang selamat daripada bahaya dunia dan akhirat, tetapi tiada sampai merekaitu kepada martabat kasyaf kerana terdinding merekaitu dengan sebab mengata usaha dan ikhtiar itu dari hamba jua, tiada dipandang akan segala perbuatan itu daripada Allah taala sendiriNya.

Maka tiap daripada segala thoif (gulongan) yang tiga itu adalah atas penglihatannya itu Ghisyawah (kabur/ keliru) , ya'ni dinding yang menutupi daripada sampai penglihatan merekaitu kepada memandang wahdatul Af'al selama2nya. Merekaitu didalam dinding tertutup, tiada sampai kepada maqam kasyaf dan musyahadah dan mukafahah.

Keempat mazhab Ahli Kasyaf, ya'ni orang yang terbuka kepada merekaitu dinding, iaitu kaum yang memandang akan kejadian segala perbuatan itu daripada Allah taala dan keinderaannya itu daripada hamba. Mithalnya seperti qalam orang yang menyurat adalah menjadikan huruf itu orang yang menyurat jua. Dan qalam itu menjadi alat persandaran menyurat jua. Adalah hamba itu seperti qalam tiada baginya perbuatan, dan hanya yang berbuat, orang yang menyuruh jua. Wallahu 'alam. Ya'ni segala yang berlaku didalam segala alam ini, Allah taala jua yang menjadikan dia. Intiha'

(Dan lagi kata) syech abdul wahab as sya'rani telah menyebutkan syech Muhaiyuddin ibnu Arabi r.a pada bab yang keempat ratus dua puluh daripada Futuhatul Makiyah akan barangyang menamakan ia akan bahawasanya segala amal itu daripada allah Ta'ala jua hanyasanya menyandarkan allah Ta'ala akan segala amal dan perbuatan itu kepada kita kerana keadaan kita tempat menanggong siksa dan pahala padahal perbuatan itu bagi allah Ta'ala jua pada haqiqatnya tetapi tatkala menda'wi kita pada ketika berhenti didalam hijab akan bahawasanya segala amal kita dan perbuatan kita itu bagi kita jua maka menyandarkan Allah Taala itu akandia kepada kita dengan sekira2 da'wi kita berbuat kerana cuba daripada allah ta'ala kepada kita maka apabila masuk kita kepada hadrat ihsan dan maka nipislah dinding hijab nescaya kita lihatlah akan segala amal itu terbit dari allah ta'ala pada kita tiada kita mengamalkan segala amal dan segala perbuatan itu.

Kemudian apabila sampailah kita kepada musyahadah itu nescaya takut kita akan tergelincir kidam (kaki) kita pada barangyang telah menamakan allah ta'ala akan perbuatannya itu kepada kita kerana setengah daripada adab itu bahawa menyandarkan ia akan barangyang telah menamakan allah ta'ala akan sesuatu kepada kita serta pengetahuan kita dengan barangyang telah kita ketahui itu kerana mengamal akan firman allah ta'ala (ما أصابك من حسنه فمن الله وما أصابك من شيئة فمن نفسك ) ertinya barangyang mengenai akandikau daripada kebajikan itu makaiatu daripada allah ta'ala dan barangyang mengenai akandikau daripada kejahatan itu iaitu dari usaha dirimu.

Shahadan kata syechuna alaalamah maulana assyech yusuf abu zharah almasry pada ketika tadarrisnya (mengajarnya) didalam masjidil Haram tiada harus mengatakan kejahatan itu daripada allah ta'ala melainkan pada maqam ta'alim jua intiha'.


(Dan kata) syech ibnu hajar didalam syarah arbain pada sabda nabi saw. didalam setengah daripada segala doa iftitah (والشر ليس اليك) ertinya bermula kejahatan itu bukan ia daripadamu kerana mengajari bagi adab bahawasanya tiada harus disandarkan kepada allah ta'ala segala yang menghina akandia seperti tiada harus dikata allah ta'ala itu ia menjadikan anjing dan babi dan jika adaia menjadikan tiap2 sesuatu sekalipun kerana adab (maka tiap2) adalah menyandarkan perbuatan kepada kita itu kerana menghikayatkan akan firman allah ta'ala jua intiha'

(dan lagi kata) syech abdul wahab assya'rani qadasallahu sirrahu kepada syechnya sidi ali alkhawas r.a (soal) apa haqiqat usahamengatakan iman as'ary itu (maka jawabnya) r.a (bermula) haqiqat usaha itu iaitu ta'lik irodat mumkin dengan memperbuat barang perbuatan adaia maka diperolihi taqdir ilahi pada ketika ta'lik irodat itu maka dinamai merekaitu akan yang demikian usaha bagi mumkin pada ma'ani bahawasanya mengusahakan munafaat dengan dia itu kemudian daripada sudah berkehendak kepadanya ya'ni berkehendak kepada taqdir ilahi itu

(dan lagi) kata syech abdul wahab as sya'rani qadasallahu sirrahu telah aku dengar akan dia ya'ni sidi ali al khawas r.a segala yang lainnya berkata ia wajib atas hamba itu bahawa mengetahui akan bahawasanya tiada memberi bekas segala2 bagi makhluk pada memperbuat sesuatu daripada sekira2 taqwin hanyasanya baginya hukum jua faqad (=sahaja, cuma) maka fahamkan olihmu kerana bahawasanya kebanyakan manusia tiada dapat membezakan ia antara hukum dan atsar ayat (berkata) syech ia pula ya'ni sidi ali al khawas ra (bermula) kenyataan yang demikian itu bahawasanya haq allah ta'ala itu apabila menghendaki ia mengadakan akan harkat atau ma'ani daripada segala perkerjaan yang tiada sah ujudnya melainkan pada segala madahnya kerana mustahil bahawa berdiri ia dengan sendirinya maka tiada dapat tiada daripada unjudnya mahal (@ tempat @ wadah) yang menzahirkan ia akan taqwin (=keberadaan) perkerjaan ini ya'ni perkerjaan yang tiada berdiri ia dengan sendirinya maka mahal @ (tempat hinggap) iaitu hamba yang dihukumkan ia dengan mengadakan maka mumkin ini padahal tiada sekali2 baginya itu atsar dalamnya intiha' فأفهم فإنه دقيق وتحقيق



**nota**: adalah kitab darun nafis ini ditulis dalam bahasa melayu lama.. dan ayat2 tidak mempunyai permulaan dan perhentian@ noktah... tutur bahasanya pula dicampur aduk dengan bahasa arab pasar.. (arab loghat nusantara). Saya terpaksa menyalin kitab ini secara asal, untuk memelihara keasliannya

(dan lagi kata) syech abdul wahab assyarani qadassalahu sirrahu telah aku dengar saudaraku afdaluddin rahimallah ta'ala berkata ia tiada sekali2 bagi mumkin itu qudrah hanyasanya baginya menerima aasar ilahi kepadanya jua kerana bahawasanya sifat itu ya'ni qudrah itu sifat daripada ketetuan tunggal ketuhanan iaitu keadaan yang berkuasa maka mengisbatkan qudrat bagi mumkin itu da'wi dengan tiada dalil

(dan lagi berkata ia) ya'ni syech afdaluddin rahimallah ta'ala bermula kata kami ini muafakat serta asa'riyah yang mengisbatkat merekaitu bagi qudrat hamba serta menafikan perbuatan daripadanya intiha'

(dan lagi kata) syech abdul wahab assya'rani qadassalahu sirrahu dan telah menyebutkan olih syech muhayiddin radiallau anhu pada bab seratus dua puloh daripada futuhuhul makiyah bahawasanya mengisbatkan qudrah bagi mumkin menafikan fa'il daripadanya itu setengah daripada segala masaalah yang amat sukar kerana membawa kepada keadaan fa'lun (dan lagi berkata ia) ya'ni syech muhayiddin r.a dan tiada membukakan allah ta'ala atasku dengan menghilangkan labisa ya'ni samar pada masaalah ini ya'ni hal keadaan fa'lun padahal bukan fail melainkan pada malam ketika aku menyurat akan tempat ini pada tahun hijrah enamratus tiga puloh tiga dan sanya sukar atas aku mentafsilkan antara yang usaha yang mengata akan dia kaum ahli sunah dan khalqhi (خلق) yang mengata akan dia kaum mu'tazillah maka mengurniakan taufik allah ta'ala akan daku dengan membukakan penglihatanku atas mula2 kejadian makhluk yang tiada mendahului akan dia makhluk kerana tiada ada ketika itu melainkan allah ta'ala jua

Aasar (اثار) @ kesan @ bekas
Fa'il (فاعل) @ perlaku @ pembuat @ perlakun
Fa'lun (فعل @ buatan @ lakunan @ kelakuan
Mumkin (ممكن) @ yang diadakan @ yang dicipta @ yang dilembagakan
Tafsil (تفصيل) @ penjelasan @ penerangan @ kupasan
Qudrat ((قدره) @ kuasa @ daya @ energy @ force


(maka firman allah ta'ala) bagiku didalam sirrku tilik olihmu akan dia disana mula2 kejadian makhluk adakah perkerjaan itu mewaris labisa dan hairan (maka) sembahku tiada ya rabb (maka) firmannya bagiku seperti demikianlah sekelian barangyang engkau lihat akandia daripada segala yang baharu tiada bagiku seorang didalamnya yang memberi bekas dan tiada suatu daripada makhluk maka akulah tuhan yang menjadikan segala asyia' pada sisi asyia' tiada dengan asbab maka adalah dengan perkerjaan ku jadikan nafhun pada isa dan kejadian taqwin pada thoir (maka) sembahku baginya ya rabb maka apabila adalah seperti demikian itu maka tiap2 adalah dirimu yang engkau khitob dengan katamu perbuat olihmu dan jangan engkau perbuat (maka firmannya) bagiku apabila aku perlihatkan akandikau dengan sesuatu daripada ilmuku maka lazimlah olihmu adab kerana bahawasanya hadrat ini tiada menerima ia akan saat menidak2ki akan perbuatan tuhan seperti firmannya
لا يسئل عما يفعل وهم يسئلون ertinya jangan ditanya akan barangyang aku perbuat dan sekelian kamu itu akan ditanya intiha'

(kata) syech abdul wahab assya'rani فتأمل فاله نفيس(syahadan) jikalau itu jua musyahadahkan insyaallah ta'ala sampai jua ia kepada allah ta'ala kerana maqam tauhidul af'al ini maqam yang dibawah segala2aripada sega maqam arifin maqam tauhidul af'al ini satu martabat daripada beberapa martabat orang yang sampai kepada allah ta'ala kerana jalan sampai kepada allah ta'ala itu empat martabat seperti lagi yang akan datang insyaalah ta'ala pada akhir khotimah

asyia' (أشياء) Setiap sesuatu @ ada @ keberadaan... ('keseolahan ada' namun 'tiada' kerana setiap keujudan cuma besifat sementara @ khayalan @ maya materi (dualisma)
labisa (لبس) kekaburan @ keracauan @ hijab @ kesamaran @ kurang faham @ kekalutlan dalam mengerti @ keteledoran fikir
khitob (خطاب) cerita @ lakatkan @ berita @ sifatkan
Nafhun (نفخ) @ tiupan ruh @ menjana pergerakan
thoir (طائر) @ unggas terbang @ burung @ yang bisa terbang


**nota** Pemburu haqiqat tidak membiarkan fikirannya ditakluki larangan2 @ hijab2 @ kekaburan2. Dia sentiasa mencari jalan @ kaedah2 menembusi hijab2 untuk mara terus kembali kepada 'keesaan semata'



"tiap2" adalah sifat2 dualisma tuhan. "TIAP" adalah sifat fungsi ketuhanan


(shahadan) maqam inilah yang mula2 ia anugerah akan allah ta'ala kepada orang yang salik atau kepada orang yang lainnya iaitu seperti orangyang majzub umpamanya dan erti majzub itu orangyang diambil allah ta'ala dengan terkejut serta dirinya tahu akan mengenal zatnya dan sifatnya dan asma'nya dan af'alnya daripada tiada mengerjakan 'ibadat dan tiada talqin daripada guru dan tiada ijazah masyaih (shahadan) bahawasanya maqam inilah natijahtus suluk dan samarahnya ertinya jadi daripada orangyang salik dan buahnya (dan) erti salik iaitu orangyang bersunggoh2 ia ijtihadnya berbuat 'ibadat kepada allah ta'ala dengan riadhoh ijazah akan dia olih syehnya kepadanya dengan tiada cedera ia pada mengerjakan akan dia dan tiada menyalahi ia akan barang disuruhkan akan dia olih gurunya daripada segala 'ibadat dan lainnya (dan) erti arif itu iaitu orangyang mengenal allah ta'ala dan mengenal hamba lagi dapat ia membezakan antara kholiq dan makhluk dan musyahadah segala yang tersebut itu


ijazah (إجازه) @ izin @ baiat @ menurunkan
ijtihad (إجتهاد) @ bersunggoh2 tampa erti penat lelah
kholiq (خالق) @ pencipta
majzub (مجذوب) @ medapat ilham2 tanpa tunjuk ajar dari sesiapapun
masyaih (مشائخ)@ guru yang mengajar dan pemberi pertunjuk
natijahtus suluk (نتيجة السولوك) @ tujuan @ hasil pengembaraan rohaniyah
riadhoh (رياضة) @ sentiasa melakukan
samarah (ثمره) @ buah ato hasilnya
talqin (تلقين) @ tunjuk ajar atau arahan
(dan maqam inilah) maqam yang pertama daripada maqam 'arifin yang meyampaikan ia kepada maqam yang diatasnya iaitu maqam tauhidul asma' iaitu maqam yang kedua daripada segala maqam 'ariffin
----------------------------------------

DARUN NAFIS

DARUN NAFIS

Dengan nama Allah Taala, yang amat murah pada menganugerahi nikmat yang besar2 lagi amat menanugerahi nikmat seni2 jua. Aku mulai risalah ini, الحمد لله الذى كرم بنى آدم واصطفى منهم العلماء Bermula segala jenis puji itu tertentu bagiAllah Taala, tuhan yang memuliakan anak adam dan memilih Ia daripada mereka itu akan ulama2 * واختار أيضا منهم الزهاد والحكماء والكرماء * Dan memilih Ia pula daripada mereka itu akan segala yang zahid dan yang hakim dan yang karim * واختار أيضا منهم الزهاد والحكماء والكرماء * Dan melebihkan Ia daripada merekaitu akan segala orang yang mengenal akan zat Allah Taala dan akan segala sifatNya dan segala asma'Nya.

