Saturday 30 March 2013

Alhamdu. - الحمد

Alhamdu.
الحمد

الحمد (Alif baris diatas Alham)
Adapun Alham itu adalah sifat ZAHIR ALLAH dinyatakan oleh Jasad. - Apabila Allah menyatakan Jasad itulah sifatnya yang zahir maka matilah jasad dengan sendirinya maka Allahlah gantinya.

الحمد (Alif baris dibawah Ilham)
Dan ilham itu sifat BATIN ALLAH yang berada didalam jasad - Adapun Allah itu adalah tubuh yang ghaib bernama Muhammad didalam Jasad. Maka lafaz ILLA itu menyatakan ghaibnya tubuh zat didalam jasad.

Apabila Alif (ا) dan (ل) itu ghaib maka nyatalah nama Allah itu حمد (Hamid),

Puji bagi yang terpuji iaitu puji zat akan sifatnya yang zahir dan yang ghaib

الله itu puji sifat akan zat

هو. Itu puji zat akan sifat

74.Surah Al-Muddaththir (Verse 1)
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ

Wahai orang yang berselimut!

74.Surah Al-Muddaththir (Verse 2)
قُمْ فَأَنذِرْ

Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).

74.Surah Al-Muddaththir (Verse 3)
وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ

Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! (BESARKANLAH TUHANMU )

محمد = Mim = Selimut

م = DI = Uri
ح = WADI = Temuni
م = MANI = Mentuban
د = MANIKAM = Bali

Selimut itu hijab yang menutupi HAQ ALLAH iaitu DIRI ALLAH yang ada pada manusia.

Jantung adalah SELIMUT bagi Muhammad ( sifat bagi zat ). Inilah makam zat dan sifat bagi Allah. Inilah diri yang ghaib yang bertanggung jawab terhadap diri zahir.

Diri inilah yang Allah seru supaya bangun dan mengajar diri yang zahir. Segala ilmu Allah hanya ada pada Muhammad yang ghaib. Kalau manusia masih tidak mahu menerima Hakikat Allah ataupun Muhammad maka diri yang ghaib akan kekal membisu kerana manusia telah memilih untuk tidak mahu membesarkan Tuhan dan Allah akan mengikut kehendak mereka.

Dalam jantung itu selimut yang pertama bagi diri yang ghaib dan selimut yang kedua ialah didalam rahim ibu.

Apabila lengkap 200 - 240 hari Allah masukkan nyawa iaitu diri ghaib kedalam sifat zahir lalu Allah bangunkan atau hidupkan bayi itu. Maka hiduplah bayi itu dengan HAYAT ALLAH.

Walaupun didalam rahim, sifat zahir ini telah mengenal dirinya itu adalah SIFAT KEBESARAN TUHAN maka BERJANJILAH ianya kepada zatnya bahawa ia akan membesarkan Nama dan Sifat Zat. Sampai masanya 271 - 280 hari maka Allah keluarkan sifatnya dari dalam rahim.

Apabila bayi keluar dari rahim ibunya ia akan mengagis dengan menyebut ( AAA = ا baris atas, III = ا baris bawah, UUU = ا baris hadapan)

ا Baris atas = menyatakan bahawa diri zahirnya adalah membawa sifat tuhan, tangisan ini dinamai Alahiyah

ا Baris bawah = tangisan kedua adalah menyatakan bahawa Allah itu adalah asma' atau namanya. Inilah Ilahiyah

ا Baris hadapan = tangisan ketiga ini menyatakan kelakuannya adalah Afa'al Allah. Inilah bunyinya Ulihiyah.

Malangnya Ibu Bapa tidak tahu apa yang dinyatakan oleh bayi itu. Walau bagaimana pun kalau bayi itu lelaki maka bapa atau waris yang terdekat akan mengazankannya ditepi telinga kanan. Kalau bayi perempuan pula akan di Iqomahkan ditelinga kiri. Kenapa ?

Nak kata tak tahu, ianya tahu kerana itu di Azankan atau Di Iqomahkan. Baik Azan atau Iqomah tujuannya satu iaitu membesarkan sifat dan asma' Allah.

Lahir saja bayi selepas dibesarkan Nama Allah maka diselimuti bayi itu dengan nama yang lainnya yang dicatitkan didalam sijil beranak. Maka hilanglah ingatan akan zatnya, sifatnya, asma'nya dan afa'alnya.

