Tuesday 24 June 2014

ADAKAN PENGAKUAN BAHAWA ALLAH ITU ADALAH ALLAH...

ADAKAN PENGAKUAN BAHAWA ALLAH ITU ADALAH ALLAH...

96.Surah Al-`Alaq (Verse 1)
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

Mengakulah bahawa melihat, mendengar dan berkata-kata yang ternyata keatas badan dirimu sendiri itu. Sebenarnya adalah 

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)
وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

DAN JUGA

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ddalam firman Allah seperti diatas Allah telah memberitahu bahawa Allahlah segala-galanya.  Yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin kesemuanya ialah Allah..

Maka adakan pengakuan bahawa Allah itu adalah Allah

بسم الله

IAITU ب = Basor - YANG MELIHAT

Sim = س = Sama' = YANG MENDENGAR

Mim = م = mutakalliman = Yang berkata-kata. 

IALAH Allah = الله  

Basor, sama' dan mutakalliman ialah sifat Allah, Bukan sifat selain dari Allah..

Diawal setiap pekerjaan hendak didahulukan dengan بسم الله = Faham bahawa (ب ) melihat itu sifat Allah, 

(س ) Dengar itu adalah sifat Allah

(م ) Yang berkata-kata atau bercakap itu adalah sifat Allah...

Basor, sama' dan Mutakalliman (Pandang, Dengar dan Bercakap) itu bukanlah sifat diri kita sendiri (yang selama ini telah disangka ada)...

Dengan mula menyedari bahawa basor, sama' dan Mutakalliman بسم = adalah sifat Allah = بسم الله = bermakna disetiap permulaan didalam segala perbuatan kita telah pun mentauhidkan Allah ... Mengaku yang Allah adalah Allah

76.Surah Al-'Insān (Verse 2)
إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

CARA PERLAKSANANANYA

Bangun saja dari tidur, kita sudah buka mata,  Apabila terbuka mata, kita sudah mula melihat alam keliling.

Ketika kita sedang merasa kita yang melihat alam sekeliling, tumpukan kepada sebulat-bulat tumpuan kepada penglihatan itu dengan sebulat-bulat tumpuan, setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada penglihatan yang sedang dirasai itu mengakulah bahawa sifat melihat yang sedang dirasai itu adalah sifaf Allah hanya dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya...

Ketika kita sedang merasa kita yang mendengar, tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada pendengaran itu dengan sebulat-bilat tumpuan, setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada pendengaran yang sedang dirasai itu mengakulah bahawa sifat mendengar yang sedang dirasai itu adalah sifaf Allah hanya dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya...

Ketika kita sedang merasa kita yang bercakap, tumpukan kepada sebulat-bulat tumpuan kepada percakapan itu dengan sebulat-bilat tumpuan, setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada percakapan yang sedang dirasai itu mengakulah bahawa sifat bercakap  yang sedang dirasai itu adalah sifaf Allah hanya dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya...

Melihat, mendengar dan berkata-kata adalah sifat Allah, Allah nyatakan sifat-sifatnya untuk memperkenalkan dirinya bukan untuk disekutukan dengannya..

Cara ini adalah berdasarkan kepada firman Allah 

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 41)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang 
sebanyak-banyaknya;

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

96.Surah Al-`Alaq (Verse 2)
خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ

Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

96.Surah Al-`Alaq (Verse 3)
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

Tetaplah bahawa melihat, mendengar dan berkata-kata itu sebenarnya adalah sifat-sifat Allah sendiri yang telah dinyatakan untuk menyatakan akan DiriNya sendiri

Untuk itu teruskanlah dan hendaknya sentiasalah mengadakan pengakuan bahawa melihat, mendengar dan berkata-kata itu adalah sifat Allah sendiri dengan cara sedar akan sifat yang sedang disedari dengan sebulat-bulat kesedaran dengan sepenuh tumpuan..

Adakan pengakuan bahawa sifat melihat, mendengar dan berkata-kata yang sedang dirasai ini adalah sifat Allah sendiri hanya menyebut Nama Allah sebanyak-banyaknya, sehinggalah sampai kepada Allah sendiri yang menyedari Allah yang sedang melihat, Allah sendiri yang sedang mendengar dan Allah sendiri yang sedang berkata-kata..

Hanya dengan menyebut  Allah sebanyak-banyaknya, semasa sedang merasai dan menikmati sifat-sifat yang berkaitan dengan sebulat-bulat tumpuan san kesedaran, secara tidak diaedari arau secara automatik sudah mengadakan pengakuan Yang Allah adalah Allah

AKU RAHSIA INSAN INSAN RAHSIA AKU RAHSIA ITU ADALAH SIFAT AKU SIFAT AKU BULAN LAIN SARIPADA AKU..

96.Surah Al-`Alaq (Verse 4)
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -

96.Surah Al-`Alaq (Verse 5)
عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

96.Surah Al-`Alaq (Verse 6)
كَلَّا إِنَّ الْإِنسَانَ لَيَطْغَىٰ

Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas,

96.Surah Al-`Alaq (Verse 7)
أَن رَّآهُ اسْتَغْنَىٰ

Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

INGATLAH SESUNGGUHNYA JENIS MANUSIA INI TETAP INGIN MENGAKUI AKAN KEBERADAAN DIRI SENDIRI DISAMPING ADA ALLAH..

