Monday 16 December 2013

ROH URUSAN TUHAN

ROH URUSAN TUHAN

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 85)
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Allah telah memberitahu bahawa roh adalah urusanNya, 

Tidak perlu mempersoalkan lagi dengan kepelbagaian soalan sebab itu adalah kenyataan Allah sendiri..

Tujuan Allah memberitahu kepada kita yang roh itu adalah Urusan Allah supaya kita tidak bertuhan kepada roh itu.

Roh adalah sifat ketuhanan, sifat ketuhanan adalah milik Allah, Hanya Allah yang bersifat dengan segala sifat ketuhanan, inilah maksudnya Roh urusan Allah..  

Jangan sekali-kali terhenti hanya kepada roh sehingga sampai bertuhankan kepada roh..  Kerana pada roh itu ada segala sifat ketuhanan...

Lihat, saksikan dan Akuilah segala sifat ketuhanan yang ada pada ruh adalah sifat Allah...  Roh itu adalah sifat Allah

Insan itu rahsia Aku, Aku Rahsia Insan, rahsia itu sifat Aku,  sifat Aku bukan lain daripada aku...

No comments:

Post a Comment