Friday 23 March 2012

ILMU IFTIQAR

ILMU IFTIQAR

TUMPUKAN FIKIRAN ANDA PADA BAB ILMU INI SEPENUHNYA JIKA ANDA MAHU MENGENAL DIRI ANDA!

Mengenal diri pada kali ini kita paparkan pula ilmu IFTIQAR, ilmu ini tersangat luas kefahamannya sehingga ia melibatkan keilmuan sains jika kita huraikan dengan luas dan ia boleh di jadikan bahan untuk kajian ilmiah, istilah IFTIQAR ini telah di perkenalkan oleh ulama ilmu ketuhanan pada zaman dahulu untuk kita mengetahui tentang diri kita (mengenal diri) dan perhubungan diri kita dengan Tuhan

IFTIQAR bermaksud berkehendak sekalian makhluk kepada Tuhan, yang di maksudkan makhluk itu ialah apa juga yang hidup bernyawa atau tidak mempunyai fitrah nyawa kepada Tuhan, dan makhluk itu bermaksud alam yang baharu, ertinya apa juga yang di cipta oleh Tuhan termasuklah manusia, adapun alam itu ialah:

1. Alam Ulwi, iaitu alam yang tinggi seumpama Qalam, Kursyi, Arsy Lauh Mahfuz dan lain-lain alam yang belum lagi manusia mampu sampai dan menyelidikinya dan banyak lagi alam yang tidak di ketahui oleh manusia

2. Alam Sufli, iaitu alam peringkat bawah termasuklah planet bumi ini dan planet yang di bawah peraturan Al Quran, alam Sufli ini kita bahagikan kepada empat bahagian yang perlu kita kaji seboleh mungkin yang termampu, alam itu ialah :

a. Alam Jamaat, iaitu alam (makhluk) yang membeku dan cair serta boleh berkembang seperti benda cecair, batu, benda-benda padat, air, gas dan lain-lainnya

2. Alam Nami, iaitu alam (makhluk) yang berupa tumbuhan yang dapat berkembang biak seperti tumbuhan dan tanaman

3. Alam Haiwan, iaitu alam (makhluk) haiwan di darat dan lautan serta udara yang hidup bernafas dan bernafsu tapi tidak boleh berfikir.

4. Alam insan, iaitu alam (makhluk) yang bernyawa dan bernafas serta berakal, boleh berikhtiar dan berfikir serta boleh bergerak.


Semua alam-alam yang tersebut di atas berkehendakkan kepada Tuhan dan beribadat kepada Tuhan dengan cara yang telah di fitrahkan oleh Allah s.w.t kepada mereka, kita tidak akan membincangkan alam haiwan, Nami dan alam Jamaat dalam bab ilmu IFTIQAR ini secara menyeluruh akan tetapi kita akan mempelajari alam Insan secara menyeluruh supaya kita dapat mengenal diri kita dan perhubungannya dengan Tuhan.

Perlu di ingat bahawa alam yang nyata ini terbahagi kepda dua bahagian pula iaitu alam yang nyata dan alam yang ghaib yang kedua-dua ini bersatu untuk alam ini hidup bermakna dan berfungsi, tanpa alam yang ghaib maka alam yang nyata tidak bermakna apa-apa, seumpama manusia yang mengandungi yang zahir dan yang batin.

Telah di tetapkan bahawa ilmu IFTIQAR itu mengandungi sejumlah 9 sifat, kesembilan sifat-sifat ini menunjukkan fungsi kehidupan manusia sehingga dapat melakukan pengabdian diri manusia kepada Allah s.w.t sifat-sifat itu ialah:

1. Qudrat bermaksud berkuasa
2. Iradat bermaksud berkehendak
3. Ilmu bermaksud mengetahui
4. Hayat bermaksud hidup
5. Qadirun bermaksud Yang Maha Berkuasa
6. Maridun bermaksud Yang Maha Berkehendak
7. 'Alimun bermaksud Yang Maha Mengetahui
8. Hayyun bermaksud Yang Maha Hidup
9. WAHDANIYAH bermaksud Ke Esaan Tuhan.

Pada senarai 9 sifat di atas kita dapati 4 sifat yang terdiri dari sifat maani, 4 sifat maanawiyah dan satu sifat Salbiyah, ertinya 4 sifat makhluk (maani) 4 sifat Kebesaran Tuhan (Maanawiyah) dan satu sifat Keagungan Tuhan, kesemuanya 9 sifat, ini bererti sifat hamba ialah dari senarai1 hingga 4, sifat Kebesaran Tuhan ialah dari senarai 5 hingga 8 dan sifat Keagungan Tuhan pada senarai nombor 9Pada senarai sifat IFTIQAR di atas terdapat 4 sifat makhluk iaitu sifat 1 hingga 4 dan sifat Tuhan sebanyak 5 iaitu sifat pada senarai 5 hingga 9, ini bererti bahawa sifat IFTIQAR itu adalah sifat yang mengandungi sifat-sifat yang beserta di antara hamba dengan Tuhannya dengan maksud LAZIM MELAZIMI (bererti tidak bercerai akan tetapi tidak bersekutu)ertinya sifat IFTIQAR ini terbahagi kepada 2 bahagian dengan nama yang berlainan iaitu:

Sifat makhluk yang terdiri dari senarai 1 hingga 4 itu di namakan sifat QAHAR (sifat memaksa makhluk atau sifat kekerasan) sementara sifat pada senarai 5 hingga 9 itu di namakan sifatKAMAL (sifat kesempurnaan atau sempurna) ini juga bererti bahawa sifat QAHAR itu adalah sifat makhluk yang di paksa atau dikuasai oleh Allah sementara sifat KAMAL yang menguasai atau menakluk, dengan demikian barulah sifat QAHAR itu menjadi sempurna atau berfungsi, ertinya INSAN KAMIL (Sifat Qahar adalah Insan dan sifat Kamal adalah Kamil)

Sambungan ilmu iftiqar dalam bentuk soal dan jawab

Soalan:
Dalam senarai sifat Iftiqar yang 9 itu terdapat sifat Makhluk dan sifat Allah Apakah sifat makhluk dan apakah sifat Allah ?

Jawapan:
Yang di maksudkan sifat makhluk ialah sifat QAHAR dan yang di maksudkan sifat Allah ialah sifat KAMAL

Soalan:
Boleh atau tidak kita katakan bahawa sifat QAHAR itu berkehendakkan kepada sifat KAMAL, dan sifat QAHAR dan sifat KAMAL daripada jenis apa ?

Jawapan:
Benar, sifat QAHAR berkehendakkan kepada sifat KAMAL dan sifat QAHAR itu dari jenis sifat Maani (berdiri sifat pada Zat) dan sifat KAMAL itu dari jenis sifat Maanawiyah dan Salbiyah (Zat yang di ujudkan oleh Allah dan Zat yang ujud tiada oleh satu sebab)

Soalan:
Apakah bentuk sifat QAHAR tersebut ?

Jawapan:
Adapun bentuk sifat QAHAR itu ialah berbentuk ROH atau Kerohanian, dari sifat Qudrat menjadi Roh, dari sifat Iradat menjadi Nafsu, dari sifat Ilmu menjadi Akal dan dari sifat Hayat menjadi Nyawa atau Nafas, dan apabila ke empat jenis Roh ini bersatu maka ia di namakan ROHANI iaitu manusia batin

Soalan:
Daripada apakah ROHANI itu di jadikan oleh Allah ?

Jawapan:
Rohani di jadikan oleh Allah daripada cahayaNya (Nurullah) sebab itu secara jamaknya kita katakan bahawa Rohani itu daripada Allah (kamu daripada Allah dan akan di kembalikan kepada Allah)

Soalan:
Adakah ROHANI itu di jadikan oleh Allah terdahulu daripada jasad manusia dan adakah ia di katakan awal makhluk ?

Jawapan:
ROHANI memang di jadikan oleh Allah terdahulu daripada jasad manusia, dan tentang awal makhluk ini ada pandangan ulamak ilmu Ketuhanan yang mengatakan bahawa awal makhluk yang di jadikan Tuhan ialah NurNya, ada pula yang mengatakan RohNya, ada pula yang mengatakan QalamNya, ada pula yang mengatakan Akal, namun walau apapun ke empat empat makhluk itu pada dasarnya di katakan Hakikatul Muhammadiyah

Soalan:
Apakah yang di maksudkan Hakikatul Muhammadiyah itu ?

