Monday 22 June 2015

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH

5.Surah Al-Mā'idah (Verse 35) 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 64) 

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

18.Surah Al-Kahf (Verse 38) 

لَّٰكِنَّا هُوَ اللَّهُ رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِرَبِّي أَحَدًا

Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.

18.Surah Al-Kahf (Verse 39) 

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِۚ إِن تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالًا وَوَلَدًا

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,

18.Surah Al-Kahf (Verse 40) 

فَعَسَىٰ رَبِّي أَن يُؤْتِيَنِ خَيْرًا مِّن جَنَّتِكَ وَيُرْسِلَ عَلَيْهَا حُسْبَانًا مِّنَ السَّمَاءِ فَتُصْبِحَ صَعِيدًا زَلَقًا

Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.

18.Surah Al-Kahf (Verse 42) 

وَأُحِيطَ بِثَمَرِهِ فَأَصْبَحَ يُقَلِّبُ كَفَّيْهِ عَلَىٰ مَا أَنفَقَ فِيهَا وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا وَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُشْرِكْ بِرَبِّي أَحَدًا

Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"

18.Surah Al-Kahf (Verse 43) 

وَلَمْ تَكُن لَّهُ فِئَةٌ يَنصُرُونَهُ مِن دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مُنتَصِرًا

Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.

18.Surah Al-Kahf (Verse 44) 

هُنَالِكَ الْوَلَايَةُ لِلَّهِ الْحَقِّۚ هُوَ خَيْرٌ ثَوَابًا وَخَيْرٌ عُقْبًا

Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

HENDAKLAH KITA BERTAQWA KEPADA ALLAH DENGAN TIDAK SEKUTUKAN SESUATU DENGAN ALLAH...

DENGAN CARA SENTIASA BERPEGANG DENGAN TIDAK ADA DAYA NAK MELAKUKAN SEGALA KEBAIKAN DAN TIDAK ADA UPAYA NAK MENJAUHKAN SEGALA KEJAHATAN, MELAINKAN DENGAN DAYA DAN UPAYA ALLAH...

BAGAIMANA JALAN DAN CARA TANG PERLU DILAKUKAN UNTUK KITA SENTIASA BERPEGANG DENGAN KALIMAH TIDAK ADA DAYA MAK MENGERJAKAN SEGALA KEBAIKAN DAN TIDAK ADA UPAYA NAK MENJAUHKAN SEGSLA KEJAHATAN, MELAINKAN DENGAN DAYA DAN UPAYA ALLAH...

Juga kita boleh melakukan perintah Allah seperti didalam firmanNya

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 41)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang 
sebanyak-banyaknya;

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 42)
وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

25.Surah Al-Furqān (Verse 58)
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِۚ وَكَفَىٰ بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا

Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;

76.Surah Al-'Insān (Verse 25) 

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu, pada waktu pagi dan petang;


73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

CARA PERLAKSANAANNYA

Semasa sedang melaksanakan sesuatu kebaikan, tumpukan sepenuh kesedaran (sebulat-bulat tumpuan) kepada perbuatan yang sedang melakukan kebaikan itu, setelah kesedaran telah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada kebaikan yang sedang dilakukan, sebutlah Allah sebanyak-banyaknya...

Dengan melaksanakan cara yang telah diperintahkan oleh Allah didalam firmanNya seperti didalam surah Al-Muzzammil (Ayat 8 ) dengan tersendiri akan berlaku pengakuan yang sedang melakukan kebaikan yang sedang berlaku itu adalah daya Allah.

Begitu juga diketika sedang menjauhkan dari segala kejahatan, hendaklah keseluruhan kesedaran ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada perbuatan yang sedang menjauhkan dari segala kejahatan, setelah kesedaran telah dan sedang tertumpu dengan sebulat-bulat tumpuan kepada perbuatan yang sedang menjauhkan dari perbuatan jahat, didalam masa yang sama sebutlah Allah sebanyak-banyaknya tanpa putus....

Apabila menyebut Allah tanpa putus diketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada perbuatan yang sedang menjauhkan dari kejahatan, secara tersendiri akan berlakulah pengakuan bahawa upaya Allah lah yang sedang menjauhkan dari kejahatan itu...

JADI DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH YANG TERKANDUNG DIDALAM Surah Al-Muzzammil ayat 8 diketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada perbuatan yang sedang melakukan segala kebaikan dan kepada perbuatan yang sedang menjauhkan daripada segala kejahatan, dengan tersendiri atau secara automatik akan terhasillah

"TIDAK ADA DAYA NAK MELAKUKAN SEGSLA KEBAIKAN DAN TIDAK ADA UPAYA UNTUK MENJAUHKAN DARI SEGALA KEJAHATAN MELAINKAN DENGAN DAYA DAN UPAYA ALLAH JUA.."

No comments:

Post a Comment