* واختار أيضا منهم الزهاد والحكماء والكرماء * Dan memerasakan Ia akan merekaitu akan lazat kasih akan Dia dan telah memperlihat Ia akan merekaitu akan haqiqat segala sesuatu daripada bumi dan langit. * والصلاة والسلام على سيدنا محمّد خاتم الأنبياء * Dan rahmat Allah dan salamNya atas Penghulu kita Nabi Muhammad, menyudahi Ia segala nabi. * الذى خلق من ذاته ومنه جميع الأسياء * Dan dijadikan ia dari nur zatNya, dan daripadanya lah dijadikan sekelian perkara. * وعلى آله وأصحابه السادة الأولياء * Dan atas segala keluarganya dan sahabatnya yang penghulu segala aulia'. * وعلى التابعين وتابعي التابعين لهم بإحسان الى يوم الجزاء * Dan atas segala yang mengikut bagi merekaitu, dan segala yang mengikut bagi segala yang mengikut bagi merekaitu dengan kebajikan hingga hari pembalasan.

وبعد فلما كانت سنة ألف ومائتين من هجرة النبي الكريم على صاحبها ربّه أفضل الصلاة وأذكى التسليم Dan kemudian daripada itu maka adalah tatkala pada tahun seribu dua ratus tahun hijriyah nabi yang mulia atas mempunyai badi (permulaan) daripada Tuhannya, rahmat yang amat lebih dan haluan yang amat suci. * قد المس مني بعض الإفخوان فتح الله قلبي وقلبه بنور المشهادة والعرفان * Sanya telah meminta daripadaku setengah setengah daripada saudaraku membukakan kiranya Allah Taala akan hatiku dan hatinya, dengan cahaya musyahadah dan ma'rifah.

* قد المس مني بعض الإفخوان فتح الله قلبي وقلبه بنور المشهادة والعرفان * ] Dan aku buatkan baginya satu resalah yang ringkas dalam bahasa rumi yang lemah lembut, supaya memberi munafa'at dengan dia akan orang yang tiada mengetahui bahasa Arab yang nyata. * في بيان وحدة الذات والصفت والأسماء والأفعال لتخلص السالكين من الشركالخفى والرياء والعجب للأعمال * Pada menyatakan wahdatul zat dan wahdatul sifat dan wahdatul asma' dan wahdatul af'al, supaya melepaskan ia akan segala orang2 salik itu dari syirik khofy dan daripada riya' dan 'ujub bagi segala amal.

* وبيان بعض الحقائق ومقامات القوم الكرام ومشاهداتهم لذى الجلال واإكرام * Dan menyatakan setengah daripada segala ilmu haqiqat, dan menyatakan setengah daripada maqam kaum ahli tasauf yang mulia, dan menyatakan setengah daripada segala musyahadah merekaitu bagi Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemulian. * فأجبته إلى ذلك وإن لم أكن أهلا لذلك * maka aku perkenankan akan dia berbuat risalah yang demikian itu, dan jika tiada aku ahli bagi yang demikian sekalipun. * مستعينا بالله ومعتمدا عليه في تحقيق للطلوب والمقصود على حسب ما ظهرلي من أقوال أهل المنة والالشهود Padahal aku meminta tolong kepada AllahTaala dan berpegang atasnya pada mentahqiqkan yang dituntut dan yang dimaksudkan atas sekira2 barang yang zohir ia bagiku daripada perkataan orang yang mempunyai minat dan syuhud.

*وسميتها الدر النفيس في بيان وحدة الأفعال والأسماء والصفات والذات ذات التقديس * Dan aku namai risalah ini DARUL NAFIS, ertinya MUTIARA INDAH * pada menyatakan wahdatu af'al dan asma' dan sifat dan zat yang suci. * راجيا من الله أن ينفع بها المريدين وأن يجعلها خالصة لوجهه وذخيرة لي ولهم يوم الدين * Padahal harap aku daripada Allah Ta'ala, bahawa memberi munafaat Dia dengan risaslah ini, akan segala orang yang murid, dan bahawa dijadikanNya kiranya akan dia tulus ikhlas bagi zat hak Allah Taala dan petaruhan bagiku dan bagi merekaitu pada hari qiamat. * ورتبتها على مقدمه وأربعة فصول وخاتمة وذكرت فيها المسائل السفية المأخوذ من كتب الصوفيه * Dan aku aturkan akan dia atas satu muqadimah dan empat fasal, satu khatimah dan aku sebutkan didalamnya beberapa masaalah yang tinggi2, yang diambil daripada beberapa kita ali tasauf.

* مقدمة فى بيان الأشياء ألتى تبطل السالك وتمنعه من وصول إلى الله تعالى * Bermula ini satu muqadimah pada menyatakan segala perkara yang membatalkan ia akan orang yang salik dan yang menegahkan dia, daripada sampai kepada Allah Taala. Ketahui olihmu hai salik. bahawasanya wajib atasmu itu memelihara akan dirimu daripada segala maksiat, samaada maksiat itu bathin atau zahir, dan melepaskan dirimu daripada segala yang membatalkan sulukmu, dan daripada yang menegah dikau daripada sampai kepada Allah Taala. Bermula, segala yng membatalkan suluk itu amat banyak. Setengah daripadanya *كسل * ertinya segan daripada mengerjakan 'ibadat serta kuasa mengerjakan dia. Kata Abu Dzar: Jamhir barangsiapa berperangai 'kasal', maka tiada diperolih ia akan bahagia didalam dunia dan didalam akhirat. Dan setengah daripadanya *فتور* ertinya lemah daripada mendirikan 'ibadat sebab bimbang dengan dunia. Dan setengah daripadanya *ملل* ertinya jemu dan puas daripada memperbuat ia berulang2, padahal belum lagi hasil yang dikehendakinya. syahadan, adalah sebab yang demikian itu sekeliannya kerana kurang iman dan dhoif yaqin dan buta matahati, dan mengikutkan nafsu akan hawanya.

Dan yang menegahkan sampai orang yang salik itu kepada Allah Taala itupun amat banyak jua dan adapun setengah daripadanya *شرك خفى * ertinya syirik yang tersembunyi, iaitu membangsakan segala perbuatan yang terbit daripada makhluk kepada makhluk jua, tiada kepada Allah Taala, kerana haqiqatnya segala perbuatan itu sekeliannya terbit dari Allah Taala jua, dan adalah segala makhluk itu seolah2 alat perbuatan AllahTaala, maha suci Allah Taala mengadakan sesuatu dengan alat. Dan setengah daripadanya *رياء* riya', ertinya memperlihatkan 'ibadatnya kepada orang yang lain atau menghendaki dengan 'ibadatnya itu akan sesuatu yang lain daripada Allah Taala, jikalau syurga sekalipun. Dan setengah daripadanya *سمعة *sum'ah ertinya mengkhabar2kan 'ibadatnya yang ikhlas kerana Allah Taala itu kepada orang supaya dibesar orang dan dimuliakan orang. Dan setengah daripadanya *عجب* 'ujub, ertinya membesarkan dan membanyak akan 'ibadatnya, padahal tiada dilihatnya akan dia itu nikmat daripada Allah Taala. Dan setengah daripadanya *سقط أوله وقوف مع العبادة * ertinya yang mendindingi iaitu memandang ia akan 'ibadatnya itu daripada dirinya, tiada dilihatnya akan dia nikmat daripada Allah Taala atasnya. Dan setengah daripadanya *حجب* hijab ertinya dinding iaitu dinding 'ibadatnya daripada segala cahayanya dan perhiasannya dan keelokannya, kerana tiap2 tiap2 satu amal 'ibadat itu baginya cahaya dan perhiasan dan keelokannya, maka berhentilah orang salik kepadanya daripada melihat akanperhiasannya dan keelokannya, maka sukacitalah ia dengannya dan lupalah ia akan Allah Taala, daripada sebab yang demikian itu. Syahadan, tiada yang melepaskan akan dikau salik daripada segala segala perkara bahaya yang tersebut itu, melainkan syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya terbit daripada Allah Taala jua,seperti yang lagi akan datang kenyataannya pada fasal yang petama ini. Insyaa Allah Taala.

Apa itu Nafsu ?

Apa itu Nafsu ?

NAFSU, walaupun selalu mendapat cacian, namun selalu pula diikuti… Suatu hal yang sering dipandang cela oleh umat manusia… padahal Nafsu itu berasal kata dari Nafis (bahasa arab) yang bererti: Sesuatu yang berharga… Sesuatu yang bernilai istimewa…. Sesuatu yang senantiasa harus dijaga. Sungguh, Nafsu (diri / jiwa) seorang manusia sangatlah berharga… lebih mahal dari seluruh kekayaan dunia… Sayangnya, tak semua menyedarinya.
Manusia tercipta, dan dapat hidup oleh dua kekuatan… Roh dan Jasad… Sumber Roh adalah langit… sementara Jasad bersumber dari bumi… Kerana Jasad terbuat dari bumi maka segala yang perlukan ada di bumi… beras, gandum, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan, rempah-rempah, air… Jasad dapat hidup dengan bumi itu sendiri… dan akhirnya, Jasad pun kembali ke bumi… bersatu dengan sumbernya lagi.

Sedangkan Roh yang bersumber dari langit… ia pun mendapatkan segala yang ia diperlukan demi ketahanan hidupnya dari langit… bukan dari bumi… lalu akhirnya, ketika dua kekuatan itu berpisah… Jasad kembali ke bumi… sementara Roh… kembali ke langit.
Jasad dapat dilihat, segala keperluannay pun dapat terlihat dan dikonsumsi secara zahir. Sedang Roh tak dapat dilihat maupun disentuh dengan indra apapun… maka… kebutuhan pokoknya pun tak dapat dilihat, namun dapat dikonsumsi dari sumbernya sendiri iaitu langit…

Ketika seorang bayi senyum sorang2 di usianya yang sangat-sangat muda, kita sering mengatakan bahawa mala’ikat sedang bermain dengannya, itu memang benar, sebab bayi tersebut masih suci… tak ada noda sedikitpun di kalbunya… jernih sejernih-jernihnya.
Kerana kalbu/hatinya yang suci itu mengandung NAFSU… Nafsu itulah yang membuatnya mulia… ialah Nafsu Kamilah… ialah Nafsu Zakiyyah… ialah Fitrah.

Sebuah titisan dari sinaran cahaya Rasul saw. yang dibawa oleh seluruh manusia yang lahir di muka bumi ini… “Kullu mauludin yuladu alal-fithrah” Setiap manusia lahir dengan membawa cercahan cahaya Rasul saw. dalam hatinya (Fithrah), iaitu Nafsu Zakiyyah atau Nafsu Kamilah… ialah agama islam yang semurni-murninya.
Allah swt. berfirman: “Wa’lamu anna fikum Rasulallah” Ketahulilah bahwa dalam dirimu itu ada Rasulullah [utusan allah]… ialah Fitrah tersebut.
Oleh itu maka kita diperingatkan dengan hari ulang tahun tiap-tiap manusia, hakikatnya adalah mempringati lahirnya Fithrah itu… lahirnya cahaya Rasul itu… dengan harapan moga-moga hati dapat suci kembali… dan moga-moga yang kafir dapat menjadi muslim kembali.
Bila seorang bayi mati dalam keadaan suci maka syurga lah tempat tinggalnya.