Jawapan:
Yang di maksudkan Hakikatul Muhammadiyah itu ialah manusia batin iaitu Rohani manusia yang di lengkapkan oleh Allah besertanya Qarin dan Malaikat, Qarin dari jenis Jin dan Malaikat dari jenis Hafazo yang menjadi kembar manusia batin itu, mungkin untuk menguji dan menjaga manusia, ertinya ada yang menguji (mengacau) manusia dan ada yang menjadi memelihara manusia

Soalan:
Selepas Rohani di jadika Tuhan, Di manakah Rohani itu di tempatkan ?

Jawapan:
Rohani di tempatkan oleh Allah di suatu tempat yang di namakan alam ROH di alam Ulwi, iaitu alam di planet atas, yang mana planet ini tidak termasuk planet keluarga bumi, ketika zaman ini asal jasmani manusia belum lagi di jadikan oleh Tuhan, ertinya Adam belum lagi di cipta Tuhan sila rujuk zaman yang di sebut oleh Al Insan ayat 1
76.Surah Al-'Insān (Verse 1)
هَلْ أَتَىٰ عَلَى الْإِنسَانِ حِينٌ مِّنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُن شَيْئًا مَّذْكُورًا

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar),
sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang
disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?.

Setelah sekalian Rohani di tempatkan di alam ROH maka Allah jadikan makhluk dari jenis Malaikat dan Jin yang anasirnya daripada cahaya dan pucuk api, ertinya Allah jadikan makhluk dari jenis yang ghaib dahulu, demikian juga dengan makhluk ghaib kepada haiwan yang Allah jadikan daripada Nur haiwani, selepas itu barulah Allah jadikan pula makhluk yang dapat di lihat yang Allah jadikan pula daripada anasir tanah Nurani, Air Nurani, Angin Nurani dan Api Nurul Adhom, ertinya makhluk yang nyata juga Allah jadikan daripada Nur juga sebagai asasnya

Adapun istilah yang sangat mashur yang menjadi kajian oleh para kajian keilmuan sekarang seperti Atom, Molikul, Elektron, proton, Neutron, ion, zarah-zarah, Hidrogen, Nitrogen, Oksigen Fluorin dan sebagainya adalah berasal daripada empat anasir tersebut di atas, demikian juga dengan warna-warna yang dapat di lihat dengan nyata

Soalan:
Apabila Rohani di tempatkan di alam ROH , Adakah ia beribadat ?

Jawab:
Rohani di alam Roh belum lagi di tugaskan beribadat

Soalan:
Adakah Rohani di alam ROH itu adalah Rohani yang ada di dalam jasad kita sekarang ?

Jawab:
Benar, Rohani yang berada di alam ROH itu adalah di antara Rohani yang terdapat di dalam jasmani kita sekarang

Soalan:
Jika demikian Rohani kita itu sudah berusia beribu tahun ?

Jawapan:
Benar Rohani yang berada di dalam jasad kita sudah beribu tahun umurnya dan kita sebenarnya sudah hidup beribu tahun

Soalan:
Jika demikian kita sudah beribadat kepada Tuhan sudah beribu Tahun ?

Jawapan:
Tidak, semasa kita berada di alam ROH kita tidak beribadat kerana kita belum lagi mempunyai jasad

Soalan:
Apakah tanpa jasad kita tidak boleh beribadat ?

Jawapan:
Benar , tanpa jasad kita tidak boleh beribadat kerana jasad adalah makhluk yang akan menjadi saksi atas perbuatan ibadat kita, dan manusia tidak boleh beribadat tanpa penyaksian.

Soalan:
Apakah dalilnya jasad kita menjadi saksi atas perbuatan kita ?

Jawapan:
Dalilnya ialah seperti yang telah di nyatakan oleh Allah di dalam Al Quran pada surah Al Qiyamah ayat 14
بَلِ الْإِنسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ
yang bermaksud " Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri".

Soalan :
Dengan ayat dari surah tersebut adakah Rohani itu menjadi diri sebenar manusia tersebut ?

Jawapan:
Benar, Rohani itu menjadi diri sebenar manusia tersebut malah ada lagi istilah diri yang sebenar yang terdapat pada Rohani tersebut, demikian juga pandangan Saidina Ali r,a yang di paparkan oleh ulamak mutakhirin Yusuf Al Qardawi

Soalan:
Apakah lagi dalil yang mengatakan bahawa Rohani itu sebagai manusia yang sebenar ?

Jawapan:
Dalilnya adalah seperti yang terdapat pada muka surat 1465 pada bab Tauhid yang menyatakan bahawa "Ikrar manusia ber Tuhankan Allah di alam ROH," penjelasan di dalam tafsiran Al Quran Pimpinan Ar Rahman ini adalah keluaran negara Malaysia.

Soalan:
Jika demikian mengapa tidak ramai ulamak yang menyatakan ilmu Rohani ini adalah diri manusia sebenar ?

Jawapan:
Ilmu ini adalah ilmu khusus dalam bab akidah, ilmu ini bukan ilmu orang awam, lagipun ulamak agama ramai yang tidak sekata dalam masalah akidah islam, lagipun kebanyakkan ulamak faquha memandang bahawa Rohani itu tidak boleh di bincangkan kerana ia adalah URUSAN ALLAH, atau JANGAN tanya kerana ia adalah urusan Allah

Soalan:
Jika tidak boleh tanya mengapa Al Quran itu dikatakan HUDAN atau petunjuk bagi orang islam ?

Jawapan:
Sebabnya mereka tersangat takut hendak mengkaji maksud Ammar Rabbi itu kerana mereka hanya mengaji bukan mengkaji, kerana takut tersalah tafsir atau mereka memang tidak pernah mempelajari aliran ilmu tersebut, akan tetapi cuba menyempitkan isi kandungan Al Quran itu dan cara kebetulam mereka adalah orang awam saja.

Apabila ramai di kalangan manusia yang tidak mengenal diri mereka sendiri maka ia membuatkan kebanyakkan manusia berperangai bermacam-macam sehinggakan ramai di kalangan mereka merasa hairan tentang sikap diri sendiri yang mereka sendiri merasakan tidak selesa dengan sikap mereka ini kerana kebanyakkan mereka tidak mengetahui punca-puncanya.

Soalan:
Setelah kita mengetahui bahawa Allah telah menjadikan sumber alam yang nyata dari anasir tanah Nurani, air Nurani, Angin Nurani dan api Nurul Adhom, apa berlaku selepas itu ?.

Jawapan:
Oleh kerana Allah telah menjdikan makhluk yang ghaib untuk beribadat kepadaNya maka Allah jadikan pula tujuh petala langit dan tujuh petala bumi untuk tempat makhluknya beribadat, sila lihat di dalam Al Quran pada surah FUSILAT ayat yang ke 9 hingga ayat yang ke 12 yang mana Allah menyatakan proses Dia menjadikan tujuh petala langit dan juga tujuh petala bumi.

41.Surah Fuşşilat (Verse 9)
قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَندَادًاۚ ذَٰلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam,

41.Surah Fuşşilat (Verse 10)
وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِن فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِّلسَّائِلِينَ

Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya, dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.

41.Surah Fuşşilat (Verse 11)
ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ ائْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ

Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi:
"Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela"

41.Surah Fuşşilat (Verse 12)
فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَىٰ فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَاۚ وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًاۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu
kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan
Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu
dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

Soalan:
Setelah tujuh petala langit dan bumi di jadikan, Apakah yang terjadi dengan langit dan bumi tersebut ?

Jawapan:
Setelah Allah siap menjadikannya maka planet bumi menjadi pilihan bagi Allah memuatkan makhluk untuk di tadbir, makhluk itu ialah makhluk jenis JIN sebagai percubaan sama ada ia dapat memelihara planet bumi tersebut dengan sebaiknya, akan tetapi ternyata dia gagal berbuat demikian kerana mereka membuat kerosakkan di bumi, lagipun jika lojik akal memang JIN tidak boleh menjadi khalifah di bumi kerana anasir kejadiannya tidak sesuai dengan planet bumi namun Allah lebih mengetahui tentang rahsianya, lalu Allah kirimkan Azazil mengetuai segala malaikat memerangi mereka, apabila JIN di kalahkan maka mereka hilang kuasa, kemudian mereka bertempiaran lari ke lautan, Gunung, Bukit dan Gua, di tepian pantai, di pulau dan sebagainya sehinggalah sekarang ini

Soalan:
Selepas bumi tiada khalifah, Apakah yang terjadi selepas itu ?

