Saturday 7 June 2014

JALAN KEMBALI KEPADA ALLAH YANG TELAH DIPINGGIRKAN

JALAN KEMBALI KEPADA ALLAH YANG TELAH DIPINGGIRKAN 

32.Surah As-Sajdah (Verse 9)
ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۖ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَۚ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: rohNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 85)
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Allah telah memberitahu bahawa roh adalah urusanNya, 

Tidak perlu mempersoalkan lagi dengan kepelbagaian soalan sebab itu adalah kenyataan Allah sendiri..

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 11)
وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 12)
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 13)
قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 14)
قَالَ أَنظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 16)
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguh nya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (jalan tauhid)

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)
قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 42)
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

TANDA-TANDA KENYATAAN ALLAH

40.Surah Ghāfir (Verse 13)
هُوَ الَّذِي يُرِيكُمْ آيَاتِهِ وَيُنَزِّلُ لَكُم مِّنَ السَّمَاءِ رِزْقًاۚ وَمَا يَتَذَكَّرُ إِلَّا مَن يُنِيبُ

Dia lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan kekuasaanNya (untuk kehidupan rohani kamu), dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat 
serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bertumpu (kepada Allah).

40.Surah Ghāfir (Verse 14)
فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)
وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

Badan diri kita dan keseluruh isi alam adalah kenyataan zat, sifat, asmak dan afa'al Allah..

Ini adalah satu kenyataan dan yang sebenar-benarnya... 

Mari sama-sama kita menyelami disebalik kehidupan seharian kita, apa sebenarnya yang kita semua rasai.

Tanyalah diri sendiri, apakah semuanya ini, adakah dunia ini dan badan diri kita sendiri ada ujud sendiri atau kesemua ini adalah sedang menyatakan wujud Allah...

Jika telah mendapat pengertian bahawa semua ini adalah kenyataan Allah, lihatlah pada badan diri sendiri apa yang sedang dirasai, adalah kita sedang merasai ujud badan diri sendiri atau kita sedang merasai akan wujud Allah...

Allah telah memberitahu kepada kita melalui firman-firman nya didalam Al-Quran bahawa pada bumi dan pada diri kita terdapat tanda-tanda wujud Allah ... Yang membawa maksud dunia dan badan diri kita adalah pentajalian zat, sifat, asma' dan afa'al Allah...

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ddalam firman Allah seperti diatas Allah telah memberitahu bahawa Allahlah segala-galanya.  Yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin kesemuanya ialah Allah..

Untuk meringkaskannya, yang awal iaitu zat Allah, yang akhir iaitu asma' Allah, yang zahir iaitu afa'al Allah dan yang batin iaitu sifat Allah...

Kalau disusun mengikut susunan ialah kenyataan zat Allah iaiatu Dialah yang Awal, kenyataan  sifat Allah Dialah yang batin, kenyataan asma' Allah Dialah yang akhir, kenyataan afa'al Allah Dialah yang zahir...

“Aku ini perbendaharaan tersembunyi,
kemudian Aku ingin dikenal,
kemudian Aku menciptakan makhluk-Ku, dengan Allah-lah mereka mengenal Aku…”.
(hadits qudsi)

PERBENDAHARAAN YANG TERSEMBUNYI
Petikan dari Kitab Futuhat Al Makkiyyah

Juru-bicara dalam diri si hamba menyampaikan: " Allah s.w.t bertitah, ‘Jangan sesiapa mengganggu Keesaan-Ku. Tidak ada sesiapa dapat merobohkan Keperkasaan-Ku. Sesiapa yang mencerobohi Benteng Keperkasaan-Ku akan Aku bakar dengan api Keagungan-Ku dan dia akan binasa! Selamatkanlah diri kamu. Pergilah kamu dan masuklah kamu ke dalam Perbendaharaan-Ku Yang Tersembunyi untuk mengenal Daku sekadar Daku izinkan engkau mengenali Daku'".

Perbendaharaan Yang Tersembunyi itu bernama:

Laa Ilaa Ha Illallahh 
Pintu gerbangnya bernama:

Muhammadur Rasulullah 

Kuncinya bernama:
Bismillah Hirrah Maa nirrahim

Cahaya yang menerangi di dalamnya bernama:
Al Fatihah

Kenderaan di dalamnya bernama:
Laa Hau lawala kuwataillah billah

Dengan izin Allah s.w.t si hamba masuk ke dalam Perbendaharaan-Nya Yang Tersembunyi.