96.Surah Al-`Alaq (Verse 8)
إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ الرُّجْعَىٰ

(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali.

AKUILAH YANG ALLAH ADALAH ALLAH DENGAN MELAKSANAKAN CARA 

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

96.Surah Al-`Alaq (Verse 9)
أَرَأَيْتَ الَّذِي يَنْهَىٰ

Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -

96.Surah Al-`Alaq (Verse 10)
عَبْدًا إِذَا صَلَّىٰ

Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

96.Surah Al-`Alaq (Verse 11)
أَرَأَيْتَ إِن كَانَ عَلَى الْهُدَىٰ

Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -

96.Surah Al-`Alaq (Verse 12)
أَوْ أَمَرَ بِالتَّقْوَىٰ

Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?

YANG ALLAH TELAH MENJELASKAN DIDALAM FIRMANNYA YANG LAIN


17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

96.Surah Al-`Alaq (Verse 13)
أَرَأَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ

Adakah engkau nampak, jika ia mendustakan serta ia berpaling ingkar?

96.Surah Al-`Alaq (Verse 14)
أَلَمْ يَعْلَم بِأَنَّ اللَّهَ يَرَىٰ

Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat.

96.Surah Al-`Alaq (Verse 15)
كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًا بِالنَّاصِيَةِ

Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -

96.Surah Al-`Alaq (Verse 16)
نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ

Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

Malaikat Isrofil:- ialah Pekerjaan Allah yang meniup sangkakala (memasuk dan mengeluarkan nafas) tiupan yang pertama rosak binasa sekalian alam (mati) iaitu masuknya nafas, tiupan yang kedua hidup kembali iaitu keluarnya nafas,  

Ini ditunjukkan didalam firman Allah 

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 27)
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِۖ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan 
Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya..

Pekerjaan Allah yang meniup sangkakala dinamakan dengan nama Malaikat Isrofil bernyawa lemah lembut (ya latif) 

Nafas kita ialah afa'al bagi roh, roh itu menyatakan nufus iaitu yang tidak masuk dan keluar. 

Disinilah pertemuan diantara hamba dengan tuhan. Dipanggil makam Al-fatihah @ sebenar bismillah @ nur muhammad. Apabila berlaku perhimpunan nafas, anfas, tanafas dan nufus dipanggil roh izofi, roh izofi itulah roh kudus, roh kudus itulah ruhullah ( keseluruhan itu dipanggil amar robbi - pekerjaan tuhan) kenyataannya pada ubun2. 

Tidak ada satu pun yang melata melainkan Dia yang menguasai ubun-ubunnya. Dan Tuhanku adalah di atas jalan yang lurus. ( Ayat 56 : Surah Hud )

11.Surah Hūd (Verse 56)
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمۚ مَّا مِن دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَاۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

Ialah sidrotul muntaha, pintu loh mahfuz, pintu langit.

Kembali kerahmatullah ialah sentiasa duduk didalam afa'al Allah.

96.Surah Al-`Alaq (Verse 16)
نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ

Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

96.Surah Al-`Alaq (Verse 17)
فَلْيَدْعُ نَادِيَهُ

Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),

96.Surah Al-`Alaq (Verse 18)
سَنَدْعُ الزَّبَانِيَةَ

Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!

96.Surah Al-`Alaq (Verse 19)
كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِب۩

Ingatlah! Janganlah engkau menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) 
sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah.

MAKSUDNYA SENTIASA ADAKAN PENGAKUAN YANG ALLAH ADALAH ALLAH DENGAN MELAKSANAKAN FIRMAN ALLAH

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 42)
وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

BANGUN SAHAJA DARI TIDUR, SEDARLAH DAN TUMPUKAN SEBULAT-BULAT KESADARAN KEPADA SIFAT MELIHAT, MENDENGAR DAN BERKATA-KATA (DILAKUKAN SATU PER SATU)..

Contoh setelah bangun sahaja dari tidur, sedarlah kepada sifat melihat dan tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada perbuatan sedang melihat itu didalam masa yang sama akuilah sifat melihat yang disedari dengan sebulat-bulat tumpuan itu adalah sifat Basor Allah dengan hanya menyebut Allah sebanyak-banyaknya..

Sebut Allah hendaklah beserta dengan tumpuan kesedaran kepada mana-mana sifat yang disedari dengan sepenuh atau sebulat-bulat tumpuan..

SETELAH MENYEDARI AKAN KEBERADAAN KITA HENDAKLAH SENTIASA DIAKUI ADA YANG SEDANG DISEDARI DAN DIRASAI ITU ADALAH ADA ALLAH HANYA DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA TANPA PUTUS...

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 41)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang 
sebanyak-banyaknya;

DIDALAM MENYEBUT DAN MENGINGAT ALLAH KITA SEMUA TIDAK TERKECUALI DARIPADA APA YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH

8.Surah Al-'Anfāl (Verse 2)
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; 
dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

39.Surah Az-Zumar (Verse 45)
وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila  disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.


No comments:

Post a Comment