Jawapan:
Selepas itu Allah s.w.t memanggil Azazil (JIN) dan para Malaikat serta berfirman " Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah di bumi. lalu Malaikat bertanya Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahan darah dan berbunuh-bunuhan ? Pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? lalu Allah berfirman " Sesungguhnya Aku lebih mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahui, demikian kenyataan Allah di dalam surah Al-Baqarah (Verse 30)

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةًۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ


Soalan:
Mengapakah Allah s.w.t memberitahu kepada para Malaikat apabila Dia hendak menjadikan seorang manusia yang bertaraf Khalifah ?

Jawapan:
Kerana Malaikat akan terlibat secara langsung mengendalikan kejadian awal manusia tersebut dan akan menjadi pegawai Allah mengendalikan manusia semasa manusia menjadi khalifah kelak

Soalan:
Mengapakah Malaikat begitu berani bertanyakan kepada Allah tentang penciptaan manusia awal sehingga mereka seolah-olah membantah Allah hendak menjadikan manusia ?

Jawapan:
Sebenarnya pertanyaan Malaikat ini adalah pertanyaan fitrah yang menunjukkan bahawa di bumi sudah ada yang mentadbir bumi dan telahpun membuat kerosakkan, sedangkan para Malaikat sebenarnya tidak mengetahui apa kelebihan manusia yang Allah hendak jadikan khalifah itu dan berperangai yang macam mana, Malaikat seolah-olah khuatir jika manusia kelak berperangai seperti JIN yang telah membuat kerosakkan.

Soalan:
Apakah maksud Tuhan menyatakan kepada para Malaikat "Sesungguhnya Aku mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui ?.

Jawapan:
Maksudnya ialah para Malaikat tidak mengetahui rahsia ROHANI yang di tempatkan oleh Allah di alam ROH dan sesungguhnya ROHANI adalah di antara makhluk Allah yang di asingkan daripada makhluk Allah yang ghaib lain kerana taraf ROHANI itu adalah Ammar Rabbi, ianya tentu lebih baik daripada taraf Malaikat

Soalan:
Kemudian daripada itu, Apakah yang telah terjadi ?

Jawapan:
Selepas Allah berjumpa dengan para Malaikat termasuklah JIN pada ketika itu, maka Allah pergi pula berjumpa dengan ROHANI di alam ROH seperti yang telah di nyatakan oleh Allah di dalam
7.Surah Al-'A`rāf (Verse 172)
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُوا بَلَىٰۛ شَهِدْنَاۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan
(ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak
Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan
mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan
firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar
(Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu
tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai
(tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Soalan:
Apakah maksud ROHANI itu menyatakan kami naik saksi ?

Jawapan:
Maksudnya ialah kalimah LA ILLAHA ILLALLAH iaitu kalimah syahadah yang kita ucapkan sekarang ini, ia juga bermaksud bahawa kita telah naik saksi di hadapan Tuhan dengan kalimah tersebut di alam ROH, dengan ini ia bermaksud juga bahawa kalimah naik saksi tersebut telah kita ucapkan daripada mulut kita sendiri di hadapan Allah di alam ROH, itulah pertama kalinya kalimah tersebut kita ucapkan sebelum Allah jadikan jasmani manusia (Adam) dan itulah pertama kalinya sejarah kalimah LA ILLAHA ILLALLAH itu di dengar, iaitu di alam ROH

Soalan:
Bagaimanakah ROHANI itu mengenali Tuhan mereka di alam ROH ? Sedangkan kita sekarang ramai yang tidak mengenali Allah, cuma mampu menyebut sahaja ?.

Jawapan:
Inilah suatu keajaiban yang ada pada manusia, pada hal jika mereka mengaji dan mengkaji sebutan kepada orang yang telah mati maka kita katakan bahawa " Inna lillahi wainna ilaihi roji'un ! (Sesungguhnya kamu daripada Allah dan akan di kembalikan kepadaNya) oleh yang demikian apabila ROHANI itu memahami bahawa dia daripada Allah maka tiada masalah dia mengenal Tuhannya, sebab itu lah kalimah azan itu sentiasa di ingatkan kepada bayi yang baru lahir dan seterusnya di laungkan setiap waktu masuk solat supaya setiap manusia memahami akan maksud dan tujuannya bukan sekadar mendengarnya sahaja.

Pada pelajaran yang lepas kita telah membuat pengakuan naik saksi di hadapan Allah s.w.t di alam ROH yang kita bersetuju berTuhankan Allah, demikian nas yang kita perolehi daripada Al Quran dari surah Al A'araf ayat 172, dalam surah ini juga Allah s.w.t mengingatkan manusia supaya manusia jangan fikir bahawa Tuhan itu lalai dengan janji yang telah kita lakukan di alam ROH tersebut, dan Allah juga ada memberikan amaranNya kepada manusia supaya apa yang kita ikrarkan di alam ROH itu nanti jika kamu tersesat juga maka jangan kamu salahkan kepada kedua ibu dan bapa kamu pula.

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 173)
أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِن قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِّن بَعْدِهِمْۖ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ

Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang
melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang
kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami)
hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat
itu?"


Soalan:
Setelah ROHANI melafazkan ikrar dan janji mahu berTuhankan kepada Allah , Apakah terjadi selepas itu ?.

Jawapan:
Allah telah memerintahkan kepada Malaikat yang empat supaya mengambil tanah bumi untuk mencipta manusia yang awal iaitu Adam a.s , Malaikat itu ialah Jibril,Mikail, Israfil dan 'Izrail, tiga Malaikat ini gagal mengambil tanah iaitu Jibrail,Mikail,Israfil, yang berjaya mengambil tanah ialah Malaikat 'Izrail, yang kemudiannya bertugas sebagai mengambil nyawa makhluk Allah

Soalan:
Mengapakah ketiga-tiga Malaikat itu gagal mengambil tanah bumi ?

Jawapan:
Ketiga-tiga Malaikat itu gagal kerana tanah bumi berkata kepada Malaikat tersebut bahawa kamu jangan membuat kerosakkan di bumi dengan berkata "A'uzubillahi minka (Jangan engkau merosakkan aku) akan tetapi apabila Malaikat Izrail yang mengambil maka bumi tidak boleh berkata apa-apa kerana ia di perintah oleh Allah berbuat demikian

Soalan:
Apakah jenis tanah yang di ambil oleh Malaikat 'Izrail tersebut ?

Jawapan:
Jenis tanah yang di ambil oleh Malaikat 'Izrail itu adalah dari unsur zat tanah yang akan melahirkan zuriat manusia yang berketurunan di antaranya berkulit putih, hitam, sawo matang, kuning dan berkulit halus dan kasar dan sebagainya serta berkelakuan mengikut warna kulit mereka, semuanya ini adalah daripada zuriat daripada Adam dan Hawa

Soalan:
Kemudian apa yang terjadi ?

Jawapan:
Kemudian Allah membentuk jasad Adam dengan kedua tanganNya (Tangan di sini adalah menunjukkan ayat mutasabihat) dan tangan itu bermaksud Qudrat dan Iradat Tuhan dan mengikut ilmuNya, sebagaimana firman Allah ayat 11 surah Al A'araf

وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ

yang bermaksud " Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud."
ayat ini menunjukkan bukan saja penciptaan Adam akan tetapi semua manusia

Soalan:
Apabila Allah mencipta Adam, apa yang berlaku ?

Jawapan
Apabila Adam di cipta oleh Allah dan cukup jangka matangnya maka Allah meniupkan ROH daripadaNya sebagaimana firmanNya yang bermaksud " Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan ROH kepadanya dariKU, maka hendaklah kamu (Malaikat dan Jin) sujud kepadanya, maka sujudlah semua Malaikat semuanya sekali melainkan Iblis yang tidak mahu sujud bersama mereka yang sujud Al Hijr ayat 29,30

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 29)
فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 30)
فَسَجَدَ الْمَلَائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ

(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -

Soalan:
Mengapa Allah suruh sujud Malaikat dan Jin kepada manusia setelah ROH di tiupkan kedalam jasad Adam ?.

Jawapan:
Allah suruh Malaikat dan Jin sujud kepada Adam ialah kerana nilai ROH yang menjadi Ammar Tuhan itu tersangat tinggi nilainya selain ia adalah sebagai awal makhluk yang Allah jadikan, dan ia juga di kenali sebagai sebaik-baik kejadian, ertinya di antara makhluk yang terbaik ialah manusia, itulah fitrah awalnya dan yang menyebabkan Allah memerintahkan Malaikat sujud ialah rahsia yang terdapat pada ROH tersebut, itu sebab kita kena mengenal ROH (Rohani) kita sendiri, maksudnya mengenal diri, inilah secara kasarnya

Soalan:
Jadi ini bererti ROHANI itu adalah diri kita yang sebenarnya ?

