Monday 25 November 2013

KENAPA TIDAK MAHU BERTAKWA ???

KENAPA TIDAK MAHU BERTAKWA

10.Surah Yūnus (Verse 31)
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أَمَّن يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَمَن يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَمَن يُدَبِّرُ الْأَمْرَۚ فَسَيَقُولُونَ اللَّهُۚ فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? 

Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? 

Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? 

Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? 

"(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya!
 
"Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?


34.Surah Saba' (Verse 24)
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): 

"Siapakah yang memberi 
rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" 

Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; 

dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata".


13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)
قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُۚ قُلْ أَفَاتَّخَذْتُم مِّن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّاۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُۗ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْۚ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" 

Jawablah: "Allah". 

Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, 
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" 

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? 

Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? 

Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" 

Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.


Kembalilah kepada Allah dengan selalu mengajukan soalan kepada diri " SIAPAKAH YANG ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH"

Praktiklah sehingga sampai dapat merasakan Allah sedang mencipta kita dan Allah sedang menjadikan segala perbuatan...

Apabila kita melakukan latihan praktikal seperti diatas secara berterusan sejak dari bangun dari tidur sehinggalah kita tidur semula dan telah menjadi darah daging, maksudnya lama kelamaan kita tidak lagi perlu memberi soslan kepada diri lagi...

Bangun saja dari tidur kita akan terus merasakan Allah dan apabila didalam keadaan kita merasakan wujud Allah,  teruskan lagi berpraktikal dengan cara yang sama iaitu beri soalan "SIAPAKAH YANG SEDANG MERASAKAN KEWUJUDAN ALLAH INI?  Tentukan jawapannya "ALLAH". Sehinggalah dari berkesedaran kita yang menyedari keeujudan sehingga mencapai kepada kesedaran Allah yang sedang menyedari kewujudan Allah....

Setelah dapat merasakan kewujudan Allah, kita tidak lagi akan merasakan keujudan kita.

Dari mula kita berakal kita sudah mula memakai sifat-sifat ketuhanan untuk diri kita yang dianggap ada oleh diri kita sendiri. 

Firman Allah
28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)
وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada 
Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua 
dikembalikan.

55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 26)
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

Segala yang ada di muka bumi itu binasa:

55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 27)
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Dan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

Apabila kita mula merasakan diri kita ada, bermakna kita mula mengisikan sifat keakuan diri sendiri kepada diri yang dianggap sebagai diri kita sendiri..

Walaupun kita tahu bahawa diri itu dijadikan oleh Allah, tetapi jauh disudut rasa dan perasaan kita yang paling dalam kita tidak merasakan yang diri kita ini dijadikan oleh Allah kerana kita merasakan diri kita ada ujud sendiri..  Bila kita rasa diri kita ada ujud sendiri akan hilanglah rasa pergantungan diri kita kepada Allah... (Walaupun kita tahu yang diri kita dijadikan oleh Allah, tetapi didalam rasa dan perasaan yang dalam kita telah hilang pergantungan kepada Allah.  Ini akibat atau hasil daripada kita mengaku kita mempunyai ujud sendiri...). Sedangkan sebenarnya ada kita itu diadakan oleh Allah, jika Allah tidak ciptakan kita, kita tidak akan ada... Untuk itu elakkanlah dari beriktikad yang kita dan selain dari Allah ada mempunyai ujud sendiri... Kerana iktikad yang sebegini secara tersendiri akan mengakibatkan kita hilang pergantungan kepada Allah..... Ini berlaku secara automatik hasil dari sifat keakuan diri (kita mengaku kita mempunyai ujud tersendiri)..

Untuk menghilangkan sifat keakuan diri ini hendaklah kita selalu bertanya kepada diri kita dengan soalan "Siapakah yang menjadikan kita....  Pastikan jawapannya "Allah"..  

Cara ini membolehkan kita menikmati sendiri seperti apa yang difirmankan oleh Allah 

37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96)
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

"Dan Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"

Soallah diri ketika diri itu merasakan keberadaannya.. Jawapan " Allah"  juga hendaklah tertuju kepada kebersdaan yang dedang dirasai itu juga..  Lakukan juga secara berterusan sehingga kesedaran Allah yang sedang menjadikan kita itu terasa dosetoap detik dan saat tanpa perlu lagi diajukan soalan...

Begitu juga semasa kita berbuat sesuatu latihlah dengan menyoal kepada diri "Siapakah yang menjadikan .... Dan pastikan kawapannya "Allah"...

Setelah dapat merasakan keujudan Allah pada diri kita lanjutkan soalan yang sama, tetapi tumpukan soalan itu kepada rasa dan perasaan yang sedang merasakan kewujudan Allah...

Ketika sedang merasakan kewujudan Allah (hasil latihan seperti diatas), berilah soalan "Siapakah yang sedang merasa kewujudan Allah ini... Pastikan jawapannya "Allah"..

Lakukanlah sehingga rasa dan perasaan itu menjadi kekal sepanjang masa dengan tanpa perlu lagi diajukan soalan...

Apabila kekal maka kesedaran yang tinggal sekarang ini ialah "Allah yang sedang menyedari kewujudan Allah"...

Setelah selesai latihan memberi soalan kepada diri lakukan latihan memberi soalan ini diluar diri iaitu apa yang sedang kita lihat dihadapan dan disekeliling kita 

Firman Allah 

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

Apabila terlihat kepada Apa sahaja maka ajukanlah "Soalan Siapakah yang menjadikan.... Dan pastikan jawapannya "Allah"

Seperti diatas tadi juga, lakukan secara berterusan sehingga kesedaran itu terjadi dengan sendiri tanpa lagi perlu diajukan soalan lagi.....

Mudah-mudahan dengan soalan keramat "Siapakah yang.... Dengan memastikan jawapannya "Allah" dapat mentauhidkan Allah...

Kita dan selain dari Allah tidak ada, yang Ada hanya Allah akan terjawab....

KeEsaan Allah akan terserlah...

Ternyatalah seperti firman Allah


57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ternyatalah Laa ilaha illallah

Mudah-mudahan dengan soalan keramat "Siapakah yang... Dengan jawapan "Allah" akan sentiasa meletakkan kita berada didalam Benteng @ Kota Allah

Berkata Ali RA..Rasulullah bersabda...Allah berfirman......... ..;Sesungguh AKU lah ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU. 

Barangsiapa BERTAUHID kepadaKu niscaya masuklah ia kedalam benteng Ku,,,Dan barangsiapa yang masuk bentengKu..niscaya terselamatlah dia dari SiksaKu...(H R . Syirazi)



No comments:

Post a Comment