Thursday 7 November 2013

Dunia Jambatan Ke Akhirat

Dunia adalah jambatan keakhirat...

Gunakanlah ia sebagai jambatan, janganlah berhenti ditengah jambatan untuk menikmati keindahan tipu dayanya...

Berjalan lah terus sehingga sampai keakhirat, kerana diakhirat sana ada yang lebih indah..

Akhirat ialah akhir hayat kita semua, Akhir hayat kepada kita sebagai insan ialah penghabisan nafas kita (disaat bermulanya putus nafas yang penghabisan yang menyambungkan diantara roh dengan jasad).

Kita semua menyedari kita akan mengalami saat-saat nafas yang penghabisan atau nafas yang terakhir itu..

Pada orang mati, jasadnya telah tidak bernyawa atau tidak bernafas lagi...

Tidakkah kita semua ingin mengambil tahu bagaimanakah penghabisan nafas kita, bagaimanakah kita semua nak menghadapi saat-saat berlakunya, saat-saat dimana nafas kita akan terputus buat penghabisan kalinya..

Tidakkah perlu kita semua melatih dan menunjukkan jalan bagaimana nak melepaskan nafas yang terakhir itu? 

Tidakkah kita semua berkeinginan untuk dapat memenuhi seperti apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw "Man qo LailahaillaAllaah akhirulkalam Dakholal Jannah."

Yang bermaksud 
"Barangsiapa yang Akhir kalamnya LAILAHAILLAALLAH maka masuk syurga ia,,"

Kita semua tahu orang yang masih hidup mempunyai nafas atau masih bernyawa manakala orang yang mati pula ialah jasad yang sudah tidak bernyawa atau bernafas lagi...

Keadaan ini menunjukkan kepada kita semua bahawa akan berlaku kepada setiap badan diri kita saat-saat akan terputusnya nafas kita yang terakhir, saat berlakunya akhir hayat kepada badan diri kita.

Tidakkah kita semua ingin mengambil pelajaran bagaimana kita semua hendak menghadapi saat penghabisan nafas kita, saat terputusnya nafas kita yang penghabisan ini...

Ataupun kita tidak perlu mengambil tahu bagaimana nak menghadapi saat ini, kita tidak perlu belajar bagaimana nak lepaskan nafas yang terakhir ini, biarkan saja ia berlalu begitu sahaja...

Jika tidak perlu belajar untuk melepaskan kenapa Nabi Muhammad saw bersabda "mautu khobla anta mautu" 

Jika tidak perlu belajar bagaimana nak menghadapi saat mati atau saat berlakunya penghabisan nafas ini atau saat akhir hayat ini, atau saat penghabisan kalam seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw "Man qo LailahaillaAllaah akhirulkalam Dakholal Jannah."

Didalam kehidupan didunia sekarang ini, jika nak menghadapi sesuatu ujian didalam pelajaran kita membuat pelbagai persediaan..

Jika kita nak menghadapi satu-satu peperangan kita membuat pelbagai latihan, malah pada masa aman seperti sekarang ini juga, para perajurit tetap diberi latihan demi latihan untuk menghadapi peperangan yang belum tentu adanya..

Jadi bagi setiap badan diri kita semua yang sudah tentu akan menghadapi saat terakhir penghabisan nafas, saat terputusnya hubungan roh dengan jasad mulalui berlakunya nafas yang terakhir...

Tidakkah kita semua ingin belajar dan berlatih bagaimana nak melepaskan nafas yang terakhir ini.. Atau kita tidak perlu belajar untuk menghadapi saat ini...

Belajar menghadapi saat mati (akhir hayat, akhir kalam atau penghabisan nafas) inilah apa yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw didalam sabdanya "mautu khobla anta mautu- matikan diri kamu sebelum kamu mati"...

No comments:

Post a Comment