Jawapan:
Benar, ROHANI kita yang berada dalam jasad kita itulah diri kita yang sebenarnya, inipun secara kasar sahaja kerana ada lagi istilah diri Terperi dan diri sebenar diri selain dari diri Terdiri semua ini ada di sebut oleh Allah di dalam Al Quran dengan berbagai-bagai nama


Soalan:
Apakah yang terkandung pada ROHANI tersebut ?

Jawapan:
Sebagai manusia biasa kita kena mengenali akan Diri kita yang berada di dalam jasad kita ini, ia terdiri dari ROH dan sifatnya, Nafsu dan sifatnya, Akal dan sifatnya, Nyawa atau Nafas dan sifatnya serta istilahnya, dan Rohani itu pula di lengkapkan pula oleh Allah dengan Malaikat penjaga dan Jin sebagai fitrah ujian kepada manusia kerana itu setiap muslim kena faham ANATOMI ROHANI tersebut baru boleh menjadi muslim yang baik, akan tetapi jangan dayus.

Soalan:
Adakah sebab lain maka Allah memerintahkan Malaikat dan Jin sujud pada Adam ?

Jawapan:
Sebenarnya jika mengikut ilmu IFTIQAR dalam konsef sifat 20 maka QAHAR itu beserta ALLAH ertinya beserta sifat KAMAL nanti akan menyusul tentangnya, dan yang terbaik apabila kita mengikuti pelajaran ini maka yang lepas kita kena rujuk balik bagi memahamkannya kerana ilmu ini bersangkut di antara satu bab dengan bab yang lain.

Soalan:
Saya masih tidak faham, mengapa ada yang bergelar ustaz tidak membenarkan bertanya tentang ROHANI (ROH) apakah masalahnya ?

Jawab:
Memang terlalu ramai yang beranggapan demikian, mungkin bukan jurusannya untuk menjawab soalan ini, atau mungkin mereka beranggapan bahawa istilah Ammar Rabbi itu di serahkan saja kepada Allah, pada saya biarkanlah mereka bersikap demikian, jangan marah kepada mereka kerana ia bukan jurusan mereka dan bukan semua orang yang bernama ustaz faham, ilmu ini buleh di katakan sebagai ilmu yang khusus dan bagi orang yang mahu menefaatkan akalnya

Kita sebenarnya ada hujah yang perlu di fikirkan atau perlu di jawab mengikut pertanyaan Allah kepada manusia, jika kita lihat di dalam Al Quran pada ayat 5 dari surah At Thoriq maksud firman Allah "Maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia di jadikan (di ciptakan) ayat ini merupakan pertanyaan Allah kepada manusia, iaitu kita sendiri, jadi apa manusia hendak jawab ? Bukankah ayat ini merupakan pertanyaan daripada Allah !

Soalan:
Akan tetapi ayat di atas ia menunjukkan kejadian pada ayat berikutnya iaitu ayat nombor 6 dari surah ini yang bermaksud " Ia di ciptakan daripada air (mani) yang memancut (kedalam rahim) ?

Jawapan:
Ayat ini jika mengikut pandangan orang awam memanglah demikian akan tetapi tidak pada orang khusus sebab perkataan manusia di atas jika tidak di sertakan dengan ROHANI bolehkah kita katakan manusia ? Sedangkan apa yang kita fahami ialah maksud firman Allah kamu daripada Allah dan akan di kembalikan kepadanya ! jika kembali kepada Allah yang bernama kamu adakah kamu itu yang di tanam , jika jawabnya ia maka siapa pula yang mendapat rezeki di sisi Tuhan setelah mereka yang telah berpulang ! kerana itu kita hendaklah ingat bahawa ayat 5 dari surah At Thoriq ia adalah bermaksud kamu jasmani dan juga ROHANI.

Soalan:
Adakah lagi dalil yang meyakinkan bahawa diri ROHANI itu adalah juga manusia sebenar ?

Jawapan:
Dalilnya kita boleh perolehi daripada ayat 7 dari surah Al Infitar yang bermaksud "Tuhan telah mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya di adakan anggota itu) serta menjadikan ( benaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya, ini menunjukkan bahawa jasmani atau tubuh badan mengikut kekuatan ROHANI.

Soalan:
Adakah maksud ayat mengatur kejadianmu itu bermaksud ROHANI ?

Jawapan:
Benar ia adalah di maksudkan kepada ROHANI tersebut sebab ayat sambungan dari perkataan tersebut dengan sambungan perkataan LALU MENJADIKAN ANGGOTAMU SESUAI, ini bermaksud sesuai dengan ROHANI tersebut.

ILMU IFTIQAR INI PENTING DI FIKIRKAN DENGAN TELITI KERANA IA TERSANGAT SENSITIF KEPADA SESETENGAH PEHAK, ILMU INI MERANGKUMI SOAL MENGENAL MANUSIA ZAHIR DAN BATIN DAN PERHUBUNGANNYA DENGAN TUHAN DAN ALAM YANG LAIN

Soalan:
Jika tidak silap pada pelajaran yang lepas ada di nyatakan bahawa diri manusia itu ada bahagian-bahagian dan istilahnya yang tersendiri ?


Jawapan:
Benar ! bahagian tersebut ialah bahagian yang zahir dan bahagian yang batin, yang zahir di namakan jasmani dan bahagian yang batin di nanamakan ROHANI, sementara istilahnya pula di berikan nama Diri terdiri, Diri terperi dan Diri sebenar diri


Soalan:
Apakah maksud diri terdiri,Diri terperi dan Diri sebenar diri tersebut ?

Jawapan:
Maksud diri terdiri itu ialah Jasmani, maksud diri terperi itu ialah Ruhul Yaqazah, maksud diri sebenar diri itu ialah Ruhul Hayat, adapun jasmani itu ialah himpunan anggota jasmani yang terdiri dari kulit,daging,tulang,bulu dan roma, lendir, semua jenis lemak,urat dan saraf dan lainnya, sementara Ruhul Yaqazah (Roh menjagakan) terdiri daripada Roh,Akal dan nafsu serta kelengkapannya, sementara Ruhul hayat ialah nyawa atau Nafas dan komponennya, apabila bersatu semuanya itu maka lengkaplah menjadi seorang manusia

Soalan:
Apakah fungsi Ruhul Yaqazah dan dia di letakkan dimana ?

Jawapan:
Adapun fungsi Ruhul Yaqazah itu ialah menjagakan manusia daripada tidur sebagaimana firman Allah menyatakan bahawa " Allah telah menerima jiwa ketika matinya dan jiwa yang tidak mati di dalam tidurnya...... (Az Zumar 42) dan maksud firman Allah " Allahlah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan Dia mengerti apa yang kamu kerjakan pada siang hari .....(Al An'am 60)

Soalan:
Bagaimanakah perjalanan Ruhul Yaqazah di dalam batang tubuh manusia yang sebenarnya ?

Jawapan:
Secara rengkasnya apabila Roh,Akal,Nafsu (Ruhul Yaqazah) itu keluar daripada batang tubuh atas izin Allah maka manusia itu di katakan tidur lena, maka berlakulah mimpi atau tidak mimpi, dan apabila ia masuk kembali kedalam batang tubuh atas izin Allah maka manusia itu terjaga, istilah ini juga di namakan menidurkan dan menjagakan, semua ini atas izin Tuhan, sila rujuk kepada kedua surah tersebut pada kitab suci Al Quran dari surah Az Zumar ayat 42 dan Al An'am ayat 60

39.Surah Az-Zumar (Verse 42)
اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَاۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّىۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan
jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan
jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain
(ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah
bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

6.Surah Al-'An`ām (Verse 60)
وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُم بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُم بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَىٰ أَجَلٌ مُّسَمًّىۖ ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan
Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang
kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur)
padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah
ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia
menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.



Soalan:
Bagaimanakah tentang fungsi Ruhul Hayat ?

Jawapan:
Ruhul Hayat ataupun nyawa dia tidak boleh keluar daripada batang tubuh manusia, sifatnya sekali masuk dan sekali keluar daripada batang tubuh manusia, jika ia keluar maka tamatlah riwayat manusia itu dan putuslah hubungannya dengan dunia ini, masa pertama masuk pada peringkat jasad bayi di dalam kandungan ibu sekira berusia i20 hingga 125 hari setelah jasad bayi itu menjalani masa tiga kegelapan, dan masa dia keluar adalah apabila ia sampai tempuh untuk menjadi khalifah di bumi

Soalan:
Apakah benar bahawa pernah Ruhul Yaqazah itu tidak masuk-masuk kedalam jasad manusia sekalipun Ruhul Hayatnya belum lagi keluar daripada jasad ?

