Tuesday 26 November 2013

TANDA-TANDA KENYATAAN ALLAH

TANDA-TANDA KENYATAAN ALLAH

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)
وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

Badan diri kita dan keseluruh isi alam adalah kenyataan zat, sifat, asmak dan afa'al Allah..

Ini adalah satu kenyataan dan yang sebenar-benarnya... 

Mari sama-sama kita menyelami disebalik kehidupan seharian kita, apa sebenarnya yang kita semua rasai.

Tanyalah diri sendiri, apakah semuanya ini, adakah dunia ini dan badan diri kita sendiri ada ujud sendiri atau kesemua ini adalah sedang menyatakan wujud Allah...

Jika telah mendapat pengertian bahawa semua ini adalah kenyataan Allah, lihatlah pada badan diri sendiri apa yang sedang dirasai, adalah kita sedang merasai ujud badan diri sendiri atau kita sedang merasai akan wujud Allah...

Allah telah memberitahu kepada kita melalui firman-firman nya didalam Al-Quran bahawa pada bumi dan pada diri kita terdapat tanda-tanda wujud Allah ... Yang membawa maksud dunia dan badan diri kita adalah pentajalian zat, sifat, asma' dan afa'al Allah...

Syeikh Abdul Khodir Jailani menerangkan

"Juru-bicara dalam diri si hamba menyampaikan: " Allah s.w.t bertitah, ‘Jangan sesiapa mengganggu Keesaan-Ku. Tidak ada sesiapa dapat merobohkan Keperkasaan-Ku. Sesiapa yang mencerobohi Benteng Keperkasaan-Ku akan Aku bakar dengan api Keagungan-Ku dan dia akan binasa! Selamatkanlah diri kamu. Pergilah kamu dan masuklah kamu ke dalam Perbendaharaan-Ku Yang Tersembunyi untuk mengenal Daku sekadar Daku izinkan engkau mengenali Daku'".

Perbendaharaan Yang Tersembunyi itu bernama:
Laa Ilaa Ha Illallah

Pintu gerbangnya bernama:
Muhammadur Rasulullah 

Kuncinya bernama:
Bismillah Hirrah Maa nirrahim

Cahaya yang menerangi di dalamnya bernama:
Al Fatihah

Kenderaan di dalamnya bernama:
Laa Hau lawala kuwataillah billah

Dengan izin Allah s.w.t si hamba masuk ke dalam Perbendaharaan-Nya Yang Tersembunyi.

Persoalannya Pernahkah kita mengakui bahawa kesemua ini adalah Allah yang sedang menyatakan akan wujud, sifat, asma' dan afa'alNya sendiri...

Walaupun kesemua ini merupakan kenyataan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah, kerana kita tidak pernah mengakui bahawa itu adalah Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah, maka dengan sendirinya membawa kepada makna kita mengguna pakai dan beranggapan bahawa Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sebagai Wujud, sifat, asma' dan afa'al badan diri kita sendiri (jika kita tidak mengaku segala tanda-tanda zat, sifat, asma' dan afa'al Allah sebagai zat, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri, secara automatik memberi makna kita sedang mengaku yang kita ini ada disamping wujud Allah - sedangkan sebenarnya kita ini adalah kenyataan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri tetapi badan diri kita sendiri tidak pernah membuat pengakuan itu)...

......SAYA, AKU, DIA, KAMU, KITA, MEREKA adalah kenyataan yang sedang menyatakan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang dipanggil dengan kepelbagaian nama bagi menunjukkan kepelbagaian kenyataan Allah yang berbeza....

Seperti saya adalah seorang lelaki, dipanggil anak kepada ibu bapa saya, Saya juga dipanggil bapa kepada anak-anak saya, saya juga dipanggil abang kepada adik-adik saya, saya juga dipanggil adik kepada abang dan kakak saya, saya juga dipanggil majikan kepada pekerja-pekerja saya, saya juga dipanggil perawat kepada pesakit saya, saya juga dipanggil suami kepada isteri saya...  Saya juga dipanggil hamba kepada Allah, 

Saya adalah diri yang satu ini juga tetapi dipanggil dengan pelbagai nama mengikut keadaan yang berlainan...


