Tuesday 24 June 2014

BERTANYALAH KEPADA AHLUZZIKIR

BERTANYALAH KEPADA AHLUZZIKIR

21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 7)
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْۖ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 135)
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa 
melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Semasa melakukan perbuatan keji, sedarlah kepada perlakuan itu dengan sepenuh kesedaran, didalam masa yang sama sebutlah Allah sebanyak-banyaknya

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 136)
أُولَٰئِكَ جَزَاؤُهُم مَّغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَاۚ وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 137)
قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 138)
هَٰذَا بَيَانٌ لِّلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ

(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 139)
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan  menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang  akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.


Peristiwa Nabi Yunus AS

37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 142)
فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ

Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.

37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 143)
فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ

Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),

37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 144)
لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.

37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 145)
فَنَبَذْنَاهُ بِالْعَرَاءِ وَهُوَ سَقِيمٌ

Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.

Peristiwa Nabi Zakaria

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 41)
قَالَ رَبِّ اجْعَل لِّي آيَةًۖ قَالَ آيَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ النَّاسَ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا رَمْزًاۗ وَاذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ

Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi".

MAKA MENJADI KEWAJIPAN KEPADA KITA SEMUA MELAKSANAKAN FIRMAN ALLAH SEPERTI DIBAWAH..

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 41)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang 
sebanyak-banyaknya;

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 42)
وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

25.Surah Al-Furqān (Verse 58)
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِۚ وَكَفَىٰ بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا

Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

30.Surah Ar-Rūm (Verse 17)
فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ

(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 9)
رَّبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلًا

Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia;  maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 10)
وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا

Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.

CARA MELAKSANAKAN 

TUMPUKAN RASA PERASAAN KITA KEPADA APA YANG SEDANG BERLAKU DAN KEPADA RASA YANG SEDANG DIRASAKAN SEKARANG INI...

CONTOH KOTA SEDANG MERASA ADA DIRI KITA YANG SEDANG MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN KITA,

TUMPUKANLAH RASA PERASAAN KITA DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADA RASA ADA DIRI KITA YANG SEDANG DIRASAI ITU DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, DIDALAM MASA YANG SAMA MENGAKULAH ADA YANG SEDANG DIRASAI DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN ITU ADALAH ADA ALLAH YANG SEDANG DIRASAI HANYA DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA..

TERUSKAN PRAKTIKAL INI SEHINGGA DIBERI HIDAYAH DAN PETUNJUK OLEH ALLAH SAMPAI KEPADA KEADAAN ALLAH YANG SEDANG MERASA ADA ALLAH..

CONTOH LAIN 

TUMPUKAN RASA PERASAAN KEPADA TURUN NAIKNYA PERNAFASAN KITA, KITA SEDANG MERASA KITA HIDUP, TUMPUKAN RASA PERASAAN DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, DIDALAM MASA RASA PERASAAN TELAH TERTUMPU SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADA TURUN NAIKNYA PERNAFASA (HIDUP), DIDALAM MASA YANG SAMA MENGAKULAH HIDUP YANG SEDANG DIRASAI ITU ADALAH HIDUP ALLAH HANYA DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA.....

LAKUKAN SEHINGGA SAMPAI DIBERI RASA ALLAH YANG SEDANG MERASA HODUP ALLAH

BEGITULAH SETERUSNYA DILAKUKAN KEPADA SIFAT-SIFAT YANG LAIN...

PERLAKUAN YANG DILAKUKAN INI MEMBAWA KITA KEPADA KEADAAN TIADA SESUATU, YANG ADA HANYA ALLAH IAITU MAKSUD KEPADA LAA ILAHA ILLALLAH..

KEADAAN INILAH MEMBAWA KEPADA SENTIASA BERADA DIDALAN BENTENG ATAU KOTA ALLAH...


Berkata Ali RA..Rasulullah bersabda...Allah berfirman............; Sesungguh AKU lah ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU...Barangsiapa BERTAUHID kepadaKu niscaya masuklah ia kedalam benteng Ku,,,Dan barangsiapa yang masuk bentengKu..niscaya terselamatlah dia dari SiksaKu...(H R . Syirazi)

No comments:

Post a Comment