Namun setelah dipengaruhi oleh agama dan didikan keluarga maupun lingkungannya, mulailah Nafsu Kamilah itu ternodai sedikit demi sedikit… Bila ia ternyata menganut agama lain selain agama islam… kalbunya menjadi hitam nan gelap gelita, bila mati dalam keadaan kafir maka janji Allah ia di neraka selama-lamanya…

Akan tetapi bila ia masih bertahan dalam agama islam namun prilaku jahat, hatinya pun penuh noda, bila ia mati dalam keadaan sekotor itu maka perjalanan menjadi panjang dan penuh rintangan serta hambatan… menuju syurga.
Setelah berumur sekian tahun… setelah baligh dan berakal… setelah mendapat didikan (baik ataupun buruk) dari orang tua, keluarga, pergaulan maupun lingkungan, maka mala’ikat Atid pun turun mengerjakan tugas, manusia muslim itu telah baligh dan mulai tecatat amal baik dan kesalahannya…

Selama ia masih muslim, maka malaikat Atid tetap mengawasi dan menulis, namun jika keluar dari islam, malaikat Atid pun segera menutup buku dan pulang ke kampung halamannya di langit, sebab manusia itu tak perlu diawasi lagi kerana apapun ia lakukan, ia pasti ke neraka tanpa hisab.

Sama halnya dengan seorang nabi dan wali, tak ada mala’ikat Atid yang mengawasi dan mencatat amalnya kerana pasti ke syurga tanpa hisab (tanpa perhitungan pahala dan dosa).
Seorang anak muslim yang telah besar dan mulai berbuat kesalahan, kemudian terbiasa melakukannya… Nafsu Kamilah-nya mulai ternodai… “Innal-abda idza adznaba dzanban kanat nuqtatun sauda’ fi qalbih fa in taba minha shaqula qalbuh wa in zada zadat”.
Mulailah Nafsu Kamilah tertutup oleh nafsu yang lain, nafsu baru yang kotor dan mengotori… ialah Nafsu Mardliyyah…

Bila kesalahan masih terus dilakukan, maka terbentuklah nafsu berikutnya; Nafsu Radliyah.
Kemudian muncullah nafsu kotor berikutnya yang semakin melapisi Fithrah manusia… yaitu Nafsu Muthma’innah… nafsu yang tenang oleh amal perbuatannya (ujub), padahal ia sudah menjauh dari Tuhannya… “Ya ayyatuhannafsul-muthma’innah irji’i ila Rabbiki” Wahai Nafsu Muthma’innah, kembalilah ke Tuhanmu…
Perintah “Kembalilah” tentu ditujukan kepada yang jauh… yang berpaling… yang membelot… yang telah menodai fithrahnya sendiri… Wahai manusia yang bernafsu Muthma’innah… wahai manusia yang menjauh dari Allah dengan nafsu Muthma’innah… kembalilah ke Tuhanmu… janganlah menjauh… dekatkanlah… musnahkan nafsumu itu!
Maksiat masih saja dikerjakan… terbentuklah nafsu baru yang lebih parah… Nafsu Kamilah pun semakin tertutupi… hamba semakin menjauh lagi dari Tuhannya… ialah Nafsu Mulhamah… nafsu yang selalu bingung oleh dua pilihan… antara ketaqwaan dan kekejian… “Wa nafsin wama sawwaha fa alhamaha fujuraha wa taqwaha”.

Muncullah nafsu berikutnya… Nafsu Lawwamah “La uqsimu binnafsillawwamah”… nafsu yang senantiasa mendorong manusia berbuat dosa, setelah berbuat, nafsu itupun menyesal, tak lama kemudian ingat bahwa Tuhan maha pengampun, akhirnya hendak berbuat lagi, kemudian menyesal lagi, lalu merasa bersalah, kemudian ingat bahwa Tuhan sangat penyayang, akhirnya terdorong untuk berbuat lagi… begitu seterusnya tanpa henti.

Tibalah nafsu terangkuh dan terbusuk… nafsu yang serba keji dan kotor… Nafsu Ammarah bissu’… raja nafsu yang selalu memerintah manusia… Lakukanlah, lakukanlah… jangan ragu-ragu… lakukan saja… berbohonglah… berzinalah… membunuhlah… mencurilah… dan seterusnya… “Innannafsa la’ammaratun bissu’”.
Nafsu-nafsu itulah yang telah merosak prilaku manusia sehingga Fithrah menjadi terselimuti oleh kegelapan noda-noda nafsu busuk yang telah memusnahkan segalanya.
Sayangnya… manusia sendiri lah yang mendatangkan nafsu-nafsu itu… dengan kebiasaannya melakukan hal-hal yang tidak baik.

Setelah nafsu-nafsu itu menjadi tebal melekat di kalbu, maka muncullah syaitan untuk membuat tempat tinggal tetap bersama nafsu-nafsu itu.
Pada hakikatnya..Syaitan amat takut dengan Nafsu Kamilah… namun kerana telah tertutupi oleh banyak nafsu kotor yang lain maka syaitan menjadi berani dan senang… kehadirannya pun membuat nafsu-nafsu itu semakin aktif bekerja dan Nafsu Kamilah semakin lenyap… tak menjelma lagi.

Nafsu-nafsu busuk yang mengotori kalbu itu dinamakan dalam al-Qur’an dengan Akinnah… “Waqalu qulubuna fi akinnah”.
Disebut juga dalam al-Qur’an dengan Aqfal… “Afala yatadabbarunal-Qur’ana am ala qulubin aqfaluha”.
Dinamakan pula dengan Ran… “Kalla bal rana ala qulubihim ma kanu yaksibun”.
Disebut juga dengan Ghulf… “Waqalu qulubuna ghulf”.
Disebut juga dengan Hujub… “Wa bainana wa bainaka hijab”.
Sementara oleh baginda Rasul saw. nafsu-nafsu itu disebut dengan Shoda’ (karat)… dlm hadisnya “Inna hadzihil-quluba tashda’ kama yashda’ul-hadid”.
Manusia yang selalu tergoda oleh nafsu dan syaitan, ia tak dapat mangusir syaitan dari hatinya sebelum ia membunuh lebih dahulu nafsu-nafsu yang menyelimuti hati dan fithrahnya. Setelah nafsu-nafsu itu dibuang jauh-jauh dan hati kembali ke Fithrah, maka syaitan pun pergi dengan sendirinya… tidak berani mendekati cercahan cahaya Rasul yang suci itu.

Ibarat lalat yang mengelilingi kotoran dalam sebuah ruangan, bagaimanapun usaha kita mengusir lalat-lalat itu, ia takkan pergi sebelum kotoran itu disingkirkan dan dihapuskan lebih dahulu dari ruangan tersebut walaupun kita katakan bekas itu bersih... barulah lalat-lalat itu mencari tempat lain untuk bermain-main.
Sudah menjadi tabiah Syaitan suka tinggal dan bermain di kalbu-kalbu manusia yang penuh dengan nafsu-nafsu kotor… bilamana nafsu-nafsu itu telah sirna dan tinggallah Nafsu Kamilah saja, maka syaitan segera mencari tempat tinggal yang lain.

Syaitan janganlah selalu menuduhnya jahat… tapi…jangan lupa diri sendiri yang telah mengundang syaitan itu dengan membentuk nafsu-nafsu jahat dalam hati… “Wama ashabaka min syyi’atin famin nafsik” Apa yang kamu lakukan daripada kejahatan maka itu dari dirimu sendiri… dari nafsumu… bukan dari syaitan !

Bagaimana membunuh nafsu? Setiap yang rosak harus dibaiki… lagikan kereta yang rosakl harus pergi ke bengkel untuk dibaiki… lagikan kita sakit pergi merawat di hospital….yang membuat kondisi tubuh menjadi sakit harus pergi ke doktor untuk berubat… demikian pula yang membuat Fithrah menjadi tertutup dan terselimuti oleh banyak nafsu jahat, harus segera ke seorang wali mursyid..!!

Tentunya tanpa seorang guide takkan sukses. Allah telah mengutus seorang wali mursyid yang bertugas untuk membunuh nafsu-nafsu jahat yang ada dalam hati manusia… Allah telah memberikannnya kemampuan dan izin untuk menyelamatkan manusia dari segala kerugian di dunia dan akhirat… akan tetapi hanya untuk yang mau saja… yang tak mau mengikuti wali mursyid maka setan dan nafsu-nafsu tetap bersamanya.

Para kiyai, da’i, guru dan penasihat hanya untuk pencegahan belaka… atau paling tidak meringankan rasa sakit… malah kadang juga menambah parah… kerana mereka pun masih sakit… Sedangkan para ulama’ yang lebih senang disebut dengan Auliya’ atau Wali Mursyid atau Warits Muhammadi… ia mampu untuk mengubati dan boleh mencegah datangnya penyakit lagi.
Ccontoh : Ada seorang penggembala kambing yang sedang berjalan beserta kambing-kambingnya melewati sebuah tanaman subur, hijau dan penuh tumbuhan segar… saat itupun penggembala itu tertidur dan berselimut tebal (tujuh lapis)…
kerana kambing-kambing itu kehilangan kontrol dari sang penggembala… maka liarlah kambing-kambing itu menghabisi tanaman yang ada di sekitar (milik orang lain)… sang penggembala masih tertidur… datanglah sejumlah orang untuk mengamankan suasana… dan berusaha mengembalikan kambing-kambing itu ke jalan (yang lurus)… namun ternyata tak mampu… justeru terus merosak tanaman…

setiap mengembalikan atau menghalang satu kambing, kambing yang lain masih dan kembali memakan tanaman itu… mereka itu datang memang berniat baik… namun ternyata gagal dan malah turut merosak saat mengejar dan menangkap…

Akhirnya… tibalah satu orang yang sangat arif mengatakan: Kalian sedang berbuat apa? Mereka lalu menjawab: Kami hendak mengembalikan kambing-kambing itu ke jalan [kononnya untuk menghalang kambing dari memakan tanaman tersebut] agar tidak merosak tanaman…
Orang itu segera menegur: Bukan begitu caranya… ia pun segera mendatangi sang penggembala yang tidur itu dan melepas selimut-selimutnya satu-persatu sampai ia terbangun… bangunlah… lihat kambing-kambingmu itu pada keliaran… cepat kembalikan… Sang penggembala pun dengan spontan memanggil dan memberi isyarat… kambing-kambing itu lalu kumpul kembali dan melanjutkan perjalanan bersama pengawalan sang penggembala. Mudah saja…kan !
“Wayadlribullahul-amtsala linnas” Allah selalu memberi contoh kepada umat manusia agar mereka cepat faham.
Lalu apa maksud dari cerita (contoh) di atas? Penggembala itu adalah hati… kambing-kambing itu adalah seluruh anggota tubuh manusia… apabila hati bangun dan segar (dalam keadaan baik) maka seluruh anggota tubuh-pun terkontrol dengan sempurna… namun bila hati tertidur dan tertutup oleh selimut-selimut tebal (nafsu-nafsu) maka seluruh anggota (tangan, lidah, kaki, mata, telinga, kemaluan dan perut) akan sembarangan berbuat.

Orang-orang yang mengejar dan berusaha menangkap kambing-kambing itu untuk kembali ke jalan adalah para kiyai dan da’i-da’i yang hanya berbicara kesana kemari mengkhitab anggota tubuh… niat memanglah baik… namun cara menunjuki umat ke jalan yang benar masih kurang tepat… sayangnya… para kiyai dan da’i malah ikut merosak dan mencemarkan suasana hati.
Adapun seorang arif tadi adalah si wali mursyid… si pewaris Rasul saw. yang menunjuki umat dengan cara yang sangat tepat… mengetuk hati… membangun nurani… tak perduli dengan zahirnya yang terjadi… cukup dengan melepaskan kalbu dari nafsu-nafsu yang menyelimuti… lalu menyegarkan mata hati… semua pun akan segera beres..!!
Contoh dan uraian di atas persis seperti kandungan hadits Rasulullah saw. yang berbunyi sebagai berikut :
” إن الحلال بين والحرام بين وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات فقد وقع في الحرام كالراعي يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه ألا وإن لكل ملك حمى ألا وإن حمى الله محارمه ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب “
Inti dari semuanya adalah : Hati yang telah kotor oleh nafsu-nafsu, tak dapat dijernihkan kembali kecuali dengan mengikuti seorang spesialis qolbu… iaitu seorang wali mursyid yang mewarisi Rasul saw. Memanglah Allah swt. adalah penunjuk jalan dan pemberi hidayah yang utama kerana Ia berfirman: “Qul innal-huda hudallah yahdi man yasya’”…
namun di sisi lain… Allah juga menegaskan bahwa baginda Rasul pun dapat memberi hidayah dengan firman-Nya: “Wa innaka latahdi ila shirathin mustaqim”… selanjutnya Allah pun mengutus para pewaris Rasul yang juga diberi restu oleh-Nya untuk memberi hidayah “Likulli qaumin had”…

Dari itu Allah swt. berfirman: “Wa lillahil-izzatu wa lirasulihi wa lil-mu’minin”… Allah juga berfirman: “Wa quli’malu fasayarallahu amalakum wa Rasuluhu wal-mu’minun”.
Kewajiban kita adalah mengikuti seorang wali mursyid, yang secara otomatis menandakan taat kepada Allah dan Rasul-Nya saw.