32.Surah As-Sajdah (Verse 9)
ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۖ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَۚ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: rohNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.


40.Surah Ghāfir (Verse 13)
هُوَ الَّذِي يُرِيكُمْ آيَاتِهِ وَيُنَزِّلُ لَكُم مِّنَ السَّمَاءِ رِزْقًاۚ وَمَا يَتَذَكَّرُ إِلَّا مَن يُنِيبُ

Dia lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan 
kekuasaanNya (untuk kehidupan rohani kamu), dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat 
serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bertumpu (kepada Allah).


40.Surah Ghāfir (Verse 14)
فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).


56.Surah Al-Wāqi`ah (Verse 87)
تَرْجِعُونَهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?

Hakikatnya hanya sedang menerangkan akan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang Esa itu juga...

Cuma tinggal tunggu pengakuan dari badan diri kita masing-masing sehingga tidak lagi tinggal keakuan (zat, sifat, asmak dan afa'al Allah yang sedang diperkenalkan iti )kepada badan diri sendiri walau sebesar zarah sekalipun...

Selagi ada keakuan badan diri sendiri (merasai ada kita sendiri) yang sebenarnya kesemua Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang sedang dipertontonkan itu adalah Wujud, sifat, asma' dan afa'al sebagai pengenalan Allah yang dipanggil dengan nama kita.  

Kita adalah nama bagi menunjukkan keadaan zat, sifat, asma' dan afa'al Allah yang tidak ada ujud sendiri..

Jadi tugas kita mengaku saja kebenaran itu kepada diri sendiri sehingga hilang rasa (kita menganggap yang Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah itu sebagai Wujud, sifat, asma' dan afa'al diri sendiri dan selain dari Allah)...

Mengakulah kepada badan diri sendiri bahawa kesemua kenyataan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah adalah Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri, jadi dengan pengakuan itu akan menafikan yang Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah kepada badan diri sendiri dan selain dari Allah... (selain dari Allah tidak Wujud, sifat, asma' dan afa'al sendiri), dan melalui pengakuan itu juga akan mengisbatkan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah kepada Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri...


28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)
وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada 
Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua 
dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan).

Maksudnya janganlah kita mengaku atau mengiktikadkan segala zat, sifat, asma' dan afa'al Allah kepunyaan kita sendiri atau kepunyaan selain dari Allah..

Mengakulah segala zat, sifat, asma' dan afa'al Allah yang sedang diperkenalkan keatas badan diri sendiri dan keatas selain dari Allah adalah zat, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri sehingga tidak tinggal walau sebesar zarah sekalipun pengakuan terhadap diri sendiri lagi...

Pengakuan dan anggapan kita selama ini yang kenyataan zat, sifat, asma' dan afa'al Allah itu adalah zat, sifat, asma' dan afa'al kita sendiri sebenarnya binasa, tidak berasas, 

Walaupun kita mengaku dan beriktikad bahawa zat, sifat, asma' dan afa'al Allah yang ditunjukkan itu sebagai kepunyaan kita sendiri hakikat sebenarnya zat, sifat, asma' dan afa'al Allah itu tetap kepunyaan Allah.. Tidak pernah berlaku perpindahan milik dari Allah kepada kita, yang berlaku hanyalah kenyataan Allah sendiri yang dipanggil sebagai kita..

Sebenarnya kita adalah nabi Allah sendiri yang sedang menerangkan akan kewujudan Allah sendiri..  Kita tidak ada ujud sendiri (keakuan diri, jika ada ujud keakuan diri sendiri itu adalah hawa nafsu)...

25.Surah Al-Furqān (Verse 43)
أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: 
tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 26)
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 27)
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 5)
لَّهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ

Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.

No comments:

Post a Comment