Wednesday 14 March 2012

Ahmad Muhammad Alhamdu

Ahmad Muhamad Al-Hamdu

dalam setiap tarikan nafas kehidupan ..
dalam setiap detak nadi dan jantung ..
dalam setiap gelombang suara yang tersentuh telinga ..
dalam setiap pancaran cahaya yang membiaskan objek bagi mata ..
dan juga .. dalam setiap alunan getar lidah dan bibir dalam menyulam kalimat ..

AL FATIHAH ...

Memahami alam semesta cukup dengan memahami Kitab kebenaran,
dan memahami kitab kebenaran cukuplah dengan memahami Al-Qur'an,
dan memahami Al-Qur'an cukuplah dengan memahami Al-Fatihah,
dan memahami Al-Fatihah di mulai dengan memahami Baitullah yang tempatnya adalah di Qalbu yang ada dalam diri ..

Awalnya engkau tidak memahami apa-apa dengan kata Biss, lalu disana ada Huruf Mim yang menyambung pada kata Allah dan jadilah :

بِسْمِ اللَّهِ

Awalnya adalah engkau terpisah seperti terpisahnya titik yang di bawa huruf BA',namun di penghujung ketika engkau memahami kebenaran dan melebur menjadi kebenaran,engkau berada di dalam cawan huruf BA' dan BA' telah menjadi NUN pada penghujung ayat ini yakni :

وَلَا الضَّالِّينَ

Tujuh ayat di dalam Surah Al-Fatihah adalah menggambarkan tujuh lapis langit,tujuh lapis bumi,tujuh kali tawaf,dan yang utama adalah tujuh hijab yang ada dalam diri yang menghalangi jiwamu untuk menemukan Zat Allah atau Nur Ilahi .. Apakah itu Nur ? .. Inilah kandungan utama Kebenaran yang dijelaskan ayat demi ayat dalam Surah Al Fatihah ...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Ketika engkau telah memahami dengan kesadaran yang hakiki tentang Baitullah yang ada di dalam dirimu maka itu adalah hakikat huruf pertama pada ayat pertama (BA'),sehingga engkau disambungkan dengan huruf MIM yang bermakna ma'rifat (mengenal) Allah Hurrahman Nirrahim .. Dia lah yang ada di dalam dirimu yang kedekatanNya melebihi dekatnya urat lehermu,Dia lah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ...

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Jika engkau telah sedar,maka pujilah Dia dengan kesadaranmu,Dia lah yang meliputi sekaligus menguasai alam semesta .. makna puji adalah bukan semata ungkapan kalimat asma' ulhusnah,tapi lebih dari itu iaitu engkau terbangun jiwamu dalam kesadaran ber Tuhan .. olehnya engkau mengerti kerana mengalami .. apa pun lakon hidupmu semuanya bermakna pujian kepada Tuhan ...

الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Jiwa yang telah terbangun kesadaran,kini memasuki kesadaran lebih dalam lagi iaitu kesadaran RASA .. kesadaran rasa adalah mekar dari esensi cinta yang sesungguhnya,cinta adalah refleksi dari energi Kasih dan Sayang dari Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,semuanya mengalir dari dalam dirimu ...

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Akhirnya engkau menyerahkan segala urusan hidupmu kepada-Nya lantaran sadar jika Dia lah yang menguasai keseluruhan kehidupanmu,termasuk hari-harimu yang kini dan yang akan datang juga pada hari penentuan akan segala amal perbuatan (hari pembalasan) ..

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Rasa yang mengalir dalam cinta darimu kepada-Nya begitu juga sebaliknya adalah tahap yang engkau capai ketika engkau telah memasrahkan segala kepada-Nya .. engkau menyembah Nya kerana cinta bukan lantaran ketakutan akan gambaran neraka dan siksa kubur .. sembahmu mengalir dalam setiap irama nafas juga detak nadimu .. engkau sadar dalam kesadaran .. apapun yang engkau lakukan engkau merasa bukanlah engkau yang melakukan,tetapi semuanya adalah Dia adanya ..segala kerana pertolongan-Nya ....

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Dalam setiap irama hidup,engkau selalu memohon kepada-Nya agar sentiasa terbimbing dan menuju ke jalan yang benar .. pertolongan di sini akan mengalir dalam segala ilmu dari semua pengetahuan yang ada .. sehingga engkau menatap disetiap tapak pengetahuan dan menuju kepada pengetahuan tentang keabadian .. dan engkau juga mengerti tentang jalan yang benar iaitu ke FANA an yang sejati di mana dirimu telah hilang dari segala perhubungan selain Dia ... selanjutnya menuju Dia dan melebur dalam Dia .. itulah Tauhid yang sesungguhnya ....

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Tauhid yang engkau harapkan adalah sebuah kurnia yang telah Dia berikan kepada para kekasih-Nya yang terdahulu .. dan engkau juga telah menjadi kekasih-Nya .. engkau telah menemukan sebuah titik sejati dari makna kebenaran ... dan itulah makna huruf NUN (Nur) di penghujung ayat terakhir surah Al-Fatihah ...