Setelah melalui proses penjernihan hati dengan ittiba’ kepada wali mursyid… maka Nafsu Kamilah kembali menyinari jiwa manusia… lepas dari nafsu-nafsu yang jahat tadi… Awalnya dengan membunuh Nafsu Ammarah bissu’… kemudian Nafsu Lawwamah… Nafsu Mulhamah… kemudian Nafsu Muthma’innah… di saat itu ia merasa diri telah bersih dan dekat dengan Tuhan… padahal masih jauh… karenanya Allah memanggil :
” يا أيتها النفس المطمئنة ارجعي إلى ربك راضية مرضية فادخلي في عبادي “
Wahai Nafsu Muthma’innah… kembalilah ke Tuhanmu… janganlah menjauh… mendekatlah… kembalilah ke Nafsu Radliyah… kemudian kembalilah ke Nafsu Mardliyyah… setelah itu kembalilah ke Nafsu Kamilah lalu “Fadkhuli fi ibadi”
Bergabunglah bersama para hamba-Ku… hamba-hamba yang aman dari godaan syaitan… “Inna ibadi laisa laka alaihim sulthan” Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak dapat ditaklukkan oleh syaitan…
“La’aghwiyannahum ajma’in illa ibadaka minhumul-mukhlashin” Syaitan akan menggoda semua manusia… kecuali mereka para hamba Allah yang telah dijernihkan hatinya (oleh Allah dan Rasul-Nya melalui Wali Mursyid)… yang telah dijernihkan hatinya… bukan yang telah menjernihkan hatinya!

Setelah kembali suci dengan keutuhan Nafsu Kamilah, maka agar Fithrah tak ternodai lagi, wali mursyid segera melapisinya dengan tujuh sifat Allah; Ilmu, Qudrah, Iradah, Bashar, Sama’, Hayah dan Kalam… Dengan demikian jadilah ia seorang waliyyullah yang sah dan rasmi… kerana telah mencapai makna hadits yang berbunyi :
” فإذا أحببته كنت سمعه الذي يسمع به وبصره الذي يبصر به ويده التي يبطش بها ورجله التي يمشي بها وإن سألني لأعطينه ولئن استعاذني لأعيذنه “
“A’da a’da’il-mar’i nafsuhullati baina janbaih” Sejahat-jahat musuh manusia adalah nafsu-nafsunya itu sendiri. Semoga kita tetap ingat bahwa zaman ini adalah zaman jihad akbar… dan jihad akbar itu adalah jihad melawan dan membasmi hawa nafsu… semoga Allah dan Rasul-Nya mempertemukan kita dengan wali mursyid dan warits muhammadi zaman ini… sehingga hati ini segera terobati… amin.

Selamat merenungi……..

Rujukan Sumber : Abna’ as-Syeikh

AKU

AKU
Sepatah Kata.


Segala puji bagi Allah, Tuahn sekalian alam, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Yang Maha bijaksana, Yang Maha Memiliki Ilmu Ghaib dan Yang Nyata, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Esa tiada sekutu bagi Nya, Dialah yang awal dan yang akhir, yang Batin dan yang Zahir yang meliputi Segala sesuatu. Maha Suci Allah yang mengilhamkan ilmu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya.


Selawat dan salam untuk cahaya bagi segala cahaya, rahsia bagi segala rahsia, pembuka pintu ilmu Ketuhanan, pelita hati,dan penawar sanubari iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan limpahkan juga rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabat sekelian.


Dengan taufik dan hidayah Allah jua dapatlah penulis menghuraikan dalam risalah ringkas ini sedikit penjelasan berkenaan perkara AKU menurut pandangan Falsafah Kesufian atau Falsafah Tasawuf untuk dijadikan bahan kajian, renungan dan kritikan para pembaca sekalian.


Aku yang dimaksudkan disini ialah diri iaitu diri kita sebagai manusia. Pandangan ini dari sudut Falsafah Kesufian (Philosophy of Sufism). Sekiranya betul pendapat ini maka itu dari Allah dan sekiranya tidak betul maka itu dari nafsu penulis sendiri. Jadi dengan itu, mana yang betul jadikan kajian dan mana yang salah diketepikan.


Paling baik lagi jika pembaca sekalian merujuk penjelasan dalam risalah ini kepada Ahli Ilmu ataupun dipanggil yang Mursyid iaitu mereka yang masak ilmunya dalam bidang Falsafah Kesufian agar dengan itu pembaca tidak teraba-raba akan maksud yang disampaikan dalam risalah ringkas ini.


Akhir kalam, penulis memohon keampunan Ilahi jika ada tersalah silap dalam risalah ini dan bersyukur kepadaNya jika tulisan ini betul dan benar. Kepada Allah aku kembalikan semua urusan.

PENDAHULUAN


Kita selalu merujuk diri kita seagai AKU. Kita berkata, “Ini Aku” , “Ini Aku punya”, “Ini badan Aku”, “Nama Aku si-anu”, dan “Nama bapa Aku si-anu”, dan sebagai nya.


Pernahkah kita terfikir siapakah AKU kita itu? Apakah AKU kita itu? Siapa sebenarnya AKU itu?


Maka disini penulis cuba untuk menghuraikan brkenaan AKU ini menurut pendapat dan pandangan Falsafah Kesufian (Philosophy of Sufism).


Buku atau risalah ini mengandungi penjelasan berkenaan AKU. Dari penerangan atau penjelasan ini pembaca akan dapat sedikit sebanyak maklumat tentang apa dan siapa sebenarnya AKU kita itu.


Selamat memaca dan memahaminya

Penjelasan yang pertama.


Pernahkah anda terfikir siapakah AKU itu?

Pernahkah anda terbayang apakah AKU kita itu?


Sebenarnya AKU kita ini adalah ROH kita, bukan badan kasar ini. Badan kasar ini akan mati sekiranya tiada ROH. Sekiranya tiada ROH, badan kita akan hancur binasa.


ROH kita inilah diri kita yang sebenarnya,.ROH ini hidup dan tidak akan mati. ROH inilah juga zat diri kita.


ROH ini juga limpahan Yang Maha Hidup iaitu Allah SWT. Allah itu hidup. Dia mempunyai sifat hidup. Maka hidup(ROH) kita adalah limpahan dari hidup Allah itu.


ROH ini juga digelar “bayangan” Yang Maha Hidup itu. ROH itu bayang kepada Yang Empunya Bayang. Yang Empunya Bayang itu ialah Allah, dan ROH kita itu adalah “bayangan” Allah itu. Demikian pendapat-pendapat ahli-ahli Sufi.


Allah itu tidak kelihatan, Maha Ghaib dan tidak ada satupun yang seumpama denganNya. Bagaimana kita dapat tahu adanya sesuatu yang tidak kelihatan dan tidak terperikan. Ibarat angin, kita tidak nampak angin, tetapi bagaimana kita tahu angin sedang bertiup dan angin itu ada? Jawabnya, kita tahu adanya angin itu kerana ada kesannya. Bila daun pokok bergoyang, kita tahu angin sedang bertiup. Kalau kita rasa hembusan, maka itu adalah hembusan angin, sebagainya. Goyangan daun dan rasa hembusan itu adalah tanda-tanda adanya angin. Kita tidak nampak angina tetapi kita tahu adanya angina melalui tanda-tandanya.


Demikian jugalah keadaannya dengan Allah SWT. Kita tidak nampak DIa, tetapi kita rasa dan percaya adaNya melalui tanda-tandaNya. Tanda-tanda Allah itu ialah alam semesta raya ini. Tanda-tanda ini dalam bahasa Arab ialah “ayat”.


Oleh itu, alam semesta raya dan diri kita ini adalah ayat-ayat Allah belaka.


ROH sangat tinggi martabatnya, melebihi peringkat malaikat. Tempatnya disisi Allah yang Maha Tinggi. ROH inilah yang mengenang Allah (zikrullah) seolah-olah kerjanya mengenang Allah sahaja. Seolah-olah makan minumnya “zikrullah” sahaja.


ROH yang suci ini sentiasa mentauhidkan Allah Yang Maha Suci. Najis padanya iailah menyekutukan Allah. ROH ini sangat cinta kepada Allah SWT. Ia memuja dan memuji Allah sentiasa. Allah itu kekasihnya. Cukuplah Allah itu baginya.


Demikian perhubungan Allah dengan ROH, menurut pandangan ahli-ahli Sufi.


Penjelasan yang kedua


Tahukah anda bahawa AKU anda itu adalah ROH yang datang dari Allah, hidup dengan Allah, dan kembali kepada Allah. Allah itulah pengkalan tempat bertolak, lautan yang dilayari dan pelabuhan tempat berhenti.


Jika dikaji dalam-dalam anda akan sedar dalam pandangan kerohanian bahawa Allah itu adalah tempat permulaan perjalanan kita. Dialah tempat perjalanan itu sendiri, dan Allah itu jugalah destinasi akhir perjalanan hidup ini.


Tempat bertolak, perjalanan dan destinasi yang dimaksudkan disini bukanlah dari segi pandangan fizikal yang tertakluk kepada ruang dan waktu. Tempat perjalanan dan destinasi yang dimaksudkan di sini iailah dari segi pandangan rohaniah, perasaan dan khayali(thought) kita.


AKU atau ROH kita adalah tanda-tanda atau ayat-ayat Allah. ROH itu juga bayanganNya dan penzahiranNya. Dari segi pandangan kerohanian, Allah itulah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Batin dan Yang Zahir.



Penjelasan yang ketiga


AKU yang paling dalam itu bersifat kerohanian. Jika AKU itu dibersihkan pandangannya melalui zikrullah dan latihan kerohanian orang-orang Sufi, maka AKU itu akan mencapai satu tahap pandangan dimana ia rasa wujud ini adalah Esa juga. Menurut pandangan ini, wujud itu ada bertingkat-tingkat, bertahap-tahap, dan pelbagai aspek, namun ia tetap satu. Segala yang ada kelihatan, baik yang zahir mahupun yang batin, semuanya satu wujud sahaja, pada hakikatnya. Inilah pandangan AKU yang paling dalam.



Penjelasan yang keempat


Sekali lagi diulangi bahawa AKU anda itu adalah ROH anda dan itulah juga diri anda sebenarnya.


AKU itu juga adalah ayatollah (tanda-tanda Allah) kerana seluruh alam raya, yang ghaib dan yang nyata, adalah tanda-tanda wujudnya Allah SWT.


AKU itu juga digelar ROHULLAH (ROH ALLAH) kerana ROH itu adalah hembusan dari ROH ALLAH atau limpahan dari ROH ALLAH.


AKU itu juga digelar Nurullah ( cahaya ALLAH) kerana setiap roh itu adalah cahaya. Digelar cahaya kerana setiap yang menampakkan sesuatu digelar cahaya . Nabi-Nabi itu cahaya Allah kerana melalui Nabi-Nabi itu kita dapat mengenal Allah melalui ajaran dan didikan mereka. ROH itu cahaya kerana melalui ROH itu kita kenal dan ‘nampak’ Allah.


AKU itu juga digelar Ma’lum dalam ilmuNya. Ma’lum ertinya ‘yang diketahui’. Allah itu ‘alim ( yang mengetahui). Setiap yang mengetahui tentu berpengetahuan (berilmu). Allah itu berilmu, sebab itulah ia ‘alim. Setiap yang ‘alim tentu ada ilmu dan ada perkara yang diketahuinya. Perkara yang diketahui itu digelar Ma’lum (yang diketahui). Allah itu ada ilmu dan dalam ilmuNya ada Ma’lum. ROH kita ini termasuk dalam ilmu Allah. Maka ROH kita itu Ma’lum Allah. Maka itulah dikatakan ROH itu Ma’lum dalam ilmu Allah.



Penjelasan yang kelima


AKU atau ROH itulah yang dapat mengenal Allah SWT bukan badan kasar ini yang mengenalNya. Melalui ROH itu kita mengenal Allah. Wadah atau bekas tempat Allah mentajallikan (menzahirkan) dirinya kepada kita ialah ROH kita. ROH itu digelar juga hati. Bukan hati fizikal itu tetapi hati yang bersifat kerohanian. ROH itu memiliki kesadaran (consciousness). Kesedaran tentang wuudnya Allah dan sifat-sifatNya yang terzahir dalam alam semesta raya ini. Yang melihat penzahiran atau tajalli itu ialah ROH kita.



