Tuesday 24 December 2013

Bayi Tidak Berdosa

Bayi Tidak Berdosa...

Barang siapa telah mati sebelum mati, maka kenallah Allah, 

Barang siapa telah mati sebelum mati, itulah berserah diri kepada Allah.

Barang siapa telah mati sebelum mati, dan tetap dengannya, tidak lagi sekejap rasa mati, sekejap rasa hidup... (Tidak lagi berbolak balik)... Itulah iman namanya.

Barang siapa telah mati sebelum mati, tetap dengannya, dan mematikan sekalian Alam seperti matinya diri yang dianggap sebagai diri sendiri itulah ikhsan namanya...

Iman islam dan ikhsan adalah merupakan peningkatan dari satu peringkat kesatu peringkat..

Sepertinya kita sebagai seorang pekerja, bila rajin bekerja dan berdidikasi akan dinaikkan pangkat...

Pangkat dia yang naik tapi kerja dia macam tu juga.. Jadi iman itu adalah pangkat yang Allah bagi kepada orang sentiasa berserah diri kepada Allah (orang yang telah mati sebelum mati)

Tugas kita adalah mencari jalan mati yang tersembunyi disebalik batang tubuh setiap daripada kita...

Ianya sememangnya satu jalan, jalan lurus kata tuhan..

Sememangnya lurus tiada bengkok-bengkok lagi, telah pun tersedia kepada setiap orang daripada kita... Tidak seorangpun yang Allah tidak sediakan jalan ini...

Dari jalan yang satu dan lurus ini juga kita telah datang dari Allah dan melalui jalan ini juga kita akan kembali kepada Allah...

Jalan ini telahpun tersedia sejak kita keluar dari perut ibu kita, semasa bayi kita semua telah melaluinya, tanpa lupa pada jalan ini, tetapi setelah berakal kita semua telah mula lupa kepada jalan ini...

Ketika semasa bayi, sebelum lagi kita berakal, dengan sebab kita berada dan berjalan pada jalan ini, Allah tidak mengenakan dosa kepada kita ..

Saya teringat kepada sabda nabi yang membawa maksud pada fahaman saya " diakhir zaman, orang-orang yang menganut ugama islam akan berpecah kepada 73 golongan, hanya satu golongan daripada 73 golongan ini yang telah diterima oleh Allah tanpa perlu di hisab"

Saya teringat semasa saya belajar ugama ketika masih remaja dulu, guru sata menerangkan bayi dan kanak-kanak yang belum berakal tidak berdosa.....

Apakah amalan bayi dan kanak-kanak yang belum berakal yang menyebabkan mereka tidak berdosa...?

Saya juga teringat kepada seruan nabi saw didalam hadisnya yang lebih kirang maksudnya "Tuntunlah ilmu dari bayi didalam buaian sehingga kepada manyat didalam kuburan"....

Apakah sebenarnya ilmu yang ada dipakai oleh bayi didalam buaian sehingga dia tidak dikenakan dosa...?


No comments:

Post a Comment