Jawapan:
Apakah maksudnya KOMA? Pada dasarnya ia sangat jarang berlaku, akan tetapi jika maksudnya KOMA maka kita akan ceritakan nanti pada bab Jasmani dan jika Allah berkehendak maka ia tidak mustahil merlaku, kerana itu islam menggalakkan kita berdo'a supaya Ruhul Yaqazahnya kembali mendiami tubuhnya

Al hamdulillahillazi rodda 'ala ruuhi wa 'afani fi jasadi (maksudnya : Segala pujian bagi Allah yang telah mengembalikan Rohku kepadaku (jasad) dan yang telah menyegarkan pada tubuhku) Ibus Sunniy

Soalan:
Adakah lagi dalil mengatakan bahawa Rohani itu sebagai makhluk diri yang sebenarnya ?

Jawapan:
Jika kita teliti ayat 2 dari surah Al A'ala yang bermaksud : Tuhan yang telah menciptakan (sekalian makhluk) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya".
Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa Allah telah menciptakan makhluknya (Rohani) serta menyempurnakan kejadiannya (lengkap zahir dan batin) dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya (jasmani dan Rohani) Ini menunjukkan bahawa bentuk jasmani itu di cipta mengikut kesesuaian Rohani, dan ulamak berpandangan ia berbentuk Muhammad (manusia yang sempurna (Aku jadikan insan itu sesempurna-sempurna kejadian ! )


KITA MASIH LAGI DALAM BAB IFTIQAR DALAM MEMPERKATAKAN SOAL ROHANI DARI ASAL SIFAT QAHAR PADA ILMU IFTIQAR



Pada pelajaran yang ke 22 yang lalu kita telah bercakap tentang ROHANI pada bab Ruhul Yaqazah dan Ruhul Hayat dan dalil-dalilnya, pada bab ini pula kita menyambung pelajaran kita dengan lebih dekat lagi dalam soal Ruhul Yaqazah dan Ruhul Hayat dalam bentuk soal dan jawab, sebelum itu kita hendak ingatkan kembali tentang Ruhul Yaqazah yang terdiri dari Roh,Akal dan Nafsu yang mana ia di istilahkan juga sebagai HATI, Hati di sini bukanlah yang di maksudkan seketul daging yang bakal hancur di makan ulat dan cacing akan tetapi Hati yang berbentuk asal yang di jadikan Allah daripada Nur bukan daripada tanah

Soalan:
Banyak ayat di dalam Al Quran menyebut tentang Hati, terutama Hati yang berpenyakit, Di manakah letaknya penyakit Hati tersebut ?

Jawapan:
Dalam ilmu kedoktoran yang di maksudkan hati itu ialah berupa daging yang terletak pada sebelah kanan di bawah susu kanan kira-kira empat jari akan tetapi pada ilmu ini ia di tujukan kepada sifat nafsu sama ada nafsu Amarah atau Al Lawamah, Sawallah atau Natiqah dan cabang dari sikap nafsu tersebut seperti nafsu Bahimiyah,Fardiyah,Subuiyah, Syaitaniyah dan sebagainya

Soalan:
Mengapakah terlalu banyak nafsu yang di kurniakan oleh Allah kepada manusia ?

Jawapan:
Allah hanya mengurniakan hanya satu nafsu kepada setiap manusia, yang banyak itu hanya Hawanya atau sikap kepada nafsu tersebut, sebab itu ada orang menyebut sebagai HAWA NAFSU, ertinya Hawa itu adalah menunjukkan sikap atau perangai, sementara Nafsu itu adalah diri nafsu tersebut.

Soalan:
Jika ada yang menyebut Hati si anu itu busuk, Apakah ia di tujukan kepada Ruhul Yaqazah ?

Jawapan:
Walaupun ia di tujukan kepada Ruhul Yaqazah atau Hati akan tetapi maqamnya adalah pada nafsu dan sifatnya, ia tidak wajar di kaitkan dengan Roh dan Akal kerana fungsi makhluk ini berlainan dan setiap makhluk yang ghaib itu ada sifat masing-masing, umpamanya ayat 10 dari surah Al Baqarah yang bermaksud "Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambah penyakit tersebut, demikian juga dengan ayat 22 dari surah Al Mujaddalah yang bermaksud "Allah telah menetapkan keimanan di dalam hati mereka dan ayat-ayat yang lain, ertinya penyakit itu adalah pada Hawa kepada nafsu tersebut.

Soalan:
Apakah fungsi Roh, Akal dan nafsu di dalam tubuh manusia ?

Jawapan:
Adapoun fungsi Roh di dalam jasad manusia ialah untuk memberikan daya tenaga kepada seluruh jasmani, adapun fungsi Akal ialah untuk berfikir dan fungsi nafsu ialah untuk mendorong atau meransang keinginan, itulah secara rengkasnya, oleh itu kita tidak boleh katakan bahawa Roh itu meransang atau berfikir atau kita tidak boleh katakan bahawa Akal itu bertenaga atau meransang atau kita tidak boleh katakan bahawa Nafsu itu berfikir atau bertenaga, walau apapun di antara satu sama lain ada fungsi bekerjasama

Soalan:
Berapa jenis Hawa kepada nafsu yang ada di dalam batang tubuh manusia ?

Jawapan:
Di dalam batang tubuh manusia ada empat Hawa kepada nafsu baik dan ada empat pula Hawa kepada nafsu yang tidak baik, Hawa nafsu yang baik itu di namakan Muthmainnah, Radhiyah, Mardhiyah dan Kamaliah, sementara Hawa nafsu yang tidak baik itu di namakan Amarah, Al Lawamah, Sawalah (Sawiyah) dan Natiqah, dan setiap Hawa Nafsu itu ada cabang-cabangnya dengan istilah yang berlainan di panggil orang

Soalan:
Adakah Hawa nafsu itu yang membolehkan manusia menjadi khalifah ?

Jawapan:
Benar ! dengan adanya Hawa Nafsu maka ia di tugaskan oleh Allah untuk menjadi khalifah, jika manusia tidak mempunyai Hawa dan Nafsu maka ia di namakan Malaikat itulah sebabnya Malaikat tidak di tugaskan sebagai Khalifah kerana ia tiada inisiatif untuk mendorong dan berkeinginan bagi melakukan kecenderungan melaksanakan amanah Allah dan ia hanya menurut perintah Allah apa yang di tugaskan sahaja

Soalan :
Adakah Hawa nafsu ini terikat dengan wama utitum minal 'Ilmi illa qolilla ?


Jawapan:
Di sebabkan masalah ROH ini ada kaitannya dengan Nafsu maka nafsu juga terikat dengan Wama utitum minal 'Ilmi illa qolilla (Kamu tidak di beri ilmu melainkan sedikit) Bani Israil ayat 85, perlu di ingatkan bahawa kedudukan Hawa nafsu ini ataupun ROHANI ia hanya mampu tinggal di dalam batang tubuh manusia selepas sahaja jasmani di lengkapkan oleh Allah dengan anasir daripada tanah,air api dan angin, iaitu empat anasir yang dapat menampung ketahanan jasmani apabila ROHANI di tempatkan kedalam jasad manusia, ertinya dengan adanya empat anasir itu bagaikan ada ketahanan cooling sistem pada jasad manusia itu jika tidak maka jasad mungkin akan terbakar atau berkecai hancur luluh, demikian fitrah sistem yang di tetapkan bagi orang yang berfikir.

Soalan:
Adakah pada nafsu itu tempat Syaitan menggoda manusia ?

Jawapan:
Sebenarnya Nafsu yang ada pada manusia itu adalah tempat yang telah di kenal pasti oleh Syaitan bagi mereka menyesatkan manusia, Syaitan mengelilingi hawa nafsu kerana ia sesuai dengan fitrah asal kejadian nafsu itu ialah untuk melakukan kecenderungan, minat, meransang, dan berkeinginan. dengan sifat ini maka sudah tentu Syaitan memerlukannya untuk di tunggangginya

Soalan:
Adakah kerana nafsu maka Adam dan Hawa serta orang lain menjadi musnah ?

Jawapan:
Pada dasarnya memang kerana hawa Nafsu akan tetapi dalam soal Adam dan Hawa Allah telah memperingatkan mereka terlebih dahulu tentang bahaya godaan iblis yang sentiasa mahu menyesatkan Adam dan anak cucunya

Soalan:
Bolehkah Nafsu itu di persalahkan ?

