Monday 3 March 2014

kaedah menerapkan firman Allah didalam surah 37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96) kedalam kehidupan seharian...

kaedah menerapkan firman Allah didalam surah 37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96) kedalam kehidupan seharian...

Allah berfirman dalam 
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

ALLAH SENDIRI TELAH MENERANGKAN DIDALAM ALQURAN TERDAPAT PELBAGAI CARA UNTUK MENCAPAI IKTIQOD DAN TAUHID KEPADA ALLAH

KAEDAH INI BOLEH DITERAPKAN KEDALAM SETIAP AMALAN SOLEH YANG SEDANG DILAKUKAN SEPERTI DIDALAM SOLAT LIMA WAKTU, SEMASA BERWIRID TORIKAT, SEMASA MENJALANKAN TUGAS SEHARIAN DAN SEBAGAINYA

ALLAH MENCIPTA KAMU DAN APA YANG KAMU BUAT

37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96)
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"

Bila merasakan diri kita ada, sedar dan ingat, sedar dan lihatlah yang sedang mengadakan kita itu adalah Allah yang sedang menjadikan kita, bila kita adalah kena jadi, maksudnya kita tidak ada, bila kita sedang merasai ada, sebutlah ALLAH, ALLAH,ALLAH infiniti ....

Bila kita sedar kita berbuat sesuatu ketika yang sama sebutlah ALLAH ALLAH ALLAH infiniti.. Semasa sedar kepada perbuatan yang sedang berbuat itu, apabila menyebut ALLAH ALLAH ALLAH infiniti membawa makna kita sedang menyedari Allah sedang menjadikan kita dan perbuatan kita... 

Apabila sedang menyedari Allah yang menjadikan kita bermakna ada kita yang sedang dirasai itu adalah ada Allah (kita sedar yang sedang menjadikan itu adalah Allah, semasa kesedaran kepada Allah, tidaklah timbul lagi kesedaran kepada ada diri sendiri.... Yang sedang sedar ialah sedar kepada ada Allah yang sedang menjadikan...

Semasa berbuat sesuatu perkara tentang apa sahaja perbuatan yang sedang berlaku lahirkanlah kesedaran yang Allah yang sedang menjadikan perbuatan itu, dalam masa yang sama sebutlah ALLAH ALLAH ALLAH infiniti..

Lakukan ptaktikal seperti ini sehingga hilang rasa ada kita kerana sedang sedar kepada yang sedang menjadikan iaitu ALLAH...

Yang sedang sedar kepada Allah yang sedang menjadikan kita dan perbuatan kita, tidaklah lagi sedar kepada wujud diri kita dan wujud perbuatan kita kerana kesedaran sedang tertumpu kepada ujud Allah yang sedang mecipta...

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Lakukan sehingga tidak lagi merasai wujud diri sendiri kerana sedang merasakan Allah yang sedang menciptakan... Kesedaran yang sedang disedari itu adalah sedang sedar kepada ujud Allah yang sedang menjadikan setiap sesuatu...

13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)
قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُۚ قُلْ أَفَاتَّخَذْتُم مِّن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّاۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُۗ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْۚ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" 

Jawablah: "Allah". 

Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, 
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" 

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? 

Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? 

Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" 

Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

No comments:

Post a Comment