Penjelasan yang keenam


AKU ini memang hampir dengan Allah. AKU dan Allah tidak bercerai-berai dari dulu, sekarang dan selamanya. Ibarat ombak tidak bercerai dengan laut. Dari sudut manapun Wujud Semesta Raya itu tetap mengelilingi AKU. Ia meliputi AKU dari kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang, luar, dalam bahkan dari mana sahaja. “ Hampir” dan “Mengelilingi” itu bukanlah dari segi ruang dan waktu yang boleh diukur dengan panjang, lebar, dalam, atau dari segi masa dan waktu. Hampir dan mengelilingi itu adalah dari segi pandangan rohaniah atau kerohanian. Hanya orang yang berada dalam pengalaman rohaniah sahaja yang faham akan maksudnya.


Wujud semesta itu “meliputi”, “merangkumi”, “berpadu”, dan “bersatu” dengan AKU. AKU terserap dalam Wujud Semesta ini.



Penjelasan yang ketujuh


Dari segi aku atau ROH atau diri, wujud AKU “bersatu” dan “berpadu” dengan Wujud Yang Esa dan Semesta itu. Kelihatan pada AKU bahawa Allah itu batin dan AKU itu zahirnya. Allah itu hakikat dan AKU itu bayanganNya. Dia asal dan AKU terbitanNya. Dia elektrik dan AKU lampu. Dia dalang dan AKU boneka. Gerak AKU digerakkan olehNya.

Ini adalah pandangan kerohanian yang paling dalam.




Penjelasan yang kelapan


Memang AKU itu ada(wujud). Wujudnya dengan limpahan Wujud Yang Maha Agung (iaitu Allah). Hidup AKU limpahan hidupNya. AKU berdaya limpahan dayaNya. Berkuasanya dan berupayanya AKU adalah limpahan kuasa dan upayaNya. Aku berkehendak dan Diapun berkehendak. Kehendak AKU tertakluk kepada kehendakNya.

“Limpahan” disini bererti kurniaan atau terbitan atau penzahiran atau keluaran ataupun kesan.

Yang Maha Wujud itu Allah. AKU dan alam semesta raya adalah limpahan nama-nama dan sifat-sifat Yang Maha Wujud itu. Setiap nama dan sifat Allah terzahir pada AKU dan alam semesta raya ini.


Itulah pandangan AKU yang bersifat kerohanian.



Penjelasan yang kesembilan


AKU ini ada sifatnya iaitu hayat atau hidup, ilmu atau pengetahuan, pendengaran, penglihatan, kudrat atau kuasa, iradat atau berkehendak, dan berkata-kata. Semua sifat-sifat ini adalah limpahan dari sifat-sifat Allah belaka.

AKU yang hakiki itu tiada bercerai dan tiada terpisah dengan sifat-sifat Allah dan Allah itu sendiri. Wujud AKU itu sebenarnya diserapi oleh Wujud Semesta Raya itu. Iilah pandangan AKU yang bersifat rohaniah.



Penjelasan yang kesepuluh


AKU yang bersifat rohaniah semata-mata itu terasa cukup baginya Allah sahaja. Allah itulah segala-galanya bagi AKU. Kepada Allah itulah AKU itu mengadu dan berharap. Pandangannya tertumpu pada Allah. Tenggelamlah AKU itu dalam lautan Ketuhanan Allah Yang Maha Luas dan Dalam.

Dalam keadaan perasaan menyerap dalam Lautan Ketuhanan Yang Maha Luas dan Dalam itu, AKU tidak berasa takut, tidak berasa dengki, tidak berasa kecil hati sesama makhluk.

Pada pandangan AKU itu, makhluk itu hakikatnya tiada apa-apa. Wujud makhluk bukan hakiki, hanya bayangan sahaja iaitu bayangan wujudnya Allah. Hanya Allah jua yang wujud. Demikian pandangan AKU.



Penjelasan yang ke-11


Sungguhpun AKU itu berpandangan seperti yang tersebut dalam enjelasan-penjelasan yang terdahulu itu, namun AKU tidak akan menjadi DIA (iaitu Allah). AKU tetap AKU, DIA tetap DIA. Tetapi AKU dan DIa “bersatu” dan “berpadu” seolah-olah menjadi SATU. Ibarat bersatunya ombak dengan lautan, bersaatunya air dengan ais.

Pandangan ini bukan pandangan dari segi fizikal, akal dan berangan-angan, tetapi adalah pandangan ROH iaitu ROH yang dibersihkan dengan Zikrullah dan latihan jiwa dalam jangka waktu yang lama, dengan bimbingan guru sufi yang pakar dalam bidang Kerohanian dan Ketuhanan.




Penjelasan yang ke-12


Setelah mencapai tahap pandangan ROH yang tinggi itu, maka kemana sahaja ROH itu menghadap di sana terzahir wajah Allah seolah-olah Ia berada dimana-mana jua.


Berkatalah mereka yang mengalami pandangan demikian:


Maha hampir tidak terkira

Bersatu bersama sehati sejiwa

Maha jauh namun hampir jua

Gerakku gerak Dia

Diamku diam Dia

Tindak-tandukku tindak-tanduk Dia


Berkata mereka lagi:


Hidupku pancaran hidupNya

Diriku bayangan diriNya

Sifatku gambaran sifatNya


Semua kata-kata mereka itu hanya ibarat, perumpamaan untuk menjelaskan perasaan dan pandangan ROH mereka. Antara lain kata mereka:


Kalau Dia matahari akulah cahayaNya

Kalau Dia lautan akulah ombakNya

Kalau Dia masin akulah garamNya

Kalau dia manis akulah gulaNya

Aku seorang berdua denganNya

Tapi aku berpadu denganNya

Maha dekat disamping maha jauhNya


Oh! Alangkah hebat wujudNya

Wujudku tenggelam dalam wujudNya

Fana dan Baqa dalam adaNya.


Demikian pandangan orang-orang Kesufian yang telah mencapai peringkat serasa seolah-olah berserta dengan Wujud Yang Maha Esa itu. Mereka mencapai tahap demikian kerana mereka menumpukan seluruh pandangannya terhadap Yang Maha Wujud itu dan penuh cinta denganNya.

Orang yang tidak pernah menjalani latihan rohaniah dan tidak tahu hal-hal kerohanian yang mendalam dan tidak pernah menempuh jalan kerohanian, mereka jangan cuba-cuba mentafsirkan sendiri pendapat mereka itu takut nanti tersesat pula.



Penjelasan yang ke-13


AKU dating dari Allah. AKU adalah ma’lum(yang diketahui) dalam ilmu(pengetahuan) Allah. Kemudian AKU berada di alam ROH. Bila sampai masanya hendak lahir ke dunia ia dihembuskan ke bakal bayi dalam rahim ibu. Cukup masanya dalam rahim ibu itu, ia pun lahir ke dunia bersama adan fizikal yang berbentuk bayi.


AKU akan berada di dalam alam dunia sampai ajalnya sampai. Kemudian ia masuk pula ke alam Barzakh. Setelah berada sekian lama, maka ia akan dipertimbangkan di Hari Pengadilan. AKU akan masuk syurga atau neraka. Mudah-mudahan janganlah masuk neraka hendaknya. Maka AKU kembali ke hadrat Allah SWT. Dari Allah AKU dating kepada Allah AKU kembali. Di sana kekallah hidup bersama dengan Yang Maha Hidup (iaitu Allah) selama-lamanya. Itulah perjalanan AKU. Mengembara dari satu alam ke satu alam.




Penjelasan yang ke-14


AKU itu sebenarnya bebas merdeka. Ia hanya bergantung kepada Yang Maha AKU(iaitu Allah). Ia tidak memiliki apa-apa. Ia hanya menerima limpahan wujud dari Yang Maha Wujud.


AKU tidak patut dipuji kerana ia “kosong”. Yang Maha Wujud Hakiki hanya Allah. AKU tidak memuji Ghairullah (selain Allah) kerana Ghairullah itupun kosong juga. Yang patut dipuja dan dipuji hanya yang Wujud Hakiki itu sahaja.


AKU hanya satu sinaran dari Matahari Ketuhanan. AKU hanya satu ombak dari lautan Ar-Rahman(iaitu Allah). AKU hanya satu ayat dalam karangan Al-Haq(yang benar) iaitu Allah. AKU hanya sebutir pasir dalam padang pasir Wujud Yang Maha Meliputi dan Maha Luas. AKU hanya satu bayangan dari bayangan Dia Yang Maha Ada. Itulah AKU yang tidak terpisah dengan Tuhanku.




Penjelasan yang ke-15


AKU miskin papa, lemah, tidak berdaya dan tidak punya apa-apa. Yang Kaya Raya, Yang Gagah Perkasa, Yang Kuat dan Berdaya dan memiliki segala-galanya iailah Yang Maha Kaya dan Maha Kuat itu juga. Itulah Allah SWT.

Hidup AKU kembali ke hidupNya. Gerak AKU kembali kepada gerakNya. Diam AKU kembali ke diamNya. Sifat AKU kembali ke sifatNya. Nama AKU kembali ke namaNya. Amalan AKU kembali ke amalanNya. Wujud AKU kembali ke wujudNya.

Memang benar, AKU itu akan kembali kepadaNya, laksana cahaya kembali ke matahari, seperti ombak kembali ke laut. Tempat kembali itulah tempat AKU sebenar.




Penjelasan yang ke-16


Sebagaimana tersebut dahulu, AKU itu adalah ROH. Itulah diri. ROH ini tidak tertakluk kepada ruang dan waktu. Ia bukan tua dan bukan muda. Tua dan muda itu hanya bagi jasmani dan keadaan dunia ini sahaja. Semua ROH adalah sebaya sahaja. Nabi Adam AS sebaya dengan Nabi Muhammad SAW. Kita sebaya dengan moyang kita. Begitulah sebagainya. Tiada tua dan muda bagi ROH. ROH tercita serentak sekaligus sahaja.

Kemudian ROH itu dilahirkan ke dunia melalui rahim ibu dengan badan kita sebagai sangkar atau sarungnya. Ia dilahirkan ke dunia menurut masa yang telah ditentukan. Siapa yang ditakdirkan lahir dahulu dialah yang tua dan siapa yang lahir kemudian dialah yang muda.


Dari segi rohaniah atau kebadanan ada tua dan ada yang muda, tetapi dari segi ROH sebaya sahaja.

AKU juga tidak tertakluk kepada tempat. AKU bukan Barat dan bukan juga Timur. Bukan juga dari Utara dan bukan juga dari Selatan. AKU tidak tertakluk kepada arah dan tempat.


AKU juga bukan tertakluk kepada bangsa. AKU atau ROH bukan berbangsa itu dan bukan berbangsa ini. Bangsa-bangsa itu hanya wujud dalam dunia nyata ini. Di alam AKU tidak ada bangsa-bangsa.

AKU adalah ma’lum dalam ilmu Allah, wujud dalam wujud-NYA. AKU adalah penzahiran sifatNya. Demikian AKU tenggelam dalam Yang Maha Aku (iaitu Allah SWT).




Penjelasan yang ke-17


AKU tidak terkotorkan oleh kencing dan tahi. Tidak ada najis fizikal yang dapat mengotorkannya. Ibarat cahaya matahari, cahaya itu menyinari najis dan benda-benda kotor, namun cahaya itu tidak akan kotor. Ia menyinari tempat wangi dan tempat busuk, tetapi cahaya tidak akan wangi dan busuk, kotor atau bersih.


Najis pada AKU itu ialah syirik, menyekutukan Allah, mengatakan Allah lebih dari satu. Itulah najis bagi AKU. AKU yang bertauhid adalah ROh yang suci. ROH itu pada hakikatnya sentiasa percaya dengan adanya Allahdan mengesakanNya. Hanya setelah sampai kea lam duni barulah ROH itu tercemar oleh pengaruh keduniaan, pengaruh iblis dan syaitan, pengaruh kebendaan, pengaruh nafsu serakah dan sebagainya.


Kita perlu membersihkan jiwa atau AKU kita kembali sebagaimana aslinya dengan zikrullah (mengingat Allah) dengan lisan, hati dan perbuatan. Zikrullah itu ibarat air mutlak yang membasuh dan menyucikan najis syirik dari AKU itu. Bersihkanlah AKU itu hingga fana’ (terasa diri kosong, tiada apa-apa) dan kemudian mencapai setingkat lagi ke peringkat ‘baqa’ (terasa diri sentiasa bersama Allah). Terasa Allah ada dimana sahaja kita berada.


AKU yang bersih atau diri yang suci adalah diri yang mengesakan Allah hingga tidak terasa adanya diri. Yang ada hanya DIRI YANG BERDIRI SENDIRINYA iaitu Allah SWT.



Penjelasan yang ke-18


AKU yang hakiki itu tidak tertakluk kepada warna kulit dan bangsa. AKU itu bukan putih, hitam manis, kuning dan sebagainya. Sebagaimana adanya warna pada badan. AKU tidak ada warna dan tidak berbangsa-bangsa seperti bangsa Cina, India, Melayu, Arab dan sebagainya.


