Monday 16 December 2013

HULUL DAN ITTIHAD

HULUL DAN ITTIHAD

ittihad (penyatuan hamba dengan tuhan) dan hulul (masuk atau bertempatnya tuhan dalam tubuh hambanya)

Kedua-dua perkara merujuk kepada untuk menerangkan tentang keEsaan Allah...

Sebenarnya tidak satu istilah pun yang boleh digunakan untuk menerangkan  akan keadaan ini..

Kita tahu bahawa yang bersifat ada atau wujud hanya Allah sahaja selain dari Allah sebenarnya binasa, fana' atau tidak ada..


28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)
وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua 
dikembalikan.

55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 26)
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 27)
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

Sebenarnya perkataan Allah digunakan untuk menerangkan keadaan keesaan zat, sifat, nama dan perbuatan Allah...

Apabila Allah mentajalikan, menzahirkan atau menunjukkan dirinya sendiri dalam bentuk wujud, sifat, asma' dan afa'alNya, 

Sebenarnya Allah sedang menerangkan keadaan wujud, sifat, nama dan perbuatannya kepada diriNya sendiri yang dipanggil dengan kepelbagaian nama yang menjurus kepada makhlok...

Diri kita tidak ada ujud sendiri, wujud, sifat, nama dan perbuatan Allah yang ternyata zahir dan batin pada badan diri adalah tanda-tanda atau ayat-ayat yang sedang menerangkan tentang wujud, sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri tetapi kita yang mengaku segala ujud, sifat, nama dan perbuatan yang Allah sedang tunjukkan itu sebagai ujud kita dan selain dari Allah.... 

Apabila kita mengaku sedemikian rupa maka apabila disebut perkataan ittihad akan membawa makna penyatuan hamba dengan tuhan,  dan hulul pula akan menjurus kepada makna masuk atau bertempatnya tuhan dalam tubuh hambanya. 

Sebenarnya perkaraan hulul dan ittihad ini memberi makna hanya Allah sahaja yang bersifat dengan sifat tuhan.  Hanya Allah sahaja yang bersifat dengan sifat yang wajib bagiNya, 

Membawa makna bahawa segala ujud, sifat, nama dan perbuatan yang dinyatakan sebagai ayat-ayat dan tanda-tanda kewujudan dan kekuasaan Allah yang dipanggil dengan kepelbagaian nama adalah wujud, sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri, bukan menerangkan ujud, sifat, nama dan perbuatan selain dari Allah dan diri kita..

Kita sahaja yang mengaku dan menganggap bahawa segala wujud, sifat, nama dan perbuatan Allah sebagai ujud, sifat, nama dan perbuatan diri kita sendiri dan ujud, sifat, nama dan perbuatan selain dari Allah

Sebenarnya Ittihad dan Hulul adalah merupakan larangan supaya kita tidak lagi mengaku dan menganggap yang wujud, sifat, nama dan perbuatan Allah yang sedang ditunjukkan sebagai ayat-ayat dan tanda-tanda kewujudan dan kekuasaannya sebagai ujud, sifat, nama dan perbuatan diri sendiri dan selain dari Allah...


51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)
وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

No comments:

Post a Comment