Friday 12 June 2015

HILANGKAN KEBERADAAN DIRI SENDIRI, (BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI. Atau KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU)

HILANGKAN KEBERADAAN DIRI SENDIRI, (BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI. Atau KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU) 

BIAR YANG TINGGAL ALLAH YANG SEDANG MERASA KEBERADAAN ALLAH

FIRMAN ALLAH

4.Surah An-Nisā' (Verse 66)
وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِن دِيَارِكُم مَّا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌ مِّنْهُمْۖ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka: "Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu", nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan.

4.Surah An-Nisā' (Verse 67)
وَإِذًا لَّآتَيْنَاهُم مِّن لَّدُنَّا أَجْرًا عَظِيمًا

Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' (Verse 68)
وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا

Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.

FIRMAN ALLAH DIATAS MENYERU SUPAYA "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI", MAKSUDNYA JANGAN SEKALI-KALI MERASAKAN ADA DIRI SENDIRI...,

JABGAN KITA MERASAKAN ADA ALLAH YANG TELAH DITUNJUKKAN SEBAGAI TANDA-TANDA KENYATAAN ADA DAN KEKUASAAN ALLAH SEBAGAI ADA DIRI KITA SENDIRI

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)
وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96)
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

DARI KETERANGAN FIRMAN ALLAH SEPERTI DIATAS SUDAH LAHIR DIDALAM PENGETAHUAN KITA BAHAWA HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA, ADA YANG SEDANG KITA RASAKAN SEBAGAI ADANYA DIRI KITA SENDIRI SEBENARNYA ADALAH SIFAT ADA ALLAH YANG SEDANG DINYATAKAN DAN DINAMAKAN DENGAN NAMA KITA, 

KITA INI ADA PADA NAMA ATAU ADA PADA PANGGILAN YANG SEDANG MENERANGKAN AKAN ADA ALLAH, SETIAP NAMA PADA DIRI KITA ADALAH KETERANGAN YANG SEDANG MENERANGKAN TENTANG PENTAJALIAN ADANYA ALLAH..

DIRI KITA TIDAK MEMPUNYAI SIFAT ADA SENDIRI TETAPI SEDANG MENYATAKAN AKAN SIFAT ADA ALLAH ITU SENDIRI...

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 85) 

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

MELAINKAN SEDIKIT SAHAJA ILMU PENGETAHUAN YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA KITA...

TETAPI SETIAP DARI BADAN DIRI KITA SENDIRI AKAN MERASAKAN PENTAJALIAN ALLAH YANG SEDANG DINYATAKAN DENGAN NAMA KITA ITU ADALAH ADANYA DIRI KITA SENDIRI, SETIAP BADAN DIRI KITA MASING-MASING AKAN MERASAKAN ADA ALLAH YANG SEDANG DITAJALLIKAN UNTUK MENERANGKAN AKAN KEBERADAAN ALLAH YANG TELAH DIBERIKAN DENGAN PELBAGAI NAMA ITU ADALAH ADA DIRI KITA SENDIRI DAN ADA SESUATU SELAIN DARI ALLAH..

KEADAAN SEPERTI INILAH YANG DIISTILAHKAN PERBUATAN SYIRIK IAITU MENYAMAKAN SIFAT SESUATU SELAIN DARI ALLAH DENGAN SIFAT ALLAH...

KEADAAN YANG SEDANG MERASAKAN DIRI SENDIRI ADA (ADA DIRI KITA SENDIRI), INILAH YANG DIISTILAHLAN SEBAGAI HAWA NAFSU....

Firman Allah

25.Surah Al-Furqān (Verse 43)
أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: 
tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

Sesiapa sahaja yang sedang merasakan ada diri sendiri, sebenarnya telah meletakkan sifat yang wajib kepada Allah kepada diri sendiri yang sedang dirasakan ada.

Allah telah memberikan peringatan kepada orang yang sedang merasakan ada Allah yang telah dinyatakan untuk menunjukkan sifat adanya Allah, sebagai adanya diri sendiri didalam firmanNya

21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)
وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

Dan sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

APABILA KITA SEDANG BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG MERASAKAN ADA ALLAH SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI, 

Bermakna kita sedang bertuhanlan kepada hawa nafsu sendiri, sifat ada yang sedang dirasakan itu sebenarnya sifat tuhan (ALLAH)..

Oleh kerana kita sedang merasakan sifat tuhan (ALLAH) sebagai sifat diri kita sendiri, secara tidak disedari (tersembunyi lagi tersembunyi), kita telah menganggap diri kita yang sedang dirasakan ada itu sebagai tuhan selain dari Allah, kerana ada itu sebenarnya sifat Allah (tuhan)....

SETIAP BADAN DIRI SENDIRI AKAN BERADA DIDALAM SITUASI INI, 

SEDANG BERADA DIDALAM SITUASI SEPERTI INI IAITU SEDANG MERASA ADA ALLAH YANG SEDANG DIRASAKAN SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI.

SEBENARNYA KEADAAN INI SEDANG BERADA DIDALAM KEADAAN MENDUAKAN ALLAH PADA SIFATNYA... ALLAH ADA DAN ADA SESUATU SELAIN DARI ALLAH IAITU DIRI KITA...

UNTUK SENTIASA BERSIH DARI SYIRIK....

ALLAH TELAH MEMBERIKAN PENJELASAN DIDALAM FIRMANNYA

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Untuk bersih dari sebarang syirik Allah telah memberikan penjelasan didalam Al-QURAN dengan pelbagai jalan dan cara yang boleh dan mesti dilakukan oleh setiap badan diri sendiri...