Yang nyata jasadnya itu manusia bernama sipolan bin sipolan dan hidupnya sebagai manusia biasa. Jasad ini adalah SELIMUT yang ketiga yang menghilangkan sifat ghaib zat. Apabila manusia tidak mahu menuntut HAQ DIRI maka "Hidup Dalam Mati lah" ia.

Maka SELIMUT atau HIJAB yang terlalu tebal adalah ahli fekah yang Falkhohah.

Dalam ertikata hukum fekah yang menguasai kehidupan harian manusia. Maka Ahli Fekah ini cuba mengabui mata manusia dengan mengajar dosa dan pahala dengan menekan sembahyang, puasa, zakat dan fitrah.

Malangnya kepada kebanyakkan ahli fekah, mereka tidak faham malah menyimpang jauh lagi menyesatkan manusia tentang kefahaman berhubung dengan dua kalimah syahadah terutama apabila mereka menukarkan ayat Al-Quran didalam do'a iftitah.

Erti Fekah
اشهد ان لا اله الا الله
واشهد ان محمد روسول الله

Aku naik saksi bahawasanya tiada tuhan yang ku sembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad adalah pesuruh Allah"

ERTI SEBENAR

اشهد ان لا اله الا الله

لا = Tiada
اله = Nyata
الا = Hanya
الله = Allah

واشهد ان محمد روسول الله

ان = Aku
محمد. = Muhammad
رسول = Menyampaikan Haq
الله = Allah

" Aku naik saksi bahawa Tiada nyata hanya Allah diriku dan Aku menyaksikan bahawa Akulah Muhammad Sifat Haq Allah "

Maka salah satu hijab dari Fiqh ialah Menafikan diri manusia itu zat dari Allah dan Mohammad itu adalah sifat dari Zat Allah.

Tidak cukup dengan itu ahli fekah mengajar manusia membaca doa iftitah yang ditukarkan bacaannya dari yang asal.


6.Surah Al-'An`ām (Verse 162)
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah
untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."


6.Surah Al-'An`ām (Verse 163)
لَا شَرِيكَ لَهُۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama -
(yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

Ini adalah ayat Al-quran. Bagi orang-orang fekah, mereka telah menukarkan dari perkataan اول (auwalul) kepada منل (minal).

Kepada orang-orang fekah mereka semuanya akan kata betul kerana ayat yang telah ditukarkan ini telah sebati atau telah menjadi darah daging kerana mereka telah membacanya setiap hari didalam sembahyang 5 waktu selama mereka hidup. Tetapi sayangnya fekah telah menyesatkan umat Islam dalam mengerjakan solat dengan menukarkan ayat Al-quran seperti diatas...

Bezanya hanyalah satu ayat tiga huruf iaitu; perkataan اول (auwalul) kepada منل (minal).

Adapun Auwalu itu bererti permulaan atau pertama atau awal dan Minal itu bererti baharu.

Bila ulamak meminda satu ayat ini sahaja rosaklah 6,666 ayat Al-Quran.

Apabila manusia dapat membuang selimut yang menyelubungi dirinya dari jalan haq maka barulah dapat ianya membesarkan Tuhannya.

1. JANTONG :- Dalam jantong itu ada diri Zat dan Sifat. Nyatakan Zat itu meliputi sifat, sifat itu meliputi jasad.

2. BAYI DALAM KANDUNGAN:-
Bayi ini adalah sifat zahir yang GHAIB dalam kandungan ibu. Nyatakan bayi itu sifat Muhammad dan diri kita adalah zat yang mengandungi sifat Muhammad.

3. BAYI HINGGA DEWASA:-
Pakaian itu penutup jasad dari malu dan menghilangkan sifat awal manusia. Buangkan pakaian baharu iaitu nama dan sifat hamba. Kalau Awalnya nama Allah maka teruskanlah Iktikad Allah yang menjadi pakaian harian manusia. Nyatakan segala gerak laku afa'al Allah.

4. SYARIAT FIQIH:-
Dalami ilmu fekah berlandaskan Al-Quran yang makrifat kepada Jalan haq. Hukum fekah yang prasangka hendaklah ditentang dengan jalan haq.

Firman Allah:-

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 181)

وَمِمَّنْ خَلَقْنَا أُمَّةٌ يَهْدُونَ بِالْحَقِّ وَبِهِ يَعْدِلُونَ

Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.

No comments:

Post a Comment