Nafas kita ialah afa'al bagi roh, roh itu menyatakan nufus iaitu yang tidak masuk dan keluar.  Disinilah pertemuan antara hamba dengan tuhan. Dipanggil makam al-fatihah @ sebenar2 bismillah @ Nur Muhammad. Apabila berhimpun nafas, ampas, tanafas dan nupus dipanggil roh izofi, roh izofi itulah roh kudus, roh kudus itulah rohullah (keseluruhan itu dipanggil amar robbi - pekerjaan tuhan). 

Ialah sidrotun muntaha, pintu loh mahfuz = pintu langit. Kembali ke rohmatullah. Ialah sentiasa duduk didalam afaal Allah.

Insan itu rahsia Aku, Aku rahsia insan, rahsia itu ialah sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada Aku..

Dialah yang zahir kenyataannya adalah badan kepada insan namanya Adam (sabda nabi saw wa Adam abu basyar - dan Adam itu bapa atau asal kejadian jasad) iaitu kenyataan Allah yang zahir.

Dialah yang batin, kenyataannya ialah roh kepada insan namanya Muhammad (Sabda Nabi saw Ana abu ar-ruh - Aku adalah bapa atau asal kejadian segala roh) iaitu kenyataan Allah yang batin. 

Lihat, saksikan dan Akuilah segala sifat ketuhanan yang ada pada ruh adalah sifat Allah...  Roh itu adalah sifat Allah

Insan itu rahsia Aku, Aku Rahsia Insan, rahsia itu sifat Aku,  sifat Aku bukan lain daripada aku...

Dialah yang awal, Dialah yang akhir, kenyataannya ialah rahsia kepada insan iaitu HUU zat semata-mata.

2.Surah Al-Baqarah (Verse 107)
أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۗ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.

16.Surah An-Naĥl (Verse 96)
مَا عِندَكُمْ يَنفَدُۖ وَمَا عِندَ اللَّهِ بَاقٍۗ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

2.Surah Al-Baqarah (Verse 138)
صِبْغَةَ اللَّهِۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةًۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

2.Surah Al-Baqarah (Verse 139)
قُلْ أَتُحَاجُّونَنَا فِي اللَّهِ وَهُوَ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ وَلَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُخْلِصُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;

2.Surah Al-Baqarah (Verse 140)
أَمْ تَقُولُونَ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطَ كَانُوا هُودًا أَوْ نَصَارَىٰۗ قُلْ أَأَنتُمْ أَعْلَمُ أَمِ اللَّهُۗ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَادَةً عِندَهُ مِنَ اللَّهِۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

"Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

2.Surah Al-Baqarah (Verse 141)
تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْۖ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُم مَّا كَسَبْتُمْۖ وَلَا تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan.

2.Surah Al-Baqarah (Verse 142)
سَيَقُولُ السُّفَهَاءُ مِنَ النَّاسِ مَا وَلَّاهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَاۚ قُل لِّلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُۚ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat 
adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".

JALAN YANG LURUS

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 51)
إِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُۗ هَٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ

"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus".

4.Surah An-Nisā' (Verse 68)
وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا

Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.

4.Surah An-Nisā' (Verse 175)
فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَاعْتَصَمُوا بِهِ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِي رَحْمَةٍ مِّنْهُ وَفَضْلٍ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا

Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya.

5.Surah Al-Mā'idah (Verse 16)
يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

11.Surah Hūd (Verse 56)
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمۚ مَّا مِن دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَاۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

" Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat 
kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)
قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 42)
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

24.Surah An-Nūr (Verse 46)
لَّقَدْ أَنزَلْنَا آيَاتٍ مُّبَيِّنَاتٍۚ وَاللَّهُ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.

36.Surah Yā-Sīn (Verse 61)
وَأَنِ اعْبُدُونِيۚ هَٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ

"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.

43.Surah Az-Zukhruf (Verse 61)
وَإِنَّهُ لَعِلْمٌ لِّلسَّاعَةِ فَلَا تَمْتَرُنَّ بِهَا وَاتَّبِعُونِۚ هَٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ

Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka 
janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah 
(petunjukKu); inilah jalan yang lurus.

43.Surah Az-Zukhruf (Verse 64)
إِنَّ اللَّهَ هُوَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُۚ هَٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ

"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah jalan yang lurus".

49.Surah Al-Ĥujurāt (Verse 7)
وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِّنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka 
janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); 
kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah 
kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut 
melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -

KEMBALI KEPADA ALLAH

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 50)
فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِۖ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ

(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.

5.Surah Al-Mā'idah (Verse 105)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْۖ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْۚ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.

29.Surah Al-`Ankabūt (Verse 8)
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًاۖ وَإِن جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَاۚ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan 
mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu 
segala yang kamu telah kerjakan.

