Thursday 21 November 2013

KITA SEMUA TELAH MENGENAL ALLAH

KITA SEMUA TELAH MENGENAL ALLAH

29.Surah Al-`Ankabūt (Verse 61)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُۖ فَأَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang  
memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?


29.Surah Al-`Ankabūt (Verse 63)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِن بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُۚ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia 
hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): 
"Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan 
pengertian syirik).


31.Surah Luqmān (Verse 25)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُۚ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu 
mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): 
"Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).


39.Surah Az-Zumar (Verse 38)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُۚ قُلْ أَفَرَأَيْتُم مَّا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِۚ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُۖ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka 
(yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah 
tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari 
Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan 
memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".


43.Surah Az-Zukhruf (Verse 9)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka 
(yang musyrik) itu:" Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha  Kuasa, lagi Maha Mengetahui".


43.Surah Az-Zukhruf (Verse 87)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُۖ فَأَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: 
"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari 
menyembah dan mengesakanNya)?

67.Surah Al-Mulk (Verse 29)
قُلْ هُوَ الرَّحْمَٰنُ آمَنَّا بِهِ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَاۖ فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah, Dia lah Yang Maha Pemurah, yang 
kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang 
nyata".

Berdasarkan kepada firman-firman Allah seperti diatas, kita semua telahpun mengenali Allah...

Jika kita tanya kepada diri kita sendiri, siapakah yang menjadikan kita dan segala perbuatan yang sedang kita berbuat sekarang ini, Nescaya diri kita sendiri akan menjawab "ALLAH"

Cuba lah sendiri bertanya sendiri kepada diri kita yang didalam badan kita, apakah jawapan yang akan kita perdapatkan darinya.  Saya Pasti sudah tentu kita akan mendapati jawapan "ALLAH" darinya kerana Allah tidak menipu kita...

Cuba pula kita bertanya kepada sesiapa sahaja diluar dari badan diri kita sendiri, siapakah yang menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu, Sudah pasti mereka akan menjawab "Tuhan arau Allah",  jika mereka menipu dengan menjawab selain dari "Tuhan atau Allah" melalui mulut mereka tetapi jauh didalam sudut hati mereka, mereka akan menjawab " Tuhan arau Allah"..

Saya berkata demikian kerana Allah tidak pernah menipu kita didalam firmannya...

Sebenarnya bukan kita tidak mengenali Allah tetapi sebenarnya kita lupa, kita tidak mengingati Allah, kita sudah pun tahu, Allah yang sedang menjadikan kita, Allah yang sedang menjadikan segala perbuatan kita, tetapi kita tidak pernah ingat, kita tidak pernah membawa pengenalan kita itu didalam setiap detik kehidupan kita... 

Sebenarnya bukan kita tidak mengenali Allah tetapi kita lalai untuk mengingati Allah.  Kelalaian kita untuk ingat kepada Allah disetiap turun naiknya pernafasan kita, disetiap detik kehidupan harian kita yang menyebabkan kita dikatakan tidak mengenali Allah...

Jadi sejak dari saat ini marilah kita semua kembali ingat kepada Allah, jika kita tidak mampu ingat kepada Allah secara spontan

Selalulah berlatih atau berpraktikal melalui cara dibawah...

Selalulah ingat kepada keberadaan diri kita dan soallah pada diri yang kita sedar itu siapakah yang menjadikan keberadaan ini dan apa yang keberadaan diri itu sedang berbuat.... Jawablah Allah diatas setiap pertanyaan kepada kesedaran Diri itu...

Saya ulangi sekali lagi mencoretkan firman Allah yang bermaksud  "Tegaskan - "Allah, Dia lah Yang Maha Pemurah, yang 
kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang 
nyata".

Hasil penerangan dari firman Allah seperti diatas sebenarnya setiap badan diri dari manusia telahpun diperkenalkan kepada Allah dan telahpun mengenali Allah

Kita cuba lihat pula kepada firman Allah seperti dibawah:-
37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96)
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"

13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)
قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُۚ قُلْ أَفَاتَّخَذْتُم مِّن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّاۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُۗ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْۚ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" 

Jawablah: "Allah". 

Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, 
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" 

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? 

Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? 

Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" 

Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

Firman Allah 

34.Surah Saba' (Verse 24)
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi 
rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan 
kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".

Untuk membolehkan kita yang selama ini didalam kelalaian, kembali mengingati kepada Allah, hendaklah kita selalu mengajukan soalan "Siapakah yang (.... Sifat, asma' dan Afa'al Allah).. Tentukan diri kita menjawab "ALLAH"

Berpraktikallah dengannya sehingga timbul ingat kepada Allah itu tanpa memerlukan kita menyoal diri kita...

Sehingga apabila bangun saja dari tidur sampai tidur kembali sentiasa ingat kepada Allah..  Tidak ada lagi ruang walau sedetik pun lupa kepada Allah...

No comments:

Post a Comment