Badan kita berasal dari unsur-unsur tanah, air, api, dan udara tetapi ROH kita bukan dari unsur-unsur dunia nyata ini. AKU ghaib dari pandangan mata kasar namun ia tetap wujud.


AKU berasal dari tempat yang paling mulia. AKU berasal dari Yang Maha AKU (iaitu Allah). AKU berasal dari ilmu Allah masuk ke alam jasad ini dan kemudian kembali kepadaNya. Jadilah ROH itu sebagai Nur Allah sahaja. Ia pun kembali ke tempat asalnya iaitu ke hadrat Allah SWT.




Penjelasan yang ke-19


AKU ini pada hakikatnya adalah boneka yang dilakonkan oleh Dalang (iaitu Allah). AKU ini dari satu ibarat lagi iailah keris yang dihunus oleh pendekar. AKU tidak berdaya upaya, gerak dan diam AKU adalah digerakkan dan didiamkan oleh Allah. Adanya AKU adalah limpahan dari adanya Allah.


Allah itu hakiki. AKU itu majazi atau relative sahaja. Kalau difaham dan diselidiki secara mendalam, akan terasa bahawa yang ghaib dan yang zahir dan yang awal dan yang akhir adalah Allah sahaja.


Pendeknya pada pandangan orang yang sangat hampir dengan Allah, alam dan dirinya lenyap sama sekali dan tinggallah Allah semata-mata. Ini dipandang oleh ROH yang bersih dan suci dan mentauhidkan diri kepada allah semata-mata.




Penjelasan yang ke-20


AKU yang hakiki itu adalah nurullah (cahaya Allah) kerana dengan ROH, Allah kelihatan. Sesuatu yang menampakkan sesuatu yang lain adalah cahaya. Tanpa cahaya gelap gelitalah segala-galanya.


AKU juga ayatollah (tanda-tanda Allah) kerana ROH itu tanda-tandanya adanya Allah.


AKU juga digelar Rohullah kerana ROH itu adalah hembusan dari Roh Allah. Itulah AKU yang hakiki.


AKU dan alam semesta adalah penzahiran atau tajlli Allah. AKU ini adalah alam ke kecil kerana semua perkara yang ada dalam alam besar ini ada salinannya atau penzahirannya dalam alam kecil.


Alam semesta ini juga digelar Insan Kabir(manusia besar) kerana semua yang ada dalam alam kecil ini ada kenyataannya dalam alam besar.


Insan Saghir(manusia kecil) ini adalah diri(ROH) manusia itu dan Insan Kabir itu adalah alam semesta raya yang ghaib dan yang nyata. Alam kecil adalah Insan Saghir iaitu Manusia dan Alam Besar adalah Insan Besar iaitu Alam Semesta Raya.


Demikian pendapat Falsafah Kesufian (Philosophy of Sufism).



Penjelasan yang ke-21


Dalam alam dunia ini kita katakana si anu itu orang Bandar dan si anu itu orang kampong ataupun si anu itu berada di pejabat atau berada di rumah. Semua itu menunjukkan tempat dalam alam nyata ini. Tetapi bagi ROH itu semua tidak ada. Ia bebas dari tempat atau arah atau masa atau waktu.


ROH itu hidup. Ia tidak tertakluk kepada alam nyata atau alam kebendaan. ROH itu hidup dengan limpahan Yang Maha Hidup. Demikianlah AKU.






Penjelasan yang ke-22


AKU memang berserta dengan Allah, sejak dari dahulu hingga akan dating atau sejak awal hingga akhir. Tidak pernah bercerai dan berpisah dengan Yang Maha Aku(iaitu Allah). Sejak dari dalam ilmu Allah hingga sampai ke alam akhirat yang tidak ada hujungnya, AKU tetap bersama Allah.


AKU tidak keluar dan tidak masuk dalam lengkongan Allah. AKU itu memang berada dalam lengkongan Allah sahaja. Kalau Allah itu diibaratkan sebagai lautan, maka AKU itu ikannya. Ikan itu sentiasa dalam lautan dan tidak akan hidup tanpa air lautan itu.


‘Masuk’ dan ‘Keluar’, ‘berpisah’ dan ‘bersatu’, tidak termasuk dalam kamus AKU. AKU bukan seperti badan kasar yang tertakluk kepada ruang dan zaman.


AKU menyerahkan dirinya dan nasibnya kepada Yang Maha AKU. Cukuplah Dia mengawal dan memelihara AKU. AKU tidak perlu pada yang lain lagi. Tidak perlu pertolongan dari ghairullah(selain Allah), bahkan tidak ada ghairullah pada pandangannya. Cukup Allah bagi AKU.




Penjelasan yang ke-23


AKU bodoh. Dialah yang mencerdikkan AKU. AKU lemah Dialah yang menguatkan AKU. AKU tidak tahu, Dialah yang memberiku tahu. AKU papa kedanan, Dialah yang memperkayakan AKU.


AKU bertanya, memohon, berharap kepadaNya sahaja. Seolah-olah AKU dan DIA berpadu dan bersatu dimana dan bila sahaja. Dan DIA ada dalam kesadaran (consciousness) AKU.


Renunglah ke dalam AKU. Dia berada dalam kesadaran AKU. Maha Halus dan Maha Seni. AKU terdengar bisikanNya. Dalam waktu sunyi sepi, paling baik mendengar bisikan hati nurani. Tanpa huruf, tanpa suara, tetapi AKU faham segala-galanya.


AKU kenal Dia dalam kesadaran batinku kerana AKU berhubung dengan Dia tanpa menyekutukanNya. Inilah satu hasil zikrullah.




Penjelasan yang ke-24


AKU wujud dalam lautan Yang Maha Wujud. AKU sentiasa berada dalam lautan itu. Dalam lautan itulah AKU bermastautin. Itulah lautan wujud.


Penjelasan yang ke-25


AKU memang ada kesadaran, limpahan Yang Maha Sedar(iaitu Allah SWT). Kesadaran AKU meliputi alam nyata dan alam ghaib, alam dunia dan alam akhirat. AKU sedar semua itu. Semua perkara itu ada ilmuku. Allah ada dalam kesadaran AKU. Begitu juga makhluk ada dalam kesadaran AKU. Segala yang ada dalam kesadaran AKU itulah ilmu AKU. Syurga, neraka, malaikat dan iblis ada dalam kesadaran AKU. Semua yang ada dalam ilmu atau kesadaran AKU itu adalah penzahiran Allah dalam kesadaran dan ilmu AKU.




Penjelasan yang ke-26


AKU sentiasa cinta kepada DIA (Allah). Tidak mahu berpisah dan berjauhan dengan DIA. AKU sentiasa ingatkan DIA. Terasa azab jika tidak mengingatiNya. Puja dan puji hanya untuk DIA belaka. Perasaan cinta ini tidak akan ada pada AKU jika tidak dengan anugerahNya juga. Alangkah kerdilnya AKU berada dalam majlis DIA.




Penjelasan yang ke-27


Dari pandangan ROH atau AKU yang hakiki, AKU tidak memiliki apa-apa tetapi ia dimiliki oleh Yang Maha Kaya (iaitu Allah).


AKU diperbadankan untuk menjalani hidup di dunia fana ini. AKU juga diberi nafsu. Kalau AKU ditakluki oleh badan dan nafsu, maka binasalah AKU itu, tetapi jika AKU yang menkluki badan dan nafsu, maka selamatlah AKU itu.


AKU membawa kita menuju Allah dan menyedari hakikat dirinya dan Tuhannya. Nafsu serakah membawa kita jauh dari Allah dan lupa akan hakikat diri kita. Lantaran itu hanyutlah ia dalam larutan kelupaan dan kesesatan dan akhirnya ia akan menyesal setelah ia meninggalkan badannya. Setelah ROH berpisah dari badan, maka sedarlah AKU itu kembali akan keadaan dirinya yang sebenar.




Penjelasan yang ke-28


Badan kita ini amat kerdil, ibarat sebutir pasir di padang sahara, setitik air di lautan luas, sebiji bintang di cekrawala, melukut di tepi gantang, masuk tidak bertambah dan keluar tidak mengurang. Betapa kecil dan kerdilnya badan kita. Itulah wajah zahir AKU.


Tetapi kalau kita renung ke wajah batin kita, dia paling mulia, paling tinggi martabatnya, mengatasi segala makhluk dan malaikat. AKU itu suci dan wangi, sangat hampir dengan Ilahi. Dialah cahaya Allah, Dialah ayat-ayat Allah, Dialah ROH Allah, Dialah bayangan dan penzahiran Allah.


AKU yang hakiki itu sangat mulia, tiada tertanding oleh sekalian makhluk. Dia bertasbih setiap ketika, memandang Allah dengan kasihnya, rindu dendam tiada terkira. Itulah AKU yang sebenarnya.




Penjelasan yang ke-29


Berbagai-bagai cara orang hendak mengenal dirinya atau AKUnya. Ada yang melalui meditasi, pertapaan, mengosongkan fikiran, latihan jiwa yang menyiksakan badan dan sebagainya. Tetapi bagi oaring-orang Sufi ialah dengan Zikrullah yang diajar oleh guru-guru Sufi yang pakar. Dengan berzikir dan melalui bimbingan Syeikh Mursyid sampailah seseorang itu pada tahap mengenal dirinya atau AKUnya.


Orang-orang Sufi ada menjelaskan bahawa “Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka akan kenallah ia akan Tuhannya”. Ini bukan bermakna DIA jadi Tuhan. Apabila seseorang itu kenal gambar, maka kenallah ia akan orang yang digambarkan. Apabila seseorang kenal akan baying dalam cermin, maka kenallah ia orang yang punya baying. Fahamkanlah!




Penjelasan yang ke-30


Orang yang memasuki jalan kesufian (Tareqat Sufiyah) adalah sebenarnya memasuki pengembaraan iaitu pengembaraan AKUnya menuju Allah SWT. Pengembaraan ini bukan dari tempat ke tempat atau dari masa ke masa, tetapi pengembaraan ini adalah pengembaraan dalam kesadaran AKU, beredar dalam pengalaman kerohanian atau kejiwaan. Hanya jiwa yang merasainya, tidak kelihatan oleh mata kasar.


Tetapi setelah sampai ke destinasi (tempat dituju) iaitu kesadaran bahawa AKU ini fana dalam Allah dan Baqa(kekal) denganNya, barulah AKU itu sedar bahawa pengembaraan itu hanya dari tidak sedar kepada sedar. Sedar betapa AKU memang berada di destinasi sejak awal hingga akhir. Apakah destinasi itu? Itulah kesadaran dan pengenalan tentang Allah atau dalam istilah kesufian digelar MA’RIFAT.


Pada hakikatnya AKU itu memang berada ‘dalam’ Allah dan ‘kekal’ dengan Allah sejak awal lagi, dulu, sekarang, dan akan dating. AKU memang bersama dan ‘berpadu’ dengan Tuhannya. AKU itu memang diliputi oleh lautan Wujud Ketuhanan.



Penjelasan yang ke-31


Dalam peringkat AKU yang hakiki, ia tidak peduli orang yag mengeji kerana keji itu tidak akan merendahkan martabatnya. Ia juga tidak peduli orang yang memuji kerana pujian itu tidak akan meninggikan martabatnya. AKU tidak sakit hati dengan kejian dan tidak bangga dengan pujian. Semua itu tidak apa-apa bagi AKU. Keji dan puji tidak menjejaskan martabatnya sedikit jua.


‘Yang apa-apa’ bagi AKU hanya Allah kerana Dialah tempat AKU kembali, tempat AKU mengadu, tempat menyerahkan diri, tempat perlindungan, tempat pembelaan dari apa jua angkara, dari jin dan manusia, dari dunia dan apa saja. Cukuplah Allah bagi AKU.



Penjelasan yang ke-32


Dalam kesadaran AKU, semua makhluk ini dan diri AKU juga adalah semata-mata ayatollah(tanda-tanda Allah). Tanda-tanda adanya Allah, tanda-tanda kesempurnaanNya, keagunganNya dan keindahanNya.


Apabila dilihat tanda, tergambarlah yang tanda. Apabila dilihat gambar, terbayanglah yang digambar. Apabila dilihat daun yang bergoyang, nampaklah angina yang bertiup. Apabila nampak baying, nampaklah yang empunya baying. AKU dan alam semesta raya ini adalah ayat-ayat Allah belaka.



Penjelasan yang ke-33


AKU yang hakiki percaya dan menyerah diri kepada Yang Maha AKU(iaitu Allah) sahaja tanpa sangsi dan ragu-ragu. AKU memfanakan dirinya dalam Yang Maha AKU. Terasa oleh AKU betapa kasihnya Yang Maha AKU kepadanya. Tidak terhingga kasih sayangnya kepada AKU, melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya. Yang Maha AKU cinta dan kasih sayang kepada AKU. Percayalah!



Penjelasan yang ke-34


Adakalanya AKU itu sangsi dan ragu atau perasaan tidak menentu terhadap kasih sayang Yang Maha Penyayang. Mungkin syaitan membisik kedalam kalbu supaya ragu-ragu dan tidak percaya dengan kasih sayang Yang Maha Pengasih.