31.Surah Luqmān (Verse 15)
وَإِن جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَاۖ وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًاۖ وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

10.Surah Yūnus (Verse 56)
هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dia lah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan.

19.Surah Maryam (Verse 40)
إِنَّا نَحْنُ نَرِثُ الْأَرْضَ وَمَنْ عَلَيْهَا وَإِلَيْنَا يُرْجَعُونَ

Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.

21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 35)
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةًۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

23.Surah Al-Mu'minūn (Verse 115)
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

28.Surah Al-Qaşaş (Verse 70)
وَهُوَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَىٰ وَالْآخِرَةِۖ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan Dia lah Allah tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat; dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, serta kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

36.Surah Yā-Sīn (Verse 83)
فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

39.Surah Az-Zumar (Verse 44)
قُل لِّلَّهِ الشَّفَاعَةُ جَمِيعًاۖ لَّهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah; Dia lah 
Yang Menguasai segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadaNya"


57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 5)
لَّهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ

Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.

UNTUK MENCAPAI IKTIQAD TAUHID DAN MAKRIFATULLAH TERDAPAT PELBAGAI CARA SEPERTI YANG DIFIRMANLAN ALLAH

SALAH SATU JALAN DAN CARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENCAPAI KEPADA IKTIQAD TAUHID DAN MAKRIFATULLAH.

Sememangnya Allah telah menjelaskan didalam firmannya 

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Penjelasannya untuk mencapai kepada iktiqad Tauhid dan makrifatullah, Allah telah menjelaskan bahawa didalam Al-Quran terdapat jalan dan pelbagai cara dan kaedahnya....

Salah satu daripada kaedahnya seperti fitman Allah...

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 41)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang 
sebanyak-banyaknya;

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 42)
وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

25.Surah Al-Furqān (Verse 58)
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِۚ وَكَفَىٰ بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا

Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Allah telah menjelaskan didalam firmannya

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ddalam firman Allah seperti diatas Allah telah memberitahu bahawa Allahlah segala-galanya.  Yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin kesemuanya ialah Allah..

BAGAIMANAKAH CARA NAK MENGAPLIKASIKAN AKAN FIRMAN ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Kedalam kehidupan seharian kita supaya dapat merasakan Yang Awal itu adalah Allah, Yang Akhir itu adalah Allah, Yang zahir itu adalah Allah dan Yanh batin itu adalah Allah...

Sekarang ini kita telah berada didunia ini, bolehkah kita merasa akan keberadaan diri kita sendiri..?

Jika boleh, cuba tenggelamkan rasa perasaan kita kedalam rasa kita sedang merasa keberadaan diri, tumpukan rasa perasaan kita kepada rasa ada itu dengan sebulat-bulat tumpuan.

Setelah rasa perasaan telah tertumpu sebulat-bulat tumpuan kepada rasa ada yang sedang dirasa itu, maka pada masa rasa perasaan sedang tertumpu kepada rasa ada yang sedang dirasa itu, sebutlah Allah sebanyak-banyaknya tanpa putus-putus...

Untuk mengetahui bagaimanakah iktiqad tauhid yang akan terhasil dari praktik sebegini, Lakukanlah praktikal ini secara istiqomah dan rasailah sendiri apa yang akan diberi rasa oleh Allah...

BIARLAH RASA YANG SEDANG TERASA ITU YANG MENCERITAKAN KEPADA RASA PERASAAN YANG SEDANG DIRASA ITU...

JANGAN PUTUSKAN ATAU ASINGKAN DIANTARA RASA YANG SEDANG DIRASA DENGAN SEPENUH TUMPUAN ITU DENGAN SENTIASA SEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA , BIAR BERJALAN SERENTAK TANPA PERLU DIFIKIR-FIKIRKAN.... 

BERJALAN SEIRING DIANTARA RASA YANG SEDANG DIRASA (contoh rasa ada), DENGAN SEBULAT TUMPUAN KEPADA RASA ITU DENGAN MENYEBUT-NYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA TANPA HENTI...

RASALAH ADA SIFAT ASMA' DAN AFA'AL ALLAH YANG SEDANG DIRASA DAN TUMPUKAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADA APA YANG SEDANG DIRASA SEKARANG INI, DIDALAM MASA YANG SAMA MENGAKULAH ADA SIFAT ASMA' DAN PERBUATAN YANG SEDANG DIRASA DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN ITU ADALAH ADA SIFAT ASMA' DAN AFA'AL ALLAH DENGAN HANYA MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA..

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

No comments:

Post a Comment