JADI SUDAH MENJADI TUGAS WAJIB KEATAS SETIAP BADAN DIRI SENDIRI MENCARI JALAN DAN CARA SEPERTI YANG TELAH ALLAH MEMBERIKAN PENJELASANNYA DI DI DALAM AL-QURAN DAN MENEMPUHI ATAU MELAKUKAN SENDIRI JALAN DAN CARA SEPERTI YANG TELAH ALLAH MEMPERJELASKAN ITU...

ALLAH MEMERINTAHKAN SEPERTI DIDALAM FIRMANNYA

4.Surah An-Nisā' (Verse 66)
وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِن دِيَارِكُم مَّا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌ مِّنْهُمْۖ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka: "Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu", nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan.

INI APA YANG TELAH DIPERINTAHKAN, JALAN DAN CARA UNTUK MELAKUKAN PERINTAH INI BAGAIMANA?...


MENGAKU-NGAKU ADA ALLAH YANG SEDANG DIRASAKAN SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI ITU ADALAH ADA ALLAH TIDAK AKAN MENGHILANGKAN RASA ADA DIRI SENDIRI YANG SEDANG DIRASAKAN ITU...

DIDALAM RASA PERASAAN YANG SEDANG DIRASAKAN DIDALAM DIRI SENDIRI YANG TELAH DIRASAKAN ADA, TELAH KUKUH RASA ADA DIRI SENDIRI SEHINGGAKAN TIDAK DAPAT MERASAKAN ADA ALLAH..

KITA CUMA TAHU BAHAWA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA, SESUATU SELAIN DARI ALLAH TERMASUK DIRI KITA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA..

MELALUI ILMU PENGETAHUAN INI, KITA TAHU BAHAWA ADA YANG SEDANG DIRASAI SEBAGAI ADA DIRI KITA ITU SEBENARNYA ADA ALLAH YANG SEDANG DITAJALLIKAN, TETAPI TELAH DIBERI NAMA DENGAN NAMA SELAIN DARI ALLAH...

KITA TAHU NAMA SELAIN DARI ALLAH ITU SEBENARNYA SEBAGAI TANDA SEDANG MENYATAKAN ADA ALLAH.. TETAPI DIDALAM RASA PERASAAN KITA MASIH LAGI SEDANG MERASAKAN KEBERADAAN DIRI KITA SENDIRI..

WALAUPUN KITA SUDAH TAHU DAN MENGAKU-NGAKU ADA ALLAH YANG SEDANG DIRASAKAN SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI ITU, ITULAH SEBENARNYA ADA ALLAH, TETAP RASA ADA ALLAH YANG SEDANG DIRASAKAN SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI TIDAK BOLEH HILANG DARI RASA PERASAAN YANG SEDANG DIRASAI...

PADA ILMU PENGETAHUAN SUDAH DIKETAHUI, TETAPI DIDALAM RASA PERASAAN TETAP MASIH MERASAKAN ADA DIRI SENDIRI LAGI...

JIKA KITA TERUSKAN MENGAKU-NGAKU ADA ALLAH YANG SEDANG DIRASAKAN SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI ITU, ITULAH ADA ALLAH, LAMA KELAMAAN AKAN TIMBUL SANGKAAN ILMU PENGETAHUAN YANG DIKETAHUI  ITULAH (ADA ALLAH YANG SEDANG DISANGKA SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI ITULAH SEBANARNYA ADA ALLAH).. YELAH DIJADIKAN PEGANGAN DAN IKTIQAD TAUHID KITA...

KEADAAN INI TELAH DIPERJELASKAN DIDALAM FIRMAN ALLAH

10.Surah Yūnus (Verse 36)
وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّاۚ إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًاۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

10.Surah Yūnus (Verse 66)
أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِۗ وَمَا يَتَّبِعُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ شُرَكَاءَۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.

53.Surah An-Najm (Verse 28)
وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

SEBENARNYA UNTUK BERPEGANG DENGAN PEGANGAN DAN IKTIQAD TAUHID ALLAH TELAH BERFIRMAN

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Jadi seseorang yang sudah berpegang dengan pegangan dan iktiqad tauhid, sudah tentu dia telah menjalani salah satu jalan dan cara dari pelbagai jalan dan cara yang telah diberikan penjelasan oleh Allah didalam Al-QURAN....

Jika kita sekadar mengaku-mengaku dan berkata berdasarkan kepada ilmu pengetahuan yang dipelajari dan diketahui tanpa melakukan sendiri salah satu jalan dan cara seperti yang telah diberikan penjelasan oleh Allah didalam Al-Quran, kita juga telah diberikan oleh Allah seperti didalam firmanNya.....

61.Surah Aş-Şaf (Verse 2)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

61.Surah Aş-Şaf (Verse 3)
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG SUDAH MENDAPAT HIDAYAH SPAI KEPADA ALLAH YANG SEDANG MERASA ADA ALLAH (AKU KENAL TUHAN AKU DENGAN TUHAN AKU, HANYA ALLAH YANG MENGENAL ALLAH)...

Diharap tuan-tuan dan puan-puan dapat menghuraikan jalan dan cara yang telah dilakukan serta pengalaman-pengalaman yang dalui didalam perjalanan tersebut, supaya kami disini boleh mengikuti dan menjalani kalan dan cara tersebut....

Yang sudah tentu sesiapa sahaja yang mejalani jalsn dan cara yang telah dilakukan sendiri oleh orang yang telah mendapat hidayah sampai kepada Allah sedang mengenal Allah akan sampai sepertimana mereka sampai...

No comments:

Post a Comment