Oleh yang demikian, AKU sentiasa memohon perlindungan Allah dari bisikan syaitan. Setiap saat AKU berjuang melawan bisikan syaitan itu dan mengharapkan bantuan dari Yang Maha Gagah(iaitu Allah).



Penjelasan yang ke-35


AKU sentiasa menyerahkan diri kepada Allah SWT. Penyerahannya bulat dan padu. Ia menyerahkan dirinya kepada Allah ibarat bayi menyerahkan dirinya kepada ibunya, ibarat mayat menyerahkan dirinya kepada pemandi mayat, ibarat ombak memfanakan atau melenyapkan dirinya kedalam lautan. Bahkan lebih dari itu lagi. Tidak dapat digambarkan lagi.



Penjelasan ang ke-36


AKU sebenarnya berasal dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu dihadrat Allah SWT. Kemudian dating sebentar ke planet bumi dan diperbadankan dengan badan jasmani untuk tempoh yang ditentukan seolah-olah merantau sebentar di planet bumi ini.


Apabila sudah cukup tempoh berada diperantauan, AKU pun kembali pulang menuju ke tempat asal. Ibarat perantau kembali ke kampong halaman. Tidaklah terkira hati berasa nyaman.


Tetapi jika diperdalam renung dan kaji, AKU tetap berada di tempat sendiri. Bukan dari mana dank e mana pergi. Bila dan dimana juga pun AKU di tempat sendiri juga.


AKU dating dari Ilahi, tidak bercerai walaupun seinci dan sesaat. AKU tetap bersama setiap masa dengan Allah SWT. Dulu AKU bersama denganNya, sekarang pun bersama denganNya, akan dating pun bersama denganNya. Sentiasa AKU bersama dengan Allah SWT.


AKU itu tetap. AKU juga, bersama Allah sentiasa. Hanya alam-alam yang ditempuh saja berbeza , dari satu alam KE SATU ALAM YANG LAIN. AKU SENTIASA KEKAL DENGAN Allah, walaupun di alam manapun berada.



Penjelasan yang ke-37


AKU tidak kagum dengan kemajuan manusia. Tidak kagum dengan kemajuan sains dan teknologi, kemajuan peniagaan dan perindustrian. Bahkan AKU tidak hairan dengan segala urusan keduniaan.


Yang dihairankan oleh AKU iailah Allah Yang Maha Bijaksana yang melimpahkan segala ilham kemajuan itu. Sebenarnya Dialah yang maju dan Dialah yang bijaksana. Dia yang memiliki segala ilham. Sumber ilham kemajuan itu dari Yang Memiliki Ilham itu sendiri iaitu Allah SWT.



Penjelasan yang ke-38


AKU itu diri. Diri manusia itu banyak tetapi berasal dari Diri Yang Satu. Diri itu ROH. ROH itu banyak tetapi berasal dari Satu ROH iaitu Al Roh.


Al Roh itu digelar oleh orang-orang Sufi sebagai Haqiqatul Muhammadiyah atau juga digelar Insan Kamil atau Insan Kabir. Al ROh itu juga digelar Al Roh Ul Kulliyah (roh semesta). Dari ROH Semesta inilah dizahirkan ROH-ROH yang pelbagai dan banyak itu. Allah zahirkan AL Roh dan dari Al Roh dizahirkan sekelian ROH. ROH individu atau ROH perseorangan itu pancaran dari Al Roh dan Al Roh pula terbit dari Allah SWT.


Demikian pandangan falsafah kerohanian sebahagian orang Sufi.




Penjelasan yang ke-39


AKU tidak megah dengan harta benda, wang ringgit, pangkat darjat, anak pinak, sanak saudara yang banyak dan segala ghairullah (selain Allah).


AKU tidak iri hati dengan orang kaya. Ia tidak dengki dengan orang-orang berpangkat tinggi. Pada pandangan AKU segala harta benda, wang ringgit, pangkat, saudara mara, anak pinak dan sebagainya itu adalah milik Allah yang dianugerahkanNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Dia yang menentukan siapa yang patut diberi harta banyak dan siapa yang patut diberiNya harta yang sedikit. Semua itu Allah yang menentukan. KetentuanNya tidak dapat disanggah dan dipertikaikan. Kenapa AKU mesti dengki dan iri hati dengan ketentuanNya. Dia yang AKU puji dan puja tentulah AKU redha dengan ketentuanNya.




Penjelasan yang ke-40


AKU tidak merasa hina kalau miskin papa atau buruk paras badan, atau tidak berpangkat atau tidak banyak kawan atau tiada intan berlian. Semua itu berkaitan dengan keduniaan dan kebendaan, tidak bersangkut paut dengan AKU yang bersifat kerohanian.


AKU hina jika kufur dengan Allah. AKU hina jika jauh dengan Dia, jika tidak beriman dan tidak bertakwa, itulah kehinaan pada AKU yang sebenar.


Penjelasan yang ke- 41


Matlamat AKU ialah ALLAH. Yang diharapnya ialah keredhaan Allah. Yang dimintanya ialah keampunan Allah. Pada pandangan AKU kehidupan akhirat itulah yang utama. Kembali ke hadrat Allah itulah yang diidamnya.


AKU tidak takut mati (berpisah nyawa dari badan) kerana ‘mati’ sebenarnya berpindah alam, dari alam dunia kea lam barzakh. AKU tetap AKU juga. Walaupun badan hancur tetapi AKU tidak hancur. AKU akan kembali sedar kerana hijab-hijab (tirai-tirai) kebadanan telah hilang.


Penjelasan yang ke- 42


Walaupun dari segi kehidupan dunia ini seseorang itu papa, tetapi kalau jiwanya kenal diri dan Tuhannya, ia tetap kaya. Kaya pada perasaannya. Walaupun susah kehidupan dunianya, AKUnya tetap berasa senang. Walaupun badannya lemah, AKUnya tetap berasa kuat. Walaupun ia kesunyian tanpa rakan, namun ia tetap berasa ramai.


AKU yang telah ‘menyerap’ dalam Yang Maha AKU, atau jiwa yang ‘menyerap’ dala Jiwa Semesta atau perasaan yang ‘menyerap’ dalam Perasaan Sejagat Raya, atau diri yang ‘menyerap’ dalam Diri Semesta Raya, tidak akan merasa lemah, tidak akan merasa susah, tidak akan merasa teruk, dan tidak akan merasa duka, dan tidak akan merasa sunyi.


Penjelasan yang ke- 43


AKU tidak megah dan tidak bangga. Orang yang telah kenal AKUnya tidak memiliki sifat-sifat yang tercela seperti takabbur, bongkak, sombong, kikir, dengki, khianat, takut kepada ghairullah, mengumpat, mengeji dan sebagainya.


Sifat-sifat tercela itu tidak perlu baginya. Segala sifat tercela itu sendirinya hilang dan diganti dengan sifat-sifat terpuji.


Apakah yang hendak dimegahkan, dikhuatirkan, ditakutkan, dan sebagainya kerana AKU itu sebenarnya tiada apa-apa. AKU itu kosong belaka. Yang ada hanya Allah pada hakikatnya. Allah memiliki segala-galanya. Dia yang patut dipuji dan dipuja.



Penjelasan yang ke- 44


AKU itu berilmu. Ilmunya adalah limpahan ilmu Allah. Ilmu itu meliputi yang diketahui. Apa yang diketahui itu adalah kandungan ilmu. Oleh itu AKU, ilmunya dan yang diketahuinya adalah sebenarnya ‘bersatu’, ‘bersama’, dan tiada bercerai.


AKU itu tahu. Apa yang AKU tahu itulah kandungan ilmu AKU. Berbagai-bagai yang diketahui oleh AKU. Semua itu kandungan ilmu AKU. Semua itu tiada bercerai dari AKU.



Penjelasan yang ke- 45


AKU yang sebenarnya itu hanya tertakluk kepada Allah sahaja. Ia tidak dikuasai oleh sesiapa. Alam ini tertakluk kepada AKU. Makhluk itulah yang tunduk kepada AKU dengan perintah Allah Yang Maha Perintah.


AKU itu khalifah Allah atau wakil Allah yang mngurus makhluk dengan isiNya. Segala yang ada dilangit dan dibumi semua untuk AKU. Kalau dunia ini lading, AKU pengurusnya dan Allah yang empunya lading itu.


Allah tidak perlu apa-apa. Hanya AKU yang memerlukan Dia. Hanya AKU yang mahukan dunia. Makhluk segala-galanya adalah untuk AKU(Insan). Semuanya kurniaan Tuhan AKU (Allah). Allah jadikan makhlukk untuk AKU. Demikian mulianya AKU.



Penjelasan yang ke- 46


AKU ini memang suci hakikatnya kerana Ia limpahan Nur Allah Yang Maha Suci. Yang mengotorkan AKU ini ialah syirik iaitu menyekutukan dengan apa dan siapa jua. Untuk membersihkan najis syirik itu dari hati ialah dengan Tauhid. Tauhid ibarat air yang menyucikan najis syirik dari hati. Jiwa yang bersih ialah jiwa yang tauhid.


Dengan Tauhid ini menjadikan jiwa seseorang itu berani, tawadhu’, sabar, kuat dan gagah kerana jiwa tauhid ini betul-betul mengEsakan Allah dan menyerah bulat-bulat kepada Allah Yang Maha Agung.


Dengan berzikir hati akan jadi tenang dan damai, akan menimbulkan semangat tauhid dalam dalam penzikir itu.



Penjelasan yang ke- 47


Perhubungan AKU dengan Allah SWT iailah ibarat pehubungan matahari dengan cahayanya, ibarat ombak dengan laut, ibarat air dengan ais. Semua ini menunjukkan betapa hampirnya perasaan AKU itu dengan Khaliknya.


Satu ibarat lagi ialah pelukis dengan lukisan, pengukir dengan ukiran, pengarang dengan karangannya, pencipta dengan ciptaan. Ini adalah ibarat untuk menunjukkan bahawa AKU dengan alam semesta raya ini adalah tanda-tanda atau manisfestasi Wujud Yang Maha Esa itu.

Penjelasan yang ke- 48


AKU tetap mengisbatkan Allah dalam segala hal dan tindak tanduknya. Maksudnya AKU tetap nampak Allah di sebalik segala yang maujud (perkara yang ada) ini dan “nampak” perbuatan dan lakuan dan arah mana memandang disana “nampak” Allah.


Oleh kerana memandang yang sedemikian itu maka AKU akan berkata, “ Tiada maujud melainkan Allah”. Ini adalah kata-kata dari orang yang sudah “tenggelam” dalam lautan Ketuhanan yang berada dalam pandangan keruhanian semata-mata. Inilah orang-orang sufi yang telah mencapai maqam Fana Fillah (lenyap dalam Allah) dan seterusnya Baqa Billah (kekal dengan Allah).



Penjelasan yang ke- 49


AKU sebenarnya hanya mengagungkan dan memuja Allah sahaja. Ia tidak mengagungkan apa-apa pun jua selain Allah. Pada pandangan AKU tidak ada yang kuat dan gagah melainkan Allah. Tidak ada yang bijaksana melainkan Allah. Tidak ada yang kaya melainkan Allah.


Semua kekayaan, kegagahan, kebijaksanaan, keindahan ghairullah adalah hanya limpahan kurnia Allah semata-mata. Oleh itu, AKU tetap dengan puji dan pujiannya terhadap Allah SWT sahaja.



Penjelasan yang ke- 50


AKU yang hakiki ini mempunyai ilmu. Ilmunya adalah limpahan dari ilmu Allah. Seluruh ala mini ada dalam ilmu AKU. Dalam ilmu AKU ada syurga, neraka, dunia, akhirat, malaikat, iblis bahkan seluruh ciptaan Allah. Semua ini ada dalam ilmu AKU kerana AKU tahu semua itu. Telah diberitahu melalui ayat-ayat Allah, yang tersurat dan tersirat, bahawa semua perkara tersebut ada dan AKU percaya dan ‘merasai’ adanya. Oleh itulah AKU ini mempunyai ilmu yang meliputi segala-galanya. Semua itu adalah limpahan kurnia Allah belaka.



Penjelasan yang ke- 51


Menurut Falsafah Kesufian, AKU itu adalah Insan Saghir yakni Manusia Kecil. Alam semesta raya yang ghaib dan yang nyata, adalah Insan kabir atau manusia besar. Insan Saghir itu adalah Alam Saghir iaitu Alam keil dan Insan Kabir itu adalah Alam besar.


Dikatakan sedemikian kerana hakikat-hakikat dalam Insan Kabir atau manusia besar itu ada dalam Insan Saghir. Idea-idea Insan Kabir itu ada terbayang dalam Insan Saghir atau Alam Kecil iaitu Manusia.