AMALAN SURAH AL-FATIHAH
:::::::::::::::::::::::::::::::::

(1) MAKRIFATKAN AYAT DIBAWAH PADA TITIK MAQAM YG TERLETAK PADA 2 JARI DIBAWAH PUTING PAYUDARA SEBELAH KIRI:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(2) MAKRIFATKAN AYAT DIBAWAH PADA TITIK MAQAM YG TERLETAK 2 JARI DIBAWAH PUTING PAYUDARA SEBELAH KANAN:
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam

(3) MAKRIFATKAN AYAT DIBAWAH PADA TITIK MAQAM YG TERLETAK 2 JARI DIATAS PUTING PAYUDARA SEBELAH KIRI:
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

.(4) MAKRIFATKAN AYAT DIBAWAH PADA TITIK MAQAM YG TERLETAK 2JARI DIATAS PUTING PAYUDARA SEBELAH KANAN:
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan

(5) MAKRIFATKAN AYAT DIBAWAH PADA TITIK MAQAM YG TERLETAK PADA TENGAH DADA:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan

(6) MAKRIFATKAN AYAT DIBAWAH PADA TITIK MAQAM YANG TERLETAK PADA TENGAH DAHI DIANTARA DUA KENING:.
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus

(7) MAKRIFATKAN AYAT DIBAWAH PADA TITIK MAQAM YANG TERLETAK PADA BAWAH PUSAT & APABILA SAMPAI PADA AYAT DHOOLIIN, HENDAKLAH DIMAKRIFATKAN KE SELURUH ANGGOTA KITA BERMULA IKUT LAWAN JAM NAIK KEATAS DAN TURUN SEMULA KEBAWAH MELIPUTI SELURUH ANGGOTA.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni`mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Suratul Fatihah.
Al-Fatihah dibaca untuk mendapat barakah Allah di awal majlis, Al-Fatihah juga disedeqahkan kepada orang yang pergi meninggalkan kita. Namun, terdapat banyak fadhilat dan rahsia sunnatullah dalam ummul kitab itu.
antaranya yang akan dibincangkan di bawah.
Rahsia SURAH AL-FATIHAH.
1. Untuk membuat seseorang (suami/isteri, anak-anak) agar senantiasa mengingati kita.
* Bacalah Surah Al-Fatihah 14 kali sebelum tidur malam.
2. Untuk penyakit yang agak tenat.
* Baca Surah Al-Fatihah 41 kali dan tiup ke dalam air. Minum dan buat mandi dengan menggunakan air tersebut.
3. Untuk penyakit mental.
* Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala orang tersebut
pada waktu pagi dan pada waktu malam, setiap hari tanpa jemu.
4. Bila di dalam kesakitan yang amat sangat,
* Baca Surah Al-Fatihah 3 kali dan tiup ke dalam gelas berisi air dan minum.
Kemudian baca Surah Al-Fatihah sambil menggosok di bahagian yang
sakit itu.
5. Untuk bayi yang selalu menangis terutama pada waktu malam.
* Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala bayi itu.
6. Untuk kecederaan seperti luka, disengat lebah, berdarah, jari tersepit pintu.
* Baca Surah Al-Fatihah 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan ambil air liur dari
“langit-langit” dan sapu pada bahagian yang cedera itu.
INSYA’ ALLAH perkara-perkara yang disebutkan di atas berkesan dengan
beberapa syarat:
* Percaya dan yakin bahawa Surah Al-Fatihah adalah “penawar” yang terbaik
untuk segala-segalanya.
* Baca Surah Al-Fatihah dengan khusyuk.
* Tawakal kepada Allah.
* Guna Surah ini hanya untuk niat yang baik.
Fatihah Seribu Faedah
Sesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:
i) Meminta pangkat melainkan ia dapat
ii)Ia miskin melainkan jadi kaya
iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.
v) Ia lemah melainkan dikuatkan.
vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.
Fatihah Mengembalikan Pangkat
Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula:
Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN.
Fatihah Mendapat Zuriat
Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.
Fatihah Sakit Mata
Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Fatihah dengan niat meminta:
i) Sembuh penyakit matanya
ii) Pulih pandangannya.
iii) Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan sembuh penyakit mata itu.
Fatihah Di atas Kapas
Sesiapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin
Allah.
Wirid Fatihah
Sesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia:
i) Dimurahkan rezekinya
ii) Diperbaiki hal ehwalnya
iii) Dibersihkan hatinya
iv) Diangkat darjatnya
v) Dimudahkan pekerjaannya
vi) Dilepaskan ia dari dukacita
vii) Dijauhkan dari mudharat
viii) Diberi ia kerajinan dan semangat
ix) Tidak kecewa
tak) Jauh dari hasutan syaitan
xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan
Dinding Dimasa Tidur
Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:
Qul Huwallah Hu Ahad - 3 kali
Qul A’uzubirabbil falaq - 1 kali
Qul A’uzubirabbin Nas - 1 kali
Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur.
sebaik-baik penawar ialah ayat alquran.Namun, berhati-hatilah membaca Al-Fatihah kerana sekiranya salah membacanya maka rosaklah Al-Fatihah itu.
Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)
sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu)
sepatutnya Iyya. Iya bermaksud
‘matahari’
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya
akan bermaksud “kepada
mataharilah yang kami sembah dan
kepada matahari kami meminta
pertolongan”!!!!
7) SIROTHOLLAZI…………. sehingga
habis hendaklah dibaca
tanpa
henti.
AMIN .hendaklah mengaminkan Al- Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat InsyaAllah.
semoga kita menjadiorang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Al Fatihah juga boleh dibaca semerta untuk hal-hal seperti meredakan kemarahan seseorang. Niatkan dalam hati untuk sedeqahkan surah itu kepada orang tersebut dan berdoa dengan Allah agar menghilangkan kemarahannya. bacalah Al Fatihah dengan ikhlas, insyaallah orang tersebut tidak marah lagi.
Begitu juga jika mahu suami atau anak ingat dan rindukan kita, sedeqahkanlah surah al-fatihah itu dengan ikhlas atas namanya dan pohon dengan Allah agar dimasukkan rindu dalam ingatan mereka kepada kita.
mudah-mudahan hubungan anak dan ibu serta suami dan isteri semakin kukuh, walaupun begitu, ayatul quran bukanlah digunakan untuk tujuan yang bertentangan dengan syarak .

No comments:

Post a Comment