Tuesday 8 July 2014

ALINSANU SIRRI, WA ANA SIRRUHU, WASIRRI SIFATI WASIFATI LAGHOIRIHI............

ALINSANU SIRRI, WA ANA SIRRUHU, WASIRRI SIFATI WASIFATI LAGHOIRIHI............

Insan itu rahasiahKu, Aku rahsia insan, rahasia itu adalah sifatKu, sifatKu tiada lain adalah Aku.....

Firman Allah 

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ddalam firman Allah seperti diatas Allah telah memberitahu bahawa Allahlah segala-galanya.  Yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin kesemuanya ialah Allah..

Untuk meringkaskannya, yang awal iaitu zat Allah, yang akhir iaitu asma' Allah, yang zahir iaitu afa'al Allah dan yang batin iaitu sifat Allah...

Kalau disusun mengikut susunan ialah kenyataan zat Allah iaiatu Dialah yang Awal, kenyataan  sifat Allah Dialah yang batin, kenyataan asma' Allah Dialah yang akhir, kenyataan afa'al Allah Dialah yang zahir...

“Aku ini perbendaharaan tersembunyi, kemudian Aku ingin dikenal, kemudian Aku menciptakan makhluk-Ku, dengan Allah-lah mereka mengenal Aku…”.
(hadits qudsi)

TANDA-TANDA KENYATAAN ALLAH

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)
وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

Badan diri kita dan keseluruh isi alam adalah kenyataan zat, sifat, asmak dan afa'al Allah..

Ini adalah satu kenyataan dan yang sebenar-benarnya... 

Mari sama-sama kita menyelami disebalik kehidupan seharian kita, apa sebenarnya yang kita semua rasai.

Tanyalah diri sendiri, apakah semuanya ini, adakah dunia ini dan badan diri kita sendiri ada ujud sendiri atau kesemua ini adalah sedang menyatakan wujud Allah...

Jika telah mendapat pengertian bahawa semua ini adalah kenyataan Allah, lihatlah pada badan diri sendiri apa yang sedang dirasai, adalah kita sedang merasai ujud badan diri sendiri atau kita sedang merasai akan wujud Allah...

Allah telah memberitahu kepada kita melalui firman-firman nya didalam Al-Quran bahawa pada bumi dan pada diri kita terdapat tanda-tanda wujud Allah ... Yang membawa maksud dunia dan badan diri kita adalah pentajalian zat, sifat, asma' dan afa'al Allah...

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 190)
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi 
orang-orang yang berakal;


4.Surah An-Nisā' (Verse 174)
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُم بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينًا

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).

6.Surah Al-'An`ām (Verse 104)
قَدْ جَاءَكُم بَصَائِرُ مِن رَّبِّكُمْۖ فَمَنْ أَبْصَرَ فَلِنَفْسِهِۖ وَمَنْ عَمِيَ فَعَلَيْهَاۚ وَمَا أَنَا عَلَيْكُم بِحَفِيظٍ

(Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu".

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 190)
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi 
orang-orang yang berakal;

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 191)
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

ALLAH SENDIRI TELAH MENJELASKAN TERDAPAT PELBAGAI CARA UNTUK MENCAPAI KEPADA IKTIQAD TAUHID SETERUSNYA MAKRIFATULLAH DIDALAM AL-QURAN

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Lagi firman Allah

50.Surah Qāf (Verse 16)
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia 
mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

SALAH SATU CARA UNTUK MENCAPAI KEPADA IKTIQAD TAUHID DAN MAKRIFATULLAH

FIRMAN ALLAH 

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 41)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang 
sebanyak-banyaknya;

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 42)
وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

25.Surah Al-Furqān (Verse 58)
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِۚ وَكَفَىٰ بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا

Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

CARA PERLAKSANAAN ATAU MEMPRAKTIKKAN FIRMAN ALLAH SEPERTI DIATAS KEDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA

Didalam keterangan diatas kita telah mengetahui bahawa Yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin kesemuanya ialah Allah..

Untuk meringkaskannya, yang awal iaitu zat Allah, yang akhir iaitu asma' Allah, yang zahir iaitu afa'al Allah dan yang batin iaitu sifat Allah...

Kalau disusun mengikut susunan ialah kenyataan zat Allah iaiatu Dialah yang Awal, kenyataan  sifat Allah Dialah yang batin, kenyataan asma' Allah Dialah yang akhir, kenyataan afa'al Allah Dialah yang zahir...

Keterangan diatas juga menerangkan tentang Ada dan EsaNya Allah

76.Surah Al-'Insān (Verse 1)
هَلْ أَتَىٰ عَلَى الْإِنسَانِ حِينٌ مِّنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُن شَيْئًا مَّذْكُورًا

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, 

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)
وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

Badan diri kita dan keseluruh isi alam adalah kenyataan zat, sifat, asmak dan afa'al Allah.. Iaitu kenyataan Ada Allah

UNTUK MENCAPAI KEPADA IKTIQAD TAUHID HENDAKLAH KITA MEMPRAKTIKKAN FIRMAN ALLAH


73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

CARANYA

TUMPUKAN RASA PERASAAN KITA KEPADA RASA ADA YANG SEDANG KITA RASAI SEKARANG INI DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, SETELAH TENGGELAM DIDALAM RASA ADA YANG SEDANG DIRASAI, ADAKAN PENGAKUAN BAHAWA ADA YANG SEDANG DIRASAI ITU ADALAH ADA ALLAH HANYA DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA

Lakukan praktikal ini sehingga sampai kita dapat merasakan ada Allah.

Setelah sampai didalam keadaan kita sedang merasa ada Allah, teruskan berpraktikal dengan cara yang sama...

TENGGELAMKAN RASA PERASAAN KEDALAM RASA YANG SEDANG MERASA ADA ALLAH DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, DIDALAM MASA YANG SAMA ADAKAN PENGAKUAN YANG SEDANG MERASA ADA ALLAH ITU ALLAH SENDIRI HANYA DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA...

“Aku ini perbendaharaan tersembunyi, kemudian Aku ingin dikenal, kemudian Aku menciptakan makhluk-Ku, dengan Allah-lah mereka mengenal Aku…”.
(hadits qudsi)

No comments:

Post a Comment