Alam Kabir itu pula mengandungi alam ruh, alam mithal dan alam jasmaniah atau alam fizikal. Alam-alam ini juga ada pada Insan Saghir atau manusia. Manusia terdiri dari unsure-unsur roh, mithal, badan sebagaimana Alam Besar ini terdiri juga dari unsur-unsur roh, mithal dan fizikal.


Roh itu nyawa atau jiwa atau ‘hidup’. Fizikal itu jisim atau badan. Mithal itu ialah antara roh dan badan yang digelar mental atau khayal atau minda( mind).


Idea Alam Kabir ada dalam Alam Saghir (manusia). Hakikat Insan kabir (iaitu Alam Besar) ada dalam Insan Saghir iaitu Manusia. Unsur-unsur alam kabir itu ada juga pada Alam kecil atau manusia itu.


Maka dengan itulah dikatakan AKU itu ayangan atau salinan Alam Kabir. AKU juga adalah bayangan atau salinan Insan Kabir. Insan Kabir dan Alam Kabir adalah jua nama bagi satu entiti atau diri.


Demikian teori Falsafah Kesufian menurut pandangan sebahagian Ahli Sufi.



Penjelasan yang ke- 52


AKU itu diri. Diri insan terbahagi kepada tiga bahagian menurut pendapat sebahagian Ahli Sufi, iaitu bahagian jasmani, bahagian mithali dan bahagian ruhani.


Unsur roh itu adalah diri yang sebenar. Itulah diri yang tidak akan ‘mati’ menurut istilah biasa. Diri ini berpindah alam sahaja dari satu alam ke satu alam yang lain. Diri inilah yang mulia dan menjadi ayat atau nur Allah. Kejadiannya mulia dan tinggi.


Unsur mithali adalah unsur antara jasmani dengan rohani. Ia adalah diri lapisan yang kedua. Ini termasuklah fikiran, minda dan tubuh halus yang bukan jasmani dan bukan pula roh yang sebenarnya. Diri inilah yang boleh mengembara dalam alam mimpi tatkala kita tidur.


Di lapisan yang ketiga iailah diri jasmani iaitu badan kasar kita yang terdiri dari empat unsur iaitu unsur air, unsur angina, unsur api dan unsur tanah. Diri ini memerlukan unsur-unsur yang empat itu untuk dapat hidup. Kehidupan hanya akan wujud setelah empat unsure itu tersedia.


Itulah tiga bahagian diri manusia. Walau bagaimanapun, unsur roh itulah yang paling penting. Roh itu hidup. Tanpa ‘hidup’ lapisan yang dua lagi tidak berfungsi. Dengan adana roh barulah diri kita boleh berfikir, berkomunikasi, makan, minum, bermain, bergerak dan sebagainya. Tanpa roh segalanya akan kaku, mati, dan tiada berguna lagi.



Penjelasan yang ke- 53


Ada juga orang yang berpendapat iri manusia itu terbahagi kepada dua unsure sahaj iaitu rohaniah dan jasmaniah. Unsure rohaniah termasuklah nyawa atau jiwa, dan juga fikiran, minda, khayalan, akal, dan seumpamanya. Semua ini berunsur rohaniah atau kejiwaan.


Yang berunsur kejasmanian atau kebadanan ini termasuklah anggota badan kasar seperti kepala, badan, kaki, tangan, telinga, mata, dan sebagainya yang terdiri dari unsur-unsur api, angina, tanah dan air.


Kedua-dua unsur kejiwaan dan kebadanan ini saling bertindak antara satu dengan yang lain, saling pengaruh mempengaruhi antara satu dengan yang lain. Kalau seseorang itu hatinya susah, atau duka, perasaan ini boleh mempengaruhi jasmaninya seperti tidak lalu makan dan minum dan akibatnya badan jadi kurus dan tidak sihat. Sebaliknya pula kalau badan sakit, fikiran pun runsing dan ini menyusahkan hati dan jiwa. Demikianlah adanya pengaruh mempengaruhi antara jasmani dan rohani.



Penjelasan yang ke- 54


Setiap orang hendaklah seboleh-bolehnya kenal akan dirinya yang sebenar itu iaitu yang berunsur rohaniah atau kerohanian itu supaya ia tidak mensia-siakan hidupnya di dunia fana ini. Hidup kita bukan di dunia ini sahaja. Hidup kita akan berlanjutan hingga kekal abadi di akhirat yang tiada hujungnya. Disana nilai buruk atau baik bukan disukat dari segi kekayaan harta benda, banyaknya anak pinak, bukannya kurniaan bintang atau pingat atau pangkat yang diperolehi di dunia ini. Nilai baik dan buruk seseorang di sana bergantung kepada iman dan amal soleh seseorang itu.


Dengan kenalnya kita akan diri kita yang sebenar itu, kita tidak akan putus asa, tidak takut, tidak bimbang dalam melayari bahtera hidup kita ini. Ini kerana kita tahu diri kita adalah kekasih Allah. Takkanlah orang yang mengasihi seseorang itu akan menganiayai kekasihnya. Sebenarnya Allah kasih akan diri kita lebih dari ibu mengasihi anak kesayangannya. Ia Maha Kasih Sayang terhadap hamba-hambanya.


Dengan mengenal diri kita, tidaklah kita takabur, sombong, bongkak, dengki, iri hati, khianat kerana kita tahu siapa diri kita sebenarnya. Dinisbahkan dengan Allah SWT, kita tiada apa-apa, hanya ayat-ayatNya sahaja. Jika dinisbahkan dengan makhlukNya, diri kita adalah penguasa dan pengurus. Allah menjadikan alam dan makhluk untuk kita (sebagai insan) dan kita untuk Dia. Demikian kata Ahli Sufi.




Penjelasan yang ke- 55



Badan kita yang zahir ini adalah penzahiran diri kita yang batin. Diri kita yang batin itu ghaib dari pandangan mata kasar. Untuk melihat yang batin itu diperlukan bayangannya iaitu diri kita yang zahir ini. Maka itulah dikatakan badan kasar itu hanya ‘sarung’ atau ‘tunggangan’ atau ‘sangkar’ bagi badan yang ghaib itu.


Apabila nyawa berpisah dari badan, maka tinggallah badan itu dan lama kelamaan jadi reput dan hancur kecuali dengan kehendak Allah ada juga badan yang tidak reput setelah lama nyawa meninggalkannya. Tetapi pada kebiasaan atau lumrahnya badan akan hancur binasa. Itulah dikatakan dari tanah kembali semula ke tanah.


Ada juga orang melihat dalam dunia ini ‘bayangan’ atau ‘lembaga’ orang yang telah lama meninggal dunia berlakun dan beraksi sebagaimana hidupnya dalam dunia dahulu. Itu bukanlah badan orang itu sebenarnya. Badannya telah hancur binasa. ‘bayangan’ atau ‘lembaga’ itu adalah dari unsure alam mithal. Alam mithal ini adalah alam yang halus, yang penghuninya atau kandungannya tidak hancur. Ia bukan roh semata-mata dan bukan pula badan semata-mata. Ia adalah antara kedua unsur itu.


Seperti yang kita perjelaskan dahulu, diri kita terdiri dari tiga unsur iaitu unsur badan, yang akan hanur kecuali yang dikehendaki Allah untuk tidak hancur, unsur mithal yang tidak hancur tetapi tersimpan dalam ‘alam mithal’ dan unsure ketiga iailah roh dan ini selama-lamanya hidup, tidak hancur dan tidak kembali lagi ke dunia nyata ini.


‘Lembaga’ atau ‘bayangan’ orang yang telah mati yang kelihatan oleh orang dalam dunia ini dan berlaku seperti mana ia hidup I dunia dahulu, sebenarnya adalah berunsur mithaliyyah (mithal). Sesekali ia kelihatan oleh orang yang hidup dalam dunia ini persis seperti mana hidupna dahulu, bahkan boleh pula berkata-kata dengan orang yang berada dalam dunia ini. Ini telah banyak terjadi dimana sahaja dalam dunia ini, baik di Barat atau di Timur.


Setelah kita faham alam yang tiga itu, maka tidaklah kita hairan kenapa ada orang yang mendakwa melihat si anu dan si anu padahal orang itu telah meninggal dunia. Alam mithal ini ada tetapi tidak kelihatan kecuali mereka yang dibukakan hijab untuk melihat alam itu dan para penghuninya.


Demikian teori sebahagian Ahli Sufi.






Penjelasan yang ke- 56


Untuk mengenal AKU yang hakiki itu perlu berusaha dengan sabar dan perlu panduan guru yang pakar dalam bidang kerohanian dan kesufian, dan banyak berfikir dan berzikir dan memohon taufik dan hidayah dari Allah SWT. AKU kita ini ibarat sagu, perlu dipecahkan ruyung, barulah dapat sagunya. Memecah ruyung itu hendaklah dengan petunjuk orang yang telah pakar memecahkan ruyung yang tahu cara bagaimana memecahnya dan alat pemecahnya pula mestilah yang sesuai.


Satu lagi ibarat, AKU yang hakiki yang dikatakan bayangan atau ayat atau penzahiran Yang Maha AKU (iaitu Allah) itu ibarat matlamat atau destinasi yang dituju. Sebelum sampaike destinasi itu perlulah kita mengembara atau berjalan dengan kenderaan atau tanpa kenderaan menuju tempat yang di tuju itu. Supaya kita tidak tersesat, kita perlu si penunjuk jalan atau ‘guide’ agar kita sampai ke tempat yang sebenarnya. Kita perlu pula kenderaan supaya cepat sampai, kalau berjalan kaki sahaja tanpa kenderaan lambatlah sampai. Setelah sampai perlulah kita mendapat pengesahan dari si penunjuk jalan bahawa tempat yang kita tuju itu telah sampai, maklumlah tempat yang kita tuju itu belum pernah kita lihat, mungkin kita was-was atau ragu-ragu adakah itu tempatnya. Setelah sah itulah tempat yang kita tuju, maka tamatlah pengembaraan kita. Apabila kita telah berada dalam tempat yang dituju itu, maka bebaslah kita menikmati dan merasai atau mengalami keadaan di tempat tersebut.


Seperti kata orang-orang sufi, “ Barangsiapa kenal dirinya akan kenal Tuhannya”. Mengenal Allah melalui mengenal diri itu adalah jalan atau cara orang-orang sufi. Ini bukan bererti diri kita itu sama dengan Tuhan. Diri kita tetap kita. Diri kita bukan Tuhan. Allah tetap Allah tanpa sekutu dengan yang lain. Diri kita tetap diri kita juga. Tetapi dengan mengenal diri itu apatlah kita mengenal Allah.


Seperti yang kita perjelaskan dalam penjelasan-penjelasan yang terdahulu, AKU atau diri kita ini adalah ayat-ayat atau tanda-tanda atau bayangan Tuhan. Zat Tuhan itu, digelar oleh Ahli Sufi sebagai ‘Kunhi Zat’ (semata-mata Zat), tidak sampai kedalam pengetahuan atau ilham atau kasyaf kita. Pendeknya ilmu dan kasyaf kita tidak sampai kesana. Tetapi bayanganNya atau ayat-ayatNya atau penzahiranNya dapat kita kenali.


Matahari itu silau mata kita memandangnya tetapi bayangannya dalam air dapat kita pandang tanpa merosakkan mata. Angin tidak dapat dilihat tetapi kalau daun bergoyang itulah tanda adanya angina. Pedas tidak dapat dilihat, tetapi cabai atau cili dapat dilihat. Inilah perumpamaan atau ibarat. Fikirkanlah.


Kita ini ibarat bayang, daun, cabai tadi. Dengan melalui bayang dapat dikenali yang empunya bayang. Dengan melihat daun bergoyang, dapat diketahui adanya adanya angina. Dengan cabai dapatlah kita merasai pedas.


Paling penting bertanyalah kepada orang yang ahli dalam bidang kerohanian dan kesufian ini. Janganlah ditanya kepada yang bukan ahlinya, kerana tiap-tiap ilmu itu ada ahlinya. Ahli ilmu itulah yang faham dan mengerti tentang ilmu yang diketahui dan diamalnya.



Penutup


Demikianlah serba ringkas tentang perkara AKU ini menurut pandangan Falsafah Kesufian. Sekiranya ada salah dan silap haraplah perbetulkan kerana penulis bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini, tetapi hanya sekadar ‘penterjemah’ yang menterjemahkan idea-idea dalam ilmu penterjemah yang singkat ini dalam bidang Falsafah Kesufian atau Falsafah Tasawuf kedalam risalah ringkas ini dengan bahasa Malaysia yang mudah untuk difahami oleh orang awam.


Semoga risalah ringkas ini dapat menambahkan satu lagi perbendaharaan buku atau risalah dalam kutub khannah atau perpustakaan buku-buku atau risalah-risalah Kesufian atau Tasawuf dalam bahasa Malaysia untuk mereka yang tidak faham membaca buku-buku atau risalah-risalah Kesufian dalam bahasa lain.


Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah kepada kita sekalian.


Amin, amin, Ya Rabbal’alamin.



TAMAT