Thursday 7 November 2013

Dua Kalimah Syahadah

Dua Kalimah Syahadah

Terdiri dari dua Kalimah iaitu kalimah pertama Laa ilaha illallah disebut sebagai kalimah Tauhid

Kalimah kedua ialah Muhammadar Rasulullah disebut dengan kalomah Rasul

Kalimah Tauhid pula terbahagi kepada dua kalimah iaitu kalimah nafi iaitu Laa ilaha dan kalimah isbat iaitu illallah

Berhubung dengan nafi dan isbat "tidak boleh membezakan diantara keduanya iaitu nafi dan isbat, barang siapa membezakan keduanya maka ianya kafir...

Contoh kita tidak boleh menafikan tuhan yang dianggap oleh orang kafir sebagai tuhan seperti patong-patong dll dan mengisbatkan Allah..

Tuhan yang dianggap itu sememangnya bukan tuhan tidak perlu dinafikan lagi sebabnya itu bukan tuhan.

Yang nak dinafi dan diisbatkan ialah sifat ketuhanan, dinafikan kepada selain dari Allah dan diisbatkan hanya kepada Allah.

Jika kita tidak menafikan segala sifat-sifat ketuhanan ini kepada selain dari Allah kita sentiasa didalam keadaan bertuhankan kepada diri sendiri dan kepada selain dari Allah..

Apakah sifat-sifat ketuhanan itu?

Sifat ketuhanan ialah sifat ma'ani yang 7 iaitu kudrat, irodat, ilmu, hayat, basor, sama' dan kalam.

Semasa mengucapkan kalimah Laa ilaha maka hendaklah ditasdiqkan didalam hati sifat maani yang 7 itu bukan hak kita dan selain daripada Allah

Semasa mengucapkan kalimah illallah hendaklah ditasdikkan didalam hati sifat maani yang 7 itu hak Allah..

Perlu diingat bahawa didalam mengucapkan dua kalimah syahadah kita hendaklah menyambungkan diantara kedua kalimah tauhid dengan kalimah Rasul.

Kalimah tauhid bagi menyatakan Zat, Kalimah Rasul bagi menyatakan sifat.  Zat dan sifat tidak boleh berpisah atau tidak bercerai tanggal...

Bagaimana nak menyambungkan diantara kalimah tauhid dan kalimah Rasul itu supaya ia tidak berpisah diantara satu sama lain?

Sambungkan kedua kalimah itu dengan kalimah HU yang tiada suara, tiada huruf dan tiada kata-kata, bukan kalimah Hu yang disebut melalui  mulut atau disebut didalam hati..

Kalimah Tauhid tanpa nafi dan isbat...

Untuk melaksanakan kalimah tauhid tanpa nafi dan isbat kita hendaklah bersedia untuk melawan dengan hawa nafsu sendiri " seperti sabda Nabi Muhammad saw, perang yang paling besar ialah berperang dengan hawa nafsu sendiri"

Kita sudah tahu seperti diatas bahawa segala sifat ketuhanan iaitu sifat ma'ani yang 7 adalah sifat Allah sendiri..

Selama ini kita memakai sifat itu untuk faedah kita sendiri, kita rasa memiliki sifat ma'ani Allah sebagai kepunyaan kita sendiri..

Untuk menunaikan kalimah Tauhid kita wajib Melawan dengan kehendak sendiri (hawa nafsu) dari mengaku segala sifat ma'ani yang 7 itu sebagai sifat badan diri kita sendiri kepada mengaku segala sifat ma'ani yang 7 itu adalah sifat Allah sendiri itulah apa yang dikatakan sebagai latihan untuk menyerakan atau mengembalikan sifat-sifat ketuhanan kepada Allah.

Apabila kita mengaku yang segala sifat keruhanan itu adalah sifat Allah sendiri (secara automatik ternafi segala sifat-sifat itu kepada badan diri sendiri dan kepada selain dari Allah dan terisbat segala sifat-sifat itu kepada Allah)... 

Dengan mengaku segala sifat ketuhanan itu adalah sifat Allah sendiri, dengan secara tidak langsung tertunailah sudah kalimah tauhid tanpa perlu kita mengucapkan kalimah Laa ilaha illallah dengan mulut dan mentasdikkan maknanya kedalam hati.

Walaupun kita tidak melafazkan dengan mulut dan mentasdiqkan maknanya kedalam hati, tetapi dengan cara mengaku yang segala sifat ketuhanan adalah sifat Allah sendiri, meletakkan kita sudah duduk atau berada didalam tauhid yang sebenar.

Sesungguhnya Kalimah Tauhid adalah merupakan kota Allah, barang siapa sentiasa berada didalamnya terselamatlah dia didunia dan diakhirat selama-lamanya

Barang siapa yang telah mengaku segala sifat ketuhanan adalah sifat Allah sendiri sehingga tidak lagi tinggal walau sebesar zarah pengakuan yang sifat ketuhanan itu adalah sifat dirinya sendiri dan sifat selain dari Allah. Inilah penyerahan kembali amanah Allah yang dipertaruhkan kepada setiap insan.  penyerahan ini akan diperaku oleh Allah melalui kalimah rasul iaitu Muhammadar Rasulullah..

Sesungguhnya kalimah tauhid itu adalah hamba memuji tuhannya dan kalimah rasul pula adalah Tuhan memuji hambaNya...

Sebab itu Nabi Muhammad saw bersabda dengan
"Man qo LailahaillaAllaah akhirulkalam Dakholal Jannah."

Barangsiapa yang Akhir kalamnya LAILAHAILLAALLAH maka masuk syurga ia,,yakni seperti orang yang dahulu dahulu masuknya..

Beliau saw tidak menyebut kalimah Rasul didalam sabdanya...

No comments:

Post a Comment