Jawapan:
Nafsu itu adalah fitrah yang semula jadi yang Allah kurniakan kepada manusia, dia asalnya suci, dan dia tidak boleh di persalahkan seratus peratus, mana mungkin dia di salahkan demikian pada hal jika dia tidak di goda oleh iblis maka dia adalah bersih cuma nasibnya sahaja menjadi tempat yang di sukai oleh iblis, ertinya kerana iblis, bukan kerana nafsu

Soalan:
Jika demikian mengapa ia di letakkan oleh Allah di dalam jasad manusia ?

Jawapan:
Sebenarnya hawa Nafsu itu adalah punca manusia di tugaskan oleh Allah menjadi Khalifah di bumi, jika tidak kerana nafsu maka manusia tidak di katakan manusia dan tidak kita menjadi Khalifah dan sebagai makhluk yang semprna.

Soalan:
Jika demikian secara total maka iblislah yang salah ?

Jawapan:
Memang iblis yang salah dan manusia hanya menerima takdir, walau apapun manusia boleh berikhtiar untuk menjauhkan bahaya dari serangan daripada iblis tersebut, selain dari amaran Allah kepada manusia tentang bahaya iblis tersebut Allah juga telah membekalkan Al Quran kepada manusia untuk panduan berbagai-bagai panduan selain daripada untuk melawannya

Soalan:
Adakah Adam telah di goda oleh iblis atau kerana nafsunya?

Jawapan;
Masalah Adam adalah kerana iblis yang menghasutnya supaya memakan pohon khuldi, walaupun pada peringkat awalnya Adam telah di peringatkan Allah supaya jangan hampiri pohon itu (khuldi) ertinya Adam telah di peringatkan oleh Allah dan akhirnya Adam terjerumus dengan hasutan iblis dan dia tidak mengindahkan amarah Allah, pada dasarnya jika Adam ingat akan larangan Allah maka ada kemungkinan dia tidak dapat di pengaruhi oleh iblis.

Soalan:
Pada hawa nafsu Adam yang manakah telah di sentuh oleh iblis?

Jawapan:
Pada hawa Nafsu Amarah, Al Lawamah, Sawallah dan Natiqah

Soalan:
Adakah nas yang menunjukkan bahawa Allah telah memberi Amaran kepada Adam ?

Jawapan:
Amaran Allah itu seperti yang terdapat pada ayat 6 dari surah Al Fathir yang bermaksud " Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh bagimu,maka anggaplah ia musuhmu,kerana sesungguhnya Syaitan-syaitan itu hanya mengajak supaya menjadi penghunu Neraka Jahim

Soalan:
Apakah Nafsu yang ada pada manusia itu semuanya tidak baik?

Jawapan:
Sebenarnya bukan Nafsu itu yang tidak baik akan tetapi Hawa kepada nafsu itu yang tidak baik, samalah dengan Jin yang mengacau manusia itu, Nafsu dan Jin itu adalah baik akan tetapi sikap mereka yang tidak baik, dalil yang kita boleh guna pakai ialah beranikah manusia mengatakan bahawa segala makhluk yang Allah ciptakan itu sebagai jahat dan tidak baik ? termasuklah Nafsu dan Jin

Soalan:
Mengapakah terlalu ramai orang berkata bahawa Nafsu dan Jin itu jahat ?

Jawapan:
Sebenarnya jika kita kata bahawa Nafsu dan Jin itu tidak baik maka kita menyanggah ciptaan Tuhan, apa yang tidak baik pada dua jenis makhluk itu ialah sikap mereka yang tidak mahu mengikut perintah Tuhan, samalah dengan manusia, bukan semua manusia yang jahat atau bukan semua manusia yang baik, baik dan jahat itu adalah sikap dan perangai mereka, maka perangai merekalah yang perlu di cuci

Soalan:
Jika demikian Nafsu itu ada yang bersikap baik dan jahat ?

Jawapan:
Pada Nafsu itu ada yang bersikap baik dan ada yang bersikap jahat, Nafsu yang bersikapkan Hawa Amarah,Al Lawamah, Sawalah dan Natiqah adalah sikap Nafsu yang tidak baik, sementara Nafsu yang berhawakan baik ialah Nafsu Muthmainnah, Radhiyah, Mardhiyah dan Kamaliyah, oleh yang demikian Nafsu itu wajib mencuci Hawanya

Soalan:
Berapa banyakkah Hawa Nafsu yang baik dan yang tidak baik ?

Jawapan:
Nafsu yang berhawakan tidak baik ada empat iaitu Amarah,Al Lawamah, Sawalah danNatiqah.sementara hawa Nafsu yang baik ialah Muthmainnah, Radhiyah Mardhiyah dan Kamaliyah , hawa Nafsu yang tidak baik adalah tempat yang sering di ganggu gugat oleh jin sementara hawa nafsu yang baik di jaga oleh malakat, andai tiada malaikat yang menjaga hawa Nafsu yang baik itu maka semua hawa Nafsu itu akan di sesatkan oleh jin

Soalan:
Apakah nama Jin dan Malaikat yang menjaga dan seteru bagi manusia?

Jawapan:
Nama Jin tersebut ialah Qarin dan nama Malaikat ialah Hafazah

Soalan:
Apakah setiap manusia itu ada memiliki Qarin dari Jin dan Hafazah dari malaikat?

Jawapan:
Benar ! Setiap manusia di temankan oleh Allah dengan Jin dan malaikat sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w Ma minkum illa waqod wu killa bih Qoriinuhu minal jinna wa qoriinuhu minal mala ikatihi, maksudnya: Tiadalah salah seorang daripada kamu melainkan dia telah di pertemankan dengan seorang kawan daripada jin dan seorang malaikat

Soalan:
Adakah Syaitan mengenali kelemahan Nafsu ?

Jawapan:
Sebenarnya Syaitan mengenali kelemahan hawa Nafsu setiap manusia itu kecuali hawa Nafsu itu di siram dengan keimanan yang datang daripada Allah, di dalam Al Quran Allah berfirman yang bermaksud " Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya ke atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya ( An Nahl 99)

16.Surah An-Naĥl (Verse 99)
إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang
beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.


Soalan:
Apakah konsef bertawakkal kepada Allah dan adakah ilmu bertawakkal tersebut ?

Jawapan:
Ilmu bertawakkal itu seseorang perlu mengenal dirinya dan perlu mengetahui perhubungannya dengan Allah (ini perlu di pelajari) Jika semua ini tidak di ketahui maka tawakkal itu adalah sia-sia kerana hasil tawakkal itu adalah kosong ! Twakkal adalah membolehkan seseorang itu memilikki kekuatan dan keupayaan yang luar biasa kerana segalanya adalah menjadi kerja Tuhan, ertinya menyerahkan diri zahir dan batin ke atas kuasa Tuhan.

ILMU INI SEBAHAGIAN DARIPADA ILMU IFTIQAR

AKAL SANGAT MENAWAN HATI

MENGIKUTI ILMU INI PERLU BERTENANG SAMBIL MENGIKUTINYA SATU PERSATU

Kita mulakan dengan asas-asas ilmu Akal

Akal adalah sebahagian daripada komponen ROHANI dan juga sebahagian daripada komponen RUHUL YAQAZAH, Akal di tempatkan oleh Allah pada tempat yang paling selamat iaitu di dalam otak, dan otak di letakkan di dalam tempurung tengkorak, tengkorak di salut oleh kulit kepala, dan kulit kepala di lindungi oleh rambut, tempatnya di letakkan pada tempat yang paling tinggi dan selamat iaitu pada tingkat atas pada tubuh manusia

Akal sangat menawan hati yang tugasnya menjalankan amanah Tuhan yang berasaskan kalimah tauhid LA ILLAHA ILLALLAH dan MUHAMMADARRASULLULLAH, pada otak manusia terdapat beribu urat dan saraf, jika salah satu daripada ribuan saraf ataupun urat itu putus maka fungsi gerakkan Akal itu terencat dan keupayaan untuk berfikir menjadi lemah dan kaku

Akal mempunyai lembaganya tersendiri bagi menilai suasana berbagai-bagai peristiwa di muka bumi ini, lembaga Akal itu di kenali sebagai Manik, Fikir, Sukma, Budi dan Rasa, setiap lembaga Akal masing-masing dengan peranannya, kerana itu manusia perlu faham bahawa setiap lembaga Akal itu adalah punca memahami segala ilmu yang datang bagi membena ketamadunan manusia dalam perkara keinsanan dan ketakwaan

