Thursday 7 November 2013

Kaya

KAYA

Kaya akhlaq, kaya budi, kaya hati, kaya jiwa

68.Surah Al-Qalam (Verse 1)
نۚ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -

68.Surah Al-Qalam (Verse 2)
مَا أَنتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ

Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah  seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau 
adalah seorang yang bijaksana).

68.Surah Al-Qalam (Verse 3)
وَإِنَّ لَكَ لَأَجْرًا غَيْرَ مَمْنُونٍ

Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);

68.Surah Al-Qalam (Verse 4)
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

68.Surah Al-Qalam (Verse 5)
فَسَتُبْصِرُ وَيُبْصِرُونَ

Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, -

68.Surah Al-Qalam (Verse 6)
بِأَييِّكُمُ الْمَفْتُونُ

Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.

68.Surah Al-Qalam (Verse 7)
إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.

68.Surah Al-Qalam (Verse 8)
فَلَا تُطِعِ الْمُكَذِّبِينَ

Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah).


yg indah itu bahasa
yg cantik itu budi
yg tinggi itu pekerti
yg mulia itu peribadi

~ spt Rasulullah...SAW ~


Jaga dan perindahkan hati, akhlaq dan budi pekerti

tuntutlah ilmu padi, semakin berisi semakin tunduk dan jgn pernah BUSUK HATI...hasad dan irihati...

Jangan pula buruk sangka...

Akhlaq = cermin hati dan peribadi


No comments:

Post a Comment