LEMBAGA AKAL DAN PERANANNYA

1. MANIK Adalah nur lembaga akal yang tugasnya menangkap dan memahami sesuatu berita yang tersurat dan juga tersirat dengan cepat dan tepat, ia bermula daripada panca indra yang di lihat dan di dengar dan akan segera di sampaikan dan di simpan pada manik saban waktu di sepanjang hayat manusia serta dapat di ingat kembali apabila peti simpanan di buka dan di kenang akan sesuatu peristiwa walaupun pada masa yang telah lama berlalu

2. FIKIR Fungsinya ialah untuk menilai sesuatu berita yang datang ataupun berita yang telah di rakam dan di simpan pada manik, fikir juga dapat menilai serta membuat keputusan sama ada berita itu benar atau sebaliknya mengikut panduan

3. SUKMA Fungsinya untuk melahirkan sesuatu perasaan belas kasihan serta menanggung suatu sikap berkesedaran dan kehibaan atas sesuatu tekanan yang dapat mengubah sesuatu alam

4. BUDI Fungsinya melahirkan sikap bertimbangrasa mengikut ilmu yang tersimpan pada lembaga Akal (manik dan sukma) yang melahirkan sikap bertanggungjawab atas perkara yang bukan lahir dari di paksa-paksa dan ia terbit dari sikap dan akhlak

5. RASA Fungsinya adalah melahirkan sikap bertanggungjawab apabila di amanahkan sesuatu tanggungjawab ataupun perintah, dan ia membawa sikap yakin, sabar, tegas dan nekad, ia tertakluk kepada peranan nafsu yang baik dan keimanan yang luhur

Pada keseluruhannya lembaga Akal ini berhubung rapat di antara pengaruh nafsu dan juga Roh, ini di sebabkan ia berada di dalam kumpulan Ruhul Yaqazah, ilmu yang di perolehinya adalah datang daripada alam yang nyata dan juga dari alam yang ghaib ataupun datang dari alam keliling atau melalui mimpi-mimpi mahupun perkhabaran

MEMBICARAKAN MASALAH AKAL MANUSIA DAN LEMBAGANYA

Akal adalah makhluk Tuhan yang tersangat tinggi nilainya ia mampu membawa manusia ke Syurga ataupun ke Neraka, Akal dan lembaganya adalah membezakan di antara kemanusiaan dan kehaiwanan, Akal jika di isikan di dalamnya dengan ilmu yang hak serta mengamalkannya maka manusia akan menjadi selamat, sebaliknya jika ia di isikan dengan ilmu yang batil atas godaan Syaitan walau tidak di amalkan sekalipun maka ia akan merosakkan manusia

Manusia hendaklah sedar bahawa lembaga akal yang ada pada setiap manusia itu di antara satu dengan yang lainnya adalah bekerjasama dengan rapat di antara satu dengan yang lainnya, sebagai contoh jika manik menerima isyarat daripada panca indera sama ada secara melihat, merasa, penciuman (bau) , percakapan, sentuhan, atau mendengar maka ia secara langsung akan melahirkan ilmu sama ada ilmu yang batil ataupun hak, demikianlah luasnya sumber ilmu yang di perolehi oleh akal tersebut sehinggakan daripada desiran angin dari pokok dan sebagainyapun akan melahirkan ilmu

Soalan:
Adakah Akal itu makhluk ?

Jawapan:
Akal adalah makhluk yang tinggi nilai kejadiannya, ia di ibaratkan sebagai makhluk yang tersangat mustahak di dalam kehidupan manusia, dia juga di katakan sebahagian makhluk yang awal Allah jadikan

Soalan:
Bagaimanakah ia memperoleh ilmu ?

Jawapan:
Ia memperolehi ilmu melalui penglihatan, pendengaran, penciuman (bau), sentuhan dan sebagainya

Soalan:
Berapa jenis ilmu yang tersimpan di dalam akal ?

Jawapan:
Ada empat jenis ilmu yang terdapat di dalam akal, Ilmu yang hak dari sumber yang hak, ilmu yang batil dari sumber yang batil, ilmu yang ragu kesahihannya dan ilmu dari ilham dan laduni sama ada di perolehi secara laduni,taufik dan hidayah atau mimpi yang benar

Soalan:
Adakah ilmu yang hak dan yang batil itu di tempatkan pada satu tempat ?

Jawapan:
Setiap ilmu di simpan mengikut perjenisan ilmu, ia tidak di simpan di satu tempat secara bercampur gaul

Soalan:
Adakah ilmu yang hak dan yang batil itu sentiasa aktif ?

Jawapan:
Ilmu yang tersimpan pada lembaga akal Manik adalah mengikut katagori yang terdahulu dan terkemudian, ada kalanya ilmu yang terdahulu ada berkait dengan ilmu yang terkemudian, apabila ini berlaku maka ilmu tersebut menjadi aktif berganda jika tiada berkait maka ilmu yang terkini saja yang aktif, demikianlah keadaannya sama ada ilmu yang hak atau yang batil dan ini bergantung pada dorongan hawa nafsu sama ada hawa nafsu yang baik ataupun hawa nafsu yang tidak baik

Soalan:
Adakah ilmu yang hak dan batil itu akan melahirkan tindakkan ?

Jawapan:
Tidak semestinya ilmu yang hak dan yang batil itu akan melahirkan tindakkan yang di ikuti dengan perbuatan kerana setiap ilmu ada dengan keperluan dan ilmu penangguhan serta ilmu yang tidak perlu di laksanakan kerana tiada keutamaan, ia bergantung kepada kebebasan atau halangan yang mungkin membawa resiko, dan ada ilmu yang telah terlalu lama tidak di laksanakan kerana menghadapi sebab-sebab namun ia tetap mengikut jangka masa ia di lakukan atau tetap di simpan di dalam manik dan ia menjadi sentiasa di ingati, ilmu ini termasuk dalam katagori azam yang tergendala.

Soalan:
Siapakah yang menggerakkan ilmu yang tersimpan di dalam manik ?

Jawapan:
Segala ilmu yang tersimpan di dalam lembaga Akal yang bernama manik akan di gerakkan oleh hawa nafsu, sudah tentu hawa nafsu yang berperanagi kurang baik akan menggoda ilmu yang tidak hak yang ada di dalam lembaga akal untuk di laksanakan dengan tujuan supaya manusia itu melakukan yang mungkar sementara nafsu yang baik akan menggerakkan ilmu yang baik, akan tetapi jika sekiranya ilmu yang baik itu dapat di laksanakan maka ketika mana ia di praktikkan maka nafsu yang kurang baik itu akan menghubungi syaitan supaya ianya di ganggu gugat, ertinya musuh ilmu yang baik itu tersangat banyak keculai manusia itu tahu cara yang sempurna beribadat

Soalan:
Adakah Roh akan terlibat apabila berlaku tindakkan dari keputusan akal untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan?

Jawapan:
Apabila hawa nafsu berjaya menggoda lembaga akal maka lembaga akal yang bernama fikir akan membuat keputusan melakukan sesuatu perbuatan maka sudah tentu Roh akan turut serta terlibat kerana setiap perbuatan itu memerlukan tenaga, sementara tenaga itu datang daripada wujudnya Roh di dalam badan manusia.

Soalan:
Boleh atau tidak berlaku segala gerak yang di lakukan oleh manusia tanpa dorongan nafsu ?

Jawapan:
Tidak boleh, kerana segala punca segala pekerjaan adalah memerlukan dorongan dan kecenderungan, tanpanya ia tidak akan berlaku, sedangkan dorongan tersebut datang kerana adanya nafsu

Soalan:
Apakah yang di maksudkan akal yang kotor dan akal yang bersih ?


Jawapan:
Akal yang bersih itu datang daripada ilmu yang benar dan sentiasa ia memikirkan kebesaran Tuhan dan kebenarannya, ini di namakan akal yang bersih sementara akal yang kotor datang daripada ilmu yang kotor dan sentiasa ia memikirkan perkara yang maksiat

Soalan:
Berapa banyakkah cerita yang di reka oleh Akal ?

Jawapan:
Akal mampu menghasilkan berbagai cerita yang bercampur baur di dalam akal malah ia mampu melahirkan 7 x 24,000 perkataan dalam masa satu hari atau lebih daripada itu

Soalan:
Adakah akal mampu mengubah sesuatu objek ?

Jawapan:
Akal mampu mengubah sesuatu objek sekiranya manusia itu duduk pada kedudukan INSAN KAMIL dan tahu ilmu yang di sebut sebagai TAWAKKAL, ia melibatkan ilmu sifat QAHAR dan sifat KAMAL

Soalan:
Adakah akal mampu melahirkan sesuatu tindakkan dengan sendirinya ?


Jawapan:
Akal tidak berkemampuan bertindak dengan sendirinya tanpa dorongan daripada nafsu

Soalan:
Apakah kerja akal semasa di dalam ibadat ?

Jawapan:
Kerja akal di dalam ibadat ialah merangkumi hukum qalbi qauli dan fi'li, ia menjalankan tugasnya mengingat maksud yang di baca serta tujuannya, di samping itu ia perlu juga memikirkan kerja nyawa dan Roh yang menggerakkan tubuh dan bacaan di dalam masa beribadat.


DARJAT AKAL

Akal semua manusia tetap sama akan tetapi darjatnya yang tidak sama, ketidaksamaan ini adalah kerana kandungan ilmu yang ada pada akal tersebut tidak sama, ini kerana adanya ilmu yang hak dan ada ilmu yang batil, setiap ilmu yang tersimpan pada manik (lembaga akal) ada malaikat yang menjaganya dan Malaikat mengenal pasti mana ilmu yang hak dan ilmu yang batil

Jika ilmu yang hak di isi ke dalam akal hanya sedikit kadangkala ia boleh menjadi malap (kelam) berbanding ilmu yang batil di isi dengan banyaknya, manik yang di isi dengan ilmu yang kotor itu sentiasa memikirkan perkara yang mungkar, ini di kenali darjat akal itu sebagai akal yang kotor sementara ilmu yang baik itu selalu memikirkan perkara yang baik

Darjat akal yang tidak sama juga adalah kerana penerangan ilmu yang di terima tidak selaras di antara seorang pendakwah dengan pendakwah yang lain ini mungkim kerana kefahaman mereka tidak selari, selain daripada itu mungkin wujud serangan pemikiran oleh penyampai penyampai ilmu yang berkepentingan untuk menabur kefahaman aliran mereka

KEKELIRUAN MEMAHAMKAN AYAT

Faktor memahamkan ayat juga boleh menyebabkan seseorang itu berlainan darjat akal, sebagai contoh apabila nabi Musa gagal menamatkan ilmu yang di tuntutnya dengan Nabi Allah Khidhir kerana Nabi Musa semata-mata ilmu zahir tanpa batin, berbanding dengan Nabi Khidhir yang melihat perkara yang akan berlaku akan tetapi belum terjadi sebagai ilmu yang di anggap terbaik bagi manusia mengharung kehidupan

Demikian juga yang berlaku kepada bangsa Yahudi yang terkeliru untuk memahami ayat daripada Allah dalam surah Al Maidah ayat 21 yang menyatakan bahawa " Wahai bangsaku (kata nabi Musa) masuklah ke bumi Palastin yang telah di perintahkan oleh Allah kepada kamu, jangan kamu berundur kebelakang, nanti kamu akan menjadi rugi (dunia dan akhirat).

RAHSIA LEMBAGA AKAL BERFUNGSI

Pada pelajaran yang lepas kita telah terangkan serba rengkas tentang Nur Muhammad dan sebelumnya kita telah sentuh tentang akal dan lembaga akal, yang mana lembaga akal tersebut memainkan peranan yang sangat luas dan fungsinya yang sangat mengkagumkan kesan daripadanya

Pada pelajaran ini kita sentuh pula tentang gelombang yang terdapat pada lembaga akal tersebut mengikut pandangan agama yang rasanya tidak jauh berbeza dari pandangan sain atau yang mana lebih dapat difahami oleh orang yang mengkajinya atau orang yang mempraktikkannya dengan penuh bersemangat

Lembaga akal yang mempunyai tugas masing-masing mengikut fitrah semula jadi daripada Allah s.w.t mempunyai kaitannya dengan otak manusia yang mengandungi berbilion-bilion sel yang di kenali segagai jauhal fardhi (neutron) iaitu kombinasi dari sel-sel yang dapat mencetuskan aliran elektrik di dalam otak manusia yang dapat di kesan dengan rasa atau dengan alat yang di kenali sebagai electroencephalograph (EEG)

Kesan daripada gerak atau aktiviti sel-sel inilah yang menghasilkan gelombang minda atau brainwave, aktiviti ini tidak saja diam pada satu tempat malah ia akan sentiasa berubah-ubah mengikut tekanan lembaga akal atas bantuan nafsu dan juga roh yang mana ia akan tertakluk kepada di mana seseorang itu berada pada masa tersebut mengikut suasana alam kelilingnya

Pada dasarnya gelombang ini dapat kita bagikan kepada 4 peringkat

Peringkat gerak (Beta)
Peringkat ini di mana manusia aktif bergerak ketika sedar atau jaga seperti melakukan kerja yang rutin seharian, kebiasaannya gerak minda akan cepat berubah-ubah sebab setiap gerak atau perbincangan atau berfikir seseorang itu adalah tidak tetap pada sesuatu tekanan nilai tujuan pada tujuan atau hala tuju, gelombang ini juga di kenali sebagai beta
Gelombang gerak ini (beta) ada pula pada masa-masa tertentu ia menjadi lemah dan ada pula pada kalanya ia menjadi tinggi, kebiasaannya apabila gerak terlalu tinggi ia akan menjadikan diri seseorang itu sukar untuk mengawal perasaan atau orang ini sukar untuk tidur malam namun kesan daripadanya ia mempunyai kebaikan pada menghilangkan masalah yang lain

Peringkat diam (Alpha)
Pada peringkat ini besar kemungkinan manusia itu sedang berehat atau bersedia untuk tidur yang mana kekacauan alam di sekelilingnya kurang mengganggu fikirangnnya, peringkat ini juga di kenali sebagai alfa, demikianlah pada kebiasaannya namun tahap diam ini tidak semestinya kekal sekiranya seseorang itu banyak menghadapi masalah kehidupan ataupun masalah-masalah yang di hadapinya, yang paling nyata maka kanak-kanaklah yang sesuai di jadikan contoh gelombang alfha ini kerana mereka tidak banyak tekanan kehidupan atau orang yang zuhud

Peringkat tenang (Theta)
Pada peringkat tenang ini manusia berada pada tahap hendak terlayang untuk tidur yang mana gelombang pemikiannya sudah lemah ataupun hampir lemah, gelombang minda ini juga di kenali sebagai theta

Peringkat fana (Delta)
Pada peringkat ini juga di katakan peringkat tidur mati atau sebahagian daripada mati yang mana roh,akal dan nafsu sudah mula tidak lagi memainkan peranannya dan sel-sel otak berjalan dengan tenang, ini bererti Ruhul Yaqazah sudah tidak lagi memaksa jasad untuk aktif maka berehatlah jasad tersebut dan berehat pulalah otak dan sarafnya, (berehat hanya sekadar fungsi nyawa tanpa cergas) maka disinilah terletaknya rahsia kerja Tuhan yang tidak mampu di kaji oleh ahli sain, peringkat ini juga di kenali sebagai delta

Pada pandangan agama islam (kerohanian) rasanya agak lengkap sedikit dari pandangan sain kerana pada pandangan agama ia ada lima lembaga akal yang menghasilkan gelombang dalam diri manusia yang di kaitkan pula dengan kerohanian yang berpusat pada akal umpamanya lembaga akal yang lima itu di kaitkan dengan fungsi nyawa,akal,roh dan nafsu yang berkaitan di antara satu dengan yang lainnya dan setiap satu akan mengeluarkan gelombang yang mengandungi jauhal fardhi yang mengandungi fungsi yang berlainan yang sangat terkawal mengikut fitrahnya

Kajian sain tentang mind ini di kira hanya tertumpu kepada peranan saraf dan otak sahaja tanpa di kaitkan dengan kerohanian umpamanya mereka memberikan fokus kepada gelombang Beta (12 Hz-38 Hz) Alpha (8 Hz-12 Hz) Theta (3 Hz-8 Hz) dan Delta (0.2 Hz-3 Hz) yang besar kemungkinan atas kajian mereka tentang tenaga atom, thermal, electromative, kinetic dan potential atas kehadiran molikul-molikul yang mampu membentuk kutub positif (+) dan kutub (-) nagative (-) dan positive (+) poles , jika inilah atas kajian mereka maka rasanya ia di fokuskan hanya kepada fungsi hawa kepada nafsu sahaja

Golongan umat islam yang bijak pandai sepatutnya mengkaji lebih dalam lagi dalam soal akal ini kerana mereka berhadapan dengan amal ibadat yang di kaitkan dengan istilah khusyu" kepada Tuhannya. Ilmu ini di ambil asal asalnya daripada sifat 20 pada bab sifat ilmu pada sifat maani dan di kaitkan pula pada sifat maanawiyah iaitu sifat alimun, sebab itu satu kajian sifat 20 ini wajib di ketengahkan oleh orang muslim.

No comments:

Post a Comment